Bawalah daku bersamamu.Aku ingin selalu di sisimu.Menghirup manisnya madu.Bila bunga mula menguntumkan semua kelopaknya,rerama berterbangan hinggap mengecap manisnya madu yang menganugerahkan kekuatan buat melansungkan sebuah kelansungan hidup.Aku bagaikan rerama itu.Bebas menikmati wangian cintamu.Sungguh harum.Emosiku bersatu dengan kebahagiaan.Bawalah daku ke syurga.Agar kita selalu berdua.Bercanda di ruang katarsis.Mencipta rona-rona indah,biar kasih kita abadi selamanya...
Aku bukannya bermimpi atau berilusi.Kau memang menjadi milikku yang hak.Ijab dan qabul memeteraikan ikatan kita menjadi sah dan rasmi.Aku menyayangi dirimu melebihi diriku sendiri sehingga ramai orang kesayanganku mengatakan aku buta dek cinta.Buta untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya lelaki yang patut aku jadikan suami.Aku hilang fokus..
Aku tidak pernah peduli dengan kata-kata mak yang tidak setuju dengan pilihan hatiku.Sebagai ibu,mak lebih arif menilai.Tapi naluriku berkeras ..mempertahankan dirimu di hadapan keluargaku.Aku bantah cakap ayah kononnya kau hanya ingin menikmati apa yang aku miliki.Aku tidak akan percaya semua cakap-cakap mereka di sekelilingku mengenai dirimu.
Aku mengenalimu semasa seminar di sebuah hotel.Kita sama-sama mengikuti kursus selama tiga hari.Di sinilah semuanya bermula sehingga akhirnya kita mengambil keputusan untuk berkahwin.Tanpa mengambil masa yang panjang untuk saling mengetahui latar belakang masing-masing.Hanya lapan bulan...kukira kita akan saling saling mengenali selepas melaui alam perkahwinan.
" Kau terlalu terburu-buru Azlia. Baru berapa bulan kenal dengan Shamsul,kau dah percaya habis. Sebagai kawan baik kau,aku harap kau fikir dulu. Kau kena selidik dulu latar belakangnya.Manusia zaman siber nie,bukan boleh percaya sangat" rungut Shakirah padaku.
" Aku rasa kau cemburukan kebahagiaanku.Bukan senang nak dapat lelaki sebaik shamsul.Aku rasa aku sudah jumpa jejaka idaman aku.Serasi dengan aku.Buat apa aku nak tunggu lama-lama kalau jodoh dah sampai depan mata."
" Tapi aku rasa kurang setuju dengan pendapat kau.Aku tengok Shamsul tu lain macam je.Aku tak mahu perkara buruk menimpa kau nanti.Menyesal seumur hidup pun tak guna" balas Shakira semakin menyakitkan hatiku.
"Kau tu bukannya apa,kau terlalu obses dengan Zairi.Kawan sejak sekolah rendah sampai ke Universiti,bertunang tak sampai tuhuj bulan dah putus tunang.So,kalau kau marahkan nyamuk buat apa nak bakar kelambu?"
"Suka hatilah kau nak anggap apa pada perpisahan aku dan Zairi.Itu hal lain.Ini soal masa depan kau.Aku ikhlas menasihati kau.Lagipun mak dan ayah kau suruh aku nasihatkan kau.Kata mereka sebelum nasi menjadi bubur".
Ahhh...nampaknya semua tidak setuju dengan pilihanku.Shamsul tetap manja memujuk rayuku.Janji akan setia sehidup semati denganku.Walaupun tanpa rela,emak dan ayah terpaksa akur dengan pujukanku.Perkahwinan kami tetap berlangsung dengan meriah.Bulan madu menghangatkan malam-malam kami.Aku akui aku memang seratus peratus menyayangi Shamsul.Kini tanpa ragu aku meniti hari-hari bahagia.
"Sham memang sayangkan Azlia.Walau apa pun yang terjadi kita akan tetap bersama menghadapinya.Sham mau Azlia terima cinta ini dengan setulus hati,tanpa ragu ".Bisikannya mengoda sukmaku.
"Sham,bila Azlia sudah setuju menerima Sham maknanya seluruh jiwa ini akan menjadi kepunyaanmu". Kucupan mesra tetap hinggap di pipiku.
Kita berlari dengan masa.Aku memegang janji-janji keramatmu sebagai azimat untuk terus menghitung detik indah .Jika dulunya warna kanvasnya hanya putih,sekarang rona-rona pelangi melatari kanvasku.Bulan madu di awan biru..ada cintamu dalam setiap nafas yang ku hela.
Hampir enam bulan aku melayari istana kasih ini,aku mula merasakan perubahan pada diriku.Sham mengajakku berjumpa doktor bila aku menjadi semakin kurang bermaya.Aku sering muntah-muntah dan tekakku mula mual.Apa yang ku telan semuanya keluar semula,malah rasa loyaku semakin menjadi-jadi.Alangkah bahagianya hatiku bila doktor mengatakan inilah tanda-tanda awal wanita hamil sebelum perubahan ketara pada bentuk fizikalku.
Namun bila aku terlalu gembira dengan berita ini Sham ku lihat tidak menampakkan wajah ceria.Mengapa? Persoalan itu berlegar di mindaku sehinggalah akhirnya Sham mula bersuara "gugurkan kandungan itu".
Bagaikan halilintar melintas ke dalam rongga telingaku.Betulkah perkataan itu keluar dari mulut suamiku?
"Abang kata gugurkan saja kandungan itu?" ulangnya sedikit keras.
"Tapi mengapa bang,ini anak kita.Benih ini akan membesar di rahim ibunya.Azlia tidak akan mengugurkannya.Ia satu dosa.Anak anugerah Allah.Ia suci tanpa dosa." rayuku.
"kalau Azlia sayangkan abang,ikut sja kehendak abang.Jangan banyak soal".
"Demi Allah,Azlia tidak akan melakukan dosa itu". Air mataku semakin laju membasahi hidupku.
"Abang belum bersedia lagi untuk menrima kelahiran anak kita,bukannya bermaksud abang nak sakitkan hati Azlia."
"Abang,setiap pasangan yang berkahwin ingin zuriat sendiri,mengapa abang beri alasan yang tdiak munasabah'.
Sejak malam itu suamiku Sham mula menunjukkan taringnya.Baru ku kenal siapa dirinya yang sebenar.Sham mula keluar malam.Katanya mengurangkan stress dan berjumpa kawan lama. Kadang-kala lewat pagi terhuyung-hayang di depan pintu ,keadaan diri yang tidak terurus.Pelbagai alasan mula diberikan.Seminar sana-sini dan entah apa lagi dilakukan padaku.
ku rasakan Sham menyerangku dalam diam.Aku pura-pura tidak peduli.Aku menahan kesabaranku demi janin yang ku kandung.Sham mengabaikan nafkah zahir dan batin.Memang benar tekaan Shakirah.Sham lelaki tidak bertanggungjawab.Nasi sudah menjadi bubur..
Aku pasrah.Sham sudah seminggu tidak pulang ke rumah.Puas aku menghubungi telefon bimbitnya,namun tetap tidak berjawab.Bila aku ke pejabatnya,majikan mengatakan sudah seminggu Sham bercuti.Ku rasakan naluri perempuan kian tercalar.Hina sangatkah aku di matanya?
"Ayah cadangkan kita ke mahkamah saja.Biar undang-undang menentukan.Kalau tahu beristeri tahulah bertanggungjawab.Bukan lari macam ni".
"Maafkan Azlia mak,semuanya salah Azlia.Buta dalam cinta.Percaya sangat dengan pujuk rayu Abang Sham."
"Azlia,semua orang pernah melakukan kesilapan.Kita manusia biasa.Masih belum terlambat untuk kita bertaubat,berubah jadi manusia berguna" pujuk mak.
Janinku semakin membesar.Dapat ku rasakan tendangan di dalam rahimku.Aku mula berinteraksi dengan bayi dalam kandunganku.Sayang mama,mama tidak sabar lagi untuk melihatmu.Mama ingin menyentuh dan mendakapmu.Mama sayangkanmu..
Aku tidak sangka bila suami yang ku sayang sanggup mengkhianati kepercayaanku.Sham sudah pulang setelah seminggu menghilangkan diri.Pulang dengan ksuut masai.Pulang dengan seribu pujuk rayu penuh janji manis tidak akan mensia-siakan aku lagi.Kau mempersiakan peluang yang ku berikan padamu.Mudah sungguh kau melihat kelemahanku dan mempergunakan ketidakupayaanku.Cintamu membuat aku merana.Cintamu membuat aku terseksa.Semuanya bohong dan dusta.
Sham aku tak sangka kau sanggup mengkhianati ku.Kau mengambil kesempatan di atas kepercayaanku selama ini.Tergamak kau menduakan aku.Membohongiku entah ke berapa kali.Aku hanya boneka permainanmu.Retoriknya cintamu!Masa demi masa mengheret aku ke lembah duka tanpamu.Walau pun kita berada dekat namun aku berasa kita semakin jauh.Kau dengan dunia kau.Aku dengan janin yang kukandung.Kami bukan bukan saja berkonsi penderitaan emosi malah merana dek neraka ciptaanmu.Dalam diam kita berperang tanpa senjata...
Lukaku bertambah dalam bila aku bersendirian mengharungi saat -saat kelahiran buah cinta kita.Kau tiada di sisiku.Rabiatul Adawiyah akhirnya kusambut dengan deraian airmata.Baru kusedar tajamnya duri-duri cintamu.Sakitnya perkahwinan yang tidak di restui!
PERPISAHAN.
Sham,kau telah mengabaikan aku dan Rabiatul Adawiyah selama tiga bulan.Kau tinggalkan kami tanpa sebarang nafkah.Kau lari dari tanggungjawab sebenar seorang suami.Kau tinggalkan semua kepahitan di bahuku seorang!
Kau memang tidak berperasaan dan tidak berhati perut.Memang wajar aku menilai semula erti semua penderitaan yang kau palitkan dalam hidupku.Kau lelaki kejam.Suami yang tiada ihsan dalam kasihsayang.Kau permainkan dua jiwa.Apakah dosaku?Apakah kehadiran Rabiatul Adawiyah tidak mampu membawa sinar kebahagiaan untukmu?Jika begitu aku sudah pun membulatkan tekadku untuk menoktahkan saja perhubungan kita.Perhubungan yang sudah tidak bernilai di matamu..Cukup hanya setakat ini,jangan kau tambah lagi derita batinku..
Kukirimkan mesej penting ini untukmu.Sungguh aku mengharap selepas ini aku dan anakku akan bebas dari gangguanmu.Rupa-rupanya mesej penting dariku berbalas dengan ugutan.Kau akan berusaha untuk mengambil Rabiatul Adawiyah dari tanganku.Aaahhh,betapa kejamnya dirimu dengan semua tindakan tidak berasas ini.Hilangkah sifat kemanusiaan yang ada pada diri setiap anak Adam yang bergelar suami sepertimu?
Ketika itulah aku hilang punca.Buntu,keliru.Barulah aku merasa penat.Tidak mampu lagi aku berlari denganmu.Kau lebih kuat dan akalmu lebih tajam.Aku bukanlah pesaing yang layak untuk menang dalam pertandingan ini.Kau sanggup melemparkan aku ek dalam neraka dunia ciptaanmu sendiri.Kejam dan hinanya dirimu.Kau tahu binatang pun sayangkan anaknya,inikan pula aku yang mengandungkan zuriatku selama sembilan bulan sepuluh hari ini..
"Berhentilah berlari Azlia.Pelarianmu hanya memenatkanmu..kau tidak layak pun untuk bergandingan dengan pelari seperti itu.Lelaki yang menggunakan taktik kotor.Bukan lelaki sejati namanya."suara yang pernah kudengar satu waktu dulu tiba-tiba bergema di ruang talian telefun bimbitku.
"Bagaimana kau dapat nombor talianku?Ke manakah kau menghilang selama ini.Apa kah sebabnya kau menghubungiku semula?Di saat begini ?"soalku bertali arus.
"Itu tak penting.Cuma aku mahu kau tahu bahawa aku bersedia untuk berlari bersamamu.Hulurlah tanganmu.Aku mahu kita menang dalam peperangan tanpa senjata ini.Biar aku berkongsi semua kesukaran yang sedang melandamu .Aku ikhlas ingin membantumu.Aku ingin bersama dengan mu..Aku harap kau sudi menghulur tangan dan menyambut huluran tanganku.Aku ingin kau menerimaku semula"Harris Iskandar akhirnya meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam dadanya.Bandar Tasik Selatan yang menjadi saksi pertemuan ini.Harris Iskandar berjanji akan menolongku menyelesaikan semua masalahku.Harris jua bersedia berdepan dengan tekanan dari suamiku.Baginya ugutan itu tidak berasas sama sekali.
Apa pun tuduhan dan ugutan Sham aku biarkan bagaikan desir angin yang berlalu.Datang dan pergi sesuka hati.Aku sudah muak dengan perbuatan kejimu.Lelaki hipokrit.Aku jijik dengan lelaki sepertimu.Kau tidak sesuai untuk menjadi seorang ayah.Kau tidak pernah berubah.Kaki perempuan,kaki judi dan kaki minum.Kau berfoya siang dan malam,melayan nafsu buasmu.Kehidupanmu sudah jauh tersesat.Kau sudah hilang pegangan.Kau sudah hilang arah.Malah kompas kehidupanmu sudah rosak.Kehidupanmu hanya bersandarkan kepada nikmat duniawi semata.Nafsu menolak akalmu ke jurang yang meloyakan...Mujur aku cepat tersedar..
Harris Iskandar,saat sayapku patah kau datang membawa semangat baru untukku.Kau bangunkan kami dengan satu kenyataan.Kehidupan mesti di teruskan..Debunga cintaku yang gugur satu persatu telah kau cantumkan semula.Kau kutip semula dedaunan keyakinanku yang telah jatuh.Cintamu lebih berharga dari emas permata yang sering Sham kalungkan untukku dulu.Walau pun berkali-kali aku menolak cintamu,kau tidak pernah berhenti menyalakan api cintamu ..sehingga di hatimu penuh cahaya cinta untukku.Kau tidak pernahkan padamkan rindu yang bermukim di hatimu.Sungguh mahal nilai cintamu sehingga aku tidak mampu menolak keagungan pengorbanan tulusmu!
Kau ingin menyambung semula jambatan yang telah terputus.Ingin menyatukan dua benua yang telah terpisah.Dua jiwa yang kian menjauh.Kau mahu menerima semula dirimu dengan alasan anak kita perlukan seorang ayah.Kau mahu aku menerimamu semula.Kau merayu aku setelah kau menghumban aku ke lembah luka yang penuh derita ini.Kau mahu aku melupakan apa yang telah terjadi antara kita.Mudahnya kau mahu aku kembali ke pangkuanmu.Sham,cukuplah..aku bukan robot..aku ada perasaan.Aku bukan berada di bawah kawalan mu.Aku masih waras..
Aku nekad.Aku tidak akan berlari denganmu lagi.Aku tahu aku tak mampu untuk membina semula istana kasih kita.Inilah keputusanku.Biarpun engkau sujud di kakiku!
Segalanya telah berakhir.Aku ingin menangis dalam pelukanmu Harris.Saat sang rembulan bersinar terang aku membiarkan Harris Iskandar hadir dalam jiwaku.Aku telah berjanji akan membina kehidupan baru.Memberikan kebahagiaan untuk zuriatku.Maka Rabiatul Adawiyah boleh tersenyum..mempunyai masa depan bila kusambut tanganmu Harris..Iringan doa kaum kerabat kita adalah restu yang kudambakan .Sejuta kebahagiaan turut menemani kita bila kulihat bulan telah mengambang penuh di langit.Duniaku tiada derita lagi....
Di siarkan oleh majalah PEREMPUAN DiSEMBER 2008.
Ya Rabb,perkahwinan yang kuanggap datangnya bahagia dari sebuah syurga,di takdirkan segala sesuatu di Loh Mahfuz.Tertulis di dalamnya semua janji yang tak mampu di mungkiri. Ya Qadhi Rabbul Jalil,Aku bagaikan seorang muhaqqiqin yang selalu merindui KhaliqNya,aku jua bagaikan muqarrabin yang memacu taufik menuju Taman NaimMu,jika terhukum aku oleh dosa-dosa silamku ...ampunilah aku!!! Aku tak ingin jatuh dalam penjara JahimMu...
Monday, November 7, 2011
Sunday, November 6, 2011
MUJAHADAH CINTA.
Bismillahirrahmannirrahim-Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Aku mulakan kalimah suci berselawat ke atas junjungan Nabi akhir zaman
Aku terjemahkan:”Wahai Tuhan kami,limpahkan lah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan yang meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan ,ikatan dan akan terhapus segala kesusahan serta tertunailah segala hajat ,juga akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik(mati dlm keadaan aman),dan limpahan air hujan rahmat dgn berkat peribadinya yang mulia.Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas,maka semoga Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”
Selawat Tafrijiyah atau di sebut juga selawat Kamilah.Mustajabsegala doa,meluaskan rezeki,di jauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita.Amalkan selepas solat sebanyak yang mampu.Insya’allah…
Sekarang kita berada di bulan zul hijjah.Bulan yang membuatkan ramai umat berlumba-lumba untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah.Di dalam setiap hati insane Islam tersimpan hasrat yang jitu untuk menunaikan rukun kelima itu.Aku sekeluarga juga amat berharap satu hari nanti yang di izinkan Allah,kami akan dapat juga mnjadi tetamu Allah.Bulan pengorbanan seorang hamba kepada tuhanNya.Maka usah ragu-ragu lagi berkorbanlah jika mampu dan keadaan mengizinkan..
Firman Allah Ta’ala:”Dan maklumkan kpd manusia supaya mengerjakan haji,nescaya mereka akan datang kpd Engkau dgn berjalan kaki dan mengenderai unta yg kurus mereka datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yg jauh(seluruh dunia)”-Surah Al –Hajj:27.
Aku selalu mengambil kesempatan untuk menghantar saudara mara,jiran ketika mereka hendak berangkat menunaikan haji atau umrah.Ketika berada di airport pelbagai ragam jemaah.Tua atau muda..ketika para jemaah akan masuk ke bilik menunggu,kami saling bersalaman dan memaafkan semua kesalahan yang sedar atau tidak yang berlaku sesame kita.Kami sering berpelukan,Ketika itulah airmataku mengalir tanpa dapat kutahan…aku berhajat untuk turut serta mnjadi tetamu Allah..kerana telah ramai saudara kandungku yang seramai sembilan orang ini telah pun mnjejakkan kaki ke Tanah Suci Al-mukarammah.Abang sulung ku yg telah pun menunaikan haji bersama isterinya dan berulangkali pula mengerjakan umrah,setiap kali itu aku kan setia berada di sisinya…aku akan sering memeloknya dan mndoakan kesejahteraannya semasa berada di Mekah.Kemudian abang ketiga bersama isteri turut ke sana.-sekali lagi selepas menunaikan haji ..tahun berikutnya mereka pergi umrah.Tahun berikutnya kakakku di Penang dan suami turut mnjadi tetamu Allah..impian mereka tertunai sudah dan perjalanan mereka mnjadi mudah…kerna di hati tertanam perjanjian suci dgn pmilik cinta teragung.
Aku teringat ketika arwah mak pulang dari mengerjakan fardhu haji pada tahun 1988(ketika itu aku berada di Sabah).peristiwa terowong runtuh di Muassim.Arwah mak dan ayah tiriku sudah berada jauh ketika peristiwa itu terjadi.arwah mak pun berpesan kpd kami seramai 9 adik beradik supaya mengerjakan haji secepat mungkin..jgn bertangguh andai wang sudah mncukupi..aku ingat pesanan arwah mak sampai sekarang.
Apakah buah tangan yg perlu kita bawa utk mnjadi tetamu Allah?
Bawalah hati yg fakir ,jiwa yang penuh kerinduan terhadap pemilik diri ini..kerinduan ,kasihsayang untuk bertemu Nya.Bukankah Allah sangat dekat dengan kita?Sehingga sgt dekat dgn urat leher kita..jangan terlalu banyak meminta tetapi sentiasalah dekat,bersujud ,bertasbih memujiNya.Bukankah Allah itu Maha Hebat dan Luas PengetahuanNya?
Rukun haji yg terdiri dari niat dan perlakuan yg berupa perbuatan .Jadi lakukan seikhlas hati..dan bersungguhlah dalam menunaikan setiap perkara yg mnjadi rukun wajib.Begitulah hatiku berkata-kata,ingin mnjadi tetamu Allah SWT..
Dan aku sering berharap dapat menjejakkan kaki dan bersujud di depan Kaabah.moga Raudhah Jannah dapat ku jejaki..impian para tetamu Allah untuk mengucup Hajarul Aswad..biar wangi Raudhah Jannah seharum kasturi menemani perjalanan rohaniku..dalam zikrullah dan tasbihku aku tenggelam dalam ilusi yang amat dalam..dalam zauq yang amat dalam itulah juga aku bermimpi berada di sana..
Lebih dari kata-kata..serupa juga aku menganyam harap.Berupaya aku akan melaksana rukun kelima ini..bias aku dgn keagunganMu..walau tak bias ku sentuh namun aku merasakan Tuhan selalu ada di sisiku.Aku juga seperti merindukan dakapan iman sesejuk air telaga Kawthar.ziarah ke makam Rasulillah SAW dan para mujahid yang syahid kerana Allah..ingin berdoa di makam yang terpuji,mereka memperjuangkan akidah dan syahid..namun di janjikan syurga untuk para syuhada yang berkorban semata kerana’lillahi Ta’ala’
Aku gembira dan berlapang dada bila saudaraku yang lain telahpun mndaftar nama dan sedang menunggu giliran untuk ke sana.Aku dan suami akan menjadikan impian ini satu kenyataan satu hari yg Allah izinkan.Insya’allah..impian yg tak padam di hatiku.Aku memujiMu Ya Rabb..
Saat tibanya musim korban..aku memulakan korban untuk diriku,kemudian untuk anak sulungku,anak perempuan keduaku.Tahun berikutnya aku melakukan ibadah korban untuk anak lelakiku yg ketiga dan terakhirnya tahun 2010 aku lakukan untuk anak perempuan terakhirku.Kalau dulu semuanya aku lakukan di masjid tetapi utk tahun 2010 ..aku tunaikan hasrat abang sulungku..dia mahu kami korbankan kerbau itu di rumahku!Alhamdulillah bila aku mengumpulkan wang yg kuambil dari setiap saudra kandungku setiap seorangrm400.00.Termasuk adik suamiku satu tompok.Aku dan suami berusaha ke hulu dank e hilir.mencari kerbau dan menjemput saudara maraku untuk ke rumah kami.Aku bersyukur kerana korban dan majlis kenduri selamat dan lancer.Alhamdulillah tertunai sudah hajatku dan abang sulungku!
Bukan tiada halangan dlm urusan utk ibadah ini..atau ujian yg mnduga kesabaranku.Namun aku beriktikad kpd Allah.Ini pengorbanan ikhlas dariku.Aku mengeluarkan segala wang dari tabungnku sendiri.Malah semua korban untuk anak-anakku adalah hasil simpananku sendiri.Selama ini aku berhasrat semoga Allah mmberi kan aku kebaikan dan menanam benih utk hasil yg baik itk keluargaku..Justeru aku tdk peduli tentang penat atau lelah,yang penting aku mahu pengorbanan ini ikhlas dan Allah menerima ibadah korbanku..
“Ya Allah,curahkanlah limpahan rahmatMu dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi,yang mnjadi kekasihMu yg agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan ,dank pd keluarga dan sahabat Baginda sekalian”-selawat yg memudahkan kita mndapat syafaat Nabi di hari kiamat nanti.Insya’allah.amalkan sebanyak mungkin…
Salahkah kita memilih harta?
Tidak salah jika kita hidup mewah dan berharta…andai kemewahan itu mengingatkan kita kpd kesusahan org lain..Berinfaq di jalan Allah .Keluarkan zakat dan bersedekah jariah..bukankah itu satu kebaikan?
Zuhud kpd nikmat Allah SWT..mengekang jiwa dari kesenangan dunia yg berlebihan..berusaha mmbuang keburukan yg melekat dlm jiwa kita.
Tahun ini aku tidak melakukan ibadah korban..hatiku terusik juga kerana ia ibadah suci..namun aku berharap jika di izinkan Allah tahun-tahun mndatang aku dapat melakukannya lagi,Insya ‘allah..
Firman Allah SWT:”Kamu sesekali tdk akan mencapai kebaikan (yang sempurna)sehingga kamu dermakan sebahagian drp apa yg kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yg kamu dermakan sesungguhnya Allah mengetahuinya”-surah Ali’imran;92.
Mengapa aku selalu menyimpan wang di lain dompet?
Kadang-kadang tanpa kita sedari atau jangka rumah kita di kunjungi oleh org yg ingin mminta derma..pelbagai kesusahan jiran tetangga..sekarang rm 20 utk wakaf satu nama satu kaki tanah.Utk dirikan masjid,rumah anak yatim.,sekolah agama dan macam-macam kegunaan.Untuk mnziarahi org sakit,majlis kenduri kahwin dan utk yg mengerjakan haji..maka kita berusahalan berinfaq…walau sedikit asalkan kita ikhlas.Itu sudah memadai bagi jiwa yg suka mengubat hatinya…maksudku bersedekahlah ,memberilah dan membantulah kpd yg memerlukan.Mana tahu satu hari nanti kita juga jatuh di tempat yg sama..di tempat mereka yg sgt memerlukan .Bukankah hidup ini ibarat roda?
Aku bersimpati kpd insane yg menderita sakit atau susah..kerana itu aku sentiasa bersyukur dgn kehidupan aku dan keluargaku.Aku gembira dan berlapang dada melihat kesenangan insane di sekelilingku.Untuk saudara kandungku sekalian,jangan lupa kpd nikmat yg Allah berikan kpd kita.Berkorbanlah jika mampu,bersedekah jika ada dan saling Bantu mmbantu sesame kita.Marilah kita ingat pesanan ibubapa kita dulu…bersatu kita teguh,bercerai kita roboh…jgn runtuhkan keimanan kita.Mari kita bina kekuatan iman utk tembuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita…bacalah selawat Al-Quran untuk kedua ibu bapa kita.Marilah kita berdoa:”CukuplaH Allah mnjadi wakil(pelindung)kami yang sebaik-baiknya .Tiada daya upaya melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Maha Besar”.
Yang baik adalah dari Allah,yang buruk tetap berpunca dariku..ampunkan aku dan berikanlah cahaya cintaMU…selagi aku hidup dan bermukim di bumi Allah yang aman dan damai ini selagi itulah aku berharap satu hari nanti aku akan dapat juga ke Tanah Haram bumi para anbiyaa bersatu….

Monday, October 17, 2011
CINTA ABADI
Cinta itu satu perasaan yang amat kuat dan hebat.Cinta boleh mengubah perangai seseorang.Mungkin yang kasar akan bertukar lemah lembut.
perwatakan pemalu menjadi periang.Cinta bagaikn kuman.Boleh merebak dan bahaya.Boleh menyebabkan orang jadi gila.Saat hilangnya kewarasan berfikir..atau asyik mahsyuk menjulang api cinta.
Cinta jua ibarat madu .Amat manis bila selalu berdua.Bercanda mesra.camar turut melagukan melodi indah.Adakalanya kemanisan cinta umpama madu yang bisa di jadikan ubat atau penawar.Ketika ini,julanglah piala cinta..kerana ia bisa menyembuhkan penyakit...
Cinta di ibarat racun saat bertukar rasa.Berubah kasih sayang dan kerinduan.menapak ke taman lain yang lebih harum wanginya.Maka cinta ini menjadi sakit dan pahit.Seperti menelan hempedu yang pahit.Racun yang bisa membunuh.Seluruh kehidupan bertukar warna.Putih menjadi hitam bila pelangi menjadi dentuman guruh..kilat yang menyilaukan pandangan.Detik menyiksakan lambat berlalu.Seperti berjalan atas bara api yang sedang menyala......
Dalam meneruskan kehidupan,perlu lakukan perubahan.Terima kenyataan.Khayalan mungkin menyatakan dia yang bersalah.Realitinya kita yang setia.Jika sukar untuk memnyatakan kebenaran maka terimalah kekurangan diri kita dengan redha.Memang sukar untuk menyayangi diri sendiri.Tetapi sukar lagi bagi orang lain untuk mengasihi diri kita seperti kita ingini.Untuk muhasabah diri aku ada satu cerita sedih yang baru saja terjadi dalam Syawal yang lepas.
Dia sekadar perempuan biasa.Berkulit hitam manis.tidak cantik apatah lagi menarik seperti artis seksi pujaan ramai.Tidak kaya atau tidak susah sehingga melarat.Cuma tidak mempunyai ayah sekian lama.Mempunyai anak lelaki dua orang.Walau tidak ada ciri-ciri istimewa atau wanita secantik bidadari namun aku kagum peribadinya.Ramah mesra,suka menolong jiran tetangga dan ketika aku selalu mengadakan apa-apa kenduri di rumahku,dia cepat datang.Ringan tulang dan ketika ibunya jatuh sakit aku selalu ziarah.
Di hospital atau di rumahnya aku selalu ziarah ibunya sakit.Ketika kami mengadakan majlis bacaan Yassin dan berdoa untuk kesembuhan ibunya..dia sering menangis.Kami hanya mampu memujuk dengan nasihat bermotivasi..moga tiap kesedihan cepat berlalu pergi.Moga Tuhan menyembuhkan ibunya..
Namun ibunya telah kembali kepada Tuhan sekelian alam sebelum puasa Ramadhan.Ketika aku hendak menaiki feri untuk kemajlis kenduri teman lama suamiku(org Langkawi,bekas tentera)aku melihat hanya dia seorang saja yg menaiki feri.Suamiku mengatakan dia ada hal.Nak tenguk perlawanan badminton anak lelaki sulungnya di tanah besar.
Seminggu kemudian anak lelaki yang baru balik dari sekolah berbisik di telingaku'mak jangan terkejut,mereka sudah bercerai."Suamiku tercengang.Aku terkejut.Tapi aku cuba tenang.Cakap budak-budak..mana tahu betul atau salah.Anak ku berkata kisah ini betul sebab anaknya sendiri yang beritahu.Aku diam sambil berfikir.Mungkin betul sebab aku jarang keluar rumah,hanya memerap dalam rumah.
Berita begini cepat tersebar.jiranku yang suka bergosip menceritakan semuanya..aku tak mahu menanyakan hal ini kepada dia kerana aku takut menganggu emosinya.aku tak mahu menambah luka dan tekanannya.Aku dan suami selalu makan makan di luar..kami nampak cahaya rumah peninggalan arwah maknya bernyala..dia dan anak-anak berkongsi rumah itu dengan abang sulungnya.mereka hanya berdua beradik saja.Jadi dalam rumah itu mereka tinggal dua keluarga.
Punca perceraian?Kasih terlerai hanya kerana wanita lain.Bermain kayu tiga.curang.
Setelah itu banyak cerita dengan sendirinya terbuka...aib dan mengaibkan!
Aku rasa sampai mati pun si pesalah tak akan mengakui kesalahannya sehingga sanggup mencari orang lain untuk di jadikan 'saksi'atau 'batu api' atau 'orang yang menyebabkan semuanya itu berlaku'pada hubungan mereka.
Retak yang menanti belah.Demikianlah andaianku bila semua cerita telah ke telingaku.Dia membahasakan aku "mak cik"setiap kali bercerita denganku.Siapa tahu lelaki yang handsome dan bergaya berubah laku bila berjumpa wanita lain?
Moral dari kisah ini ialah "di mana kejujuran,kesetiaan dan kasih sayang?"
Apakah mereka berkahwin dulu secara paksa ?
Atau cinta itu hanya sementara?
Untung sabut timbul untung batu tenggelam-kisah ini bukan satu keuntungan mana-mana pihak.Tetapi kisah ini kisah menyayat hati.Sepasang kekasih,sepasang suami isteri seperti merpati sejoli akhirnya terbang keseorangan!
Patah sudah sayap impian.Retak sudah hati kesayangan.Namun si lelaki tidak mahu mengaku hakikat.Salah tetap pada si isteri yang di duakan...adilkah dunia?Jangan tanya dunia tapi tanyalah pemilik cinta yang melalui perjalanan seribu liku ini....
"Ketika cinta memanggil-manggilmu,maka dekatilah ia walau pun jalannya berliku-liku.
Jika cinta memelokmu ,maka dakapilah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu-penyair agung Khalil gibran.
"Berbahagialah hati yang ada cinta .Hati yang berputik bahagia wajahnya sarat dengan senyuman .Maka betapa segala kebahagiaan menjadi lambang kekuatan cinta bila menguasai jiwa.Semuanya bagaikan milik kita keindahan ini..........
Ikrar cinta ingin melukis bahagia.Bersatu hingga ke penghujung dunia.Malah mati pun mahu bersama.Ke syurga sekali pun ingin berdua..
Akhirnya aku tahu juga punca perpisahan mereka.Perempuan memang pandai berlakon.Menyembunyikan keburukan suami..hanya kebaikan yang di tonjolkan.Perempuan setia dan cukup berharap mahligai indah berkekalan.Perempuan lupa akan kebahagiaan diri sendiri.Perempuan terlalu mengagungkan suami yang di kasihi sehingga lupa diri di aniaya.Bagaimana lagi mahu kuceritakan peribadi perempuan yang suka berkorban sehingga mengabaikan diri sendiri....
Layang-layang telah terputus talinya...tali cinta telah terurai..sayapnya telah patah.Hatinya jua di dera,cedera ini menambah sakit hati..sesakit hati sebenci mana pun kita kepada orang yang telah melukakan kita..kita tidak berupaya ...kerna anak adalah pertalian darah yang kekal!
Kusangka patah si butang peniti
Rupanya nenas di balik reban
Kusangka patah tak tumbuh lagi
Rupanya tunas di balik dahan
syawal bulan kemenangan setelah kita berjuang melawan hawa nasfu.Syawal untuk saling bermaafan.Sayangnya Syawal telah mengirimkan dosa yang sukar di ampunkan..bila dia ke pejabat agama penceraian itu belum di daftarkan lagi.Mudahnya kerja si suami..aku rasakan hak dan kebebasan bertindak ada di tangannya.Apabila seseorang itu menegakkan haknya,dia tidak boleh di persalahkan .Tidak ada manusia yang mahu rugi..Kalau pun kita tidak boleh menduga apa-apa yang akan berlaku pada masa yang datang,kita boleh mengambil langkah untuk lebih teliti dalam menunaikan segala hasrat kita.Bukan di perlemahkan dengan mudah,di perdayakan sesuka hati.Malang tidak berbau tetapi nasib dia seperti sudah jatuh di timpa tangga.Belum habis kesedihan kerna kematian ibu,suami tinggalkan dgn lafaz talaq...betapa pahitnya kenyataan!
Bila di nasihat oleh imam untk berdamai dan rujuk semula,harapannya pudar.Semakin hari semakin banyak keburukan suami terdedah.Rakan baik dan sahabat yang dulu menutup mulut sekarang jelas satu persatu rahsia aktiviti si suami.Semuanya mula berterus-terang..aibnya bila berkasih dengan kepunyaan orang..
Semasa berada di tempat tinggi,kita dapat memandang sesuatu dengan jelas.Walau pun dari jauh nampak nyata..begitu juga jika berada di puncak kejayaan.Andai kita tidak berhati-hati dan sedar dengan suasana kita ..satu hari pasti kita akan jatuh.Tentunya sakit dan terseksa
Begitulah dengan berita yang ku terima .Sahamnya kian jatuh,maknanya asetnya kian merudum...beringatlah selalu kerana setiap kejahatan pasti kan di balas dengan keburukan,tiap-tiap kebaikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan tindakan kita.Justeru jangan kejar yang belum tentu menjdi kepunyaan kita kerana kepunyaan kita telah ada dalam tangan kita !
MERPATI DUA SEJOLI,TERBANG DUA SEKAWAN
DI MANA ADA MATAHARI,DI SITU ADA BULAN....
Cinta bagaikan sebuah arca indah yang tersimpan di persada hati.Namun manusia jahil menilai dan tidak mahu menghargai cinta anugerah Allah.Keindahan cinta seperti arca akan hancur berderai menjadi serpihan -serpihan yang melukakan jiwa-jiwa yang ada cinta...
Adat tidak lekang dek panas
Adat tidak lapuk dek hujan
Adat tersurat pada kertas
Adat tersirat dalam sunnah
Walau pun hari ini mungkin kita tidak dapat bersama melihat bintang namun aku selalu ada ,cintaku selalu ada..
PERkahwinan bermula dengan kegembiraan
Perkongsian menjadi sebahagian nya dan kasih sayang umpama jantungnya.KebaHagiaan dan kegembiraan boleh bertukar menjadi hambar apabila perkongsian kasihsayang tidak lagi di jaga dan di baja..siramilah dengan air kasihsayang,kerna sesungguhnya CINTA ABADI itu amat agung dan istimewa.Hadiah dari Tuhan untuk hambaNya.
"Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan sesorang wanita itu rela membersihkan lantai rumahnya sambil menyanyi sekalipun selepas suaminya memijak lantai rumah itu dengan kasutnya yang sangat kotor"-kata-kata pujangga Hoosier Parmer.
Betulkah begitu???????????????Ohh...tidak bagiku!
Aku percaya kata=kata pujangga pilihanku HAMKA:
'Cinta manusia melalui beberapa pintu.Ada pintu kasih,ada pintu sayang dan ada pintu rindu.Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati.Benarkah?????????
Aku tidak mahu kemarau setahun rosak dek hujan sehari...aku tetap menapak menjejaki CINTA ABADIKU!

Sunday, October 16, 2011
MENGIRA BINTANG DI SIANG HARI
"Bahawa perpisahan adalah kesakitan yang amat rahsia tetapi ia adalah kelansungan hidup tak pernah mungkir"-kata-kata petikan penyair Awang Abdullah.
Siapa pun di antara kita pernah merasa sakit.Sakit hati atau jiwa yang di lukai.Sakit mata saat memandang sesuatu yang di luar jangkaan.Sakit kepala bila kerunsingan melanda.Sakit telinga bila ada kata-kata sindiran atau kata-kata sinis menerpa di halwa telinga.Sakit yang pelbagai bila seluruh sendi dan anggota tubuh mula kekurangan imun.Sakit darah tinggi bila kolestrol tinggi dalam badan.Sakit kencing manis bila kandungan gula dalam darah sudah tidak dapat di kawal lagi..semuanya kesakitan fizikal jelas nampak menonjol..tak perlu di cerita....namun sakit hati bila sesuatu yang di sanjung menjadi satu kebencian.Semuanya berpunca dengan perkataan"SAKIT".
Sakit yang menderita oleh barah bila kuman atau virus kian merebak.Nanah akan mnjadi kudis...kudis yang akan menjadi bisul.Menjadi barah...maka kita akan berusaha untuk menyembuhkan sedaya upaya.Berjuang untuk hidup sehingga kita sanggup menghabiskan harta dan wang asalkan penyakit itu dapat di sembuhkan secepat mungkin.Menamatkan derita yang berlebihan,membuang sisa luka.biar semua derita itu itu bernoktah!
marilah kita berselawat Syifa':"Ya Allah,berilah rahmat ke atas penghulu kami,Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda ,Engkau menyembuhkan hati-hati ,menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda"(terjemahan).
Lima belas tahun dulu ketika aku mengidap satu penyakit yang sangat melemahkan fizikalku,aku berusaha sedaya upaya.Ke hospital,perubatan alternatif secara tradisional dan apa saja asalkan derita setiap bulan itu sembuh atau berkurangan.Berjumpa pakar sebulan sekali,Sebelum tu semasa baru melahirkan anak pertama aku telah pun melakukan pembedahan membuang tonsil di kedua kerongkongku.Kemudian suamiku pula melakukan pembedahan berkaitan 'sinus' dalam hidung.Itupun setelah tiga bulan aku melakukan pembedahan pertamaku.
Bila aku menderita ketumbuhan yang amat menganggu kesihatan dan kesejahteraan harianku...aku masih berusaha.Arwah ayah tiriku turut mencari ubat penawar..berbagai akar kayu dan daun yang boleh di jadikan ubat aku sapu setiap waktu.Pakar belum dapat mengesahkan penyakitku walau sample darahdan ketolan dan daging di ambil.Akhirnya pelbagai andaian timbul di kalangan saudaraku.kononnya aku mengidap barah...semuanya untuk menambah deritaku.Mereka lebih pakar dari doktor yang merawat kes aku..namun saat aku bersujud di depan Tuhan,aku tahu kesakitan ini hanya cebisan ujianNya.
Aku terus mengamalkan satu doa yang amat mustajab.Aku sentiasa membaca doa ini sehingga tanpa aku sedari ketolan dan derita penyakitku hilang tanpa kusedari.Doktor juga hairan dan bertanyakan dari mana aku berubat.Aku berdoa siang dan malam dengan kalimah.Bismillahirrahmannirrahim:Bismillaah.Bismillaah.Bismillaah,A,uudzu billaahi wa qudratihii min syarri maa wa uhaadziru' yang bererti:Dengan Nama Allah,aku berlindung pada Allah dan KudratNya dari kejahatan penyakit yang ku derita dan aku takuti"Aku baca sambil memegang tempat yang sakit tujuh kali berturut-turut,aku ulangi tanpa jemu sehingga aku terlena!
Kemudian beberapa tahun yang lepas,ketika acara paling berprestij akan berlansung di Langkawi(LIMA) sekali lagi aku tiba-tiba sakit.tiada jalan secara tradisonal..sekali aku membuat pemeriksaan aku pasti aku deritai penyakit batu hempedu.Aku meminta izin suamiku dan kaum keluargaku,akhirnya aku ke KMC.pembedahan berjalan lancar.RM 5,oooo..Ya Allah,mohon berilah aku kesejahteraan zahir dan batin untukku sekeluarga..
Bukan kah kesakitan itu teramat rahsia?
Walau apa pun halnya,kelansungan hidup itu amat penting.Kita percaya segala aturan hidup telah tertulis jelas sejak kita dalam rahim ibu lagi.Hanya jiwa dan persaan kita yang terlalu meminta -minta untuk hidup sempurna tanpa sebarang ujian.Betapa jahilnya kita menilai..bukankah kesakitan itu satu ujian semata?
Tiada seorang pun di dunia ini yang akan terlepas dari ujian atau kesakitan.Kalau tidak menderita fizikal mungkin kita mengalami tekanan emosi...sehingga jiwa tidak tenteram.Satu hari kita akan merasa juga satu kesakitan,kehilangan dan kebahagiaan.Satu hari apa yang kita pegang akan terlepas juga bila kita tidak berhati-hati..cinta yang kita miliki juga akan pudar kalau kita tidak tahu menggilapnya..benih yang kita tanam akan mati kalau kita tidak tahu meracun dan membajainya...bukankah air dan baja itu satu bahan untuk menyuburkan tanaman.Racun untuk membunuh makhlok perosak...sesuatu yang pahit permulaannya munkin di akhirnya mendapat kemanisan.Insya'alllah..
Kadang-kadang sedikit ujian dan kepahitan memaksa kita merasa sakit hati dan berperangka buruk dengan takdir Allah.Bagiku tiada sempadan atau halangan untuk kita berusaha di atas setiap kekurangan kita.Aku tidak mahu terkandas dalam mentaliti yang sempit.Sekali pun derita atau penyakit itu berpanjangan kita mesti jujur menerima kehendak Tuhan.
Musim bunga jika berlalu kan Tuhan gantikan dengan musim dingin.Hujan atau panas tetap satu pemberian.Jika di hitung pada detik yang telah berlalu,masa tidak pernah berbohong untuk mengatakan sesuatu yang betul dan hakiki.Penyakit juga tidak pernah mengira usia.Sesuatu yang benar tidak akan berubah ..Jika seorang gembira seluruh dunia akan ketawa bersamanya.Jika sesorang bersedih ,dunia akan tinggalkan kesepian untuknya..Dunia akan menerima kematian dan kelahiran setiap saat.Bukankah terlalu istimewa bila kita di lahirkan sebagai manusia?Menjadi khaifah di muka bumi dengan amanah dan tanggungjawab..
Kekayaan manusia satu keberuntungan hari depannya di dunia..bukan pula satu dosa memiliki harta..bukan juga satu kesalahan.Jika anda memilik kekayaan maka berinfaqlah ke jalan Allah.Jika anda di landa kesakitan..ia juga bukan satu siksaan namun ia satu kedewasaan yang membuat kita memahami bagaimana rasanya derita orang yang sakit merana.Jadi bersyukurlah seandainya kita belajar menjadi manusia berperi kemanusiaan.Penyakit jasmani dan penyakit rohani mengiringi perjalanan hidup kita.Untuk mengubati keduanya pulihkanlah rohani,pasti jasmani turut sihat kerana rohani itu adalah tangkai jiwa!
Namun kita berharap kesakitan tidak akan berpanjangan ..kerna sakit yang di rasakan adalah penderitaan.Pepatah Arab ada menyebut:"Perkahwinan itu bagaikan sebuah benteng yang di kepung musuh,mereka yang di luar ingin masuk ke dalamnya dan kita di dalamnya ingin keluar"-begitulah aku rasakan bila menderita dengan penyakit yang di turunkan Allah.Namun pepatah mengatakan tiap-tiap penyakit ada penawarnya.Ubat setiap kesakitan adalah kesabaran dan ketabahan.Lalu aku teringat kata-kata yang menyuntik motivasi dalam aku mendepani setiap permasaalahan yang datang.Kemiskinan jiwa lebih mengerikan lagi dalam hidup drp terus hidup dalam kemiskinan harta benda.Aku yakin kekuatan jiwa akan membuka mata dan minda untuk kita terus melangkah..sekali pun langkah ketika sakit ..
Masa sungguh cepat berlalu..luka fizikal boleh kita nampak tetapi luka di hati siapa yang tahu......Tuhan telah berikan aku peluang untuk hidup sejahtera.Mengubah sisi yang sering lalai,memilik keluarga bahagia..sebelum berakhirnya kalam hari ini ingin kutulis lagi perumpamaan:"Orang yang memfitnah umpama buluh yang di bakar dengan sekam.Akhirnya musnah buluh serumpun tetapi orang yang di fitnah umpama lalang terbakar.Apabila hujan ia kembali hidup subur".
Akhirnya aku dapat membezakan mana satu kaca.mana satu permata!
Kata Plato-KEBENARAN ADALAH KEKAL ABADI.
YAA HALIIMU YAA 'ALIIMU YAA'ALIYYU YAA'ADHIIM.
"Ya Allah TUHAN yang maha kasihsayang,TUHAN yang maha tahu,maha tinggi dan maha besar...
Hilangkanlah kedukaanmu dengan ayat-ayat mustajab ini.Insya'Allah...

Saturday, October 15, 2011
TALI CINTA.
"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekali pun ia benar,dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walau pun dalam bercanda,dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya"-HR ABU DAUD.
Bismillahirrahmannirrahim...
Firman Allah:"Dan bagi orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami)akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berbuat kebajikan."-Surah An-Kabut:69.
Aku sedang merenung fenomena alam dan kehidupan.Di atas cekerawala luas dan tinggi di awan,bintang-bintang bercahaya.indah.Hati girang.Senyuman terukir di bibir...indah yang sementara.Ia akan hilang bila esuk mentari menjelang.Namun tiap detik yang bergerak akan ada juga persoalan dan kemungkinan yang tidak akan terjangka oleh pemikiran .Maka walau aku senyum dengan indahnya bulan dan bintang ,hatiku tetap berbisik.Mengapakah masih ada senyuman yang di tawarkan hanya satu sandiwara?
Aku baru selesai menulis lima cerpen yang semuanya telah ku emelkan ke majalah pilihanku.Aku menulis kerana desakan jiwaku sendiri.Mulanya aku kurang idea namun bila tangan ini mula menekan ke kunci..dengan izin Allah ilham itu datang..suara hatiku selalu berbisik.Menulis apa yang menjadi bebanan emosiku.Nuraniku mendesak.Aku menulis setelah semua urusan dalam rumah selesai..
Di saat aku diam,ilusi membawa memori.Bukan kerana hari ini indah,lalu kita merasa tersangat bahagia.Bukan kerana hari ini aku menerima khabar sedih,aku terlarut dalam kesedihan.Bukan kerana hari ini tidak ada rintangan tetapi semuanya kerana aku masih rasional...aku optimis dalam diriku..Bila aku tersenyum semuanya jadi yakin dan baik.justeru itu aku menyerahkan segenap keyakinanku kepadaNya.
Bila puas kurenung bulan dan bintang yang bisu,sepatah bicara pun tiada.Dunia jadi kaku.Aku memalingkan wajah ke bumi..bumi yang aku pijak ..di sini ada pelbagai rentak.Kadang-kadang akal ku jahil menilai.Bahawa kehidupan ini penuh dengan cerita.Bukan semuanya berkesudahan dengan baik..seperti orang yang jatuh cinta.Merasa cinta itu indah dan bahagia saat di sayang ...merasa cinta sungguh menyusahkan saat kurang di peduli..merasa benci sekali bila perpisahan terjadi.Cinta yang membuat hidup ini sukar untuk di fahami!
Berkatalah hati bila kisah-kisah terjadi di depan mata begini,begitu..padahal senyum dan airmata adalah sesuatu yang berasingan.Namun jika keduanya di satukan ia merupakan saat yang paling menggembirakan.Demikian kata-kata puitis seorang ustaz yang pernah kubaca blognya.Ahhh...anugerah Tuhan untuk hambanya berkarya..aku suka ayat-ayat puitis namun terselit seribu hikmah di dalamnya.
La in syakartum la -aziidannakum-QS Ibrahim:7.
Tidak usah risau terhadap nikmat yang belum ada,justeru risaulah kalau nikmat yang kita ada tidak pernah di syukuri.
Semua umat yang se iman denganku,
Aku baru saja selesai membca sebuah buku karangan Kholid abu sholih-Akhirnya Mereka Lari Dari Neraka.Mereka adalah perindu jannah.Ya nurul Qalbi,di setiap waktu,di setiap penjuru dunia Kau bukakan pintu hidayah.Kau berikan mereka nafas-nafas "La ilahaillallah,Muhammadur Rasulullah.Tersinarlah cahaya islam di hati mereka.Alhamdulillah...Jiwa yang berdosa di bersihkan Allah.Urusan mereka dalam inayahMu.Berubah identiti,berubah keyakinan.Mencari kebenaran yang hakiki.Mereka berserah diri..bukankah TALI CINTA telah mengikat diri mereka?
Mereka sedang kembara dalam perjalanan iman.Mereka mahukan syurga Allah.Perindu jannah ayng berlari mengejar puncak tertinggi.Cinta teragung sehingga mereka lupa derita mereka!Subhanallah,maka tali cinta itu di ikat kuat.Sekian banyak yang di cintai,di tinggalkan.Bolehkah kita berlari seorang diri?Allah dekat dengan kita..sesuatu yang sangat hebat bila mertabat cintakan Allah semakin kuat melanda jiwa.Walau pun cinta kita tak seberapa di depan Tuhan..hati tetap meminta lebih...meminta Tuhan menambahkan lagi keimanan di dada dan berkorban untukNya.
Saudara seiman denganku,
Kulayarkan desah hatiku dalam lautan doa yang sangat panjang..krana aku tahu betapa Tuhan suka aku merayuNya.Airmata yang menitis tersangat berharga..urailah tangisan itu dengan penyesalan..aku tak mahu menahannya..
Aku tidak mahu kehilangan sifat-sifat hakiki dalam diri dan galur kehidupanku.Nilai-nilai luhur itulah yang menyuburkan salam silatulrahimku dengan insan lain.Dalam mimbar-mimbar masjid sering di perkataan.Berbuatlah baik dan berbaktilah sesama manusia.Hakikatnya setiap kebaikan akan ada kebajikan bersamanya.Aku pernah kehilangan aku pernah memilik apa yang aku inginkan ,aku pernah merasa derita dan akhirnya aku pernah bernafas bahagia...
Maka aku tidak ragu-ragu untuk senyum dan mengucapkan rasa terimakasihku kepada insan-insan yang sentiasa dekat denganku.Hidup ini amat singkat..tak perlu ada musuh..tak perlu ada fitnah.Hargailah hidup ini.Bernafas untuk hidup dengan izin Allah..aku bersyukur dengan limpahan rahmatMu yang tidak terhitung banyaknya..
Masa lampau telah menjadi abu.Masa kini bagaikan lilin sedang menyala.Cahayanya berseri..bernafaslah dengan tenang..jika airmata akan menitis maka biarkanlah..bukankah obsesi itu boleh hilang tanpa kita sedari?
Khabar akhir zaman mengatakan dunia ini sudah tua.Dunia ini sudah uzur.Dunia ini sudah cukup sarat dengan kisah dan seribu cerita.ada yang pulang ke daerah yang di benci dengan perasaan cinta.Ada yang maut sebelum sempat mengucapkan dua kalimah syahadah..ada yang bertemu untuk berpisah..ada yang merasa bahagia zahirnya tetapi batin terseksa..ada yang tinggalkan rumput menghijau di laman rumah nya untuk mencium wangi sekuntum ros di taman larangan....ada yang mengira bintang di siang hari(cerpen terbaru yang kusiapkan bulan lepas).....ada yang terpana dengan cerita mesra tanpa sinopsis...
"Jauhilah dengki kerana sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya"-Aun bin Abdullah.
Saudara yang pernah menghadiahkan aku senyuman manis tanpa gula,senyum yang manis bergula-gula..demi kasih aku ingin bertanya:apakah keraguanmu terhadapku?Apakah yang menjadi penyebab berlakunya tawa mesra tapi ada sandiwara?
Jika kau tidak ingin menjawabnya,aku tidak memaksa,cukuplah jika aku katakan bahawa aku sedang belajar menerima kenyataan.Pesepsi kita berbeza malah material kita juga tidak serupa.Segala yang Allah berikan kepadaku ternyata satu anugerah.Syukur Alhamdulillah..Kuasa dan pengaruh.Wang dan harta.Sama nilaiannya ke?
Aku membuang semua himpunan sedih.Aku mulakan dengan nyanyian bahagia.Seindah lagu kesukaanku.HAMBAMU-lagu tema imam muda.Sekarang masa untuk muhasabah diri kerna jarum jam kian 12.00malam.Walau pun mulutku tidak berkata-kata di depanmu tentang keraguanku namun hatiku berteka-teki dengan kejujuranmu.Aku mesti optimis mendepani akal warasku.Lalu kuusir jauh-jauh setiap perasangka buruk itu..meski pun kau telah lukakan hatiku...aku bersedia memaafkanmu .Saudaraku,berita yang sungguh menyedihkan bila manusia telah hilang rasa kemanusiaan dalam dirinya,sirna semua kejujuran,sirna segala kebenaran..hanya semata wang atau harta berlebihan!
Terimakasih untuk semua senyuman yang pernah ku terima.Kebebasan peribadi kita untuk menilai..orang lain yang yang hakimnya dan Tuhan menghukum kita di atas setiap perilaku kita.Tuhan,maafkan aku di atas kelemahanku.
Qs An Nur:35.
"Tuhan dapat memberikan cahayaNya kepada orang yang di kehedakiNya".
Tuhan,berikanlah aku cintaMu untukku hilangkan rasa sepiku......"tunaikanlah amanah kepada yang mempercayaimu dan janganlah engkau khianat kepada yang mengkhianatimu"-HR ABU DAUD.
Salam ukwah islamiyah dariku dengan harapan engkau beroleh kebahagiaan abadi seabadi kasihsayang Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s.Jalanilah ibadah korban.berkorbanlah untuk kebahagiaan akhirat kita.Insya'Allah..

Thursday, September 8, 2011
KHILAF
KHILAF.
Firman Allah Ta`ala:
Harta benda dan anak-anak itu menjadi perhiasan di dunia.Ayat 46-Al-Kahf.
Berulangkali kata-kata Ustaz Firdaus terngiang-ngiang di telingaku.Katanya harta kekayaan ,kemewahan dan anak-anak adalah satu cubaan bagi umat manusia di mukabumi ini.Kita bekerja keras untuk mengumpul kesenangan harta benda.Kita berusaha tanpa jemu dalam mengejar impian hidup.Kita tenggelam dalam arus dunia.semua nikmat kita terima sepanjang masa.Tetapi berapa banyak di antara kita yang bersyukur di atas kurniaan Allah ini?
Aku terus berfikir lagi bila aku terbaca kata-kata hikmat pemimpin yang ulung ini.Katanya dunia ini sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia tetapi tidak akan pernah cukup untuk memuaskan ketamakan hati hanya seorang anak Adam.Demikian pendapat yang kukira sangat membuat aku insaf dan bersujud lama di atas sejadah.!
Kalau selama ini aku tiada masa kerana terlalu sibok dengan urusan dunia namun semuanya berubah bila aku kehilangan anak bongsu ku .Anak lelaki tunggalku yang berusia 2o tahun.Peristiwa inilah yang mengajar aku kembali mengenal tikar sembahyang.Aku bukan bapa yang baik atau sempurna.Aku lalai dalam mengejar kemewahan dunia.Aku bekerja keras untuk memastikan keluargaku hidup bahagia seperti orang lain.Masaku banyak dengan mencari wang malah saat perniagaanku semakin mantap aku jadi amat sibok.Jika 24jam sehari di isi dengan masa bersama keluarga,beribadah dan masa untuk berjemaah tapi berbeza dengan gaya hidupku.
Aku bekerja siang dan malam.Ada tikanya aku berurusan di luar negara dengan mencari keuntungan berlipat ganda dari pelaburan asing.Aku berpegang teguh dengan pepatah lama iaitu yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang.Alang-alang menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Bila aku mengenggam bara api ,akan kugenggam sehingga menjadi abu!
Ayuni isteriku sangat berbangga dengan pencapaianku.Telah 30 tahun kami hidup sebagai suami isteri.Dua orang anak sudah memadai kerana Ayuni serik dengan alahan dan pembedahan setiap kali melahirkan anak.Alasannya lagi bentuk badannya akan berubah.Dia juga tidak mahu aktivitinya terganggu dengan beranak ramai walaupun kami ada orang gaji.Ayuni berkeras untuk tidak menyusukan sendiri dengan susu badan kerana tidak mahu bentuk badannya tidak cantik seperti anak dara.Aku sangat sayangkan Ayuni sehingga aku tidak pernah membantah segala hasratnya.
Pernah satu waktu dulu emak menegur aku tentang Ayuni dan cara aku mendidik Alia dan Norman.Emak dan ayah sudah tidak tahan melihat cara kehidupan keluargaku.Seminggu emak dan ayah tinggal di rumahku sudah cukup untuk emak merasa sedih dengan cara aku mengajar mereka.
“Mak bukan nya nak masuk campur hal rumah tangga engkau tapi kau sangat lemah.Isteri kau tu umur dah meningkat hidup bersosial sana-sini.Sekejap ada parti ,sekejap ada dinner dan entah apa-apa lagi.Tenguk cara berpakaian mendedahkan aurat.Kepala tak bertudung,baju terdedah.Mak tak pernah tengok kamu semua sembahyang.Anak-anak kau pun sama,keluar siang malam baru pulang.Apa yang mereka buat?”mak seperti tidak puashati dengan keluargaku.
“Ala mak,mereka dah besar,tahulah jaga diri.Ayuni tu bukannya apa,dia banyak teman .Jadi apasalah sesekali keluar makan kat luar.lagipun dia banyak masuk persatuan dia kena aktif mak”aku cuba untuk membela isteriku.
“Tapi ayah nampak hidup kau kucar-kacir.Kau sendiri tak ada masa nak bersama mereka.Ada kau tanya ke mana Alia keluar dengan budak lelaki tu?Ada kau selidik dengan siapa Norman berkawan?Ayah menambah .
“Mak tak pernah tengok engkau sekeluarga berjemaah.Entah-entah sembahyang pun tidak”luah mak.
“Mak,Lan tak ada masa.Pandailah diaorang uruskan hidup.Lan dah beri pelalajaran ,beri duit.Hidup senang lenang ni pun Lan nak pastikan diaorang sempurna macam orang lain.”balasku tidak mahu mengalah dengan leteran mak dan ayah.
“Lan,sebagai suami dan ayah tugas kau bukan setakat memberi nafkah,menyediakan makan minum atau tempat tinggal yang semewah ini.Tapi kau bertanggungjawab memastikan semua ahli keluarga kau menunaikan kewajipan terhadap Allah.Memberi perlindungan dan kasih sayang.Kau kena tahu apa yang anak isteri kau buat.Kau kena tanya adakah mereka sudah mensyukuri nikmat Allah selama ini.Bukan sekadar memberi kemewahan material tanpa mempertimbangkan nilai rohani mereka.”wahh,bukan main mak berceramah.Ayah mengangguk dari belakang tanda setuju dengan pendapat mak.
Aku terkedu,tak mampu untuk melawan cakap mak lagi.Semua yang mak cakap benar belaka.Aku tidak sanggup di gelar anak derhaka.Aku tahu betapa sedari kecil dulu kedua mereka membesarkan aku dengan deraian airmata.Semasa aku kecil kehidupan sekeluarga amat susah.Mak di pinggirkan oleh abang-abang nya kerana harta.Bukan salah emak.Panjang cerita ini tapi aku simpan kemas di lubuk hati peristiwa yang berlaku dulu.
Emak anak tunggal nenek.Seramai empat 0rang lagi semua lelaki .Semasa nenek sakit emak dan ayah menjaga nenek sehinggalah nenek meninggal dunia.Nenek berwasiat harta nenek di serahkan kepada emak.Tanah di hujung kampung seberang menjadi milik emak.Bapa-bapa saudaraku tidak berpuashati dan mereka menuduh emak yang memujuk nenek untuk memiliki tanah itu.Pada hal emak pun tidak tahu yang nenek akan meninggalkan wasiat begitu.
Mereka tidak senang hati dengan pembahagian itu.Kononnya tanah di seberang mempunyai nilai yang tinggi berbanding tanah sawah yang mereka dapat.Pak Long dan isteri nya beria-ia menuduh mak dan ayah memujuk nenek dalam hal ini.Mak dan ayah sangat malu dengan tohmahan Pak Ngah,Pak Lang sehingga semua orang kampung tahu bahawa kerana hartalah yang menjadi punca perbalahan dalam keluarga nenek.Sejak itu mak dan ayah tidak peduli lagi kerana harta mereka sekeluarra bertelingkah,bermasam muka.Ipar duai tidak bertegur sapa!
Bila emak dan ayah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,masing –masing bawa hal sendiri.Aku sudah di sekolah menengah ketika itu.Ayah mendapat tender sebagai pengusaha kantin sekolah .Ketika itulah rezeki kami bertambah.Aku kagum dengan semangat ayah.Aku bangga kerana walaupun emak di sisihkan oleh keluarga sendiri emak tetap bertahan .Emak tetap setia dengan ayah.Berkongsi suka dan duka.Emak tetap tersenyum setiap kali memandang wajah anak-anak.Emak tidak pernah bersungut pada kami bagaimana sukarnya membesarkan kami.Ayah dan emak memberikan kami pendidikan agama.Ayah akan merotan kami jika kami tinggalkan sembahyang.Kak Ngah juga pernah di marahi ayah kerana cuba untuk keluar malam.Ayah menyatakan sebagai anak perempuan Kak Ngah wajib menutup aurat.Tidak se helai rambut pun diizinkan nampak ayah jika Kak Ngah akan keluar rumah.Ayah dan emak sangat tegas dalam didikan agama.
Bila aku teringat kembali sejarah lama,aku jadi takut untuk melawan cakap emak dan ayah .Apa yang emak luah kan itu semuanya betul.Aku mengabaikan keluargaku sendiri.Namun aku malas nak bertegang leher dengan Ayuni.Ayuni sangat sosial dan moden.Keluarga Ayuni orang bandar.Pernah dulu aku cuba menasihatinya agar kurangkan aktiviti sosial namun nak tahu apa jawapannya?
“Ala,dah hampir 30 tahun kita kahwin ada abang pergi berjemaah di masjid?Sekarang baru abang nampak keburukan Ayuni?Selama ini pernah abang ada masa untuk Alia dan Norman?Pernah abang tanya mereka adakah mereka bersolat? Jadi Ayuni rasa biarlah kita macam dulu juga.”balas Ayuni angkuh.
“Abang akui abang telah mengabaikan Ayuni dan anak-anak.Sekarang abang ingin perbetulkan apa yang silap tu. Abang harap Ayuni sedia berubah.Masa depan anak-anak yang penting.Mereka kurang didikan agama dan kita masih belum terlambat untuk membaiki kekurangan kita...”ungkapku penuh makna.Moga Ayuni mengert i apa yang ingin kusampaikan.
“Sejak bila abang jadi macam ni.Mungkin sejak emak dan ayah datang tempohari?Ayuni baru perasaan mak dan ayah lain macam saja bila pandang Ayuni.Malah mak turut marah pada Alia dan Norman.Patutlah Alia dan Norman mengadu yang mereka tak suka di tegor oleh mak dan ayah abang hari tu”jelas Ayuni lagi.
“Ayuni,diaorang tu cucu mak dan ayah.Memang patut pun mak tegor.Mereka biadab dan keterlaluan.Tok dan Tok Wan pun tak tahu nak di hormati.Selama abang sibok berkerja,apa Ayuni tak tegor ke perbuatan mereka?tanyaku lembut.
“Abang ingat saya ada masa untuk semua tu?Kan saya pun macam abang sibok.Jadi abang nak salahkan Ayuni dalam hal ni? Tanggungjawab abang lah ,jangan semuanya abang nak letakkan di bahu Ayuni”rungutnya.
Aku tahu bercakap macamanapun Ayuni tak akan mengalah.Malah suaranya semakin meninggi mengundang banyak masaalah lagi jika berterusan bertekak.Aku faham sangat dengan Ayuni.Kadang-kadang aku fikir seperti telah tersilap memilih!Belum sempat aku melangkah menaiki anak tangga ke kamar tiba-tiba telefon berdering kuat.Ayuni tidak mengangkat.Mungkin menunjukkan rasa marah di atas teguran aku tadi.Mungkin memprotes tindakan aku sehingga membiarkan telefon berbunyi nyaring tanpa di angkat.Aku bergerak menuju ke ruang tamu.Tentunya ada hal penting kalau tidak masakan begini lama telefon berbunyi.
“Hello,boleh saya bercakap dengan Encik Azlan.Ini penting!’
“Ya saya Azlan,ada apa hal sehingga lewat malam menghubungi saya?’balasku.
“Encik di kehendaki datang segera ke hospital.Anak lelaki Encik terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang ada di hospital’.sayup bunyi suara di hujung talian tapi aku faham dengan maklumat yang di berikan.
Ayuni bergegas mendapatkan aku tanpa banyak soal lagi.Dalam perjalanan ke hospital hanya berdiam diri banyak berisfighfar semoga tiada yang buruk terjadi.Ku berpaling ke wajah Ayuni.Sugul dan masih terkejut.Aku cuba bertenang sebaik saja melangkah kaki ke unit kecemasan.Setibanya aku di katil doktor memberitahu kecederaan Norman sangat parah.
“Maafkan kami,anak Encik tidak dapat di selamatkan.Dia baru saja menghembuskan nafas terakhir walau pun kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya.Semua nya di tangan Allah.Bersabarlah dengan dugaan hebat ini”terang doktor muda penuh hemah.
Apa yang sangat menyedihkan aku ialah Norman memandu dalam keadaan mabuk.paras alkohol di dalam badannya melebihi tahap yang membimbangkan sebab itu dia gagal mengawal stering lalu merempuh kereta lain.Kemalangan ini sangat ngeri.Ayuni terkulai tanpa dapat di tahan.
Sejak itulah aku mula menghayun langkah ke masjid.Bertemu dengan Ustaz Firdaus.Mendengar semula ceramah agama seperti aku di bangku sekolah dulu.Padahal semua itu telah aku pelajari dulu.Malah ayah dan ibu telah menerapkan semua nilai-nilai murni itu sejak tahu kenal abjad A,B hingga Z.Malah hingga aku bertemu Ayuni yang cantik manis ini.Ayuni yang menjadi pujaan ramai jejaka.aku yang tidak pernah jemu memikat sehingga Ayuni yang bebas lepas menjadi isteriku.Walaupun banyak perbuatan dan kata-katanya banyak menyakitkan hatiku,aku tetap sayangkannya.
Mak dan ayah yang tidak berkenan dengan tingkah laku isteriku pun terpaksa tunduk dengan keputusanku.Kata Ustaz Firdaus masih ada harapan untuk aku membimbing Ayuni dan Alia.Kehilangan Norman memberi keinsafan padaku.Ustaz Firdaus membaca satu terjemahan Al Fudhail bin Iyaadh yang membawa maksud:Siapa yang benar-benar takut kepada Allah maka ketakutan itu memimpinnya ke jalan yang baik.Ditambahnya lagi hadis Nabi yang mengatakan permulaan amalan bermula dengan niat.
Hatiku menjadi tenang dan aman bila sujud memohon keredhaan Allah.Aku berazam untuk mengubah gaya hidupku.Benarlah bijak pandai berfalsafah:money is not everything but everything is money.Money makes world go around!
Selama ini aku telah hidup mewah.Punya isteri cantik menawan.Anak-anak sepasang.Semuanya aku ada.tapi aku kufur dengan nikmat Tuhan.Aku gagal memberikan didikan spiritual dalam keluargaku.Aku tidak berjaya untuk membina jiwa Islam dalam keluargaku.Walaupun aku berjaya dalam perniagaan sahamku berlipat kali ganda di pasarn saham tapi jiwa keluargaku muflis.Miskin tanpa iman.Ayuni masih sibok berparti walaupun baru kehilangan anak lelaki yang paling di sayangi,aku pula hilang pewaris kepada semua harta-hartaku.
Aku berniat akan mewakafkan separuh kekayaanku untuk baitulmal.Moga-moga berkat kehidupanku selepas ini,biarlah semua musibah yang terjadi menjadi satu pengajaran.Walau apapun nanti pendapat negatif dari Ayuni dan Alia aku tetap akan terima.Mak dan ayah sangat setuju dengan ideaku.Cuma aku menunggu masa yang sesuai untuk menyampaikan hasrat yang satu ini.
Malam Jumaat yang mulia usai solat maghrib aku cuba mendekati Ayuni.Aku melihat Ayuni siap berdandan cantik dan berpakaian agak seksi.Aku menggeleng kepala seraya hatiku berbisik bila lagi Ayuni akan berubah.
“Ayuni,abang ada hal nak bincang dengan Ayuni.Dah lama abang pendamkan.Abang rasa malam ni sesuai lah.”lembut nadaku seakan memujuk.
“Hal apa cakaplah cepat.Ayuni tak ada masa ni”
“Ayuni nak ke mana,malam ni malam Jumaat.Anak kita baru saja meninggal.Kan elok duduk kat rumah dan kita sama-sama bacakan Surah Yassin mendoakan kesejahteraan roh anak kita.Moga Allah menempatkan nya bersama golongan yang beriman.Ini pakai cantik-cantik nak ke mana?”
“Abang jangan nak buang masa Ayuni.Malam ni Datin Mimi buat parti sambut kepulangan anak si Kamal yang baru balik dari over sea tu.Abang nak cakap apa pulak,cepatlah.Nanti Carmilia yang datang jemput saya tertunggu-tunggu pulak.”rungutnya keras.
Aku jadi kurang senang dengan tindak tanduk Ayuni.Semakin menjadi-jadi walaupun umur sudah menjangkau 50an.Sampai bilakah dia akan insaf.Adakah aku seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berseronok seperti orang muda?Bukankah nusyuz seorang isteri bila membelakang suami dan sering meninggikan suara tanpa ada rasa hormat lansung kepada suami yang selama ini setia bersabar dengan kerenahnya sepanjang masa?Nauzubillahiminzalik!Jangan sampai Ayuni menjadi isteri yang nusyuz.Bisik hatiku.
“Ayuni,abang rasa abang dah buat keputusan untuk menderma separuh dari harta abang kepada badan kebajikan yang sangat memerlukan wang.Abang juga telah berjanji dengan Ustaz Firdaus untuk turut sama menderma bagi tujuan mendirikan sebuah masjid baru di sini.Abang Cuma nak tanya pendapat Ayuni...........belum habis aku berbicara tiba-tiba ada suara yang mencelah”Alia tak setuju,nanti kita jatuh miskin .Alia tak sanggup hidup susah.Tentu semua Alia tak nak berkawan dengan Alia lagi”
“Masya allah,jangan buruk sangka seperti itu Alia.Kita masih ada simpanan yang menjamin kehidupan kita,ayah Cuma ingin berbakti dengan tujuan mengeluarkan zakat .Ayah juga berhajat untuk menyalurkan apa yang kita mampu ke jalan Allah.Moga hidup kita lebih berkat”terangku satu persatu.
“Ayuni pun sama macam Alia.Tak setuju.Nanti perbelanjaan kena catu.Tak biasalah Ayuni hidup susah”bantah isteriku.
“Abang cuma nak minta pendapat bukannya suruh buat keputusan!”
Tidak ada guna aku memujuk.Ayuni dan Alia terus ke majlis yang di adakan di rumah Datin Mimi.Aku mencapai Al-Quran dan terus membacanya sehingga aku tidak perasan bila waktu mereka pulang.Allah memberikan aku dugaan sebagai ketua keluarga.Aku bertanggungjawab mengembalikan akidah mereka yang kian tersasar.
“Ustaz,saya sudah berusaha namun Ayuni dan Alia tetap macam tu juga.Kadang-kadang saya rasa putus asa dan malu dengan orang lain.Cuba Ustaz berikan jalan lain pulak”
“Jangan sesekali merasa jemu atau putus asa.Banyakkan bersabar dan berdoa.Bertawakallah kepada Allah.Allah tempat kita mengadu.Isteri abang memang ada ciri-ciri seorang isteri yang nusyuz .Namun Allah mempunyai Rahman dan Rahim.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Ayuni juga terlalu mengikut perasaan,mungkin dia tertekan dengan kematian Norman.Walau bagaimanapun kita mesti bertindak secara lemah lembut,berhemah agar dia akan secara perlahan dapat melakukan perubahan.Semuanya dengan izin Allah.”
Aku memujuk hatiku dengan meminta pandangan ustaz Firdaus.Terasa aman dan tenang.Malam harinya aku menunaikan solat hajat dan tahajud.Meminta Allah membuka pintu hati Ayuni dan Alia agar bertaubat .Aku mesti bersikap waras kerana aku percaya itulah satu-satunya jalan terbaik.Secara rasional dan logik aku dulu yang berubah,beramal ibadat dan meninggalkan perbuatan lama.Perubahanku dapat di hidu oleh kawan-kawanku.Pelbagai reaksi yang ku terima.Apa pun anggapan mereka aku terima dengan senyuman.Mak dan ayah turut gembira melihat aku sudah kembali seperti dulu.Mensyukuri semua nikmat Allah dengan hati yang penuh tawaduk.
Pagi itu aku sungguh terkejut bila aku bangun Alia sudah tiada di sisiku.Aku ke bilik air tiada.Bila aku melangkah ke kamar sebelah aku menjadi sungguh terkedu.Alia sedang sujud di tikar sembahyang lebih awal dariku.Ku perhatikan dari jauh,begitu kuasa Allah Ta`ala.Di turunkan musibah sebagai peringatan untuk kami sekeluarga.Bukan sebagai menzalimi tetapi untuk di uji sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Benar-benar Kami akan tunjukkan jalan Kami kepada mereka.(surah an-Kabut ;69.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri mengubah keadaan jiwanya.......”Kurasa doa ku amat mustajab sehingga di pagi yang hening kulihat airmata seorang isteri yang amat kusayangi jatuh jua membasahi pipi.Belum sempat aku berpaling Ayuni datang memelokku dengan penuh insaf.
“Maafkan Ayuni bang jika selama ini Ayuni mengabaikan abang,Ayuni terlalu menurut kata hati.Bisikan syaitan telah memperdayakan Ayuni.Ayuni juga sedar telah engkar perkataan abang dan yang paling terok sekali Ayuni hampir menjadi seorang isteri yang nusyuz.Subhanallah,Maha Suci Allah AzzaWajalla telah membuka pintu hati Saya pada hari ini,ampunkanlah dosa Ayuni bang............”
“Syukurlah,abang sentiasa memaafkan setiap kesilapan Ayuni.Abang dapat rasakan Ayuni benar-benar telah insaf.Lupakan apa yang terjadi dan kita bina hidup yang lebih berkualiti pada masa depan”bisikku ke telinganya.
Rupa-rupanya ada sebab lain juga yang menyebabkan Ayuni mahu berubah.Ayuni bermimpi Arwah Norman datang kepadanya dan merayu-rayu agar mamanya berubah.Norman mengajak nya ke satu tempat yang belum pernah di jejakinya lagi .Dalam mimpi itu Ayuni melihat Norman melambai tangan ke arahnya.Bila Norman semakin jauh dan hilang dari pandangan mata,Ayuni dapati ada segaris cahaya menerangi jalan itu.Saat Ayuni memanggil dan melangkah untuk mengejar Norman dia tersadung batu dan jatuh ke jurang yang dalam.Dalam ketakutan itulah tiba-tiba Ayuni terjaga dari tidor dan baru mengerti dia telah bermimpi sesuatu yang belum pernah di alaminya selama ini.
Ayuni cepat-cepat sedar mungkin ada tersimpan makna di sebalik mimpi itu,Airmatanya mengalir laju dan Ayuni bertekad untuk mengubah perjalana hidupnya.Sejuta tembok yang menghalang ,sejuta terusan yang mesti di lalui Ayuni bertekad untuk berhijrah ke dunia kebaikan.Ingin jadi isteri solehah.Tanpa ragu Ayuni bertaubat!
Bumi mana yang tidak di timpa hujan ,manusia tetap pernah melakukan kekhilafan.Kehidupan berubah tanpa kita jangka.Imanlah asas kekuatan kita umat manusia.Sehingga orang yang baik-baik itu di janjikan surga.Surga dimana tempat berhimpunnya para penegak agama!Maka berpegang tegohlah dengan sunnah dan kitab suci Al-Quran.Bersedialah untuk menghadapi apa jua kemungkinan kerana umur dunia kian menuju ke penghujungnya tanpa kita menyedari atau sengaja kita engkari ketentuan Tuhan.Wallahualam bissawab..........
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD
LANGKAWI GEOPARK.290707.
OBSES
Pujangga ada mengatakan bahawa cinta pandang pertama membawa bahagia.Sangat indah dan asyik.Ia pesona jiwa.Malah tidak keterlaluan jika kukatakan cinta pertama penuh dengan sejuta warna.Sukar untuk di ungkapkan melalui kata-kata tetapi membuai perasaan.Terkadang mengundang seribu persoalan.Mungkinkah cinta pertama membawa bahagia?
Bahagia...............sungguh abstrak bagiku kerana aku sendiri pernah merasakan cinta.Pernah jatuh cinta di awal remaja.Asyik.Malam kurasakan lambat bertukar menjadi siang dan siang seperti keberatan untuk menggemilaukan sinar mentari di ufuk menjadi senja.Kadang-kadang aku rasa terperangkap ke dalam satu jurang yang dalam.Tidak mampu mencari penawarnya!Cinta yang bersemi didalam hatiku istimewa untuk Hakimi.Kurasakan hanya Hakimi yang bertahta di jiwaku.Tiada orang lain yang serupa dengannya berupaya mengubah pendirianku.Aku hanya cinta pada Hakimi.Ingin selalu di sampingnya.
Ketika aku dan Hakimi sedang hebat di landa api cinta yang hangat membakar ini,aku tidak peduli lagi orang lain.Aku sedang bahagia meniti hari –hariku.Duniaku seperti di sinari cahaya bintang.Berseri dan gemilang.Hatiku menyanyikan lagu-lagu kebahagiaan.Janji Hakimi bahawa hanya aku yang teristimewa dalam hidupnya.Agung sungguh cinta yang kumiliki ini.Akukah gadis bertuah yang berjaya memikat jejaka tampan penuh karisma,optimis dan berkerjaya hebat ini?
“Aku nampak kau terlalu bahagia sekarang,senyum 24jam.Bertuahlah badan kerana bukan senang nak dapat kekasih sehebat Hakimi.Kalau aku jadi macam kau dah lama aku suruh dia masuk meminang”usik Hana sambil senyum meleret ke arahku.
“Engkau apa kurangnya,setiap hari minggu asyik berkepit dengan boyfriend baru.Jangan terlebih sudu dari kuah.Tapi,aku harap kau akan bahagia kali ni”balasku segera.Kulihat Hana hanya menjuihkan mulut,mungkin tidak puashati dengan kata-kataku.
“Azah,sebagai kawan baik sejak kecil lagi aku rasa senang tenguk engkau senyum .Engkau bernasib baik kerana cinta pandang pertama kau bawa bahagia.Aku ni dah tiga kali asyik putus cinta.Kadang-kadang aku terfikir apakah kesalahan aku”
“Jangan ingat lagi peristiwa lama.Aku tak mahu kau kembali terkenang kisah dulu.Anggaplah semua itu hanya dugaan.Hidup ni kalau tak ada ujian atau cabaran ,bukan hidup namanya.Sebab itu Tuhan berikan kita hati dan perasaan.Untuk saling merasai pahit manis kehidupan.Aku harap engkau dapat buang yang keruh,ambil yang jernih”panjang celotehku namun aku harap ia akan membangkitkan kembali semangat Hana.
“Lelaki ni sukar sangat kita nak faham perangai mereka.Egois.Hipokrit.Buaya darat pun ada.Aku tak kata semuanya tetapi pengalaman aku dulu banyak mengajar aku supaya berhati-hati.Mereka sangat kompleks.”getus Hana sedikit emosional.
“O.k.lah,sekarang jom pergi makan.Perut aku ni dah keroncong.Lupakan fasal tadi tu.Apa yang penting kita isi perut yang kosong.Baru minda cergas”ujarku penuh bersemangat.
Hari ini aku lebih bahagia lagi kerana sekejap lagi rombongan Hakimi akan sampai untuk meminangku.Hakimi ingin kami di satukan sebelum ibu dan ayahnya berlepas ke Tanah Suci Mekah .Ibubapa Hakimi berhasrat untuk melansungkan majlis perkahwinan kami dengan meriah.Maklumlah Hakimi adalah anak tunggal dalam keluarganya.Malah Opah juga berharap aku dapat menjaga diriku dengan baik.Maklumlah sejak zaman kian maju ini banyak sangat perkara tidak elok berlaku.
Hidup ini menjadi semakin manis bila orang yang kita kasihi sangat menyayangi kita.Aku tahu ada orang lain yang terluka bila aku memilih Hakimi.Wan,lelaki sebelah utara yang selama ini banyak menaruh harapan untuk bersamaku merasa kecewa.Maafkan aku Wan ,sebenarnya aku sudah lama jatuh cinta pada Hakimi.Tak mampu kutolak hasratku yang satu ini.Aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi kerana Hakimi adalah lelaki pertama bagiku.Telah tujuh tahun aku dan Hakimi bersama.Cinta kami mekar di saat sehingga kini dan cincin ini menjadi petanda bahawa aku telah bertunang.Wan,hari ini engkau mungkin tewas dalam impianmu tetapi hari esok aku doakan kau menemui perempuan yang lebih baik dariku.
“Wan,adakah menjadi satu dosa bila aku menolak kasihmu?Aku faham perasaanmu.Kecewa,sakit dan marah bila hasratmu terhalang.Cinta tidak boleh di paksa.Cinta sesuatu yang sangat indah.Jangan hanya kerana aku akan menjadi hak orang lain engkau menyiksa dirimu.Keputusan yang kau ambil untuk bertukar tempat kerja di tempat kelahiranmu kurang tepat.Di sini peluang mu untuk kerjaya sepertimu terbuka cerah.Tapi aku tidak berniat memaksamu.”luahku pada Wan sebelum dia berangkat ke tempat baru.
“Tak apalah Azah,mungkin bintangku tidak bersinar di sini namun aku tetap mendoakan kebahagiaan untukmu.Dunia ni pun kecil saja.Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi.Tapi aku tetap berharap kau akan bahagia di samping Hakimi”
Sejak itu aku tidak lagi mendengar khabar Wan.Hana sering mengingatkan aku agar menjaga hubungan aku dan tunangku.Kami menjadi semakin sibuk kerana Hana akan mendirikan rumah tangga minggu depan.Sudah seminggu aku mengambil cuti demi memastikan majlis perkahwinan Hana berjalan lancar.Aku tumpang gembira kerana walaupun telah tiga kali Hana putus cinta dan melalui pengalaman sakit di permainkan lelaki akhirnya Tuhan menemukan jodoh dengan lelaki sebaik Ikram.Anak imam tempat kampung halamannya sendiri.Aku tahu ini pilihan keluarga Hana.Hana patut merasa bangga kerana Ikram setia memimpin tangannya menuju jalan yang di redhai.
“Syukur Hana,Cinta ini satu anugerah Tuhan untukmu.Pengalaman semalam adalah untuk kejayaan hari ini.Tuhan tidak akan menghukum hambaNya yang bersabar .Hari ini mungkin kita kecewa,esok mungkin kita bahagia,ini percaturan hidup.Aku dan Azah pun berharap agar kami akan mengikut jejakmu tidak lama lagi”ungkapan Hakimi pada Hana membuatkan aku semakin gembira.
“Hakimi,aku sebenarnya sangat sayangkan Azah.Aku harap kau jaga dia baik-baik.Aku tahu engkau berdua sangat sepadan.Sebab itu aku tidak mahu ada apa-apa perkara tidak baik menimpanya”Hana melahirkan harapan agar aku dan Hakimi gembira.
Jangan kau ragu keikhlasan aku padanya.Aku benar-benar ingin kami hidup bersama sebab itu telah tujuh tahun kita masih setia dan saling memahami.Aku tumpahkan segala –galanya untuk Azah.Aku lah buktikan selama tujuh tahun ini aku hanya korbankan semuanya adanya.Kau sendiri nampakkan kasihsayang aku pada Azah.Hari ini hari bahagiamu Hana.Aku dan Azah mendoakan kebahagiaanmu.Aku berjanji akan setia dan selamanya menyayangi Azah”luah Hakimi seraya mengenggam erat tanganku.
“Hana,kami harap kau bina hidup baru dan lupakan kepahitan hidup semalam.Pengalaman semalam adalah satu pengajaran untuk kita menyusun langkah mengejar kejayaan pada hari ini.Kau patut berbangga sekarang.Kebahagiaan berada sangat dekat di hatimu”bisikku .Aku mahu Hana faham bahawa hidup ini masih panjang.Banyak lagi onak dan duri akan kita tempuh.
“Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita.Hakikat kita hanya manusia biasa.Namun kita mesti kuat dan tabah.Dalam kehidupan banyak fasa yang harus kita hadapi.Sebelum meneruskan langkah jangan sesekali kita mengaku kalah.Berjuang untukmencari kehidupan sendiri lebih baik dari berdiam diri tanpa membuat sebarang perubahan dalam mengejar impian kita”aku terus berfalsafah.Hakimi mengangguk setuju dengan pendapatku.Dia sentiasa positif dengan ideaku.Mungkin ini sebabnya kami serasi dan selalu sependapat dalam banyak hal.Kami seiring sejalan.
Kringggg...........Kringgggg.Deringan telefon yang kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang.Rupa-rupanya aku sedang mengelamun terkenangkan kisah silam.Kisah yang membuatkan diriku hanyut dan terlontar ke daerah terasing ini.Kubuka jendela pejabatku yang mengadap ke arah laut.Luas terbentang panorama indah di depanku.Air laut yang biru,ombak yang setia memukul pantai tanpa jemu seperti mengerti penderitaanku kini.
Di ruang kamar yang di hias bunga indah tersimpan sejuta memoriku.Akulah bunga mawar yang luka.Putaran kipas yang ligat berpusing tidak sedikitpun menghilangkan resahku .Lantas ku capai gagang telefon yang telah lama berdering.
“Hallo,Siapa tu?Saya Azah.Ada apa yang dapat saya bantu?”aku belum pernah mendengar suara ini.
“Saya Fadillah ,wartawan dari majalah Sinar Kerjaya.Saya ingin mendapatkan berita kejayaan Cik Azah sebagai berita utama majalah kami.Saya harap Cik Azah sudi bekerjasama dengan pihak kami”
“Saya sebenarnya gadis biasa saja.Saya rasa banyak lagi orang lain yang sesuai untuk di temuramah”aku merendah diri kerana itu sikap ku sejak dulu.
“Tapi Cik Azah ,anda seorang gadis hebat.Penuh motivasi dan semangat.Kecemerlangan,kejayaan hidup Cik Azah adalah satu tarikan untuk kami mengetengahkan nya di media.Saya amat berharap Cik Azah bersedia untuk kami”bijak sungguh dia memujukku.
“Macam ni lah,biar saya fikirkan dulu .Awak boleh hubung saya dalam masa seminggu lagi sebab sekarang saya sudah terikat dengan banyak perkara penting.”terangku lembut.
“O.K.lah,saya berterimakasih kerana Cik Azah sedia memahami.Semoga Cik Azah akan terus berjaya”
RUTIN HIDUP.
Sejak aku pulang ke tanahair tiga bulan lalu begitulah rutin hidupku.Sentiasa sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti.Aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini,namun ada perkara lain yang membuatkan aku sampai ke tahap ini.Kulihat cermin di depanku.Jika dulunya semasa aku bertunang dengan Hakimi aku tidak bertudung tetapi kini wajahku bertudung litup.Tidak sehelaipun rambutku yang nampak.Aku tidak lagi bermake –up tebal seperti dulu lagi.Aku kini Azah yang lain. Berbeza karektor dan penampilan.Aku menjadi senang dengan penampilan seorang muslimah sejati.Jihadku satu ingin menebus semua kekhilafan masa laluku!
Aku masih ingat bagaimana peristiwa buruk itu berlaku.Satu persatu jelas bermain di mataku.Sepulangnya aku dan Hakimi dari majlis perkahwinan Hana kami singgah ke cafe di perhentian lebuhraya untuk merehatkan badan ,Maklomlah Hakimi memandu seorang.Keesokan harinya kami mula bekerja setelah seminggu bercuti.
Aku sempat menasihatkan Hakimi jika penat atau letih biar aku pula yang memandu tetapi tidak di izinkan.Entah mungkin suratan menentukan kereta yang di pandu Hakimi terbabas dan kami kemalangan.Aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu kerana bila ku buka mata jururawat menahan aku dari bergerak.Kondisi tubuhku yang cedera parah tidak membenarkan aku untuk bangun.Aku menyebut-nyebut nama Hakimi tapi Mama dan Papa menyuruh aku bersabar.bimbang komplikasi buruk berlaku .Aku cuba bangun untuk mendapatkan Hakimi namun aku tak berdaya.Lemah dan aku masih di tambah darah kerana pendarahan banyak terjadi.Seminggu aku di wad aku tidak nampak wajah Hakimi.Puas jiwaku menjerit,meronta namun tiada suara.
Hakimi,dimanakah dirimu?Bukankan tadi kita berdua bergurau senda.Saling berjanji sehidup semati.Bukankan tadi kita bersama mendongakke langit mencari wajah pelangi?Tanganku masih terasa hangat saat engkau memegang erat menyuruh aku berjanji agar akan selalu setia menemanimu sepanjang detik jarum jam berputar.
Hebat sungguh dugaaan yang mesti kuterima.Apakah kesalahanku sehingga hukuman ini mesti ku terima.Apakah dosaku sehingga aku tidak layak bersamamu sehingga akhir hayatku?
“Sudahlah Azah,jangan di turutkan sangat perasaan.Kalau Azah bersedih kerana kehilangan Hakimi,Mak Cik lagi sedih kerana Hakimilah satu-satunya anak kami.Kita mesti kuat terima hakikat ini.Kita sama-sama doakan agar roh Hakimi bersemadi dengan aman.Hanya itu yang mampu kita doakan untuknya.Moga-moga rohnya bersama orang-orang mati syahid”kulihat Mak Hakimi begitu sabar.Tapi aku jatuh pengsan di atas riba mak.
Akhirnya kau pergi jua.Aku keseorangan lagi.Tanpamu kurasa hidup tiada erti.Aku putus asa.Hilang arah dan tujuan.Bagaikan layang-layang terputus talinya.Sakit.Perit.Gelap dunia kupandang.Cincin yang tersarung di jari manisku masih bersinar gemilang.Dalam kamarku tersimpan barang-barang hantaranmu tersusun rapi di dalam almari.Aku hanya menghitung hari perkahwinan kita...........
Kau pergi bawa bersama impian indahku.Memori kasih kita terhenti di sini.Bunga mawar yang sering kau hadiahkan untuk tiada lagi.Aku bagaikan seorang perindu yang telah hilang pertimbangan.Aku mencari diriku semula.Aku seperti burung kepatahan sayap.Tiada upaya untuk terbang,aku memaksa diriku untuk melupakan dirimu.Namun cinta paling agung telah meresap ke dalam jiwaku.Aku terus membina kekuatan diriku.Biarlah aku bangkit dari rasa sakit ini dengan satu semangat baru.
Kematian telah memisahkan kita berdua.Aku menangisi duka tanpamu di sisi Airmataku gugur tanpa dapat di seka.Ada sesuatu yang membuatkan aku begitu menyayangimu.Hakimi,engkau satu dalam sejuta.Engkau memberikan aku kebahagiaan.Wajahmu sarat dengan ketenangan.Memori ini sangat indah tak mampu kupadam dari ingatan.
Aku telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di Mesir.Mentarbiyyahkan diri semula.Subhanallah,menjadi orang yang tawadduk bukanlah perkara mudah.Di sini aku insaf dan sedar betapa kerdilnya diriku seumpama seekor hama.Tiada daya upayaku melainkan kekuasaan Allah zat Maha Kaya .Kuingat kata-kata pensyarahku dulu bahawa di manapun kita berada,apapun situasi kita dan berapapun tinggi pangkat ,darjat namun dugaan itu tetap akan datang tanpa kita duga.Subhana`llah,dengan kalimah “Jadilah engkau”!maka izin Zat Yang Addin semuanya mampu terjadi.Perjalanan Israk dan Mikraj yang di lalui Junjungan Suci Nabi Muhammad S.A.W. sendiri membuktikan segala-galanya.
Tiada pengorbanan,tiada kejayaan.Kejayaan pula di susuli oleh usaha yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat.Luka dan sakit kehilangan orang yang kita sayangi hanya satu dugaan kecil.Jika kita sanggup mentarbiyyah diri dengan apa yang telah kita lalui itu sekadar mimpi awal malam padahal perjalanan malam masih panjang dan kelam!
“Setiap orang sentiasa berharap pada kebahagiaan yang berterusan.Kalau kita kaji dalam-dalam hidup ini seperti sebuah drama. Berterusan dengan pelbagai cerita,plot yang berbeza.Juga seperti sebuah buku mempunyai bab-bab tersendiri.Bab pertama mungkin sukar dan pahit.Bab kedua agak santai .Mungkin bab seterusnya di anugerahkan seribu kemanisan.Ini proses kehidupan.Ia realiti.Kita manusia biasa.Apabila kita mengalami peristiwa sedih maka bersabarlah.Noktahkan pengalaman pedih dengan bermunajat kepada Allah.Insya`allah kita akan di tunjuk ke jalan yang benar”demikian teman karibku di bumi asing berfalsafah memujuk hatiku.
“Namun cabaran ini sangat mencabar aku,kadang-kadang melemahkan aku.Aku tidak boleh menipu diriku dengan mengatakan aku telah dapat melupakan apa yang terjadi padaku.Aku perlukan masa,sokongan dan petunjuk.Aku benar-benar berharap dapat merealisasikan cita-citaku”protesku lagi.
“Sebab tu aku kata hanya engkau yang dapat mengubah dirimu.Jangan sampai orang yang kau sayangi tiada lagi di sisimu,dunia bagaikan telah kiamat.Di sini aku hidup dalam kancah peperangan.Negaraku tidak pernah aman,sentiasa bergolak.Peluru bagaikan perkara biasa.Dentuman bom,darah dan penderitaan menjadi sebati dalam diriku.Malah kedua ibubapaku syahid dalam peperangan,adik lelakiku cacat terkena serpihan peluru dan ramai saudara-maraku terkorban.Hidup kami tidak sempurna .Sentiasa dalam ketakutan.Tapi aku bangkit dari semua kepahitan itu.Aku berazam dengan melanjutkan pelajaranku di sini masa depanku akan berubah.Aku sentiasa berpegang dengan Firman Allah Ta`ala :
Allah tidak akan mengubah nasib hidup sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya.Kau faham makna ini?”pertanyaan dan rahsia dirimu terbongkar juga Fatma.Engkau lebih menderita dari rupanya.
Fatma rakan sekuliahku di bumi Mesir ini.Fatma jugalah yang mengajakku untuk menunaikan umrah dan haji semasa aku menetap di Mesir.Dia membimbing aku untuk menjadi wanita setabah Sumaiyyah tidak gentar dek siksaan dunia.Beriman dengan kalimah Allah.Fatma mengajar aku untuk menjadi wanita solehah semulia peribadi Saidatina Khadijah yang mampu menyuntik semangat Rasulullah saat pertama gementar menerima wahyu Allah.Fatma juga mengatakan bahawa semua wanita berhak menjadi sehebat Rabiatul Adawiyah yang dalam segenap darah mengalir di tubuhnya penuh keimanan terhadap Tuhan Yang Maha Esa.Kata Fatma lagi arwah ibu dan bapanya berpesan sentiasalah ikut sunnah dan berpandulah pada ayat Al-Quran nul –karim.Nescaya hidup dalam peliharaan Allah Subhanallah.
Sejak aku bertemu Fatma barulah mempercayai indah mempunyai seorang sahabat sejati.Sahabat yang beriman seperti mentari pagi yang bersinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Sungguh percakapan mu jujur.Kuanggap nilai persahabatan kita lebih berharga dari emas permata.Aku berjanji padamu Fatma,jasamu semasa aku di Mesir adalah saat-saat aku berupaya mengubah diriku yang obses dengan kehilangan bakal suamiku.
Kejayaanku di tanahair kukirimkan sebagai tanda menghargai kebaikanmu Fatma.Semasa sebuah stesen TV menuramahku secara lansung aku tidak lupa menyelitkan bagaimana kejayaanku bermula.Di sini aku masih aktif berpesatuan dan melibatkan diri dengan aktiviti amal.Aku juga memberi ceramah motivasi di universiti.Aku mahu merealisasikan hasrat Hakimi yang selalu berpesan agar waris generasi muda di berikan perhatiandan sokongan demi untuk memajukan ummah.Dalam imaginasiku yang panjang ini tiba-tiba setiausahaku mengetuk pintu.
“Maaf Cik Azah saya nampak dari tadi mengelamun panjang,tapi saya perlu ingatkan Cik Azah ada meeting jam 2.00petang nanti.Saya harap Cik Azah dah bersedia”tutur nya lembut.
“O.K.lah,saya ingat semua tu Cuma sekejap tadi teringat kisah lama.Tapi tak ada kena mengena dengan meeting nanti”ujarku seraya melemparkan senyuman ikhlasku untuk Nadia.
“Ohh ya.....sebelum saya terlupa ada ada satu lagi hal.Semasa Cik Azah keluar rehat tadi ada orang datang nak jumpa.Katanya kawan lama Cik Azah semasa di Universiti dulu.”
“Siapa pulak tu,lelaki ke perempuan?Saya ni banyak teman tapi semuanya dah berkeluarga.Orangnya macam mana?Ada ke dia tinggalkan nombor telefon?”banyak betul soalanku hingga Nadia tersenyum simpul menampakkan lesung pipit.Manis dan ayu!
“Lelakilah,handsome pulak tu.Katanya dia nak jumpa sendiri dengan Cik Azah sebab tu dia tak nak beri nombor telefon.Dia datang K.L.ni semata-mata nak jumpa Cik Azah”
“Tak apalah kalau macam tu,terimakasih Nadia.Ambil proposal ni kerana nanti Encik Eric akan datang.”
Dalam hati aku berkira-kira siapakah lelaki itu,apakah tujuan sebenarnya?Bagaimanakah rupanya.Namun aku tiada masa untuk memikirkan masalah ini bila kulihat jam di tangan menunjukkan angka menghampiri masa aku kena meeting.Aku cepat-cepat mencapai tas tangan dan bergegas ke tingkat atas.
“Masa dan keadaan menemukan kita semula Azah.Sudah lama aku mencarimu bila aku dapat tahu Hakimi sudah tiada.Aku berusaha mencarimu sehinggalah aku terpandang wajahmu di kaca TV hari tu.Tahniah Azah,kau membuatkan semua wanita berbangga dengan pencapaianmu”Wan menuturkan dengan jelas ayat itu di depanku.Kucubit pipiku seperti tidak percaya bahawa Wan sedang berbicara di depanku penuh sopan.
“Azah,aku ni.Jangan tak percaya atau bermimpi di siang hari.Rasanya telah berakhir pencarianku bila engkau benar-benar berdiri di depanku.Engkau masih cantik seperti dulu malah penampilanmu buat aku kagum.Azah,apakhabar?”usik Wan lagi.
“Wan,kau rupanya yang datang ke pejabatku tadi.Aku asyik terfikir siapakah lelaki yang di maksudkan oleh Nadia tadi.Aku baik Wan.Cuma sejak ketiadaan Hakimi aku melangkah jauh.Fatma rakan sekuliahku dari negara Timur Tengah telah memberikan aku semangat untuk berjuang meneruskan kehidupanku.Panjang ceritanya Wan macam Kau membaca Novel semasa kita di kampus dulu”Terangku panjang lebar.
“Sekarang apa pula perubahanmu?Ceritalah Wan,aku tak sabar nak dengar.Masih merajuk lagi ke?Atau dah ada anak dan isteri?bertubi-bertubi soalanku untuk Wan.Maklomlah dah lima tahun tak jumpa banyaklah perkara nak tahu.
Wan,senyummu masih seperti dulu.Dirimu tetap tenang,sebab itu Hana kata Wan tetap Wan yang dulu!Hanya aku yang berubah secara drastik sampai Hana dan suaminya tidak mengecam aku ketika merjemput kepulangan di airport dulu.
“Azah,aku tetap aku.Sendiri dan masih sendiri.Aku tidak pernah melupakanmu.Aku selalu berharap agar dapat berjumpa denganmu semula.Hari ini aku bersyukur kerana kau ada di depanku”
Ahh...............malunya aku saat bertembung mata dengan Wan setelah lima tahun berpisah.Wan begitu tenang bila ku ajukan pelbagai persoalan.Nampaknya Wan bukanlah lelaki pendendam biarpun aku pernah berkali menolak cintanya.Saat ini tiada lagi alasan bagiku untuk menolak hasratmu.
“Dulu pernah aku katakan bahawa jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang sedangkan Tuhan menaturkan segala dengan kalimah Kun payakun maka jadilah seperti di harapkan.Ingatlah janganlah berasa mampu mengatur dirimu sebab orang yang pandai mengaturpun boleh binasa.Terimalah Kami jika Kami memutuskan sebab Kami lebih berhak ke atas dirimu”Firman Allah Maha Berkuasa.”bukankah ini telah kita pelajari dulu Wan?tukasku.
“Ya,tapi kau kena renungkan kembali orang yang bersedih sukar untuk mencapai apa yang di cita-citakan .Kalau kau sudah berjaya dalam kerjayamu kau kena fikir tentang hati dan perasaanmu.Kita bukan robot.Kita perlukan teman untuk saling menemani.Aku perlukan kau sebagai permaisuri di sepanjang langkahku.Setia berkongsi susah senangku malah aku berbangga dengan peribadimu yang utuh berpegang dengan tali Allah.Kau mesti percaya aku bukan mengharapkan kejayaan materialmu tapi cara hidup yang berlandaskan hukum.”engkau masih bijak berhujah seperti dulu.Maka aku tidak hairan jika kerjayamu sebagai peguam di mahkamah syariah mampu berlaku adil dalam setiap keputusanmu tanpa ragu.
“Wan.aku lihat ada kesungguhan di hatimu.Sungguh lautan ini dalam namun cintamu terhadapku tidak berubah.Pandang ke langit biru di atas sana dan apa yang kau nampak?”
“Aku nampak ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,Tuhan membuka satu pintu yang lain untuk ku.Namun aku tidak mahu alpa atau lalai kerana aku takut jika aku terlalu lama terpaku leka pintu yang lain turut tertutup di atas kelekaan diriku.Aku mengandaikan dirimu adalahpintu kedua untukku.Adakah kau sudi membuka pintu kebahagiaan itu untukku lagi?”romantis sungguh kata-katamu sehingga aku mengangkat kening dan menjawab soalan cepumas itu.
“Wan,hari ini aku sudah mengalah dalam cintaku untukmu.Akan kubuka pintu yang kau tunggu itu dengan harapan di dalamnya ada sejuta Rahmat Allah menanti kita berdua.Sesungguhnya siang dan malamku menjadi mimpi indah.Mimpi kita yang serupa”
Kulihat wajah langit semakin cerah.Saat kuberpaling menatap wajah Wan kuternampak sinar cahaya yang sangat gemilang.Wan,apakah aku bermimpi lagi????
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI.280707.
Subscribe to:
Posts (Atom)