Wednesday, December 29, 2010

'Lin Azlina 2nd GA Riang Ria"


mari kita terjah apakah syaratnya...

 


syaratnya ialah:

Mickey Mouse Emoticons



Buat entri bertajuk "Lin Azlina 2nd GA Riang Ria"
siap!


da follow!



Beralamat di Malaysia xkisahla duk oversea pun kan
sudah pasti! org langkawi ja..=)



Masukkan blog Lin dalam bloglist korang (xnak buat pun xper)
haruslah...senang nak keep in touch..=)



Letak banner kat GA dalam entri dan sidebar serta link ke entri ini.
siap!



Komen entri ini dengan menyatakan link entri anda serta email anda
sudaa...=)



Friday, December 24, 2010

'saya nak duduk dalam bloglist cik lulu'

♥ LULU ♥


syarat2nya:


1. buat satu entry tentang ni yang bertajuk 'saya nak duduk dalam bloglist cik lulu'
done!

2. copy my official header ni kat entry korang and link kan skali
sudaaa....=)

3. be my follower....
done!

4. and last skali komen kat entry ni yang korang dah join and bagi skali link entry korang tu ye..
orite...=)

Thursday, December 16, 2010

Kontest blog terkemas





join contest ni juga..

nak tag :

atia qistina

naima

lynda


kalau nak join..bolehlah melawat link ni..tekan di sini

My 1st GiveAway in 2011



join GA nie..

mana tau ada rezeki kan...

nak tag :

leeza

atia qistina

mardihah

Monday, December 13, 2010

SALAM SAKARATUL MAUT .

Malam itu jam hampir 12.oomlm.aku sedang tidur nyenyak..barangkali aku baru di buai mimpi.tapi deringan telefun di ruang tamu berbunyi jelas.Dinihari yang sunyi sepi...ramai makhluk Allah telah pun"mati"dlm tidur yang teramat.Bunyi telefun di tengahmalam yg hening begini tentu mengundang berita yg kurang menyenangkan.Siapakah yg sanggup menelefun jam 12.o5 minit ?mindaku berserabut tapi fizikalku pntas mncapai gagang..aku mnjawab salam dgn suara perlahan.
suara seorang perempuan...beremosi tertahan."Kak,boleh mai rumah sekarang?""Ada apa?"spontan ayat suspenku."abang tengah sakit,nampak nazak".aku mengejutkan suamiku dn mengajak ke rumah jiranku yg hanya bersebalahan kubur.hanya 5 minit aku dan suami pun tiba,aku tinggalkan anak kecilku kpd anak keduaku.
"Ada apa mak ,malam-malam buta ni nk melintas kubur?"tanya nya dgn mata tertutup rapat.maklum tengah asyik tidur."Jaga adik-adik,mak nk tgk jiran kita sakit tenat"tanpa mmbntah dia mengangguk.Aku dn suami cepat melangkah dn bila tiba di rumah N hanya ada mentua dn anaknya yg masih kecil."Kak,masuklah.saya dah tak tau nk buat apa ni.."Kupegang tangannya dn cuba menenangkn hatinya."Sabar dan tenang".aku tahu dia mungkin ketakutan dn merasa sedih melihat tubuh suaminya terbaring kaku..hanya sesekali nafas suaminya berbunyi lemah.Seluruh tubuh tidak berdaya lagi..sesekali aku melihat wajahnya menangis.Aku tahu dia sudah dpt mengagak apa yg bakal terjd..
Aku menghulur surah Yaasin utk suamiku.Suamiku duduk di kepala dan aku duduk di hujung kaki suami N.Aku dn suami mula mmbaca surah Yaasin.Jam hampir 12.30mlm..sunyi sepi.Hanya kami bertujuh yg ada...aku dan suami yg mmbaca doa..mereka hanya memandang!
Ketika mmbaca surah Yaasin itu,suaminya menggerakkan kaki,meronta di depanku.terkena tanganku.Berlapik tudung aku perlahan memegang tangannya,suamiku turut menenangkan suami N..airmata nya menitis.mulutnya tdk mampu menuturkan sepatah kata.Sebenarnya aku telah memegang pergelangan nadi tangannya suami N.tanda-tanda Tuhan tlah menarik semua anggota tubuh dpt kurasakan.Salam sakaratul maut kian mndekati..suami N pesakit HIV kerana mngambil dadah sejak usia remajanya.Adiknya mati kerana HIV..kini abangnya turut menjejaki arwah adiknya..N,tabahkan hati..qullunafsinzaiqatulmaut..tiap-tiap yg berjiwa pastikan mati..terimalah takdir ini walau hati di rundung duka!
Beberapa bulan kemudian ketika aku ke kedai,kakak iparku bertanya"adik tak singgah rumah pak Lang ke?"Kenapa?"S sakit..kak dah ziarah,nampak uzur"selesai mmbayar harga barang aku bergegas ke rumah pak lang yg jaraknya hanya berapa meter saja dr kedai.yakni dekat dgn rumah N yg kuceritakan tadi.
Pintu rumah terbuka luas."Assalamualaikum"aku mmberi salam dn mak lang menjemput masuk.kulihat ada saudara terdekat tiga orang.org kuat masjid kami.kubahasakan'ayah dn mak"lantas bersalaman.Cepat "ayah dn mak"bertanyakan aku"dah ada wuduk?".aku mengambil wuduk dn duduk di hujung kepala S.Anak dan isterinya mmandang hiba ke arahku.Aku bersimpuh depan S yg terbujur kaku,hanya kedengaran nafas turun naik tanpa dpt lagi berbicara.Kumulakan selawat ke atas junjunngan Nabi terakhir zaman,mulakan bismillah dn bacakan Al-Fatihah.lansung mmbaca Yaasin dgn paras hormonku kian meningkat laju...aku tahu malaikat maut sedang menghampiri S...saat aku menyebut "KUN PAYAKUN"-nafasnya terhenti betul-betul di depanku.'ayah dan mak,saudara terdekat lari meluru ke arahku..ayah memangku kepala dn mmberi isyarat kpdku.Kami sama-sama mengucapkan.Asyhadu allaa ilaaha illallh,waasyhaduanamuhammadarasullah.Matanya kamitutup rapat...S juga pesakit AIDS..mengambil dadah dr awal usia remajanya...memang sudah di takdirkan begiu akhirnya kehidupan kita ..
Firman Allah:"Tiap-tiap sesuatu akan binasa dn yg kekal ituialah Zat Allah yang mmpunyai kebesaran dn kemuliaan"AR-Rahman:26
Sesaat pun masa tidak akan berganjak bila salam sakaratul telah mendekati kita.Di mana pun jua kita berada,bagaimana situasi keberangkatan menuju alam barzakh adalah dalam rahsia Allah.Kita hanya mmpu berdoa:moga-moga di hujng hayat terakhir nafas di halkum,kita dapat menuturkan kalimah syahadat dgn lancar.Alam abadi alam kekal.Pengalaman ketika bersama arwah nenek.emak dn org yg terdekat ketika berdepan dgn maut sungguh menginsafkan aku.Syukur alhamdullillah kerana aku sudah banyak berhadapan dgn saat menginsafkan itu.aku merasa betapa sengsaranya jiwa ketika berdepan dgn maut.sehingga kini aku masih terbayang semua peristiwa yg terjadi di depanku.Dan adikku mengatakan"mulutku masin"kerna bila menziarah org sakit tenat atau uzur aku sering berpesan"jgn tinggalkan dia keseorangan,temanilan dgn ayat-ayat suci Al-Quran.Bacalah surah Al-waqiaah,Ayatul Kursi dn bisiklah selalu ke telinga pesakit:Tiada Tuhan yg kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Bisiklah berulangkali tanpa jemu..sehingga Allah mendengar rayuan kita.
Di sedekahkan Al-Fatihah utk semua mukminin dn mukminat.Semoga semua yg telah pergi menemui Tuhan akan di tempatkan di kubur yg ada taman-taman surga.Moga selamat meniti titian silatulrahim.Moga Allah melimpahkan Rahman dn RahimNya utk kita.Taubatku,ibadahku,hidupku berserta matiku hanya kerana Allah S.W.T.
Jiwa Bahagia.......cebisan pengalaman yg sungguh bermakna sehingga aku menyedari betapa kerdilnya diriku di depan Tuhan.Ampunkan aku Ya RABB!!!!!!!!!!!

MujaHADAH CINTA.

Rasulullah bersabda:...."aku terlihat neraka,tapi aku sama sekali tidak pernah meihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita".
Wanita yg layak masuk surga?
Iaitu wanita yg amat penyayang,subur,cepat berbaik apabila di zalimi ia berkata:
"ini tanganku berada di tanganmu,aku tidak akan memejamkan mata selagi engkau tidak tidak redha kepadaku".
Di zaman mutakhir ini,ramai wanita kurang ilmu pengetahuan agamanya,lelaki yg kurang imannya .Di katakan suami dizaman abad ke 21 ini kian pupus nilai kepimpinannya(maaf,jika bahasa ini mmbawa mudarat).Jika suami yg elok pimpinannya,elok jua isirumahnya.Terbukti dlm institusi kekeluarga yg mmpunyai nilai murni dgn intergriti jujur,amanah dn bertanggungjawab.Memegang amanah Allah sejujurnya.Mmbentuk keluarga bahagia dgn asas keimanan yg kukuh.Mmberi layanan kasihsayang dan hak yg sepatutya di terima oleh isteri dn anak-anak .Nilai peribadi yg positif,memenuhi kriteria seorg pemimpin dlm rumahtangga.Selayaknya menerima kekurangan dn kelebihan isteri dgn hati terbuka..
Wanita mana mampu menolak atau menafikan kebaikan itu?Jika isteri itu tdk menerima semua pengorbanan spt lelaki budiman yg tersebut di atas,aku percaya wanita itu itu tdk pandai menilai ..hargailah kebaikan yg di beri!kasihsayang ,kestiaan dn kepercayaan adalah tnggak kebhagiaan rumahtangga..
Mengapa terjadinya penganiayaan kpd wanita?
Mengapa suami sanggup merampas hak seorg isteri?
Mengapa ada yg saling menuding jari dn tdk mahu mengakui kesilapan diri sndiri?
Semua ini penyebab utama kpd pengingkaran sesorg yg merasai diri di aniaya,di khianati dn mungkin juga di aniaya...
Sabda Nabi:"mereka mengingkari kebaikan.Jika engkau berbuat baik kpdnya dlm waktu yg lama,mereka selalu meihat keburukkan.ia brkata:"aku sama sekali tidak melihat kebaikan apapun darimu".
Bila tidak ada lagi mujahadah cinta sesama suami isteri,berkelanalah dua jiwa.Sama merana,sama kecewa.Di takdirkan seorang isteri wajib taat segala perintah suami..maka sejauh mana wanita sekarang bertahan dr segi emosi?
Maka seluruh puncak mnjadi sepi,sunyi dan derita.wanita tetap ampuh dlm menyembunyikan duka laranya.Isteri sanggup manahan airmatanya dari mmbasahi pipi..walau hati telah luka dn retak!!!!
Jika kita telah mmbuat kesalahan,bersedialah untuk memohon kemaafan..berubahlah sebelum Allah menghukum kita dgn lebih dahsyat lagi.Bertaubat dn kembalilah muhasabah diri..
Sesungguhnya semua manusia tdk sempurna..aku jua tdk sempurna...namun dlm hatiku dlm diriku ada CINTA.
MUJAHADAH CINTA..tidak hadir cinta tanpa mmbawa bersama rasa rindu darimu
hadirnya dirimu mengubah takdir hidupku
Mimpi ini jdi panjang dalam pelokanmu
Cintaku setinggi gunung bersama ingin menuju ke puncakya
Seluruh dunia akan mnjadi berseri dgn senyuman manismu
Terindah dalam hidupku saat berbulan madu
Semua penjuru menghadiahkan sejuta kebahagiaan untukku
NAMUN
Andai cinta yg kumiliki di rampas orang lain
Andai kutahu cinta ini ini telah di khianati
Batin ini sengsara dgn perbuatan lelaki yg bergelar suami
Tiada ragu lagi,beralih arah cintaku ...
Kelak,Allah menghukum segala dosa yg tak mampu di lindungi lagi..
Masih adakah pesona di matamu?aku tidak mahu jd antara wanita,isteri atau anak yg telah jatuh ke neraka jahanam seperti yg pernah Rasulillah lihat itu.Na;uzubillahiminzalik!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 8, 2010

PERTEMUAN.


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir menjadi tumpuan manusia....
Kerna itu aku tidak pernah menyangka bahawa satu pertemuan bakal terjadi tanpa aku duga..barangkali pertemuan pertama sekadar menyapa.bertanya khabar dan bersalaman untuk mengucapkan perkataan'selamat tinggal'.Aku berlalu pergi kerana masa dan keadaan selalu tidak mengizinkan untuk berlama...
Selalu kesibukan membuatkan aku terus melupai perkara yang sangat biasa.Rutinku tidaklah sesibuk mana jika aku hanya di rumah.namun mindaku selalu penuh dgn idea..aku tetap suka menulis...aku suka memerhati...prihatin dgn persekitaran.Malah jiwaku sering berbisik'alam dan manusia...manusia dan sikapnya..manusia dgn pengalaman...manusia dgn kisahnya!
Aku teringat pertemuan dgn seseorang..walau tak pernah kenal namun sekali pandang hatiku selalu berbisik..aku hanya keseorangan dalam menyelesaikan masalah peribadiku.Aku sudah terbiasa belajar memahami bahasa sepi.aku juga terdidik dlm membiasakan diri mendekati saudara mara..aku prihatin dgn segala bentuk penderitaan..sebab aku selalu kehilangan sesuatu yang mnjadi kesayangnku.Aku pn memahami bahasa angin yg kadangkala mengirimkan ribut ,taufan di darat atau di lautan..aku belajar banyak perkara yg mmbuatkan aku matang dgn rencah kehidupan..sungguh aku sendiri menjalani erti pertemuan..Tapi jiwaku dekat dan kuat dgn Tuhan:
"Allah memegang jiwa ketika matinya dan memegang jiwa yang belum mati di waktu tidurnya lalu Allah menahan roh orang yang telah di tetapkan kematiannya dan melepasi roh orang yang dlm tidor sehinggawaktu yg di tentukan."-Az-Zumar42.
Allah memberikan aku nikmat,kelebihan dan keupayaan ..aku bersyukur~aku ingin mmbentuk peribadiku mnjadi manusia ash-shiddiqiin(org budiman).kerana aku selalu sgt bertemu dgn org berada tetapi kurang budiman.Keberadaan itu mmbuat mereka bangga dan lpa..aku ingin mmbina keluargaku dgn mnjauhkan fitnah dunia atau pandangan serung mata yg memandang.aku ingin menjadikan kehidupanku dgn 1.menahan marah terhadap org lain.
2.memaafkn semua kesalahan org terhadapku
3.berbuat baik sesama insan sekalipun musuh itu berada di depanku
4.senyum dan mesra yg kuhulurkn adalah ikhlas...
Begitulah azam dan impianku.Aku mahu jiwaku bahagia menerima dugaan Allah.Hubungan yg baik dgn keadaan sekeliling.Itulah peribadi semulajadiku!
"Mudah-mudahan Tuhan memimpinku ke jalan petunjuk yg lebih dekat dan lebih terang dari ini."-Al Kahfi:24.
Begitulah pertemuanku dengan Pencipta.PesonaNya mmbuat aku rindu.Tanpa ragu aku meneruskan langkah perjalananku .Aku ingin bertemu dgnMu.Seperti selalu...di tempat biasa...hamparan sejadah mengadap kiblat yang satu..aku ingin bertemu..PERTEMUAN...yang kudoakan mendapat kesudahan yg baik di dunia,mndapat kebahagiaan yg kekal di akhirat!
Kurebahkan diri,kunyalakan api kerinduan agar tidak akan terpadam selamanya dan kuharap cahaya di ufuk Timur membawa pesona yang bererti untukku.Sungguh PERTEMUAN ini membahagiakanku sekalipun aku hanya sendiri dlm perjalanan ini....

BARANGKALI.


Gelora musim tengkujuh telah datang
Mengirimkan salam yang sarat dengan rintangan
Hati para nelayan di buai kebimbangan berpanjangan
Barangkali gelora ini
Lebih hebat dari satu peperangan

Demi sesuap nasi
Demi impian anak-anak dan isteri
Seorang suami sepertimu nelayanku
Sanggup menggadai kudrat
Berpatah tulang memastikan segala hasrat
Terlaksana walau beban kian memberat

Barangkali
Lautan seluas bumi
Menyimpan segala kemahuan manusia
Berusaha menggandakan rezeki dengan bahu sedaya memikul
Sebetulnya doa tidak pernah berhenti:
Anak-anakku,isteriku
Mereka lebih menjadi keutamaanku
Gelora musim tengkujuh ini
Hanya permainan yang bisa direngkuh
Tanpa diri mengeluh...

Barangkali
Suria yang bersinar di ufuk Timur
Satu takdir yang membahagiakan untuk semua nelayan sepertimu..!

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD.
P.LANGKAWi,KEDAH.8.12.2010.

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA