Monday, October 17, 2011

CINTA ABADI

Cinta itu satu perasaan yang amat kuat dan hebat.Cinta boleh mengubah perangai seseorang.Mungkin yang kasar akan bertukar lemah lembut.
perwatakan pemalu menjadi periang.Cinta bagaikn kuman.Boleh merebak dan bahaya.Boleh menyebabkan orang jadi gila.Saat hilangnya kewarasan berfikir..atau asyik mahsyuk menjulang api cinta.
Cinta jua ibarat madu .Amat manis bila selalu berdua.Bercanda mesra.camar turut melagukan melodi indah.Adakalanya kemanisan cinta umpama madu yang bisa di jadikan ubat atau penawar.Ketika ini,julanglah piala cinta..kerana ia bisa menyembuhkan penyakit...
Cinta di ibarat racun saat bertukar rasa.Berubah kasih sayang dan kerinduan.menapak ke taman lain yang lebih harum wanginya.Maka cinta ini menjadi sakit dan pahit.Seperti menelan hempedu yang pahit.Racun yang bisa membunuh.Seluruh kehidupan bertukar warna.Putih menjadi hitam bila pelangi menjadi dentuman guruh..kilat yang menyilaukan pandangan.Detik menyiksakan lambat berlalu.Seperti berjalan atas bara api yang sedang menyala......
Dalam meneruskan kehidupan,perlu lakukan perubahan.Terima kenyataan.Khayalan mungkin menyatakan dia yang bersalah.Realitinya kita yang setia.Jika sukar untuk memnyatakan kebenaran maka terimalah kekurangan diri kita dengan redha.Memang sukar untuk menyayangi diri sendiri.Tetapi sukar lagi bagi orang lain untuk mengasihi diri kita seperti kita ingini.Untuk muhasabah diri aku ada satu cerita sedih yang baru saja terjadi dalam Syawal yang lepas.

Dia sekadar perempuan biasa.Berkulit hitam manis.tidak cantik apatah lagi menarik seperti artis seksi pujaan ramai.Tidak kaya atau tidak susah sehingga melarat.Cuma tidak mempunyai ayah sekian lama.Mempunyai anak lelaki dua orang.Walau tidak ada ciri-ciri istimewa atau wanita secantik bidadari namun aku kagum peribadinya.Ramah mesra,suka menolong jiran tetangga dan ketika aku selalu mengadakan apa-apa kenduri di rumahku,dia cepat datang.Ringan tulang dan ketika ibunya jatuh sakit aku selalu ziarah.
Di hospital atau di rumahnya aku selalu ziarah ibunya sakit.Ketika kami mengadakan majlis bacaan Yassin dan berdoa untuk kesembuhan ibunya..dia sering menangis.Kami hanya mampu memujuk dengan nasihat bermotivasi..moga tiap kesedihan cepat berlalu pergi.Moga Tuhan menyembuhkan ibunya..
Namun ibunya telah kembali kepada Tuhan sekelian alam sebelum puasa Ramadhan.Ketika aku hendak menaiki feri untuk kemajlis kenduri teman lama suamiku(org Langkawi,bekas tentera)aku melihat hanya dia seorang saja yg menaiki feri.Suamiku mengatakan dia ada hal.Nak tenguk perlawanan badminton anak lelaki sulungnya di tanah besar.
Seminggu kemudian anak lelaki yang baru balik dari sekolah berbisik di telingaku'mak jangan terkejut,mereka sudah bercerai."Suamiku tercengang.Aku terkejut.Tapi aku cuba tenang.Cakap budak-budak..mana tahu betul atau salah.Anak ku berkata kisah ini betul sebab anaknya sendiri yang beritahu.Aku diam sambil berfikir.Mungkin betul sebab aku jarang keluar rumah,hanya memerap dalam rumah.
Berita begini cepat tersebar.jiranku yang suka bergosip menceritakan semuanya..aku tak mahu menanyakan hal ini kepada dia kerana aku takut menganggu emosinya.aku tak mahu menambah luka dan tekanannya.Aku dan suami selalu makan makan di luar..kami nampak cahaya rumah peninggalan arwah maknya bernyala..dia dan anak-anak berkongsi rumah itu dengan abang sulungnya.mereka hanya berdua beradik saja.Jadi dalam rumah itu mereka tinggal dua keluarga.
Punca perceraian?Kasih terlerai hanya kerana wanita lain.Bermain kayu tiga.curang.
Setelah itu banyak cerita dengan sendirinya terbuka...aib dan mengaibkan!
Aku rasa sampai mati pun si pesalah tak akan mengakui kesalahannya sehingga sanggup mencari orang lain untuk di jadikan 'saksi'atau 'batu api' atau 'orang yang menyebabkan semuanya itu berlaku'pada hubungan mereka.
Retak yang menanti belah.Demikianlah andaianku bila semua cerita telah ke telingaku.Dia membahasakan aku "mak cik"setiap kali bercerita denganku.Siapa tahu lelaki yang handsome dan bergaya berubah laku bila berjumpa wanita lain?
Moral dari kisah ini ialah "di mana kejujuran,kesetiaan dan kasih sayang?"
Apakah mereka berkahwin dulu secara paksa ?
Atau cinta itu hanya sementara?
Untung sabut timbul untung batu tenggelam-kisah ini bukan satu keuntungan mana-mana pihak.Tetapi kisah ini kisah menyayat hati.Sepasang kekasih,sepasang suami isteri seperti merpati sejoli akhirnya terbang keseorangan!
Patah sudah sayap impian.Retak sudah hati kesayangan.Namun si lelaki tidak mahu mengaku hakikat.Salah tetap pada si isteri yang di duakan...adilkah dunia?Jangan tanya dunia tapi tanyalah pemilik cinta yang melalui perjalanan seribu liku ini....

"Ketika cinta memanggil-manggilmu,maka dekatilah ia walau pun jalannya berliku-liku.
Jika cinta memelokmu ,maka dakapilah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu-penyair agung Khalil gibran.
"Berbahagialah hati yang ada cinta .Hati yang berputik bahagia wajahnya sarat dengan senyuman .Maka betapa segala kebahagiaan menjadi lambang kekuatan cinta bila menguasai jiwa.Semuanya bagaikan milik kita keindahan ini..........

Ikrar cinta ingin melukis bahagia.Bersatu hingga ke penghujung dunia.Malah mati pun mahu bersama.Ke syurga sekali pun ingin berdua..

Akhirnya aku tahu juga punca perpisahan mereka.Perempuan memang pandai berlakon.Menyembunyikan keburukan suami..hanya kebaikan yang di tonjolkan.Perempuan setia dan cukup berharap mahligai indah berkekalan.Perempuan lupa akan kebahagiaan diri sendiri.Perempuan terlalu mengagungkan suami yang di kasihi sehingga lupa diri di aniaya.Bagaimana lagi mahu kuceritakan peribadi perempuan yang suka berkorban sehingga mengabaikan diri sendiri....
Layang-layang telah terputus talinya...tali cinta telah terurai..sayapnya telah patah.Hatinya jua di dera,cedera ini menambah sakit hati..sesakit hati sebenci mana pun kita kepada orang yang telah melukakan kita..kita tidak berupaya ...kerna anak adalah pertalian darah yang kekal!

Kusangka patah si butang peniti
Rupanya nenas di balik reban
Kusangka patah tak tumbuh lagi
Rupanya tunas di balik dahan


syawal bulan kemenangan setelah kita berjuang melawan hawa nasfu.Syawal untuk saling bermaafan.Sayangnya Syawal telah mengirimkan dosa yang sukar di ampunkan..bila dia ke pejabat agama penceraian itu belum di daftarkan lagi.Mudahnya kerja si suami..aku rasakan hak dan kebebasan bertindak ada di tangannya.Apabila seseorang itu menegakkan haknya,dia tidak boleh di persalahkan .Tidak ada manusia yang mahu rugi..Kalau pun kita tidak boleh menduga apa-apa yang akan berlaku pada masa yang datang,kita boleh mengambil langkah untuk lebih teliti dalam menunaikan segala hasrat kita.Bukan di perlemahkan dengan mudah,di perdayakan sesuka hati.Malang tidak berbau tetapi nasib dia seperti sudah jatuh di timpa tangga.Belum habis kesedihan kerna kematian ibu,suami tinggalkan dgn lafaz talaq...betapa pahitnya kenyataan!
Bila di nasihat oleh imam untk berdamai dan rujuk semula,harapannya pudar.Semakin hari semakin banyak keburukan suami terdedah.Rakan baik dan sahabat yang dulu menutup mulut sekarang jelas satu persatu rahsia aktiviti si suami.Semuanya mula berterus-terang..aibnya bila berkasih dengan kepunyaan orang..
Semasa berada di tempat tinggi,kita dapat memandang sesuatu dengan jelas.Walau pun dari jauh nampak nyata..begitu juga jika berada di puncak kejayaan.Andai kita tidak berhati-hati dan sedar dengan suasana kita ..satu hari pasti kita akan jatuh.Tentunya sakit dan terseksa
Begitulah dengan berita yang ku terima .Sahamnya kian jatuh,maknanya asetnya kian merudum...beringatlah selalu kerana setiap kejahatan pasti kan di balas dengan keburukan,tiap-tiap kebaikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan tindakan kita.Justeru jangan kejar yang belum tentu menjdi kepunyaan kita kerana kepunyaan kita telah ada dalam tangan kita !
MERPATI DUA SEJOLI,TERBANG DUA SEKAWAN
DI MANA ADA MATAHARI,DI SITU ADA BULAN....
Cinta bagaikan sebuah arca indah yang tersimpan di persada hati.Namun manusia jahil menilai dan tidak mahu menghargai cinta anugerah Allah.Keindahan cinta seperti arca akan hancur berderai menjadi serpihan -serpihan yang melukakan jiwa-jiwa yang ada cinta...
Adat tidak lekang dek panas
Adat tidak lapuk dek hujan
Adat tersurat pada kertas
Adat tersirat dalam sunnah

Walau pun hari ini mungkin kita tidak dapat bersama melihat bintang namun aku selalu ada ,cintaku selalu ada..
PERkahwinan bermula dengan kegembiraan
Perkongsian menjadi sebahagian nya dan kasih sayang umpama jantungnya.KebaHagiaan dan kegembiraan boleh bertukar menjadi hambar apabila perkongsian kasihsayang tidak lagi di jaga dan di baja..siramilah dengan air kasihsayang,kerna sesungguhnya CINTA ABADI itu amat agung dan istimewa.Hadiah dari Tuhan untuk hambaNya.

"Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan sesorang wanita itu rela membersihkan lantai rumahnya sambil menyanyi sekalipun selepas suaminya memijak lantai rumah itu dengan kasutnya yang sangat kotor"-kata-kata pujangga Hoosier Parmer.
Betulkah begitu???????????????Ohh...tidak bagiku!
Aku percaya kata=kata pujangga pilihanku HAMKA:
'Cinta manusia melalui beberapa pintu.Ada pintu kasih,ada pintu sayang dan ada pintu rindu.Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati.Benarkah?????????
Aku tidak mahu kemarau setahun rosak dek hujan sehari...aku tetap menapak menjejaki CINTA ABADIKU!

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA