Wednesday, May 4, 2011

BILA SAKURA BERKEMBANG..



Bila Sakura Berkembang

Istimewa untuk tunangku Nisa,
Abang harap Nisa sekeluarga sentiasa di dalam peliharaan Allah Subhanallah.Abang di sini memanjatkan rasa syukur kerana walaupun sibuk dengan kuliah ,abang masih kuat untuk menempuh hidup di negeri orang.Beberapa minggu kebelakangan ini abang sangat sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi.
 Apakhabar sayangku  Nisa?
Abang doakan agar kita akan mendapat apa yang kita harapkan.Abang sangat merinduimu.walaupun jarak waktu amat jauh memisahkan kita namun ingatan abang tidak perah  padam padamu.sungguh abang amat rindu sekali pada Nisa.Ketika abang susuri jalan untuk ke kampus bunga sakura berkembangan indah.musim bunga  sudah bermula.sakura pun berkembang lagi.nampak segar dan berseri.Mengingatkan kembali  semua nostalgia semasa kita  sama-sama mengharungi suka duka menimba ilmu di negara matahari terbit ini.
Abang masih ingat ketika kita memetik sakura yang berguguran jatuh ke bumi.abang selitkan ke rambutmu  kerana abang masih  tercium wanginya bau bunga melur di laman rumah abang.Emak menjaganya  setiap hari.Emak sangat sayang pokok bunga melur sehingga abang di larang mendekati pokok itu.emah bimbang abang akan merosakkan nya.di sini negara matahari terbit ini bunga sakura menjadi bunga  kesayangan rakyat Jepun.sakura terus memutih dan menjadi satu pemandangan indah.
Abang berharap kasih kita seputih sakura dan sesuci sakura.masihkah Nisa ingat kata-kata puitis ini;
Sakura,sakura di gunung,di kampung sejauh mana mata memandangnya.
Ia kelihatan seperti kabus atau awan
Ia adalah wangian di matahari sianghari
Sakura,sakura kembang mekar.
Abang berasa bahagia sekali kerana kita bakal bersatu nanti,abang juga tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke tanahair tercinta.abang rindukan renungan matamu yang manja,abang rindukan semuanya yang telah lama abang tinggalkan.abang berjanji bila kita bersama nanti abang akan membahagiakan Nisa.Abang harap semua harapan ini akan menjadi kenyataan.sebelum Nisa memejamkan mata biarlah abang bisikkan lagi di telingamu bahawa abang sangat menyayangimu.sungguh!
Akhir sekali abang doakan kesejahteraan keluarga kita.jaga diri baik-baik.Sampaikan salam sayang untuk semua .Jumpa lagi,sayangku Nisa.
Tunangmu.Zahid.

Berulangkali aku membaca surat Zahid.Walaupun tunangku jauh  di negara matahari terbit namun aku rasa seolah-olah Zahid ada di sisiku.Melihat apa yang kulakukan.Dulu aku sama-sama belajar dengan nya di Jepun.Zahid meneruskan pengajiannya .Aku sudah bekerja sebagai jurutera  di sebuah syarikat petroleum.Zahid sangat bangga denganku kerana baginya walaupun fizikalku nampak kecil tapi aku telah membuktikan keupayaanku sebagai seorang jurutera aku memang lasak dan mesti mempunyai  semangat yang tinggi dan mencabar seperti ini  adalah satu amanah berat yang mesti aku laksanakan sebaik mungkin.
Zahid,engkau tahu betapa aku  tidak sabar untuk bersamamu.kadang-kadang aku bermimpi sakura yang kita genggam dulu masih wangi putih dan berkembang kelopaknya.Adakalanya aku ingin terbang ke sisimu.Walaupun  enam bulan saja lagi kita akan di ijabkabulkan aku rasa enam bulan itu seperti enam tahun.Betapa aku menyusun harapan agar kasih ini cepat-cepat di meteraikan.Bersaksikan sanak saudara,teman-teman seperjuangan..kubayangkan alangkah indah pelamin yang akan kita duduk.Ditabur bunga rampai ,di renjis-renjis air mawar.seluruh sanak keluarga tersenyum megah meraikan kebahagiaan kita.
Aku masih mengenggam erat suratmu.Nostalgia lama mula mengusik diriku.Saat pertamakali kita bertemu.Aku sangat pemalu bila engkau menatap wajahku.Minggu suai kenal di universiti. Sejak aku jatuh cinta pandang pertama padamu aku tidak menoleh ke belakang lagi.setiaku hanya untukmu.Aku masih ingat bila pengajianku tamat di kampus UIAM.Ibuku beria-ia benar ingin menerima lamaran sepupuku yang baru saja pulang dari Rusia.Sangkanya aku masih keseorangan.Sepupuku  menamatkan pengajian di bidang kedoktoran dan mula bertugas di bandar,Mak ngah ingin menjodohkan aku dengan Abang Amir.
“Mak ,Abang Amir tu Nisa anggap macam abang sendiri.Tak pernahpun terlintas di hati Nisa untuk menjadi teman hidup.Mak mesti faham Abang Amir pun dari kecil lagi sama-sama membesar dengan Nisa.”aku berkeras tanpa menjelaskan bahawa sebenarnya aku sudah ada pilihan hati.
“Mak bukannya apa.Mak bimbang dengan Nisa.Dah setahun bekerja masih sorang   lagi.Abang Amir  tu pun masih mencari calon isteri,Mak ngah kau berhajat sangat nak jodohkan kau dan Amir.Nisa pun dah kenal hatibudi abang Amir tu,mak rasa tak ada masaalah nanti bila hidup bersama”luah mak penuh harapan.
Aku tahu sejak bapa meninggal dunia lima tahun dulu,Mak ngah dan Pak ngah banyak membantu kami.Semasa aku nak melangkah kaki ke Jepun dulu ,Abang Amirlah yang ke hulu ke hilir menguruskan semua urusan.Aku tidak pernah lupa jasa-jasa  Abang Amir padaku.Malah Abang Amir meniupkan semangat untuk aku terus berusaha sehingga aku berjaya ke tahap ini.Abang Amir juga tidak pernah lupa menghubungiku semasa aku sedang menghabiskan pengajianku.
“Mak,biarlah Nisa berterus –terang.Nisa dah ada teman .Abang Amir pun pernah tenguk gambar Zahid.Kami berkawan sejak Nisa awal  masuk U dulu.”pengakuan ini membuatkan mak dan Mak ngah tersenyum memahami kehendak hatiku.Aku  menaruh harapan yang sangat tinggi  pada Zahid.
Sebelum aku berangkat ke Jepun aku dan Zahid bertunang .Meriah.Restu keluarga kedua belah pihak yang penting.Aku dan Zahid telah berjanji akan saling setia.Tali pertunangan ini mengukuhkan lagi hubungan kami.Tatkala ibu Zahid menyarungkan cincin pertunangan yang bertahta sebutir berlian  ibu Zahid sempat berpesan agar aku dapat menjaga kesucian cinta kami.Aku hanya mengangguk malu.Emak,Mak Ngah,Pak Ngah dan Abang Amir turut  tersenyum tumpang gembira di atas pertunanganku.Malah Abang Amir sempat mengusikku dengan mengatakan wajahku semakin cantik dan berseri-seri di hari pertunangan itu.Terimakasih emak kerana memahami diriku.Bila aku menjeling ke arah abang Amir  kunampak dia  cuba melarikan pandangan nya.
Alangkah indah wajah dunia bila cinta bersemi.Kulihat awan gemawan bergumpalan di dada langit.Dunia terus berputar  tanpa henti.Aku meniti waktu dengan pantas.Kini hanya tinggal sebulan saja lagi tarikh perkahwinanku dengan Zahid.Aku merancang untuk memastikan segala perkahwinan  berjalan lancar tapi aku hairan mengapa Zahid tidak  semesra dulu lagi menghubungiku.Sibuk sangatkah?Bukankah peperiksaan akhir sudah tamat seminggu yang lalu.Kalau aku tidak silap dalam perbualan  telefon minggu lepas Zahid ada memberitahu tentang pengajiannya.Walaupun aku merasa hampa dan terkilan kerana  Zahid tidak sedikitpun menyebut tentang persiapan perkahwinan kami tapi  aku pura-pura tenang.Aku membuat andaian mungkin  Zahid sibok kerana berkemas untuk pulang ke tanahair,mungkin juga  Zahid  sedang  merancang untuk memberi aku kejutan.Walau berapa banyakpun persoalan yang timbul di benakku aku tetap menaruh harapan.Biarlah apa yang kuimpikan akan menjadi kennyataan.
Ketika aku sedang melayan perasaan tiba-tiba telefun bimbitku berdering.Aku terus mencapainya kerana dari nada deringan aku faham itu panggilan dari Abang Amir.Mungkin ada hal penting kalau tidak masakan Abang Amir menghubungiku ketika ini.
“Assalamualaikum,Abang harap tak ganggu Nisa”lembut suara Abang Amir.Memang sejak dulu lagi Abang Amir sangat bersikap seperti seorang lelaki yang menjadi kebanggaan ramai wanita.
“Waalaikumsalam,ada apa Abang call Nisa ni?Nak belanja makan ke atau nak ajak Nisa shopping?Laju pertanyaanku.
“Abang nak ajak Nisa keluar,boleh ke?”
“Pukul berapa ?Abang mesti jemput Nisa sebab  mak tak ada.Mak ke majlis kahwin.Nisa malaslah nak  pandu kereta.Lagipun Abang yang nak Nisa keluar.jadi  Abanglah kena datang jemput”gurauku manja.Aku tahu selama ini Abang Amir hanya akan ikut saja rentakku tanpa banyak soal.Sebab tu lah Mak Ngah selalu cakap Abang Amir banyak manjakan aku dari sepupu ku yang lain.
“Abang  datang setengah jam lagi,tapi Nisa  mesti  siap sebelum  Abang  sampai.Nisa jangan buat macam dulu lagi.Abang malas nak tunggu Nisa bersolek lama-lama.Tak cantikpun  berdandan  tebal-tebal tau”usikan  Abang amir membuatkan aku  tersengih  sendirian.
“Abang nak bawa Nisa ke mana ni?
“Ikut sajalah,Nisa jangan bimbang.Sekejap lagi kita akan sampai.”
“Abang,Nisa nak tanya Abang satu soalan ,tapi Abang mesti jawab secara ikhlas dan jujur”aku ingin benar mengetahui siapakah gadis bertuah yang akan menjadi teman istimewa di hati Abang Amir.
“Berapa banyak soalan Abang kena jawab.Nisa saja kenakan Abang ni.O.K.lah  Abang dengar ni,tapi jangan tanya lagi lepas ni.Abang rasa Nisa nak perangkap Abang “
“Siapakah sebenarnya perempuan yang menjadi teman istimewa Abang.Dah lama Mak Ngah dan Pak Ngah asyik risik dengan Nisa.Tapi Nisa sendiri tiada jawaban.Mak Ngah teringin sangat nak tenguk Abang kahwin.Abang banyak simpan rahsia tapi sampai bila?”
“Ohh...rupanya soalan cepu emaslah ni.Abang tak nak jawab.Satu hari Nisa akan tahu 
 juga.Ehh...macamana dengan Zahid?Lama tak  kirim berita ,SMSpun tak?”akhirnya Abang Amir menukar topik perbualan.
“Abang ni lain Nisa tanya,lain pulak jawab.Asyik-asyik Nisa yang kena.Tak adillah macam ni”
Sejak dulu lagi Abang Amir akan mengelak bila aku atau Mak Ngah cuba untuk mengetahui siapakah gadis idamannya.Mustahil selama empat tahun berada di luar negara Abang Amir tidak pernah jatuh cinta.Usia Abang Amir pun sudah menjangkau 3o tahun.Tidak mungkin lelaki sebaik abang Amir  tidak mempunyai kekasih.Abang Amir mempunyai segala-galanya mampu membuatkan gadis teruja untuk berdampingan dengannya.Wajah tampan,berbudi bahasa,kerjaya sebagai seorang doktor dan sangat menghormati orang lain.Aku sendiri kagum kerana Mak Ngah dan Pak Ngah sangat mementingkan didikan agama sejak dari kecil lagi.Abang Amir juga patuh dan taat pada hukum agama.Walaupun empat tahun Abang Amir belajar di luar negara namun Abang Amir tetap masih seperti dulu.
Aku merasa hairan mengapa Abang Amir sentiasa  mengelak bila Mak Ngah bertanyakan hal jodoh.Dulu semasa adik bongsu Abang Amir iaitu Qurratun Ain berkahwin dengan jejaka pilihan sendiri Abang Amir sedaya upaya mengelak dari di tanya bila lagi nak kahwin.Semasa majlis pertunanganku dengan Zahid aku nampak Abang Amir banyak bersendirian.Aku dapat meneka Abang Amir sangat perahsia orangnya.Tiada sesiapapun antara kami yang mengetahui apakah yang sedang bergolak di jiwanya.Apa yang tahu sejak kecil lagi Abang Amir sangat rapat dengan aku.Kadang-kadang aku rasa sangat rindu pada senyum tawanya bila saat aku berjauhan darinya.Pertalian darah antara kami membuatkan kami begitu serasi dan sependapat dalam banyak perkara.
Mak Ngah dan Pak Ngah pun saling berharap agar aku dan Abang Amir akan memanjangkan tali persaudaraan kami dengan ijab kabul yang sah mengikut syariat agama.Sayang aku pada Abang Amir adalah kasih sepanjat hayat.Kasih adik dan abang.Abang Amir sendiri tahu aku dan Zahid saling mencintai.Cinta dua insan umpama Laila dan Majnun.Seperti Adam dan Hawa.Kasih sepasang insan.Bersemi dan berkembang tanpa halangan.Aku merasa sangat bahagia saat Zahid meluahkan lafaz cintanya padaku dulu.Sakurapun berkembang lagi.Dingin salji negara matahari terbit itu membuatkan Zahid menggengam erat tanganku.Janji-janji manis kami berpadu dan kulihat langit membiru.Bulan seakan tersenyum malu-malu menandakan cinta kami  bersatu.
Begitulah jua di dalam jiwaku sering berharap agar Abang Amir tahu betapa manisnya saat kita di lamun cinta.Penuh fantasi.Penuh ilusi.Asyik.Indahnya dunia yang kita miliki.Aku  merasai suka duka bila berjauhan dari tunangku.Namun aku sudah berjanji akan harungi apa jua rintangan demi kasihku yang suci.Aku ingin melangkah ke alam pekahwinan kami dengan rasa bahagia di jiwa.Banyak sungguh impianku sehingga aku sering bermimpi aku dan Zahid  hidup berdua tanpa duka.Tapi kenapa Abang Amir masih mahu hidup bersendirian?Tidak teringinkah mempunyai zuriat?
Sebulan lagi aku akan bergelar seorang isteri.Aku pun sudah sibuk membuat serba sedikit persiapan untuk memastikan majlis perkahwinanku nanti berjalan lancar.Aku mula mencari semua alamat teman baikku semasa di kampus dulu.Aku mahu mereka merasai kebahagiaanku.Banyak juga teman baikku telah berkahwin dan mempunyai anak.Aku dan Zahid lambat sedikit kerana kami meneruskan pengajian ke luar negara.Walaupun begitu aku bangga kerana dari cinta kampus tidak lama akan menjadi kenyataan.Emak sibuk menghubungi teman lamanya.Ada juga yang berhajat untuk membuat gubahan hantaran dan bunga telur untuk majlis perkahwinanku nanti.Aku faham emak memang ramai kenalan dan semuanya berhajat untuk membantu emak.Kukira emak sanggup bersengkang mata asalkan majlis perkahwinan berjalan lancarAku pun merasa penat bila memikirkan betapa sukarnya untuk memastikan segala persiapan beres.
Kemuncak persandingan aku dan Zahid sungguh meriah.Semua kaum kerabat hadir.Tapi aku sedih kerana hasrat Pak Ngah  dan Mak Ngah untuk melihat Abang Amir berkahwin dulu sebelum aku  tidak menjadi kenyataan.Abang Amir kulihat seperti  cuba menyembunyikan sesuatu dariku bila aku mengusiknya dengan hal kahwin.
“Selamat Pengantin Baru.Moga bahagia sehingga akhir hayat”Itulah ucapan yang bertalu-talu dari semua  yang datang.Suamiku Zahid tersenyum sambil bersalaman mesra.Aku menyimpul sejuta angan-angan.
“Nisa,abang harap hidup akan selalu bahagia.Abang doakan Nisa akan menjaga keharmonian rumahtangga dan jadilah isteri yang baik.”demikian lirih ucapan dari  Abang Amir pada aku.Nada pesanannya amat berbeza seperti ada yang menganggu fikirannya,selalunya dia sangat suka menyakat aku.Tapi hari ini sungguh asing kurasakan.
“Terimakasih,Abang bila lagi?”Aku cuba membuat dia senyum kerana aku tahu selama ini  gurau sendaku banyak membuatkan dia ketawa.Hari ini nampak berbeza sungguh.





KISAH SILAM

Itu kisah 20tahun dulu.Hari ini aku bukan siapa-siapa lagi pada Zahid.Aku dihalau keluar dari banglo mewah kami tanpa simpati lagi.Anak kami yang paling kecil berusia  setahun asyik menangis.Airmataku tumpah kerana telah 20 tahun aku dan Zahid berkongsi hidup tiba-tiba suamiku yang paling aku sayang sanggup menduakan kasihku.Zahid curang dan lupa janji-janji manisnya dulu.Anakku yang sulung nampak bagaimana mesranya Zahid dengan gadis muda itu.Hakimi sudah berusia 19 tahun dan menuntut di Universiti.Hakimi sudah banyak kali memberitahu aku tentang perangai ayahnya.Mulanya aku cuba merahsiakan dari anak-anakku namun mereka sudah dewasa.Mereka sudah faham situasiku.
Berat bagiku untuk menceritakan kisah pahit ini.Sakit untukku menyimpan semua kenangan manis yang pernah kami lalui dulu.Masih kuingat bulan madu kami di kota Paris dulu.Kota cinta yang mahsyur.Tempat bulan madu yang di gemari ramai.Kononnya kota Paris tempat orang berkasih sayang dan melafazkan kata cinta.Romantis dan asyik.Aku dan Zahid tidak terkecuali menikmati momen indah di sini,mengukir seribu mimpi.Ingin hidup bersama hingga saat akhir nanti.Biar kota Paris ini menjadi saksi bahawa aku dan Zahid memang pernah berjanji suka duka akan kami kongsi  hingga ke hujung nyawa.Aku berikrar sepenuh hati,seputih sakura yang engkau beri ketika kita menuntut di Jepun dulu.
Setelah bersama 15 tahun berkongsi bantal aku mula merasa perubahanmu.Sikapmu kian berubah.Zahid,apakah salahku padamu sehingga engkau sanggup melukai hatiku.Anak kita sudah tiga orang ketika itu.Aku masih ingat peristiwa malam Ramadhan  itu.
“Abang,sampai bila abang nak hidup macam ni.Solatpun jarang-jarang sekali abang buat.Puasapun abang lakukan sesuka hati,duit syarikat abang gunakan tanpa  hemah.Nisa pun risau tenguk gaya hidup abang.Banyak sangat berubah”belum habis aku bercakap satu penampar singgah di pipiku.
“Engkau jangan cuba nak mengajar aku,Apa yang aku buat itu hal peribadiku.Apa selama    ini segala yang ada tak cukup lagi ke?keras sekali ucapan Zahid.
“Nisa bukan apa,dah banyak  duit syarikat abang keluarkan tanpa tujuan perniagaan.Abang ingat senang ke nak dapat duit sebanyak abang   gunakan tu.Kawan-kawan abang tu hanya nak pergunakan abang saja tau”bentakku keras.
“Engkau jangan nak masuk campur tentang siapa aku berkawan.Itu urusanku”
“Tapi saya kesal sebab abang habiskan duit tanpa faedah. Saya bertungkus lumus memastikan perniagaan kita  kekal maju ,abang pula senang-senang  buang duit dengan kawan –kawan yang tak tentu arah.”luahanku itu rupa-rupanya menyebabkan puncak kemarahannya  membuatkan malam itu juga  Zahid menceraikan aku dengan talak satu.Bergegar tiang Arash yang dimuliakan.Bagi orang seperti Zahid semua itu tidak berbekas lansung.Selama inipun hanya aku dan anak-anak yang tidak pernah lupa suruhan agama sedangkan Zahid telah lama hanyut.
Zahid lebih senang membuang masa bersama kawan-kawan yang serupa dengannya,lupa tanggungjawab seorang suami dan gagal menjadi seorang ayah yang baik.Puas aku memberi nasihat tapi apa yang aku dapat hanya penampar.Aku tetap bersabar dengan anak-anak sedang meningkat remaja.Aku tidak mahu anak-anak terganggu dengan masaalah rumahtanggaku
Perpisahan pertama ini memberi aku peluang untuk aku menggandakan usahaku dalam perniagaan kami.Oleh kerana anak dan permintaan keluarga akhinya aku kembali rujuk dengan Zahid tidak lama selepas itu.Aku menyangka mungkin perceraian kami akan membuatkan dia insaf dan bertaubat,rayuannya aku terima untuk  bersama kembali.Aku berharap dia akan berubah menjadi suami dan ayah yang jauh lebih baik dari dulu.Aku buka pintu hatiku untuk kali kedua kerana mentua aku berharap sangat agar aku dapat memaafkan semua kesilapan suamiku dulu.
“Maafkan abang Nisa.Abang harap Nisa dapat terima abang kembali.Abang janji  abang akan ubah sikap abang yang buruk dulu.Anak-anak kita perlukan kasi h sayang kita”akhirnya ku berikan kemaafan dan peluang dengan doa dan harapan moga-moga sujudku di sepertiga malam akan membuahkan hasil.Aku memohon Allah menggantikan sesuatu yang terbaik bagiku dan kehidupan seisi rumah.Tambahan pula aku terkenang betapa baiknya mentuaku walaupun aku hanya seorang menantu tapi selalu dilayan seperti anak  sendiri.Aku sangat bertuah kerana mentuaku sanggup bersusah payah bersamaku.Mereka tidak pernah menyebelahi Zahid.Mereka tetap membela nasibku.Aku merasa terhutang budi kepada mentuaku sebab itu menerima semula Zahid untuk kali kedua ini.Walaupun perasaanku masih keliru namun demi anak-anak aku cuba membina semula keyakinanku.
Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan kami.Banyak kerugian yang di tanggung kerana Zahid  menggunakan wang dengan berpoya-poya .Kawan-kawan yang selama ini menghimpit dirinya telah hilang satu persatu.Aku juga mendapat bantuan dan sokongan dari mentuaku.Mereka sangat memahami masaalahku.Tapi sayang seribu kali sayang peluang yang kuberikan ini hanya bertahan sekejap saja.Ketika aku sedang sarat mengandung anak ke empatku ini aku menerima satu berita yang tidak pernah kuduga.
“Saya Puan Sakinah isteri baru  Encik Zahid.Saya harap Puan tidak terkejut dengan berita ini.Saya sudah fikir masak-masak jadi saya harap pengakuan ini akan melegakan perasaan saya”demikian panggilan  yang kuterima pada petang itu.
Aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat membalas ungkapan Sakinah.Mungkin aku sedang menanggung penderitaan yang hebat.Tak terjangkau oleh akalku  bahawa Zahid sanggup mengulangi semula perbuatan lamanya.
“Emak,saya dah buat keputusan.Saya tak sanggup hidup bermadu.Saya berusaha keras untuk kebahagiaan kami ,tak sangka Abang Zahid tega melakukan begini”
“Kami tak dapat nak paksa Nisa.Jika itulah jalan yang Nisa pilih mak dan ayah terima.Zahid memang tidak berhati perut.”ujar mertuaku bila ku beritahu Zahid telah menceraikan aku dengan talak tiga.
Putuslah hubungan kami sebagai suami isteri.Talak tiga sekali gus dilafazkan menanadakan aku dan dia tidak mungkin bersama kembali.Aku tidak lagi merasa merana sebaliknya aku rasakan beban berat yang kutanggung terlepas dari bahuku.Hanya lima tahun kami hidup bersama selepas penpisahan itu,kini kembali menjadi ibu tunggal.
Emak,Mak Ngah dan Pak Ngahlah yang banyak menyokong keputusanku.Anak-anakku seramai empat orang turut menyedarkan aku betapa  aku masih ada harapan untuk bangkit semula.Sia-sia saja aku membina harapan mudah sungguh Zahid meruntuhkan.Aku tidak selamanya bersedih sebaliknya aku redha dengan suratan takdir.
Banglo tersergam indah di hadapanku adalah hasil usaha kami.Di dalamnya tersimpan seribu memori.Suka dan duka.Kutinggalkan banglo mewah ini pada anakku yang sulung.Tidak lama lagi anakku akan tamat pengajiannya.Aku tidak ingin tinggal di banglo ISTANA KASIH.Bagiku di sini kasih telah musnah.Hatiku hancur di tangan Zahid.Aku melangkah dengan  beg pakaian dan dokumen penting saja.Semuanya kutinggalkan .Tiada lagi  aku berharap untuk kebahagiaan dalam banglo ini.Kadang-kadang aku berfikir betapa sukar untuk aku membina rumah itu tetapi aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Sakit aku diperlakukan sekejam ini.
“Mak rasa  minggu ni kita lapang kan,jadi Mak Ngah dan Pak Ngah berhajat untuk mengadakan kenduri arwah nenek.Nisa beritahu anak-anak yang kita akan balik ke kampung.Kesian dekat Mak Ngah nanti semua nak uruskan sendiri.”mak takut aku lupa pesanan Mak Ngah.
“Abang Amir tu bila nak balik ke Malaysia mak?Sejak Nisa kahwin hingga sekarang tak ada lansung nak berhubung dengan Nisa.Entah-entah dah ada anak sepuluh”
“Sejak Nisa kahwin Amir terus berlepas semula ke Rusia.Doktor bedah,mana ada masa nak fikirkan masaalah kecil macam  kita.Nisa bukannya tak tahu Amir sangat sibuk sehingga Mak Ngah dah putus asa dah nak timang cucu”luah mak
Semasa aku sedang sibok mengemaskan bilik tiba-tiba  dairi di atas almari terjatuh di atas pangkuanku.Secara tidak sengaja aku ternampak tulisan berdakwat merah tertera sebuah nota.Aku menjadi sangat  teruja untuk menyelak  helaian dairi bila kuternampak namaku terukir di sisi lembaran.Aku merasa sungguh terkejut kerana Abang Amir meluahkan rasa kasihnya padaku dalam sebuah dairi.Baru aku teringat rupanya dairi itu adalah hadiah dariku untuk Abang Amir sempena ulangtahun harilahirnya yang kedua puluh lima tahun dulu.Masih kemas dan rapi.Tapi sayang kerana nota itu mengabdikan harapan dan cintanya  untukku.Dalam diam Abang Amir sebenarnya mengharap aku sudi menjadi miliknya.Namun bila aku sering menyebut nama Zahid di depannya dan mengakui pula aku sangat sayang pada zahid maka Abang Amir hanya berdiam diri.Ku hayati bait-bait puisi indah itu berulang kali.



Bulan bersinar terang
Bunga berkembang mekar
Seperti diriku
Menyimpan seribu hasrat di laman nurani
Biar kuntum kasihku
Bersemi memagar jiwamu Nisa
Sekuntum mawar yang sering kuhadiahkan untukmu
Adalah wangian  yang tidak pernah hilang
Menemani saat kerinduan datang
Menggoda sukma

Engkau bidadari ku
Bunga berkembang mekar
Harum sepanjang musim-musimku
Selaluku bermimpikanmu di malam hening
Sayang,akan kusimpan kasih ini
Hingga ke hujung nyawa..............!

Aku bukan lagi bermimpi.Kuulang semula menghayati bait-bait puitis ini.Nostalgia yang kutinggalkan 20 tahun menerpa ke dalam diriku.Patutlah selama ini Abang Zahid selalu benar berahsia dariku.Patutlah dari awal aku bertunang lagi Abang Amir cuba mengelak dari bermesra denganku.Otakku berpusing ligat teringat semua yang kami lalui dulu.Bersama  turun ke sawah sehingga Mak Ngah memarahi Abang Amir kerana membiarkan aku menjerit,menangis bila Abang Amir pura-pura tidak mahu  membuang lintah yang melekat di betisku.Semua tertayang jelas di mindaku  kini.Rupanya  dia menyayangku lebih dari  seorang sepupu.Bila Mak Ngah meluahkan hasrat untuk melamarku Abang Amir pura-pura membisu.
Aku  menganggap semua ini  hanya kebetulan belaka.Pujangga ada mengatakan bahawa cinta lebih berharga dari emas dan permata.Cinta sangat bernilai sehingga ia mampu mengubah pendirian seseorang malah cinta boleh membuatkan yang celik matanya menjadi buta kerana terlalu taksub pada cinta.Tapi bagiku cinta membawa kekuatan dan kebahagiaan bila kasih sayang itu sering dibaja dengan tulus dan ikhlas.Cinta mengalir dalam jiwaku tanpa noktah!Cinta maha agung kupersembahkan sesuci  cinta seorang hamba kepada pencipta Nya.Namun sukar untukku tafsirkan cinta yang Abang Amir sembunyikan dariku sejak kami kecil lagi.
Aku menjadi sangat obses bila berulangkali kuhayati puisi  rahsia ini.Patutlah selama ini Abang Amir hanya pandai berkias bila soalan cinta terjerat padanya.Aku mengelamun sendirian.Suaraku tersekat dari berkata-kata bila mendengar dari kejauahan Mak Ngah memanggil-manggil namaku.
“Abang Amir kau sudah sampai Nisa,Cepatlah turun ke bawah"laungan Mak Ngah membuatkan aku terkesima.Aku keliru,baru sekejap tadi aku mengetahui rahsia Abang Amir tiba-tiba Abang Amir sudah berada di sini.
“Nisa belum  habis lagi berkemas ,nanti Nisa turun”jawabku ringkas.
“Nisa biarkan dulu hal tu.Sekarang turun dulu.”pujuk Mak Ngah.Tak mampu lagi aku mencari helah.
Walaupun aku rasa keliru ,otakku berputar ligat cuba untuk tenang dan pura-pura buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.Akulah orang terakhir yang menyalami tangan Abang Amir namun aku orang yang menjadi paling pemalu bila Abang Amir sempat membisikkan aya t keramat itu.
“Abang pulang untuk mengembalikan kebahagiaan untukmu,Nisa.Senyumlah seperti dulu kerana itulah Nisa yang Abang kenal  sejak kecil hingga cintakasih Abang  tertumpah luruh di jiwamu”ucapan itu menamatkan harapan semua kaum kerabat kami yang berada di rumah Mak Ngah.
Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah sesuatu yang tidak kita rancang.Ikan di laut asam di darat akhirnya bertemu di dalam kuali.Aku dan Abang Amir telah di jodohkah Tuhan sejak azali lagi.Saat ku pandang di luar jendela.langit terbentang luas di temani bintang seribu.Mungkinkah bintangku bersinar terang selepas ini?
“Nisa,siang telah berjanji akan menemani malam.Bulan dan bintang berkongsi cahaya menerangi alam.Abang berjanji sehidup semati bersama Nisa bersama izin Allah”
Kalam suci kusambut dengan doa dan harapan moga  aku dan Abang Amir tidak berpisah lagi,Nur kasihmu menerangi jiwaku yang sekian lama merana.................
Sekian,terimakasih.

KARYA:AZIAH DAUD
P.LANGKAWI.8886.
E-MEL:aziah_daud88@yahoo.om.my

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA