Monday, October 17, 2011

CINTA ABADI

Cinta itu satu perasaan yang amat kuat dan hebat.Cinta boleh mengubah perangai seseorang.Mungkin yang kasar akan bertukar lemah lembut.
perwatakan pemalu menjadi periang.Cinta bagaikn kuman.Boleh merebak dan bahaya.Boleh menyebabkan orang jadi gila.Saat hilangnya kewarasan berfikir..atau asyik mahsyuk menjulang api cinta.
Cinta jua ibarat madu .Amat manis bila selalu berdua.Bercanda mesra.camar turut melagukan melodi indah.Adakalanya kemanisan cinta umpama madu yang bisa di jadikan ubat atau penawar.Ketika ini,julanglah piala cinta..kerana ia bisa menyembuhkan penyakit...
Cinta di ibarat racun saat bertukar rasa.Berubah kasih sayang dan kerinduan.menapak ke taman lain yang lebih harum wanginya.Maka cinta ini menjadi sakit dan pahit.Seperti menelan hempedu yang pahit.Racun yang bisa membunuh.Seluruh kehidupan bertukar warna.Putih menjadi hitam bila pelangi menjadi dentuman guruh..kilat yang menyilaukan pandangan.Detik menyiksakan lambat berlalu.Seperti berjalan atas bara api yang sedang menyala......
Dalam meneruskan kehidupan,perlu lakukan perubahan.Terima kenyataan.Khayalan mungkin menyatakan dia yang bersalah.Realitinya kita yang setia.Jika sukar untuk memnyatakan kebenaran maka terimalah kekurangan diri kita dengan redha.Memang sukar untuk menyayangi diri sendiri.Tetapi sukar lagi bagi orang lain untuk mengasihi diri kita seperti kita ingini.Untuk muhasabah diri aku ada satu cerita sedih yang baru saja terjadi dalam Syawal yang lepas.

Dia sekadar perempuan biasa.Berkulit hitam manis.tidak cantik apatah lagi menarik seperti artis seksi pujaan ramai.Tidak kaya atau tidak susah sehingga melarat.Cuma tidak mempunyai ayah sekian lama.Mempunyai anak lelaki dua orang.Walau tidak ada ciri-ciri istimewa atau wanita secantik bidadari namun aku kagum peribadinya.Ramah mesra,suka menolong jiran tetangga dan ketika aku selalu mengadakan apa-apa kenduri di rumahku,dia cepat datang.Ringan tulang dan ketika ibunya jatuh sakit aku selalu ziarah.
Di hospital atau di rumahnya aku selalu ziarah ibunya sakit.Ketika kami mengadakan majlis bacaan Yassin dan berdoa untuk kesembuhan ibunya..dia sering menangis.Kami hanya mampu memujuk dengan nasihat bermotivasi..moga tiap kesedihan cepat berlalu pergi.Moga Tuhan menyembuhkan ibunya..
Namun ibunya telah kembali kepada Tuhan sekelian alam sebelum puasa Ramadhan.Ketika aku hendak menaiki feri untuk kemajlis kenduri teman lama suamiku(org Langkawi,bekas tentera)aku melihat hanya dia seorang saja yg menaiki feri.Suamiku mengatakan dia ada hal.Nak tenguk perlawanan badminton anak lelaki sulungnya di tanah besar.
Seminggu kemudian anak lelaki yang baru balik dari sekolah berbisik di telingaku'mak jangan terkejut,mereka sudah bercerai."Suamiku tercengang.Aku terkejut.Tapi aku cuba tenang.Cakap budak-budak..mana tahu betul atau salah.Anak ku berkata kisah ini betul sebab anaknya sendiri yang beritahu.Aku diam sambil berfikir.Mungkin betul sebab aku jarang keluar rumah,hanya memerap dalam rumah.
Berita begini cepat tersebar.jiranku yang suka bergosip menceritakan semuanya..aku tak mahu menanyakan hal ini kepada dia kerana aku takut menganggu emosinya.aku tak mahu menambah luka dan tekanannya.Aku dan suami selalu makan makan di luar..kami nampak cahaya rumah peninggalan arwah maknya bernyala..dia dan anak-anak berkongsi rumah itu dengan abang sulungnya.mereka hanya berdua beradik saja.Jadi dalam rumah itu mereka tinggal dua keluarga.
Punca perceraian?Kasih terlerai hanya kerana wanita lain.Bermain kayu tiga.curang.
Setelah itu banyak cerita dengan sendirinya terbuka...aib dan mengaibkan!
Aku rasa sampai mati pun si pesalah tak akan mengakui kesalahannya sehingga sanggup mencari orang lain untuk di jadikan 'saksi'atau 'batu api' atau 'orang yang menyebabkan semuanya itu berlaku'pada hubungan mereka.
Retak yang menanti belah.Demikianlah andaianku bila semua cerita telah ke telingaku.Dia membahasakan aku "mak cik"setiap kali bercerita denganku.Siapa tahu lelaki yang handsome dan bergaya berubah laku bila berjumpa wanita lain?
Moral dari kisah ini ialah "di mana kejujuran,kesetiaan dan kasih sayang?"
Apakah mereka berkahwin dulu secara paksa ?
Atau cinta itu hanya sementara?
Untung sabut timbul untung batu tenggelam-kisah ini bukan satu keuntungan mana-mana pihak.Tetapi kisah ini kisah menyayat hati.Sepasang kekasih,sepasang suami isteri seperti merpati sejoli akhirnya terbang keseorangan!
Patah sudah sayap impian.Retak sudah hati kesayangan.Namun si lelaki tidak mahu mengaku hakikat.Salah tetap pada si isteri yang di duakan...adilkah dunia?Jangan tanya dunia tapi tanyalah pemilik cinta yang melalui perjalanan seribu liku ini....

"Ketika cinta memanggil-manggilmu,maka dekatilah ia walau pun jalannya berliku-liku.
Jika cinta memelokmu ,maka dakapilah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu-penyair agung Khalil gibran.
"Berbahagialah hati yang ada cinta .Hati yang berputik bahagia wajahnya sarat dengan senyuman .Maka betapa segala kebahagiaan menjadi lambang kekuatan cinta bila menguasai jiwa.Semuanya bagaikan milik kita keindahan ini..........

Ikrar cinta ingin melukis bahagia.Bersatu hingga ke penghujung dunia.Malah mati pun mahu bersama.Ke syurga sekali pun ingin berdua..

Akhirnya aku tahu juga punca perpisahan mereka.Perempuan memang pandai berlakon.Menyembunyikan keburukan suami..hanya kebaikan yang di tonjolkan.Perempuan setia dan cukup berharap mahligai indah berkekalan.Perempuan lupa akan kebahagiaan diri sendiri.Perempuan terlalu mengagungkan suami yang di kasihi sehingga lupa diri di aniaya.Bagaimana lagi mahu kuceritakan peribadi perempuan yang suka berkorban sehingga mengabaikan diri sendiri....
Layang-layang telah terputus talinya...tali cinta telah terurai..sayapnya telah patah.Hatinya jua di dera,cedera ini menambah sakit hati..sesakit hati sebenci mana pun kita kepada orang yang telah melukakan kita..kita tidak berupaya ...kerna anak adalah pertalian darah yang kekal!

Kusangka patah si butang peniti
Rupanya nenas di balik reban
Kusangka patah tak tumbuh lagi
Rupanya tunas di balik dahan


syawal bulan kemenangan setelah kita berjuang melawan hawa nasfu.Syawal untuk saling bermaafan.Sayangnya Syawal telah mengirimkan dosa yang sukar di ampunkan..bila dia ke pejabat agama penceraian itu belum di daftarkan lagi.Mudahnya kerja si suami..aku rasakan hak dan kebebasan bertindak ada di tangannya.Apabila seseorang itu menegakkan haknya,dia tidak boleh di persalahkan .Tidak ada manusia yang mahu rugi..Kalau pun kita tidak boleh menduga apa-apa yang akan berlaku pada masa yang datang,kita boleh mengambil langkah untuk lebih teliti dalam menunaikan segala hasrat kita.Bukan di perlemahkan dengan mudah,di perdayakan sesuka hati.Malang tidak berbau tetapi nasib dia seperti sudah jatuh di timpa tangga.Belum habis kesedihan kerna kematian ibu,suami tinggalkan dgn lafaz talaq...betapa pahitnya kenyataan!
Bila di nasihat oleh imam untk berdamai dan rujuk semula,harapannya pudar.Semakin hari semakin banyak keburukan suami terdedah.Rakan baik dan sahabat yang dulu menutup mulut sekarang jelas satu persatu rahsia aktiviti si suami.Semuanya mula berterus-terang..aibnya bila berkasih dengan kepunyaan orang..
Semasa berada di tempat tinggi,kita dapat memandang sesuatu dengan jelas.Walau pun dari jauh nampak nyata..begitu juga jika berada di puncak kejayaan.Andai kita tidak berhati-hati dan sedar dengan suasana kita ..satu hari pasti kita akan jatuh.Tentunya sakit dan terseksa
Begitulah dengan berita yang ku terima .Sahamnya kian jatuh,maknanya asetnya kian merudum...beringatlah selalu kerana setiap kejahatan pasti kan di balas dengan keburukan,tiap-tiap kebaikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan tindakan kita.Justeru jangan kejar yang belum tentu menjdi kepunyaan kita kerana kepunyaan kita telah ada dalam tangan kita !
MERPATI DUA SEJOLI,TERBANG DUA SEKAWAN
DI MANA ADA MATAHARI,DI SITU ADA BULAN....
Cinta bagaikan sebuah arca indah yang tersimpan di persada hati.Namun manusia jahil menilai dan tidak mahu menghargai cinta anugerah Allah.Keindahan cinta seperti arca akan hancur berderai menjadi serpihan -serpihan yang melukakan jiwa-jiwa yang ada cinta...
Adat tidak lekang dek panas
Adat tidak lapuk dek hujan
Adat tersurat pada kertas
Adat tersirat dalam sunnah

Walau pun hari ini mungkin kita tidak dapat bersama melihat bintang namun aku selalu ada ,cintaku selalu ada..
PERkahwinan bermula dengan kegembiraan
Perkongsian menjadi sebahagian nya dan kasih sayang umpama jantungnya.KebaHagiaan dan kegembiraan boleh bertukar menjadi hambar apabila perkongsian kasihsayang tidak lagi di jaga dan di baja..siramilah dengan air kasihsayang,kerna sesungguhnya CINTA ABADI itu amat agung dan istimewa.Hadiah dari Tuhan untuk hambaNya.

"Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan sesorang wanita itu rela membersihkan lantai rumahnya sambil menyanyi sekalipun selepas suaminya memijak lantai rumah itu dengan kasutnya yang sangat kotor"-kata-kata pujangga Hoosier Parmer.
Betulkah begitu???????????????Ohh...tidak bagiku!
Aku percaya kata=kata pujangga pilihanku HAMKA:
'Cinta manusia melalui beberapa pintu.Ada pintu kasih,ada pintu sayang dan ada pintu rindu.Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati.Benarkah?????????
Aku tidak mahu kemarau setahun rosak dek hujan sehari...aku tetap menapak menjejaki CINTA ABADIKU!

Sunday, October 16, 2011

MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI

"Bahawa perpisahan adalah kesakitan  yang amat rahsia tetapi ia adalah kelansungan hidup  tak pernah mungkir"-kata-kata petikan penyair Awang Abdullah.


Siapa pun di antara kita pernah merasa sakit.Sakit hati atau jiwa yang di lukai.Sakit mata saat memandang sesuatu yang di luar jangkaan.Sakit kepala bila kerunsingan melanda.Sakit telinga bila ada kata-kata sindiran atau kata-kata sinis menerpa di halwa telinga.Sakit yang pelbagai bila seluruh sendi dan anggota tubuh mula  kekurangan imun.Sakit darah tinggi bila kolestrol tinggi dalam badan.Sakit kencing manis bila kandungan gula dalam darah sudah tidak dapat di kawal lagi..semuanya kesakitan fizikal jelas nampak menonjol..tak perlu di cerita....namun sakit hati  bila sesuatu yang di sanjung menjadi satu kebencian.Semuanya berpunca dengan perkataan"SAKIT".
Sakit yang menderita oleh barah bila kuman atau virus kian merebak.Nanah akan mnjadi kudis...kudis yang akan menjadi bisul.Menjadi barah...maka kita akan berusaha untuk menyembuhkan sedaya upaya.Berjuang untuk hidup sehingga kita sanggup  menghabiskan harta dan wang asalkan penyakit itu dapat di sembuhkan secepat mungkin.Menamatkan derita yang berlebihan,membuang sisa  luka.biar semua derita itu itu bernoktah!


marilah kita berselawat Syifa':"Ya Allah,berilah rahmat ke atas penghulu kami,Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda ,Engkau menyembuhkan hati-hati ,menjadi penawar  dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit  serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan  dan kesejahteraan ke atas keluarga  dan sahabat baginda"(terjemahan).
Lima belas tahun dulu ketika aku mengidap satu penyakit  yang sangat melemahkan fizikalku,aku berusaha sedaya upaya.Ke hospital,perubatan alternatif  secara tradisional dan apa saja asalkan derita setiap bulan itu sembuh atau berkurangan.Berjumpa pakar sebulan sekali,Sebelum  tu semasa baru melahirkan anak pertama aku telah pun melakukan pembedahan membuang tonsil di kedua kerongkongku.Kemudian suamiku pula melakukan pembedahan  berkaitan 'sinus' dalam hidung.Itupun setelah tiga bulan aku melakukan pembedahan pertamaku.
Bila aku menderita ketumbuhan yang amat menganggu kesihatan dan kesejahteraan harianku...aku masih berusaha.Arwah ayah tiriku  turut mencari ubat penawar..berbagai akar kayu dan daun yang boleh di jadikan ubat  aku sapu setiap waktu.Pakar belum dapat mengesahkan penyakitku walau sample darahdan ketolan dan daging  di ambil.Akhirnya pelbagai andaian timbul di kalangan saudaraku.kononnya aku mengidap barah...semuanya untuk menambah deritaku.Mereka lebih pakar dari doktor yang merawat kes aku..namun saat aku bersujud di depan Tuhan,aku tahu kesakitan ini hanya cebisan ujianNya.
Aku terus mengamalkan satu doa yang amat mustajab.Aku sentiasa membaca doa ini sehingga tanpa aku sedari  ketolan dan derita penyakitku hilang tanpa kusedari.Doktor juga hairan dan bertanyakan dari mana aku berubat.Aku berdoa siang dan malam dengan kalimah.Bismillahirrahmannirrahim:Bismillaah.Bismillaah.Bismillaah,A,uudzu billaahi  wa qudratihii min syarri maa wa uhaadziru' yang bererti:Dengan Nama Allah,aku berlindung  pada Allah  dan KudratNya  dari kejahatan penyakit yang ku derita dan aku takuti"Aku baca sambil memegang tempat yang sakit tujuh kali berturut-turut,aku ulangi tanpa jemu sehingga aku terlena!
Kemudian beberapa tahun yang lepas,ketika acara paling berprestij akan berlansung di Langkawi(LIMA) sekali lagi aku tiba-tiba sakit.tiada jalan secara tradisonal..sekali aku membuat pemeriksaan aku pasti aku deritai penyakit batu hempedu.Aku meminta izin suamiku dan kaum keluargaku,akhirnya aku ke KMC.pembedahan berjalan lancar.RM 5,oooo..Ya Allah,mohon berilah aku kesejahteraan zahir dan batin untukku sekeluarga..


Bukan kah kesakitan itu teramat rahsia?
Walau apa pun halnya,kelansungan hidup itu amat penting.Kita percaya segala aturan hidup telah tertulis jelas sejak kita dalam rahim ibu lagi.Hanya jiwa dan persaan kita yang terlalu meminta -minta  untuk hidup sempurna tanpa sebarang ujian.Betapa jahilnya kita menilai..bukankah kesakitan itu satu  ujian semata?


Tiada seorang pun di dunia ini yang akan terlepas dari ujian atau kesakitan.Kalau tidak menderita fizikal mungkin kita mengalami tekanan emosi...sehingga jiwa tidak tenteram.Satu hari kita akan merasa juga satu kesakitan,kehilangan dan kebahagiaan.Satu hari apa yang kita pegang akan terlepas juga bila kita tidak berhati-hati..cinta yang kita miliki juga akan pudar kalau kita tidak tahu menggilapnya..benih yang kita tanam akan mati kalau kita tidak tahu meracun dan membajainya...bukankah air  dan baja itu satu bahan untuk menyuburkan tanaman.Racun untuk membunuh  makhlok perosak...sesuatu yang pahit permulaannya munkin di akhirnya mendapat kemanisan.Insya'alllah..
Kadang-kadang sedikit ujian dan kepahitan memaksa kita  merasa sakit hati dan berperangka buruk dengan takdir Allah.Bagiku tiada sempadan atau halangan untuk kita berusaha di atas setiap kekurangan kita.Aku tidak mahu terkandas dalam mentaliti yang sempit.Sekali pun derita atau penyakit itu berpanjangan  kita mesti jujur menerima  kehendak Tuhan.
Musim bunga jika berlalu kan Tuhan gantikan dengan musim dingin.Hujan atau panas tetap satu pemberian.Jika di hitung pada detik yang telah berlalu,masa tidak pernah berbohong untuk mengatakan  sesuatu yang betul dan hakiki.Penyakit juga tidak pernah mengira usia.Sesuatu yang benar tidak akan berubah ..Jika seorang  gembira  seluruh dunia akan ketawa bersamanya.Jika sesorang bersedih ,dunia akan tinggalkan kesepian untuknya..Dunia akan menerima kematian dan kelahiran setiap saat.Bukankah terlalu istimewa bila kita di lahirkan sebagai manusia?Menjadi khaifah di muka bumi dengan amanah dan tanggungjawab..
Kekayaan manusia satu keberuntungan hari depannya di dunia..bukan pula satu dosa memiliki harta..bukan juga satu kesalahan.Jika anda memilik kekayaan maka berinfaqlah ke jalan Allah.Jika anda di landa kesakitan..ia juga bukan satu siksaan namun ia  satu kedewasaan yang membuat kita memahami bagaimana rasanya derita orang yang sakit merana.Jadi bersyukurlah seandainya kita belajar menjadi manusia berperi kemanusiaan.Penyakit jasmani dan penyakit rohani mengiringi perjalanan  hidup kita.Untuk mengubati keduanya pulihkanlah rohani,pasti jasmani turut sihat kerana rohani itu adalah tangkai jiwa!


Namun kita berharap kesakitan tidak akan berpanjangan ..kerna sakit yang di rasakan adalah penderitaan.Pepatah Arab ada menyebut:"Perkahwinan  itu bagaikan  sebuah benteng  yang di kepung musuh,mereka yang di luar ingin masuk ke dalamnya dan kita di dalamnya ingin keluar"-begitulah aku rasakan bila menderita dengan penyakit yang di turunkan Allah.Namun pepatah mengatakan tiap-tiap penyakit ada penawarnya.Ubat setiap kesakitan adalah kesabaran dan ketabahan.Lalu aku teringat kata-kata yang menyuntik motivasi dalam aku mendepani setiap permasaalahan yang datang.Kemiskinan jiwa  lebih mengerikan  lagi dalam hidup drp terus hidup dalam kemiskinan  harta benda.Aku yakin kekuatan jiwa akan membuka mata dan minda untuk kita terus melangkah..sekali pun langkah ketika sakit ..
Masa sungguh cepat berlalu..luka fizikal boleh kita nampak tetapi luka di hati  siapa yang tahu......Tuhan telah berikan aku peluang untuk hidup sejahtera.Mengubah sisi yang  sering lalai,memilik keluarga bahagia..sebelum berakhirnya kalam hari ini ingin kutulis lagi perumpamaan:"Orang yang memfitnah  umpama buluh  yang di bakar dengan sekam.Akhirnya musnah buluh serumpun  tetapi orang  yang di fitnah umpama lalang terbakar.Apabila hujan  ia kembali  hidup subur".
Akhirnya aku dapat membezakan mana satu kaca.mana satu permata!
Kata Plato-KEBENARAN ADALAH KEKAL ABADI.
YAA HALIIMU YAA 'ALIIMU YAA'ALIYYU YAA'ADHIIM.
"Ya Allah TUHAN yang  maha kasihsayang,TUHAN yang maha tahu,maha tinggi dan maha besar...
Hilangkanlah kedukaanmu dengan ayat-ayat mustajab ini.Insya'Allah...

Saturday, October 15, 2011

TALI CINTA.

"Aku jamin rumah di dasar syurga  bagi yang menghindari  berdebat sekali pun  ia benar,dan aku jamin  rumah di tengah syurga  bagi yang menghindari  dusta walau pun dalam bercanda,dan aku jamin  rumah di puncak  syurga bagi yang baik akhlaknya"-HR ABU DAUD.
Bismillahirrahmannirrahim...
Firman Allah:"Dan bagi orang-orang  yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami)akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat kebajikan."-Surah An-Kabut:69.
Aku sedang merenung fenomena alam dan kehidupan.Di atas cekerawala luas  dan tinggi di awan,bintang-bintang bercahaya.indah.Hati girang.Senyuman terukir di bibir...indah yang sementara.Ia akan hilang bila esuk mentari menjelang.Namun tiap detik yang  bergerak akan ada juga persoalan dan kemungkinan yang tidak akan terjangka oleh pemikiran .Maka walau aku senyum dengan indahnya bulan dan bintang ,hatiku tetap berbisik.Mengapakah  masih ada senyuman yang di tawarkan  hanya satu sandiwara?
Aku baru selesai menulis lima cerpen yang semuanya telah ku emelkan ke majalah pilihanku.Aku menulis kerana desakan jiwaku sendiri.Mulanya aku kurang  idea namun bila tangan ini mula menekan ke kunci..dengan izin Allah ilham itu datang..suara hatiku selalu berbisik.Menulis apa yang  menjadi bebanan emosiku.Nuraniku  mendesak.Aku menulis setelah semua urusan dalam rumah selesai..
Di saat aku diam,ilusi membawa memori.Bukan kerana hari ini indah,lalu kita merasa tersangat bahagia.Bukan kerana hari ini aku menerima khabar sedih,aku terlarut dalam  kesedihan.Bukan kerana hari ini tidak ada rintangan tetapi semuanya kerana aku masih rasional...aku optimis dalam diriku..Bila aku tersenyum semuanya jadi yakin dan baik.justeru itu aku menyerahkan segenap keyakinanku kepadaNya.
Bila puas kurenung bulan dan bintang yang bisu,sepatah bicara  pun tiada.Dunia jadi kaku.Aku memalingkan wajah ke bumi..bumi yang aku pijak ..di sini ada pelbagai rentak.Kadang-kadang akal ku  jahil menilai.Bahawa kehidupan ini penuh dengan cerita.Bukan semuanya berkesudahan dengan baik..seperti orang yang jatuh cinta.Merasa cinta itu indah dan bahagia saat di sayang ...merasa cinta sungguh menyusahkan saat kurang di peduli..merasa benci sekali bila perpisahan terjadi.Cinta yang membuat  hidup ini sukar untuk di fahami!


Berkatalah hati bila kisah-kisah terjadi di depan mata begini,begitu..padahal senyum dan airmata  adalah sesuatu yang berasingan.Namun jika keduanya di satukan  ia merupakan saat yang paling menggembirakan.Demikian kata-kata puitis seorang ustaz yang pernah kubaca blognya.Ahhh...anugerah Tuhan untuk hambanya berkarya..aku suka ayat-ayat  puitis namun terselit seribu hikmah di dalamnya.
La in syakartum la -aziidannakum-QS Ibrahim:7.
Tidak usah risau terhadap nikmat  yang belum ada,justeru risaulah  kalau nikmat yang kita ada  tidak pernah di syukuri.
Semua umat yang se iman denganku,
Aku baru saja selesai membca sebuah buku karangan Kholid  abu sholih-Akhirnya Mereka Lari Dari Neraka.Mereka adalah perindu jannah.Ya nurul Qalbi,di setiap waktu,di setiap penjuru dunia Kau bukakan pintu hidayah.Kau  berikan mereka nafas-nafas  "La ilahaillallah,Muhammadur Rasulullah.Tersinarlah cahaya islam di hati mereka.Alhamdulillah...Jiwa yang berdosa di bersihkan Allah.Urusan mereka dalam inayahMu.Berubah identiti,berubah  keyakinan.Mencari kebenaran yang hakiki.Mereka berserah diri..bukankah  TALI CINTA telah mengikat diri mereka?
Mereka sedang kembara dalam perjalanan iman.Mereka mahukan syurga Allah.Perindu jannah ayng berlari mengejar puncak  tertinggi.Cinta teragung  sehingga mereka lupa  derita  mereka!Subhanallah,maka  tali cinta itu  di ikat kuat.Sekian banyak yang di cintai,di tinggalkan.Bolehkah  kita berlari seorang diri?Allah dekat dengan kita..sesuatu yang sangat hebat bila mertabat cintakan Allah semakin kuat melanda jiwa.Walau pun cinta kita tak seberapa di depan  Tuhan..hati tetap meminta lebih...meminta Tuhan menambahkan lagi keimanan di dada dan berkorban untukNya.
Saudara seiman denganku,
Kulayarkan desah hatiku dalam lautan doa yang sangat panjang..krana aku tahu betapa Tuhan suka aku merayuNya.Airmata yang menitis  tersangat berharga..urailah tangisan itu dengan penyesalan..aku tak mahu menahannya..
Aku  tidak mahu kehilangan  sifat-sifat hakiki  dalam diri dan galur kehidupanku.Nilai-nilai luhur itulah yang menyuburkan salam silatulrahimku dengan insan lain.Dalam mimbar-mimbar masjid sering di perkataan.Berbuatlah baik dan berbaktilah sesama manusia.Hakikatnya  setiap kebaikan akan ada kebajikan bersamanya.Aku pernah kehilangan aku pernah memilik apa yang aku inginkan ,aku pernah merasa derita dan akhirnya aku pernah bernafas bahagia...
Maka aku tidak ragu-ragu untuk senyum dan mengucapkan rasa terimakasihku  kepada insan-insan yang sentiasa dekat denganku.Hidup ini amat singkat..tak perlu ada musuh..tak perlu ada fitnah.Hargailah hidup ini.Bernafas untuk hidup dengan izin Allah..aku bersyukur dengan limpahan rahmatMu yang tidak terhitung banyaknya..
Masa lampau telah menjadi abu.Masa kini bagaikan lilin sedang menyala.Cahayanya berseri..bernafaslah dengan tenang..jika airmata akan menitis maka biarkanlah..bukankah obsesi itu  boleh hilang tanpa kita sedari?
Khabar akhir zaman mengatakan dunia ini sudah tua.Dunia ini sudah uzur.Dunia ini sudah cukup sarat dengan kisah dan seribu cerita.ada  yang pulang ke daerah yang di benci dengan perasaan cinta.Ada yang maut  sebelum sempat mengucapkan dua kalimah syahadah..ada yang bertemu untuk berpisah..ada yang merasa bahagia zahirnya tetapi batin terseksa..ada yang tinggalkan rumput  menghijau di laman rumah nya untuk mencium wangi sekuntum ros di taman larangan....ada yang mengira bintang di siang hari(cerpen terbaru yang kusiapkan bulan lepas).....ada yang terpana  dengan cerita mesra tanpa sinopsis...


"Jauhilah dengki kerana sesungguhnya  anak Adam  membunuh saudaranya saat ia dengki  kepada saudaranya"-Aun  bin Abdullah.
Saudara yang pernah menghadiahkan aku senyuman manis tanpa gula,senyum yang manis bergula-gula..demi kasih aku ingin bertanya:apakah keraguanmu terhadapku?Apakah yang menjadi  penyebab  berlakunya tawa mesra tapi ada sandiwara?
Jika kau tidak ingin menjawabnya,aku tidak memaksa,cukuplah jika aku katakan bahawa aku sedang belajar menerima kenyataan.Pesepsi kita berbeza malah material kita juga tidak serupa.Segala yang Allah berikan kepadaku ternyata satu anugerah.Syukur Alhamdulillah..Kuasa dan pengaruh.Wang dan harta.Sama  nilaiannya ke?


Aku membuang semua himpunan sedih.Aku mulakan dengan nyanyian bahagia.Seindah lagu kesukaanku.HAMBAMU-lagu tema  imam muda.Sekarang masa untuk muhasabah diri kerna   jarum jam kian 12.00malam.Walau pun mulutku tidak berkata-kata di depanmu tentang keraguanku namun hatiku berteka-teki  dengan kejujuranmu.Aku mesti optimis mendepani akal warasku.Lalu kuusir jauh-jauh  setiap perasangka buruk itu..meski pun kau telah lukakan hatiku...aku bersedia memaafkanmu .Saudaraku,berita yang sungguh menyedihkan bila manusia telah hilang rasa kemanusiaan dalam dirinya,sirna semua kejujuran,sirna segala kebenaran..hanya semata  wang  atau harta berlebihan!
Terimakasih untuk semua senyuman yang pernah ku terima.Kebebasan peribadi kita untuk menilai..orang lain yang yang hakimnya dan Tuhan menghukum kita di atas setiap perilaku kita.Tuhan,maafkan aku di atas kelemahanku.
Qs An Nur:35.
"Tuhan dapat  memberikan cahayaNya  kepada orang  yang di kehedakiNya".
Tuhan,berikanlah aku cintaMu untukku hilangkan rasa sepiku......"tunaikanlah amanah kepada yang  mempercayaimu dan janganlah  engkau khianat   kepada yang  mengkhianatimu"-HR ABU DAUD.
Salam ukwah  islamiyah dariku dengan harapan engkau beroleh kebahagiaan abadi seabadi kasihsayang Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s.Jalanilah ibadah korban.berkorbanlah untuk kebahagiaan akhirat kita.Insya'Allah..
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA