Monday, April 19, 2010

PENGEMBARAAN YANG KEKAL.

Masih terngiang di telingaku
Bisikan penuh azimat
Pesanan seorang ibu
Menanam harapan mulus
"jadilah insan mulia kerana peribadimu"

Maka aku menyambut bisikan itu"insyaallah"
Menyimpan utuh di dalam jiwa
Ibu,saat kau telah tiada
Bisikan itu tumbuh hidup
Membara di setiap nafas yang kuhela

30 Mei 2002
terpisah roh dari badan
Jasad yang kaku
Membisu di depanku

Penuh rahsia tertulis di Loh Mahfuz
Pengembaraan panjang ke alam barzakh
Alam yang menyatukan
Kebenaran dan amalan di dunia
Mengharap pintu surga terbuka luas
Uuntuk seorang ibu yang kukasihi

Ya Rabb,
Terimalah doa-doaku
Seorang anak yang tidak pernah berhenti
Mengasihi yang di kasihi
Moga SyiarMu
Melimpahkan rahmatMu
Untuk hamba-hamba yang berharap sepertiku!

KARYA:AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,LANGKAWI.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA