Pujangga ada mengatakan bahawa cinta pandang pertama membawa bahagia.Sangat indah dan asyik.Ia pesona jiwa.Malah tidak keterlaluan jika kukatakan cinta pertama penuh dengan sejuta warna.Sukar untuk di ungkapkan melalui kata-kata tetapi membuai perasaan.Terkadang mengundang seribu persoalan.Mungkinkah cinta pertama membawa bahagia?
Bahagia...............sungguh abstrak bagiku kerana aku sendiri pernah merasakan cinta.Pernah jatuh cinta di awal remaja.Asyik.Malam kurasakan lambat bertukar menjadi siang dan siang seperti keberatan untuk menggemilaukan sinar mentari di ufuk menjadi senja.Kadang-kadang aku rasa terperangkap ke dalam satu jurang yang dalam.Tidak mampu mencari penawarnya!Cinta yang bersemi didalam hatiku istimewa untuk Hakimi.Kurasakan hanya Hakimi yang bertahta di jiwaku.Tiada orang lain yang serupa dengannya berupaya mengubah pendirianku.Aku hanya cinta pada Hakimi.Ingin selalu di sampingnya.
Ketika aku dan Hakimi sedang hebat di landa api cinta yang hangat membakar ini,aku tidak peduli lagi orang lain.Aku sedang bahagia meniti hari –hariku.Duniaku seperti di sinari cahaya bintang.Berseri dan gemilang.Hatiku menyanyikan lagu-lagu kebahagiaan.Janji Hakimi bahawa hanya aku yang teristimewa dalam hidupnya.Agung sungguh cinta yang kumiliki ini.Akukah gadis bertuah yang berjaya memikat jejaka tampan penuh karisma,optimis dan berkerjaya hebat ini?
“Aku nampak kau terlalu bahagia sekarang,senyum 24jam.Bertuahlah badan kerana bukan senang nak dapat kekasih sehebat Hakimi.Kalau aku jadi macam kau dah lama aku suruh dia masuk meminang”usik Hana sambil senyum meleret ke arahku.
“Engkau apa kurangnya,setiap hari minggu asyik berkepit dengan boyfriend baru.Jangan terlebih sudu dari kuah.Tapi,aku harap kau akan bahagia kali ni”balasku segera.Kulihat Hana hanya menjuihkan mulut,mungkin tidak puashati dengan kata-kataku.
“Azah,sebagai kawan baik sejak kecil lagi aku rasa senang tenguk engkau senyum .Engkau bernasib baik kerana cinta pandang pertama kau bawa bahagia.Aku ni dah tiga kali asyik putus cinta.Kadang-kadang aku terfikir apakah kesalahan aku”
“Jangan ingat lagi peristiwa lama.Aku tak mahu kau kembali terkenang kisah dulu.Anggaplah semua itu hanya dugaan.Hidup ni kalau tak ada ujian atau cabaran ,bukan hidup namanya.Sebab itu Tuhan berikan kita hati dan perasaan.Untuk saling merasai pahit manis kehidupan.Aku harap engkau dapat buang yang keruh,ambil yang jernih”panjang celotehku namun aku harap ia akan membangkitkan kembali semangat Hana.
“Lelaki ni sukar sangat kita nak faham perangai mereka.Egois.Hipokrit.Buaya darat pun ada.Aku tak kata semuanya tetapi pengalaman aku dulu banyak mengajar aku supaya berhati-hati.Mereka sangat kompleks.”getus Hana sedikit emosional.
“O.k.lah,sekarang jom pergi makan.Perut aku ni dah keroncong.Lupakan fasal tadi tu.Apa yang penting kita isi perut yang kosong.Baru minda cergas”ujarku penuh bersemangat.
Hari ini aku lebih bahagia lagi kerana sekejap lagi rombongan Hakimi akan sampai untuk meminangku.Hakimi ingin kami di satukan sebelum ibu dan ayahnya berlepas ke Tanah Suci Mekah .Ibubapa Hakimi berhasrat untuk melansungkan majlis perkahwinan kami dengan meriah.Maklumlah Hakimi adalah anak tunggal dalam keluarganya.Malah Opah juga berharap aku dapat menjaga diriku dengan baik.Maklumlah sejak zaman kian maju ini banyak sangat perkara tidak elok berlaku.
Hidup ini menjadi semakin manis bila orang yang kita kasihi sangat menyayangi kita.Aku tahu ada orang lain yang terluka bila aku memilih Hakimi.Wan,lelaki sebelah utara yang selama ini banyak menaruh harapan untuk bersamaku merasa kecewa.Maafkan aku Wan ,sebenarnya aku sudah lama jatuh cinta pada Hakimi.Tak mampu kutolak hasratku yang satu ini.Aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi kerana Hakimi adalah lelaki pertama bagiku.Telah tujuh tahun aku dan Hakimi bersama.Cinta kami mekar di saat sehingga kini dan cincin ini menjadi petanda bahawa aku telah bertunang.Wan,hari ini engkau mungkin tewas dalam impianmu tetapi hari esok aku doakan kau menemui perempuan yang lebih baik dariku.
“Wan,adakah menjadi satu dosa bila aku menolak kasihmu?Aku faham perasaanmu.Kecewa,sakit dan marah bila hasratmu terhalang.Cinta tidak boleh di paksa.Cinta sesuatu yang sangat indah.Jangan hanya kerana aku akan menjadi hak orang lain engkau menyiksa dirimu.Keputusan yang kau ambil untuk bertukar tempat kerja di tempat kelahiranmu kurang tepat.Di sini peluang mu untuk kerjaya sepertimu terbuka cerah.Tapi aku tidak berniat memaksamu.”luahku pada Wan sebelum dia berangkat ke tempat baru.
“Tak apalah Azah,mungkin bintangku tidak bersinar di sini namun aku tetap mendoakan kebahagiaan untukmu.Dunia ni pun kecil saja.Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi.Tapi aku tetap berharap kau akan bahagia di samping Hakimi”
Sejak itu aku tidak lagi mendengar khabar Wan.Hana sering mengingatkan aku agar menjaga hubungan aku dan tunangku.Kami menjadi semakin sibuk kerana Hana akan mendirikan rumah tangga minggu depan.Sudah seminggu aku mengambil cuti demi memastikan majlis perkahwinan Hana berjalan lancar.Aku tumpang gembira kerana walaupun telah tiga kali Hana putus cinta dan melalui pengalaman sakit di permainkan lelaki akhirnya Tuhan menemukan jodoh dengan lelaki sebaik Ikram.Anak imam tempat kampung halamannya sendiri.Aku tahu ini pilihan keluarga Hana.Hana patut merasa bangga kerana Ikram setia memimpin tangannya menuju jalan yang di redhai.
“Syukur Hana,Cinta ini satu anugerah Tuhan untukmu.Pengalaman semalam adalah untuk kejayaan hari ini.Tuhan tidak akan menghukum hambaNya yang bersabar .Hari ini mungkin kita kecewa,esok mungkin kita bahagia,ini percaturan hidup.Aku dan Azah pun berharap agar kami akan mengikut jejakmu tidak lama lagi”ungkapan Hakimi pada Hana membuatkan aku semakin gembira.
“Hakimi,aku sebenarnya sangat sayangkan Azah.Aku harap kau jaga dia baik-baik.Aku tahu engkau berdua sangat sepadan.Sebab itu aku tidak mahu ada apa-apa perkara tidak baik menimpanya”Hana melahirkan harapan agar aku dan Hakimi gembira.
Jangan kau ragu keikhlasan aku padanya.Aku benar-benar ingin kami hidup bersama sebab itu telah tujuh tahun kita masih setia dan saling memahami.Aku tumpahkan segala –galanya untuk Azah.Aku lah buktikan selama tujuh tahun ini aku hanya korbankan semuanya adanya.Kau sendiri nampakkan kasihsayang aku pada Azah.Hari ini hari bahagiamu Hana.Aku dan Azah mendoakan kebahagiaanmu.Aku berjanji akan setia dan selamanya menyayangi Azah”luah Hakimi seraya mengenggam erat tanganku.
“Hana,kami harap kau bina hidup baru dan lupakan kepahitan hidup semalam.Pengalaman semalam adalah satu pengajaran untuk kita menyusun langkah mengejar kejayaan pada hari ini.Kau patut berbangga sekarang.Kebahagiaan berada sangat dekat di hatimu”bisikku .Aku mahu Hana faham bahawa hidup ini masih panjang.Banyak lagi onak dan duri akan kita tempuh.
“Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita.Hakikat kita hanya manusia biasa.Namun kita mesti kuat dan tabah.Dalam kehidupan banyak fasa yang harus kita hadapi.Sebelum meneruskan langkah jangan sesekali kita mengaku kalah.Berjuang untukmencari kehidupan sendiri lebih baik dari berdiam diri tanpa membuat sebarang perubahan dalam mengejar impian kita”aku terus berfalsafah.Hakimi mengangguk setuju dengan pendapatku.Dia sentiasa positif dengan ideaku.Mungkin ini sebabnya kami serasi dan selalu sependapat dalam banyak hal.Kami seiring sejalan.
Kringggg...........Kringgggg.Deringan telefon yang kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang.Rupa-rupanya aku sedang mengelamun terkenangkan kisah silam.Kisah yang membuatkan diriku hanyut dan terlontar ke daerah terasing ini.Kubuka jendela pejabatku yang mengadap ke arah laut.Luas terbentang panorama indah di depanku.Air laut yang biru,ombak yang setia memukul pantai tanpa jemu seperti mengerti penderitaanku kini.
Di ruang kamar yang di hias bunga indah tersimpan sejuta memoriku.Akulah bunga mawar yang luka.Putaran kipas yang ligat berpusing tidak sedikitpun menghilangkan resahku .Lantas ku capai gagang telefon yang telah lama berdering.
“Hallo,Siapa tu?Saya Azah.Ada apa yang dapat saya bantu?”aku belum pernah mendengar suara ini.
“Saya Fadillah ,wartawan dari majalah Sinar Kerjaya.Saya ingin mendapatkan berita kejayaan Cik Azah sebagai berita utama majalah kami.Saya harap Cik Azah sudi bekerjasama dengan pihak kami”
“Saya sebenarnya gadis biasa saja.Saya rasa banyak lagi orang lain yang sesuai untuk di temuramah”aku merendah diri kerana itu sikap ku sejak dulu.
“Tapi Cik Azah ,anda seorang gadis hebat.Penuh motivasi dan semangat.Kecemerlangan,kejayaan hidup Cik Azah adalah satu tarikan untuk kami mengetengahkan nya di media.Saya amat berharap Cik Azah bersedia untuk kami”bijak sungguh dia memujukku.
“Macam ni lah,biar saya fikirkan dulu .Awak boleh hubung saya dalam masa seminggu lagi sebab sekarang saya sudah terikat dengan banyak perkara penting.”terangku lembut.
“O.K.lah,saya berterimakasih kerana Cik Azah sedia memahami.Semoga Cik Azah akan terus berjaya”
RUTIN HIDUP.
Sejak aku pulang ke tanahair tiga bulan lalu begitulah rutin hidupku.Sentiasa sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti.Aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini,namun ada perkara lain yang membuatkan aku sampai ke tahap ini.Kulihat cermin di depanku.Jika dulunya semasa aku bertunang dengan Hakimi aku tidak bertudung tetapi kini wajahku bertudung litup.Tidak sehelaipun rambutku yang nampak.Aku tidak lagi bermake –up tebal seperti dulu lagi.Aku kini Azah yang lain. Berbeza karektor dan penampilan.Aku menjadi senang dengan penampilan seorang muslimah sejati.Jihadku satu ingin menebus semua kekhilafan masa laluku!
Aku masih ingat bagaimana peristiwa buruk itu berlaku.Satu persatu jelas bermain di mataku.Sepulangnya aku dan Hakimi dari majlis perkahwinan Hana kami singgah ke cafe di perhentian lebuhraya untuk merehatkan badan ,Maklomlah Hakimi memandu seorang.Keesokan harinya kami mula bekerja setelah seminggu bercuti.
Aku sempat menasihatkan Hakimi jika penat atau letih biar aku pula yang memandu tetapi tidak di izinkan.Entah mungkin suratan menentukan kereta yang di pandu Hakimi terbabas dan kami kemalangan.Aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu kerana bila ku buka mata jururawat menahan aku dari bergerak.Kondisi tubuhku yang cedera parah tidak membenarkan aku untuk bangun.Aku menyebut-nyebut nama Hakimi tapi Mama dan Papa menyuruh aku bersabar.bimbang komplikasi buruk berlaku .Aku cuba bangun untuk mendapatkan Hakimi namun aku tak berdaya.Lemah dan aku masih di tambah darah kerana pendarahan banyak terjadi.Seminggu aku di wad aku tidak nampak wajah Hakimi.Puas jiwaku menjerit,meronta namun tiada suara.
Hakimi,dimanakah dirimu?Bukankan tadi kita berdua bergurau senda.Saling berjanji sehidup semati.Bukankan tadi kita bersama mendongakke langit mencari wajah pelangi?Tanganku masih terasa hangat saat engkau memegang erat menyuruh aku berjanji agar akan selalu setia menemanimu sepanjang detik jarum jam berputar.
Hebat sungguh dugaaan yang mesti kuterima.Apakah kesalahanku sehingga hukuman ini mesti ku terima.Apakah dosaku sehingga aku tidak layak bersamamu sehingga akhir hayatku?
“Sudahlah Azah,jangan di turutkan sangat perasaan.Kalau Azah bersedih kerana kehilangan Hakimi,Mak Cik lagi sedih kerana Hakimilah satu-satunya anak kami.Kita mesti kuat terima hakikat ini.Kita sama-sama doakan agar roh Hakimi bersemadi dengan aman.Hanya itu yang mampu kita doakan untuknya.Moga-moga rohnya bersama orang-orang mati syahid”kulihat Mak Hakimi begitu sabar.Tapi aku jatuh pengsan di atas riba mak.
Akhirnya kau pergi jua.Aku keseorangan lagi.Tanpamu kurasa hidup tiada erti.Aku putus asa.Hilang arah dan tujuan.Bagaikan layang-layang terputus talinya.Sakit.Perit.Gelap dunia kupandang.Cincin yang tersarung di jari manisku masih bersinar gemilang.Dalam kamarku tersimpan barang-barang hantaranmu tersusun rapi di dalam almari.Aku hanya menghitung hari perkahwinan kita...........
Kau pergi bawa bersama impian indahku.Memori kasih kita terhenti di sini.Bunga mawar yang sering kau hadiahkan untuk tiada lagi.Aku bagaikan seorang perindu yang telah hilang pertimbangan.Aku mencari diriku semula.Aku seperti burung kepatahan sayap.Tiada upaya untuk terbang,aku memaksa diriku untuk melupakan dirimu.Namun cinta paling agung telah meresap ke dalam jiwaku.Aku terus membina kekuatan diriku.Biarlah aku bangkit dari rasa sakit ini dengan satu semangat baru.
Kematian telah memisahkan kita berdua.Aku menangisi duka tanpamu di sisi Airmataku gugur tanpa dapat di seka.Ada sesuatu yang membuatkan aku begitu menyayangimu.Hakimi,engkau satu dalam sejuta.Engkau memberikan aku kebahagiaan.Wajahmu sarat dengan ketenangan.Memori ini sangat indah tak mampu kupadam dari ingatan.
Aku telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di Mesir.Mentarbiyyahkan diri semula.Subhanallah,menjadi orang yang tawadduk bukanlah perkara mudah.Di sini aku insaf dan sedar betapa kerdilnya diriku seumpama seekor hama.Tiada daya upayaku melainkan kekuasaan Allah zat Maha Kaya .Kuingat kata-kata pensyarahku dulu bahawa di manapun kita berada,apapun situasi kita dan berapapun tinggi pangkat ,darjat namun dugaan itu tetap akan datang tanpa kita duga.Subhana`llah,dengan kalimah “Jadilah engkau”!maka izin Zat Yang Addin semuanya mampu terjadi.Perjalanan Israk dan Mikraj yang di lalui Junjungan Suci Nabi Muhammad S.A.W. sendiri membuktikan segala-galanya.
Tiada pengorbanan,tiada kejayaan.Kejayaan pula di susuli oleh usaha yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat.Luka dan sakit kehilangan orang yang kita sayangi hanya satu dugaan kecil.Jika kita sanggup mentarbiyyah diri dengan apa yang telah kita lalui itu sekadar mimpi awal malam padahal perjalanan malam masih panjang dan kelam!
“Setiap orang sentiasa berharap pada kebahagiaan yang berterusan.Kalau kita kaji dalam-dalam hidup ini seperti sebuah drama. Berterusan dengan pelbagai cerita,plot yang berbeza.Juga seperti sebuah buku mempunyai bab-bab tersendiri.Bab pertama mungkin sukar dan pahit.Bab kedua agak santai .Mungkin bab seterusnya di anugerahkan seribu kemanisan.Ini proses kehidupan.Ia realiti.Kita manusia biasa.Apabila kita mengalami peristiwa sedih maka bersabarlah.Noktahkan pengalaman pedih dengan bermunajat kepada Allah.Insya`allah kita akan di tunjuk ke jalan yang benar”demikian teman karibku di bumi asing berfalsafah memujuk hatiku.
“Namun cabaran ini sangat mencabar aku,kadang-kadang melemahkan aku.Aku tidak boleh menipu diriku dengan mengatakan aku telah dapat melupakan apa yang terjadi padaku.Aku perlukan masa,sokongan dan petunjuk.Aku benar-benar berharap dapat merealisasikan cita-citaku”protesku lagi.
“Sebab tu aku kata hanya engkau yang dapat mengubah dirimu.Jangan sampai orang yang kau sayangi tiada lagi di sisimu,dunia bagaikan telah kiamat.Di sini aku hidup dalam kancah peperangan.Negaraku tidak pernah aman,sentiasa bergolak.Peluru bagaikan perkara biasa.Dentuman bom,darah dan penderitaan menjadi sebati dalam diriku.Malah kedua ibubapaku syahid dalam peperangan,adik lelakiku cacat terkena serpihan peluru dan ramai saudara-maraku terkorban.Hidup kami tidak sempurna .Sentiasa dalam ketakutan.Tapi aku bangkit dari semua kepahitan itu.Aku berazam dengan melanjutkan pelajaranku di sini masa depanku akan berubah.Aku sentiasa berpegang dengan Firman Allah Ta`ala :
Allah tidak akan mengubah nasib hidup sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya.Kau faham makna ini?”pertanyaan dan rahsia dirimu terbongkar juga Fatma.Engkau lebih menderita dari rupanya.
Fatma rakan sekuliahku di bumi Mesir ini.Fatma jugalah yang mengajakku untuk menunaikan umrah dan haji semasa aku menetap di Mesir.Dia membimbing aku untuk menjadi wanita setabah Sumaiyyah tidak gentar dek siksaan dunia.Beriman dengan kalimah Allah.Fatma mengajar aku untuk menjadi wanita solehah semulia peribadi Saidatina Khadijah yang mampu menyuntik semangat Rasulullah saat pertama gementar menerima wahyu Allah.Fatma juga mengatakan bahawa semua wanita berhak menjadi sehebat Rabiatul Adawiyah yang dalam segenap darah mengalir di tubuhnya penuh keimanan terhadap Tuhan Yang Maha Esa.Kata Fatma lagi arwah ibu dan bapanya berpesan sentiasalah ikut sunnah dan berpandulah pada ayat Al-Quran nul –karim.Nescaya hidup dalam peliharaan Allah Subhanallah.
Sejak aku bertemu Fatma barulah mempercayai indah mempunyai seorang sahabat sejati.Sahabat yang beriman seperti mentari pagi yang bersinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Sungguh percakapan mu jujur.Kuanggap nilai persahabatan kita lebih berharga dari emas permata.Aku berjanji padamu Fatma,jasamu semasa aku di Mesir adalah saat-saat aku berupaya mengubah diriku yang obses dengan kehilangan bakal suamiku.
Kejayaanku di tanahair kukirimkan sebagai tanda menghargai kebaikanmu Fatma.Semasa sebuah stesen TV menuramahku secara lansung aku tidak lupa menyelitkan bagaimana kejayaanku bermula.Di sini aku masih aktif berpesatuan dan melibatkan diri dengan aktiviti amal.Aku juga memberi ceramah motivasi di universiti.Aku mahu merealisasikan hasrat Hakimi yang selalu berpesan agar waris generasi muda di berikan perhatiandan sokongan demi untuk memajukan ummah.Dalam imaginasiku yang panjang ini tiba-tiba setiausahaku mengetuk pintu.
“Maaf Cik Azah saya nampak dari tadi mengelamun panjang,tapi saya perlu ingatkan Cik Azah ada meeting jam 2.00petang nanti.Saya harap Cik Azah dah bersedia”tutur nya lembut.
“O.K.lah,saya ingat semua tu Cuma sekejap tadi teringat kisah lama.Tapi tak ada kena mengena dengan meeting nanti”ujarku seraya melemparkan senyuman ikhlasku untuk Nadia.
“Ohh ya.....sebelum saya terlupa ada ada satu lagi hal.Semasa Cik Azah keluar rehat tadi ada orang datang nak jumpa.Katanya kawan lama Cik Azah semasa di Universiti dulu.”
“Siapa pulak tu,lelaki ke perempuan?Saya ni banyak teman tapi semuanya dah berkeluarga.Orangnya macam mana?Ada ke dia tinggalkan nombor telefon?”banyak betul soalanku hingga Nadia tersenyum simpul menampakkan lesung pipit.Manis dan ayu!
“Lelakilah,handsome pulak tu.Katanya dia nak jumpa sendiri dengan Cik Azah sebab tu dia tak nak beri nombor telefon.Dia datang K.L.ni semata-mata nak jumpa Cik Azah”
“Tak apalah kalau macam tu,terimakasih Nadia.Ambil proposal ni kerana nanti Encik Eric akan datang.”
Dalam hati aku berkira-kira siapakah lelaki itu,apakah tujuan sebenarnya?Bagaimanakah rupanya.Namun aku tiada masa untuk memikirkan masalah ini bila kulihat jam di tangan menunjukkan angka menghampiri masa aku kena meeting.Aku cepat-cepat mencapai tas tangan dan bergegas ke tingkat atas.
“Masa dan keadaan menemukan kita semula Azah.Sudah lama aku mencarimu bila aku dapat tahu Hakimi sudah tiada.Aku berusaha mencarimu sehinggalah aku terpandang wajahmu di kaca TV hari tu.Tahniah Azah,kau membuatkan semua wanita berbangga dengan pencapaianmu”Wan menuturkan dengan jelas ayat itu di depanku.Kucubit pipiku seperti tidak percaya bahawa Wan sedang berbicara di depanku penuh sopan.
“Azah,aku ni.Jangan tak percaya atau bermimpi di siang hari.Rasanya telah berakhir pencarianku bila engkau benar-benar berdiri di depanku.Engkau masih cantik seperti dulu malah penampilanmu buat aku kagum.Azah,apakhabar?”usik Wan lagi.
“Wan,kau rupanya yang datang ke pejabatku tadi.Aku asyik terfikir siapakah lelaki yang di maksudkan oleh Nadia tadi.Aku baik Wan.Cuma sejak ketiadaan Hakimi aku melangkah jauh.Fatma rakan sekuliahku dari negara Timur Tengah telah memberikan aku semangat untuk berjuang meneruskan kehidupanku.Panjang ceritanya Wan macam Kau membaca Novel semasa kita di kampus dulu”Terangku panjang lebar.
“Sekarang apa pula perubahanmu?Ceritalah Wan,aku tak sabar nak dengar.Masih merajuk lagi ke?Atau dah ada anak dan isteri?bertubi-bertubi soalanku untuk Wan.Maklomlah dah lima tahun tak jumpa banyaklah perkara nak tahu.
Wan,senyummu masih seperti dulu.Dirimu tetap tenang,sebab itu Hana kata Wan tetap Wan yang dulu!Hanya aku yang berubah secara drastik sampai Hana dan suaminya tidak mengecam aku ketika merjemput kepulangan di airport dulu.
“Azah,aku tetap aku.Sendiri dan masih sendiri.Aku tidak pernah melupakanmu.Aku selalu berharap agar dapat berjumpa denganmu semula.Hari ini aku bersyukur kerana kau ada di depanku”
Ahh...............malunya aku saat bertembung mata dengan Wan setelah lima tahun berpisah.Wan begitu tenang bila ku ajukan pelbagai persoalan.Nampaknya Wan bukanlah lelaki pendendam biarpun aku pernah berkali menolak cintanya.Saat ini tiada lagi alasan bagiku untuk menolak hasratmu.
“Dulu pernah aku katakan bahawa jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang sedangkan Tuhan menaturkan segala dengan kalimah Kun payakun maka jadilah seperti di harapkan.Ingatlah janganlah berasa mampu mengatur dirimu sebab orang yang pandai mengaturpun boleh binasa.Terimalah Kami jika Kami memutuskan sebab Kami lebih berhak ke atas dirimu”Firman Allah Maha Berkuasa.”bukankah ini telah kita pelajari dulu Wan?tukasku.
“Ya,tapi kau kena renungkan kembali orang yang bersedih sukar untuk mencapai apa yang di cita-citakan .Kalau kau sudah berjaya dalam kerjayamu kau kena fikir tentang hati dan perasaanmu.Kita bukan robot.Kita perlukan teman untuk saling menemani.Aku perlukan kau sebagai permaisuri di sepanjang langkahku.Setia berkongsi susah senangku malah aku berbangga dengan peribadimu yang utuh berpegang dengan tali Allah.Kau mesti percaya aku bukan mengharapkan kejayaan materialmu tapi cara hidup yang berlandaskan hukum.”engkau masih bijak berhujah seperti dulu.Maka aku tidak hairan jika kerjayamu sebagai peguam di mahkamah syariah mampu berlaku adil dalam setiap keputusanmu tanpa ragu.
“Wan.aku lihat ada kesungguhan di hatimu.Sungguh lautan ini dalam namun cintamu terhadapku tidak berubah.Pandang ke langit biru di atas sana dan apa yang kau nampak?”
“Aku nampak ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,Tuhan membuka satu pintu yang lain untuk ku.Namun aku tidak mahu alpa atau lalai kerana aku takut jika aku terlalu lama terpaku leka pintu yang lain turut tertutup di atas kelekaan diriku.Aku mengandaikan dirimu adalahpintu kedua untukku.Adakah kau sudi membuka pintu kebahagiaan itu untukku lagi?”romantis sungguh kata-katamu sehingga aku mengangkat kening dan menjawab soalan cepumas itu.
“Wan,hari ini aku sudah mengalah dalam cintaku untukmu.Akan kubuka pintu yang kau tunggu itu dengan harapan di dalamnya ada sejuta Rahmat Allah menanti kita berdua.Sesungguhnya siang dan malamku menjadi mimpi indah.Mimpi kita yang serupa”
Kulihat wajah langit semakin cerah.Saat kuberpaling menatap wajah Wan kuternampak sinar cahaya yang sangat gemilang.Wan,apakah aku bermimpi lagi????
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI.280707.
No comments:
Post a Comment