Thursday, September 8, 2011

KHILAF


KHILAF.
Firman Allah Ta`ala:
Harta benda dan anak-anak itu menjadi perhiasan di dunia.Ayat 46-Al-Kahf.
Berulangkali kata-kata Ustaz Firdaus terngiang-ngiang di telingaku.Katanya harta kekayaan ,kemewahan dan anak-anak adalah satu cubaan bagi umat manusia di mukabumi ini.Kita bekerja keras untuk mengumpul kesenangan harta benda.Kita berusaha tanpa jemu dalam mengejar impian hidup.Kita tenggelam dalam arus dunia.semua nikmat kita terima sepanjang masa.Tetapi berapa banyak di antara kita yang bersyukur di atas kurniaan Allah ini?
Aku terus berfikir lagi bila aku terbaca kata-kata hikmat pemimpin yang ulung ini.Katanya dunia ini  sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia tetapi tidak akan pernah cukup untuk memuaskan ketamakan hati hanya seorang anak Adam.Demikian pendapat  yang kukira sangat membuat aku insaf dan bersujud lama di atas sejadah.!
Kalau selama ini aku tiada masa kerana terlalu sibok dengan urusan dunia  namun semuanya berubah bila aku kehilangan anak  bongsu ku .Anak lelaki tunggalku yang berusia 2o tahun.Peristiwa inilah yang mengajar aku kembali mengenal tikar sembahyang.Aku bukan bapa yang baik atau sempurna.Aku lalai dalam mengejar kemewahan dunia.Aku bekerja keras untuk memastikan keluargaku hidup bahagia seperti orang lain.Masaku banyak dengan mencari wang malah saat perniagaanku semakin mantap aku jadi amat sibok.Jika 24jam sehari di isi dengan  masa bersama keluarga,beribadah dan masa untuk berjemaah tapi berbeza dengan gaya hidupku.
Aku bekerja  siang dan malam.Ada tikanya aku berurusan di luar negara dengan mencari keuntungan berlipat ganda dari pelaburan asing.Aku berpegang teguh dengan pepatah lama iaitu yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang.Alang-alang menyelok pekasam  biar sampai ke pangkal lengan.Bila aku mengenggam bara api ,akan kugenggam sehingga menjadi abu!
Ayuni  isteriku sangat berbangga dengan pencapaianku.Telah 30 tahun kami hidup sebagai suami isteri.Dua orang anak  sudah memadai kerana Ayuni  serik dengan alahan dan pembedahan setiap kali melahirkan anak.Alasannya lagi bentuk badannya akan berubah.Dia juga tidak mahu aktivitinya terganggu dengan beranak ramai walaupun kami ada orang gaji.Ayuni berkeras untuk tidak menyusukan sendiri dengan susu badan kerana tidak mahu bentuk badannya tidak cantik seperti anak dara.Aku sangat sayangkan Ayuni sehingga  aku tidak pernah membantah segala hasratnya.
Pernah satu waktu dulu emak menegur aku  tentang Ayuni dan cara aku mendidik Alia dan Norman.Emak dan ayah sudah tidak tahan melihat cara kehidupan keluargaku.Seminggu emak dan ayah tinggal di rumahku sudah cukup untuk emak merasa sedih dengan cara aku mengajar mereka.
“Mak bukan nya nak masuk campur hal rumah tangga engkau tapi kau sangat  lemah.Isteri kau tu umur dah meningkat hidup bersosial sana-sini.Sekejap ada parti ,sekejap ada dinner dan entah apa-apa lagi.Tenguk cara berpakaian mendedahkan aurat.Kepala tak bertudung,baju terdedah.Mak tak pernah tengok kamu semua sembahyang.Anak-anak kau pun sama,keluar siang malam baru pulang.Apa yang mereka buat?”mak seperti tidak puashati dengan keluargaku.
“Ala mak,mereka dah besar,tahulah jaga diri.Ayuni tu bukannya apa,dia banyak teman .Jadi apasalah sesekali keluar  makan kat luar.lagipun dia banyak masuk persatuan dia kena aktif mak”aku cuba untuk membela isteriku.
“Tapi ayah nampak hidup kau kucar-kacir.Kau sendiri tak ada masa nak bersama mereka.Ada kau tanya ke mana  Alia keluar dengan budak lelaki tu?Ada kau selidik dengan siapa Norman berkawan?Ayah menambah .
“Mak tak pernah tengok engkau sekeluarga berjemaah.Entah-entah sembahyang pun tidak”luah mak.
“Mak,Lan tak ada masa.Pandailah diaorang uruskan hidup.Lan dah beri pelalajaran ,beri duit.Hidup senang lenang ni pun Lan nak pastikan diaorang sempurna macam orang lain.”balasku tidak mahu mengalah dengan leteran mak dan ayah.
“Lan,sebagai  suami dan ayah tugas kau bukan setakat memberi nafkah,menyediakan makan minum atau tempat tinggal yang semewah ini.Tapi kau bertanggungjawab memastikan semua ahli keluarga kau menunaikan kewajipan terhadap Allah.Memberi perlindungan dan kasih sayang.Kau kena tahu apa yang anak isteri kau buat.Kau kena tanya adakah mereka sudah mensyukuri nikmat Allah selama ini.Bukan sekadar memberi kemewahan material tanpa mempertimbangkan nilai  rohani mereka.”wahh,bukan main mak berceramah.Ayah mengangguk dari belakang tanda setuju dengan pendapat mak.
Aku terkedu,tak mampu untuk melawan cakap mak lagi.Semua yang mak cakap benar belaka.Aku tidak sanggup di gelar anak derhaka.Aku tahu betapa sedari kecil dulu kedua mereka membesarkan aku dengan deraian airmata.Semasa aku kecil kehidupan sekeluarga amat susah.Mak di pinggirkan oleh abang-abang nya kerana harta.Bukan salah emak.Panjang cerita ini tapi aku simpan kemas di lubuk hati peristiwa yang berlaku dulu.
Emak anak tunggal nenek.Seramai empat 0rang lagi semua lelaki .Semasa nenek sakit emak dan ayah menjaga nenek sehinggalah nenek  meninggal dunia.Nenek berwasiat harta  nenek di serahkan kepada emak.Tanah  di hujung kampung seberang menjadi milik emak.Bapa-bapa saudaraku tidak berpuashati dan mereka menuduh emak  yang memujuk nenek untuk memiliki tanah itu.Pada hal emak pun tidak tahu yang nenek akan meninggalkan wasiat begitu.
Mereka tidak senang hati dengan pembahagian itu.Kononnya tanah di seberang mempunyai nilai yang tinggi berbanding tanah sawah yang mereka dapat.Pak Long dan isteri nya beria-ia menuduh mak dan ayah  memujuk nenek dalam hal ini.Mak dan ayah sangat malu dengan tohmahan Pak Ngah,Pak Lang sehingga semua orang kampung tahu bahawa kerana hartalah yang menjadi punca perbalahan dalam keluarga nenek.Sejak itu mak dan ayah tidak peduli lagi kerana harta mereka sekeluarra bertelingkah,bermasam muka.Ipar duai tidak bertegur sapa!
Bila emak dan ayah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,masing –masing  bawa hal sendiri.Aku sudah di sekolah menengah ketika itu.Ayah mendapat tender sebagai pengusaha kantin sekolah .Ketika itulah rezeki kami bertambah.Aku kagum dengan semangat ayah.Aku bangga kerana walaupun emak di sisihkan oleh keluarga sendiri emak tetap bertahan .Emak tetap setia dengan ayah.Berkongsi suka dan duka.Emak tetap tersenyum setiap kali memandang wajah anak-anak.Emak tidak pernah bersungut pada kami bagaimana sukarnya membesarkan kami.Ayah dan emak memberikan kami pendidikan agama.Ayah akan merotan kami jika kami tinggalkan sembahyang.Kak Ngah juga pernah di marahi ayah kerana cuba untuk keluar malam.Ayah menyatakan sebagai anak perempuan  Kak Ngah wajib menutup aurat.Tidak se helai rambut pun  diizinkan  nampak ayah jika Kak Ngah akan keluar rumah.Ayah dan emak sangat tegas dalam didikan agama.
Bila aku teringat kembali sejarah lama,aku jadi takut untuk melawan cakap emak dan ayah .Apa yang emak luah kan itu semuanya betul.Aku mengabaikan keluargaku sendiri.Namun aku malas nak bertegang leher dengan Ayuni.Ayuni sangat  sosial dan moden.Keluarga Ayuni orang bandar.Pernah dulu aku cuba menasihatinya agar kurangkan aktiviti sosial namun nak tahu apa jawapannya?
“Ala,dah hampir 30 tahun kita kahwin ada abang pergi berjemaah di masjid?Sekarang  baru abang nampak keburukan Ayuni?Selama ini pernah abang ada masa untuk Alia dan Norman?Pernah abang tanya mereka adakah mereka bersolat? Jadi Ayuni  rasa biarlah kita macam dulu juga.”balas Ayuni angkuh.
“Abang akui abang telah mengabaikan Ayuni dan anak-anak.Sekarang abang ingin perbetulkan apa yang silap tu. Abang harap Ayuni sedia berubah.Masa depan anak-anak yang penting.Mereka kurang didikan agama dan kita masih belum terlambat untuk membaiki kekurangan kita...”ungkapku penuh makna.Moga Ayuni mengert i apa yang ingin kusampaikan.
“Sejak bila abang jadi macam ni.Mungkin sejak emak dan ayah datang tempohari?Ayuni baru perasaan mak dan ayah lain macam saja bila pandang Ayuni.Malah mak turut marah pada Alia dan Norman.Patutlah Alia dan Norman mengadu  yang mereka tak suka di tegor oleh mak dan ayah abang hari tu”jelas Ayuni lagi.
“Ayuni,diaorang tu cucu mak dan ayah.Memang patut pun mak tegor.Mereka biadab dan keterlaluan.Tok dan Tok Wan pun tak tahu nak di hormati.Selama abang sibok  berkerja,apa Ayuni tak tegor ke perbuatan mereka?tanyaku lembut.
“Abang ingat saya ada masa untuk semua tu?Kan saya pun macam abang sibok.Jadi abang nak salahkan Ayuni dalam hal ni? Tanggungjawab abang lah ,jangan semuanya abang nak letakkan di bahu Ayuni”rungutnya.
Aku tahu bercakap macamanapun Ayuni tak akan mengalah.Malah suaranya semakin meninggi mengundang banyak masaalah lagi jika berterusan bertekak.Aku faham sangat dengan Ayuni.Kadang-kadang aku fikir seperti telah tersilap memilih!Belum sempat aku melangkah menaiki anak tangga ke kamar tiba-tiba telefon berdering kuat.Ayuni tidak mengangkat.Mungkin menunjukkan rasa marah di atas teguran aku tadi.Mungkin memprotes tindakan aku sehingga membiarkan telefon  berbunyi nyaring tanpa di angkat.Aku bergerak menuju ke ruang tamu.Tentunya ada hal penting kalau tidak masakan begini  lama telefon berbunyi.
“Hello,boleh saya bercakap dengan Encik Azlan.Ini penting!’
“Ya saya Azlan,ada apa hal sehingga lewat malam menghubungi saya?’balasku.
“Encik di kehendaki datang segera ke hospital.Anak lelaki Encik terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang ada di hospital’.sayup bunyi suara di hujung talian tapi aku faham dengan maklumat yang di berikan.
Ayuni bergegas mendapatkan aku tanpa banyak soal lagi.Dalam perjalanan ke hospital hanya berdiam diri banyak berisfighfar semoga tiada yang buruk terjadi.Ku berpaling ke wajah Ayuni.Sugul dan masih terkejut.Aku cuba bertenang sebaik saja melangkah kaki ke unit kecemasan.Setibanya aku di katil  doktor memberitahu kecederaan Norman sangat parah.
“Maafkan kami,anak Encik tidak dapat di selamatkan.Dia baru saja menghembuskan nafas terakhir  walau pun kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya.Semua nya di tangan Allah.Bersabarlah dengan dugaan hebat ini”terang doktor muda penuh hemah.
Apa yang sangat menyedihkan aku ialah Norman memandu dalam keadaan mabuk.paras alkohol di dalam badannya melebihi tahap yang membimbangkan sebab itu dia gagal mengawal stering lalu merempuh kereta lain.Kemalangan ini sangat ngeri.Ayuni terkulai tanpa dapat di tahan.
Sejak itulah aku mula menghayun langkah ke masjid.Bertemu dengan Ustaz Firdaus.Mendengar semula ceramah agama seperti aku di bangku sekolah dulu.Padahal semua itu telah aku pelajari dulu.Malah ayah dan ibu telah menerapkan semua nilai-nilai murni itu sejak tahu kenal abjad A,B hingga Z.Malah hingga aku bertemu Ayuni yang cantik manis ini.Ayuni yang menjadi pujaan ramai jejaka.aku yang tidak pernah jemu memikat sehingga Ayuni yang bebas lepas  menjadi isteriku.Walaupun banyak perbuatan  dan kata-katanya banyak menyakitkan hatiku,aku tetap sayangkannya.
Mak dan ayah yang tidak berkenan dengan tingkah laku isteriku pun terpaksa tunduk dengan keputusanku.Kata Ustaz Firdaus masih ada harapan untuk aku membimbing Ayuni dan Alia.Kehilangan Norman memberi keinsafan padaku.Ustaz Firdaus membaca satu terjemahan Al Fudhail bin Iyaadh yang membawa maksud:Siapa yang benar-benar takut kepada Allah maka ketakutan itu memimpinnya  ke jalan yang baik.Ditambahnya lagi  hadis Nabi yang mengatakan permulaan amalan bermula dengan niat.
Hatiku menjadi tenang dan aman bila sujud memohon keredhaan Allah.Aku berazam untuk mengubah gaya hidupku.Benarlah bijak pandai berfalsafah:money is not everything  but everything is money.Money makes world go around!
Selama ini aku telah hidup mewah.Punya isteri cantik menawan.Anak-anak sepasang.Semuanya aku ada.tapi aku kufur dengan nikmat Tuhan.Aku gagal memberikan didikan spiritual dalam keluargaku.Aku tidak berjaya untuk  membina jiwa Islam dalam keluargaku.Walaupun aku berjaya dalam perniagaan sahamku berlipat kali ganda di pasarn saham tapi jiwa keluargaku muflis.Miskin tanpa iman.Ayuni masih sibok berparti walaupun baru kehilangan anak lelaki yang paling di sayangi,aku pula hilang pewaris kepada semua harta-hartaku.
Aku berniat akan mewakafkan separuh kekayaanku untuk baitulmal.Moga-moga berkat kehidupanku selepas ini,biarlah semua musibah yang terjadi menjadi satu pengajaran.Walau apapun nanti pendapat negatif dari Ayuni dan Alia aku tetap akan terima.Mak dan ayah sangat setuju dengan ideaku.Cuma aku  menunggu  masa yang sesuai untuk menyampaikan hasrat yang satu ini.
Malam Jumaat yang mulia  usai solat maghrib aku cuba mendekati Ayuni.Aku melihat Ayuni siap berdandan cantik dan berpakaian agak seksi.Aku menggeleng kepala seraya hatiku berbisik bila lagi Ayuni  akan berubah.
“Ayuni,abang ada hal nak bincang dengan  Ayuni.Dah lama abang pendamkan.Abang rasa malam ni sesuai  lah.”lembut nadaku seakan memujuk.
“Hal apa cakaplah cepat.Ayuni tak ada masa ni”
“Ayuni nak ke mana,malam ni malam Jumaat.Anak kita baru saja meninggal.Kan elok duduk kat rumah dan kita sama-sama bacakan Surah Yassin mendoakan kesejahteraan roh anak kita.Moga Allah menempatkan nya bersama golongan yang beriman.Ini pakai cantik-cantik nak ke mana?”
“Abang jangan nak buang masa Ayuni.Malam ni Datin Mimi buat parti sambut kepulangan anak si Kamal yang baru balik dari over sea tu.Abang nak cakap apa pulak,cepatlah.Nanti Carmilia yang datang jemput saya tertunggu-tunggu pulak.”rungutnya keras.
Aku jadi  kurang senang dengan tindak tanduk Ayuni.Semakin menjadi-jadi walaupun umur sudah menjangkau  50an.Sampai bilakah dia akan insaf.Adakah aku seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berseronok seperti orang muda?Bukankah  nusyuz seorang isteri bila membelakang suami  dan sering meninggikan suara tanpa ada rasa hormat lansung kepada suami yang selama ini setia bersabar dengan kerenahnya  sepanjang masa?Nauzubillahiminzalik!Jangan sampai Ayuni menjadi isteri yang  nusyuz.Bisik hatiku.
“Ayuni,abang rasa abang dah buat keputusan untuk menderma separuh dari harta abang kepada  badan kebajikan yang sangat memerlukan wang.Abang juga telah berjanji dengan Ustaz Firdaus untuk turut sama menderma  bagi tujuan mendirikan sebuah masjid baru di sini.Abang Cuma nak tanya pendapat Ayuni...........belum habis aku berbicara tiba-tiba ada suara yang mencelah”Alia tak setuju,nanti kita jatuh miskin .Alia tak sanggup hidup susah.Tentu semua Alia tak nak berkawan dengan Alia lagi”
“Masya allah,jangan buruk sangka seperti itu Alia.Kita masih ada  simpanan yang menjamin kehidupan kita,ayah Cuma ingin berbakti dengan tujuan mengeluarkan zakat .Ayah juga berhajat untuk  menyalurkan apa yang kita mampu ke jalan Allah.Moga hidup kita lebih berkat”terangku satu persatu.
“Ayuni pun sama macam Alia.Tak setuju.Nanti perbelanjaan kena catu.Tak biasalah Ayuni hidup susah”bantah isteriku.
“Abang cuma nak minta pendapat bukannya  suruh buat keputusan!”
Tidak ada guna aku memujuk.Ayuni dan Alia terus ke majlis yang di adakan di rumah Datin  Mimi.Aku mencapai Al-Quran dan terus membacanya sehingga aku tidak perasan bila waktu mereka pulang.Allah memberikan aku dugaan sebagai ketua keluarga.Aku bertanggungjawab mengembalikan  akidah mereka yang kian tersasar.
“Ustaz,saya sudah berusaha namun Ayuni dan Alia tetap macam tu juga.Kadang-kadang saya rasa putus asa dan malu dengan orang lain.Cuba Ustaz berikan jalan lain pulak”
“Jangan sesekali merasa jemu atau putus asa.Banyakkan bersabar dan berdoa.Bertawakallah kepada Allah.Allah tempat kita mengadu.Isteri abang memang ada ciri-ciri seorang isteri yang nusyuz .Namun Allah mempunyai  Rahman dan Rahim.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Ayuni juga terlalu mengikut perasaan,mungkin dia tertekan dengan kematian Norman.Walau bagaimanapun kita mesti bertindak secara lemah lembut,berhemah agar dia akan secara perlahan dapat melakukan perubahan.Semuanya dengan izin Allah.”
Aku memujuk hatiku dengan meminta pandangan ustaz Firdaus.Terasa aman dan tenang.Malam harinya aku menunaikan solat hajat dan tahajud.Meminta Allah membuka pintu hati Ayuni dan Alia agar  bertaubat .Aku mesti bersikap waras kerana aku percaya itulah satu-satunya jalan terbaik.Secara rasional dan logik aku dulu yang berubah,beramal ibadat dan  meninggalkan perbuatan lama.Perubahanku dapat di hidu oleh kawan-kawanku.Pelbagai reaksi yang ku terima.Apa pun anggapan mereka aku terima dengan senyuman.Mak dan ayah turut gembira melihat aku sudah kembali seperti dulu.Mensyukuri semua nikmat Allah dengan hati yang penuh tawaduk.
Pagi itu aku sungguh terkejut bila aku bangun Alia sudah tiada di sisiku.Aku ke bilik air tiada.Bila aku melangkah ke kamar sebelah aku menjadi sungguh terkedu.Alia sedang  sujud di tikar sembahyang lebih awal dariku.Ku perhatikan dari jauh,begitu kuasa Allah Ta`ala.Di turunkan musibah sebagai peringatan untuk kami sekeluarga.Bukan sebagai menzalimi tetapi untuk di uji sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Benar-benar Kami akan  tunjukkan jalan Kami kepada mereka.(surah an-Kabut ;69.
“Sesungguhnya Allah tidak akan  mengubah  nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri  mengubah keadaan jiwanya.......”Kurasa doa ku amat mustajab sehingga di pagi yang hening kulihat airmata seorang isteri yang amat kusayangi jatuh jua membasahi pipi.Belum sempat aku berpaling  Ayuni datang memelokku dengan penuh insaf.
“Maafkan Ayuni bang jika selama ini Ayuni mengabaikan abang,Ayuni terlalu menurut kata hati.Bisikan syaitan telah memperdayakan Ayuni.Ayuni  juga sedar  telah engkar perkataan abang dan yang paling terok sekali Ayuni hampir menjadi seorang isteri yang  nusyuz.Subhanallah,Maha Suci Allah AzzaWajalla telah membuka pintu hati Saya  pada hari ini,ampunkanlah dosa  Ayuni bang............”
“Syukurlah,abang sentiasa memaafkan setiap kesilapan Ayuni.Abang dapat rasakan Ayuni benar-benar telah insaf.Lupakan apa yang terjadi dan  kita bina hidup yang lebih berkualiti pada masa depan”bisikku ke telinganya.
Rupa-rupanya ada sebab lain juga yang menyebabkan Ayuni mahu berubah.Ayuni bermimpi Arwah Norman datang kepadanya dan merayu-rayu agar mamanya berubah.Norman mengajak nya ke satu tempat yang belum pernah di jejakinya lagi .Dalam mimpi itu Ayuni melihat Norman melambai tangan ke arahnya.Bila Norman semakin jauh dan hilang dari pandangan mata,Ayuni dapati  ada segaris cahaya menerangi jalan itu.Saat Ayuni memanggil dan melangkah untuk mengejar Norman  dia tersadung batu dan jatuh ke jurang yang dalam.Dalam  ketakutan itulah tiba-tiba Ayuni terjaga dari tidor dan baru mengerti dia telah bermimpi sesuatu yang belum pernah di alaminya selama ini.
Ayuni cepat-cepat sedar mungkin ada tersimpan makna di sebalik mimpi itu,Airmatanya mengalir laju dan Ayuni bertekad untuk mengubah perjalana hidupnya.Sejuta tembok yang menghalang ,sejuta terusan yang mesti di lalui Ayuni bertekad untuk berhijrah ke dunia  kebaikan.Ingin jadi isteri solehah.Tanpa ragu Ayuni  bertaubat!
Bumi mana yang tidak di timpa hujan ,manusia tetap pernah melakukan kekhilafan.Kehidupan berubah tanpa kita jangka.Imanlah asas kekuatan kita umat manusia.Sehingga orang yang baik-baik itu di janjikan surga.Surga dimana tempat berhimpunnya para penegak agama!Maka berpegang tegohlah dengan sunnah dan kitab suci Al-Quran.Bersedialah untuk  menghadapi apa jua kemungkinan  kerana  umur dunia kian menuju ke penghujungnya tanpa kita menyedari atau sengaja kita engkari ketentuan Tuhan.Wallahualam bissawab..........
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD
LANGKAWI GEOPARK.290707.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA