Thursday, August 11, 2011

KIBLAT


“Engkau sudah mati,di sini tempatmu yang kekal.Kau tidak akan mampu ke mana-mana lagi.”satu suara bengis ,garau dan suara ini belum pernah aku dengar seumur hayatku .Seraya itu tali cemeti yang panjang dan tebal  melilit di pinggangku.Kukunya lebih kurang sejengkal dan tajam  menghala seolah akan mencucuk retinaku yang kian kabur .
“Aduhhhh….sakitnya!Mengapa aku di siksa begini?Apakah salahku?”Belum sempat aku menghabiskan kalimah itu satu tamparan kuat singgah di pipiku.Darah terpercik di sekelilingku.Hilaian ketawa mengejekku .Sangat menjengkelkan ruang rongga telingaku.
“Inilah balasan untuk manusia munafik sepertimu.Lihat dikananmu”suara itu memerintahku tanpa belas kesian.Aku memalingkan wajahku yang cedera akibat tamparan kuat tadi kea rah kananku.
“Weukkk…air liur ku menjadi pekat.Nafasku turut tersekat oleh aroma yang membusuk seperti  bangkai yang telah reput.
“Mengapa?Engkau jijik?”
Kulihat  ribuan ulat dan cacing sedang bergerak ke arahku.Bau busuk menerjah ke rongga kerongkongku.Retinaku bergerak mencari-cari sesuatu.Di manakah aku sekarang?
“Sekarang kau lihat ke sebelah kirimu?”suara kejam itu terus memberi arahan.Aku tidak mampu untuk melawan kerana seluruh tubuhku mengigil kesejukan dan sakit  oleh  lilitan cemeti yang  kuat tadi.
Perlahan aku menoleh kea rah kiriku.Masya allah,kala jengking ,ular berbisa merayap  ke sisiku.Aku terpempan dan cuba untuk bangun.Panggg..satu lagi tamparan kuat singgah di pipiku .Aku rebah.
“Ke mana engkau akan lari?Tiada jalan keluar,tiada ruang untuk manusia seperti kau  melepaskan diri dariku.Selamanya kau akan menetap di-sini”suara bengis itu masih ingin menyiksaku.
Aku tidak sanggup lagi tinggal di tempat begini.Retinaku bergerak pantas  mencari-cari jalan atau peluang untuk melepaskan diri dari siksaan kejam ini.Bau busuk  meloyakan tekakku.Kala jengking  itu semakin dekat  menghampiri kakiku.Aku ingin bangkit dan berlari keluar dari sini.Sekuat hati aku menjerit “tolong..tolong…”
Puas aku menjerit tiada sesiapa yang peduli.Kupandang ke atas,gelap gelita.Aku tak dapat bergerak sesuka hati kerana tempat ini sungguh sempit.Muat untuk tubuhku yang satu .Nafasku sesak,tiada udara yang dapat membantu ku.Ahh..mengapakah aku berada di sini?Bagaimana  kah aku boleh terperangkap dalam situasi kejam ini?
“Inilah balasan untuk orang-orang yang leka sepertimu.Kau mensia-siakan waktu mudamu.Kau mengabaikan solat lima waktumu.Kau tidak pernah merasa lapar dan dahaga orang yang berpuasa di
Bulan Ramadhan.Kau terlalu cintakan dunia sehingga kau lupa akhiratmu..pernahkah kau menghitung amal ibadatmu selama kau hidup di dunia?”soal suara kejam itu kembali.Sekali hentakan kuat  menolak aku ke bahu kiriku.Sakitnya tidak dapat ku gambarkan.
“Aduhh..lepaskan lah aku.Aku merayu kepadamu”suaraku semakin lemah.
“Di sini tiada sesiapa dapat menolong kau.Hanya perbuatanmu di dunia yang dapat menyelamatkan dirimu.Masih ingatkah segala perbuatan lampaumu?”
Aku menjadi sangat takut  .Suara ini membawa padah.
“Tunjukkanlah wajah sebenarmu,aku ingin melihat wajah kejam yang menyiksaku tanpa ihsan.Bagaimana kah wajah mu?Dari nada suaramu aku membayangkan  kau bukanlah mahkluk sepertiku”aku mula mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.
“Aku juga mahkluk Tuhan sepertimu.Aku di tugaskan untuk memberi pengajaran kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah sujud kepada Allah.Pernahkah kau mendengar bahawa Saidina Ali Kamallahuwajhah berkata:
“Manusia  di pandang dari segi tubuh hanya sama.Ayahnya Adam dan Ibunya Hawa.Kalau mereka itu  terlalu membanggakan  keturunan,keturunannya sama;dari tanah dan air.Kecuali pada peribadi yang mulia”
“Pernahkah kau beriktikaf di masjid?Masa mudamu amat berharga tapi kau sia-siakan begitu saja”
“Aku bukan ingin mendengar kutbahmu tapi aku ingin menatap rupa kejammu”jeritku  tanpa mempedulikan kesakitan yang sedang ku tanggung.
“Bukan hari ini aku akan tunjukkan wajahku,tapi pada hari yang telah di janjikan Allah”Panggg…cemeti itu di libas kuat betul-betul  mengena belakang pinggangku.
“Adduhh..aku tidak dapat  lagi menahan siksaan ini,aku menjerit..menjerit sekuat upayaku.
‘Hai Zam,bangun.Mengapa sampai terjatuh katil ni?Kau bermimpi ke?”Hidayat menepuk bahuku.Sepantas kilat aku membuka mata,aku terjelepok di atas lantai.
“Itulah ,semalam lagi dah cakap.Sebelum tidur,ambil wuduk dulu.Baca ayat tiga Qull,Insya`allah kita akan di lindungi selalu.Ini tidak,kau asyik nak bersms dengan awek baru.Sampai tidur pun asyik mengigau”Hidayat mula berkutbah di depanku.
‘Ohhh..kau kata aku mengigau?Kau tahu aku  bermimpi amat dahsyat .Selama ini aku tidak pernah bermimpi sedemikian rupa”terketar-ketar aku bersuara cuba menerangkan agar  Hidayat mengerti ketakutanku.
“Aku bukan main-main.Aku serious ni.Kalau kau di tempatku.apa yang akan kau lakukan?
“Aku nasihatkan kau,kau ubahlah cara hidup kau.Aku Nampak kau terlalu social sangat.”Hidayat memang telah lama berkongsi kamar denganku,Mungkin dia sudah masak dengan kehidupanku.
Kulihat jam sudah 2.45 pagi.Tapi aku tidak dapat melelapkan mata lagi,masih di buai mimpi ngeri tadi.Hidayat terus tidur tanpa mempedulikan aku Aku tahu dia mungkin letih kerana  sepanjang minggu ini pelayaran kami di  hempas badai kuat.Ombak bergulung-gulung.Tugas kami sebagai kelasi kapal memang memenatkan jika berhadapan dengan cuaca yang begini.
Aku mula terkenangkan  suara bengis dalam mimpiku.Aku mensia-siakan waktu?Aku manusia munafik?Benar semua yang di zahirkan itu,aku tidak dapat menafikannya lagi.Usia mudaku banyak kuhabiskan dengan kerja yang tidak berfaedah.aku mensia-siakan nikmat Tuhan.
Sebelum aku menjadi kelasi kapal,aku bekerja di kilang.Ketika berulang-alik dari tempat kerja ke rumah sewaku aku bertemu dengan Alissa.Gadis yang Berjaya membuat aku jatuh cinta dan cintaku berputik.Alissa menyambut cintaku dengan rela.
Aku memang naïf ketika itu.Maklumlah aku datang dari kampong manakala Alissa gadis kota yang moden.Serba-serbi cangih.Namun aku bangga bila Alissa mengatakan dia tidak memilih  bila berkawan asalkan lelaki itu ikhlas.Aku ikhlas bersamamu Alissa.Sejak itu aku berusaha sehingga aku Berjaya di naikkan pangkat.Alissa masih bahagia bersamaku.Alissa gadis pertama mengajarku erti cinta.Aku amat sayangkan Alissa.Kami berjanji akan saling setia dan jujur mempertahankan cinta kami yang suci itu.
“Abang,mahukah abang berjanji kepada Alissa bahawa abang tidak akan mempersiakan Alissa ?”
“Mengapa Alissa mempersoalkan  kesetiaan abang terhadap Alissa selama ini?Tidak cukupkah dengan apa yang abang lakukan sekarang ?Alissa sendiri tahukan betapa abang sayangkan Alissa.Keluarga abang pun sudah tahu  hubungan kita.Abang sedang mengumpul wang untuk melamar Alissa’terangku sambil memujuk.
“Bukan Alissa meragui cinta abang tapi…”ayat itu terhenti di situ.Alissa cepat-cepat memaut bahuku dan mengajak aku ke warung.Perutnya sudah minta di isi.Aku faham Alissa memang suka makan di warung Pak Mail.Katanya mee rebus Pak Mail tiada tandingannya.Lagipun warung Pak Mail berhadapan dengan laut.Ombak laut menyaksikan kehebatan cinta kami..
Setelah dua tahun berkasih aku ingin melamar Alissa.Sayang seribu kali sayang bila keluarga Alissa menolak pinangan dengan alas an kami tidak setaraf.Alissa merayu aku memujuk keluargaku untuk datang  semula berbincang dengan ayahnya,Keluargaku berkeras tidak akan menjilat semula ludah keluarga Alissa.
Alasan mereka mudah.Alissa anak tunggal.Taraf kami amat jauh berbeza.Aku tidak layak bersama keluarga Alissa.Tercalar sudah maruah keluargaku.Alissa menangis dan merayu kepadaku.Mengajak aku  lari ke sempadan dan berkahwin di sana.
“Alissa,walaupun aku lelaki kekurangan di depan mata keluargamu tapi aku lelaki bermaruah,aku ada harga diri.Aku tidak mahu keluarga kita bermusuhan.Aku tidak mahu memalit arang ke muka  keluargaku.Pulanglah ke pangkuan keluargamu.Mereka lebih berhak ke atasmu.Mereka tahu kebahagiaanmu di mana,bukan di sisi abang”pujukku lagi.
Alissa berkeras ingin bermalam di rumah ku di malam itu,aku masih waras.Aku tidak mahu mengeruhkan lagi suasana yang telah keruh ini.Alissa ku hantar pulang malam itu juga.Belum sempat pintu kereta ku buka satu pukulan singgah di badanku.
“Lelaki tak guna,tak sedar diri.Berapa kali aku nak beritahu kau.Kau tidak layak bergandingan dengan anakku”ayah Alissa  melontarkan pandangan tajam beserta kemarahan yang ketara.
“Ayah,sampai hati ayah buat kami begini.Apa salah Zam?”rayu Alissa meminta simpati.
Ayah Alissa mengheretnya masuk ke dalam.Selepas itu hubungan kami terputus.Tiga bulan aku mendapat berita perkahwinan Alissa berlansung dengan meriah.Dari kejauhan aku mendoakan kebahagiaannya.Aku mengambil keputusan untuk menjadi kelasi kapal.Bermulalah pelayaranku.Singgah sebentar dari pelabuhan ke pelabuhan.Dermaga bisu menjadi  saksi kekecewaanku!

Lautan biru tiada sempadan
Menghanyutkan diriku  ke dalam ilusi yang panjang
Pelabuhan demi pelabuhan
Adalah destinasi persinggahan
Di sini
Aku ingin berlari memelokmu
Di sini
Aku berjanji ingin melupakanmu
Biar dalam setiap tarikan nafasku
Hanya namamu yang ku puja….
Kutulis puisi indah ini untukmu Alissa.Hanya bertemu dalam mimpi.Setiap pelabuhan yang kusinggah,perempuan manis selalu ada dalam  hidupku.Mereka  tanpa segan silu menemani ruang sepi di hatiku.Dari kelab malam  kami merangkak ke hotel mewah.Aku ingin melupakan desir kenangan cinta pertamaku yang telah musnah.Alissa,aku ingin  membuang semua memori indah bersamamu.Aku tidak mahu menjadi seperti parasit.
Aku mula mengusung wanita-wanita cantik dan seksi.Akulah jagoan rakus meratah tubuh-tubuh manja yang menyerah ke pangkuanku.Aku sering kehausan air anggur merah yang terhidang di depan.Pesona wanita menjadi penyeri malamku.Neon kota dari benua ke benua,rantau ke rantau banyak menjahanamkan aku.Puas Hidayat menasihati  aku,aku tidak peduli.Perempuan murahan bagiku  seperti sekeping kad Touch n Go-ada di mana-mana.Saat pintu kiblat telah hilang,aku hilang agamaku!
28 julai  2002.
Kapal kami berlabuh di Rotterdam,Eropah.Dari Asia aku ke benua Eropah.Semakin ligat aku  berpoya-poya.Di sini tiada sesiapa yang berani melarangku.Hidayat mungkin sudah muak dengan gaya hidupku.Walau ke mana aku mengusung  perempuan ,Hidayat sudah malas untuk menegurku.Hidayat asyik dengan  laman sembang di internet.Sesekali aku ternampak Hidayat tersenyum sendirian.Mungkin sedang melepaskan rindu pada tunangnya di tanahair.Bertuah kau Hidayat,tunangmu seorang pendidik.Mendidik anak-anak mengenali arus globalisasi ini bukannya mudah.Penuh cabaran.Tapi aku tumpang gembira bila Hidayat mengatakan cintanya walau pun terpisah benua,poskad dan chatting  setiap masa.Bulan sentiasa mengambang penuh di langit  saat  bunga-bunga cinta mula bersemi.Aku pernah merasakan semua momen indah itu bersama  Alissa.Sesiapa pun sanggup musnah untuk membuktikan kesungguhan dalam cinta!
8 August 2002.
Aku berada di Cape Town,Afrika Selatan.Aku merasa kurang sihat.Hidayat berulang kali menanya aku mengapa aku hanya berdiam di dalam bilik.Selalu nya seminggu singgah di daratan ,aku hilang dari kapal.Kelab malam,perempuan dan hotel mewah adalah tempat aku melampiaskan  lelahku.Kali ini aku benar-benar kurang sihat.
“Hai,terperap aje dalam bilik.Dah  puas ke jadi jagoan?Di sini,ramai perempuan cantik tau”usik Kamal menguji ku.
“Ahh..malaslah.Kau pergilah sorang,aku nak berehat “
“Aikk..dah insaf ke?Jangan-jangan  kau berpura-pura baik  macam Hidayat.Hidayat tu tak apalah tak lama lagi berkahwin.Kita ni masih bujang terlajak apasalahnya sesekali keluar enjoy,biar tenang minda yang berserabut ni”pujuk Kamal lagi.
“Sorrylah,aku rasa kurang  sihat sikit hari ni.Kau pergilah”.
“Rugilah,ini Cape Townlah,kau akan menyesal kalau tak enjoy kat sini’Kamal masih ingin memancingku.
Bila Kamal tiada,aku mencapai diariku.Terpampang gambar aku dan Alissa semasa kami sama-sama sedang memetik buah strawberry di Cameron Highland dulu.Alissa sukakan fresh strawberry sebab dia sengaja minta aku ambil gambar dari jarak dekat.Kau  cantik dan menawan Alissa.
Tiba-tiba layar kenanganku bersamamu tertayang  jelas di depan mataku.Retinaku  basah saat semua nostalgia itu muncul.Musim-musim cinta kita sungguh indah.Desir angin membisikkan rinduku padamu tidak pernah padam untukmu.Walau beribu batu,walau bermusim  tahun berlalu,kau satu di hatiku.!
Jika surga  itu ada di bumi ini,tentunya ia ada dalam hati kita kerana  kau dan aku  saling bersama seperti bulan yang mengirimkan dingin untuk menyelimuti tubuh saat  malam kian panjang.Andai matahari tidak menyimpan panasnya ,kita masih berlari mengejar pelangi jingga.Pastinya kita akan hilang dalam  mimpi yang sama walau destinasi kita berbeza…



Walau habis dakwat tintaku
Mencatat kenangan  demi kenangan bersamamu
Jiwaku basah  di goda rindu
Kau nyalakan api cintamu
Sehangat panas mentari
Mengusik  ruang emosiku yang kosong
Walau penat aku berlari mengejar bayangmu
Sejarah tetap terukir di dalam diriku
Senyummu memberiku seribu erti
Putaran waktu tidak akan pernah memadamkan
Api cinta yang telah kau nyalakan
Membakar impian ku untuk bersamamu!
Aku menutup dairi  biruku.Tubuhku semakin panas dan mengigil.Kurasakan tahap  kepanasan ini melebihi 44.C.Hidayat memujukku untuk berjumpa doctor kerana bintik-bintik merah  kian banyak muncul di tubuhku.Selsemaku sudah hamper sebulan.Hidayat takut aku di serang demam campak.Aku setuju nmenemui  doctor.
Usai semua pemeriksaan Hidayat berwajah sugul di hadapanku.Nampak macam orang  terkena  sampuk.Pucat dan tidak keruan.Aku mula mengesyaki sesuatu.
“Zam,aku harap kau kuat dan tabah.Dalam hidup ni banyak kemungkinan  bakal kita hadapi.Kau mesti kuat….”kulihat airmata lelaki Hidayat tumpah walau dia cuba berpaling dariku.
“Apa hal,kau putus tunang  ke?Atau mak kau meninggal?”soalku semula.
“Bukan soal aku,tapi ini soal masa depan kau”Hidayat  bersuara lemah.
“Tak payah kau nak  cakap berbelit-belit,straight the point kan mudah  aku faham”
“Zam.,ada virus HIV dalam diri kau.Ujian darah tadi telah mengesahkan kau positif HIV.Bukan demam campak seperti yang kita sangkakan”Hidayat menghulurkan cermin untukku.Aku menjelirkan lidahku.Ternampak bintik-bintik merah-merah  yang telah bernanah.
“Ohh..sebab itu kau   duduk lama dalam bilik doctor.”
“Ya,sekejap lagi kita masuk semula berjumpa doctor”.

11Januari 2003.
Aku berada di kampong halaman yang  telah lama ku tinggalkan .Arus pembangun sungguh pesat sekali.Jika dulu tanah –tanah hanya terbiar,sekarang projek mega tersergam megah.15 tahun aku mengembara sebagai kelasi kapal,membawa dukalara yang tidak pernah sembuh ini.Ku dapati ramai generasi seangkatan denganku telah menyahut cabaran globalisasi.Membuka minda membuat perubahan.Anjakan paradigma mereka menjulang kemajuan.
Aku semakin lemah.Kematian semakin  mendekatiku.Aku bukan lagi bermimpi makhluk atau suara bengis itu.Kematian sedang berada di ambang pintu..virus AIDS tiada penawar lagi.Pembalasan untuk semua dosa-dosaku di masa lampau.Hanya kerana kecewa cinta aku merosakkan diriku,harapan keluargaku dan masa depanku!
Alissa,Seandainya kita  di cipta untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Namun seandainya  kita di cipta untuk  tidak bersatu ,walau dekat selalu,kau tidak akan menjadi kepunyaanku.Kini bulan purnama tidak lagi mengambang penuh seperti yang kuharapkan .Kisah-kisah cinta,musim-musim rindu telah lama berlalu.Tiada lagi wangian yang menemani hariku.Dalam setiap nafas yang kuhela  hanya ada kekesalan,penderitaan dan kesakitan.
Tuhanku,terimalah taubat nasuhaku!Sesungguhnya ajalku kian dekat sehingga aku tidak mampu lagi menghitung  semua nikmatmu.Kembalikanlah  CINTAKU bersama KiBLATKU yang satu.Ini permintaan terakhirku sebelum nafasku  tenggelam …..
FIRMAN ALLAH:Apakah kamu berpuas hati  dengan kehidupan  di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup  di dunia ini  di bandingkan dengan kehidupan di akhirat hanya sedikit.
Surah Taubah ayat 58.
Sekian ,terimakasih.

KARYA:CHE AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.27 JUN 20008.

Wednesday, August 10, 2011

#2 GIVEAWAY SIMPLE : SAYA NAK KEYCHAIN COMEY TU"

Giveaway Just Macaron

join INI

syarat2:



1. TINGGAL/BERADA DI MALAYSIA..
yes..

2. WAJIB FOLLOW BLOG JUST MACARON DAN SABAH COLLECTIONS..

done...follower ke 189 and 161


3. TINGGALKAN LINK ANDA DI RUANGAN KOMEN..

done






Tuesday, August 9, 2011

LADY DIANA



Sesuatu yang  bernilai dan berharga  memang layak untuk di milikinya.Tidak kira berapa harganya,tiada penawarannya.Cinta yang hakiki tiada ternilai  harganya..tiada kenal erti penat dan lelah..tiada titik noktahnya.Namun seandainya cintakasih sesuci  ini di tolak dan di beri tawaran nilainya,hilanglah harga sebuah pengorbanan.Di saat menenun cinta di kaki langit,bulan dan bintang menghulur segaris cahaya..jika ia bertukar warna  ,bermusim bersama..sanggup mengalas segalanya!Tetapi  jika segunung harapan menjadi lara yang berkecaian ibarat debu berterbangan di udara,maka pisahkan jiwamu dari jiwaku.Tiada guna menggalas seribu gunung  jika baranya menykitkan hidup ini.Sehingga aku merasa tak mampu terbang beriringan,duduk bersimpuh di riba...bukankah cinta seorang bidadari ada di singgahsana hati puteranya?Jadilah wanita yang pertama,teratas mndapat keredhaan Allah kerana ketaatan  yang  tidak pernah berbelah terhadap suaminya ..meskipun di uji kesetiaan ..keyakinan itu tidak pernah luntur...bahkan dengan izin Tuhan segalanya menjadi luarbiasa.!!

RINDU TIADA PENGHUJUNG


RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA.
Tasbih itu masih bergerak-gerak di tangan emak.Entah berapa ribu zikrullah bermain-main di bibirnya.Aku hanya memerhatikan dari jauh.Nyata emak sangat leka  berzikir sejak solat Maghrib tadi.Kurasakan sebentar saja lagi azan Isya` akan berkumandang menandakan waktu untuk solat Isya` telah masuk.Emak masih lagi belum bangun dari tikar sejadah yang di belinya ketika menunaikan  ibadah haji bersama arwah abah di kota Mekah itu.
Emak  bangun dan terus menunaikan solat sunat masuk waktu isya`.Kulihat wajah emak sangat tenang sekali.Walaupun kerut wajah  emak semakin menampakkan  kedut namun senyuman emak tetap manis seperti dulu.Penuh keibuan,ketenangan dan aku merasa senang sekali berada dalam pelukan emak.Namun aku tahu sejak arwah abah meninggal emak seperti cuba untuk menepis kesunyian atau kepayahan dengan caranya yang tersendiri.Emak tidak pernah  mengeluh atau bermuram di depanku.
Malam Jumaat begini emak akan meneruskan bacaan ayat suci Al-Quranul Karim.Emak sudah terbiasa sejak kecil lagi di didik oleh nenek dan tok wan.Sebab itu aku selalu ingat arwah abah pernah berkata bahawa di zaman moden sekarang memang sukar untuk dapat isteri seperti mak.Zaman muda emak banyak di habiskan di rumah.Pagi-pagi bangun tidur terus buat kerja rumah.Sebelah malam emak dan Tok Wan mengajar anak-anak jiran mengaji Al-Quran.Begitulah rutin emak.
Bila emak berkahwin emak menjadi isteri sepenuh masa.Abang Amin  dan aku juga  tidak pernah di susukan dengan susu tin.Arwah abah pernah berkata emak ingin menyusu sendiri agar aku dan abang Amin akan berkelakuan seperti  seorang insan mukmin.Mulalah abah bercerita  bagaimana anak-anak yang menyusu susu lembu  berperangai macam lembu.Aku hanya tersenyum bila terkenang semula apa yang sering sangat arwah abah sebut.
Dalam leka aku berangan-angan suara lembut emak menegur agar aku segera wuduk.Katanya berdosa melengahkan waktu.Aku akur.Hujan di luar sangat lebat sehingga memaksa aku untuk  mencari baju tebal.Aku bergegas  ke ruang tamu  untuk menonton segmen yang gemari.Emak kulihat sudah pun menanggalkan telekung.Aku percaya saat hujan lebat begini tak ada apa yang nak emak buat.Jadi aku mengajak emak bersamaku.
Sebenar aku tahu emak sedih dengan  tingkahlaku Abang Amin.Sejak arwah abah meninggal Abang Amin jarang pulang ke kampung.Dulu masa Abang Amin ingin berkahwin dengan perempuan mat salih yang di bawanya pulang dari  Kota London arwah memang menentang keras tujuan Abang Amin.Emak tidak henti-henti mengalir airmata kerana Abang Amin.Pergi belajar di luar negara,di bawanya pulang perempuan berambut perang!
Setelah puas Abang Amin memujuk emak dan arwah abah dengan pelbagai alasan akhirnya emak mengalah.Lagipun orang kuat masjid pula menambah daripada berlaku maksiat lebih baik kahwinkan saja mereka.
“Mana mak nak letak muka ,orang kampung pun asyik menjuihkan mulut bila terjumpa mak di jalan ke,sampai mak nak ke masjid pun ada mata menjeling tajam .Engkau tak fikir perasaan kami”soal mak pada Abang Amin dengan linangan airmata.
“Mak,saya dah berjanji akan berkahwin dengan Jessica.Saya Cuma nak minta restu mak dan abah.Saya harap keluarga kita dapat menerima Jessica dengan baik.Itu saja harapan saya pada mak dan abah”pujuk Abang masih ingin mempertahankan gadis bermata biru itu.
“Tapi macamana dengan Solehah tunang kau tu.Abah  tak ada tempat lagi nak sorok muka.Hantar belajar ke luar negeri,ini yang kami dapat.Susu yang di beri kau balas dengan tuba?Kau ingat kami ni tak ada maruah?tengking abah yang semakin berang.
“Mak malu pada keluarga Solehah,tapi apa boleh buat kau sanggup conteng arang ke muka keluarga kita.Emak tak sangka anak lelaki mak yang  baik dulu jadi macam ni sekali”mata mak tetap berkaca.Aku hanya mendiamkan diri sambil memelok emak .
Akhirnya semua kaum kerabat kami berbincang dan mengizinkan mereka bernikah.Jessica nama  gadis Kota London bertukar menjadi Qistina Abdullah.Kakak Solehah bekas tunang Abang Amin turut hadir di majlis pernikahan Abang Amin.Aku tahu dia sangat menyintai Abang Amin tapi dia pasrah .Katanya ini soal jodoh.Dia redha.Tapi aku merasa kesal sebab gadis sebaik kakak Solehah telah di persiakan oleh Abang Amin.Namun kami semua tetap mendoakan agar kakak Solehah akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik lagi.Arang sudah terconteng di muka,maruah sudah terpalit dengan kejahilan Abang Amin.
Qistina,sudah bersediakah untuk sujud  di tikar sejadah?Kalimah syahadah mewajibkan setiap yang  orang yang beragama Islam menunaikan solat 5 waktu sehari.Menunaikan puasa sebulan di bulan Ramadhan.Berzakat dan menunaikan haji di Tanah Haram Mekah jika berkemampuan.Apakah seorang Qistina sanggup dan rela meninggalkan agamanya semata-mata atas dasar cinta seorang Juliet kepada Romeonya?
Abang Amin,bertanggungjawab memastikan dua kalimah syahadah yang di ucapkan oleh isterimu di sertai oleh amalan bukan hanya ucapan semata-mata.Pernah kah Abang Amin menjadi imamnya yang memimpin ke arah muslimin sejati?
Demikian aku beintonasi seorang diri.Hatiku gusar .Abah dan emak tawadduk orangnya.Sebab Abang mengatakan Qistina atau Jessica tidak betah untuk berlama di pondok buruk kami lalu mereka memutuskan untuk kembali ke Kota London.Bukankah di sana semuanya ada?Kota kosmopolitan yang siang dan malamnya tidak pernah tidur.Semua orangnya berlumba-lumba untuk mengejar keseronokan dunia.Abang Amin tidak dapat lagi merasakan sedapnya sambal belacan mak atau gulai ikan keli  rempah giling yang mak masak bersama belimbing buluh .Lidah Abang Amin sudah loya.Dia lebih senang dengan  burger atau mengunyah salad mentah!


Semuanya telah berubah sejak Abang Amin pergi.Abah telah meninggal dunia.Aku sudah dewasa dan menunaikan hajat emak agar menjadi seorang peguam.Sebanyak itu juga aku sudah berkongsi beban emak.Menantu yang di harapkan dapat memberikan cucu telah jauh dari pandangan.Aku tidak tahu sejauh mana Abang Amin tersinggung dengan peristiwa itu.Arwah abah sempat berpesan pada emak bahawa dia sangat ingin memelok abang seperti  dulu.Bila malaikat maut telah datang menjemput abah menemui penciptaNya abang tiada di sisi keluarga.Tega sungguh hati abang.Keras seperti batu.Qistina berjaya memalingkan hati abang dari kami.
Sudah lapan tahun abang tidak pulang ke kampung.Pada hal kami semua telah redha dengan keputusan abang.Ketika abang menghubungiku dulu aku pernah berkata pada abang bahawa darah kami sama.
“Baliklah bang,mak sering menyebut-nyebut nama abang dan kakak Qistina.Buang yang keruh ambil yang jernih.Abah dah tiada.Kesian pada mak.Lagi pun abang mesti ingat surga itu di bawah tapak kaki ibu”pujukku lagi.
“Abang bukan tak mau balik tapi...............”kata-=kata abang terhenti tanpa noktah.
“Ana tahu abang masih marahkan mak.Mak dah ampunkan kesalahan abang.Baliklah ,mak sekarang bukannya sihat macam dulu lagi.Mak rindukan abang”
“Tenguklah nanti macamana,kalau abang ada masa abang pulang juga satu hari nanti”ayat ini sudah jemu aku dengar.
Perlahan –lahan aku menyusup masuk ke bilik emak.Emak terbaring lesu tapi masih  senyum bila nampak aku masuk.Hatiku merasa tidak tenang kerana sejak akhir-akhir emak asyik termenung.Bila aku tanya emak menggelengkan kepala mengatakan emak biasa saja.
“Ana,bila lagi nak kahwin?Mak teringin nak timang cucu.Tak kan dah kerja pun masih nak bagi alasan pada mak,dulu kata nak kerja .Sekarang  dah kerja apa pulak nak dalih”
“Tunggu lah tak kan lari gunung yang di kejar.Insya`allah Ana akan akan kahwin juga satu hari nanti”Aku tidak sanggup menghampakan harapan mak Cuma masa  dan jodoh tu belum sampai.
“Ana tenguk kakak Solehah tu,dapat suami baik.Ustaz pulak tu.Anak pun dah nak masuk empat.Mak bangga sebab kakak Solehah tu tetap anggap kita seperti dulu.Masih ambil berat hal kita.Sebab tu arwah abah berkenan sangat dan sayangkan dia macam anak sendiri.Apa nak buat kan dah tak ada rezeki kita”
“Mak jangan ungkit kisah lama.Lupakan saja.Mak kena jaga kesihatan mak.Itu yang penting.”dadaku seperti tertusuk duri bila semua peristiwa  di ingat kembali.
Aku juga terbias dengan perbuatan abang.Walau aku sering di ejek kerana kakak iparku yang berpakaian seksi dan tidak tahu bersalam dengan tetamu aku masih bertahan.Aku anggap semua yang berlaku  di luar kemampuan kita.Tapi aku kesal dengan sikap Abang Amin yang membiarkan apa saja  kakak iparku lakukan tanpa memberi kata nasihat.Budaya kita berbeza.Warna kulit juga nyata berlainan.Aku merasa janggal dengan melihat kakar iparku menyalakan api untuk menghisap rokok di depanku.Nyata aku bias  dengan kesongsangan budaya.Tapi mengapa abang berdiam diri?
Qistina telah berjaya mengubah paradigma abang.Tidak salah arwah abah berdendam sehingga nafas terakhirnya barulah abah memaafkan kekhilafan abang.Hajat abah tidak sampai untuk memelok abang seperti dulu.
Dalam ilusiku yang panjang  ini aku  berdoa agar tauhid abang tidak berubah.Jika hanya paradigma itu  berpaling aku berharap  dia mampu menjana mawaddah di mindanya.Itu doaku setiap kali aku sujud kepada Mu Ya Allah.
Aku cepat-cepat merapati emak bila emak mula batuk-batuk.Aku sudah maklum tahap kesihatan mak semakin menurun sejak akhir-akhir ini.Emak terlalu banyak menanggung derita.Beban yang di galas sudah berat.Aku juga ingat pesan doktor agar mak kena rehat.Tapi mak masih tidak lupa pada zikrullah yang sebati  dengannya.Ayat-ayat Quran sudah di hafalnya sejak remaja.Lidah mak sudah basah dengan doa.Tapi Abang Amin tetap tidak muncul sehingga emak sudah nazak begini.
Pak Long dan Mak Long sudah putus harap untuk  memujuk abang,aku semakin sakit hati bila mengenangkan perbuatan abang.Emak semakin lemah.Aku bergilir-gilir membaca surah Yassin dengan kakak Solehah.Mak Long dan Pak Long sudah lima hari tidur di sisi mak .Sering ku membisikkan kalimah syahadah itu ke telinga mak.Abang,datanglah segera!
Salamilah tangan emak.Jangan sampai anak derhaka masuk neraka .Surga itu di bawah telapak kaki ibu.Kuulang-ulang lagi ayat itu.Mak,ampunkan segala dosa-dosa Ana pada mak.Setitis susu yang ku sedut masuk ke keronkong ini halalkan lah mak.Aku mengenggam erat tangan mak.Mak hanya mampu menggerakkan jari-jarinya,mata mak   merenung sayu ke arahku.
Sinar mata mak memberikan sejuta cahaya untuk ku.Pelokan emak menyejukkan sukmaku.Genggaman  tangan emak memberikan aku satu kekuatan untuk aku melangkah melihat wajah dunia.Aku menjadi bersemangat saat emak menguntum senyum.Wajah lesu emak mengharukan aku.Terkumat- kamit emak membuka mulut membisikkan sesuatu.
Pak Long dan Mak Long mengangkat tubuh emak yang tidak berdaya  mengadap kiblat.Masanya sudah tiba.Tulang –temulang  menjadi kian renggang.Nadi yang berdenyut perlahan.Aku tidak pernah berhenti walau sesaat pun membisikkan kedua kalimah syahadah itu ke telinga emak.Allahummaajirnipi musibatiwakhlufnikhairan.Doa Rasulullah ini  untuk  UmmuSalamah dan ku baca  demi untuk sempurnakan pemergian bintang timurku!
Di atas ribaku emak menghembuskan nafas terakhirnya.Sesungguhnya aku telah bersedia dan redha dengan  kehilangan abadi ini.Qulllu nafsindzzaiqatulmaut.Innalillahwainailihraji`un.Aku memujuk diriku dengan tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.Mati itu pasti.Kulihat wajah mak tersenyum manis.Manis sekali!

Itulah senyuman terakhir bintang timur yang selama ini bermukim di hati.Ia pasti bersinar sesuci air susu nurun jannah yang memberikan aku nafas  kehidupan di dunia yang berliku  ini.Abang Amin yang  di kasihi dengarlah luahan hatiku yang ikhlas ini.Haruskah kita menunggu berabad lamanya untuk  memohon ampun di atas kekhilafan lalu?Mestikah kita terbawa-bawa oleh perasaan sehingga kita lupa arah  kiblat kita?Pujangga pernah berkata:kita tidak akan mampu untuk menggembalikan air ke hulu andai mudiknya ke depan.Matahari akan terbit dan jatuh pada orbitnya.Sudah menjadi resmi angin  yang bertiup akan membawa hujan.Dan mendung akan berlalu bila awan sudi berarak pergi!
Emak ,damailah di sana kerana  Tuhan menjanjikan surga untuk wanita yang  sehebat emak.Emak wanita istimewa.Wanita yang taat suaminya,ikan-ikan di laut,burung-burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selagi dia taat kepada suaminya.Sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan  suaminya,maka masuklah dari pintu surga yang dia kehendaki.Ini janji Allah terhadap hambaNya yang memelihara tauhid dan akidah .Berjihad ke jalan Allah.
Bukankah arwah abah selalu berkata padaku dulu.Contohilah akhlak Rasulullah.Emak telah terbiasa sejak kecil sehingga nafas terakhir kalimah suci dan zikrullah menjadi teman.Nyata emak mampu mengikuti sunnah sehingga aku merasa kagum dengan peribadi mak.Aku berperang dalam jiwaku sendiri kerana Qistina.Mereka sanggup menabur duri di setiap langkah mak.Anak derhaka seperti Abang Amin mesti  menerima balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.Perasaan mak terluka tapi darahnya tidak nampak.Hanya aku yang memahaminya!
“Ana ,Abang pulang”kudengar suara itu berulangkali.Adakah aku bermimpi lagi?
Kudongakkan kepala dan tiba-tiba Abang Amin memelokku.Tapi mengapa hanya seorang?Bisikan itu bermonolog dalam nuraniku tanpa jawapan.Lantas dengan cepatnya aku  membawa Abang Amin  ke ruang kamar.
“Abang,wajah mak tersenyum melihat kepulangan anak lelaki yang di tunggui selama ini.Rindunya tiada berpenghujung,penamatnya hanyalah kematian.Jangan abang tumpahkan airmata abang .Ia akan menjadi sia-sia.Namun emak telah memaafkan kesemua kesalahan abang”ungkapan ini mungkin dapat menyejukkan hati abang.
“Ana,abang tahu abang telah banyak berdosa pada keluarga kita.Abang sedar kini semuanya telah terlambat,tiada maknanya kata-kata abang ini.Abang dah tinggalkan Kota London dan Qistina.Abang mahu mulakan hidup baru di tanahair sendiri”pengakuan ini sudah lama kutunggu.
Pak Long dan Mak Long turut mengangguk tanda setuju.Ustaz Firdaus tersenyum .Selagi lautan dan bintang sudi menghiasi  angkasa,selagi belum terpisah langit dan bumi biarlah kebahagiaan yang baru datang menjenguk menjadi milik kami.Abang ,lupakan peristiwa berdarah di Kota London menjadi sejarah.Lupakan saja semua kepahitan itu.Jessica tidak mampu menjadi  Qistina bt Abdullah  andainya hanya lidah yang mengungkapkan kalimah syahadah pada hal hati nya tidak pernah mencuba untuk menerima nur Islam.Dia hidup dalam tamadun Barat.Memang sukar untuk  di budayakan ke arah Timur.Roh dan jasad kita berbeza.Budaya dan teknologi pun berlainan.Jiwa yang subur dengan keimanan membentuk jasad yang jauhar.Mestikah kita berkorban segala-galanya hanya kerana cinta dunia?
Cinta yang belum tumbuh dan bersemi tentunya perlukan kekuatan jiwa.Cinta itu sangat abadi.Murni dan suci.Cinta manusia kadang –kadang lebih banyak derita dari bahagia.Cinta manusia juga banyak membawa kemusnahan.Namun kepada Pencipta Yang Addin adalah cinta yang mengalir tanpa henti.Mengembangkan kasih yang wangi.Cinta itu juga memerdekakan jiwa setiap insan.Ini kerana cinta kepada Tuhan adalah cinta teragung seorang khalid!
Abang,bertaubat nasuhalah selagi ada peluang.Jangan sia-siakan harapan kedua ibubapa kita.Kerana merekalah kita dapat melihat wajah dunia.Kita lihatlah ke langit biru.Nun dalam ribuan bintang-bintang yang bersinar gemilang ada sebutir bintang bercahaya terang.Bintang itu memberikan kita harapan,menghulurkan salam keyakinan  dan menitipkan suara kerinduan.Semoga bintang timur itu tetap bersinar terang membawa kebaagiaan yang berkekalan selamanya.Sesungguhnya aku dan Abang Amin tidak pernah berhenti berdoa untuk  emak dan abah agar damai  di  nurul jannah.Destinasi kekal abadi...................................
Sekian ,terimakasih.
KARYA:AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA