Tuesday, April 27, 2010

KARYA TERCIPTA:PUISI:

1.BIARKANLAH_JELITA DIS.2004.
2.BIARKAN SEMUANYA_M.WANITA.
3.BIARKAN AKU SENDIRI_M.WANITA.
4.BUKAN SEBUAH ILUSI_M.REMAJA.
5.BUKAN DALAM MIMPI_WANITA APRIL 2007.
6.CAHAYA MASA DEPAN_M.HARMONI.
7.DEKAD INI_M.HARMONI.
8.ENGKAUKAH ITU_PEREMPUAN DIS,2005.
9.HARAPAN_REMAJA JAN.2008.
10.UJIAN INI_PEREMPUAN MAC2006.
11.KEBAHAGIAAN INI_M.WANITA4-10 MEI 2007.
12.KEHILANGAN_WANITA MAC 2008.
13.KEHILANGAN_PEREMPUAN JAN.2008.
14.REALITI BERERTI_M.WANITA.
15.MENONGKAH ARUS_JELITA APRIL 2006.
16.MENITI WAKTU_PEREMPUAN OGOS 2007.
17.KASIH IBU DN BAPA_M.WANITA.
18.SENANDUNG KASIH UNTUKMU_M.WANITA.
19.SEJIWA_M.WANITA.
20.COMING SOON....................................

Monday, April 26, 2010

Cinta mngharapkn sesuatu.Balasan kasih dn sayang.Jika tidak seumur hidup manusia akan terkejar-kejar mncari cinta..Panggilan nurani yg sering brbisik ..walau tidak terucap namun ia ttp smpai di hati!
Harta dunia dn wang tidak boleh mmbeli hati seseorang..tidak juga boleh menumbuhkn rasa cinta,apatah kedamaian jiwa.Dunia boleh brubah..mengapa kita manusia tdk mahu brubah?Tuhan telah mnghantar kita dgn kasihsayang..aku brharap jauhkanlah aku dr ketamakan harta....bukan ketamakan kasih sayang.Mengikut rentak irama kehidupan,kita brharap melodi itu biarlh indah.Sakit yg sememangnya sakit,kita ttp mampu melaluinya...
Sewaktu jiwa meratap hiba,hati meratib doa.Menyusun harapan,menembah taubat.Sejuta dosa penuh cerita.Hangatnya api yg kunyalakn..kubiarkn ia terpadam sendiri.Tuhan,aku ttp ingin berlari selagi kaki ini gagah melangkah................................

Sunday, April 25, 2010

Kurasakan dunia ini semakin hebat.Hebat dengan cerita pperangan,penderaan fizikal dn mental.Tak kurang dgn kecanggihan teknologi..jika aku masuk di medan perang,aku bermatlamat ingin mengalahkan musuh dan memenagi peperangan itu.Penderaan fizikal,nmpak luka dn cedera..menyakitkan dn meninggalkan kesan parut yg tak mungkin hilang.Penderaan mental..kecelaruan emosi.Sukar utk d terjemahkan namun kesannya ada.Meskipun luka yg dalam kian sembuh dn parut hitam bransur hilang...namun di memori ianya kekal sbagai satu kisah yg melekat d jiwa!
Kecanggihan teknologi..mengundang pelbagai kemudahan,sayangnya peradaban manusia kian d hakis oleh kemodenan.Generasi hari ini brbangga dgn dunia siber...Komunikasi trbuka...pintu dunia trsingkap luas.Tiada sempadan.Sesuatu yg mustahil mnjadi kenyataan.Mengapa brada d kamar yg brcahaya tp ianya seakn gelap??????????
Aku tdk mahu mlakukn dosa dn di hukum oleh jiwa..krana aku faham kesakitan jiwa,sakit pd emosi.Fizikal yg kuat mampu menahan segalanya.Emosi yg lemah ,melemahkn semuanya.Tentu mnjadi satu perkara yg darurat bila minda brfungdi negatif..hidup jd tawar setawar-tawarnya!!
Bila paras estrogenku brtambah,maka impianku kian banyak.Aku tdk mahu tertinggal k belakang..malah aku brcita-cita mghambat waktu agar brgerak perlahan..dan aku mampu bersaing seiring masa.Membuktikan keupayaanku brsama memaknakan sebuah kehidupan yg penuh warna-warni..Membina personaliti yg mengagumkan!

Friday, April 23, 2010

"Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas cahaya drp sumber cahaya,
rahsia drp sumber rahsia penawar yang berkesan dan pembuka pintu segala kemudahan iaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW,yang juga makhluk engkau yang terpilih.Limpahkanlah juga rahmat ke atas kaum keluarganya yang suci bersih dan para sahabatnya yang terpilih akan nikmat Engkau yang tidak terhingga banyaknya serta limpahkanlah juga dengan kelebihan yang banyak dan keutamaan kepada mereka itu
Selawat NUR.

Wednesday, April 21, 2010

RINDU.

Aku rindukan musim dingin
Mengembalikan nostalgia
Sakura yang berkembang
Memutih
Seperti salju

Aku rindukan musim panas
Mengeringkan peluhku saat dingin
Memerangkap emosi dalam kesunyian
Nyaman di kamar sendirian

Menunggu musim bergulir tiba
Mengusir gulana dari hati
Terasa waktu pun berhenti

Musim dingin
Musim panas
Musim-musim silih berganti
Saat-saat terindah dalam hidupku
Satu kerinduan yang panjang...

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
P.LANGKAWI,KEDAH.

CAHAYA DARI BULAN.

Bunga-bunga jatuh dari langit
Mengharumkan seluruh bumi
Ribuan tahun aku menanti
Saat itu datang ke ribaku

Cahaya dari bulan
Menganugerahkan aku jutaan mimpi
Memberi aku jutaan erti
Cahaya dari bulan
Bersinar terang di jendelaku

Terpaksilah di hati
Ceritera seorang bidadari
Hatinya di rundung rawan
Menunggu si putera datang

Cahaya dari bulan
Membiaskan detik bahagia
Umpama berada di kayangan
Memiliki kunci kebebasan
Membuka pintu keajaiban
Dunia di limpahi kenikmatan yang tiada terperi lagi...

KARYA:JIWA BAHAGIA.(ZIE)
P.LANGKAWI,KEDAH.

SEGALANYA MUNGKIN.

Ada bicara yang bermain di hati
Namun tak mampu luahkan
Di depanmu

Terimakasihku kepadamu
Kerana sudi
Menghulurkan tanganmu
Menambah makna dalam hubungan kita

Barangkali kau mengerti
Wahai saudaraku
Aku bukanlah seorang pendendam
Menyimpan duri
Memusnahkan keharmonian yang terjalin akrab

Berteduh di sebalik bayangmu
Aku perlukan sebuah payung
Melindungi maruah diri
Terpelihara dari segala kekhilafan

Segalanya mungkin terjadi
Menguji kelemahanku
Sejuta harap dariku
Keharmonian adalah kesudahan
Segala rasa ragu...

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
P.LANGKAWI.21Mei 2010.

Tuesday, April 20, 2010

.WANITA ABAD KE 21.

Kalaulah aku wanita seperti itu
Menyimpuh sopan menyimpan tertib
Mempamer bicara sewangi setanggi
Semerbak kasih tersusun di jiwa

Kalaulah aku wanita seperti itu
Menyanjung susila sepanjang waktu
Mengangkat darjat setinggi singgahsana
Mahligai indah berdiri megah di depanku

Kalaulah aku wanita seperti itu
Menjadi cahaya naungan suami
Menjadi nadi kekuatan anak-anak
Bahagia yang kuimpikan
Kenyataan yang kuingin realisasikan

Kalaulah aku wanita seperti itu
Rela aku menempuh derita sengsara
Relaku membuang lumpur di halaman
Relaku teguk madu beracun
Asal rumahtanggaku adalah sebuah empayar
Menyimpan kebahagiaan yang berpanjangan..

Kalaulah aku wanita seperti itu
Menakluki dunia dengan tanganku
Istana kasih ini adalah surgaku
Yang abadi selamanya!!!!

KARYA:AZIAH DAUD.
KOTA MAHSURI,P.LANGKAWI.

Monday, April 19, 2010

MENGUTIP BUNGA CINTA.

Bunga berkembang hari demi hari
Purnama bersinar malam demi malam
Menambahkan keasyikan sang pemuja
Menatap wajah tinggi di langit

Bagai musafir kehausan di Padang Sahara
Diri di panah kehangatan yang membahang
Di tanah paling gersang ini
Setitis air ubat segalanya

Mengutip bunga-bunga cinta
Yang luruh di sini
Seperti mencampakkan diri
Ke lembah madu yang beracun...

KARYA:AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI.

SABAR ITU ISTANA IMAN.

Di relung kehidupan ini
Di pinjamkan aku rasa sakit
Menguji diri seorang insan

Setiap kali kesakitan itu datang
Semuanya menjadi tawar
Bila aku kalah dengan tuntutan emosi

Di relung kehidupan ini
Di pinjamkan aku rasa bahagia
Sehingga terleka memuja
Pencipta Yang Maha Kuasa

Fasa demi fasa kehidupan
Menuntut perjuangan
Menuntut perubahan
Bukan tersasar membuat pilihan
Begitulah mindaku berfikir...berfikir..

Semua manusia itu sama
Jahil dalam menilai
Mempersendakan nikmat
Menzahirkan kekecewaan
Walau pun di beriNya sejuta rahmat!

Kini aku tersedar
Hidup adalah realiti
Pahit atau sakit
Manis atau bahagia
Itulah kepunyaan kita...

KARYA:AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI.

PENGEMBARAAN YANG KEKAL.

Masih terngiang di telingaku
Bisikan penuh azimat
Pesanan seorang ibu
Menanam harapan mulus
"jadilah insan mulia kerana peribadimu"

Maka aku menyambut bisikan itu"insyaallah"
Menyimpan utuh di dalam jiwa
Ibu,saat kau telah tiada
Bisikan itu tumbuh hidup
Membara di setiap nafas yang kuhela

30 Mei 2002
terpisah roh dari badan
Jasad yang kaku
Membisu di depanku

Penuh rahsia tertulis di Loh Mahfuz
Pengembaraan panjang ke alam barzakh
Alam yang menyatukan
Kebenaran dan amalan di dunia
Mengharap pintu surga terbuka luas
Uuntuk seorang ibu yang kukasihi

Ya Rabb,
Terimalah doa-doaku
Seorang anak yang tidak pernah berhenti
Mengasihi yang di kasihi
Moga SyiarMu
Melimpahkan rahmatMu
Untuk hamba-hamba yang berharap sepertiku!

KARYA:AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,LANGKAWI.

KERANAMU.

Kerna kau berada di depanku
Akan kunyanyikan lagu merdu
Tanda jalinan kasih berpadu
Antara kita

Kerana kau berada di depanku
Ingin kuberikan satu payung
Melindungi dari terik mentari
Kelak terbakar dirimu
Melindungi dari basah hujan
Kelak kau masih gagah berdiri di sisiku

Pesona indah bersamamu
Memori yang tiada batasan
Melakar monumen yang memukau
Seperti cermin membiaskan cahaya
Ke seluruh pelusuk maya

Cinta seperti sekuntum bunga
Wangi mekar menghiasi taman
Cinta seperti sebutir permata
Kilauan yang sentiasa bersinar
Merentasi zaman ke zaman

Kuberikan kepadamu kunci
Membuka ikatan kasihku untukmu
Melarutkan kesangsianmu di bawa bayu
Disini,di depanmu
Aku berjanji
Sedenyut nyawa bersamamu
Adalah seorang isteri
Terhadap suami yang di kasihi.....

KARYA:AZIAH DAUD.
SURI MAHSURI,LANGKAWI.

RACUN CINTA.

Kau hadiahkan aku senyuman
Penuh makna tanpa bicara
Kau berikan aku sekeping nota
Tersembunyi sejuta rahsia
Keluh kesah pun mendasari jiwaku

Simbolik puisimu
Menyimpan semua memori
Terkadang terusik emosiku
Dengan bisikan dan suara memuji
Sarat dengan pengharapan
Mencari ruang dalam hidupku

Haruskah aku menolakmu
Andai kebahagiaan berada di depan mata
Sedang berilusikah nuraniku
saat kau menatap wajahku

Cinta itu ada racun
Bisik suara-suara kabur di pendengaranku
Cinta itu ada racun
Jerit ombak di kejauhan

Benarkah mendung yang basah
Membawa khabar yang derita
Cinta itu membawa sengsara
Cinta itu membuat kau dan aku merana
Cinta itu ada racun
Memisah dan mematikan
Kehidupan yang baru bermula....

KARYA:AZIAH DAUD.
KOTA MAHSURI,LANGKAWI.

Sunday, April 18, 2010

LELAKI HEBAT.

Akan adakah lelaki hebat
Mengenggam tangan wanita suci
Penuh jujur dan setia
Bersama mencari keredhaan Allah

Akan adakah lelaki hebat
Memimpin tangan wanita
Menuju taman-taman bahagia
Mencium wanginya kasturi

Akan adakah lelaki hebat
Menyanjung dan menyayangi
Wanita pilihan hati sesuci isteri para Nabi
Menjadi payung memayungi sepanjang hari

Akan adakah lelaki sehebat itu
Bila zaman siber penuh silau modenisi
Kian menghakis nilai-nilai murni
Yang kupanggil khalifah di mukabumi!!!

KARYA:AZIAH DAUD.

DUNIA HARI INI.

Hati mana yang tidak sakit
Menyaksikan kisah-kisah tragis
Memaparkan tangan manusia
Membunuh zuriat yang tidak berdosa

Hati mana yang tidak resah
Saban hari menatap ribuan wajah
Menangis meratap satu kehilangan
Jiwa yang terkorban dalam peperangan

Hati mana yang tidak terusik
Memandang dunia hari ini
Wanita di dera sekejam haiwan
Tiada kah lagi iman dan peri kemanusiaan?????????

Dunia yang penuh kekalutan
Dunia yang penuh kekejaman
Dunia yang tiada kasihsayang
Dunia yang di buai kecanggihan
Dunia yang di buru keserakahan
Dunia yang kian menuju ke akhir zaman.........

KARYA:AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,LANGKAWI,KEDAH.

BAHTERA KASIH

Bahtera kasih
Belayar tenang di lautan nan bergelora
Bila emosi bahagia bersatu

Bahtera kasih
Belayar terumbang-ambing
Bila emosi tercalar selalu

Hati mana yang tidak riang
Mengenang kisah-kisah silam
Bersama menyaksikan
Bintang bergemerlapan di langit tinggi

Hati mana yang tidak rawan
Bila pelayaran kian jauh
Konflik,krisis dan kesangsian
Mula menganggu bahtera kasih setiap insan

Hanyutkan rasa resah gelisah itu
Buangkan di dalam lautan dalam
Hargailah kasih sayang,cinta dan pengorbanan
Simpanlah di album kenangan
Semua memori ada sejarahnya yang tersendiri...

KARYA:AZIAH DAUD.
KOTA MAHSURI.

Saturday, April 17, 2010

senandung kasih untukmu

Ibu
engkau permata yg bersinar
engkau bintang yg bercahaya
bergemerlapan..
menemani kegelapan malamku

Ibu
engkau penawar dukaku
saatku terjatuh
engkau setia membakar semangatku

kasih sayangmu
ibarat rantai
mengikat diriku dekat di hatimu
mengajarku meniti
tangga demi tangga
mengharungi sepak terajang dunia
mengajarku erti
kehidupan dunia realiti

semuanya telah berakhir
saat kepulanganmu yg abadi
di sisi Tuhan Pencipta Hakiki

pada malam nan kelam
ku nyanyikan suara hati
rindu yg tiada terperi
engkau mustika pujaan tiada lagi

doa kudusku mengiringi
kasih dan pengorbananmu
sesuci air mengalir
sesuci embun menitis dinihari
seindah mimpi pada malam hari

Ibu
biarpun musim berganti musim
biarpun hujan membasahi bumi
engkau bagaikan payung
membawaku menuju tangga
bahagia menghuni jiwa

Ibu
di sini ku berjanji
pengorbananmu abadi di jiwa
kasihmu bersemi jua
walau bumi telah memisahkan kita
engkau tetap ratu nan satu
memberi nafas kehidupan untukku


disiarkan oleh mingguan wanita

DEKAD INI

Dekad ini
Bergelut dengan cabaran
Sarat dengan penderitaan
Adalah cebisan pengalaman

Tangan yang kudepang
Menyimpan sejuta hasrat
Membina seribu harapan
Biar dunia menjadi milikku

Berdepan dengan masa yang berharga
Aku ingin berpijak di bumi yang nyata
Aku berkongsi cerita

Api yang bernyala
takkan ku biarkan padam
air laut yg dalam
takkan ku biarkan ia surut
bumi yg tandus lagi kontang
akan ku basahi dengan air mata
bahagia...

dekad ini
aku menyaksikan wajah-wajah dunia
bercahaya gemilang
mengejar masa merentasi zaman
menuju era kegemilangan

disiarkan oleh majalah harmoni

realiti bererti (dedikasi istimewa untuk semua yang bergelar ibu)

seorang ibu dan isteri
adalah wanita sejati
membelai manja si suami
melahirkan buah cinta
penyambung generasi
pengorbanan tulus abadi

bertarung dengan kesakitan
berkongsi pahit manis
walau diusik badai
walau diri dihempas ombak
nurani kental lagi setia
menemani rajuna hati

mampukah engkau hargai
pengorbanan seberat ini
walau piring pernah retak
isteri,ibu
tersenyum mesra melayani
bahtera dilindungi

suami, dakaplah kebahagiaan ini tanpa ragu
seakrab bumi dan langit
sehangat panas mentari
sedingin salju memutih
kasih rela dan redha

sampai ke hujung nyawa
cinta utuh berpadu
sehebat rindu Siti Khadijah
menyuntik semangat Rasulullah s.a.w

anak-anak yang dikasihi
jadikan mimpi ayah dan ibu
realiti bererti
biar nanti matimu
syurga ada di bawah telapak kaki seorang ibu


disiarkan oleh mingguan wanita

MENONGKAH ARUS

Hati meranum sabar menangkis bahang derita
Saat-saat musim kelabu tiba
Mengheret aku menongkah arus

Kiranya aku berkuasa sakti
Inginku jarakkan waktu
Apabila sejauh ini aku melangkah
Tidak aku berpaling lagi

Kalimah terakhir itu
Membuatkan aku tersedar
Pelangi yang kupandang
Indahnya hilang di telan sinar mentari

Tidakku gugurkan tunas keyakinan
Walau sukarku peroleh
Walau sukarku miliki
Tidakku biarkan kaca pecah berderai
Tidak aku undurkan langkahku terurai

Menongkah arus
Mencari realiti sebuah kehidupan
Jangan sampai perjuangan ini
Larut dan cair di mamah api keraguan

Menongkah arus
Banyak cerun dan lompang yang dalam
Tetap aku lalui jua
Kerana bagiku jalan untukku susuri
Sudah terbuka luas..

D siarkn mjlh JELITA APRIL 2008.

CAHAYA MASA DEPAN.

Berundur ke belakang menoleh kembali
Musim-musim yang pernah kita lewati
Yang hangat
Yang indah
Mengundang hasrat yang bahagia

Ilusi tanpa suara
Menyimpan rahsia seribu rahsia
Rindu berlalu tanpa kata
Bagaikan terkunci memori silam
Imaginasi tiada batas sempadan

Cahaya cinta memancarkan kilauan jiwa
Ransangan indah tiupan penuh semangat
Kehidupan tetap bermula
Cahaya masa depan
Menghulurkan sinar gemilang
Meraikan segala-galanya
Biar musim dan iklim bertukar wajah
Kita tetap sama
Mengundang hasrat yang bahagia..

D siarkn mjlh JELITA JULAI 2007.

BUKAN DALAM MIMPI

Sesaat engkau hadir
Membawa seribu memori bahagia
Mencipta bunga-bunga cintaku
Maka lahirlah sejuta rindu
Membara di dada

Mengertilah olehmu akan jiwa ini
Kasihsayangmu bisikan rahsia diri
Kemilau di jalan menampung wangi
Di pamer sejambak jiwa nan murni

Silau sinar renungan matamu
Memijar jatuh ke ruang hati
Persis mimpi bertemu mimpi
Kini ku tak sendiri lagi

Cinta yang ku puja
Berputik di mana-mana
Kuingin menjadi kekasihmu
Bukan dalam ilusi
Bukan dalan mimpi
Tapi dalam hatiku
Sungguh dalam dunia realiti

Kekasih di jiwa
Kekasih di rumahtangga
Menjejak kasih kudus ini
Menatap tulus azimat bersuara
Meniti jambatan kehidpan ini
Hanya bersamamu.....

D siarkn oleh:mjlh WANITA April 2007.

ENGKAUKAH ITU

Andai masa mampu berbicara
Engkau mungkin mengerti
Sejuta catatan yang kutitipkan
Membawa kasih ini
Bersemi sepanjang waktu

Engkaukah itu
Berdiri bagai bayang-bayang
Hilang di telan sinar rembulan
Kesuraman menghiasi sepi malam

Datanglah kekasih
Menemani jiwa yang sepi
Jangan engkau sangsi
Kasihku seharum kasturi

Biarku pujuk bulan
Sejarah lama ingin kulupakan
Mimpi yang tiada bertepi
Berilusi sendirian

Biarku pintal benang rindu
Biarku genggam tanganmu
Cinta yang syahdu ini
Kukalungkan di jiwamu
Hari-hari mendung kian berlalu
Warna-warna malammu
Di temani bintang seribu
Bersemaraklah kasih kita
Seagung sinar mentari di ufuk senja....

D siarkn mjlh PEREMPUAN Disember 2005.

BIARKAN

Rindu membara di dada
Rindu datang tanpa kuundang
Datang bertamu dan bermukim di sini
Memupuk impian seribu halangan
Mencari tapak permulaan sebuah kehidupan

Kucari-cari noktah perhentian
Destinasi persinggahan
Untukku mulakan sebuah pelayaran
Menuju era jaya

Waktupun berlalu menjadi permainan
Segalanya terjadi tanpa kerelaan
Kasih,akukah yang terlewat?
Akukah yang melepaskan tambatan kasihmu?
Mekar bersemi di dalam hati
Mewangi mengharum di dada waktu
Persis bayangan yang tidak pernah mati

Kasih
Akukah yang mengingkari janji?
Akukah yang bersalah padamu?
Andainya jawapanmu tidak sama dengan pertanyaanku
Biarkanlah kau dan aku

Memori kita tidak pernah sama
Mimpiku dan mimpimu pun tidak serupa
Maka pintaku
Biarkan...biarkanlah....

D siarkn mjlh JELITA DIS.2004
(Puisi Pertama)

KEHILANGAN

Semilir angin yang berlalu
Mengocak riak duka di wajahku
malam yang datang bertamu
Tetap satu kesakitan yang panjang

Kubiarkan senja berlabuh
Gerhana bulan melayukan impianku
Cinta yang pernah bersemi
Terkulai di telan kecurangan

Tanpamu kusepi
Tanpamu ku sendiri
Tanpamu ku mengerti
Kehilangan ini pasti

Semilir angin yang berlalu
Membawa nyanyian-nyanyian rindu
Biarpun beribu aku berasa sakit
Naluriku masih berbisik
Sayangku hanya untukmu

Sedekad bersamamu
Memori itu tersimpul mati di nuraniku
Kau mengunci diriku dalam penjara kasihmu!

D siarkn mjlh PEREMPUAN Januari 2008.

BIARKAN SEMUANYA

Angin malam datang berbisik
Mimpi ngeri itu biarkan berlalu
Ibarat pelangi
Hilang saat hadirnya mentari
Bagaikan sebuah pelabuhan terakhir
Untuk kau singgah

Takdir telah mengunci mu
Menggembara ke destinasi jauh
Terasing dan tersendiri
Menduga akarmu

Mungkinkah kebetulan ini
Membuka lembaran baru
Setelah penat aku
Mengejar bayang-bayangmu

Biarkan senja itu berlalu
Biarkan tirai malam turun
Biarkan duka itu berakhir
Biarkan semuanya
Hayut dibawa mimpi

Di sini pengembaraan berakhir
Biarku rawat dukamu
Menuju puncak harapan
Menuja puncak impian

Disiarkan M.WANITA.

BIAR AKU SENDIRI

Detik itu bergema lagi
Menghadiahkan seribu ilusi
Kembara yang tiada noktah ini
Terlalu panjang
Megundang rasa rindu

Derita yang belum berakhir
Melatari siang dan malam
Adakah detik penyudah
Pada harapan ku bina

Tak ingin ku bermain dengan mimpi
Tak ingin ku bersandar pada detik waktu
Ombak yang menjadi saksi
Saat ku berjanji pada mu

Mataku telah terbuka
Menyaksikan kehancuran sebuah cinta
Membunuh kekuatan semangat
Yang membara di jiwa
Mimpi yang kosong ini
Memudarkan sinar pelangi

Ombak,jangan kau datang lagi
Andai hakikiat yang ku tunggu
Hilang bersama bintang
Bila siang dan malam
tidak lagi sudi berkongsi cahayanya.................

Biar aku sendiri
Menghitung kehilangan

suri pulau mahsuri
Bukit Temin Langkawi
Disiarkan oleh mjlh M.WANITA

HARAPAN

Harapan serupa mimpi
Bila segunung impian yang ku bina
Musnah hanya dalam sekelip mata

Jalan yang ku susuri
Terasa sempit tak dapat ku lalui
Langit yang ku pandang
Seakan luas tiada bertepi

Begitu perik ku rasai
sehingga tiada terhitung lagi
perasaan ku hangus terbakar jua

Semakin panjang jalan ku tempuhi
Emosi ku melayang mencari-cari
Semakin jauh aku berlari
Lesu dan lelah menemani kudrat ku yang satu
Harapan serupa mimpi
Sakitnya tiada terperi

Disiarkan REMAJA 15 Januari 2008.

BUKAN SEBUAH ILUSI

Aku memaksa diriku
Untuk melupakan dirimu
Walaupun keputusan ini
Sukar buat ku lalui
Aku memaksa diriku
Menghapuskan semua kenangan terindah
Yang pernah kita susuri
Suatu waktu dulu
Walau sakit ku rasai kini
aku memaksa diriku
Agar tidak lemah tanpa mu disisi
Kerana aku memahami
Gelanggang dunia kita kian berbeza
Aku memaksa diriku
Membuang janji-janji manis mu
Jangan berkarat di dalam jiwaku
Kelak membinasakan harapan ku
Biarpun langkah ku longlai
Jiwaku terusik
Aku tetap ingin berbisik di telinga mu
Cinta ku tidak pernah mati
Bukan sekadar sebuah ilusi................


Disiarkan oleh mljh REMAJA

KEBAHAGIAAN INI.

Kebahagiaan yang di genggam
Terbina dari kegagalan
Lahir dengan deraiaan airmata

Kebahagiaan ini
Kudaki tangga demi tangga
Kubayar dengan sejuta kesabaran
Kutebus dengan keikhlasan murni
Mahalnya mahar kasihsayangmu
Andainya engkau bisa memahami

Jalan luas terbentang di depanku
Kubuka minda merentasi ruang waktu
Melayarkan kesedihan emosi
Bermain dalam kesakitan
Bermimpikan kegemilangan

Berkongsi cinta denganmu
Merelakan suka dan duka
Bersama menyusun langkah
Kudrat alam menyatukan kita

Kebahagiaan ini
Dambaan jutaan jiwa
Meniti usia perjalanan
Kita berpaut pada kenyataan
Harapan untuk memiliki
Kebahagiaan sejati ini
Menjadi milik abadi..

D siarkn mjlh M.Wanita .Bil:1224(4-10Mei 07).

SEJIWA


Sejiwa kita harungi dunia
Merentasi tahun ke tahun
Dekad demi dekad
Menuju destinasi impian
Bahagia menghuni jiwa

Mimpi kita sama
Mendaki gunung
Menerjuni lurah
Terbang ke dada awan
Seperti camar keriangan
Ingin menari bersamamu bulan

Desir angin yang menderu
Membawa helaian rindu
Sejiwa kita melangkah
Membina istana idaman

Senyum dan tangis
Mainan musim-musim cinta
Terbukalah ruang-ruang kosong
saat kedukaan berlalu
Indahnya kehidupan

Sejiwa kita bersama
Menyanyikan lagu setia
Semusim berjanji
Menatap wajah pelangi...

Di siarkan dlm mjlh Mingguan Wanita.

Friday, April 16, 2010

meniti waktu


mengintaimu di hujung musim
aku bagaikan pemburu
meniti waktu demi waktu
berlari kutub ke kutub
utara dan selatan
timur dan barat
relaku tempuhi segalanya

menyintaimu di hujung musim
mengajak aku mengenang
duka malam yg panjang
menyimpan seribu kenangan
pahit manis sebuah pertemuan

kau berikan aku kekuatan
untuk berjuang mencari kebenaran
kau berikan aku keberanian
utk membuat keputusan
kau berikan aku cinta
untuk saling hidup di dunia
mengecapi sebuah kebahagiaan

mengintaimu di hujung musim
mengajar aku mengerti
kehilanganmu tiada lagi pengganti

Ujian ini

malam tanpa bulan
siang tanpa mentari

bagaikan pengembara hilang sudah arah dan tujuan
mimpi semalam
tidak lagi seindah pelangi sendirian menyusuri arus
luka dan pedih
jatuh dan bangun

jiwa kental dan keras melangkah...terus melangkah...
tak lagi ku peduli

api membara panas menyala
sejuk dingin ke tulang
sesak ruang rongga nafasku
tetapku atur impian yang satu ini
biar api jadi abu
biar luruh pernama di langit

ujian ini

mendewasakan pemikiranku

terkadang sakit ini

mengusik perasaanku

sekali ku berjanji

tetap ku tepati
berkelip bintang di langit

membawa suara hatiku

cahayamu memberiku kekuatan

langkahku bermula di sini

mawar berduri

Selamat datang ke blog sy..

Kita mengharap dekad baru ini membawa cahaya kebahagiaan.Membiarkan dekad yang berlalu menjadi satu catatan sejarah.Atau mungkin ingin mencipta kenangan yang paling indah sebagai sebuah memori...atau mungkin saling berharap segala m emori pahit di biarkan berlalu begitu saja.Umpama membuang kekotoran yang melekat di jiwa.Membersihkan diri..aku ingin mendapat cinta dari Allah.Aku ingin memiliki cinta suamiku selamanya dan aku ingin menakluki cinta hati semua anak-anakku!
Segala keinginan ini ku mohon kepadaMu Ya Rabb,perkahwinan yang kuanggap datangnya bahagia dari sebuah syurga,di takdirkan segala sesuatu di Loh Mahfuz.Tertulis di dalamnya semua janji yang tak mampu di mungkiri.
Ya Qadhi Rabbul Jalil,Aku bagaikan seorang muhaqqiqin yang selalu merindui KhaliqNya,aku jua bagaikan muqarrabin yang memacu taufik menuju Taman NaimMu,jika terhukum aku oleh dosa-dosa silamku ...ampunilah aku!!!
Aku tak ingin jatuh dalam penjara JahimMu...nazubillahiminzalik...

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA