Thursday, June 3, 2010

CINTA YANG BERDOSA.

Jiwa yang telah lama kosong
Menahan getar yang tidak mampu kusimpan
Rahsia hati
Membara hangat palitan rindu yang teramat

Di sini cintaku terdampar
Di atas sejadah biru
Sejuta cahaya menerangi
Kegelapan malam yang kelam

Ya Rabbul Qadhi Jalil.
Bukakanlah untukku segala pintu RahmatMu
Limpahkanlah bagiku limpahan kurniaanMu
Lembutkanlah lidahku dengan zikir-zikir untukMu
Selimatkanlah aku dengan istibraq daripada syurgaMU

Cinta yang berdosa
Telah kutinggalkan bersama-sama debu noda
Cinta yang berdosa
Telah kubuangkan di dalam lautan dalam
Cinta yang berdosa
Telah kuhancurkan dengan taubat penyesalan

Ya Allah Ya Waduud
Luaskanlah perjalananku kepadaMu
Sinarkan hidupku dengan cahayaMu
Tiada lagi liku-liku bersimpang di hati ini
Hanya kepadaMu
Aku berserah dan bermunajat
Mencari keredhaan yang hakiki....!!!!!!!!!!.

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.

Wednesday, June 2, 2010

"WAHAI TUHANKU,
Ampunilah aku,kasihilah aku,tutupilah aibku,tinggikanlah darjatku,berikanlah aku rezeki,tunjukilah aku ,sejahterakanlah aku dan maafknlah aku"
"WAHAI TUHANKU,
berikanlah ampun dan kurniakanlah Rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi Rahmat"

" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku"
"Di mana saja kamu berada,berselawatlah kepadaku,nescaya selawat itu sampai kepadaku"-riwayat Al-Tabrani drp Hussain b.Ali r.a.

Tuesday, June 1, 2010

SEBENING KASIHMU

Senyumanmu membuat aku bahagia sekali
Naluriku bercanda lagi
Dalam diam aku mengejar seribu mimpi

Terpesona merenung sinar matamu
Seakan seribu bintang bercahaya
Luruh di taman-taman surga

Terpenjara satu jiwa
Detik-detik indah mencipta memori
Tak akan hilang perasaan yang membara
Kusimpan dalam sangkar kristal
Mempersonakan mata memandang

Sebening kasihmu
Seikhlas Balqis menyerah cinta kepada Sulaiman
Seredha Zulaikha berharap kasih dari Yusuf
Sesuci Siti Khadijah membawa damai jiwa Rasullullah S.A.W
Bermula kisah Adam danHawa
Membawa zuriat turun ke dunia....!!!!!!!!!!.

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI.KEDAH.
1JUN 2010.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA