Tuesday, February 7, 2012

WANGI FEBRUARI

"Ya Allah,limpahkanlah rahmat  dan kesejahteraan  ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW  iaitu makhluk Engkau yang  menjadi pembuka akan segala  yang tertutup ,penutup bagi Rasul-Rasul yang terdahulu,yang mmperjuangkan kebenaran (HAK) serta petunjuk jalan yang lurus.Dan limpahilah rahmat dan kesejahteraan  ke atas kaum  keluarganya dan  para sahabatnya akan kebenaran hak  dengan kuasa Allah  dan kekuasaanNya  yang Maha Agung"-selawat Al-Fatih(menjadi amalan waliyullah agung Sheikh Abdul Qadir Jailani.
Bismillahirrahmanirrahim..segalanya berlaku dengan izin Allah SWT.Februari bulan kedua..banyak cuti dan peristiwa.Maulidul Rasul baru saja berlalu..namun peristiwa tetap berlaku silih berganti .Masa bukan lah penghalang untuk kita mengingati sejarah kegemilangan Islam.Berselawatlah selalu,beristighfarlah tanpa jemu...sekian banyak kita telah membuang masa...kita bazirkan waktu..terkadang masa itu berlalu dengan sia-sia..itulah terjadi kepadaku!
Namun itu tidak bermakna  aku melupai Maulidul Rasul.Aku  berselawat sebanyak mungkin dan beristighfar selalu..moga Allah SWT melindungi aku sekeluarga dan seluruh umat manusia..selawat serta salam untuk Baginda Rasulillah.sedekah dan infaq..silatul rahim sesama insan dan berlaku baik terhadap makhluk ciptaan Allah SWT.Bukankah ini semua jalan utk ke syurga?Aku selalu berdoa moga hatiku,diriku dan iktikadku tidak akan terjual kpd bisikan iblis durjana.Kerana apa?Aku tidak mahu syaitan membeli jiwaku dan dengan bangganya menolak aku ke penjara dunia lalu akan jatuh ke dalam neraka jahanam.Nazu'ubillahiminzalik.
Dalam februari cuti  memungkinkan ramai orang  berkasih sayang..menghabiskan masa bersama insan-insan yang kita sayang..limau sudah habis..setelah berkotak-kotak sampai di rumahku.Ada yg sanggup mengirimnya dengan kurier dari Ipoh..terimakasih..setiap kali ada musim perayaan limau dan hamper akan sampai ke rumahku.Silatul rahim yg ikhlas..aku hargai setiap pemberian dan senyuman.Rezeki..
seperti  biasa setiap kali ada saja kawan lama yang hampir 18 tahun tak jumpa akan berkunjung ke Langkawi..datang melancung dan  sempat berziarah..saudara yg sempat bertandang ke rumah..seperti biasa anak-anakku sudah terbiasa dengan tetamu..kunjungan Pak Usu bersama anak menantu dan cucu..dari Paras Jaya..masih sempat  bergurau dan  bertemu..Tuhan,kasih sayang dan cinta yang menghantar semua kebahagiaan untuk kita..majlis pertunangan dan kenduri..sempena  bulan Maulud Nabi...syukur alhamdulillah aku  sihat sejahtera!
"Apabila kita merasa letih berbuat kebajikan sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan  kebaikan yang di lakukan  akan kekal.Dan sekiranya kamu bersenang-senang  dengan dosa,maka kesenangan  itu akan hilang dan  dosa yang di lakukan akan terus kekal"-Umar Al Khattab.
Maka aku memohon kepada Tuhan kekalkan kebaikan itu dalam hatiku biar ia jadi amalan seumur hidupku!Aku tidak mahu hilang sesuatu untuk dapatkan sesuatu..ini bukan bererti aku mmpunyai naluri yang tamak..sesungguhnya aku mahu  berjaya memilik sesuatu tanpa hilang sesuatu dengan nawaitu ikhlas.Aku bukanlah sesorang yang penting atau sesiapa yang sempurna atau memiliki segalanya..tapi aku berpenat lelah untuk mencapai keinginanku dengan tidak ingin menyakiti hati orang lain.Dalam hatiku sendiri sudah kutanamkan azam agar tidak mahu menyakiti jiwa orang lain.Aku mahu segalanya terjadi secara normal.Aku tahu kita ada batas sempadan..
Inginku tanya sesuatu..apa yang kita cari dalam hidup ini sebenarnya?
Kekayaan?Kemewahan?Pangkat?Penghormatan?Kecantikan fizikal?Pegiktirafan ke atas semua hasil kerja kita?
Semuanya mengelirukan semata..seperti sampah sarap sebuah kehidupan.Dunia menjadi sangat kotor dan jijik bila kita memperdagangkan kebenaran dan menukarnya dengan satu kepalsuan.Sebelum diri kita menjadi kotor dan jijik di pandang Allah SWT maka kita ambillah peluang untuk bermuhasabah diri..bertaubat!
"Tinggalkan  yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu.Sesungguhnya kejujuran  lebih menenangkan  jiwa,sedang dusta (menipu)hanya akan  menggelisahkan jiwa"-HR TARMIZI.
Pada satu malam yang hening,ketika aku berusia 16 tahun,aku bermimpi seorang lelaki berjubah putih datang di depanku.Tiada sepatah perkataan pun lahir dari mulutnya.Namun bila aku melihat raut wajah yang tenang penuh bercahaya naluriku tertanya-tanya.Siapakah lelaki berjubah itu?Sempurna sekali  Allah SWT menciptakan susuk tubuh dan  riak wajah yang amat berseri..Aku seperti terdengar satu bisikan bahawa itu wajah Rasulillah .Sampai sekarang aku berdiam diri..aku tidak mahu prasangka buruk  atau apa-apa  perkara buruk menghantui diriku.Sampai sekarang jika di tanya  kembali  bagaimanakah rupanya..aku tidak dapat bayangkan.Bila aku terjaga dari mimpi itu ,fikiranku  cuba untuk bayangkan wajah itu semula.Gagal..Apa yang aku tahu hanya tahu ,bisikan yang mengatakan   wajah yang kumimpikan itu adalah Nabi terakhir zaman..Tuhan,ampunkan aku sekiranya mimpi itu masih kuingati..sesekali aku berharap dan berdoa agar mimpi itu akan datang lagi.Berdosakah aku ?
Aku pilih ayat yang baik untuk menterjemahkan perasaanku  dengan kenangan  yang kulalui seusia 16 tahun itu...masa tu aku remaja..aku tidak pandai menilai...dalam berjuta hati anak Adam dan Hawa,aku salah seorang yang  ingin bermimpi bertemu Rasulillah SAW.Dalam berjuta hati anak Adam dan Hawa ,berkisah  semua kisah.Ada titis hujan yang memberi nafas baru dalam kehidupan.Ada titis hujan yang membunuh  satu impian seseorang..Ada debu kotor yang mengaburkan pandangan sehingga cerminan  menjadi tidak bercahaya.Ada debu kotor yang dapat di bersihkan sehingga cerminan menjadi terang dan bersinar indah sekali!
Dingin bayulah yang membuatkan jiwaku tenang selalu.Dingin bayulah yang mengizinkan aku mengatur langkah.Aku mahu anak-anakku dan suami sejahtera di sisiku.Dingin bayu inilah membuatkan halamanku nampak indah..sehingga sebelum aku masuk ke dalam rumah pun aku sempat berdoa.Moga Allah merahmati perjalanan  hidup ku sekeluarga.Ketika mata hampir terpejam pun aku sempat berdoa:"Penolongku hanya Allah,tiada Tuhan melainkan Dia,kepadaNya juga aku berserah  dan Dialah yang memelihara Arasy  yang besar"-berulang kali ku pohon sewaktu pagi dan petang sehingga aku tertidur.Subhana'llah..jauhkanlah perkara mudarat dalan hidupku..
Dalam semua keinginan yang terpendam dalam  hati..kasih sayang dan cinta keluargaku mengatasi  segala-galanya..hatta aku sanggup bersama mereka dalam setiap susah senang mereka.Masihkah tidak mencukupi  jika aku selalu memohon maaf setiap kesalahanku?
Aku tidak mahu cerminku kabur..atau debu kotoran melekat menjadi peta yang hilang petunjuk!
Aku sanggup meminta maaf berkali-kali pada sesiapa pun yang pernah berdepan denganku..aku tidak mahu dosaku bertimbun setiap hari.Aku juga tidak mahu menjadi beban fikiran seseorang yang pernah dekat dengan ku..justeru aku mahu  semua kasih sayang dan cinta bercantum menjadi satu.Seperti cinta Adam dan Hawa,membenihkan keturunan umat manusia  turun kedunia penuh dengan kemuliaan.Aku mahu cinta sesetia dan seteguh Baginda Rasulillah terhadap Siti Khadijah.Sehingga wafatnya masih menyebut  rasa bahagia..Cinta Zulaikha yang pernah di tolak oleh Yusuf..pemilik suara dan wajah  yang terindah di zamannya..kebencian yang bertukar menjadi sebuah kecintaan.Memadailah  dengan semua cinta yang kita ada andai wanginya harum hingga ke syurga.Seperti Fatimah Az Zahra yang di milik Ali..jangan pernah di sakiti dan menyakiti..nilanya sama iaitu cinta datang dari Allah SWT...
Februari..mawar merah sedang menguntum di laman rumahku...wanginya melur yang ku tanam..seperti sakura yang memutih..aku sayang semua itu..sehingga kadang -kadang aku leka dengan apa yang ada di sekelilingku.Berikan aku perasaan tenang itu..selamanya abadi di hati!
Februari..ketika aku berfikir aku sedang mengejar waktu,aku ingin selalu bersama  cintaku..yang menjagaku..jadi aku percaya dengan rahmat Tuhan.Langit dan bumi yang terpisah jauh..terasa dekat bila orang yang kita sayang ada di sisi selalu.Berbunga-bungalah rasa cinta di hati..sehingga  segala kesulitan berlalu pergi.Kerana itu aku tidak mahu tersalah tafsir tentang perasaanku terhadap insan di sekelilingku.
Februari..lupakan kebaikan kita kepada orang lain.Lupakan keburukan orang lain terhadap kita.Ingatlah kebaikan orang lain  terhadap kita dan ingat keburukan kita terhadap orang lain..
"RABBI ANZILNI MINZALAM MUBARAKAW WAANTA KHOIRUL MUNZILIN"
Ya Tuhanku,tempatkanlah aku pada tempat yang di berkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.
Tunjukilah aku tempat  yang mempunyai ikatan yang baik  hubungan sesama insan.Tinggalkan aku sebuah rumah yang ada ketenangan..ketika aku tertanya-tanya Allah telah pun mmberikan jawapannya.Ketika tanganku menadah memohon Allah telah pun menunaikan semua permintaanku..dan aku memjejakkan semua harapan di atas tikar sejadah.Semua tetamu yang pernah bertandang ke rumahku,datanglah dengan  rezeki dan pulanglah dgn mngeluarkan semua dosa-dosa yang ada dalam rumahku.Aku berharap kunjungan dan ziarah tetamuku akan mmbawa makna persaudaraan kasih sayang dan cinta kepada Allah SWT.
Sekali lagi aku katakan bahawa aku tidak mahu menjual jiwaku kepada bisikan syaitan.Penolongku hanya Allah dan aku berserah diri kepadaMU Ya Rabb..
STAY WITH ME,MY LOVE.................wanginya Februari ..

Tuesday, January 3, 2012

BUNGA_BUNGA JANUARI.

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi yang indah,sunyi dan sepi.Suami  ke tempat kerja,anak-anak mula  belajar.Syukur alhamdulillah kerana Allah telah berikan aku waktu dan kesempatan.Memandang  bumi di sekelilingku..senyum  ku ukir sebaik matahari menyerlah..tiada gerhana di malam hari..sejuta cerita telah berlabuh pergi,sejuta kisah akan datang menemani..
Teori masa mengisahkan tiada masalah  yang datang tanpa penyelesaian.Siang atau malam ,di segenap ruang dan penjuru ..zaman berzaman manusia  berkeinginan  kepada kehidupan yg cemerlang.Justeru tenaga,usaha dan wang di habiskan untuk memastikan anak-anak belajar dgn sempurna.Apalagi yg mereka inginkan setelah semuanya di langsaikan?
Horizon fikirku bertambah bila memikirkan hal anak-anak.Rumit dan sulit  utk menyempurnakan semua tugas..tetapi  kita ibubapa berusaha sebaik mungkin memastikan intelektual anak-anak mesti meningkat..kerana sekarang zaman pertukaran teknologi...utk melawan seribu masalah abad mencabar begini.Aku juga mahukan anak-anak bijak memilih ..orang yg semakin dekat dgn agama,sebaik-baiknya akn cuba  memenuhi segala tuntutan hidup  duniawi dn ukhrawi secara seimbang!
Sabda Nabi Muhammad SAW:"Neraka di pegang  oleh 70 ribu tali dan setiap talinya di pegang  oleh 70 ribu malaikat"
Maka 6 pertanyaan pun  melintas di horizon fikirku.Soalannya mudah namun jawapannya?Subhanallah..mungkin aku tidak mnjawab saat hatiku kosong sekosong-kosongnya...tiada amal dlm diri dan  tiada iman dlm kehidupan.
Sungguh-sungguh aku mula mmpelajari..sungguh -sungguh aku mahu memahami soalan mudah itu.Sulit dan sukar jika aku tidak mahi bersungguh dalam meninggalkan  perkara jahat.Akhirnya aku cuba  telusi  6 soalan itu
1.Siapa Tuhanmu?
2.Apa agamamu?
3.Siapa Nabimu?
4.Apa kitabmu?
5.Di manakah kiblatmu?
6.Siapakah saudaramu?
Ketidak sempurnaan diriku  mmbuatkan aku jadi buntu..bermuhasabah lah selalu..
Kompas dunia serta akhirat  ada dalam Quran dan Sunnah.Jangan sesekali menafikan sebuah kebenaran!
"Engkau tidak akan  mmperolehi kurniaKu  kecuali dgn sabar  atas segala apa yang engkau tidak sukai  dalam mencari keredhaanKu".
Aku berdiam diri sejenak.Betapa jahilnya aku.Januari baru bermula..bunga-bunga pun baru berputik.mestikah aku biarkan semuanya berlalu tanpa sebarang tafsiran?"Almu'minulminatulmukminin"-(seorang mukmin  adalah cermin bagi mukmin yg lain).Aku malu bila memikirkn  kejahilanku kian bertambah..tapi aku juga sentiasa mncuba utk memperbanyakkan lagi ilmuku..spesies manusia yg suka berfikir lebih baik drp hanya mendengar dn melihat semata..teori semasa kehidupan  akan terhukum  bila melahirkan falsafah yg palsu..teori akan jadi aneh dan pelik jika kita hanya mengangguk tanda setuju pada hal apa pun kita tak mengerti dgn jelas..
 Setelah mengenali  hukum  yang jelas,kalamku bermula untuk menelusuri 6 soalan yang perlukan jawaban.Akhirnya aku  ingin menjelaskan :
1.Tuhanku satu Allah SWT
2.Agamaku satu hanya Islam selamanya
3.Nabiku Muhammad SAW
4.Kitabku Al-Quran 
5.Kiblatku Ka'abah
6.Saudaraku yang di muliakan seagama denganku dalam memahami syariat Allah.
Maka Ya Allah,izinkan untuk hari-hari berikutnya berksempatan mendalami setiap maksud kehidupan sebenarnya.Biar hatiku di penuhi dgn sifat ingin mengenaliMu  lebih dekat lagi.Antara ada dan tiada.Antara kebenaran dan penipuan.Semuanya ada hikmah yang tersembunyi di dalamnya.Kembara cinta mencari kiblatnya,kembara jiwa mncari pemiliknya,kembara rasa mencari  kebahagiaannya.!!!!!!!!"Berbahagialah untuk orang yg berjaya menjadi bagi dirinya,menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhoda untuk bahtera kehidupannya"-Riwayat Bukhari.


Ibnu Mu 'taz pernah berkata:"Orang yang dekat  terasa jauh  kerana permusuhan ,orang yang jauh terasa dekat kerana  cinta dan kasih sayang".
Hatiku fakir dalam memahami erti sebenar teori dn fakta..yang aku tahu cinta itu putih ,suci dan agung.Wang pula menghitamkan  cinta bila ia di samakan dgn satu perkara penting dlm mnjalin silatulrahim sesama kita..mungkinkah cinta itu tidak bertuan bila tiada wang?Atau cinta itu  tidak bertuah bila kita  miskin?Serahkanlah urusan hati dan dunia itu kepada Allah.!
Agar kesedihan tidak bertapak di hati selamanya,buangkanlah  semua memori pahit berkaitan dengan situasi itu.Lupakanlah..biar semuanya hilang dari pandangan.Kesusahan semalam ..kepahitan lalu..adalah sangat bermakna di hati.Seperti pelangi melingkari alam maya.Airmata yang pernah mengalir hanya kerana sebuah kisah  pahit adalah  perkara yang  harus di lalui oleh semua insan..
Hadis Rasulillah SAW pernah menyebut:"Bahawa di antara kekurangan  yg terdapat dalam diri pasangan kita sebenarnya  ada kebaikan tersembunyi di dalamnya".
Jadi kegembiraan dalam hidup adalah  impian semua manusia..ada damai dalam jiwa yg selalu berserah..Niat yg betul dan ikhlas akan ada untung berlipat ganda.Perbetulkan niat kita..matlamat kita.Kita yakin dan percaya  agama kita terbina dari darah para syuhada.Jihad mereka menuju jalan ke sebuah negeri abadi yg ada syurga.Tertulis sudah dlm sejarah kegemilangan agama Islam para mujahid cinta itu berjuang semata menegakkan agama Allah.Bukankah itu satu niat ikhlas?
Kata Penyair Rainer Maria  Rilke:Keajaiban  berlaku setiap saat pada mereka yang benar-benar  mencintai.Makin banyak mmberi maka akan lebih banyak  lagi kiata akan menerima.
Jadi berlaku adillah pada diri sendiri demi kebahagiaan.
Berlaku adillah kepada orang lain untuk keredhaan Allah.
Sanggupkah kita memperjudikan kebaikan orang terhadap kita dgn mmbalas semula satu kejahatan?
Sanggupkah kita mnjadi khadam  sepanjang masa  kerana tamakkan harta?Pada hal kita hanya mnjadi raja memilik harta dunia ,lalu kita berbangga dengan kekayaan kita?
Laut akan jadi sepi bila angin tidak bertiup.Keharmonian  akan mati bila  kemesraan tiada..maka sebelum terlambat..dekatkan diri kpd yg kita cintai..kerana  saat semuanya masih bernilai dan berharga ia kan jadi indah.Seindah bunga-bunga yang berkembang di bulan Januari...


Secantik-cantik manusia bukan lah sekadar paras rupa..jangan suka di puji!
Jauhilah diri dari pujian.Bagiku pujian bisa mmbuat kita lupa siapa diri kita sebenarnya..malahan berbangga sedemikian rupa.Kebiasaan kita suka di puji,pantang di uji..inilah satu penyakit fikiran yang perlukan rawatan.Bagiku sebaik  kecantikan adalah akhlak yg mulia..orang suka dgn kesederhanaan kita,senyuman kita..sederhana itu lebih baik dari seribu propa..yg di adakan  utk sedapkan cerita!
Berbahagialah hidup dalam keluarga yang ada kasihsayang,ada agama yg kuat..kerana itulah tempat sandaran kita.Jika malap bintang di langit bererti  setiap harapan yg terpaut punpudar serinya.Jangan sampai tertutup semua pintu kebahagiaan,keberkatan dan  kerdhaan Allah.Ini doaku dalam setiap solatku.Seluruh tubuh,sendiku dan inderaku sujud.Bertasbih sambil memujiMu utk sebuah kebahagiaan abadi.Bagiku suamiku adalah pelindung terbaikku.Anak-anak yang semua kususukan dgn susu badanku,yg sering kuzikirkan  di telinga mereka..yang selalu ku doakan.Hanya kejayaan dunia dan akhirat.Sering kami sediakan payung untuk mereka.Aku tidak mahu mereka basah dlam kesejukan.Aku tidak mahu panas terik memanah tubuh mereka.Dan saat aku begitu banyak berharap sebuah kebaikan dari Tuhan utk keluargaku  maka Tuhan tetap kabulkan permintaanku.!


Selamat malam ..tidak ada yg lebih berkuasa  melainkan diri sendiri..maka kawallah diri.Tuhan Maha Kuasa,berikan kekuatan emosi dan fizikal,berilah kesejahteraan kpd kami.kerana selagi nyawa di kandung badan aku bermatlamat utk melakukan yg terbaik dlm  kehidupan ku.Justeru aku memohon kpdMu,positifkan mindaku dgn kerja baik.
Rumah yg bertingkat-tingkat
Duitnya yg berlipat-lipat  
Orangnya berpangkat-pangkat
Isterinya sampai empat
Semuanya berjaya di pikat
Akhirnya rumahtangganya mnjadi gamat-
Demikian kata-kata  seorang ustazah berdiskusi dlm forumnya..aku suka mndengar forum,diskusi atau bual bicara yg bolh mmberi pengajaran.Motivasi yg mengajarku berfikir lagi.Sebenarnya hidup ini seperti satu kertas kosong..boleh di lakar atau di tulis..juga ibarat sperti satu kanvas yang putih..maka  berkaryalah pelbagai ilusi atau tinggalkan saja sebuah memori di situ....
Ubat utk legakan kesakitan namun tidak berupaya utk  membeli kesihatan
Boleh kita beli jam tetapi mustahil utk  kita membeli masa..atau mmpercepatkannya  dan mengundurkannya
Boleh kita  beli  rumah namun bukan membeli kebahagiaan atau cinta..kerana cinta dan kasihsayang tidak pernah akan di jual atau di perdagangkan!


Realiti kehidupan jika kita bahagikan  baik dan jahat.Berbuat baik mndapat pahala.Berbuat jahat mnjadi dosa.Begitulah jika di nisbahkan  cinta dan kasih sayang..ada ke saham dlm percintaan?Boleh ke di  masukkan kasihsayang dlm satu komoditi  lalu di perdagangkan utk mndapatkan keuntungan?
Muhasabah diriku selalu..Bunyinya mudah tapi sukar untukku laksanakan.Namun hala tuju dan niat tetap di perbetulkan kerana Allah.Lalu kotak fikirku bersoaljawab.Sudahkah aku berusaha untuk mndapatkan apa yg kuhajati?
Kehidupan satu misi  yang perlu di lunaskan-(more than just a job,it is a mission).
Sebelum matahari terbenam..sebelum matahari terbit semula aku ingin bertasbih memuji KehebatanMu.
"Ketahuilah sesungguhnya hidup  di dunia hanya  permainan,hiburan,perhiasan dan saling bermegah  antara kamu dan  pengumpulan harta dan anak-anak  sama seperti air hujan  yg menyejukkan orang-orang  kafir kerana tumbuh-tumbuhannya ,kemudian ia mnjadi kering lalu  hancur.Dan di akhir siksa yg kuat bagi orang kafir  dan ampun dan keredhaan Allah(bagi orang mukmin)Hidup di dunia tidak lain hanya kesukaan tipu-tipuan."-Al-Hadid:20.


Kejayaan yg kukuh ialah akal,kemiskinan yg paling besar ialah kebodohan,keburukan  yg buruk ialah terpesona  dgn keindahan diri sendiri dan semulia-mulia manusia bila ia memiliki akhlak yang baik..jadikanlah masa lalu sebagai perisai atau senjata  kekuatan untuk  menghadapi hari depan!
GOD CREAT US
BUT HE GAVE US
THE POWER OF CHOICE TO SHAPE OUR OWN  LIVES AND FORTUNES....
BERKEMBANGLAH BUNGA-BUNGA JANUARI UNTUK CINTA DAN KASIHSAYANGKU KE SELURUH ALAM DENGAN WANGI MENGHARUM MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.
INSYA'ALLAH...

Saturday, December 31, 2011

NOTA BARU.

1.1.2011.
Telah kusambut Tahun Baru pada 1Muharram 1433 yang lalu.Namun untuk kesinambungan hijrahku  yang bermula pada 1.1.2012.Tuhan telah menurunkan hujan rahmatNya sejak lembaran baru bermula.Betapa  agungNya Tuhan..menurunkan hujan membasahi bumi setelah tanah gersang..mendinginkan rumahku dan memberi petanda bahawa  rahmat Tuhan sentiasa ada bersama kita dalam melayari  kembara hidup ini.
Seluruh umat manusia menyimpan azam baru.Semua bercita-cita mahu menggapai impian.Bukan tanpa azam atau cita-cita,dunia jadi sepi?Hidup mesti berazam..bermuhasabah dan menetapkan tekad.Mahu berhijrah ke alam yang lebih baik..mahu pengalaman silam di jadikan iktibar..mahu dunia hari depan mnjanjikan kebahagiaan.
Seluruh liang -liang saraf dan darah  berkembang dgn semangat baru.Mencari kebahagiaan yang hak dan mengiktiraf kejayaan semalam sebagai pemangkin kebahagiaan masa depan.Menghargai  hak dan kebebasan diri untuk menemui cahaya indah sempena Tahun Baru!


Dunia ini satu pentas yang amat besar.Hayat dunia  tiada siapa punn dapat menduga..begitu jua hayat kita manusia yg menumpang di sini.Kadang-kadang kita tiada haluan utk di tuju..memikir destinasi mana utk di huni..namun kita mesti yakin bahawa dalam kegelapan pun manusia mesti ada harapan utk menemui cahaya..wajah dunia hari ini melakar cermin kehidupan masa depan.
Demi apa yang kita inginkan,kita berusaha sedaya upaya mencapai azam dan cita--cita..kita menemui pelbagai ragam..rona-rona  hidup yg berwarna.Sejarah diri dan peristiwa yg terjadi..ibarat kita menenun sutera indah,tentu sekali  menghadapi kesulitan utk memiliki sesuatu yg hakiki keindahannya.Azam perlu di teruskan dgn langkahan kaki yang kuat..kekurangan diri atau kata-kata orang hanya penguji utk kita mencapai keinginan hati..
Jika di terjemahkan betapa  nota lama kita di tahun sebelum ini..rupahayat  kita  bagaikan abstrak..sisa mimpi di teruskan lagi..kita terbang bagai camar putih.Kita tidak mahu jatuh ke lurah kehampaan..lalu di hina..kehidupan yg seluas usia satu hamparan untuk kita terokai.Menongkah arus dan menyonsong badai beradu nasib.Demi untuk sebuah azam dan keinginan.Kita dapat rasa hangatnya nafas yang kita hela.Sebelum terhentinya usia,kita berkira-kira apakah bekalan kita?


Aku tidak pernah menafikan betapa sengsaranya jiwa bila  berhadapan dgn derita.Tapi aku rasa  nikmat Allah tu sungguh banyak jika di bandingkan dgn derita yg tak seberapa..Membesarkan dua puteraku dan dua puteriku,membelai  raja kecintaanku..pernah terdampar di pulau sengsara,terlontar di tanjung duka..tapi siapa tahu Tuhan sedang memberikan  naungan kasihNya untukku..
Aku pernah terdengar bisikan bahawa alangkah mahalnya  harga sebuah kebahagiaan..walau pun dgn sayap yg patah,terbanglah  melintasi laut sengsara..insan hanya mampu berserah.Allah yg melimpahkan anugerahNya!
Pernah  burung senja mendekati awan hitam?
Pernah camar putih  terbang ke bulan?
Pernah hatiku di buru  dendam?
Sebanyak-banyak kebahagiaan adakah selamanya kekal?
Aku tidak mahu jauh dari nikmat Tuhan.Atau jatuh dalam pandangan hina manusia.Hati yang sakit akan tenang bila bertemu dgn Tuhan..
Kerana manusia mereka cipta ,melakonkan dan menyaksikan  sendiri drama hidupnya sendiri..semua zaman merasa teruja  dgn setiap perubahan yang terjadi.Berbagai tragedi terjadi..nilai keji manusia bila sanggup menolak orang lain utk kepentingan diri sendiri.Nilai keji manusia bila sanggup mengkhianati kepercayaan orang lain hanya dengan melihat kertas yang tertulis RM .Nilai keji manusia bila sanggup berpura-pura seperti tidak ada apa yg berlaku di depannya.Nilai keji manusia bila sanggup menipu dan berbohong demi menutup  untuk dirinya sendiri  menggapai impiannya..nilai keji manusia bila sanggup berdendam  dan balas dendam kepada saudaranya sendiri semata-mata utk mnjaga hatinya .Munafiknya manusia!
Kerana manusia  mempunyai jiwa yang suci..mereka simpati dgn penderitaan orang lain.Manusia yg mmpunyai naluri yg baik dan memiliki nilai-nilai luhur ini sanggup berkorban  kepentingan diri sendiri demi melihat kebahagiaan orang di sekelilingnya.Mereka mmbuka mata melihat penderitaan.mendengar keluhan suara yg memerlukan bantuan,ringan tangan menolong  kesusahan  insan yg meminta..malah diri dan hati mereka ikhlas dan redha  memenuhi impian orang lain  dalam mencapai kebahagiaan.Mereka rela berkorban  demi agama!
Allah  telah menjanjikan kpd Adam a.s.  syurga..pada hal Adam a.s. pernah terlontar ke dunia  kerana  dosa.Adam a.s. dan zuriatnya mndapat hidayat  dan keselamatan bagi mereka yg ikhlas ,redha dlm melaksanakan hukum Tuhan.Bertuahnya manusia yang menyuci dan membersihkan jiwanya menuju jalan  Allah mncari syurga!


Ya Rabbi Ya Iddin,
Segugus cahaya itu  berkaca  dan bersinar terangnya..Nostalgia pertemuan Adam dan Hawadi Jabbar Al- Rahmah  telah menumbuhkan cinta  di sebidang hati manusia.Tapi bukankah di situ gurun yang amat gersang dan tandus?
Hujan rahmat telah mmbasahi jiwa mereka.Negeri yg menemukan cinta dan kasihsayang manusia setelah 40 tahun berpisah..di negeri para Anbia bertemu.sesosok tubuh yg kerdil..jasadnya berdiri di sini..demi kerana cintakan Allah,semuanya bisa terjadi.
Jasad hayat ini tiada terjangka..bertahun-tahun berqasidah di tikar sejadah..kembalikan api cintaku..biarkan ia menyala di situ,aku tahu sejak di alam fetus lagi aku telah tercipta..aku mahu Allah meniupkan cahaya keimanan ke seluruh jasadku.Aku mahu azamku tertunai dgn mengingat Allah setiap waktu.Aku mahu redha Allah menyelimuti dingin tubuhku..aku mahu Allah mmberikan dakapan kasih sayang utk semua umat seiman dengan ku.Perbetulkanlah saf-saf kami..biar kami tenang berdoa kepadaMu.


Nota lama telah sempurna kutulis.Biar ia kekal dlm lipatan sejarah.Nota baruku:"Wahai Tuhanku,Ampunkan kiranya segala dosaku  dan lapangkanlah  kiranya rumahtanggaku dan berkatkanlah rezekiku"-
Sempena hijrah kali ini aku berazam untuk lebih sabar  dengan musibah yang datang.Seperti kisah sejarah  perpisahan suami isteri  di zaman Rasulillah S.A.W.Kisah  istimewa ini layak di tulis dengan tinta emas.Ketika abu Salamah sedang nazak,dialog cinta pun tertulis sebagai satu kisah sedih.Tapi kerana sebuah  cinta agung seorang suami terhadap isterinya yang di sayangi sepenuh jiwa raganya ..Abu Salamah dgn seribu kepayahan,airmata bercucuran dan dalam kesedihan teramat,beliau masih tidak berputus asa.Abu Salamah berdoa:"Ya Allah,jika aku mati terlebih dulu,maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yg lebih baik dariku.Suami yg tdk akan mmbuatnya sedih dan tdk akan menyakiti nya".
Setiap hari yg sukar,doa itu sntiasa di panjatkan kpd Allah.Siapakah orang yg lebih baik dari Abu Salamah?Ummu Salamah sedar tentang  status dirinya...sesungguhnya Allah sentiasa mndengar setiap doa hambaNya.Doa yg luhur dan ikhlas.Doa yg tiada pernah berputus harap.Doa dari seorang hamba kpd PenciptaNya yg menyempurnakan segala hajat..Subhanallah..Tuhan Yang Mulia..Insan yg mulia seperti Rasulillah  telah di gantikan Allah sebagai pelindung Ummu Salamah..
Apakah rahsia di sebalik kisah tragis ini?
Apakah ini hanya satu drama biasa?
Apakah kita tidak bijak menafsir dengan akal yg waras?
Kenapakah ini semua berlaku?
Sesungguhnya ini bukanlah kisah biasa..bukan satu  permainan cinta.Ini kisah  betapa doa  dn munajat  kita telah sampai kepada Allah.Allah Maha Mendengar!
Terciptalah sebuah kesabaran yg di balas dgn sebuah kebahagiaan.Pertukaran yg tdk berbelah bagi saat Ummu Salamah dn Abu Salamah telah menunaikan hak kewajipan terhadap Allah.Tanpa ragu,doa yg tidak pernah berhenti sepanjang hari itu sangat bernilai di mata Allah.
Ummu Salamah bermunajat:"Ya Allah,berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yg melanda diriku.Dan berilah ganti yg lbih baik drpnya,maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yg lebih baik".
Mohonlah kebaikan dari Allah.Setelah musibah melanda..berhijrahlah..tiada hal sebesar manapun tiada jalan penyelesaiannya...namun jgn sangka  banyak hal yg dapat di selesaikan dgn wang ringgit atau harta benda..terutamanya kasih sayang atau cinta yg ada di hati manusia!


Aku menulis dlm bahasa cinta..seperti ingin membuka kelopak bunga..telah pulang rasa cinta ke pangkuanMu.Aku pasrah mengenggam fitrahMu.Walau airmataku pernah menitis ..kutahan dendam dan kemarahanku.Aku sedar dalam kembara tahun laluku,terdetik seribu ujian.Namun dalam meneruskan kembara di tahun baruku,sejuta impian sedang mekar di hatiku.
Inikah anugerah terindah yang Allah berikan untukku?
Terkadang bual bicaraku keterlaluan utk org di sekelilingku,maafkan kesilapanku.
Terkadang tindakan dan tingkahku menyakitkan insan di sekelilingku,ampunkan ketelanjuranku.
Jika aku berdiri teguh di sisiMu,terimalah diriku..
Jika aku tersalah menduga firasatMu,jangan aniaya aku..
Penolongku hanya Allah.."Cinta Allah adalah sebuah cahaya.yang jika tanpaNya ,engkau berada dalam gelap gelita"(ibnu Qayyim).
Perteguhkan hatiku untuk selalu berada di lantai tauhidMu.Seberapa berhargakah  dunia ini bagiku?
Aku tidak mahu menyembunyikan sebuah kebenaran..kerna itu satu kesalahan!Aku mahu berkata benar,mahu jujur  terhadap diriku sendiri..andai Tuhan telah meletakkan aku di sisi bagaimana pun,aku rela.Aku percaya tidak ada satu tangan pun yg mampu menghalang andai suratan takdir itu terjadi.
Aku juga yakin dan percaya bahawa  tidak ada sejuta tangan yg mampu  menolong andai Allah telah menetapkan ketentuanNya begitu.Ku perteguhkan diriku degn kalimat agungMu.
Allah itu Satu.
Sesungguhnya isi dunia ini tidak bererti jika di bandingkan  dgn Sunnah  dan Al-Quran!
Moga hati ini tidak tergoda dgn nikmat sementara.."Aku berlindung dgn kalimah Allah  Yang Maha Sempurna dari segala kejahatan apa yg Dia ciptakan".
Akhirnya dalam Nota Baru ,aku berpesan kpd diriku sendiri,suamiku serta anak-anak yang mnjadi permata hatiku selama ini.(mereka adalah termasuk dari wangi  syurga,maka  ikutlah perintah Tuhan).
"CINTA ITU MEMINTA SEMUANYA DARIMU.MAKA SANGGUPKAH KAU BERKORBAN SAAT AKU MEMINTA SESUATU DARIMU?"

Thursday, December 15, 2011

NOTA LAMA.

Bismillahirrahmanirrahim.
"Penolongku hanya Allah,cinta Allah adalah sebuah cahaya,jika tanpaNya ,engkau berada dalam dunia yang gelap gelita".
Jumaat yang penuh kemuliaan.
Tersinarlah cahaya indah ke seluruh alam.Semuanya berjalan lancar.Majlis walimatul urus,peminangan,muharram dan bubur asyura..semua nya berlaku dengan izin Allah.Subhanallah...hari-hari yang di lalui sudah pun bertukar  mnjadi Muharram1433.Kalendar Islam telah pun memulakan  hijrah baru..iktizam baru..tekad baru...dengan doa dan harapan agar semuanya mndapat keredhaan Allah SWT utkku melayari sebuah kehidupan...
Tersinarlah  cahaya indah ke nubariku bila menghitung betapa banyak nikmat yang telah kuterima selama ini.Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih mmberikan aku sedikit waktu utk menghirup  udara segar,memandang wajah dunia di alaf terhebat..
Life is ajourney,not destination..
So always keep faith in Allah
Track on Al-Quran and sunnah
Let we meet Allah the best way..AMIN..
Terkadang kita merasa aneh dgn kehidupan dunia..memandang penghuninya ..seperti aku yg sering menghitung waktu.Aku menghitung berapa banyak dosaku?
Aku memikirkan betapa berkaratnya hatiku dgn dosa?
Bukankah hati kita ni ibarat seperti besi?
Besi yang di biarkan akan berkarat..semakin lama  tidak di pedulikan semakin banyaklah karatnya.Akan melekat kekotoran dan akan mnjadi kehitaman.Boleh kah di bersihkan dgn mudah?
Betapa pun sukar utk membersihkan kotoran yg melekat,kita tetap berusaha..jgn biarkan karat itu mnjadi satu noda..kerana jika kita tdk berusaha utk mnyucikan noda itu ia akan mnjadi seperti satu perkara biasa..melakukan dosa tanpa memikirkan ia satu"DOSA'.
Zikir itu penghias hati,tasbih itu menghias lidah.Solat adalah tiang agama.Taubat itu mncuci dosa.Beruntungnya  hati bila mahu menguasai masa dgn bertaubat.Yang selalu mengikuti kaki bila melangkah adalah dosa,yang selalu melekat di mata bila melirik pada bukan yang hak,adalah satu dosa..yang selalu mnjadi dosa bila lidah berkata-kata perkara dusta..bila hati berperasangka buruk..juga satu dosa..Terkadang kita melakukan dosa dengan ucapan kita,renungan kita,telinga kita yg mmbenarkan sesuatu yg batil,melukakan perasaan orang lain dengan senyuman manis kita!
"A'uudzubikalimaatillahit tammati min syarrima khuliqa"-"Aku berlindung  dgn kalimah Allah Yang Maha Sempurna dari segala kejahatan apa yang Dia ciptakan".

Kemewahan tidak mmbuat kita jiwa kita mulia jika kita tdk ikhlas berinfaq.
Tanpa harta pun manusia bisa mnjadi mulia  jika kita melakukan kebaikan dan membuang kekotoran di jiwa.
Jiwa kita lahir tanpa harta....sesungguhnya harta yg paling mulia di sisi Allah hanyalah ketaqwaan..jiwa yg suci bersih!
Bersyukurlah dgn nikmat-nikmat Allah SWT.
Utk masuk syurga,bawalah amal ibadah yang tulus ikhlas.Wang ,kemewahan bukanlah jaminan kehidupan yg sempurna di dunia jika diri kita sendiri tdk bersungguhan mencintai Allah.
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu.Jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu,akan kubimbing semula dirimu supaya kita dapat bersama-sama  merasai indahnya syurga"
Pernah kubaca dakwah itu cinta.Dan cinta itu meminta semuanya darimu.maka sanggupkah kau mmberi dan berkorban semuanya saat aku meminta kau melakukan itu untukku?
Sebenarnya aku bukanlah pendakwah,aku hanya  seorang wanita biasa..yang terkadang suka menulis nota.Ini nota lamaku...
Impian yang pernah hangus..sengsara yg menganggu jiwa.seperti menjahit semula luka-luka yg tercarik mnjadi perca kain yg bercamtum mnjadi sutera.Buat mmbalut  diri yg kedinginan.
Impian yang tidak pernah hangus..berharap jari-jemari takdir mmbenarkan aku sekeluarga menikmati rasa bahagia.Biar bahagia itu menyelimuti tidur kami..
Penolongku hanya Allah..
Telah kembali rasa cintaku ke pangkuanMu..aku pasrah dalam mengenggam fitrah kehidupan  yg penuh ujian..yang pernah mmbuat airmataku menitis..seperti langit yg sedang menitis kan kesedihannya.Bersimpati dengan  deritaku..
Dendam dan kebencian,satu dosa bagiku.ujian dan fitnah..godaan dn kata-kata dusta..yg pernah di berikan kepadaku..aku terima..kerana aku tahu kembara fana  di tahun ini dan sebelum ni adalah fitrah semulajadi manusia yg mmpunyai hati yg berbeza-beza!
Sakit dan di sakiti..sayang serta di sayangi.Perlu dan sering memerlukan..sulit dan sukar untukku dan emosiku.Namun aku tahu,sampai bila pun jika kita tidak mahu mengubah diri kita ke posisi positif,pesepsi org terhadap kita tetap sama..........
Aku mahu menoleh kepada kebenaran  yg telah dijanjikan kpd setiap hambaNya.
'Ya Allah,wahai tuhanku,
Ampunilah kiranya segala dosaku dan lapangkanlah  kiranya rumahtanggaku dan berkatkanlah rezekiku"
"Kami memohon ampun kpd Allah Yang maha Besar.Kami telah bertaubat kpd Allah.Aku telah kembali kpd Allah.Kami telah menyesal atas apa yang kami lakukan.Kami berazam tdk akan mmbuat sebarang  dosa lagi utk selama-lamanya".
Mataku yg pernah berkaca di nota lama..segugus kesulitan dn kepahitan telah mnjenguk ke laman nuraniku.Inikah anugerah Allah yg terindah untukku membuka nota baru ?Sebenarnya aku masih mncari siapakah org yg mmdustai kebenaran...orang yg sanggup mengkhianati rasa kasihsayang saudara serahimku..orang yang selalu mnjadi racun dlm setiap silatulrahim sesama islam..yg sanggup bermanis kata sehingga bersaring madunya di depanku?
Kau akan sengsara jika memilih keinginan dan ketamakan itu..kerana keinginanmu satu kesalahan.Kesalahan yg mmberimu  satu dosa..Rosak akhlak,rosak jiwa akan merosakkan imanmu jua!Meski pun pernah terdampar di persimpangan,hati berbisik  bahawa kesengsaraan tdk pernah mmbuat hidup kita tenang..
Tuhan sedang menguji keimanku,kerana apa?
Mungkin istiqamah ku belum mantap,perjalanan rohaniku masih lemah.Berjuang kerna Allah adalah satu jihad.Aku terus berdoa kpd Tuhan yg mencipta  alam semesta yang indah ini.Nota lamaku penuh cerita.Nota baru belum ku buka lagi..InsyaAllah,jgn pernah jemu berharap..jgn pernah jemu berdoa..rayuanku bukan rayuan kosong.Rayuanku menuju jalan istiqamahMu..
"Ya Allah,berikanlah  kebahagiaan kdp kami ketika kesedihan  mengisi hari kami,ke mana pun kaki kami melangkah  Engkau menyertai kami ,ke mana pun kami dlm kehilangan ,kesakitan,kesepian dan kelukaan kami..kuatkanlah hati dan diri kami  dlm mnjalani hidup ini  utk menebarkan cinta dan kasih sayang  sesama manusia".
Bukan semua tangisan airmata  itu bererti duka
Bukan semua ketawa itu mmbawa bahagia dan bukan semua orang dapat memiliki apa yang di ingini di dunia ini.Aku bersyukur bila anakku juga mengikut jejak langkah abang dn kakaknya utk bersekolah di sekolah agama.Aku harap keputusan itu akn mmberi kebaikan utknya.aura positif dgn semangat baru...seperti biasa setiap tahun,hujung tahun adalah masa utk kami sekeluarga bercuti.Kami akn ke Genting Highland utk kali keempat..dn mnjejak anakku d i universiti Islam ,Gombak yg akan mnganbil peperiksaan  28 Dec 2011.
Terimakasih Tuhan,aku syukur dgn semua nikmatMu.
PENOLONGKU HANYA ALLAH....akan kutulis nota baru selepas ini.Insya'Allah.
                                                                                                                 

Friday, November 25, 2011

PELANGI CINTA.

Ketika hujan renyai ,angin dingin menyentuh pipiku.Hujan yang masih turun di sekitar rumahku kian reda.Aku beranjak keluar rumah.Ketika itu pandanganku tertumpu ke Gunung Raya.Berdekatan sawah yang luas,saujana alam ku pandang tanpa jemu.Mataku melirik ke situ..di depanku sejalur pelangi .Indah ,cantik dan berwarna-warni.Aku terpaku .Dlm hati aku berbisik .Keindahan alam dan kebesaran Tuhan.
"Segala puji bagi Allah yang dgn nikmatnya sempurnalah segala amalan baik".
Seperti biasa aku masuk mengambil kamera yang baru ku beli dua minggu yang lepas.Kamera adalah benda yg utama dlm beg tanganku.Kameraku hilang bulan lepas.Hilang dlm rumahku sendiri.Biasa lah,rumahku selalu saja ada tetamu..aku merakam keindahan itu.Bukankah pelangi ini cantik?Warnanya mampu menyejukkan hatiku..sekali gus membangkitkan ilusi silamku.
Suatu waktu ketika suamiku masih lagi bergelar 'tentera'aku di kejutkan dgn satu penyakit.Tonsil.Kedua anak tekakku bengkak dan berbintik kemerahan.Menyukarkan pernafasan.Doktor yg merawatku mengatakan ini hanya masalah kecil.Makan ubat dan bertahan.Namun aku meminta doktor muda yg kacak itu mmbuat satu surat.Membenarkan aku utk ke hospital Alor Star.Semasa bersama 11RAMd di kem Kuala Lipis suamiku berpangkat sarjan.Sarjan termuda dlm kem.Oleh krana suamiku bertugas hanya dlm kem dan tidak beroperasi dlm hutan,maka susah payah jiran di tinggalkan suami byk meminta tolong dgn kami.Tiada masalah kerana kita ikhlas dan bantu sekadar yg termampu.
Bila aku mndapat rawatan di hospital alor star,aku mahu lakukan pembedahan utk mmbuang tonsil itu.Doktor 11RAMD mengatakan ia tak serious tapi aku rasa seblm berterusan mnjadi lbh terok aku ingin buang saja penyakit tu..ketika dulu 'sarjan'sgt bererti.Layanan sgt utama.Malah kita di berikan keutamaan.Sehari sebelum masuk ke hospital suamiku menegahku dari melakukan operation .Sehingga dalam tidur dia bermimpikan sesuatu..jam hampir 2 pagi suamiku bangun dan memelokku kuat.Aku jadi terkejut dan bingung.Mengapa?
Suamiku mahu aku batalkan pembedahan itu.Kenapa?soalku bertubi-tubi.
"Abang mimpi sesuatu yg buruk.Tak payah masuk hospital dan tak payah buat pembedahan tu.Kita cuba cara lain".
Malangnya aku berkeras.Kataku hidup mati di tangan Tuhan.Mimpi buruk itu kerana dia terlalu memikirkan hal yg bukan -bukan.Dia masih memujukku dan memelok erat.Seperti orang yg tdk mahu kehilangan.
"Penolongku hanya Allah.Tiada Tuhan melainkan dia.KepadaNya jualah aku berserah dan Dialah yg memelihara Arasy yg besar"-aku berdoa dan berserah diri.
Ketika aku di tolak masuk ke bilik pembedahan matanya merenungku dan tdk mahu melepaskan tanganku.Aku berkata bahawa aku telah berusaha dan kini aku berserah diri kpd Allah dan aku tdk pernah berhenti berdoa.Bukankah doa itu satu pengharapan?
Aku masuk bilik pembedahan jam 8pagi.Namun ketika jarum jam menunjuk ke angka 2petang mentua mula gelisah.Suami ke hulu dan ke hilir.Dlm kegelisahan teramat mentuaku pun menyuruhnya pergi bertanyakan salah seorang jururawat yg baru keluar dr bilik pembedahanku.Jururawat itu mnjelaskan bahawa doktor melakukan pembedahan sebelah kanan kemudian sebelah kiri.Maknanya perlukan masa yg panjang.Jam 4petang baru aku di sorong keluar dan dlm sedar atau dlm masih dgn ubat bius aku mnjadi tdk peduli.Mataku terasa berat..berlalulah hari itu..namun bila saudara mara berkunjung dan aku sudah beransur baik mentuaku menceritakan perihal suamiku..semua ketawa..tapi pak cik suamiku muram.Kenapa?
Pak cik sedang sakit tapi takut utk mmbuat pembedahan sepertiku.Dia renung mataku dan bertanya kpdku bagaimana rasanya..aku berkata ketika berserah diri dan bertawakal,hanya Allah tempat sandaran kita.Dia teruja..katanya aku bijak dlm mmbuat keputusan.Tidak lama kemudian pak cik mmberitahu dia juga akn mengambil tindakan sepertiku drp terus menahan sakit.
Ketika aku pulang ke pahang,lebih kurang tiga bulan suamiku mengadu dlm hidungnya ada ketolan jernih.Sgt menganggu nafas ketika berkawad ..bukankah suami selalu kena mewakili 11RAMD dlm acara kawad.Berulang alik ke Raub,Kuantan,Mentakab dan Kuala Lumpur setiap minggu.Bila mmbuat pemeriksaan kami ambil keputusan untuk lakukan pembedahan di Kinrara,Kuala Lumpur.Keluarga kami berkumpul dan pembedahan di lakukan tepat pada harilahirnya..ketika jururawat menerima panggilan dariku utk mngucapkan selamat hari lahir utk suamiku mereka gembira..ingatan tulus ikhlas penuh kasih sayang dariku..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji trtentu bagi Allah,Tuhan yang mentadbir seluruh alam.Rahmat dn kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Rasul dan juga ke atas keluarganya dn sahabatnya sekelian.
Ya Allah Tuhan kami,Engkau Tuhan tiada Tuhan (yg berhak di sembah) melainkan Engkau.Kpd Engkaulan kami bertawakal dn Engkaulah Tuhan Arasy yg Maha Besar.
Sesuatu yg di kehendaki Allah pasti berlaku dn sesuatu yg tdk di kehendaki Allah pasti tdk akan berlaku.Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yg dpt menjayakan dn menggagalkan sesuatu selain dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.Kami mengetahui sesungguhnya Allah (atas tiap-tiap sesuatu)amat berkuasa.Dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pd tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah.Tuhan kami sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau drp kejahatan ,keburukn pd diri kami,tiap-tiap mahkluk yg melata(jin,syaitan ,binatang dn manusia)Engkaulah yg menguasai ubun-ubun nya(segala gerak gerinya)Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yg benar.
Dan cucurilah rahmat kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW.keluarganya serta sahabatnya sekelian.Segala puji tertentu bg Allah,Tuhan pentadbir seluruh alam"-
Amalkan selepas Subuh dn maghrib.Sebagai perlindungan diri ,harta dan keluarga.

Ujian dan dugaan itu semakin menyemarakkan lagi rasa cinta kami.Semasa menyertai UNTAC di Kemboja setiap hari suamiku menelefun.Emak ,jiranku dan saudaraku yg lain hairan kerna walau pun anak kami sedang tidur,dia mahu aku kejutkan mereka.Setiap hari...semua kad dan duit d masukkan ke akaunku.Ketika emak memarahiku kerana mmbayar bil telefon yg begitu tinggi suamiku senyum.Katanya wang ringgit boleh di cari..anak isteri yg penting.Justeru ka mana aku melangkah kami setia bersama..tdk sukar utkku mnjaga anak kerana suamiku yg sabar melayan mereka.Berbuka puasa dn bersahur di dahulukan untukku..malah dgn semua layanan nya aku sering bertanya :sekiranya aku tiada,bagaimana dirinya?
Kekuatan cinta ini seperti keindahan pelangi..tapi aku tdk mahu keindahan sementara!
Sebenarnya aku tdk mahu meminta lebih dari apa yg telah ku miliki...tidak mahu meraih sesuatu yg bukan mnjadi hakku.
Aku memilih utk mnjadi isteri yg di dambakan suami sepanjang masa.Kerna itu suami ku tdk suka mnjamah makanan di luar sekiranya kami tdk bersamanya.Alasannya mudah.Tak dapat nak telan makanan yg ada di depan mata..resmiku memastikan rumah sntiasa bersih,makanan selalu brvariasi selalu dgn sntiasa mncuba resepi pilihan..aku sedia cerewet walau ketika menyusun pakaian di almari..berasingan warna..tersusun segalanya tanpa debu dn perabut rumahku sentiasa berubah.Malah suamiku selalu berkata kalau boleh rumah pun mahu di ubah selalu..aku sentiasa pastikan halamanku bersih.Sehelai daun yg jatuh pun aku sanggup kutip satu persatu..masakanku selalu mnjadi kesukaan anak-anak.Walau kurasakan tdk berapa sedap mereka tetap memujiku.Tapi aku tahu aku masak biasa saja.Tak ada yg istimewa lansung!
Aku tdk pernah mmbayangkan bulan bintang mnjadi milikku..aku hanya berangan-angan utk jadi isteri ,ibu dan muslimah yang baik.Itu hasrat hatiku..
Aku juga tdk minta pelangi itu singgah di rumahku.Aku hanya mahu pelangi itu selalu hadir selepas hujan..keindahan juraian warna-warni pelangi itu sndiri bisa mmberikan aku semangat baru.
Aku memiliki tangan dan kaki dan mahu berdiri,menghulur tangan utk suamiku ketika di perlukan..tanganku utk memohon kebahgiaan sejati dlm rumahtanggaku!
Mahu jadi apa lagi ya...?
Jika Tuhan mmberikan aku pilihan aku mahu semua manusia di dunia mencapai apa yg di impikan..hidup dlm kebahagiaan..dlm sakinah,mawaddah dan rahmah Allah SWT.Bukankah itu sudah memadai?
Aku tak mahu sperti matahari..muncul di siang hari hilang di kegelapan malam.Aku tak mahu jadi seperti bulan,hanya mahu muncul di malam hari..
Aku hanya mahu mnjadi wanita pilihan suamiku yang bisa menyinari dunianya,hatinya dengan deria rasa cintaku..bersama segalanya di susuri bersama..
Cinta seperti satu peperangan dalam kehidupan kita..berperang emosi ,berjuang segalanya semata kerana cinta..biarlah cinta yang hak...cinta seindah pelangi..lawanlah hawa nafsu..kerana cinta bisa menghilangkan kewarasan diri!
Pandanglah pelangi..singkaplah keindahannya..sebenarnya dunia ini sudah cukup indah bila dua hati telah bersatu dan bertaut mesra dengan izin Allah SWT.Jangan sesekali lupa sabda Nabi kita:"Allah SWT telah menciptakan 100rahmat,satu rahmat di bahagikan kpd seluruh isi dunia ini sedangkan 99 bhgn lagi di bhagikan kpd akhirat(iaitu dlm surga)-Riwayat Muslim.


"Aku tdk mahu mentaatinya ketika ia masih hidup lantas menentangnya ketika ia wafat'
Jawab Fatimah kepada Amirul Mukminin ketika telah menghibahkan segala hartanya ke Baitul Mal.Begitulah cerita sirah junjungan kita,puterinya Fatimah Az-Zahra.Walau pun berabad-abad kisah ini ,namun limpahan dan ketinggian darjat seseorang Rasul tetap melekat di hati umat islam.Sempena MAAL HijRAH 1433 marilah kita berselawat kpd junjungan mulia kita.Sejarah gemilang yg tersemat di jiwa tidak pernah hilang di minda..
Bersama kita berhijrah,moga-moga penghijrahan kali ini lebih bermakna..salam ukhwah ,salam islamiyah utk semua....





Thursday, November 24, 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN.

"Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.
Allah menurunkan rahmat dan kesejehteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW,keatas keluarganya dan sahabat handainya sekelian.
Ya Allah,Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan.Atas kurniaanMu yang besar,kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru,baru shj muncul.Kami memohon kpdMu supaya memelihara kami drp syaitan,penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya,serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kpd kejahatan.
Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan utk mendekatkan diri aku kpdMu wahai Tuhan yg mmpunyai kebesaran dan kemuliaan.Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW,keluarganya dn sahabat kesemuanya.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.AMIN."

Baca doa awal tahun ini selepas solat maghrib-1Muharram.
Baca doa akhir tahun ini pada 30 hb.Zulhijjah.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam,Rahmat Allah ke atas Pnghulu kami Nabi muhammad SAW,Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini drp perkara yg Engkau tegah,aku tdk bertaubat drpnya dan Engkau tdk meredainya,dan Engkau tdk melupainya ,dan Engkau tdk memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa menyeksa aku,dan Engkau memerintahkan aku utk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu ,maka aku memohon keampunan kpdMu,ampunilah aku drp apa yg aku lakukan padanya.Drp perkara yang Engkau reda dn Engkau menjanjikan pahala .Oleh itu aku pohon kpdMu.
Ya Allah,wahai Tuhan yg mmpunyai kebesaran dn kemuliaan ,Engkau terimalah diriku,janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu,wahai Tuhan Yamg Maha Mulia.Allah telah menurunkan rahmat dn ksejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammmad SAW,ke atas keluarganya dn sahabat handainya.AMIN."

Wednesday, November 23, 2011

CINTA LUKA

Untuk gadis yang bermata cantik,
Saat ku pandang matamu yang cantik dan melirik indah,aku seperti tergoda dengan lirikan itu.Dunia jadi sangat indah.Aku terpana dengan sejuta pesonamu.Kau memandang dunia seperti apa?Apakah dunia ini sudah memahami akan dirimu?Sudah kah kau cuba untuk memahami segala isi dunia ini?
Dunia ini sebenarnya sungguh sarat dengan berita musibah.Kerana matamu sering memandang remeh terhadap kepentingan hidup orang lain.Matamu yang sangat cantik telah menggoda keimanan seseorang.Matamu yang melirik indah telah menipu kepercayaan orang lain.Matamu lah yang gagal menilai bahawa segala keindahan,kebahagiaan dan kegelisahan berpunca dari renungan matamu itu.Malah matamu telah buta menilai kasihsayang seorang suami kepada isterinya yang hak.
Untuk gadis yang memilik bibir yang paling menawan,
Aku tertarik saat senyuman kau hadiahkan untukku.Senyumanmu itulah yang membuatkan aku terkenangkan dirimu sehingga hari ini.Dengan bibirmu yang menawan dan senyuman yang sangat asyik,hatiku terpaut dengan kata-katamu.Kata orang dari mata turun ke hati .Dari senyuman menawarkan kerinduan.aku jadi rindu dengan senyumanmu.Namun bila bertanya kepada dunia apakah bibirmu pernah mensyukuri semua nikmat yang di terima?Dunia yang sarat dengan berita buruk pun berbisik:bibirmu yang indah,senyumanmu hanya semata menggoda.Inginku lontarkan satu soalan.Apakah bibirmu yang menjadi kerinduanku pernah mengucapkan zikir dan bertasbih memuji kebesaranNya?Sayangnya jiwaku berkata:kau hanya memiliki senyuman menggoda dan bibir yang menawan tapi kau tak bisa mengucapkan perkataan kesal dan taubat bila merampas kebahagiaan orang lain.Senyuman itu hanya menambah luka.Kenapa?Kerana kau pergunakan bibir mungilmu semata untuk meraih kasihsayang kepada bukan yang hakmu!
Untuk gadis yang mempunyai tangan secantikmu,
Tangan mu yang cantik..tanganmu bisa mengukir seribu kebahagiaan.Tanganmu bisa menulis sejuta ayat.Tanganmu menggapai bintang dan bulan.Tanganmu juga telah menghulurkan sebuah cinta yang penuh keindahan.Tangan berpaut semua resah..melenyapkan semua gelisah.Sayangnya tangan tersilap menghulurkan madu,akhirnya racun yang melekat di jari jemarimu.Siapakah dirimu?Tanganmu bisa mendepang ke depan,meraut kebagiaan.Namun sampai hatimu dengan sejuta keajaiban yang ada di tanganmu,kau telah menghancurkan semua inpirasi dan angan-angan orang lain.Sedarkah bahawa tanganmu telah merosakkan impian orang lain untuk mengecap makna sebenar kebahagiaan.Tanganmu dengan kejamnya telah menghumbankan diri orang lain ke lembah duka.Tanganmu telah memberikan kesakitan orang lain saat menerima huluran bermakna dari tanganmu!
Untuk gadis yang memiliki sepasang kaki yang menawan,
Kau bertuah kerana dengan kakimu yang kuat dan gagah,kau bisa melangkah.Mengelilingi dunia dengan seribu hasrat,segalanya mampu kau capai.Berjalanlah dengan penuh harapan.Dunia sedang memerhatikan perjalananmu.Lihatlah musibah yang melanda..jika kakimu masih kuat maka berlarilah keliling dunia.Di situ kau akan temui beribu kemungkinan.Beribu persoalan yang perlu kan jawapanmu.Dan kakimu telah melangkah ke satu destinasi yang ada taman..ada bunga ..ada dedaunan..tapi awas ya..ada pawana yang sedang bertiup ke arahmu.Mana tahu jika kakimu kian lemah kau hanya mampu berdiri..tanpa dapat melakukan sesuatu.Semestinya solat lima waktu!
Apakah kakimu masih lagi kuat dan berdaya?Pergilah ke depan,jika berjumpa dengan lelaki yang kau cintai tetapi lelaki itu hak kepunyaan orang lain,bebaskan dirimu dari perangkap durjana itu.Aku mahu kau dari dosa,kau lari dari neraka!
Untuk gadis yang memiliki sebuah hati ,
Sucikan hatimu dari segala kekotoran kerna kebahagiaan akan lahir dari kebersihan hati kita sendiri.Hadiahkan lah hatimu kepada yang benar-benar mencintaimu kerana Allah..keredhaan Allah ada pada jiwa yang suci dan ikhlas.Tinggalkan di hatimu satu kenyataan bahawa dalam tubuh badan kita,hanya seketol daging yang di namakan HATI yang akan memimpin menuju ke jalan syurga.Hati yang mahu memaafkan kesalahan orang lain.Hati yang subur dengan iman.Hati yang mencintai kekasihnya semata ingin meraih keredhaan Allah SWT.Tapi kau hidup dalam dunia dengan hati yang kotor,kau sanggup menduakan hatiku dalam cinta..kau perjudikan masa depanmu dengan menjual hatimu kepada orang yang sudah berpunya.Cinta bukan satu dosa..tapi mencintai hak kepunyaan orang lain adalah satu dosa.Satu pengkhianatan yang nyata.Bagaimana hatimu menafsir semua ini?Matamu yang indah,sepasang tanganmu yang ajaib,sepasang kakimu yang cantik dan sebuah hatimu yang penuh dengan cinta...semuanya milikmu di dunia..tidak ada yang abadi selamanya..mustahil untuk jadi kekal sepanjang masa..bukankah dunia ini penuh dengan musibah?musibah bila mata bibirmu ,tangan mu ,kakimu dan sebuah hatimu yang sedang berdusta..nikmat Allah yang sengaja kau abaikan!
Siapakah dirimu sebenarnya?Kau memiliki segalanya sehingga gadis lain mencemburuimu? Aku ingin memberi sedikit perhatian:Rahmat,berkat,nikmat,kejayaan bila tiba waktunya pasti akan menjadi milik kita juga pada saat yang di tetapkan..sayangnya ia juga bisa hilang bila tiba detik waktu yang telah di tentukan Tuhan.Rukun iman jelas.Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.Semuanya telah tertulis sejak di Lauh Mahfuz lagi.Masihkah kau meraguinya?
Ya Allah,izinkan lah aku merasai cinta terindahMu!Lafazkanlah dengan bibir yang penuh senyuman.
Ya Allah berikanlah aku tali cintaMu untukku teguhkan pendirianku terhadap akidah dan tauhidku.Angkat sepasang tangan bertuahmu .Berdoalah kepada Yang Addin.
Ya Allah,izinkan kakiku melangkah ke syurga dengan aku hidup bersandarkan hukum serta sunnah Rasulillah Nabi Teragung akhir zaman.
Ya Allah,berikan aku sekeping Hati yang bisa menafsirkan semua nikmat dan hikmah ..sepasang mataku yang melihat KeEsaanMu..
"JIKA DIA MENGINGINKAN KEBAIKAN DARIMU,MAKA TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KURNIAMU"-QS YUNUs 107.
Berhentilah dari selalu memberi alasan..sebenarnya kebenaran itu sangat jelas dan nyata..meskipun tersembunyi atau di sembunyikan.
"WA MAA TAF'ALU MIN KHOIRIN YA 'LAMHULLAH.
(Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan Allah mengetahuiNya)-Al-Maaidah(5)56.
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin,yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.Dengan senyuman ke mana pun kita pergi ,bersinarlah cahaya kebahagiaan di sana.Dengan senyuman tiada urusan yang berat di dunia ini ,semuanya dapat di atasi-HAMKA.

Tergelincir kakiku lebih baik dari tergelincirnya ucapanku..kerana segalanya akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti.Mataku,bibirku tanganku,kakiku dan sekeping hatiku..semuanya akan menemui kesulitan saat menemui satu kepastian..tapi ku berserah diri dan berdoa untuk semua Allah berikan kepadaku!
Untuk gadis yang mempunyai semua keistimewaan yang kunyatakan di atas,
Cinta ikut sunnah Rasulillah dan Al-Quran adalah satu cinta menuju puncak tertinggi ,mencari keagungan Ilahi dan menuju makam terpuji.Rindulah hidayah Allah SWT...barulah apa yang kita miliki menjadi anugerah Allah yang paling bernilai di dunia..berharga di akhirat nanti..semuanya akan di perhitungkan walau hanya sebesar zarah!
Allahualam bissawab..ampunkan aku Ya Allah...
Khamis yang ceria,ku sedang nantikan terbitnya matahari 1 Muharram...kuharap malaikat Raqib a.s akan menghulurkan buku kebajikan untukku,malaikat 'Atid akan mengurangkan tulisan keburukan dengan perubahan tingkah laku,taubatku dengan izin Allah SWT.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA