Thursday, May 27, 2010

MARILAH KITA.

Seandainya kata-kataku
Mengundang resah di kotak fikirmu
Itulah kiriman hasrat
Untuk kau cari makna yang tersirat

Seandainya kata-kataku
Membuat kau tersenyum
Itulah keinginanku
Melihat kebahagiaanmu menyerlah

Seandainya kata-kataku
Hadir didalam jiwamu
Itulah pernyataan keberadaan peribadiku
Isyarat sebuah ketulusan hubungan
Menjalin keharmonian sesama insan

Seandainya kata-kataku
Menyentuhi realiti kehidupanmu
Bersamalah kita menadah tangan
Menghimpun seribu doa
Menyempurnakan ukhwah

Mari....marilah kita
Meruntuhkan semua tembok halangan dan keraguan
Menuju jalan kedamaian
Dunia penuh kesejahteraan....

KARYA:JIWA BAHAGIA(ZIE)
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
28 MEI 2010.

Aku rela

AKU RELA.

Impian yang tidak pernah terlaksana
Menimbun resah yang tidak berpenghujung
Luruhlah segala kudrat
Hingga rela
Hayat di lukai

Kulihat ke kanan
Tangan melambai dengan secangkir madu
Kuberpaling ke kiri
Tangan membawa secangkir hempedu
Kulihat ke cermin di sisi
Bening mata melatari nubari

Bila kusedari
Suaraku tidak mampu berdesis lagi
Saban hari
Mendepani hidup yang pahit ini
Adalah satu luka yang sangat lara

Andai musim telah bosan
Mengiringi perjalanan yang penuh berliku ini
Aku rela
Ironinya,ada hikmah di sebalik tragedi ini..!!!!

KARYA:AZIAH BT DAUD
KOTA MAHSURI,P.LANGKAWI,KEDAH.
28MEI 2010.
MENGULIT MIMPI

Genggaman erat tanganmu
Tanda simponi kasih kita
Berpadu dan berlagu riang

Lafaz kasihmu
Penuh indah terukir di jiwa
Santun budimu
Meresap ke akal fikirku

Seribu kali manisnya lafaz janjimu
Kuingati
Detik berada dalam ribaanmu
Mengulit mimpi

Demikian hari silih berganti
Di selembar kertas putih bersih ini
Kutulis untukmu suara hati
Semuanya keranamu

Jika angin beralih arah
Jika mimpi bertukar wajah
Itulah kelansungan sebuah kisah
Percintaanmu dan percintaanku
Meladeni dua jiwa
Hingga jasad terkubur........

KARYA:AZIAH BT DAUD.
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
28 MEI 2010.

Saturday, May 22, 2010

"Ya Allah,telah terbenamlah segala binatang telah terlelaplah segala mata,sementara Engkau yg tetap hidup dan tegak perkasa,tidak pernah di buai lena apalagi tertidur.Wahai Tuhan yg Maha Hidup,Maha Gagah Perkasa,tenteramkanlah aku di kala mengharungi malam ini dan lelapkanlah mataku."-wirid sblm tidur.

Wednesday, May 19, 2010

Sesungguh nya hari bergantian musim sepantas cahaya turun ke bumi.Tercipta segala kemungkinan di depan kita.Usah ragu dn bimbang.Melangkahlah dgn yakin.Iktizam di hati setiap hari ada sejarah baru tercipta.Jika kita mampu menggapai bintang sekali pun ,berusahalah.Allah menganugerahkn kedamaian bila hati bersyukur tenang,kerelaan dlm mmbuat kebaikan.Kebahagiaan tulen terbentuk dengan akhlak mulia.
Setiap waktu,apa jua situasi kita ingatlh DIA.Pendamping yg paling dekat saat kita menerima seadanya ketentuan itu.Kesabaran adalah dinding yang memagari kita dr merasa sengsara.Anggaplh rumah kita sebagai tempat berlindung yg paling selamat.Ummu Imarah berperang dgn gagah dn berani dlm peperangan Uhud.Kita tidak pernah bertempur di medan perang.Namun selalu berperang dlm jiwa..gagal menang meskipn hanya berlawan dgn emosi.Puncanya?Kita lemah jiwa,lemah ilmu dan tidak bersedia...padahal matlamat berperang adalh mncapai kemenangan.
Kita mesti berfikir logiknya kebaikan dn kejahatan ada hadnya..tiba waktu ada pengakhiran..Oh Tuhan,jiwa kami di atas telapak tangan kami.Kami memohon balasan pahalaMu yg banyak dan sgt dekat dgn untung nasib kita.Di telapak ini aku ingin mengukir sejarah.Aku berupaya menang dlm stiap perjuanganku.Insya'allah...aku ingin sinar kebaikan menyinari seluruh alam...

Tuesday, May 18, 2010

Syariat,tharikat,hakikat dan makrifat ...empat unsur yang mnjadi kesinambungan KUN FAYAKUN.(Dengan kekuasaan Allah semuanya bisa terjadi).Lahirnya nampak nyata dn jelas.Batin-rohani yang ghaib,hanya mampu di lihat dgn matahati.Aku mahu sihat jasmani demi mmbezakan sesuatu.Jasmani yg kuat,kukuh dengan pendirian.Hati yg sakit penuh dengan dendam.Padahal dendam ibarat racun.tidak prnah mnguntungkan sesiapa.Badan yg sakit,hati yg sakit..melemahkan minda.Mala petaka ada di depan,brwaspadalah.
"YA ALLAH, tunjukkanlah jalan yg lurus,yaitu jalan yg telah engkau anugerahkan nikmat kpd mereka.Bukan jalan yg di murkai dn bukan pula jalan yg menyesatkan".Buatlah pilihan kerana kita bisa memilih....

Sunday, May 16, 2010

Aku tidak menyesal jika aku tidak pernah menceritakan kisah duka itu pd ssiapapun.Aku akan menyesal seandainya orang lain akan tersinggung dengan tingkahlaku atau kata-kataku.kerana aku sering menyedari setiap kekuranganku.!Bila aku mmpunyai ruang,aku selalu berfikir kelemahanku akan ku atasi segera.Aku tidak mahu orang terguris denganku.Jelasnya aku bukanlh org yg mengkhianati kepercayaan yg mgharapkn pengertian dariku.
Sekiranya waktu yang kugenggam ini mampu berbicara dn menceritakan segalanya,mereka akan tahu apa yg tersirat di hatiku selama ini.Apa pun aku tetap memaafkan kesalahan org lain trhadapku.Sebelum melelapkn mata,aku ikhlas mndoakn kebahagiaan org-org yg kusayang.Aku mahu mnjadi wanita yg paling bahagia di dunia ini.Aku percaya, orang yg paling bahagia ialah orang yg dpt mmberikan kebahagiaan kpd org lain.Aku tidak akan brputus asa dgn ujian Allah,sebaliknya aku mersa syukur kerana masih ada pelung bagiku merasai nikmat hidup di mukabumi ini.Yg pasti setiap yang fana akan hilang jua suatu hari nanti.Aku bertafakur dengan setiap musibah yg datang.Aku sedang muhasadah diri.....

Thursday, May 13, 2010

LAMAN NURANI.
Setiap kehidupan itu bermula dengan kematian.Frasa hidup sntiasa berubah.Retoriknya kata indah jua bahasa.Insan yg mulia,di jiwanya ada iman.Tinggi martabatnya.Tertib menyusun budaya.Andaikan dirimu sebatang pokok.Membuahkn rasa manis.Banyak orang menyukai..sebaliknya buah itu menarik tapi ada racun.Tentu ada jd mangsa,terpedaya..spt skuntum mawar yang wanginya akan hilang saat tiba musim layunya.
Allah menganugerahkan kita pancaindera yg sihat.jgn butakn mata mlihat ssuatu yg di luar tabii.Atau patut pekakkan telinga bila mndengar berita yg kurang elok,infiniti nya kuasa ada d tangan kita.Jgn sampai "masa yg bernilai "itu trlepas dari genggaman tangan kita.Berkiblatlah kita kepada Nya seikhlas jiwa.

Tuesday, May 11, 2010

Prof HAMKA:
Cinta ialah iradah Tuhan
Di kirimnya ke dunia supaya ia tumbuh
Kalau terletak di atas tanah yang gersang dan tandus
Tumbuhnya akan menyiksa jiwa orang lain
Kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah
Ia akan membawa kerosakan
Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci ini ,ia akan mewariskan
Kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada Tuhan!

Sunday, May 9, 2010

Aku melihat matahari bersinar terang.Memancarkan cahaya.Sehangat diriku yang mencari dinginnya salju.Bila aku tiba d destinasi yg kutuju salju itu telah cair...kian menghilang d panah mentari..aku berfikir..aku tidak mahu mnjadi sperti salju.Mudahnya cair..bak kehilangan dalam sebuah mimpi.Aku mahu mnjadi matahari.Matahari yg bisa mmbiaskn cahaya...
Matahari yg jua brtahan waktu demi waktu..mmbuatkn tubuh menggeletar.hangat d panah cahaya.Tapi aku masih kuat dan mahu berdiri.Mencari sekuntum mawar yang pernah wangi di taman kasihku...wajah yg kucari sebenarnya telah tiada di sisiku.Namun kurasakan wajah itu ada di mana-mana.Merenungku setiap saat.Kuhampiri lagi.Cuba mendekati.
Biar pun aku harus meredah salji,merangkak di panah matahari aku rela.Sayangnya bila aku smakin dekat wajah itu smakin jauh.Aku tetap brlari lagi.Ketika itu matahari telah pun terbenam di ufuk,sejuta wajah menjelma di depanku.Bukan wajah yg kucari...perasaanku terbakar lagi.Hanya mimpi?????????????
Dalam ribuan batu aku melangkah.Harapan masih menyala.Wajah itu mesti kukembalikan dalam fragmen kasihku bersama sejuta mawar yg pernah mewangi di lamanku.Cukup manis memoir yang telah terbina antara kita.Waktu pun terhenti di sini.Takdir pun menyatakan bahawa wajah yg kucari itu hanya ujud dalam diriku.Lihatlah cermin...ya..wajah itu dalam diriku.Akhirnya aku mengalah.Tuhan,tempatkan roh IBU bersama orang-orang yang bertakwa.Doa tulus yg kuhadiahkan untuk roh IBU dlam setiap nafas yang kuhela....
Aku tetap mencaru redhaMu..kerana aku percaya kata-kata agung itu:SURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.!!!!!!!!!!!!!!
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA