Tuesday, October 30, 2012

KORBAN SANG PENCINTA

Assalamualaikum wrth
Penghujung  october atau bulan  sedang mengambang  dalam kalendar  ZulHijjah.Ketika para tetamu Allah membawa diri dan hati yang hina..ketika jutaan manusia membanjiri Ka'abah.Semuanya sama,berselimut putih ..membawa  diri mencari redhaMu.Syukur alhamdulillah,hajat yang kesampaian setelah bermusim menanti.Memohon di sucikan diri yang  selalu berdosa kepadaMu ya Haqqul Mubin..
Jangan biarkan syaitan ketawa dengan kejahilan kita.Bisiklah selalu kepada diri,bahawa  kita ingin jadi manusia zuhud terhadap Allah,biar cinta Allah memenuhi tiap penjuru yang ada di dalam hati.Zuhudlah  kepada harta benda,biar  hati ingat selalu kepada kemanisan iman.Yang Indah,Yang Manis.Bukannya madu semata tetapi  keindahan,kemanisan iman!
Bergemuruh segala sendi bila dosa selalu ada,syaitan pun ketawa..Bisikkan selalu kepada diri ,jangan mati selagi belum di matikan.Segeralah bangun dengan nawaitu ingin kejar kebaikan.Dalam takbir dan tahmid ,doa tak pernah padam.Selagi  roh yang tiada berupa masih ada hayat ,hayat mahu ringan kan beban.Apa harus kita lakukan?
Perbanyakkan sedekah dan beramal jariah.Tubuh seakan menyimpan rahsia bahawa sedekah itu perbaiki kekurangan diri.Menghirup makna hidup yang penuh misteri,alam menjadi tanda-tanya.Beri memberi,cinta mencintai..maka aku memilih keduanya sebagai inti dalam kehidupanku.Aku  ingin  menjadi kan setiap pemberian atau sedekah sebagai korban sang pencinta..
Positifkan minda,di akhir zaman ini semuanya berkemungkinan terjadi sesuatu yang pernah kita anggap mustahil.Ya Allah,jadikanlah kami orang yang beruntung di dunia dan di akhirat nanti.Dengan izinMu..
"Keikhlasan  adalah rahsia antara Allah dan hamba yang tidak di ketahui  oleh malaikat(sekali pun)hingga tidak ia di catat,juga tidak  di ketahui oleh syaitan hingga ia tidak rosak"-Imam Al-Junaid.
Zul Hijjah kali ini sungguh bermakna .Makna bila orang yang kita sayang semakin jauh dari kita.Sehingga airmataku menitis di sejadah peninggalan arwah mak.Sejadah di mana tempat dahi ibu menyentuh dan mengharap penuh doa.Sejadah yang menyaksikan beribu kali hati ini berdoa...sejadah pusaka tinggalan bonda..malam ini sekali lagi airmataku jatuh menitis hiba..hatiku sedih..hatiku pilu.Allahu Rabbi,La us riku bihi syai'a,la ilahailla antasubhanaka inni kunthu minazdhalimin.
Selagi sendi ini masih lagi bergerak ,selagi denyut ini kuat berdetak dan selagi tawakalku tetap kepadaMu,apa salahnya aku merayu!
Zul Hijjah ini membawa satu sejarah baru.Apabila orang yang pernah kita sayang datang kepada kita..dari jauh  datang untuk berjabat tangan..kita hidup  memang pernah menyakiti hati orang lain.Tingkah laku atau kata-kata kita bisa melukakan perasaan insan lain.Sedarkah kita?
Apa dosa orang yang teraniaya dengan kata nista kita?
Jika kanak-kanak mereka tidak pandai berdusta atau bermain kata,tapi orang dewasa seperti kita yang sengaja menjadi sebab keluarga berpecah belah.Apa  maknanya semua itu?
Dunia yang ceria,hati gembira menjadi gundah hanya dengan sebaris ayat,bagaimana pula dengan kiriman surat yang berjela?
Tentunya ada sebab musabab mengapa  sengaja mahu mereka cerita?
Apa pun alasannya jangan lah sampai menjatuh maruah atau hilang harga diri kita.Pada hal saudara serahim kita adalah  nasab terdekat yang menambah pahala dalam akaun akhirat kita..
Naluri dan emosi  akan tercalar bila orang yang kita sayang melukakan hati kita.Mujur aku bukanlah seorang pendendam..sehingga pintu rumahku sentiasa terbuka menerima  tanpa membantah..sedang orang lain menutup mata,memekak kan telinga dan memadamkan rasa cinta mereka terhadap perlakuan tidak bermanafaat itu.
Sesiapa yang tidak pernah merasa,tentulah tidak pernah memahaminya.Ada yang hilang?Ada yang terkesan?Salam dan kemaafan dari ku untuk sesiapa yang pernah merasa sakit hati atau tersentuh jiwanya kerana perlakuanku.Ikhlas aku meminta ampun..
Janganlah menjadi api yang hangatnya membakar diri.Api yang menyemarakkan kemarahan dan dendam .Jadilah air yang jernih mengalir.Membasuh sisa kotoran dan menghanyutkan sampah.Diri yang diam ketika di fitnah.Siapa yang berupaya menahan diri bila tebing kebenaran kian runtuh?Diri yang bijaksana menjadi api  itu arang yang bertukar debu.Mampukah kita sebijak sana itu menahan amarah?Diam umpama air yang sejuk memadamkan persengketaan.Meski banyak hati yang termakan duri,sabar itu bertahan lama sehingga diri menjadi bijak dan budiman!
Dua perkara yang jika di amalkan  mendapat kebaikan dunia dan akhirat.Pesan untuk diriku:
1.Menerima sesuatu  yang kita sukai jika sesuatu itu di sukai Allah SWT.
2.Membenci sesuatu yang kita sukai,dan sesuatu itu di benci Allah SWT.
Jadi ketika kesedihan sedang melanda kita,rebahkan lah diri dengan kalimat Allah.Allah sentiasa dengan kita.Sabda Rasulullah:"Bahawa Allah adalah AGUNG dan DiA mencintai  keagungan.Kesombongan  merupakan penghinaan akan kebenaran,dan menjijikkan orang".
"Sombong  adalah menolak kebenaran dan menghina manusia".Nauzubillahiminzalik..
Bila menyingkap pengorbanan ,kesetiaan Ibrahim dan Ismail,pengabdianku semakin kuat memujiMu.Zul Hij jah ini bulan pengorbanan.sesiapa yang berkorban kerana Allah,pengorbanan itu di kira..hisab yang  mudah.Di persada atma rahmat Allah mewangi..pesanlah selalu kepada hati dan diri,ingin jadi manusia beriman dan beramal dengan kebaikan.
Zul Hijjah kali ini,ku pintal tali-temali cinta dengan tenunan benang sutera berwarna putih.Ingin kuhiasi langit  tafakur dengan  deru insafku.Makna hidup ini pengabdian seorang hamba yang membawa diri dan hati mencari redha Mu.Mujahadah ini janganlah kalah meski pun di hambat gelisah.Sang pencinta tetap ingin berkorban biar pun hanya satu bahagian!
Akhirnya biar pun bulan mengambang di hujung October,Zul Hijjah tetap membawa barakah untukku.Ar-Razak,samada sedikit atau banyak terimalah hasratku.Walau pun bumi mengambil masa setahun untuk menyempurnakan  satu pusingan mengelilingi matahari,aku rela berdoa untuk setia kepadaMu.Separuh bumi menjadi siang,separuh bumi menjadi malam..waktu tetap berputar.
"Dan Kami jadikan  malam dan siang  sebagai dua tanda,lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang ,agar kamu mencari kurnia drp TuhanMu..."Surah Al-Israa':12.
Matahari berputar dan mengapung  di ruang angkasa pada anggaran kelajuan 30km sesaat ke arah sebutir bintang yang di kenali sebagai"Hercules"Jadi aku membayangkan jiwaku yang pernah di lukai akan sembuh juga dalam waktu terdekat.Bukankah bumi juga  berputar sambil  mengelilingi matahari yang sedang bergerak?Begitulah aku memahami bahawa dugaan dan ujian Allah SWT kepadaku akan membawa makna insafku ,tawakalku tetap satu.
Biarlah aku berkorban perasaan.Dalam munajatku aku harap tiap titisan airmataku akan bernilai juga satu hari nanti.Anak-anakku,pengorbanan ini  sumber cahaya....lihat di luar sana...12.50 minit malam hampir ke pagi..aku masih menulis...kerana apa?Allah memberiku ilham...jadi kutitipkan sebagai pedoman.Ingatlah ketika kita sedang meraih cinta dan kasih sayang,kita semestinya sanggup berkorban.Aku telah berkorban apa yang menjadi milikku untuk berkongsi dengan orang lain.Subhanallah...aku terpesona dengan warna di langit.Bulan sedang mengambang penuh................
Dalam ilusi yang teramat,ku teringat sebuah puisiku yang di siarkan oleh majalah WANITA OCTOBER 2012.
Di SEBALIK BAYANG MALAM.

Di sebalik bayang malam

Mimpi-mimpi indahku berkecai
Waktu-waktu hitam telah memadamkan
Semua impian telah terlerai satu persatu..
Kenangan silam yang panjang
Menyimpan detik-detik bererti bagiku
Menjadi sejarah

Di sebalik bayang malam

Silih berganti peristiwa dan tragedi
Sukar untukku melupakan segalanya
Meski pun  bertahun masa telah berlalu

Rabbul Izzati,

Pimpinlah tanganku
Bukalah mataku dan peganglah hatiku
Dalam degup hayat nafasku
Aku ingin selalu dalam dakapan inayahMu
Aku ingin membuka pintu rumahMU

Dunia yang fana

Kisah cinta seribu pesona
Tragedi yang terjadi 
Bahagia yang pernah kurasai
Semua yang telah di takdirkan untukku
Semuanya adalah penawar masa depanku
(Ubahlah hatiku untuk selalu taat kepadaMU,YaRabb)
JIWA BAHAGIA:ZIE.

Begitulah bila mataku enggan terlelap.Ilhamku datang menjenguk sukma kalbu.Musim cinta penuh rindu,musim bunga  penuh wangi.Aku luruh dalam dinginnya bayu..sang pencinta alam,diskusi yang panjang merungkai banyak persoalan.Seribu rahsia tentang cinta.pengorbanan yang tiada had atau batasan.Tanda cinta kepadaMu.

Hari yang  mewarnakan kehidupan ada palitan darah dan airmata.Pilihlah jalan yang terbuka kerana di situ ada peluang untuk kita.Moga terjumpa kitab kesabaran yang mengajar kita erti ketabahan.Menembusi langit atau awan adalah kenangan indah yang tak dapat di lupakan.Menjelmalah di ingatan lagu-lagu   yang terkandung lirik indah yang ku puja.Alleycats sedang  mendendangkan suara merdu penuh syahdu...Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi..dan bila  lagu "HAMPA" dendangan Tokki ke udara,jiwaku mengapung jauh..
Itulah cinta penuh misteri..pengorbanan  sang pencinta..Walau hidup penuh ketemu dengan memori berduri,biarkanlah.Bukankah musim ini akan silih berganti?
Terimakasih Tuhan kerana mengindahkan lagi jiwaku dengan  keutuhan cinta walau di musim luruh.Segera ku tanamkan bibit-bibit sayang agar tiada asid kebencian yang akan membunuh rasa bahagiaku.Neutralkan rasa  benci..dalam makmal ada pelbagai ujian.Jangan bohongi kenyataan melihat bulan purnama penuh yang mengambang di langit di samakan dengan melihat matahari mengeringkan embun-embun di pagi hari.
Zul Hijjah ini yang mengundang jutaan tetamu  dengan salam Baitullah membuatkan aku  ingin berada di Jannah.Mimpi  berziarah di makam Rasulillah SAW..Di Ka'abah tempat mujarab segala doa.Mahu tahu apa doaku bila berkesempatan di sana????
Sayang sekali mataku telah memberat.Di lain bicara akan ku ceritakan  tentang doa itu.Aku harus berehat kerana 7 .11 nanti aku akan masak nasi tomato untuk jamuan  perpisahan  budak sekolah.10.11 pula aku akan ke majlis penganugerahan PJN di Grand Continental.Suamiku turut mendapat anugerah atas jasa dan pengorbanan  sebagai PBTM.Dulu selama 4 bulan berada di Kemboja  mengikut PBB dan UNTAC,misi dalam 11RAMD.Sekarang  sebagai bekas angkatan tentera dan AJK  bertanggungjawab dalam persatuan.Semalam 31.10 kami sekeluarga menyambut PM Malaysia Datuk Najib.Penjenamaan semula Pulau Lagenda-Permata Kedah di jelmakan dengan nama "Langkawi Serba Asli"-seputih darah Mahsuri yang mengalir ke tanah.Sumpahan tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur telah berakhir.Di Pulau Tuba-dana 45 juta untuk melangsaikan projek  kabel sepanjang 4km di dasar laut.Bukankah ini satu dana yang menguntungkan?
Bersalaman dengan PM dan  mengikuti perkembangan semasa.Kami  menyokong segala usaha untuk menaik taraf Pulau Langkawi.Apa pun ideologi kita,bersatulah demi kedamaian sejagat."MY Master"feri baru di rasmikan dan kami bersama PM Malaysia menuju ke Pulau Tuba.Feri ini boleh memuatkan 661 penumpang.Megah dan mahsyurlah Pulau Mahsuri bila di nobatkan antara 10 pulau pelancongan terhebat di dunia.Syukur..
17.11 nanti majlis walimatul urus pak cik di Sg Petani.Nampaknya tahun ni  aku masih berteka-teki mahu makan angin di mana ya..?
Cerpen "SELIMUT PUTIH" sudah ku kirimkan  ke majalah  kegemaranku.Moga kan di siarkan.So,jumpa lagi di lain bicara...salam sayang penuh cinta untuk semua tetamu Allahb SWT yang bertuah Zul Hijjah ini...

Sunday, October 14, 2012

BUNGA_BUNGA IMAN.

Assalamualaikum wbth..
14 October 2012..Alhamdulillah,limpah kurniaMu mengizinkan aku untuk  berbicara di kertas kosong yang  tiada warna.Hanya putih..seputih hatiku ketika berserah diri di hadapanMu.Ya Rabb,aku mendakap erat  kasih sayangMu,aku tidak mahu terlepas dari dakapanMu.Dalam tidurku,aku hanya mahu  zikirku menemani nafasku.Kumulakan bismillahirrahmanirrahim dalam setiap permulaan langkahku.
Betapa lama aku  berhenti menulis blog..silih berganti kesakitan dan kebahagiaan.Perasaanku berbagai dengan peristiwa yang kulalui kini.Malam seakan menangis melihat  bulan bersinar pudar,awan tetap menangis  biar hujan turun lebat!Rama-rama yang sedang berterbangan di depanku  cantik lagi menarik.Sayangnya perhatianku tidaklah kepada rerama yang terbang bebas di sekelilingku..tidak juga kepada bunga melur yang mewangi putih di lamanku..juga mawar merahku yang  indah berkembang..tapi sekian lama aku terlena,kini aku terjaga..
Mimpi duniawi sungguh indah sekali.Pesona duniawi tidak kurang hebatnya.Bukankah perkara inilah yang membuta kita alpa?Sedar juga bahawa sesungguh setiap mimpi ada kesudahannya,setiap hari ada matahari..fajar yang menyinsing ada berita baru.Hidup ini pun kadang-kadang mesti beralah jua.Kadang-kadang tewas  jua..bukanlah bermakna masa itu pendek atau panjang.Awan yang menangis di belakang matahari tentunya ada menyimpan rahsia tersendiri.Kerana apa?
Mungkin  hujan yang turun itu telah menkhianati cinta  sang awan?Begitulah besarnya cinta ini  kepadaMu sehingga aku tidak mahu kehilangan RahimMu.Sehingga  Tuhan menjadikan alam ini penuh variasi..alam dengan seribu rayuan,alam dengan sejuta panahan  syaitan..masih mahukah bersenda dengan angin?Masih tegakah bergurau dengan ombak?Masih setiakah menyimpan kisah dulu?Bukankah cinta dan kata-kata juga pernah berbohong?
Cinta Adam berjanji mahu membawa Hawa ke syurga firdausi..Cinta Hawa mahu jadi permaisuri yang membawa kedamaian jiwa.Cinta yang mahu menjaga emosi masing-masing.Cinta Adam dan Hawa  umpama kasih sejati  yang tiada  pengakhirannya..tapi aku faham cinta Allah SWT  akan datang dalam tawa dan musibah!
"Ya Allah,Engkau kurniakan  kami rasa sakit  hati kerana perbuatannya ,kami mensyukuri cubaan ini.Semoga ini membuat  kami  menjadi  orang yang lebih kuat dan  sabar.Semoga ini menjadi jalan  untuk Engkau ampuni  dosa kami  dan semoga orang yang  telah di zalimi  kami Engkau  sedarkan,Engkau  perbaiki dan  Engkau  berkati hidupnya"-berdoalah selalu.
Aku selalu dengar wanita di umpamakan  angin yang menghembuskan racun yang berbisa..aku selalu   dengar wanita juga di ibaratkan permata berharga..hakimilah wanita selayak peribadinya..jangan hukum seseorang semata  memandangnya sehari dua...seburuk mana pun masa lalu seseorang  tidak ada salahnya jika dia mahu berubah.Mahu belajar dan mahu bertaubat!
"bersikap  diam dalam menghadapi orang jahil  atau pun orang gila adalah kebajikan pada jiwa.Dalam sikap diam jua terdapat penjagaan  bagi penghormatan .Harimau di hutan itu lebih di takuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu di lempar dengan batu"-Imam As-Syafie.
Ya Rabb,sebenarnya aku menangis dalam diam.Musibah yang kulalui ..yang telah KAU berikan  sepanjang  hidupku satu anugerah yang mengajar aku menghargaiMu.Aku sedar kebahagiaan yang hakiki berada dalam syurga akhiratMu.Aku bermuhasabah diri..memujuk hatiku selalu..dalam bersendiri aku cuba memahami  berjalan di atas jalan redhaMU,jalan menuju kebahagiaan amatlah sukar TETAPI hakikatnya tidak dapat di bandingkan kesukaran meniti titian Mu.Jasad dan nyawa bukanlah milik kita yang kekal abadi.Ia anugerah Allah kepada kita.Kita hanya berhak semasa di dunia tapi hak itu akan di soal di setiap anggota..Lalu pun teringat satu kisah  Muaz bin Jabal sebagaimana cerita dalam sirah.Di saat  kematian ,saat ajal  tiba Muaz di khabarkan berkata:"
Selamat datang wahai kematian!Selamat datang tetamu  yang tak kunjung  tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama di rindukan."Kemudian Muaz mendongak kelangit seraya berkata:"Wahai Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau mengetahui yang aku sukakan dunia apatah lagi untuk berada  di dunia ini selama-lamanya,menanam pokok dan mengairi sungai.Tetapi segala-galanya  itu adalah sekadar untuk  menghilangkan kehausan  di kawasan yang kekeringan serta  mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis  zikir.Oleh itu terimalah aku wahai Tuhan ku dengan kebaikan sebagaimana kamu  menerima seseorang yang beriman".
Ucapan terakhir  Muaz.sahabat Nabi.Aku pun  menangis bila membaca kisah ini.
"Haadzaa min fadhli Rabbii,liyabluwani a asyukuru amafkuru'"QS AN Nam 1:27.
"Ini termasuk  kurniaan Tuhanku,untuk mngujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmatNya".
Sungguh pun langit cerah membiru,angin kian deras menderu
Pelangi menyerakkan tujuh warna gemilang
Nubariku menahan luka 
Seksa jika anak menderhaka
Cinta  yang rapuh
Jatuh berderai seperti kaca yang berkecai di lantai..
Menatap wajah langitlah seindah dulu
Melihat warna pelangi tidaklah sebahagia itu
Biarpun bulan dan bintang  menguntum senyum ke arahku
Hatiku telah relai
Hidupku juga   berderai kelopaknya
Anakku,
Lihatlah airmataku yang menitis tanpa henti
Lihatlah wajahku yang kurang berseri lagi
Lihatlah malamku yang kian kelam
Tahukah semuanya ini 
Perkara biasa bagimu?
Demi ASMAMU
KAU memberiku peluang
Mengelap airmata kesedihanku
Kasihsayang akan membuatku sengsara
RABB,semua yang kau berikan kepadaku
Asal kejadianku,asal cintaku,semuanya milikMu.....
Demikian monolog hati seorang ibu..tapi mestikah  kegelisahan ini berterusan?Jiwa yang merana hampa berputus asa?
Jawapannya tidak..hatiku menjawab pantas kerana aku percaya dan yakin dengan  rukun  iman.Percaya kepada qada dan Qadar.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286:"Allah tidak akan membebankan  seseorang  melainkan  sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang di kerjakannnya".
Walau pun dialogku penuh beremosi,aku  masih mempunyai harapan dengan doaku setiap waktu.Tiada hijab bila kita ikhlas dan yakin berharap.Berzikir,bermunajat dan berdoa.Ku serahkan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung.Aku beralah bukan bererti aku telah kalah.Sebenarnya penolongku hanya Allah...
Kutuliskan puisi,ketuliskan cerpenku...BUNGA-BUNGA IMAN..
Seandainya seseorang itu tahu bagaimana pengakhiran hidupnya nanti...seandainya seorang anak itu tahu  antara perkara yang menjadi kebencian kedua ibubapa...sekiranya mereka faham ..redha Allah datang bersama redha kedua ibubapanya..Subhana'llah..
Bagaimana saatnya menemui Tuhan?
Bagaimana sakitnya nyawa terpisah dari badan?
Milikilah hati yang baik..jauhkan pesona  yang melalaikan kerana itu sumber  sengsara ...Andai berkesempatan  melakukan kebajikan,sembunyikanlah kebaikan itu..akhirnya aku tahu Allah sayangkan aku!
Allahu Rabbi,Islam cahaya penyegar bumi..janji hatiku kepadaMu..aku ingin jadi mujahidah cinta yang lahir dari rahim KasihsayangMu.Maka temukan aku  denganMu di setiap penjuru masa.Aku ingin iktikaf di dalam redha Mu.
Sekaya mana pun manusia mempunyai harta,ia tetap mahu menatap bulan di langit..
Se banyak mana manusia  mengumpulkan kemewahan ia tetap tidak mampu membeli kedamaian jiwanya sendiri..
Naluri dan nafsu kita saling membisikkan mahu sesuatu...sesuatu yang melebihi orang lain.Kadang mahu di sanjung-sanjung..tak kurang jua  mahu memiliki bukan hak kita..pada hal Allah telah pun memberikan semuanya untuk kita..
Gantikan airmata kesedihan ini dengan tangisan bahagia..dengan  anugerah Mu aku berimakasih..sekalipun madu itu bersalut racun,tentu ada hikmahnya.Ya Rabb,tutupilah pintu kegelisahanku.Aku tidak mahu berpura-pura menangis..aku tetap menangis menagih limpahan rahmatMu.Atau berpura-pura merasa bahagia sedangkan di depanku ada dosa.Aku bukannya hipokrit..aku ada jiwa yang halus,yang mudah tersentuh..jika menangis dapat meredakan kemarahan ku,aku akan tetap menangis.Biar satu hari  aku tahu airmataku juga bernilai ada harganya.
Ketika senja menurunkan tirainya,tersingkap jelas wajah malam.Rahsia sebuah kehidupan..rindu itu tidak bermusim..setanggi nya masih harum di jiwa..jiwaku yang pernah hampir mati,perlahan-lahan aku bangun seorang diri.Wuduk,solat dan zikirku  hanya kepadaMu.baru tahu  Tuhan  tetap sayangkan aku sekeluarga.Cuma musibah ini sebahagian drp perjalanan seorang hamba,mengembara  di dunia...carilah kompas buat panduan hidup.Begitulah aku menghargai semua pemberian Tuhan kepadaku.
Ketikaku  sering merayuMu,perasaanku berdarah merah.Ketika aku bersujud dan bertasbih memujiMu,Kau jahit semula  lukaku yang dalam itu.Meski pun nampak parutnya,namun aku lihat pintu-pintu cahayaMu untukku.Cintaku bukannya seperti sekeping kertas yang ringan,mudah terbang dan hilang di bawa angin..tetapi cintaku  tunduk dan bersyukur dengan  nikmatMu.Hasbiyallah...para pendosa  terbang ke neraka  dek perbuatan mungkarnya.Para syuhada berusaha kuat mencari pintu gerbang kebahagiaanya.Aku bertawakal  dengan jiwaku yang sabar.Aku  ingin lari dari fitnah dunia..aku mahu sabarku menuju kesabaran orang beriman.Tuhan,peliharalah imanku,kuingin mendayung perahu kehidupan  dengan kudratku.Aku terima hakikat yang telah di takdirkan di Loh Mahfuz.Sayap-sayap tauhid ku perteguhkan dengan tali Allah,semuanya kukembalikan kepadaMu.Ya Rabbul Izzati,aku tidak mahu menyakiti hati orang kusayang..ampunkan aku,aku berserah diri sepenuh hati.
Hijab insaf ini terbuka..cinta dan mencintaimu..adalah anugerah agung..berilah kebaikan untuk semua yang melakukan kebaikan.Jika bebanan itu berat,aku rela berdoa.Ringankanlah bebanan itu....dengan izinMu semuanya terjadi ...Alhamdulillah.Peganglah hatiku.....untuk selalu bersamaMU!
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA