Aku memaksa diriku
Untuk melupakan dirimu
Walaupun keputusan ini
Sukar buat ku lalui
Aku memaksa diriku
Menghapuskan semua kenangan terindah
Yang pernah kita susuri
Suatu waktu dulu
Walau sakit ku rasai kini
aku memaksa diriku
Agar tidak lemah tanpa mu disisi
Kerana aku memahami
Gelanggang dunia kita kian berbeza
Aku memaksa diriku
Membuang janji-janji manis mu
Jangan berkarat di dalam jiwaku
Kelak membinasakan harapan ku
Biarpun langkah ku longlai
Jiwaku terusik
Aku tetap ingin berbisik di telinga mu
Cinta ku tidak pernah mati
Bukan sekadar sebuah ilusi................
Disiarkan oleh mljh REMAJA
No comments:
Post a Comment