Sunday, May 9, 2010

Aku melihat matahari bersinar terang.Memancarkan cahaya.Sehangat diriku yang mencari dinginnya salju.Bila aku tiba d destinasi yg kutuju salju itu telah cair...kian menghilang d panah mentari..aku berfikir..aku tidak mahu mnjadi sperti salju.Mudahnya cair..bak kehilangan dalam sebuah mimpi.Aku mahu mnjadi matahari.Matahari yg bisa mmbiaskn cahaya...
Matahari yg jua brtahan waktu demi waktu..mmbuatkn tubuh menggeletar.hangat d panah cahaya.Tapi aku masih kuat dan mahu berdiri.Mencari sekuntum mawar yang pernah wangi di taman kasihku...wajah yg kucari sebenarnya telah tiada di sisiku.Namun kurasakan wajah itu ada di mana-mana.Merenungku setiap saat.Kuhampiri lagi.Cuba mendekati.
Biar pun aku harus meredah salji,merangkak di panah matahari aku rela.Sayangnya bila aku smakin dekat wajah itu smakin jauh.Aku tetap brlari lagi.Ketika itu matahari telah pun terbenam di ufuk,sejuta wajah menjelma di depanku.Bukan wajah yg kucari...perasaanku terbakar lagi.Hanya mimpi?????????????
Dalam ribuan batu aku melangkah.Harapan masih menyala.Wajah itu mesti kukembalikan dalam fragmen kasihku bersama sejuta mawar yg pernah mewangi di lamanku.Cukup manis memoir yang telah terbina antara kita.Waktu pun terhenti di sini.Takdir pun menyatakan bahawa wajah yg kucari itu hanya ujud dalam diriku.Lihatlah cermin...ya..wajah itu dalam diriku.Akhirnya aku mengalah.Tuhan,tempatkan roh IBU bersama orang-orang yang bertakwa.Doa tulus yg kuhadiahkan untuk roh IBU dlam setiap nafas yang kuhela....
Aku tetap mencaru redhaMu..kerana aku percaya kata-kata agung itu:SURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA