Suara azan sedang nyaring berkumandang di udara.Kedua adik-adikku masih ralit menonton gambar kartun kegemaran mereka.Emak dan abah telah lama bergegas ke masjid yang tidak jauh dari rumah kami.Sebelum pergi abah sempat berpesan kepadaku agar memastikan Luqman dan Syahirah turut bersolat denganku.Aku hanya mengangguk.Sudah menjadi kebiasaan abah sebelum ke masjid abah mahu aku jaga adik-adik agar tidak abaikan solat.
Aku mula ke ruang tamu bila melihat Luqman dan Syahirah masih terpaku di depan TV.Sesekali aku dengar mereka ketawa.Ada waktunya aku dengar mereka bergaduh.Tak syak lagi,berebut siaranlah tu.Fikirku dalam hati.Aku tahu Luqman dan Syahirah peminat nombor satu rancangan Tom-Tom Bak.Tetapi sekarang sudah masuk waktu solat maghrib.Mereka masih asyik di depan skrin TV.Aku mengambil sebatang rotan dan menuju kea rah mereka.
“Luqman,Syahirah bangun cepat.Dah masuk waktu maghrib ni.Pergi ambil wuduk cepat”aku pura-pura menunjukkan rotan sambil menghala kea rah mereka berdua.
“Ala ,gambar tengah seronok ni,Mawi pulak nak nyanyi lepas ni”ucap Luqman selamba tapi tidak berganjak dari sofa.
‘Kak Ummi pun marilah tenguk.Mawi ni,handsomelah kak.Rugilah kalau kita tak tenguk”sampuk Syahirah yang berusia lapan tahun.
“Mawi ke,Aznil ke atau PM pun kak tak peduli.Bangun cepat.Ambil wuduk.Kita solat berjemaah.Cepattt…”getusku dengan nada marah.
“Tunggu sekejap lagi,sepuluh minit lagi rancangan ni dah nak habis.Lagi pun abah bukannya ada”tokok Luqman merayu.
“Kak bilang sampai tiga,kalau tak bangun juga kak rotan.Abah dan emak sudah pesan jangan melengahkan waktu solat.Lagipun waktu solat maghrib tidak panjang macam solat lain”nada suaraku kian perlahan.Aku memujuk.
“O,k.lah,kak dah ambil air sembahyang ke?serentak Luqman dan Syahirah bertanyakan soalan yang sama padaku.
“Dah.Cuma tunggu adik saja”jawabku pendek.
Aku menyarungkan telekung sambil aku geli hati mengingatkan keletah adik-adikku.Sebagai anak sulung banyak perkara abah dan mak serahkan padaku.Aku sedar aku mesti menjadi contoh yang baik untuk mereka.Kalau tidak abah dan mak mesti kecewa denganku.
Usai solat maghrib ,aku mengarahkan mereka agar mengambil Al-Quran.Aku kena mengajar mereka mengaji.Aku dulu pun emak ajar mengaji Al-Quran sehingga khatam.Kemudian bila aku di hantar ke sekolah agama ,sudah menjadi rutin kami menghafaz surah setiap pagi Jumaat.Bila aku tamat pengajian aku mendapat tawaran ke university Al-Azhar.Aku bersyukur kerana kedua ibu bapaku memberikan aku kebebasan untuk membuat pilihan dalam menentukan masa depanku.Walau pun kedua mereka tidak berpelajaran tinggi tapi aku bangga kerana emak sentiasa berfikiran terbuka .Emak selalu memberi pendapat positif bila aku meminta pandangannya.
Sekarang aku sudah berada di tanahair sendiri.Aku sudah sebulan balik ke kampung.Aku mahu adik-adikku menjadi seperti aku.Berjaya dalam pelajaran.Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan memahami perasaanku.
Dalam anganku yang panjang tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam.Syahirah berlari membuka pintu.aku menjawab salam seraya membuka telekung.aku menuju ke pintu.Terjengul wajah jiranku .Pak Su Lah termengah-mengah kepenatan.
“Ada apa Pak Su,Nampak penat sangat ni?”ujarku sopan.
“Abah kau mana,ada hal penting ni”
“Abah dan mak ke masjid.Selalunya waktu ni mereka dah balik.Mungkin sekejap lagi kot.Pak Su masuklah dulu”pelawaku.
“Tak apalah Pak Su nak cepat ni,Ummi beritahu abah Pak Su datang.Ada hal .”
“Pak Su tak nak tunggu mereka balik.?”ulangku sekali lagi.
“Lambat pulak kali ni ,selalu kalau Pak Su ke masjid pukul 9.45malam kami dah bersurai.Ohhh..baru Pak Su ingat.Sekarang ada Imam muda.Ada ceramah panjanglah agaknya.Tapi Ummi jangan lupa beritahu abah.Ada hal penting Pak su nak cakap”Pak Su pun melangkah pergi.
“Hal apa yang penting sangat sampai Pak Su tak nak tunggu abah dan emak balik?”soal Luqman yang berusia 10 tahun kepadaku.
“Entah,kakak pun tak tahu.Mungkin ada hal orang tua.”terangku semula.
Abah dan emak memang pulang lewat.Luqman dan Syahirah pun dah mengantuk.aku temankan mereka tidur dengan membaca kisah sirah nabi.Bila aku penat bercerita keduanya sudah tertidur.Aku masih membaca kisah sirah nabi yang terdahulu sehingga bila aku tersedar azan Subuh telah berkumandang .
Bila aku menyampaikan kepada emak dan abah mengenai pesanan Pak Su semalam,abah hanya tersenyum.Emak menyatakan mereka terserempak dengan Pak Su di persimpangan jalan.Mereka pun sudah faham maksud Pak Su.
“Ada apa kat masjid semalam mak?Lewat benar mak balik?”
“Imam baru datang tempat kita.Orang muda sungguh Sampai mak tak percaya bila dia perkenalkan dirinya.Teka berapa umurnya?”mak bertanyakan kepadaku sambil senyuman manis terukir di wajahnya.
“Mana lah Ummi tahu.Lagipun buat apa Ummi nak tahu”balasku sambil meletakkan teko air yang masih panas berasap tu.
“Kot-kot boleh buat menantu”tambah abah yang sejak tadi hanya mendengar emak dan aku berbual.
“Ehhh ,abah ni ke situ pulak.’aku menokok.
“Kalau tenguk cara dia bercakap,berkhutbah tak ubah macam imam berpengalaman lama.Bila dia memberitahu umurnya baru 27 tahun semua melopong.Abah pun macam tak percaya”
“Patutlah bila saya ke rumah kenduri di hujung kampung tempohari banyak mereka berceritakan kisah Imam muda.Baru semalam dapat melihat orangnya.Memang sesuai jadi imam pun ,ilmu agama yang di milkinya amat dalam”mak masih memuji.
Aku sibuk mengemas rumah.Sebentar lagi aku nak ke Bandar.Baru dua minggu balik ke kampung,aku sedang mencari kerja yang sesuai dengan kelulusanku.Memang aku bercita-cita untuk menjadi peguam sejak kecil lagi.Aku belajar di university Al-azhar dalam bidang undang-undang syariah.Aku ingin membela nasib kaum sejenisku.!Mereka sering teraniaya kerana tidak mempunyai ilmu untuk mempertahankan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.!
“Nak jadi peguam,aku takut kau terperuk kat dapur saja selepas keluar keputusan peperiksaan kita nanti’ejek Suhaimi padaku bila mengetahui cita-citaku.
“Kau jangan pandang rendah pada aku,aku akan buktikan pada kau satu hari nanti.Insya`allah kita tenguklah nanti”aku masih mempertahankan pendirianku.
“ala…orang perempuan,lepas dapat keputusan tunggu SPMlah jawabnya”Suhaimi masih mengejekku.
“Apa SPM tu,aku tahu maksud kau.Mi kau jangan kritik aku sangat.Nanti kau terkejut beruk tau”balasku sambil mencubit bahunya.Kulihat Taufik hanya tersenyum.
“Kau tenguk Taufik ni,tak kisah pun aku nak jadi apa.Kau siang malam asyik nak kutuk aku.Kawan apa macam ni”
“Taufik ni nak jadi Ustaz sebab tu dia tak subahat dengan kita dalam bab kutuk mengutuk ni.Tapi aku bangga la kalau Ummi nak jadi peguam.Sekurang-kurangnya aku ada kawan yang boleh membela aku bila aku ada masalah nanti.Tak gitu ke Ummi?”Tanya Nuraini bila aku dan Suhaimi asyik bergaduh fasal cita-cita.
“Banyak angan-angan pun tak guna ,yang penting kita mesti berusaha dan buktikan apa yang kita nak.Itu yang penting.Bukan macam kau orang.Pantang jumpa mulalah bergaduh macam kucing”akhirnya ayat keramat itu terlontar sinis dari mulut Taufik.
Kami semua terdiam.Terpaku.Taufik memang tegas orangnya.Tidak banyak bercakap tapi mudah tersenyum dan pandai berhujah.Tidak hairanlah setiap tahun dia memang dalam pertandingan pidato yang dia wakili di peringkat daerah.Kami semua kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaannya ketika berdebat.Kami juga satu kumpulan dalam setiap perbincangan di sekolah.Bila kami berempat mewakili setiap pertandingan yang di adakan di sekolah guru-guru akan memilih kami sebagai asset penting bila ada satu-satu pertandingan akan di adakan.Nuraini bercita-cita menjadi doctor.Manakala Suhaimi ingin menjadi seorang jurutera dan aku sendiri ingin menjadi seorang peguam.Taufik yang bijak berhujah di pentas,depan ribuan mata memandang masih berahsia dengan kami.
“Cita-citaku terpendam dalam diriku,sampai masanya akan ku buktikan”itu ayat power yang sering di gunakan bila kami ingin mengorek rahsia tentang cita-citanya.Suhaimi yang terkenal dengan mulut lasernya akan terus menyanyikan lagu “Biarlah Rahsia” untuk menyenang hati kami semua.kulihat Taufik mengerling tajam ke arahku!
Aku pura-pura buat tidak tahu,aku menganggap taufik memang sangat perahsia.Bila keputusan SPM di umumkan kami semua mendapat kejayaan cemerlang.Aku sendiri mendapat 12A 1.Aku terus ke university Al-Azhar di Mesir dengan harapan yang jitu.Saat pendaftaran bermula tiba-tiba kulihat Taufik tersenyum ke arahku.Ahhh….perahsia betul orangnya!Bisik hatiku.
Aku seperti ingin segera menghubungi Suhaimi dan Nuraini.Untuk kejutan yang entah ke berapa kali di lakukan oleh Taufik.Namun aku kena selesaikan hal lain dulu.Bergegas ke marhalah perempuan.Balik semula ke dewan dan mendengar taklimat.Kembali ke marhalah aku pun sempat bersms dengan Nuraini dan Suhaimi.
Aku tahu Suhaimi sedang mengikuti kursus bahasa Korea di K.Lumpur selama sembilan bulan.Selepas itu bakal berangkat ke Korea untuk mengikuti pengajiannya dalan bidang kejuruteraan.Nuraini pula sedang bertungkus lumus untuk mengejar impiannya sebagai seorang doctor.Aku hanya berkesempatan mengirimkan SMS saja pada waktu ini.Waktu terluang nanti aku akan menelefun dari kejauhan ini untuk mendengar sendiri suara Suhaimi yang selalu mengusikku dulu.Nuraini yang sering takutkan aku di malam hari tatkala melintas bawah pokok besar dekat surau asrama kami itu.
Aku rasa tugasku semakin berat.Peperiksaan kian hampir.Taufik meninggalkan satu nota di dalam buku agamaku.Ku belek dan ku baca.Ringkas tapi penting.Di kuliah kami jarang dapat berjumpa.Bila aku masuk ke perpustakaan saja dapat bertemu.Itu pun sekadar Taufik mengingatkan aku supaya jangan leka.Tapi mengapa hari ini setelah sebulan di sini dia meninggalkan aku sekeping nota.Nota berbunyi:
Ummi Sofea,
Masa sangat cemburukan kita.Walau pun kita dekat kurasakan amat jauh.Cita-citamu ku sanjung tinggi.Cita-citaku lebih bererti.Aku sentiasa doakan kejayaan menjadi milik kita.
Teman mu:Taufik Hidayat.
Kusimpan nota ringkas itu di dalam diari.Aku berilusi sendirian.Mengapa Taufik Hidayat meninggalkan nota ringkas ini di dalam buku aku?Bukankah dia mampu katakan padaku lewat pertemuan habis kuliah?Sibuk sangatkah dia?Atau dia memang egois dengan ku?
Aku teringat pada Suhaimi lalu segera mendail nombornya.Aku masih memikirkan tentang Taufik tapi secepat itu juga aku mendengar suara Suhaimi.Ceria seperti selalu.Aku gembira bila suaranya mengisi waktu sepiku..Kami teman seperjuangan.Sehati sejiwa.Tapi kami saling menghormati prinsip hidup masing-masing.
“Ummi,walau pun sedang sibuk ni tapi bila aku dengar saja suara emas kau tu,aku rasa lapang dada.Kau macamana kat sana ?Aku harap o.k. saja.Tapi aku lebih berharap kau selalu bahagia dan sukses .Apa macam dengan exam semester ni?”amboi mak banyaknya soalan,mana satu aku nak jawab.
“Aku sihat,itu pun berkat doa kau juga.Aku baru lepas exam ni.Nuraini cakap kau akan bercuti semester.Jadi kau balik kampunglah ya.Sebelum aku terlupa ,aku nak beritahu kau bahawa aku memang tak dapat balik cuti nanti.Kau tahu ,Taufik tu kalau bertembong dengan aku kat sini bukan main sombong tau”luahku pada Suhaimi.
“Kau silap anggap macam tu.Baru semalam Taufik hubungi aku.Katanya dia bangga kau mendapat markah tertinggi dalam kelas.Malah dia kata kau sedang berlari dekat garisan pertama untuk menuju titik penamat perjuangan kita”balas Suhaimi lagi.
“Ohh…kau orang asyik mengumpat akulah ya.Kau tahulah perangai Taufik tu,perahsia tak bertempat.Ini siap tinggal nota ringkas kat aku.Dia perli aku ke?”aku cuba dapatkan reaksi Suhaimi.
“Itulah aku cakap dari awal dulu,dia suka kat engkau.Tapi kau tu yang degil.Kononnya aku saja nak lagakan kau.Aku rasa dia memang ikhlas sayangkan kau.Kau terima sajalah.Bukankah kita telah lama kenal dan berkawan?Aku tak nampak pun kekurangan yang ada pada Taufik,jangan tolak tuah Ummi”pujuk Suhaimi.
“Aku kan dah cakap dulu,selagi aku tak bergelar peguam aku tidak akan bercinta monyet.Buang masa”
“Tapi kau juga sayangkan Taufik kan ,Cuma kau tak nak mengaku saja”Suhaimi seperti menduga perasaanku.
“O.K.lah aku ada kuliah selepas ni.Kalau ada apa-apa aku hubungi kau semula”aku menamatkan panggilan sebaik saja Yanti temanku yang berasal dari Indonesia itu mencuit bahu.
“Telefon boyfriend ke sampai tak perasaan aku ada kat belakang?Ooo..rupa-rupanya kekasih hati pun ada kat sini.Siapa orangnya?Aku teringin nak tenguk .Sesuai tak bergandingan dengan orang secantik puteri ni?”usik Yanti sambil tersengeh.
“Mana ada,orang macam kita siapalah yang nak.Opps..sorry ya,sekarang masa untuk aku buktikan kemampuanku .Aku ingin berbakti untuk keluargaku.Ijazah yang bakal ku genggam nanti adalah hadiah istimewa untuk kedua orang tuaku.Malah aku ingin menjadi contoh kepada adik-adikku.Biar mereka berbangga dengan kejayaanku.So,cinta-cinta ni tak mainlah..”
Tiba-tiba bunyi hon kereta di sebelahku mengejutkan aku.Aku beristighfar berulang kali.Aku mengelamun panjang rupanya.Nyaris melanggar budak yang mahu melintas jalan.Bila ku pandang sebelah kiri-kanan banyak mata memandangku.Mujur bunyi hon kereta yang kuat itu menyedarkan aku.Kulihat jam di tangan,11.30 pagi.Ku pandang semua resume di atas kusyen kereta,sedikit berselerak.Cepat-cepat aku mengemas kembali.Susunan mesti betul.Baru kerja berjalan lancar.
Bila aku tiba di rumah,aku nampak seperti ada tetamu yang datang.Aku nampak sedulang air beserta pinggan kuih.Aku bergegas ke dapur sambil mengangkat dulang minuman tadi.
“Siapa yang datang mak?”
“Imam muda.”jawab mak dengan senyuman penuh bermakna.
“Imam muda,siapa?”
Ulangku semula.
“Imam yang baru bertugas di daerah kita.Kan malam tu semasa memperkenalkan diri abah ada cakap dia tertarik dengan perwatakan pemuda tersebut.”
“Ya,abah tertarik kerana walaupun baru setahun jagung usianya,tapi orangnya sangat matang.Penuh wawasan,merendah diri,berwibawa dan nampak sempurna sangat.Dia juga berpandangan jauh.Katanya dia baru lagi di tempat kita.Jadi kita mesti memberikan kerjasama yang padu agar setiap majlis agama dan muzakarah yang akan di lakukan di kariah kita akan berjaya.Kita patut berbangga bila pemuda zaman ini begitu Islamik pemikirannya.Sekurang-kuranngnya idea dan tenaga orang muda sepertinya mampu mengajak generasi muda sedar dan insaf.”panjang sekali penerangan abah sehingga turut tersenyum lebar.
‘”Mak,abah.Ummi ada berita gembira untuk semua”
“Apa berita gembira tu,mak tak sabar nak dengar”
“Minggu depan Ummi akan mula bertugas sebagai peguam di Kuala Lumpur ”
“Syukur Alhamdulillah,moga Allah menberkati kehidupan Ummi.Memang itu cita-cita Ummi sejak kecil.Tercapai juga akhirnya”abah menadah tangan sambil melirik senyum kepada mak yang kunampak ceria.Aku amat bahagia kerana itulah permulaan untuk aku membuktikan bahawa aku benar-benar berusaha dalam kehidupanku.
Aku menerima kenyataan setiap manusia ada hasrat tersendiri.Semua teman perjuangan kami berjaya mengenggam harapan masing-masing.Suhaimi memaklumkan kepadaku bahawa sudah tiba masanya kami berdikari.Membalas jasa keluarga.Cuma Taufik Hidayat yang masih belum kami tahu ke manakah destinasinya.
Setelah setahun aku berjuang di bandar besar ini,abah dan emak mula mendesakku untuk mendirikan rumah tangga.Baru tiga bulan yang lepas aku menhadiri majlis perkahwinan Nuraini.Sekarang Nuraini sudah hamil.Suhaimi sudah pun ada tunang.Aku?Masih sendirian menongkah arus.namun aku rasa selesa begini.Desakan mak membuatkan aku berfikir.Bukankah aku masih mencari Taufik Hidayat?Sengaja dia menguji diriku.Mungkinkah dia tidak mahu percaya aku juga sepertinya!
Kejayaan sudah berada di depan mata,mengapa dia masih merahsiakan destinasinya?Sejak pulang dari belajar,dia menjauhkan khabar beritanya.Kami semua tertanya-tanya ke manakah dia menghilang.Nuraini dan Suhaimi menuduh aku sengaja menyakiti Taufik .Mereka menyalahkan aku kerana aku menolak mentah-mentah cinta Taufik.
Aku benci pada sikap perahsianya.Egois.Memandang rendah pada keupayaanku.Malah menganggap cita-citaku untuk menjadi seorang peguam hanya mimpi di siang hari.Berat hinaan itu.Kukira dia cemburu kejayaanku!Sebab itu bila aku tidak membalas nota yang di kirimkannya lewat musim kampus dulu,dia mula menjauhkan diri dariku.Aku wanita yang tidak suka di hina.Aku mahu setiap kaum wanita yang menjadi benih keturunan manusia sejagat di hargai,di nilai dan di angkat mertabat semulia Siti Khadijah.Sekuat jiwa Rabiatul Adawiyah saat di uji musuh,sesuci Fatimah puteri kesayangan Rasulullah.Aku mahu taraf kemuliaan seorang wanita 1oo%di banggakan oleh semua kaum Adam.
Kringgg….kring…. bunyi nyaring telefun ini membuatkan aku cepat terhenti dari lamunan.Seperti selalu,emak memaksa aku memikirkan tentang jodoh.Kali ini emak berharap aku akan menerima lamaran dari seseorang yang emak dan abah kenal.Tapi siapakah orangnya?
“Emak rasa Ummi akan setuju kalau emak cakap siapa orangnya”emak masih memujuk.
“Ummi belum bersedia lagi,Ummi rasa biarlah jodoh itu datang sendiri.Cinta bukannya boleh di paksa-paksa”aku berusaha memujuk emak.
“Tapi sampai bila Ummi nak hidup sendiri?Kalau dah bersuami sakit-pening,susah senang ada orang temankan.Lagi pun tak guna wang ringgit banyak kalau diri kita tak ada teman hidup.Emak risaukan Ummi”terharu jua aku dengan kalimah akhir emak.
“Nantilah Ummi fikirkan,Ummi perlukan masa…”akhirnya aku cuba untuk membuatkan emak tenang.
“Ummi tahu kan ,pilihan emak dan abah ni tak akan silap .Dah tigakali keluarganya datang merisik.Mereka Cuma tunggu jawapan Ummi saja.”kukuh juga alas an emak .
“Tenguklah nanti kalau ada masa Ummi balik.Tapi hati Ummi belum terbuka untuk berkahwin lagi”
“Jangan macam tu Ummi,hidup kita ni ibarat air laut.Ada pasang surutnya.Usia kau pun memang layak untuk berkahwin.Jangan sampai jadi umpatan orang pulak”
Aku tidak peduli dengan umpatan orang.Zaman sekarang wanita sudah berkerjaya.Berpandangan jauh.Melangkah maju seiring kaum Adam.Kehidupan satu evolusi yang selalu berubah.Kita berubah menuju kejayaan.Proses yang aku tempuhi semasa aku belajar merupakan satu evolusi yang menuntut banyak pengorbanan.Aku mengorbankan masa dan tenaga.Aku melupakan cinta demi sebuah cita-cita.Apa yang penting aku mahu buktikan kepada seorang lelaki bernama Taufik Hidayat aku sememangnya bercita-cita tinggi.
Aku akan menebus kembali penderitaan kaum Hawa yang sering di tindas.Di aniaya suami .Di dera tanpa kasih sayang.Aku mahu kaum wanita mempunyai minda kelas pertama di dunia global ini.Aku sudah berjaya dalam perjalananku,walau aku tewas mencarimu Taufik Hidayat.Jika aku bertemu empat mata denganmu aku akan katakan inilah tikanya cinta dan kasihku untukmu akan bersemi.Sengaja aku menduga kesetiaanmu!
Aku masih menyimpan nota ini:
Seandainya kita di ciptakan untuk menjadi satu,pasti satu ketika kita akan bersatu.Namun seandainya kita di cipta untuk tidak bersatu ,walau dekat selalu ,kau takkan jadi kepunyaanku!Kata pujangga cinta letaknya di hati,meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali.Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus mengendalikan tindakan kita sehingga kadang-kala kita melakukan hal bodoh tanpa kita sedari.!
Wajarkah kebahagiaan yang pernah kita lalui bersama dulu kita lupakan begitu saja?Sedangkan jutaaan memori indah bermukim di nubariku.Wajarkah kita gadaikan kasih kita bila kita terlalu egois mempertahankan prinsip hidup kita?Wajarkah kita sama-sama menderita begini ?Atau mungkin kau berpura-pura menghilangkan diri semata-mata ingin menguji kesabaranku?Hikporitkah dirimu?
Apa pun alasanmu aku tidak ingin membalas dendam.Taufik Hidayat…Jangan kau ulang kesilapan dulu.Semua kelukaan yang terpalit di hatiku sudah ku lontarkan jauh-jauh ke dasar yang tidak mungkin engkau temui.Aku benar-benar menghormati keputusanmu.Ingin merahsiakan semuanya dariku.!
Aku memandu laju kereta di lebuh raya ini untuk pulang ke kampung.Lagu-lagu puitis menemani perjalananku.Aku tahu emak dan abah menungguku dengan penuh harapan.Sarat dengan impian.Mereka mahu aku menerima pinangan dari orang yang sangat mereka kenali.Walau pun aku sudah puas memberi beribu alas an desakan mereka membuatkan aku akur.Pilihan keluarga.Jauh di sudut hatiku,aku berdoa moga-moga Taufik Hidayat mendapat kebahagiaan.
Malam ini rumahku sungguh berbeza .Sanak saudara tidak henti –henti mengusikku.Akhirnya aku setuju juga menerima lamaran istimewa yang teramat rahsia kerana aku sendiri tidak tahu siapakah lelaki yang emak dan abah pilih untukku.Kononnya amat secucuk denganku!
Aku sudah letih untuk memberi alas an.Aku sudah penat berlari dengan masa mengejar bayangmu Taufik.Kali ini biarlah aku tewas dan kalah pada takdir.Aku menganggap jodohku sudah tiba.Cinta akan datang sendiri bila tiba saatnya.Kupadamkan memori indah bersamamu bila sebentar lagi aku akan menjadi tunangan orang.
Aku sungguh berdebar bila rombongan pihak lelaki sudah tiba.Semuanya berjalan lancar.Bila Syahirah berbisik bakal abang iparnya sedang menuju ke bilik untuk menyarungkan cincin pertunangan aku rasa jantungku bergetar kencang.Aku terpaku saat memandang ke pintu .Taufik Hidayat tersenyum megah sambil menyarungkan sebentuk cincin berbentuk hati di jari manisku.
“Engkau permata indah yang selama ini bersinar di hatiku.Hari ini aku ingin membuktikan aku lelaki sejati menyuntingmu buat menemani kehidupanku.Engkau permaisuri cinta pertama dan terakhirku,Ummi Sofea”ayat keramat itu menamatkan semua persoalanku selama ini,menoktahkan kerinduan yang tidak pernah hilang dari ingatan.Cinta kasihku tidak pernah surut untuk mu.Memori indah kekal di jiwa.Kalimah sakti berbisik tak mampu bersuara lagi.
Taufik Hidayat,engkaulah Imam muda yang menjadi sebutan.Patutlah emak dan abah memaksa aku menerima lamaran kali ketiga ini.Cinta yang ujud dalam sebuah kehidupan sangat agung.”Maafkan aku Ummi Sofea.Aku tidak bermaksud menyakiti atau menghinamu dulu.Aku ingin kita sama-sama berjaya dan bahagia”
Aku memaafkanmu,cintaku mengalir dalam dirimu.Aku tersenyum malu walau mula menyedari betapa setianya dirimu terhadapku.Cintamu berupaya mengubah diriku,duniaku dan aku menerimamu seadanya kerana kita di takdirkan bersatu jua akhirnya………………..
Sekian,terimakasih.
Karya:Aziah daud.
P.Langkawi,Kedah.8April 08.
No comments:
Post a Comment