Monday, November 7, 2011

RETORIK CINTA.

Bawalah daku bersamamu.Aku ingin selalu di sisimu.Menghirup manisnya madu.Bila bunga mula menguntumkan semua kelopaknya,rerama berterbangan hinggap mengecap manisnya madu yang menganugerahkan kekuatan buat melansungkan sebuah kelansungan hidup.Aku bagaikan rerama itu.Bebas menikmati wangian cintamu.Sungguh harum.Emosiku bersatu dengan kebahagiaan.Bawalah daku ke syurga.Agar kita selalu berdua.Bercanda di ruang katarsis.Mencipta rona-rona indah,biar kasih kita abadi selamanya...
Aku bukannya bermimpi atau berilusi.Kau memang menjadi milikku yang hak.Ijab dan qabul memeteraikan ikatan kita menjadi sah dan rasmi.Aku menyayangi dirimu melebihi diriku sendiri sehingga ramai orang kesayanganku mengatakan aku buta dek cinta.Buta untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya lelaki yang patut aku jadikan suami.Aku hilang fokus..
Aku tidak pernah peduli dengan kata-kata mak yang tidak setuju dengan pilihan hatiku.Sebagai ibu,mak lebih arif menilai.Tapi naluriku berkeras ..mempertahankan dirimu di hadapan keluargaku.Aku bantah cakap ayah kononnya kau hanya ingin menikmati apa yang aku miliki.Aku tidak akan percaya semua cakap-cakap mereka di sekelilingku mengenai dirimu.
Aku mengenalimu semasa seminar di sebuah hotel.Kita sama-sama mengikuti kursus selama tiga hari.Di sinilah semuanya bermula sehingga akhirnya kita mengambil keputusan untuk berkahwin.Tanpa mengambil masa yang panjang untuk saling mengetahui latar belakang masing-masing.Hanya lapan bulan...kukira kita akan saling saling mengenali selepas melaui alam perkahwinan.
" Kau terlalu terburu-buru Azlia. Baru berapa bulan kenal dengan Shamsul,kau dah percaya habis. Sebagai kawan baik kau,aku harap kau fikir dulu. Kau kena selidik dulu latar belakangnya.Manusia zaman siber nie,bukan boleh percaya sangat" rungut Shakirah padaku.
" Aku rasa kau cemburukan kebahagiaanku.Bukan senang nak dapat lelaki sebaik shamsul.Aku rasa aku sudah jumpa jejaka idaman aku.Serasi dengan aku.Buat apa aku nak tunggu lama-lama kalau jodoh dah sampai depan mata."
" Tapi aku rasa kurang setuju dengan pendapat kau.Aku tengok Shamsul tu lain macam je.Aku tak mahu perkara buruk menimpa kau nanti.Menyesal seumur hidup pun tak guna" balas Shakira semakin menyakitkan hatiku.
"Kau tu bukannya apa,kau terlalu obses dengan Zairi.Kawan sejak sekolah rendah sampai ke Universiti,bertunang tak sampai tuhuj bulan dah putus tunang.So,kalau kau marahkan nyamuk buat apa nak bakar kelambu?"
"Suka hatilah kau nak anggap apa pada perpisahan aku dan Zairi.Itu hal lain.Ini soal masa depan kau.Aku ikhlas menasihati kau.Lagipun mak dan ayah kau suruh aku nasihatkan kau.Kata mereka sebelum nasi menjadi bubur".
Ahhh...nampaknya semua tidak setuju dengan pilihanku.Shamsul tetap manja memujuk rayuku.Janji akan setia sehidup semati denganku.Walaupun tanpa rela,emak dan ayah terpaksa akur dengan pujukanku.Perkahwinan kami tetap berlangsung dengan meriah.Bulan madu menghangatkan malam-malam kami.Aku akui aku memang seratus peratus menyayangi Shamsul.Kini tanpa ragu aku meniti hari-hari bahagia.
"Sham memang sayangkan Azlia.Walau apa pun yang terjadi kita akan tetap bersama menghadapinya.Sham mau Azlia terima cinta ini dengan setulus hati,tanpa ragu ".Bisikannya mengoda sukmaku.
"Sham,bila Azlia sudah setuju menerima Sham maknanya seluruh jiwa ini akan menjadi kepunyaanmu". Kucupan mesra tetap hinggap di pipiku.
Kita berlari dengan masa.Aku memegang janji-janji keramatmu sebagai azimat untuk terus menghitung detik indah .Jika dulunya warna kanvasnya hanya putih,sekarang rona-rona pelangi melatari kanvasku.Bulan madu di awan biru..ada cintamu dalam setiap nafas yang ku hela.
Hampir enam bulan aku melayari istana kasih ini,aku mula merasakan perubahan pada diriku.Sham mengajakku berjumpa doktor bila aku menjadi semakin kurang bermaya.Aku sering muntah-muntah dan tekakku mula mual.Apa yang ku telan semuanya keluar semula,malah rasa loyaku semakin menjadi-jadi.Alangkah bahagianya hatiku bila doktor mengatakan inilah tanda-tanda awal wanita hamil sebelum perubahan ketara pada bentuk fizikalku.
Namun bila aku terlalu gembira dengan berita ini Sham ku lihat tidak menampakkan wajah ceria.Mengapa? Persoalan itu berlegar di mindaku sehinggalah akhirnya Sham mula bersuara "gugurkan kandungan itu".
Bagaikan halilintar melintas ke dalam rongga telingaku.Betulkah perkataan itu keluar dari mulut suamiku?
"Abang kata gugurkan saja kandungan itu?" ulangnya sedikit keras.
"Tapi mengapa bang,ini anak kita.Benih ini akan membesar di rahim ibunya.Azlia tidak akan mengugurkannya.Ia satu dosa.Anak anugerah Allah.Ia suci tanpa dosa." rayuku.
"kalau Azlia sayangkan abang,ikut sja kehendak abang.Jangan banyak soal".
"Demi Allah,Azlia tidak akan melakukan dosa itu". Air mataku semakin laju membasahi hidupku.
"Abang belum bersedia lagi untuk menrima kelahiran anak kita,bukannya bermaksud abang nak sakitkan hati Azlia."
"Abang,setiap pasangan yang berkahwin ingin zuriat sendiri,mengapa abang beri alasan yang tdiak munasabah'.
Sejak malam itu suamiku Sham mula menunjukkan taringnya.Baru ku kenal siapa dirinya yang sebenar.Sham mula keluar malam.Katanya mengurangkan stress dan berjumpa kawan lama. Kadang-kala lewat pagi terhuyung-hayang di depan pintu ,keadaan diri yang tidak terurus.Pelbagai alasan mula diberikan.Seminar sana-sini dan entah apa lagi dilakukan padaku.
ku rasakan Sham menyerangku dalam diam.Aku pura-pura tidak peduli.Aku menahan kesabaranku demi janin yang ku kandung.Sham mengabaikan nafkah zahir dan batin.Memang benar tekaan Shakirah.Sham lelaki tidak bertanggungjawab.Nasi sudah menjadi bubur..
Aku pasrah.Sham sudah seminggu tidak pulang ke rumah.Puas aku menghubungi telefon bimbitnya,namun tetap tidak berjawab.Bila aku ke pejabatnya,majikan mengatakan sudah seminggu Sham bercuti.Ku rasakan naluri perempuan kian tercalar.Hina sangatkah aku di matanya?
"Ayah cadangkan kita ke mahkamah saja.Biar undang-undang menentukan.Kalau tahu beristeri tahulah bertanggungjawab.Bukan lari macam ni".
"Maafkan Azlia mak,semuanya salah Azlia.Buta dalam cinta.Percaya sangat dengan pujuk rayu Abang Sham."
"Azlia,semua orang pernah melakukan kesilapan.Kita manusia biasa.Masih belum terlambat untuk kita bertaubat,berubah jadi manusia berguna" pujuk mak.
Janinku semakin membesar.Dapat ku rasakan tendangan di dalam rahimku.Aku mula berinteraksi dengan bayi dalam kandunganku.Sayang mama,mama tidak sabar lagi untuk melihatmu.Mama ingin menyentuh dan mendakapmu.Mama sayangkanmu..
Aku tidak sangka bila suami yang ku sayang sanggup mengkhianati kepercayaanku.Sham sudah pulang setelah seminggu menghilangkan diri.Pulang dengan ksuut masai.Pulang dengan seribu pujuk rayu penuh janji manis tidak akan mensia-siakan aku lagi.Kau mempersiakan peluang yang ku berikan padamu.Mudah sungguh kau melihat kelemahanku dan mempergunakan ketidakupayaanku.Cintamu membuat aku merana.Cintamu membuat aku terseksa.Semuanya bohong dan dusta.
Sham aku tak sangka kau sanggup mengkhianati ku.Kau mengambil kesempatan di atas kepercayaanku selama ini.Tergamak kau menduakan aku.Membohongiku entah ke berapa kali.Aku hanya boneka permainanmu.Retoriknya cintamu!Masa demi masa mengheret aku ke lembah duka tanpamu.Walau pun kita berada dekat namun aku berasa kita semakin jauh.Kau dengan dunia kau.Aku dengan janin yang kukandung.Kami bukan bukan saja berkonsi penderitaan emosi malah merana dek neraka ciptaanmu.Dalam diam kita berperang tanpa senjata...
Lukaku bertambah dalam bila aku bersendirian mengharungi saat -saat kelahiran buah cinta kita.Kau tiada di sisiku.Rabiatul Adawiyah akhirnya kusambut dengan deraian airmata.Baru kusedar tajamnya duri-duri cintamu.Sakitnya perkahwinan yang tidak di restui!
PERPISAHAN.
Sham,kau telah mengabaikan aku dan Rabiatul Adawiyah selama tiga bulan.Kau tinggalkan kami tanpa sebarang nafkah.Kau lari dari tanggungjawab sebenar seorang suami.Kau tinggalkan semua kepahitan di bahuku seorang!
Kau memang tidak berperasaan dan tidak berhati perut.Memang wajar aku menilai semula erti semua penderitaan yang kau palitkan dalam hidupku.Kau lelaki kejam.Suami yang tiada ihsan dalam kasihsayang.Kau permainkan dua jiwa.Apakah dosaku?Apakah kehadiran Rabiatul Adawiyah tidak mampu membawa sinar kebahagiaan untukmu?Jika begitu aku sudah pun membulatkan tekadku untuk menoktahkan saja perhubungan kita.Perhubungan yang sudah tidak bernilai di matamu..Cukup hanya setakat ini,jangan kau tambah lagi derita batinku..
Kukirimkan mesej penting ini untukmu.Sungguh aku mengharap selepas ini aku dan anakku akan bebas dari gangguanmu.Rupa-rupanya mesej penting dariku berbalas dengan ugutan.Kau akan berusaha untuk mengambil Rabiatul Adawiyah dari tanganku.Aaahhh,betapa kejamnya dirimu dengan semua tindakan tidak berasas ini.Hilangkah sifat kemanusiaan yang ada pada diri setiap anak Adam yang bergelar suami sepertimu?
Ketika itulah aku hilang punca.Buntu,keliru.Barulah aku merasa penat.Tidak mampu lagi aku berlari denganmu.Kau lebih kuat dan akalmu lebih tajam.Aku bukanlah pesaing yang layak untuk menang dalam pertandingan ini.Kau sanggup melemparkan aku ek dalam neraka dunia ciptaanmu sendiri.Kejam dan hinanya dirimu.Kau tahu binatang pun sayangkan anaknya,inikan pula aku yang mengandungkan zuriatku selama sembilan bulan sepuluh hari ini..
"Berhentilah berlari Azlia.Pelarianmu hanya memenatkanmu..kau tidak layak pun untuk bergandingan dengan pelari seperti itu.Lelaki yang menggunakan taktik kotor.Bukan lelaki sejati namanya."suara yang pernah kudengar satu waktu dulu tiba-tiba bergema di ruang talian telefun bimbitku.
"Bagaimana kau dapat nombor talianku?Ke manakah kau menghilang selama ini.Apa kah sebabnya kau menghubungiku semula?Di saat begini ?"soalku bertali arus.
"Itu tak penting.Cuma aku mahu kau tahu bahawa aku bersedia untuk berlari bersamamu.Hulurlah tanganmu.Aku mahu kita menang dalam peperangan tanpa senjata ini.Biar aku berkongsi semua kesukaran yang sedang melandamu .Aku ikhlas ingin membantumu.Aku ingin bersama dengan mu..Aku harap kau sudi menghulur tangan dan menyambut huluran tanganku.Aku ingin kau menerimaku semula"Harris Iskandar akhirnya meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam dadanya.Bandar Tasik Selatan yang menjadi saksi pertemuan ini.Harris Iskandar berjanji akan menolongku menyelesaikan semua masalahku.Harris jua bersedia berdepan dengan tekanan dari suamiku.Baginya ugutan itu tidak berasas sama sekali.
Apa pun tuduhan dan ugutan Sham aku biarkan bagaikan desir angin yang berlalu.Datang dan pergi sesuka hati.Aku sudah muak dengan perbuatan kejimu.Lelaki hipokrit.Aku jijik dengan lelaki sepertimu.Kau tidak sesuai untuk menjadi seorang ayah.Kau tidak pernah berubah.Kaki perempuan,kaki judi dan kaki minum.Kau berfoya siang dan malam,melayan nafsu buasmu.Kehidupanmu sudah jauh tersesat.Kau sudah hilang pegangan.Kau sudah hilang arah.Malah kompas kehidupanmu sudah rosak.Kehidupanmu hanya bersandarkan kepada nikmat duniawi semata.Nafsu menolak akalmu ke jurang yang meloyakan...Mujur aku cepat tersedar..
Harris Iskandar,saat sayapku patah kau datang membawa semangat baru untukku.Kau bangunkan kami dengan satu kenyataan.Kehidupan mesti di teruskan..Debunga cintaku yang gugur satu persatu telah kau cantumkan semula.Kau kutip semula dedaunan keyakinanku yang telah jatuh.Cintamu lebih berharga dari emas permata yang sering Sham kalungkan untukku dulu.Walau pun berkali-kali aku menolak cintamu,kau tidak pernah berhenti menyalakan api cintamu ..sehingga di hatimu penuh cahaya cinta untukku.Kau tidak pernahkan padamkan rindu yang bermukim di hatimu.Sungguh mahal nilai cintamu sehingga aku tidak mampu menolak keagungan pengorbanan tulusmu!
Kau ingin menyambung semula jambatan yang telah terputus.Ingin menyatukan dua benua yang telah terpisah.Dua jiwa yang kian menjauh.Kau mahu menerima semula dirimu dengan alasan anak kita perlukan seorang ayah.Kau mahu aku menerimamu semula.Kau merayu aku setelah kau menghumban aku ke lembah luka yang penuh derita ini.Kau mahu aku melupakan apa yang telah terjadi antara kita.Mudahnya kau mahu aku kembali ke pangkuanmu.Sham,cukuplah..aku bukan robot..aku ada perasaan.Aku bukan berada di bawah kawalan mu.Aku masih waras..
Aku nekad.Aku tidak akan berlari denganmu lagi.Aku tahu aku tak mampu untuk membina semula istana kasih kita.Inilah keputusanku.Biarpun engkau sujud di kakiku!
Segalanya telah berakhir.Aku ingin menangis dalam pelukanmu Harris.Saat sang rembulan bersinar terang aku membiarkan Harris Iskandar hadir dalam jiwaku.Aku telah berjanji akan membina kehidupan baru.Memberikan kebahagiaan untuk zuriatku.Maka Rabiatul Adawiyah boleh tersenyum..mempunyai masa depan bila kusambut tanganmu Harris..Iringan doa kaum kerabat kita adalah restu yang kudambakan .Sejuta kebahagiaan turut menemani kita bila kulihat bulan telah mengambang penuh di langit.Duniaku tiada derita lagi....

Di siarkan oleh majalah PEREMPUAN DiSEMBER 2008.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA