“Engkau sudah mati,di sini tempatmu yang kekal.Kau tidak akan mampu ke mana-mana lagi.”satu suara bengis ,garau dan suara ini belum pernah aku dengar seumur hayatku .Seraya itu tali cemeti yang panjang dan tebal melilit di pinggangku.Kukunya lebih kurang sejengkal dan tajam menghala seolah akan mencucuk retinaku yang kian kabur .
“Aduhhhh….sakitnya!Mengapa aku di siksa begini?Apakah salahku?”Belum sempat aku menghabiskan kalimah itu satu tamparan kuat singgah di pipiku.Darah terpercik di sekelilingku.Hilaian ketawa mengejekku .Sangat menjengkelkan ruang rongga telingaku.
“Inilah balasan untuk manusia munafik sepertimu.Lihat dikananmu”suara itu memerintahku tanpa belas kesian.Aku memalingkan wajahku yang cedera akibat tamparan kuat tadi kea rah kananku.
“Weukkk…air liur ku menjadi pekat.Nafasku turut tersekat oleh aroma yang membusuk seperti bangkai yang telah reput.
“Mengapa?Engkau jijik?”
Kulihat ribuan ulat dan cacing sedang bergerak ke arahku.Bau busuk menerjah ke rongga kerongkongku.Retinaku bergerak mencari-cari sesuatu.Di manakah aku sekarang?
“Sekarang kau lihat ke sebelah kirimu?”suara kejam itu terus memberi arahan.Aku tidak mampu untuk melawan kerana seluruh tubuhku mengigil kesejukan dan sakit oleh lilitan cemeti yang kuat tadi.
Perlahan aku menoleh kea rah kiriku.Masya allah,kala jengking ,ular berbisa merayap ke sisiku.Aku terpempan dan cuba untuk bangun.Panggg..satu lagi tamparan kuat singgah di pipiku .Aku rebah.
“Ke mana engkau akan lari?Tiada jalan keluar,tiada ruang untuk manusia seperti kau melepaskan diri dariku.Selamanya kau akan menetap di-sini”suara bengis itu masih ingin menyiksaku.
Aku tidak sanggup lagi tinggal di tempat begini.Retinaku bergerak pantas mencari-cari jalan atau peluang untuk melepaskan diri dari siksaan kejam ini.Bau busuk meloyakan tekakku.Kala jengking itu semakin dekat menghampiri kakiku.Aku ingin bangkit dan berlari keluar dari sini.Sekuat hati aku menjerit “tolong..tolong…”
Puas aku menjerit tiada sesiapa yang peduli.Kupandang ke atas,gelap gelita.Aku tak dapat bergerak sesuka hati kerana tempat ini sungguh sempit.Muat untuk tubuhku yang satu .Nafasku sesak,tiada udara yang dapat membantu ku.Ahh..mengapakah aku berada di sini?Bagaimana kah aku boleh terperangkap dalam situasi kejam ini?
“Inilah balasan untuk orang-orang yang leka sepertimu.Kau mensia-siakan waktu mudamu.Kau mengabaikan solat lima waktumu.Kau tidak pernah merasa lapar dan dahaga orang yang berpuasa di
Bulan Ramadhan.Kau terlalu cintakan dunia sehingga kau lupa akhiratmu..pernahkah kau menghitung amal ibadatmu selama kau hidup di dunia?”soal suara kejam itu kembali.Sekali hentakan kuat menolak aku ke bahu kiriku.Sakitnya tidak dapat ku gambarkan.
“Aduhh..lepaskan lah aku.Aku merayu kepadamu”suaraku semakin lemah.
“Di sini tiada sesiapa dapat menolong kau.Hanya perbuatanmu di dunia yang dapat menyelamatkan dirimu.Masih ingatkah segala perbuatan lampaumu?”
Aku menjadi sangat takut .Suara ini membawa padah.
“Tunjukkanlah wajah sebenarmu,aku ingin melihat wajah kejam yang menyiksaku tanpa ihsan.Bagaimana kah wajah mu?Dari nada suaramu aku membayangkan kau bukanlah mahkluk sepertiku”aku mula mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.
“Aku juga mahkluk Tuhan sepertimu.Aku di tugaskan untuk memberi pengajaran kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah sujud kepada Allah.Pernahkah kau mendengar bahawa Saidina Ali Kamallahuwajhah berkata:
“Manusia di pandang dari segi tubuh hanya sama.Ayahnya Adam dan Ibunya Hawa.Kalau mereka itu terlalu membanggakan keturunan,keturunannya sama;dari tanah dan air.Kecuali pada peribadi yang mulia”
“Pernahkah kau beriktikaf di masjid?Masa mudamu amat berharga tapi kau sia-siakan begitu saja”
“Aku bukan ingin mendengar kutbahmu tapi aku ingin menatap rupa kejammu”jeritku tanpa mempedulikan kesakitan yang sedang ku tanggung.
“Bukan hari ini aku akan tunjukkan wajahku,tapi pada hari yang telah di janjikan Allah”Panggg…cemeti itu di libas kuat betul-betul mengena belakang pinggangku.
“Adduhh..aku tidak dapat lagi menahan siksaan ini,aku menjerit..menjerit sekuat upayaku.
‘Hai Zam,bangun.Mengapa sampai terjatuh katil ni?Kau bermimpi ke?”Hidayat menepuk bahuku.Sepantas kilat aku membuka mata,aku terjelepok di atas lantai.
“Itulah ,semalam lagi dah cakap.Sebelum tidur,ambil wuduk dulu.Baca ayat tiga Qull,Insya`allah kita akan di lindungi selalu.Ini tidak,kau asyik nak bersms dengan awek baru.Sampai tidur pun asyik mengigau”Hidayat mula berkutbah di depanku.
‘Ohhh..kau kata aku mengigau?Kau tahu aku bermimpi amat dahsyat .Selama ini aku tidak pernah bermimpi sedemikian rupa”terketar-ketar aku bersuara cuba menerangkan agar Hidayat mengerti ketakutanku.
“Aku bukan main-main.Aku serious ni.Kalau kau di tempatku.apa yang akan kau lakukan?
“Aku nasihatkan kau,kau ubahlah cara hidup kau.Aku Nampak kau terlalu social sangat.”Hidayat memang telah lama berkongsi kamar denganku,Mungkin dia sudah masak dengan kehidupanku.
Kulihat jam sudah 2.45 pagi.Tapi aku tidak dapat melelapkan mata lagi,masih di buai mimpi ngeri tadi.Hidayat terus tidur tanpa mempedulikan aku Aku tahu dia mungkin letih kerana sepanjang minggu ini pelayaran kami di hempas badai kuat.Ombak bergulung-gulung.Tugas kami sebagai kelasi kapal memang memenatkan jika berhadapan dengan cuaca yang begini.
Aku mula terkenangkan suara bengis dalam mimpiku.Aku mensia-siakan waktu?Aku manusia munafik?Benar semua yang di zahirkan itu,aku tidak dapat menafikannya lagi.Usia mudaku banyak kuhabiskan dengan kerja yang tidak berfaedah.aku mensia-siakan nikmat Tuhan.
Sebelum aku menjadi kelasi kapal,aku bekerja di kilang.Ketika berulang-alik dari tempat kerja ke rumah sewaku aku bertemu dengan Alissa.Gadis yang Berjaya membuat aku jatuh cinta dan cintaku berputik.Alissa menyambut cintaku dengan rela.
Aku memang naïf ketika itu.Maklumlah aku datang dari kampong manakala Alissa gadis kota yang moden.Serba-serbi cangih.Namun aku bangga bila Alissa mengatakan dia tidak memilih bila berkawan asalkan lelaki itu ikhlas.Aku ikhlas bersamamu Alissa.Sejak itu aku berusaha sehingga aku Berjaya di naikkan pangkat.Alissa masih bahagia bersamaku.Alissa gadis pertama mengajarku erti cinta.Aku amat sayangkan Alissa.Kami berjanji akan saling setia dan jujur mempertahankan cinta kami yang suci itu.
“Abang,mahukah abang berjanji kepada Alissa bahawa abang tidak akan mempersiakan Alissa ?”
“Mengapa Alissa mempersoalkan kesetiaan abang terhadap Alissa selama ini?Tidak cukupkah dengan apa yang abang lakukan sekarang ?Alissa sendiri tahukan betapa abang sayangkan Alissa.Keluarga abang pun sudah tahu hubungan kita.Abang sedang mengumpul wang untuk melamar Alissa’terangku sambil memujuk.
“Bukan Alissa meragui cinta abang tapi…”ayat itu terhenti di situ.Alissa cepat-cepat memaut bahuku dan mengajak aku ke warung.Perutnya sudah minta di isi.Aku faham Alissa memang suka makan di warung Pak Mail.Katanya mee rebus Pak Mail tiada tandingannya.Lagipun warung Pak Mail berhadapan dengan laut.Ombak laut menyaksikan kehebatan cinta kami..
Setelah dua tahun berkasih aku ingin melamar Alissa.Sayang seribu kali sayang bila keluarga Alissa menolak pinangan dengan alas an kami tidak setaraf.Alissa merayu aku memujuk keluargaku untuk datang semula berbincang dengan ayahnya,Keluargaku berkeras tidak akan menjilat semula ludah keluarga Alissa.
Alasan mereka mudah.Alissa anak tunggal.Taraf kami amat jauh berbeza.Aku tidak layak bersama keluarga Alissa.Tercalar sudah maruah keluargaku.Alissa menangis dan merayu kepadaku.Mengajak aku lari ke sempadan dan berkahwin di sana.
“Alissa,walaupun aku lelaki kekurangan di depan mata keluargamu tapi aku lelaki bermaruah,aku ada harga diri.Aku tidak mahu keluarga kita bermusuhan.Aku tidak mahu memalit arang ke muka keluargaku.Pulanglah ke pangkuan keluargamu.Mereka lebih berhak ke atasmu.Mereka tahu kebahagiaanmu di mana,bukan di sisi abang”pujukku lagi.
Alissa berkeras ingin bermalam di rumah ku di malam itu,aku masih waras.Aku tidak mahu mengeruhkan lagi suasana yang telah keruh ini.Alissa ku hantar pulang malam itu juga.Belum sempat pintu kereta ku buka satu pukulan singgah di badanku.
“Lelaki tak guna,tak sedar diri.Berapa kali aku nak beritahu kau.Kau tidak layak bergandingan dengan anakku”ayah Alissa melontarkan pandangan tajam beserta kemarahan yang ketara.
“Ayah,sampai hati ayah buat kami begini.Apa salah Zam?”rayu Alissa meminta simpati.
Ayah Alissa mengheretnya masuk ke dalam.Selepas itu hubungan kami terputus.Tiga bulan aku mendapat berita perkahwinan Alissa berlansung dengan meriah.Dari kejauhan aku mendoakan kebahagiaannya.Aku mengambil keputusan untuk menjadi kelasi kapal.Bermulalah pelayaranku.Singgah sebentar dari pelabuhan ke pelabuhan.Dermaga bisu menjadi saksi kekecewaanku!
Lautan biru tiada sempadan
Menghanyutkan diriku ke dalam ilusi yang panjang
Pelabuhan demi pelabuhan
Adalah destinasi persinggahan
Di sini
Aku ingin berlari memelokmu
Di sini
Aku berjanji ingin melupakanmu
Biar dalam setiap tarikan nafasku
Hanya namamu yang ku puja….
Kutulis puisi indah ini untukmu Alissa.Hanya bertemu dalam mimpi.Setiap pelabuhan yang kusinggah,perempuan manis selalu ada dalam hidupku.Mereka tanpa segan silu menemani ruang sepi di hatiku.Dari kelab malam kami merangkak ke hotel mewah.Aku ingin melupakan desir kenangan cinta pertamaku yang telah musnah.Alissa,aku ingin membuang semua memori indah bersamamu.Aku tidak mahu menjadi seperti parasit.
Aku mula mengusung wanita-wanita cantik dan seksi.Akulah jagoan rakus meratah tubuh-tubuh manja yang menyerah ke pangkuanku.Aku sering kehausan air anggur merah yang terhidang di depan.Pesona wanita menjadi penyeri malamku.Neon kota dari benua ke benua,rantau ke rantau banyak menjahanamkan aku.Puas Hidayat menasihati aku,aku tidak peduli.Perempuan murahan bagiku seperti sekeping kad Touch n Go-ada di mana-mana.Saat pintu kiblat telah hilang,aku hilang agamaku!
28 julai 2002.
Kapal kami berlabuh di Rotterdam,Eropah.Dari Asia aku ke benua Eropah.Semakin ligat aku berpoya-poya.Di sini tiada sesiapa yang berani melarangku.Hidayat mungkin sudah muak dengan gaya hidupku.Walau ke mana aku mengusung perempuan ,Hidayat sudah malas untuk menegurku.Hidayat asyik dengan laman sembang di internet.Sesekali aku ternampak Hidayat tersenyum sendirian.Mungkin sedang melepaskan rindu pada tunangnya di tanahair.Bertuah kau Hidayat,tunangmu seorang pendidik.Mendidik anak-anak mengenali arus globalisasi ini bukannya mudah.Penuh cabaran.Tapi aku tumpang gembira bila Hidayat mengatakan cintanya walau pun terpisah benua,poskad dan chatting setiap masa.Bulan sentiasa mengambang penuh di langit saat bunga-bunga cinta mula bersemi.Aku pernah merasakan semua momen indah itu bersama Alissa.Sesiapa pun sanggup musnah untuk membuktikan kesungguhan dalam cinta!
8 August 2002.
Aku berada di Cape Town,Afrika Selatan.Aku merasa kurang sihat.Hidayat berulang kali menanya aku mengapa aku hanya berdiam di dalam bilik.Selalu nya seminggu singgah di daratan ,aku hilang dari kapal.Kelab malam,perempuan dan hotel mewah adalah tempat aku melampiaskan lelahku.Kali ini aku benar-benar kurang sihat.
“Hai,terperap aje dalam bilik.Dah puas ke jadi jagoan?Di sini,ramai perempuan cantik tau”usik Kamal menguji ku.
“Ahh..malaslah.Kau pergilah sorang,aku nak berehat “
“Aikk..dah insaf ke?Jangan-jangan kau berpura-pura baik macam Hidayat.Hidayat tu tak apalah tak lama lagi berkahwin.Kita ni masih bujang terlajak apasalahnya sesekali keluar enjoy,biar tenang minda yang berserabut ni”pujuk Kamal lagi.
“Sorrylah,aku rasa kurang sihat sikit hari ni.Kau pergilah”.
“Rugilah,ini Cape Townlah,kau akan menyesal kalau tak enjoy kat sini’Kamal masih ingin memancingku.
Bila Kamal tiada,aku mencapai diariku.Terpampang gambar aku dan Alissa semasa kami sama-sama sedang memetik buah strawberry di Cameron Highland dulu.Alissa sukakan fresh strawberry sebab dia sengaja minta aku ambil gambar dari jarak dekat.Kau cantik dan menawan Alissa.
Tiba-tiba layar kenanganku bersamamu tertayang jelas di depan mataku.Retinaku basah saat semua nostalgia itu muncul.Musim-musim cinta kita sungguh indah.Desir angin membisikkan rinduku padamu tidak pernah padam untukmu.Walau beribu batu,walau bermusim tahun berlalu,kau satu di hatiku.!
Jika surga itu ada di bumi ini,tentunya ia ada dalam hati kita kerana kau dan aku saling bersama seperti bulan yang mengirimkan dingin untuk menyelimuti tubuh saat malam kian panjang.Andai matahari tidak menyimpan panasnya ,kita masih berlari mengejar pelangi jingga.Pastinya kita akan hilang dalam mimpi yang sama walau destinasi kita berbeza…
Walau habis dakwat tintaku
Mencatat kenangan demi kenangan bersamamu
Jiwaku basah di goda rindu
Kau nyalakan api cintamu
Sehangat panas mentari
Mengusik ruang emosiku yang kosong
Walau penat aku berlari mengejar bayangmu
Sejarah tetap terukir di dalam diriku
Senyummu memberiku seribu erti
Putaran waktu tidak akan pernah memadamkan
Api cinta yang telah kau nyalakan
Membakar impian ku untuk bersamamu!
Aku menutup dairi biruku.Tubuhku semakin panas dan mengigil.Kurasakan tahap kepanasan ini melebihi 44.C.Hidayat memujukku untuk berjumpa doctor kerana bintik-bintik merah kian banyak muncul di tubuhku.Selsemaku sudah hamper sebulan.Hidayat takut aku di serang demam campak.Aku setuju nmenemui doctor.
Usai semua pemeriksaan Hidayat berwajah sugul di hadapanku.Nampak macam orang terkena sampuk.Pucat dan tidak keruan.Aku mula mengesyaki sesuatu.
“Zam,aku harap kau kuat dan tabah.Dalam hidup ni banyak kemungkinan bakal kita hadapi.Kau mesti kuat….”kulihat airmata lelaki Hidayat tumpah walau dia cuba berpaling dariku.
“Apa hal,kau putus tunang ke?Atau mak kau meninggal?”soalku semula.
“Bukan soal aku,tapi ini soal masa depan kau”Hidayat bersuara lemah.
“Tak payah kau nak cakap berbelit-belit,straight the point kan mudah aku faham”
“Zam.,ada virus HIV dalam diri kau.Ujian darah tadi telah mengesahkan kau positif HIV.Bukan demam campak seperti yang kita sangkakan”Hidayat menghulurkan cermin untukku.Aku menjelirkan lidahku.Ternampak bintik-bintik merah-merah yang telah bernanah.
“Ohh..sebab itu kau duduk lama dalam bilik doctor.”
“Ya,sekejap lagi kita masuk semula berjumpa doctor”.
11Januari 2003.
Aku berada di kampong halaman yang telah lama ku tinggalkan .Arus pembangun sungguh pesat sekali.Jika dulu tanah –tanah hanya terbiar,sekarang projek mega tersergam megah.15 tahun aku mengembara sebagai kelasi kapal,membawa dukalara yang tidak pernah sembuh ini.Ku dapati ramai generasi seangkatan denganku telah menyahut cabaran globalisasi.Membuka minda membuat perubahan.Anjakan paradigma mereka menjulang kemajuan.
Aku semakin lemah.Kematian semakin mendekatiku.Aku bukan lagi bermimpi makhluk atau suara bengis itu.Kematian sedang berada di ambang pintu..virus AIDS tiada penawar lagi.Pembalasan untuk semua dosa-dosaku di masa lampau.Hanya kerana kecewa cinta aku merosakkan diriku,harapan keluargaku dan masa depanku!
Alissa,Seandainya kita di cipta untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Namun seandainya kita di cipta untuk tidak bersatu ,walau dekat selalu,kau tidak akan menjadi kepunyaanku.Kini bulan purnama tidak lagi mengambang penuh seperti yang kuharapkan .Kisah-kisah cinta,musim-musim rindu telah lama berlalu.Tiada lagi wangian yang menemani hariku.Dalam setiap nafas yang kuhela hanya ada kekesalan,penderitaan dan kesakitan.
Tuhanku,terimalah taubat nasuhaku!Sesungguhnya ajalku kian dekat sehingga aku tidak mampu lagi menghitung semua nikmatmu.Kembalikanlah CINTAKU bersama KiBLATKU yang satu.Ini permintaan terakhirku sebelum nafasku tenggelam …..
FIRMAN ALLAH:Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di dunia ini di bandingkan dengan kehidupan di akhirat hanya sedikit.
Surah Taubah ayat 58.
Sekian ,terimakasih.
KARYA:CHE AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.27 JUN 20008.
No comments:
Post a Comment