Saturday, April 17, 2010

MENONGKAH ARUS

Hati meranum sabar menangkis bahang derita
Saat-saat musim kelabu tiba
Mengheret aku menongkah arus

Kiranya aku berkuasa sakti
Inginku jarakkan waktu
Apabila sejauh ini aku melangkah
Tidak aku berpaling lagi

Kalimah terakhir itu
Membuatkan aku tersedar
Pelangi yang kupandang
Indahnya hilang di telan sinar mentari

Tidakku gugurkan tunas keyakinan
Walau sukarku peroleh
Walau sukarku miliki
Tidakku biarkan kaca pecah berderai
Tidak aku undurkan langkahku terurai

Menongkah arus
Mencari realiti sebuah kehidupan
Jangan sampai perjuangan ini
Larut dan cair di mamah api keraguan

Menongkah arus
Banyak cerun dan lompang yang dalam
Tetap aku lalui jua
Kerana bagiku jalan untukku susuri
Sudah terbuka luas..

D siarkn mjlh JELITA APRIL 2008.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA