Saturday, April 17, 2010

CAHAYA MASA DEPAN.

Berundur ke belakang menoleh kembali
Musim-musim yang pernah kita lewati
Yang hangat
Yang indah
Mengundang hasrat yang bahagia

Ilusi tanpa suara
Menyimpan rahsia seribu rahsia
Rindu berlalu tanpa kata
Bagaikan terkunci memori silam
Imaginasi tiada batas sempadan

Cahaya cinta memancarkan kilauan jiwa
Ransangan indah tiupan penuh semangat
Kehidupan tetap bermula
Cahaya masa depan
Menghulurkan sinar gemilang
Meraikan segala-galanya
Biar musim dan iklim bertukar wajah
Kita tetap sama
Mengundang hasrat yang bahagia..

D siarkn mjlh JELITA JULAI 2007.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA