Monday, April 19, 2010

KERANAMU.

Kerna kau berada di depanku
Akan kunyanyikan lagu merdu
Tanda jalinan kasih berpadu
Antara kita

Kerana kau berada di depanku
Ingin kuberikan satu payung
Melindungi dari terik mentari
Kelak terbakar dirimu
Melindungi dari basah hujan
Kelak kau masih gagah berdiri di sisiku

Pesona indah bersamamu
Memori yang tiada batasan
Melakar monumen yang memukau
Seperti cermin membiaskan cahaya
Ke seluruh pelusuk maya

Cinta seperti sekuntum bunga
Wangi mekar menghiasi taman
Cinta seperti sebutir permata
Kilauan yang sentiasa bersinar
Merentasi zaman ke zaman

Kuberikan kepadamu kunci
Membuka ikatan kasihku untukmu
Melarutkan kesangsianmu di bawa bayu
Disini,di depanmu
Aku berjanji
Sedenyut nyawa bersamamu
Adalah seorang isteri
Terhadap suami yang di kasihi.....

KARYA:AZIAH DAUD.
SURI MAHSURI,LANGKAWI.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA