DOA DUA JIWA.
Kulihat jarum jam di tanganku berulangkali.Tepat 3.15 petang.Aku masih dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Padang Matsirat.Aku akan menaiki pesawat ke KLIA.Minggu lepas aku berkursus di Singapura selama 4 hari.Esok aku akan berkursus di Putrajaya.Nampaknya sebulan dua ini aku begitu sibuk dengan kursus.Malah untuk memenuhi jemputan makan malam bersama rakan niagaku pun tidak sempat di tunaikan.Kukira waktu seakan mencemburui kehidupanku.Namun aku bersyukur kerana walau apa pun situasiku,aku tetap bersikap positif….
Dalam keadaan tergesa-gesa aku berjalan secepat mungkin.Tertera jadual penerbangan di hadapanku.Aku sempat menjeling ke skrin yang besar di sisi kananku.Tertayang jelas berita seorang lelaki sedang menunjukkan satu bungkusan plastic hitamdi dalam tempat pembuangan sampah.Alangkah terkejutnya aku bila berita jam 4 itu menayangkan objek yang ada dalam plastik hitam itu.Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya .Malangnya bayi yang putih bersih itu sudah kaku.Tidak bergerak.Sudah mati!
“Cik,sila berikan kad pengenalan”permintaan itu membuatkan pandangan ku terarah ke muka gadis manis berlesung pipit di depanku.
“Maaf,saya terleka tadi”ucapku sambil menghulurkan kad pengenalan.Kuhadiahkan jua sebuah senyuman kepadanya meskipun hati berbalut resah.Resah dengan berita serta gambar yang tertayang di depanku sebentar tadi.
Selesai semua pemeriksaan aku melangkah ke bilik menunggu.Penerbangan di jadualkan setengah jam lagi.Aku duduk di kerusi paling hujung.Sekurang-kurangnya aku ingin fikiranku tenang.Aku membuka majalah kesayanganku.Satu persatu kuselak.Namun fikiranku buntu.Aku kehilangan keinginan untuk membaca.Aku masih di buai emosi dengan kisah tadi.
“Mengapa bayi yang tidak berdosa itu di buang dengan begitu kejam?Bukankah ini satu pembunuhan?Kita hidup di zaman yang sudah maju.Semua kemudahan tersedia di depan mata.Bayi yang tiada berdosa itu berhak untuk hidup dan di beri kasihsayang,pendidkan dan perlindungan.Mengapa ada tangan yang sanggup membunuh nyawa yang tidak pernah berdosa itu dengan begitu kejam???”
Aku beremosi seorang diri.Dalam kekalutan aku berfikir isu ini tiba-tiba sepasang remaja menghampiri kerusi di sebelahku.Tanpa segan silu mereka berpelukan sambil menyanyi kecil di depanku.Aku dapat lihat betapa seksinya gadis muda ini.Berseluar jeans koyak di lutut,berbaju nipis sehingga menampakkan tubuh nya yang menggiurkan .Banyak mata memandang kea rah mereka.Si lelaki tanpa segan silu memaut bahu gadis muda ini.Aku memalingkan wajah kea rah lain.Aku malu melihat gadis semuda itu berasmara didepan khalayak ramai…gadis seagama denganku!
“Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.Walau sehebat mana pun kita,kita mesti ingat siapa diri kita.Asal-usul kita,adat budaya dan yang paling penting sekali pegangan agama kita.Maruah dan harga diri kita adalah satu kehormatan yang mesti di pertahankan sehingga akhir hayat”aku tetap ingat pesanan arwah Ustaz Rashidin .Sampai bila-bila tersemat kukuh di jiwaku.
Tapi bagaimanakah gadis semuda,secantik bidadari ini boleh menolak adat dan budaya melayu ?Sanggup berpakaian menjolok mata dan berpelokan dengan lelaki bangsa asing ?Pertuturannya jelas.Orang melayu beragama Islam.Sesekali aku menolak prasangka buruk namun kelakuan sumbang gadis ini amat menjijikkan aku.
Aku tiba di KLIA jam 5.oopetang.Syahirah sudah menungguku.Perjalanan sejam itu tidaklah memenatkan sangat.Cuma aku terbawa-bawa dengan peristiwa yang mengelirukan.Syahirah mengusung bagasiku ke kereta .Aku hanya membawa beg computer ribaku.
“Kita terus ke KLCC dulu.Nanti baru ke hotel.Dapatkan barang yang kau nak .Nanti bila habis kursus,kau tak perlu tergesa-gesa lagi”saranan Syahirah memang aku setuju.
“Pukul berapa mula kursus esok?”
“10.00pagi sampai 4 petang.Aku sibuk la sekarang.Tenguk ,nak ke spa pun tak sempat”aku menunjukkan wajahku yang kian berjerawat kepada sepupuku.
“Ala ,bakal jutawan macam tu lah..jom aku temankan kau ke spa malam ni.Kalau kau nak jadi jutawan kosmetik ,wajah kau mesti berseri.Bebas jerawat..cun melecun macam si Ifa Raziah tau.Baru pelanggan yakin dengan produk kau.”Syahirah mula meleteriku.
“Aku dah mula projek baru tau..minyak gamat…produk berasaskan gamat.Sambutan cukup memuaskan.”
“Alhamdulillah,nampaknya kalau aku habis belajar nanti aku nak balik duduk kat Langkawi..Jadi setiausaha kau”seloroh Syahirah sambil mencubit lenganku.
“Habis bila masa kau nak jadi peguam ?”
“Kau tunggulah…kau doakan kejayaanku.ini semester terakhir aku.Aku dah hampir dengan cita-citaku”
“Tapi aku sedih la sekarang ni..”balasku.
“Sedih sebab kau putus tunang ke?”
“Tak adalah.Perkara yang dah lepas,biarkan saja berlalu.”
“Habis tu apa yang kau risaukan lagi?”
“Tentang isu yang sedang melanda Negara kita,isu pembuangan bayi,penderaan orang gaji,keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita dan lain-lain lagi..Semuanya berpunca dari kita.”
“Wahhh,kalau macam ni kau boleh jadi peguamlah.Biar aku jadi usahawan kosmetik pulak.Kau dah kaya-raya ,cukup material semua.Sekarang masuk politik lah pulak.Sekurangnya kau ada unsure-unsur kepimpinan”
“Seriouslah sikit,aku baru saja tenguk berita pembuangan bayi tadi sebelum naik kapalterbang.Sedih tau..bayi yang cukup sifat di bunuh tanpa belas kasihan.Tiada perikemanusiaan.Naluri seorang ibu..haiwan pun sayangkan anaknya.Berusaha melindungi darah dagingnya dari di aniaya,ini seorang ibu membunuh bayinya sendiri”
“O.K.kau cakap isu ni,aku sebenarnya baru habis tugas.Pihak Universiti menugaskan kami menemubual mangsa penceraian dan kesannya terhadap masyarakat..Bagi mangsa ia satu tragedy ngeri.Mimpi buruk.Kehilangan orang yang di sayangi,pengkhianatan,kecurangan,kasihsayang yang telah hilang dari genggaman.Istana bahagia runtuh oleh campurtangan orang ketiga.Anak-anak jadi mangsa.Jika tiada pegangan yang kukuh,hidup jadi terumbang-ambing.Hilang kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.”
“Kesimpulannya kita mesti kembali kepada agama.Setiap orang mesti patuh dan taat kepada agama.”
Sesuatu yang kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan.Bukan semua perkara berada dalam tangan kita.Sesuatu yang telah tertulis sejak azali adalah takdir seseorang.Begitulah dengan nasib aku Syahirah.Walau pun luarannya aku nampak bahagia dengan apa yang aku ada,hakikatnya aku hanya manusia biasa.
Syahirah,aku anak yatim piatu sejak di lahirkan.Aku menumpang kasihmu,kasih ayahmu selaku pewaris di sebelah arwah abahku.Kedua ibu bapaku meninggal dunia dalam kemalangan semasa umurku setahun.Bila aku dewasa,aku menetap di Langkawi.Tanah kelahiranku.Segala harta pusaka yang di bawah amanah ayahmu di kembalikan kepadaku ketika usiaku menginjak ke angka 21 tahun.Ayahmu memgembalikan hakku sebagaimana dia menerima amanah itu 20 tahun yang lalu.Terimakasihku tidak pernah terhenti hingga akhir hayatku.Bimbingan,kasihsayang dan perhatian mak dan ayah saudaraku adalah kekuatanku untuk meneruskan kehidupan ini.
Syahirah,kau memahami jiwaku.Kau darah dagingku.Aku menjadi sedih untuk meninggalkanmu dulu.Namun aku ada tanggungjawab yang lebih besar.Di tanah tumpah darahku,aku memulakan kehidupan .Mengusahakan tanah pusaka arwah abah.Hanya aku yang mewarisi harta peninggalan ini.Satu surat penting yang arwah ibu tinggalkan untukku.Namun hingga kini aku tidak pernah membuka sampul berona coklat itu.
FRAGMEN 1.
Usia remaja mendewasakan perjalanan langkahku untuk hari seterusnya.Aku perlu bangun untuk kelansungan hidup yang lebih membanggakan keluarga kita.Wajah kita juga seiras.Cuma usiaku kian meningkat…aku bagaikan seorang pengembara di tanah gersang,mencari setitis air buat penghilang dahaga.Setitik air sudah memadai buat di jadikan penawar.Sayangnya air itu beracun.Penuh bisa…
Begitulah dengan kisah cintaku.Seawalnya aku mengenalinya Muzamir.Hidupku berisikan madu.Penuh kemanisan.Kebahagiaan.Ada cinta di jiwaku.Puisi –puisi rindu berlagu dalam tidurku.Ironinya aku di buai api asmara yang memukau.Pesonanya melekat di jiwa.
Pulau Tinggi Terendak Cina
Nampak dari Pasir Sibu
Abang pergi janganlah lama
Adik tidak sanggup menunggu lama.
Dunia berputar mengikut logiknya.Cinta beredar melalui paksinya.Aku rasa saranan Mak Lang dan Pak Lang ada baiknya.Dari berkasih lama,biarlah bertunang.Mengikut hukum dan adat. .Aku pula bukan bukanlah gadis yang pandai bersosial.Sedari kecil di asuh beragama,bersekolah agama .Aku tidak membantah bila Muzamir ingin mempercepatkan hari pernikahan kami.Syahirah masih kecil ketika itu.Belum mengerti apa itu cinta.Pratagonisnya hidup seorang wanita ,dalam masa yang sama menguasai kehidupan ini penuh jaya akan sentiasa di cemburui ramai.Aku perlukan perlindungan dari seseorang yang boleh bersusah senang denganku.
Walaupun segalanya sukar bagiku,Pak Lang tetap berusaha membantu urusanku.Terkadang aku kesian melihat Pak Lang terkejar ke sana ke sini membantuku.Memikirkan cabaran dan tekanan,aku menerima lamaran Muzamir.Sekali pun aku mewah dengan limpahan harta peninggalan arwah mak dan abah,hakikatnya aku kesepian.
Hari yang di janjikan hampir tiba.Persiapan rapi tetap berjalan lancar.Berulangkali aku membelek baju pengantin.Indah berseri.Bertaburan labuci sana-sini.Gemilang majlis di sinari cahaya bulan yang mengambang penuh di langit.Seperti hatiku di taburi cahaya.Gelora jiwa menanti saat bahagia.Jika ini satu mimpi ,aku harap ia tidak akan berakhir.Kerana mimpi ini sungguh indah sekali!!
Dalam penantian penuh debaran ini tiba-tiba Mak Lang membisikkan sesuatu di telingaku.Ada seorang perempuan muda ingin barjumpa denganku.”PENTING” kata Mak Lang sebelum bergegas ke ruang tamu .Aku angguk setuju.Benar,seorang perempuan muda bertudung labuh ke paras pusat sedang menuju ke arahku.Wajah mulus menenangkanku.Aku menjemputnya ke bilik pengantin.Sebentar lagi bilik yang terhias indah ini akan mencipta sejarah penting dalam kehidupan.Tapi biarlah aku mendengar hasrat wanita muda ini.Mak Lang mengatakan ia berhajat penting untuk bertemu empat mata denganku.Bukankah menunaikan hajat seseorang itu satu sifat yang terpuji?
“Silakan kak,ada hajat besarkah kakak ingin berjumpa saya dalam saat penting ni?tanyaku lembut.
“Ya,tapi sebelum terlanjur jauh kakak ingin memohon maaf sekiranya kakak menganggu majlis penting adik.Kakak ….”airmatanya tumpah di pipi.Menambah keliru jiwaku.
“Mengapa kak,saya tidak faham maksud kedatangan kakak”kataku perlahan.Aku merenung budak kecil yang di kendongnya.Sedang tidor lena di bahunya.
“Kakak merayu jangan kahwin dengan Muzamir.Dia suami kakak. Kami sudah bersama 10 tahun dan ini anak kami yang paling kecil..Kalau adik tidak percaya ini surat nikah kami yang sah”.
FRAGMEN 11.
Jika ini satu mimpi,hentikanlah di sini ,biar berakhir di sini.Cukup,aku bukan bahan eksperimen mu.Aku bukan bahan kajian untuk kes poligami mu.Aku jiwa yang bernyawa.Ada naluri yang membezakan perasaan sedih,marah,di khianati dan rasa terhina oleh perbuatan lelaki sehinamu.Kau mempermainkan perasaanku.Memperjudikan masa depanku di tanganmu.Aku bukan pasaran untuk mempertaruhkan nasib untung dan rugi dalam perniagaanmu!
Cindai merayu di atas bukit
Rawan nanar di Tanjung Pinang
Cinta membuatku merana bukan sedikit
Racun penawar hanya di tangan mu seorang..
Tuhan,walau aku yatim piatu,aku yakin pintu Mu sentiasa terbuka untukku.Aku bermohon kesakitan ini bukanlah satu virus yang boleh merebak kanser dalam diriku.Aku tidak mahu kesakitan di permainkan oleh Muzamir menjadi barah di badanku.Dalam kegelapan aku bangkit bermunajat kepada Tuhan.Ya Rabb,aku bagaikan seorang muhaqiqqin yang merindu PenciptaNya,mencari Khaliq yang memacu taufik di seluaruh jiwa yang berserakkan dosa.Aku tidak mahu jatuh jatuh dalam neraka jahananMu..
“Kakak,keringkanlah airmata suci itu,tolong maafkan saya.Saya tidak tahu Muzamir telah beristeri.Saya telah terpedaya dengan muslihatnya.Kak,percayalah,saya juga seorang wanita.Ada perasaan.Saya tidak akan mempertahankan cinta ini andai ia membuatkan saya berdosa kepada orang lain.Saya akan kembalikan suami kakak.Bertenanglah…”aku memujuk seorang perempuan yang lebih memerlukan Muzamir.
Muzamir,hargailah wanita.Wanita adalah cahaya dari Allah.Wanita bukan sekadar untuk di kasihi tetapi ciptaan Allah yang amat istimewa.Anugerah yang luarbiasa…wanita juga amat bersabar mendepani cabaran.Hargailah wanita,jangan jadikan wanita sebagai tempat melampiaskan nafsu semata-mata.Bayangkan ibu,isteri,anak-anak perempuanmu…
8Mac 2010.
Hari pertama aku berkursus di PutraJaya.Antara kesimpulan yang dapat aku jadikan pedoman ialah menilai seseorang secara zahir memang sukarkIni kerana dunia bergerak pantas dan kita mesti mengikut arusnya.Tatkala aku bangkit dengan pembentangan kertas kerjaku yang bertajuk”:Kecemerlangan Wanita Kini”.Aku mendapat terukan gemuruh .
Wanita masa kini berjaya mengimbangi keperluan masa kini berbekalkan keazaman yang kuat.Berani bersaing dan bekerja keras.Keputusan yang di buat tepat dan rasional.Malah wanita berjaya dengan usaha gigih tanpa mengenetepikan didikan agama.Memegang prinsip bahawa wajah cantik mesti berilmu .Menyerahkan semuanya kepada Tuhan.Bersyukur dan redha dengan takdir Allah.Menghormati hak orang lain,belajar menerima kekurangan dan bersedia memperbaiki kelemahan yang ada.
“Kalau begitu sampai bila kau nak berdendam dengan lelaki?Kalau dah ada jodoh ,kau kahwinlah”nasihat kawan akrabku semasa kami bersantai di KLCC.
“Jodoh belum ada”jawabku pendek.
“Atau kau masih terkenang peristiwa lama?’usik Balqis Arafiah.
“Sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak Adam”Riwayat Ahmad Tarmizi.
“Orang-orang yang berbuat baik di waktu lapang atau sempit,dan orang-orang yang menahan amarah dan memaafkan kesalahan orang lain .Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”Al -Imran 134.
“Balqis,apa ertinya hidup jika cinta dan pengorbanan kita tidak di nilai?”
“Benar,tapi bila hak itu di rampas,mungkin satu hari nanti hak itu akan di kembalikan kepada kau dengan nilaian yang berganda.Aku akan sentiasa doakan jodoh dan kebahagiaan kau berpanjangan selepas ini”Balqis masih mahu menenangkan aku.
“Aku cemburukan kebahagiaan kau.Punya suami yang baik,anak yang comel.”
“Tapi aku melalui kehidupan yang lebih sengsara dari kau.Siapa sangka selepas lumpuh lima tahun aku berjalan semula.Semuanya kerana usaha dari suamiku.Jadi buang prejudis kau tentang lelaki .Bukan semua lelaki kejam “sanggah Balqis .
“Tuah kau Balqis.Walau kau hidup sederhana tapi suami kau lelaki yang hebat.Mampu menjadikan dunia kau sebuah surga.Tapi aku,luka ni tidak dapat di lihat oleh orang lain.Walau sakitnya sungguh perit,sudah lima tahun aku laluinya.Bukan aku berdendam,tapi jodoh tu masih jauh”
Itulah pertemuan terakhir aku dengan Balqis Arafiah.Aku berlepas ke Langkawi dengan memori yang sarat.Enam bulan kemudian Syahirah mengirimkan berita menyayat hati kepadaku.Balqis Arafiah telah meninggal dunia di hospital akibat barah pangkal rahim.Aku tidak sangka Balqis Arafiah menyembunyikan penyakitnya dariku.Dalam laman Fscebooknya aku menyorot kembali fragmen indah semasa kami bersama dulu.Dan mengejutkan aku bila jelas semua gambar-gambar semasa kami memancing di Sungai Jelai,Kuala Lipis.Aliran lesu Sungai Jelai ketika kami memancing itu memudarkan harapan kami untuk menikmati hidangan tengahari Jumaat.Namun syukur alhamdulillah bila aliran Sungai Jalai yang lesu itu menaikkan semangat kami bila akhirnya kail kami mengena.Ikan patin,kelah menjadi sasaran kami.Rezeki memihak kepadaku bila aku mendapat ikan patin yang banyak.
Aku masih terbayang betapa enaknya makan tengahari Jumaat itu..Ikan patin masak tempoyak,bercicahkan asam limau.Ibu Balqis menjadikan petai,jering sebagai ulaman kami semua…Al-Fatihah untuk Balqis Arafiah.Semoga rohnya di tempatkan bersama orang yang beriman.
Aku masih mengejar waktu …Takdir dan segalanya adalah di bawah kuasa Allah.Mengenang kembali semua kisah-kisah silam membuat jiwaku sebak.Seorang wanita seperti yang berada di alaf baru,abad ke 21.Hidup sendiri.Tiada tangan atau belaian ibubapa.Hanya menumpang kasih bapa saudara.Namun Balqis Arafiah selalu berpesan kepadaku.Jangan sesekali mengalah kepada takdir.Redha dan terimalah seadanya Qada dan Qadar yang di tetapkan.Kerana ia tentunya mampu di tanggung.Bukan semuanya pahit…bukan semuanya sakit..bukan semuanya satu bebanan!!!1Kembali aku merenung diri..bermuhasabah kepada Yang Haq.
Aku juga terkenang saat kami bersama ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan akrab kami di Padang Rengas,Kuala Kangsar.Aku dan Balqis bermalam di Rumah Rehat Kuala Kangsar.Di depan Rumah Rehat ini ada sebuah tasik.Menjelang terbenam nya matahari pemandangan di sini sungguh mengasyikkan.Neon berwarni,membiaskan sinar ke dalam tasik.Aku dan Balqis berebut kamera untuk merakam detik-detik indah di situ..Semua gambar yang kami rakam kusimpan rapi sebagai album terindah kami.Aku tahu ketika itu Balqis sungguh teruja dengan perkahwinan Nur Salini..Dia adik angkat Balqis ketika tinggal di asrama dulu.
“Aku anggap rama-rama ini akan membawa berita gembira untuk kita bila berpisah nanti”ucap Balqis Arafiah sambil berlari mencuba mendapatkan rama-rama yang terbang hinggap di sepohon bunga di depan kami.
“Dan aku harap kelip-kelip yang berterbangan penuh sinar ini akan membawa cahaya bahagia untuk pengantin baru kita Nur Salini.Aku mahu adik angkat kau bahagia dengan pasangannya.”ucapku penuh makna.
“Ya,aku harap semuanya kita akan bahagia”Balqis menarik tanganku.
Kami menuruni jalan menuju ke tasik yang luas terbentang.Airnya tenang.Seperti tiada kotoran yang mencemari tasik ini.Aku dan Balqis bersama menyanyikan lagu kegemaran kami “DEALOVA”..
Majlis persandingan Nur Salini sungguh meriah.Pasangan Ikmal kacak dan berkarisma.Kami merasa terharu dengan layanan keluarga Nur Salini.Kami juga sempat melawat tempat membuat labu sayung.Kedai itu milik keluarga NurSalini.Aku membeli labu sayung sebagai kenangan bersama Balqis semasa berada di Kuala Kangsar.Itulah percutian terakhir aku bersama Balqis.Balqia akhir menurut jejak langkah Nur Salini.Bertemu jodoh awal dan meneruskan pengajian di United KingDom.Tinggallah aku berhijrah ke tempat asalku.Tanah Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.!
Itu semua tinggal kenangan.Yang pasti tiap yang bernyawa pasti akan mati.Janji Allah benar.Tiap –tiap yang berjiwa adalah fana..yang fana bukanlah sesuatu yang kekal.
Aku dan sejarah…aku meneruskan kelansungan hidupku.Aku mula sibukkan diri dengan pelan yang telah aku rancang.Tanah pusaka tinggalan arwah kedua ibubapaku mesti di lakukan perubahan
Bukankah sekarang Negara kita sedang giat melaksanakan bidang pertanian?Pertanian satu perniagaan.Kita memperolehi maklumat dan teknologi untuk membangunkan tanah –tanah yang terbiar.Aku mula merangka strategi.Pertanian menguntungkan di zaman ini.Aku mendapat kerjasama dengan banyak pihak.Aku mengusahakan tanah seluas 20 ekar ini dengan tanaman bunga melur,pokok serai wangi, tanaman herba lain untuk di komersialkan sebagai bahan utama dalam proses membuat minyak wangi.Cubaan pertamaku amat berjaya.Aku mendapat kerjasama dari pihak kerajaan dalam memasarkan hasil pertanianku.Kayu gaharu yang hanya 500 pokok kugandakan menjadi 5,000pokok.Alhamdulillah,hasilku berbaloi kerana mengeksport ke luar Negara.Itulah hasil kerja kerasku.
Lumrah alam..luka fizikal nyata jelas di pandangan.Hakikat emosiku yang di bohongi lelaki seperti Muzamir kekal di jiwa.Sesibuk mana aku cuba melakukan kerja,sesekali kenangan itu dating menerpa dalam diriku.Aku tak mampu melupakan janji manisnya..tapi jauh di sudut hati aku tidak mahu menggalas bebanan dosa.Merampas hak orang lain.Kepunyaan wanita sepertiku.Wanita yang teraniaya.Wanita yang lebih berhak ke atasnya.Namun beribu soalanku menerjah di mindaku.Mengapa aku yang di jadikan kesinambungan kasihmu?
Walau pun fikiranku sedikit terganggu aku terus memandu menuju ladang herbaku.Di bawah kaki Gunung Raya inilah aku menguruskan ladang ini.Aku mahu penduduk tempatan turut mendapat kerja.Aku banyak mendapat kerjasama dari Azli.Seorang anak muda yang sepertiku.Yatim piatu.Tapi lulusan Universiti dalam bidang pertanian.Mempunyai kemahiran asas sejak kecil kerana sudah terbiasa dengan rutin itu.Kerjaku menjadi mudah dengan sokongannya.
“Sebenarnya kita baru saja mendapat bekalan dari Negara jiran.Saya mahu Cik Azie periksa dulu.Mana tahu kalau ada apa-apa yang perlu kita tambah?”aku selalu berpuashati dengan kerja Azli.
“O.K.lah saya serahkan untuk awak kerja tu,saya ada banyak urusan lain selepas ni.Apa kata jom ikut saya..”
“Ke mana?”jawabnya cepat.
“Jangan risau,saya nak ajak awak makan kat warung tu”
“tapi saya dah makan Cik Azie..”
“Tak apalah kalau awak tak sudi”ujarku pendek.
“Bukan tak sudi,banyak mata memandang..”
“Kita tak buat perkara buruk,hanya makan kat sini saja.Lagi pun Kak Timah,Abang Mat pun ada.Mereka dah masuk ke kereta pun..”
FRAGMEN 111..
Sesudah mengenali Azli ,aku rasa kami amat serasi.Orangnya amat sederhana..Ada satu cita-citanya yng belum terlaksana.Aku cuba menafsir sendiri bila Azli menyatakan bahawa itu amanat keluarga.Dia mesti menunaikan amanah itu.Aku cuba mencari makna di sebalik kata-katanya penuh misteri itu.Kedua orangtua mahu dia “membina taman iman’.
Aku rasa Azli amat misteri.Dia tidak percaya pada cinta lelaki dan perempuan.Kononnya cinta sesama manusia hanya cinta palsu.Cinta yang merosakkan hati.Cinta yang membinasakan harapan.Aku hanya mampu mendengar.Persoalan di hatiku apakah dia pernah bercinta?Menganggap cinta satu bebanan yang menganggu kehidupan.Mudahnya aku membuat kesimpulan tentang Azli:dia lelaki tiada perasaan!
Sesekali aku pelik dengan peribadi Azli.Dia berbeza dari lelaki yang pernah kutemui.Aku merasa teruja untuk mengetahui latar belakang.Aku mula menyiasat.Kak Timah menceritakan Azli adalah anak guru agama di sini.Walidnya orang alim.Umminya wanita solehah.Mereka membuka madrasah bersebelahan rumah mereka.Di situlah walidnya mengajar ilmu agama.Ramai pengikut yang setia mendampingi walidnya.Abang Mat pula memberitahu kedua ibubapa Azli meninggal di Kota Suci Mekah.Sebelum meninggal,ada sedikit pertengkaran keluarga.
Kononnya tanah tempat madrasah yang di dirikan walid Azli,tanah pusaka.Bapa saudara Azli mahu merobohkan madrasah itu..Sudah ada pembeli yang menawarkan harga yang amat tinggi untuk tanah itu.Puas walid Azli berusaha untuk mengekalkan madrasah tersebut.Namun wang adalah ganjaran nilai untuk bapa saudaranya.Sebelum berangkat ke Tanah Haram,wasiat itulah yang di amanahkan untuk Azli.
Ketiadaan walidnya memudahkan kerja bapa saudaranya.Wang dan kuasa.Itulah nilai material yang di kejar manusia.Sesungguhnya “madrasah”inilah tempat Azli membesar.Di sinilah sahsiah dirinya terbina.Azli mahu membesarkan “madrasah’ini dan mewakafkan ke jalan Allah.
Barulah aku faham makna’laman iman’.Azli selalu menyebut ingin membina impian walid dan ummi.Azli mahu ia menjadi sebuah taman.Di dalamnya ada suara zikir,alunan merdu ayat-ayat suci Al-Quran.Marilah menuju kejayaan.Maafkan aku Azli sekiranya aku beranggapan buruk padamu selama ini.Murni sungguh impian mu.
“Cinta abadi hanya pada KhaliqNya”ucap Azli tegas.Menyucuk tangkai hatiku.
“Kita manusia perlukan cinta.Untuk lahirkan zuriat.Sunnah yang Nabi tinggalkan.
Bukan bermaksud tinggalkan dunia,ikut akhirat.Ikut akhirat tinggalkan semuanya.Itu tidak adil bagi kita”ujarku ketika berhujah dengan Azli.
Kita hidup mengabdikan diri kepada Yang Menciptakan kita.Zuhud kepada Allah.Kerana itu aku mahu membina taman iman di sini.Wasiat terakhir walid untukku.aku mesti tunaikan segera.Walau apa pun halangannya.Meski pun akan berhadapan dengan Pak Long secara keras”ayatnya mengancam keamanan mindaku.
“Wasiat itu penting untuk di laksanakan.Caranya mesti berhemah.Berbincang..cari jalan penyelesaiannya secara berunding”ujarku seakan memberi pandangan ikhlas.
“Tapi Pak Long bukan orangnya yang boleh di bawa berbincang”getusnya selamba.
“Gunakan orang tengah”aku kira aku hanya sekadar memberi jalan.
“Azie,ini soal keluargaku.Aku tidak mahu membebankanmu dengan masalahmu”akhirnya Azli melontarkan pandangan kosong ke arahku.
“Percayalah ,aku ikhlas ingin menolongmu”
“Aku tidak mahu terhutang budi denganmu”
“Satu hari kau akan berjaya membina laman iman itu.Aku berharap dan berdoa untuk kejayaanmu”
“Untuk apa kau berharap sebegitu tinggi dengan wasiat ini?’tukasnya merenung tajam ke arahku.
Hakikatnya kau tidak mengerti perasaanku.Barangkali kau hanya membuat andaian buruk terhadapku.Seperti aku pernah berburuk sangka saat pertama kali berbicara denganmu dulu.
Aku seorang wanita.Spertimu.Yatim piatu.Bezanya antara kita aku mempunyai segala kemewahan harta,wang ringgit.Cuma aku kekurangan kasihsayang ibubapaku sejak kecil.Aku kekurangan itu.Aku tidak betah melihat perkembangan dunia hari ini.Dunia yang begitu kejam.Ada ibu yang sanggup membuang zuriat sendiri.penderitaan mangsa peperangan,penderaan fizikal dan mental terhadap kaum wanita.Aku mahu abad ke 21 ini terisi dengan khabar gembira.Aku rasa semua manusia kena kembali kepada asas kehidupan yang hakiki.Fitrah yang suci.Akidah yang mantap,iman yang kukuh.Nilai yang baik dalam diri.Spritual yang kuat untuk meneris semua cabaran zaman siber ini.Pendek kata aku mahu kembali kepada jalan yang benar.Jalan ada cahaya.Membawa kita kea rah kebaikan.Aku mahu surga itu ada di dunia!!!!!!!!!!
Azli,Taman yang ingin kau bina seperti taman inderaloka.Di sini kita bermunajat.Menyerah diri kepada Yang Esa.Di sini bunga-bunga nya berbau harum.Wangi yang tiada pernah hilang.Di sini ada pemujaNya.Taman ini membuat para penghuninya merasa aman.Damai.Bahagia.Sakinah,mawaddah dan rahmahNya ada di sekeliling kita.
Azli,taman ini di penuhi oleh para muhaqqiqin yang mencari Al-Haq.Cinta kepada dunia dan akhiratnya.Mereka bermukim dengan rela.Menghuni dan menafsir hokum-hakam dunia.Lantas mereka jatuh cinta di taman iman ini.Jiwa-jiwa luhur melontarkan dosa,memohon ampun dari Allah SWT.Menyembah taubat..taubat Nasuha!!
Azli,ini bukan mustahil untukmu.Akan kubina demi menunaikan wasiat walidmu.Cinta dan kasihsayang Ummi dan walidmu adalah cinta abadi.Mereka menurunkan amanah untukmu kerana mereka percaya lelaki sebaikmu mampu melakukannya.Aku mahu membuka surat ibubapaku bila impian mu ingin ku laksanakan.
Setelah sekian lama surat berona coklat iti kusimpan.inilah terjemahan yang aku dapat
Azie,
Hidup dan kehidupan menyimpan banyak makna.Suka duka ,pahit manis hanyalah ujian semata.Kami harap anak kami akan faham takdir seseorang telah pun di tentukan oleh Allah.Jangan sesekali menyesali atau menangis jika takdir itu sungguh menyakitlkan.Andainya takdir itu amat bahagia ingatlah kepada nasib orang lain yang berdukacita.
Harta dan wang ringgit bukanlah lambang kekayaan kita yang sebenarnya.Kaya jiwa adalah tanganmu yang selalu bersedekah.Melakukan kebajikan dan berbaktilah ke jalan Allah.Carilah reda Allah.Membuat kebajikan sama seperti menanam saham untuk keuntungan di akhirat.
Pesanan terakhir kami.carilah suami yang beragama.Menjaga kehormatanmu dan memimpin mu ke jalan yang di redhai.Pilihlah yang beragama-……DOA DUA JIWA.
Kututup sampul berona coklat itu.Bermonolog aku sendirian.Aku patut mensyukuri semua nikmat Tuhan.. Aku ingin beri khabar gembira untukmu.Dekad baru akan kuisikan dengan berita gembira.Berita kejayaan.Ambil pengajaran dari kegagalan cinta..ambil iktibar dari setiap pengalaman.Beribu persoalan muncul di fikiran.Acapkali aku mendengar dalan kuliyyah agama persoalan-persoalan itu.Apakah perbuatan kita semasa di dunia?Amal kebaikan untuk membela nasib di akhirat nanti.Sudahkah kita bersedia untuk menenangkan diri dari resah gelisah saat Malaikat penghitung dosa pahala menyoal kita?Insafkah kita setiap perbuatan ada balasannya?Sedarkah kita setiap permulaan ada pengakhirannya?Bukankah asalnya kita tiada,namun akhirnya kita ada?
“Pak Long,Azie ingin membangunkan madrasah untuk muslimin dan muslimat belajar agama.Mendalami dan mengambil guru agama seperti Nabi kita berguru dengan Jibrail.Islam,tauhid dan iman serta berihsan sesama kita.”kujelaskan satu persatu hasratku.Akan kuwakafkan sebahagian daripada hartaku untuk memenuhi impian ini .
“Pak Long terharu dengan pengorbananmu.Contohilah Ummu Sulaim binti Mulhan.,isteri Abu Talhah.Wanita solehah yang dermawan. Kemuliaan dan kejujurannya mendapat keutamaan dari Rasulullah.Tuhan menjanjikan syurga untuknya”
Azli,akhirnya terbinalah “LAMAN IMAN”.Aku ikhlas dan rela dalam jihad ini.Aku harap kedua roh ibubapaku di alam barzakh mendapat kenikmatan di sana.Doa dan pengharapanku moga-moga taman-taman syurga ini menerima kunjungan ratusan juta para penziarah yang syahid dalam peperangan.Para syuhada yang yang mati sebelum sempat berjuang..untuk anak-anak yang mati sebelum sempat merasai belaian kasih sayang seorang ibu.Jua besar harapanku agar semua wanita,isteri ,ibu yang solehan dapat mendiami syurga Firdaus.Jannatul-Naim untuk lelaki ,suami atau pemimpin yang adil,jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang di serahkan kepada mereka.
“Alhamdulillah,pujian bagi Allah.Hari ini marilah kita sama bermuzakarah di Laman Iman.Mencari keredhaan Allah.Memuji zat Allah.Agungkan Allah Yang Maha Hebat.Kita hambaNya sentiasa dekat denganNya.Kita sentiasa berada dalam dakapanNya”
Aku sentiasa ingat :sekalipun di limpahi kemewahan hidup (syurga dunia)ada dalam kehidupan setiap dari kita usah lupa syukuri nikmat Allah.Maulana Jalaluddin Rumi dalam kitabnya Mathnawai-nya:””Ayuh kita merayu kepada Allah membantu mengawal diri,orang yang kurang kawalan diri adalah orang yang tidak menerima belas daripada Allah.Orang yang tidak mampu mengawal dirinya bukan sahaja menzalimi diri sendiri tetapi membakar seluruh dunia dengan api’(.MS 115).
Alhamdulillah,akhirnya aku terima lamaran dari Azli.Setiap percintaan mempunyai pengorbanan yang tiada ternilai.Jodohku telah termaktub begitu.Terpesona aku dengan janji Azli bahawa:”Aku mencintai dirimu seikhlas hatiku..Untuk selamanya kau berada di dalam hatiku”.
Dan aku berterimakasih untuk suamiku kerana sudi membimbing aku ke jalan yang benar.Aku mengenggam kuat tangannya sehingga orang-orang di sekelilingku tersenyum.Dengan senyuman yang paling manis aku menjawab:Marilah menuju ke syurga………..INSYA’ALLAH..
Sekian,terimakasih.
CHE AZIAH BT DAUD.
NO.28A,KAMPONG BUKIT TEMIN,
MUKIM ULU MELAKA,07000
P.LANGKAWI.
JUMAAT-30 JAMADIL AWAL 1431.
No comments:
Post a Comment