Sunday, October 14, 2012

BUNGA_BUNGA IMAN.

Assalamualaikum wbth..
14 October 2012..Alhamdulillah,limpah kurniaMu mengizinkan aku untuk  berbicara di kertas kosong yang  tiada warna.Hanya putih..seputih hatiku ketika berserah diri di hadapanMu.Ya Rabb,aku mendakap erat  kasih sayangMu,aku tidak mahu terlepas dari dakapanMu.Dalam tidurku,aku hanya mahu  zikirku menemani nafasku.Kumulakan bismillahirrahmanirrahim dalam setiap permulaan langkahku.
Betapa lama aku  berhenti menulis blog..silih berganti kesakitan dan kebahagiaan.Perasaanku berbagai dengan peristiwa yang kulalui kini.Malam seakan menangis melihat  bulan bersinar pudar,awan tetap menangis  biar hujan turun lebat!Rama-rama yang sedang berterbangan di depanku  cantik lagi menarik.Sayangnya perhatianku tidaklah kepada rerama yang terbang bebas di sekelilingku..tidak juga kepada bunga melur yang mewangi putih di lamanku..juga mawar merahku yang  indah berkembang..tapi sekian lama aku terlena,kini aku terjaga..
Mimpi duniawi sungguh indah sekali.Pesona duniawi tidak kurang hebatnya.Bukankah perkara inilah yang membuta kita alpa?Sedar juga bahawa sesungguh setiap mimpi ada kesudahannya,setiap hari ada matahari..fajar yang menyinsing ada berita baru.Hidup ini pun kadang-kadang mesti beralah jua.Kadang-kadang tewas  jua..bukanlah bermakna masa itu pendek atau panjang.Awan yang menangis di belakang matahari tentunya ada menyimpan rahsia tersendiri.Kerana apa?
Mungkin  hujan yang turun itu telah menkhianati cinta  sang awan?Begitulah besarnya cinta ini  kepadaMu sehingga aku tidak mahu kehilangan RahimMu.Sehingga  Tuhan menjadikan alam ini penuh variasi..alam dengan seribu rayuan,alam dengan sejuta panahan  syaitan..masih mahukah bersenda dengan angin?Masih tegakah bergurau dengan ombak?Masih setiakah menyimpan kisah dulu?Bukankah cinta dan kata-kata juga pernah berbohong?
Cinta Adam berjanji mahu membawa Hawa ke syurga firdausi..Cinta Hawa mahu jadi permaisuri yang membawa kedamaian jiwa.Cinta yang mahu menjaga emosi masing-masing.Cinta Adam dan Hawa  umpama kasih sejati  yang tiada  pengakhirannya..tapi aku faham cinta Allah SWT  akan datang dalam tawa dan musibah!
"Ya Allah,Engkau kurniakan  kami rasa sakit  hati kerana perbuatannya ,kami mensyukuri cubaan ini.Semoga ini membuat  kami  menjadi  orang yang lebih kuat dan  sabar.Semoga ini menjadi jalan  untuk Engkau ampuni  dosa kami  dan semoga orang yang  telah di zalimi  kami Engkau  sedarkan,Engkau  perbaiki dan  Engkau  berkati hidupnya"-berdoalah selalu.
Aku selalu dengar wanita di umpamakan  angin yang menghembuskan racun yang berbisa..aku selalu   dengar wanita juga di ibaratkan permata berharga..hakimilah wanita selayak peribadinya..jangan hukum seseorang semata  memandangnya sehari dua...seburuk mana pun masa lalu seseorang  tidak ada salahnya jika dia mahu berubah.Mahu belajar dan mahu bertaubat!
"bersikap  diam dalam menghadapi orang jahil  atau pun orang gila adalah kebajikan pada jiwa.Dalam sikap diam jua terdapat penjagaan  bagi penghormatan .Harimau di hutan itu lebih di takuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu di lempar dengan batu"-Imam As-Syafie.
Ya Rabb,sebenarnya aku menangis dalam diam.Musibah yang kulalui ..yang telah KAU berikan  sepanjang  hidupku satu anugerah yang mengajar aku menghargaiMu.Aku sedar kebahagiaan yang hakiki berada dalam syurga akhiratMu.Aku bermuhasabah diri..memujuk hatiku selalu..dalam bersendiri aku cuba memahami  berjalan di atas jalan redhaMU,jalan menuju kebahagiaan amatlah sukar TETAPI hakikatnya tidak dapat di bandingkan kesukaran meniti titian Mu.Jasad dan nyawa bukanlah milik kita yang kekal abadi.Ia anugerah Allah kepada kita.Kita hanya berhak semasa di dunia tapi hak itu akan di soal di setiap anggota..Lalu pun teringat satu kisah  Muaz bin Jabal sebagaimana cerita dalam sirah.Di saat  kematian ,saat ajal  tiba Muaz di khabarkan berkata:"
Selamat datang wahai kematian!Selamat datang tetamu  yang tak kunjung  tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama di rindukan."Kemudian Muaz mendongak kelangit seraya berkata:"Wahai Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau mengetahui yang aku sukakan dunia apatah lagi untuk berada  di dunia ini selama-lamanya,menanam pokok dan mengairi sungai.Tetapi segala-galanya  itu adalah sekadar untuk  menghilangkan kehausan  di kawasan yang kekeringan serta  mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis  zikir.Oleh itu terimalah aku wahai Tuhan ku dengan kebaikan sebagaimana kamu  menerima seseorang yang beriman".
Ucapan terakhir  Muaz.sahabat Nabi.Aku pun  menangis bila membaca kisah ini.
"Haadzaa min fadhli Rabbii,liyabluwani a asyukuru amafkuru'"QS AN Nam 1:27.
"Ini termasuk  kurniaan Tuhanku,untuk mngujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmatNya".
Sungguh pun langit cerah membiru,angin kian deras menderu
Pelangi menyerakkan tujuh warna gemilang
Nubariku menahan luka 
Seksa jika anak menderhaka
Cinta  yang rapuh
Jatuh berderai seperti kaca yang berkecai di lantai..
Menatap wajah langitlah seindah dulu
Melihat warna pelangi tidaklah sebahagia itu
Biarpun bulan dan bintang  menguntum senyum ke arahku
Hatiku telah relai
Hidupku juga   berderai kelopaknya
Anakku,
Lihatlah airmataku yang menitis tanpa henti
Lihatlah wajahku yang kurang berseri lagi
Lihatlah malamku yang kian kelam
Tahukah semuanya ini 
Perkara biasa bagimu?
Demi ASMAMU
KAU memberiku peluang
Mengelap airmata kesedihanku
Kasihsayang akan membuatku sengsara
RABB,semua yang kau berikan kepadaku
Asal kejadianku,asal cintaku,semuanya milikMu.....
Demikian monolog hati seorang ibu..tapi mestikah  kegelisahan ini berterusan?Jiwa yang merana hampa berputus asa?
Jawapannya tidak..hatiku menjawab pantas kerana aku percaya dan yakin dengan  rukun  iman.Percaya kepada qada dan Qadar.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286:"Allah tidak akan membebankan  seseorang  melainkan  sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang di kerjakannnya".
Walau pun dialogku penuh beremosi,aku  masih mempunyai harapan dengan doaku setiap waktu.Tiada hijab bila kita ikhlas dan yakin berharap.Berzikir,bermunajat dan berdoa.Ku serahkan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung.Aku beralah bukan bererti aku telah kalah.Sebenarnya penolongku hanya Allah...
Kutuliskan puisi,ketuliskan cerpenku...BUNGA-BUNGA IMAN..
Seandainya seseorang itu tahu bagaimana pengakhiran hidupnya nanti...seandainya seorang anak itu tahu  antara perkara yang menjadi kebencian kedua ibubapa...sekiranya mereka faham ..redha Allah datang bersama redha kedua ibubapanya..Subhana'llah..
Bagaimana saatnya menemui Tuhan?
Bagaimana sakitnya nyawa terpisah dari badan?
Milikilah hati yang baik..jauhkan pesona  yang melalaikan kerana itu sumber  sengsara ...Andai berkesempatan  melakukan kebajikan,sembunyikanlah kebaikan itu..akhirnya aku tahu Allah sayangkan aku!
Allahu Rabbi,Islam cahaya penyegar bumi..janji hatiku kepadaMu..aku ingin jadi mujahidah cinta yang lahir dari rahim KasihsayangMu.Maka temukan aku  denganMu di setiap penjuru masa.Aku ingin iktikaf di dalam redha Mu.
Sekaya mana pun manusia mempunyai harta,ia tetap mahu menatap bulan di langit..
Se banyak mana manusia  mengumpulkan kemewahan ia tetap tidak mampu membeli kedamaian jiwanya sendiri..
Naluri dan nafsu kita saling membisikkan mahu sesuatu...sesuatu yang melebihi orang lain.Kadang mahu di sanjung-sanjung..tak kurang jua  mahu memiliki bukan hak kita..pada hal Allah telah pun memberikan semuanya untuk kita..
Gantikan airmata kesedihan ini dengan tangisan bahagia..dengan  anugerah Mu aku berimakasih..sekalipun madu itu bersalut racun,tentu ada hikmahnya.Ya Rabb,tutupilah pintu kegelisahanku.Aku tidak mahu berpura-pura menangis..aku tetap menangis menagih limpahan rahmatMu.Atau berpura-pura merasa bahagia sedangkan di depanku ada dosa.Aku bukannya hipokrit..aku ada jiwa yang halus,yang mudah tersentuh..jika menangis dapat meredakan kemarahan ku,aku akan tetap menangis.Biar satu hari  aku tahu airmataku juga bernilai ada harganya.
Ketika senja menurunkan tirainya,tersingkap jelas wajah malam.Rahsia sebuah kehidupan..rindu itu tidak bermusim..setanggi nya masih harum di jiwa..jiwaku yang pernah hampir mati,perlahan-lahan aku bangun seorang diri.Wuduk,solat dan zikirku  hanya kepadaMu.baru tahu  Tuhan  tetap sayangkan aku sekeluarga.Cuma musibah ini sebahagian drp perjalanan seorang hamba,mengembara  di dunia...carilah kompas buat panduan hidup.Begitulah aku menghargai semua pemberian Tuhan kepadaku.
Ketikaku  sering merayuMu,perasaanku berdarah merah.Ketika aku bersujud dan bertasbih memujiMu,Kau jahit semula  lukaku yang dalam itu.Meski pun nampak parutnya,namun aku lihat pintu-pintu cahayaMu untukku.Cintaku bukannya seperti sekeping kertas yang ringan,mudah terbang dan hilang di bawa angin..tetapi cintaku  tunduk dan bersyukur dengan  nikmatMu.Hasbiyallah...para pendosa  terbang ke neraka  dek perbuatan mungkarnya.Para syuhada berusaha kuat mencari pintu gerbang kebahagiaanya.Aku bertawakal  dengan jiwaku yang sabar.Aku  ingin lari dari fitnah dunia..aku mahu sabarku menuju kesabaran orang beriman.Tuhan,peliharalah imanku,kuingin mendayung perahu kehidupan  dengan kudratku.Aku terima hakikat yang telah di takdirkan di Loh Mahfuz.Sayap-sayap tauhid ku perteguhkan dengan tali Allah,semuanya kukembalikan kepadaMu.Ya Rabbul Izzati,aku tidak mahu menyakiti hati orang kusayang..ampunkan aku,aku berserah diri sepenuh hati.
Hijab insaf ini terbuka..cinta dan mencintaimu..adalah anugerah agung..berilah kebaikan untuk semua yang melakukan kebaikan.Jika bebanan itu berat,aku rela berdoa.Ringankanlah bebanan itu....dengan izinMu semuanya terjadi ...Alhamdulillah.Peganglah hatiku.....untuk selalu bersamaMU!

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA