Wednesday, May 4, 2011

KURINDUKAN SUARAMU


KURINDUKAN SUARAMU.

Sudah puas aku merenung bintang di langit.Purnama tidak juga tidak muncul-muncul.Kurasakan  penantian ini akan menjai sia-sia.Namun hatiku tetap berkeras mahu menanti..fikir hatiku mungkin sebentar lagi purnama akan muncul menemani  bintang yang kesepian itu.Akhirnya penantianku menjadi sia-sia jua.Bintang yang kurenung semakin hilang di telan kabus tebal…
Malam pun semakin pekat.Aku membiarkan diriku di mamah  kegelapan.Aku berdiri di balkoni  sambil sesekali menghela nafas panjang.Udara yang segar menerjah diriku..menghembus nyaman  di pipi.Walau berulang aku  mendengar lagu kesukaan ku  di sini,fikiranku tetap melayang jauh.
“Aku sayang dirimu sepenuh hatiku”bisik Zikri ke telingaku.
“Aku  sayangkan   kau seperti kau sayangkan aku”balasku semula sambil memegang jari-jemari Zikri.Erat dan kuat genggamanku.Aku tidak mahu melepaskan  Zikri.Malah tidak sekali mahu berjauhan darinya.
“Moga kasih ini berpanjangan”tuturnya seraya merenung manja ke dalam mataku.
“Moga sampai ke destinasi yang kita impikan”kataku penuh bermakna.
Malam itu kurasakan sungguh cepat berlalu.Masa terlalu cemburukan kami.Makan malam bersama di Restoran Scholarat-Solaris  Mont Kiara.Aku suka suasana di sini.Zikri suka  salmon panggang dan aku tidak jemu menghirup  jus cranberry kegemaran.Zikri selalu memuji kecantikan kulitku.Kononnya berpunca dari jus cranberry yang selalu kuteguk..Kami selalu ke sini bila ada waktu terluang..Sesekali bersantai di tingkat bawah dengan alunan muzik .Bukan apa  ,melapangkan fikiran setelah penat bekerja..Kami bukan datang berdua..ramai kawan baikku datang terutamanya Zaifarina,Farhan,Yasmin dan buahati pujaannya si Amar.
Mereka teman sejak aku di  kampus.Kami Cuma berlainan   tempat kerja.Zaifarina seorang wartawan.Farhan seorang pramugari.Aku pula seorang pereka fesyen.Kekasihku Zikri seorang  jurutera.Kesibukan kerja membuat kami jarang dapat bersama.Farhanlah yang sukar untuk selalu bersama kami kerana sering terbang jauh ..
Aku rasa bahagia bila Yasmin dan Amar sedng beria-ia menyuruh aku menyiapkan baju pengantin mereka.Disember akan datang akan melakar sejarah dalam kehidupan mereka berdua.Malah aku rasa cemburu juga bila  Yasmin sudah memilih destinasi  berbulan madu nanti.Kota Paris..Kota cinta…itulah tempat yang selalu Yasmin bisikkan ke telinga si Amar.
Kebahagiaan  mereka sangat menyerlah..jadi aku tutut berkongsi kegembiaraan itu.Busana pengantin mereka  kucipta khas untuk menyerlahkan lagi keayuan Yasmin.Maklumlah bakal menantu Datin Suraya..mesti kena sesuai dengan acara majlis.Bertuahlah kau  Yasmin..bisikku sendirian.
“Nur,malam dah larut,apa yang kau menungkan di luar tu?Tak baik seorang gadis  bermenung di lewat malam begini.”Zaifarina mengejutkan aku dari lamunan.
“Aku rasa tenang bila melihat  pemandangan di bawah..cantik bila neon bergemerlapan..”jawabku perlahan.
“Kalau ya pun ,dah lewat bersendirian macam tu..dingin malam boleh buat kau selsema nanti”
“Sekejap lagi aku masuk,kau tidurlah dulu”jawabku perlahan.
Zaifarina  amat baik denganku.susah senang kami berkongsi bersama.Zaifarina banyak membantu aku dalam mengembangkan perniagaanku..Butikku yang terletak di KLCC  berkat pertolongan Zaifarina.Tugasnya sebagai wartawan banyak mempromosikan pernigaanku.”NUR COLLECTION BUTIK” adalah tempat aku mencurahkan hasil kerjaku.Aku memang minat dengan bidang peragaan.Aku belajar di UITM pun dalam bidang senireka.Aku suka berfesyen.Malah aku sentiasa  kreatif dalam mencipta busana terkini.Aku mesti arif dengan  rentak  gaya masa kini.
Zaifarina mungkin tidak dapat memahami apa yang tersirat di jiwaku  ..sebab aku merahsiakan hal ini darinya.Aku jadi buntu dan keliru.Setelah bertahun aku dan Zikri bercinta,inilah saatnya aku jai serba-salah.Jiwaku kosong memikirkan apa yang aku dengar dari mulut Zikri.Pertemuan di  siang hari tadi mengusik emosiku.
“Zikri harap Nur tidak terkejut  dengan berita ini”luahnya penuh berhati-hati.
“Keputusan apa?”soalku  menangkis ragu yang belum terungkai.
“Zikri dah fikir masak-masak.Berulangkali…Zikri harap Nur boleh terima”
“Apa masalahnya,jangan buat minda  Nur berserabut.”kuteguk jus cranberry perlahan.
“Zikri dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar Negara.Bidang ini juga tapi di peringkat tertinggi.Pendedahan yang meluas..yang pentingnya peluang untuk mendalami bidang kejuruteraan”ujarnya ceria.
Aku hanya mampu membisu.Tak mampu bersuara.Aku keliru.Aku bungkam.Aku sangka hubungan kami selama lima tahun akan berakhir dengan pertunangan ,seterusnya perkahwinan.Namun Zikri mempunyai iltizam yang tinggi.Untuk merealisasikan impiannya.Peluang yang di katakan menjamin masa depan.Meninggikan  prospek kerjaya.Membina  masa depan yang lebih berjaya.Aku akui.Bagaimana pula dengan aku?Cinta kita?Perasaanku dan perasaanmu?
“Nur tidak berhak untuk menghalang  keputusanmu.Siapalah Nur untuk memberi  kata putus”akhirnya aku bersuara lemah.
“Nur,walau di mana pun kita berada cinta itu tetap utuh di jiwa.Cinta kita hanya berpisah  benua .Bukan nya kejauhan ini memisahkan  hubungan kita.Walau jauh ,Nur akan tetap di hati “
“Tapi Nur takut jauh di mata,jauh jua di hati”
“Itu hanya perasaan Nur,orang yang berkahwin pun bercerai padahal tinggal sebumbung.Ingat,jodoh dan ajal maut di tangan Allah”pujuk Zikri.
“Kita hanya merancang,Allah yang menentukanNya”aku cuba membela diri.Kalau-kalau kata-kata ini mampu mengubah keputusannya.
“Dunia sudah maju dan canggih Nur.Kita boleh berhubung setiap masa.Hanya di hujung  jari..bukan tu saja.Nur boleh lihat di mana saja Zikri berada”
“Buangkan segala  anggapan buruk Nur,Tenangkan jiwa..jangan biar minda berserabut.Percayalah cinta dan janji Zikri hanya untuk Nur seorang.Lima tahun kita bersama,Nur tak percaya ke ?”pujuknya lagi.
“Nur bukannya apa,sukar nak bayangkan apa akan jadi Zikri tak ada si sini,dekat Nur seperti selalu….”aku mengalah dengan perasaanku.Aku sedar antara kami tiada apa-apa ikatan.Tak guna aku memanjangkan rayuanku.
Aku mahu Zikri berjaya.Itu impiannya.Minggu depan  Zikri akan berangkat ke Jerman.Sebelum pergi aku sempat membelikan hadiah.Sweater berwarna biru dan scarf sepadan untuk Negara berhawa empat musim.Aku harap musim salji di sana nanti tidak akan menyejukkanmu.Aku harap pemberian sweater biru ini akan mengingatkan aku setiap kali kau memakainya…agar kau akan selalu dekat di hatiku..Aku turut menghantar di KLIA.Aku tidak malu bila semua mata memandang ke arah kita.Aku mahu selalu di sampingmu.Aku mahu kau tahu aku bersungguh hati dengan janji kita.
Aku buang semua keraguanku bila Zikri turut menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan batu biru.Cincin yang akan mengikat rasa kasihku hanya untuk Zikri.Bukankah sudah lima tahun kami berkasih?Walau dalam hati aku bersedih dengan perpisahan sementara ini,namun Zikri gembira memujuk ku.
“Tiga tahun bukannya lama..pejam celik pejam celik masa dah berlalu..lagi pun jika ada cuti Zikri akan balik.Sayang,jaga diri.Tenang diri selalu…”kalimah itu bagaikan ucapan terakhir bila penumpang di panggil masuk ke bilik menunggu.Aku melepaskan tangan Zikri dan cuba tersenyum di depannya.Tanda gembira dengan  pemergian demi masa depan yang lebih gemilang…
CINTA DAN RINDU.
Bermulalah laman chatting dan Facebook menjadi tempat kami meluahkan rasa rindu.Mulanya awal bulan pertama kami seperti baru bercinta.Malangnya  lapan bulan selepas laman sesawangku sudah kosong.Tiada lagi mesej atau e-mail dari Zikri.Dalam hati aku mengandaikan Zikri sibuk dengan tugas dan mungkin  sedang focus dengan belenggu rutin harian.Aku pujuk diri sendiri..
Aku sibukkan diri..sesekali melawati  laman sembang di internet.Tiada berita dari Zikri.Malah e-mail ku juga tidak berbalas.Sibukkah  dia?Sakitkah dia?Bagaimana pun aku mengharapkan dia akan berjaya dalam mengejar impian  setinggi bintang itu.Aku doakan kejayaan berada dekat dengannya..meski hatiku kian di buai ragu..
“Tak baik kau menuduh bukan-bukan pada Zikri.Mungkin rutinnya padat.”Zaifarani memujuk perasaanku bila aku cuba meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Tak kan zaman siber ni,nak tekan  papan kekunci sekaejap pun tak ada masa?Atau phone saja..apa pun alasannya aku masih ingat akan janjinya”aku sebak.
“Sabarlah Nur,nanti aku cuba hubungi Zikri.Mana tahu nasib baik,aku berpeluang mencari kepastian antara kau orang”seperti selalu Zaifarina akan tetap cuba menyelesaikan masalah ku.
Sebetulnya aku resah.Gelisah dengan mimpi semalam.aku bermimpi Zikri.Zikri sedang melambai tangan ke arahku.Di sisinya ada seorang perempuan cantik.Berambut paras bahu dan berpakaian ala model Barat.Seksi dan elegan.Nampak menawan.Zikri memakai sweater biru dan skaf sedondon berona biru.Ya,hadiah dariku.Untuk menahan dingin di Negara empat musim.Aku tidak mahu Zikri kesejukan di mamah  salji yang memutih itu.
“Kau terlalu ikut perasaan.Rindu kau  yang keterlaluan membuatkan kau  bermimpi bukan-bukan.Lain kali sebelum tidur eloklah berwuduk dulu”Farhan menegurku bila kerisauan menghantuiku.
“Kau cakap mudah..kau tak ada teman lelaki mana kau tahu apa yang kualami”tukasku sambil menunjukkan baju pengantin Yasmin dan Amar.
“Kau dah siapkan awal dari tarikhnya..dua minggu lagi majlis diaorang”Farhan cuba menukar topic perbualan kami.Aku tahu cinta pertama putus di tengah jalan.Farhan nekad.Tidak mahu bercinta lagi.Menyerahkan jodoh  kepada kedua orangtua dalam memilih.Hatinya telah tawar untuk lelaki,mungkin Farhan berdendam.
“Biar siap awal tak apa,ini majlis penting.Aku mahu semuanya berjalan lancar.Lagi pun empat helai yang di tempahnya.Untuk majlis di hotel lagi.Aku tak mahu tergesa-gesa”
“Hai bertuahlah si Yasmin tu ..keluarga Amar tu keluarga ternama.”usik Farhan.
“Tuah seseorang kita tak tahu.Untung nasib kita hanya Tuhan saja yang tahu.Tapi bagi aku kemewahan material bukannya ukurannya.Penting sekali kasihsayang,kejujuran kesetiaan.Sejauh mana pasangan dapat menerima diri kita seadanya”ucapku sambil membetulkan rambut yang terjurai di dahiku.
“Ehh..minggu depan aku akan terbang ke Jermanlah.Mana tahu untung sabut akan timbul Zikri di depanku,nasib batu  malang tenggelam..”ujar Farhan girang.
“Habis tu kenapa kau Tanya aku..siap dengan pepatah lagi ?
“Kalau-kalau terjumpa si Zikri…”usiknya mencetuskan kerisauan di hatiku bertambah dalam.
“Ehh..aku dah malaslah nak fikir soal Zikri”aku pura-pura  buat tak kisah.
“Kau ni..besi pun akan berubah  jadi magnet bila berdekatan..selebihnya yang aku tahu besi akan jadi emas  kerana kekuatan cinta”sambung Farhan.
“Habis tu ,kau  yang tak percaya dengan cinta.Kau yang benci lelaki.Sebab tu kau anggap semua lelaki tak boleh di percayai…macamana sekarang  kau nak kata  cinta dan pengorbanan aku untuk Zikri akan menjadi emas.Cinta tu ,besi tu akhirnya berkarat..”
“Aku membuangnya jauh ke dalam laut…tapi kau dan Zikri lain.Dah lima tahun berkasih,takkan hanya bertukar tempat cinta pun bertukar arah”balasnya bertambah hujah..
“Jomlah kita bertemu Yasmin,nanti dia dan Amar tunggu kita pula”aku menarik tangan  Farhan .Aku harap perbualan tentang Zikri berhenti di situ saja.Aku perlu ke Putra Jaya  untuk menyertai projek baru di sana.Aku akan membuka spa baru di sana.Aku mahu Farhan,Amar dan Yasmin melihat lokasi yang kupilih.Aku mahu mereka memberi idea baru untuk aku memantapkan lagi perniagaanku.Aku mahu berjaya dalam hidupku.Walau tanpa Zikri..
Salam Perpisahan..
Dalam aku sibuk menguruskan  perniagaan baru aku masih sempat melayari internet.Bila kubuka laman  e-mailku terpampang jelas nota yang Zikri kirimkan  12.30 malam tadi.Ringkas tulisan itu namun membawa sejuta makna bagi diriku yang telah lama di pinggirkan.
Nur yang di hormati.
Kejauhan ini memaksa aku melupakanmu.Aku terlalu asing dan sendiri di bumi empat musim ini.Aku bertemu seorang wanita yang serasi denganku.Aku rasakan jodohku dengannya telah di tentukan Tuhan.Aku memohon ampun dan maaf  kerana lama tidak menghubungimu.Aku harap kau faham situasiku.Andai ini melukai perasaanmu sekali lagi aku memohon maaf.Mungkin ini semua mempunyai  hikmah tersendiri untuk kita Aku mendoakan kebahagiaanmu.Aku terpaksa mengambil keputusan ini kerana  aku rasakan  sudah tiba masanya aku mempunyai teman yang dekat dan selalu di sisiku.Aku harap lupakan semua yang kita lalui bersama dulu.Binalah hidup baru.-salam dariku yang jauh.ZIKRI.
Terpaku aku dalam tangisan yang tanpa kusedari.Airmata yang kutahan selama ini tumpah berderai.Seperti aku  sedang memegang kaca yang pecah.Tanganku luka.Jariku cedera..emosi terbelah..aku sudah kalah…apa yang kuharapkan sudah berkecai…pandanganku kabur.Sekabur impianku.!!!!!!!!1
Andai kau ada dekat di sisiku
Akan kulukis kembali janji-janji manismu dulu
Andai bisa kau mendengari suara tangisanku
Akan kunyanyikan irama kepahitan ini
Andai aku di beri peluang
Akan ku cetak sebuah buku cintamu
Andai kau bisa mengerti
Akulah bidadari yang setia menanti
Kasih seorang kekasih
Melayari istana yang pernah kita bina….
Namunsemua itu tidak mungkin terjadi lagi.Foto perkahwinanmu nampak cantik.Tapi mencarik luka jiwaku.Mungkin kau tidak mengerti bahawa cinta kasihku adalah cinta abadi.Cinta yang tiada kekurangan.Barulah aku faham mengapa kau menyepi dariku.Kini aku mengerti bahawa cintamu jua bermusim .Adakalanya  bertukr menjadi salji.Mengirim rindu yang dingin untukku di sini.Saat berubah iklim musim luruh,luruhlah rindu itu di  taman lain.Empat musim berubah,hatimu turut berubah.Kau bukanlah lelaki sejati..mengkhianati perasaanku.Membunuh kepercayaanku…menghancurkan seluruh harapanku.Adilkah bagiku untuk memaafkan  perbuatanmu?Kau sengaja  melakukan kesilapan.Kau sengaja menykiti hatiku..wajarkah aku membiarkan kau berlalu begitu saja?Menconteng arang di wajahku?
“hidup kita hanya satu lapisan  reality  yang tidak mungkin berulang.Tapi semua kenangan  berhak kau simpan di hatimu.Tanda kau pernah melalui ujian segetir itu dalam hidupmu”
“Aku mengandaikan perpisahan itu  mungkin sengaja Zikri rancang”ujarku pada Farhan.
“Zikri manusia biasa,tentunya melakukan kesilapan.Maafkanlah dia..”
“Aku maafkan dia tapi aku tak bisa melupakan apa yang terjadi ini”mataku berkaca lagi.
“Kau lupakan dia.Aku sepertimu.Tapi aku anggap mungkin akan ada cetakan kedua atau ketiga yang mengisi bahagia menunggu di depan kita”Farhan memang tabah
Sejak itu aku tidak peduli lagi soal cinta dan perasaan.Hanya mainan lelaki .Hipokrit.Dendam.Penipuan.Aku benci….aku hanya melangkah untuk masa depanku.Lima tahun bukanlah masa yang singkat.Aku menanggung semua kepahitan.Aku merelakan semua   pengorbanan.Akhirnya aku di tinggalkan jua..

“Terimalah hakikat bahawa sesuatu yang kita sayang bukannya hak kita yang hakiki.Segugus kenangan manis yang kita lalui rupanya mengiringi pertemuan dan perpisahan kita.Aku menghargainya  walau agak sukar.Terimakasih untukmu Zikri kerana menghadiahkan aku pengalaman paling berharga ini.Aku bersyukur kerana  kita pernah  bersama,berkasih dan berharap.Kita pernah berbiduk  cinta mengharungi alam semesta.Jalan kita sama namun destinasi berbeza.Aku tidak akan menghukumi kerana aku menyedari kekuranganku di matamu.Jika aku banyak melakukan kesilapan  dalam cintaku kepadamu,lupakanlah kesilapanku.Walau aku teringin untuk menangis dalam dakapanmu saat ini ,aku tahu itu tidak mungkin terjadi.Bagaimana akan aku hokum diriku  dengan perpisahan ini?
Aku berjanji kepada diriku akan melupakanmu.Aku tidak akan menyeksamu dengan cintaku.Aku anggap cinta kita telah hilang si sebalik salji yang memutih itu.Sampai kapan pun aku tidak akan menanti kepulanganmu lagi.Moga bahagia menunggumu dalam  istana kristalmu.Bulan telah pun mengambang di dalam hatiku.Aku  tidak mahu mengulangi mimpi yang sama lagi meski pun aku tahu aku terlalu rindukan suaramu seperti dulu….Demikianlah kubalas e-mailmu 33 tahun yang lalu.Sehingga kini aku sendiri..masih sendiri…..

Terimakasih.
KARYA:CHE AZIAH DAUD.
No 28A,KG.BUKIT TEMIN,
MKM ULU MELAKA.07000
P.LANGKAWI,KEDAH.
20 MEI 2010.




No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA