Friday, May 6, 2011

KHILAF


KHILAF.
Firman Allah Ta`ala:
Harta benda dan anak-anak itu menjadi perhiasan di dunia.Ayat 46-Al-Kahf.
Berulangkali kata-kata Ustaz Firdaus terngiang-ngiang di telingaku.Katanya harta kekayaan ,kemewahan dan anak-anak adalah satu cubaan bagi umat manusia di mukabumi ini.Kita bekerja keras untuk mengumpul kesenangan harta benda.Kita berusaha tanpa jemu dalam mengejar impian hidup.Kita tenggelam dalam arus dunia.semua nikmat kita terima sepanjang masa.Tetapi berapa banyak di antara kita yang bersyukur di atas kurniaan Allah ini?
Aku terus berfikir lagi bila aku terbaca kata-kata hikmat pemimpin yang ulung ini.Katanya dunia ini  sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia tetapi tidak akan pernah cukup untuk memuaskan ketamakan hati hanya seorang anak Adam.Demikian pendapat  yang kukira sangat membuat aku insaf dan bersujud lama di atas sejadah.!
Kalau selama ini aku tiada masa kerana terlalu sibok dengan urusan dunia  namun semuanya berubah bila aku kehilangan anak  bongsu ku .Anak lelaki tunggalku yang berusia 2o tahun.Peristiwa inilah yang mengajar aku kembali mengenal tikar sembahyang.Aku bukan bapa yang baik atau sempurna.Aku lalai dalam mengejar kemewahan dunia.Aku bekerja keras untuk memastikan keluargaku hidup bahagia seperti orang lain.Masaku banyak dengan mencari wang malah saat perniagaanku semakin mantap aku jadi amat sibok.Jika 24jam sehari di isi dengan  masa bersama keluarga,beribadah dan masa untuk berjemaah tapi berbeza dengan gaya hidupku.
Aku bekerja  siang dan malam.Ada tikanya aku berurusan di luar negara dengan mencari keuntungan berlipat ganda dari pelaburan asing.Aku berpegang teguh dengan pepatah lama iaitu yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang.Alang-alang menyelok pekasam  biar sampai ke pangkal lengan.Bila aku mengenggam bara api ,akan kugenggam sehingga menjadi abu!
Ayuni  isteriku sangat berbangga dengan pencapaianku.Telah 30 tahun kami hidup sebagai suami isteri.Dua orang anak  sudah memadai kerana Ayuni  serik dengan alahan dan pembedahan setiap kali melahirkan anak.Alasannya lagi bentuk badannya akan berubah.Dia juga tidak mahu aktivitinya terganggu dengan beranak ramai walaupun kami ada orang gaji.Ayuni berkeras untuk tidak menyusukan sendiri dengan susu badan kerana tidak mahu bentuk badannya tidak cantik seperti anak dara.Aku sangat sayangkan Ayuni sehingga  aku tidak pernah membantah segala hasratnya.
Pernah satu waktu dulu emak menegur aku  tentang Ayuni dan cara aku mendidik Alia dan Norman.Emak dan ayah sudah tidak tahan melihat cara kehidupan keluargaku.Seminggu emak dan ayah tinggal di rumahku sudah cukup untuk emak merasa sedih dengan cara aku mengajar mereka.
“Mak bukan nya nak masuk campur hal rumah tangga engkau tapi kau sangat  lemah.Isteri kau tu umur dah meningkat hidup bersosial sana-sini.Sekejap ada parti ,sekejap ada dinner dan entah apa-apa lagi.Tenguk cara berpakaian mendedahkan aurat.Kepala tak bertudung,baju terdedah.Mak tak pernah tengok kamu semua sembahyang.Anak-anak kau pun sama,keluar siang malam baru pulang.Apa yang mereka buat?”mak seperti tidak puashati dengan keluargaku.
“Ala mak,mereka dah besar,tahulah jaga diri.Ayuni tu bukannya apa,dia banyak teman .Jadi apasalah sesekali keluar  makan kat luar.lagipun dia banyak masuk persatuan dia kena aktif mak”aku cuba untuk membela isteriku.
“Tapi ayah nampak hidup kau kucar-kacir.Kau sendiri tak ada masa nak bersama mereka.Ada kau tanya ke mana  Alia keluar dengan budak lelaki tu?Ada kau selidik dengan siapa Norman berkawan?Ayah menambah .
“Mak tak pernah tengok engkau sekeluarga berjemaah.Entah-entah sembahyang pun tidak”luah mak.
“Mak,Lan tak ada masa.Pandailah diaorang uruskan hidup.Lan dah beri pelalajaran ,beri duit.Hidup senang lenang ni pun Lan nak pastikan diaorang sempurna macam orang lain.”balasku tidak mahu mengalah dengan leteran mak dan ayah.
“Lan,sebagai  suami dan ayah tugas kau bukan setakat memberi nafkah,menyediakan makan minum atau tempat tinggal yang semewah ini.Tapi kau bertanggungjawab memastikan semua ahli keluarga kau menunaikan kewajipan terhadap Allah.Memberi perlindungan dan kasih sayang.Kau kena tahu apa yang anak isteri kau buat.Kau kena tanya adakah mereka sudah mensyukuri nikmat Allah selama ini.Bukan sekadar memberi kemewahan material tanpa mempertimbangkan nilai  rohani mereka.”wahh,bukan main mak berceramah.Ayah mengangguk dari belakang tanda setuju dengan pendapat mak.
Aku terkedu,tak mampu untuk melawan cakap mak lagi.Semua yang mak cakap benar belaka.Aku tidak sanggup di gelar anak derhaka.Aku tahu betapa sedari kecil dulu kedua mereka membesarkan aku dengan deraian airmata.Semasa aku kecil kehidupan sekeluarga amat susah.Mak di pinggirkan oleh abang-abang nya kerana harta.Bukan salah emak.Panjang cerita ini tapi aku simpan kemas di lubuk hati peristiwa yang berlaku dulu.
Emak anak tunggal nenek.Seramai empat 0rang lagi semua lelaki .Semasa nenek sakit emak dan ayah menjaga nenek sehinggalah nenek  meninggal dunia.Nenek berwasiat harta  nenek di serahkan kepada emak.Tanah  di hujung kampung seberang menjadi milik emak.Bapa-bapa saudaraku tidak berpuashati dan mereka menuduh emak  yang memujuk nenek untuk memiliki tanah itu.Pada hal emak pun tidak tahu yang nenek akan meninggalkan wasiat begitu.
Mereka tidak senang hati dengan pembahagian itu.Kononnya tanah di seberang mempunyai nilai yang tinggi berbanding tanah sawah yang mereka dapat.Pak Long dan isteri nya beria-ia menuduh mak dan ayah  memujuk nenek dalam hal ini.Mak dan ayah sangat malu dengan tohmahan Pak Ngah,Pak Lang sehingga semua orang kampung tahu bahawa kerana hartalah yang menjadi punca perbalahan dalam keluarga nenek.Sejak itu mak dan ayah tidak peduli lagi kerana harta mereka sekeluarra bertelingkah,bermasam muka.Ipar duai tidak bertegur sapa!
Bila emak dan ayah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,masing –masing  bawa hal sendiri.Aku sudah di sekolah menengah ketika itu.Ayah mendapat tender sebagai pengusaha kantin sekolah .Ketika itulah rezeki kami bertambah.Aku kagum dengan semangat ayah.Aku bangga kerana walaupun emak di sisihkan oleh keluarga sendiri emak tetap bertahan .Emak tetap setia dengan ayah.Berkongsi suka dan duka.Emak tetap tersenyum setiap kali memandang wajah anak-anak.Emak tidak pernah bersungut pada kami bagaimana sukarnya membesarkan kami.Ayah dan emak memberikan kami pendidikan agama.Ayah akan merotan kami jika kami tinggalkan sembahyang.Kak Ngah juga pernah di marahi ayah kerana cuba untuk keluar malam.Ayah menyatakan sebagai anak perempuan  Kak Ngah wajib menutup aurat.Tidak se helai rambut pun  diizinkan  nampak ayah jika Kak Ngah akan keluar rumah.Ayah dan emak sangat tegas dalam didikan agama.
Bila aku teringat kembali sejarah lama,aku jadi takut untuk melawan cakap emak dan ayah .Apa yang emak luah kan itu semuanya betul.Aku mengabaikan keluargaku sendiri.Namun aku malas nak bertegang leher dengan Ayuni.Ayuni sangat  sosial dan moden.Keluarga Ayuni orang bandar.Pernah dulu aku cuba menasihatinya agar kurangkan aktiviti sosial namun nak tahu apa jawapannya?
“Ala,dah hampir 30 tahun kita kahwin ada abang pergi berjemaah di masjid?Sekarang  baru abang nampak keburukan Ayuni?Selama ini pernah abang ada masa untuk Alia dan Norman?Pernah abang tanya mereka adakah mereka bersolat? Jadi Ayuni  rasa biarlah kita macam dulu juga.”balas Ayuni angkuh.
“Abang akui abang telah mengabaikan Ayuni dan anak-anak.Sekarang abang ingin perbetulkan apa yang silap tu. Abang harap Ayuni sedia berubah.Masa depan anak-anak yang penting.Mereka kurang didikan agama dan kita masih belum terlambat untuk membaiki kekurangan kita...”ungkapku penuh makna.Moga Ayuni mengert i apa yang ingin kusampaikan.
“Sejak bila abang jadi macam ni.Mungkin sejak emak dan ayah datang tempohari?Ayuni baru perasaan mak dan ayah lain macam saja bila pandang Ayuni.Malah mak turut marah pada Alia dan Norman.Patutlah Alia dan Norman mengadu  yang mereka tak suka di tegor oleh mak dan ayah abang hari tu”jelas Ayuni lagi.
“Ayuni,diaorang tu cucu mak dan ayah.Memang patut pun mak tegor.Mereka biadab dan keterlaluan.Tok dan Tok Wan pun tak tahu nak di hormati.Selama abang sibok  berkerja,apa Ayuni tak tegor ke perbuatan mereka?tanyaku lembut.
“Abang ingat saya ada masa untuk semua tu?Kan saya pun macam abang sibok.Jadi abang nak salahkan Ayuni dalam hal ni? Tanggungjawab abang lah ,jangan semuanya abang nak letakkan di bahu Ayuni”rungutnya.
Aku tahu bercakap macamanapun Ayuni tak akan mengalah.Malah suaranya semakin meninggi mengundang banyak masaalah lagi jika berterusan bertekak.Aku faham sangat dengan Ayuni.Kadang-kadang aku fikir seperti telah tersilap memilih!Belum sempat aku melangkah menaiki anak tangga ke kamar tiba-tiba telefon berdering kuat.Ayuni tidak mengangkat.Mungkin menunjukkan rasa marah di atas teguran aku tadi.Mungkin memprotes tindakan aku sehingga membiarkan telefon  berbunyi nyaring tanpa di angkat.Aku bergerak menuju ke ruang tamu.Tentunya ada hal penting kalau tidak masakan begini  lama telefon berbunyi.
“Hello,boleh saya bercakap dengan Encik Azlan.Ini penting!’
“Ya saya Azlan,ada apa hal sehingga lewat malam menghubungi saya?’balasku.
“Encik di kehendaki datang segera ke hospital.Anak lelaki Encik terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang ada di hospital’.sayup bunyi suara di hujung talian tapi aku faham dengan maklumat yang di berikan.
Ayuni bergegas mendapatkan aku tanpa banyak soal lagi.Dalam perjalanan ke hospital hanya berdiam diri banyak berisfighfar semoga tiada yang buruk terjadi.Ku berpaling ke wajah Ayuni.Sugul dan masih terkejut.Aku cuba bertenang sebaik saja melangkah kaki ke unit kecemasan.Setibanya aku di katil  doktor memberitahu kecederaan Norman sangat parah.
“Maafkan kami,anak Encik tidak dapat di selamatkan.Dia baru saja menghembuskan nafas terakhir  walau pun kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya.Semua nya di tangan Allah.Bersabarlah dengan dugaan hebat ini”terang doktor muda penuh hemah.
Apa yang sangat menyedihkan aku ialah Norman memandu dalam keadaan mabuk.paras alkohol di dalam badannya melebihi tahap yang membimbangkan sebab itu dia gagal mengawal stering lalu merempuh kereta lain.Kemalangan ini sangat ngeri.Ayuni terkulai tanpa dapat di tahan.
Sejak itulah aku mula menghayun langkah ke masjid.Bertemu dengan Ustaz Firdaus.Mendengar semula ceramah agama seperti aku di bangku sekolah dulu.Padahal semua itu telah aku pelajari dulu.Malah ayah dan ibu telah menerapkan semua nilai-nilai murni itu sejak tahu kenal abjad A,B hingga Z.Malah hingga aku bertemu Ayuni yang cantik manis ini.Ayuni yang menjadi pujaan ramai jejaka.aku yang tidak pernah jemu memikat sehingga Ayuni yang bebas lepas  menjadi isteriku.Walaupun banyak perbuatan  dan kata-katanya banyak menyakitkan hatiku,aku tetap sayangkannya.
Mak dan ayah yang tidak berkenan dengan tingkah laku isteriku pun terpaksa tunduk dengan keputusanku.Kata Ustaz Firdaus masih ada harapan untuk aku membimbing Ayuni dan Alia.Kehilangan Norman memberi keinsafan padaku.Ustaz Firdaus membaca satu terjemahan Al Fudhail bin Iyaadh yang membawa maksud:Siapa yang benar-benar takut kepada Allah maka ketakutan itu memimpinnya  ke jalan yang baik.Ditambahnya lagi  hadis Nabi yang mengatakan permulaan amalan bermula dengan niat.
Hatiku menjadi tenang dan aman bila sujud memohon keredhaan Allah.Aku berazam untuk mengubah gaya hidupku.Benarlah bijak pandai berfalsafah:money is not everything  but everything is money.Money makes world go around!
Selama ini aku telah hidup mewah.Punya isteri cantik menawan.Anak-anak sepasang.Semuanya aku ada.tapi aku kufur dengan nikmat Tuhan.Aku gagal memberikan didikan spiritual dalam keluargaku.Aku tidak berjaya untuk  membina jiwa Islam dalam keluargaku.Walaupun aku berjaya dalam perniagaan sahamku berlipat kali ganda di pasarn saham tapi jiwa keluargaku muflis.Miskin tanpa iman.Ayuni masih sibok berparti walaupun baru kehilangan anak lelaki yang paling di sayangi,aku pula hilang pewaris kepada semua harta-hartaku.
Aku berniat akan mewakafkan separuh kekayaanku untuk baitulmal.Moga-moga berkat kehidupanku selepas ini,biarlah semua musibah yang terjadi menjadi satu pengajaran.Walau apapun nanti pendapat negatif dari Ayuni dan Alia aku tetap akan terima.Mak dan ayah sangat setuju dengan ideaku.Cuma aku  menunggu  masa yang sesuai untuk menyampaikan hasrat yang satu ini.
Malam Jumaat yang mulia  usai solat maghrib aku cuba mendekati Ayuni.Aku melihat Ayuni siap berdandan cantik dan berpakaian agak seksi.Aku menggeleng kepala seraya hatiku berbisik bila lagi Ayuni  akan berubah.
“Ayuni,abang ada hal nak bincang dengan  Ayuni.Dah lama abang pendamkan.Abang rasa malam ni sesuai  lah.”lembut nadaku seakan memujuk.
“Hal apa cakaplah cepat.Ayuni tak ada masa ni”
“Ayuni nak ke mana,malam ni malam Jumaat.Anak kita baru saja meninggal.Kan elok duduk kat rumah dan kita sama-sama bacakan Surah Yassin mendoakan kesejahteraan roh anak kita.Moga Allah menempatkan nya bersama golongan yang beriman.Ini pakai cantik-cantik nak ke mana?”
“Abang jangan nak buang masa Ayuni.Malam ni Datin Mimi buat parti sambut kepulangan anak si Kamal yang baru balik dari over sea tu.Abang nak cakap apa pulak,cepatlah.Nanti Carmilia yang datang jemput saya tertunggu-tunggu pulak.”rungutnya keras.
Aku jadi  kurang senang dengan tindak tanduk Ayuni.Semakin menjadi-jadi walaupun umur sudah menjangkau  50an.Sampai bilakah dia akan insaf.Adakah aku seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berseronok seperti orang muda?Bukankah  nusyuz seorang isteri bila membelakang suami  dan sering meninggikan suara tanpa ada rasa hormat lansung kepada suami yang selama ini setia bersabar dengan kerenahnya  sepanjang masa?Nauzubillahiminzalik!Jangan sampai Ayuni menjadi isteri yang  nusyuz.Bisik hatiku.
“Ayuni,abang rasa abang dah buat keputusan untuk menderma separuh dari harta abang kepada  badan kebajikan yang sangat memerlukan wang.Abang juga telah berjanji dengan Ustaz Firdaus untuk turut sama menderma  bagi tujuan mendirikan sebuah masjid baru di sini.Abang Cuma nak tanya pendapat Ayuni...........belum habis aku berbicara tiba-tiba ada suara yang mencelah”Alia tak setuju,nanti kita jatuh miskin .Alia tak sanggup hidup susah.Tentu semua Alia tak nak berkawan dengan Alia lagi”
“Masya allah,jangan buruk sangka seperti itu Alia.Kita masih ada  simpanan yang menjamin kehidupan kita,ayah Cuma ingin berbakti dengan tujuan mengeluarkan zakat .Ayah juga berhajat untuk  menyalurkan apa yang kita mampu ke jalan Allah.Moga hidup kita lebih berkat”terangku satu persatu.
“Ayuni pun sama macam Alia.Tak setuju.Nanti perbelanjaan kena catu.Tak biasalah Ayuni hidup susah”bantah isteriku.
“Abang cuma nak minta pendapat bukannya  suruh buat keputusan!”
Tidak ada guna aku memujuk.Ayuni dan Alia terus ke majlis yang di adakan di rumah Datin  Mimi.Aku mencapai Al-Quran dan terus membacanya sehingga aku tidak perasan bila waktu mereka pulang.Allah memberikan aku dugaan sebagai ketua keluarga.Aku bertanggungjawab mengembalikan  akidah mereka yang kian tersasar.
“Ustaz,saya sudah berusaha namun Ayuni dan Alia tetap macam tu juga.Kadang-kadang saya rasa putus asa dan malu dengan orang lain.Cuba Ustaz berikan jalan lain pulak”
“Jangan sesekali merasa jemu atau putus asa.Banyakkan bersabar dan berdoa.Bertawakallah kepada Allah.Allah tempat kita mengadu.Isteri abang memang ada ciri-ciri seorang isteri yang nusyuz .Namun Allah mempunyai  Rahman dan Rahim.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Ayuni juga terlalu mengikut perasaan,mungkin dia tertekan dengan kematian Norman.Walau bagaimanapun kita mesti bertindak secara lemah lembut,berhemah agar dia akan secara perlahan dapat melakukan perubahan.Semuanya dengan izin Allah.”
Aku memujuk hatiku dengan meminta pandangan ustaz Firdaus.Terasa aman dan tenang.Malam harinya aku menunaikan solat hajat dan tahajud.Meminta Allah membuka pintu hati Ayuni dan Alia agar  bertaubat .Aku mesti bersikap waras kerana aku percaya itulah satu-satunya jalan terbaik.Secara rasional dan logik aku dulu yang berubah,beramal ibadat dan  meninggalkan perbuatan lama.Perubahanku dapat di hidu oleh kawan-kawanku.Pelbagai reaksi yang ku terima.Apa pun anggapan mereka aku terima dengan senyuman.Mak dan ayah turut gembira melihat aku sudah kembali seperti dulu.Mensyukuri semua nikmat Allah dengan hati yang penuh tawaduk.
Pagi itu aku sungguh terkejut bila aku bangun Alia sudah tiada di sisiku.Aku ke bilik air tiada.Bila aku melangkah ke kamar sebelah aku menjadi sungguh terkedu.Alia sedang  sujud di tikar sembahyang lebih awal dariku.Ku perhatikan dari jauh,begitu kuasa Allah Ta`ala.Di turunkan musibah sebagai peringatan untuk kami sekeluarga.Bukan sebagai menzalimi tetapi untuk di uji sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Benar-benar Kami akan  tunjukkan jalan Kami kepada mereka.(surah an-Kabut ;69.
“Sesungguhnya Allah tidak akan  mengubah  nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri  mengubah keadaan jiwanya.......”Kurasa doa ku amat mustajab sehingga di pagi yang hening kulihat airmata seorang isteri yang amat kusayangi jatuh jua membasahi pipi.Belum sempat aku berpaling  Ayuni datang memelokku dengan penuh insaf.
“Maafkan Ayuni bang jika selama ini Ayuni mengabaikan abang,Ayuni terlalu menurut kata hati.Bisikan syaitan telah memperdayakan Ayuni.Ayuni  juga sedar  telah engkar perkataan abang dan yang paling terok sekali Ayuni hampir menjadi seorang isteri yang  nusyuz.Subhanallah,Maha Suci Allah AzzaWajalla telah membuka pintu hati Saya  pada hari ini,ampunkanlah dosa  Ayuni bang............”
“Syukurlah,abang sentiasa memaafkan setiap kesilapan Ayuni.Abang dapat rasakan Ayuni benar-benar telah insaf.Lupakan apa yang terjadi dan  kita bina hidup yang lebih berkualiti pada masa depan”bisikku ke telinganya.
Rupa-rupanya ada sebab lain juga yang menyebabkan Ayuni mahu berubah.Ayuni bermimpi Arwah Norman datang kepadanya dan merayu-rayu agar mamanya berubah.Norman mengajak nya ke satu tempat yang belum pernah di jejakinya lagi .Dalam mimpi itu Ayuni melihat Norman melambai tangan ke arahnya.Bila Norman semakin jauh dan hilang dari pandangan mata,Ayuni dapati  ada segaris cahaya menerangi jalan itu.Saat Ayuni memanggil dan melangkah untuk mengejar Norman  dia tersadung batu dan jatuh ke jurang yang dalam.Dalam  ketakutan itulah tiba-tiba Ayuni terjaga dari tidor dan baru mengerti dia telah bermimpi sesuatu yang belum pernah di alaminya selama ini.
Ayuni cepat-cepat sedar mungkin ada tersimpan makna di sebalik mimpi itu,Airmatanya mengalir laju dan Ayuni bertekad untuk mengubah perjalana hidupnya.Sejuta tembok yang menghalang ,sejuta terusan yang mesti di lalui Ayuni bertekad untuk berhijrah ke dunia  kebaikan.Ingin jadi isteri solehah.Tanpa ragu Ayuni  bertaubat!
Bumi mana yang tidak di timpa hujan ,manusia tetap pernah melakukan kekhilafan.Kehidupan berubah tanpa kita jangka.Imanlah asas kekuatan kita umat manusia.Sehingga orang yang baik-baik itu di janjikan surga.Surga dimana tempat berhimpunnya para penegak agama!Maka berpegang tegohlah dengan sunnah dan kitab suci Al-Quran.Bersedialah untuk  menghadapi apa jua kemungkinan  kerana  umur dunia kian menuju ke penghujungnya tanpa kita menyedari atau sengaja kita engkari ketentuan Tuhan.Wallahualam bissawab..........
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD
LANGKAWI GEOPARK.290707.

Thursday, May 5, 2011

NOTA TERAKHIR.

Alia Sofia,gadis manis yang baru kukenal semasa kami sama-sama mendaftar diri di UIAM bulan Jun dulu.Orangnya sopan.Mampu membuatkan hati lelakiku menjadi tidak menentu.Cair perasaanku saat pertamakali bertentang  mata .Aku jadi tidak keruan selepas berlalunya  pertemuan di minggu suai kenal itu.
Alia Sofea,pelajar jurusan undang-undang  yang berasal dari utara tanahair.Salam perkenalan kami akhirnya membuahkan satu perasaan aneh dalam diriku.Jika cuti semester  sering meresahkan jiwa lelakiku,aku sering berharap cuti itu akan menjadi pendek.Biar sakit rindu  yang ku tanggung akan segera tamat.
SMS dan chatting  di laman sembang  merupakan talian hayat antara kami.Aku menyayangi Alia seperti sebutir bintang  yang indah bersinar.Alia sering menegurku  agar jangan  kerana cinta kami gagal  dalam mengejar cita-cita kami.Aku kagum dengan semangat Alia  yang sering mendapat markah tertinggi dalam kelas.
"Jumpa di library jam 4.00 petang.Ada hal"Ringkas sms yang kuterima  dari Alia.Aku cepat-cepat membalas sms itu .Takut nanti Alia tertunggu  pula jawapan dariku.
"O.K.sayang,di tempat biasa"Balasku ringkas.
Aku sedang  menyiapkan "assignment"untuk kumpulan kami seramai tujuh orang  yang bertajuk"Pembinaan Jati Diri Remaja Perlu Di Mantapkan".Aku sangat teruja untuk membentangkan tajuk ini  memandangkan aku juga seorang remaja.
Remaja perlu mentarbiyah diri  demi kesinambungan hidup  yang lebih cemerlang.Generasi yang mempunyai  identiti yang kental dan berwawasan.Jati diri  yang mantap untuk menyahut  cabaran hebat alaf baru.Bukan remaja yang  dengan budaya hedonism,asyik dengan program reality show dan tidak rasional dengan  semangat patriotisme.
"Sorry sayang,lambat sikit sampai sebab Farid datang tadi.Bincang fasal assignment tu lah"terangku sebelum Alia  menarik muka masam.
"Tak apa,Alia pun busy sikit sepanjang minggu ni.Banyak sangat aktiviti...rasa macam naik semput.Namun hati lega  bila Alia berjaya mendapat pujian dari Miss Jennifer.You tahu kan perangai  pensyarah kita yang satu ni,cerewetnya bukan main"
"Mengalahkan nenek Aiman kat kampung"sambut Aiman sambil tergelak kecil.
"So,apahal Alia cakap ada hal penting sangat nak jumpa Aiman..?"
"Minggu depan sepupu Alia nak kahwin.Ramai teman baik kita nak ikut.Farip pun  dari awal lagi dah cakap nak joint sama."
"Bukan apatu,Farid tak nak berenggang dari Julia lah..."
"You nak ikut sama ke?"
"Minggu depan?Nantilah Aiman tenguk  kalau-kalau free,dapat pergi..'
"Alia bukannya apa,nanti merajuk pulak.Cakap Alia tak pelawa.Alia beritahu awal kan senang Aiman nak buat perancangan"
Musim-musim cinta kampus ini sungguh indah.Aku dan Alia berjanji akan saling setia,saling sayang menyayangi .Biarpun  angin datang dari setiap penjuru walau sehebat Tsunami aku tetap akan menyuntingmu  sebagai permaisuri hatiku.
Wajah Alia tidak pernah hilang dari mindaku.Kasih Alia bermukim  di laman nuraniku.Kebahagiaan ini menjadi milik kami berdua.
Alia Sofea,kau telah membuka pintu hatiku.Kau datng membawa sejuta makna.Aku lelaki bertuah yang  menyanyikan lagu-lagu cinta.Penuh syahdu tanpa jemu.Kau seperti melodi yang mengiringi laguku....
PERPISAHAN.
Semua memori indah itu terpahat kukuh dalam album  kenanganku.Kini Alia dan aku  sudah tamat belajar.Kami telah pun bekerja.Alia sebagai  peguam.Aku di Selatan sebagai seorang majistret di makhamah.Laman sembang masih menyatukan kami walau pun berjauhan.
Tetapi e-mel yang baru kuterima malam tadi amat memeranjatkan aku.Alia meminta aku melupakannya untuk selama-lamanya.Tanpa angin,tanpa ribut,mengapa Alia inginkan sebuah perpisahan?Aku bagaikan hilang akal sejak membaca e-mel ini.Alia tetap berdiam diri bila kuhubungi semula.Panggilanku tidak di jawab.Peti e-melku kosong.Tiada mesej lagi.
Alia Sofea,kejamnya dirimu.!Hipokrit.Egois....aku jadi gila memikirkan tingkahlakumu.Mengapa tiba-tiba kau membuat keputusan sebegini gila?Mengapa?Apakah kesalahanku sehingga kau tergamak melakukan sedemikian kejam?Jawablah Alia...biar aku faham!
Kurenung langit kimizi yang luas.Puas aku berfikir gadis sebaikmu ,penuh sopan dalam tindakan dulu..kini  berubah.Mempermainkan cintaku .Mempermainkan perasaanku.Mudahnya kau melupakan jalinan yang kukuh itu..Tiga tahun menyulam kasih.Tiga tahun berjanji setia.Itu bukanlah jangkamasa yng pendek.Bahkan aku telah  menyatakan ketusanku untuk bersamamu berulangkali.Mudahnya kau lari dariku.
Andai aku telah melakukan kesilapan ,maafkanlah aku.Jangan berdiam diri seperti ini.Siksa untuku  menanggung perpisahan tanpa rela ini?Masihkah ada  jurang lain yang memudarkan kasih kita?
Akhirnya aku mengambil cuti,berangkat ke rumah Alia.Biar Alia  berterus -terang denagn.Bertemu dan bersemuka denganmu.Aku meneka sendirian mungkin Alia Sofea sudah menemui orang lain..Lelaki yang baik dariku.Lelaki yang lebih sesuai dan sejiwa dengannya.Atau Alia  sedang meniti saat bahagia dengan  pilhan yang setaraf dengannya.Apa pun alasannya,aku tetap akan bertemu denagn Alia  sendiri.
Pelbagai andaianku lenyap saat kulihat sekujur tubuh  terbaring lesu di ruang tamu.Tubuh  yang tidak bermaya.Lemah dan lesu.Seluruh  tubuh Alia berselirat dengan wayar.Wajahnya pucat.Keluarga Alia menerangkan  bahawa doktor pakar telah mengesahkan Alia  mengidap barah otak.Tumor itu sudah merebak dan  ke peringkat kritikal.Alia sudah koma dua minggu yang lepas.Aku berwuduk dan menghadiah kan bacaan Surah Yassin.Mengharapkan yang terbaik .Moga Alia  tidak menderita  saat di jemput pulang.Negeri abadi adalah tempat yang nyaman dan hakiki...
Sepupu Alia sempat menyerahkan sekeping nota.Bersampul biru ..bukankah ini warna kegemaran kita?warna ketenangan...Aku tidak sabar untuk membacanya.
Aimanku,
Ketika aku menulis surat  yang kau baca ini,ia adalah nota terakhirku untukmu.Kebahagiaan yang kita impikan  selama ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan lagi.Ia telah retak bersama hatiku.Harapan yang kian jauh dari ku.Sejuta memori yang kita lewati kukuh sepanjang kehidupanku.Tidak pernah aku melupakanmu walau sesaat.Tidak pernah terpadam semua memori itu  di layar kenanganku.Malah telah kubingkaikan dalam potert emas!
Andai aku di beri pilihan ,aku ingin sehidup semati denganmu.Aku ingin menjadi matahari yang sentiasa bersinar di hatimu.Aku ingin menjadi salju yang mendinginkan malammu.Sesuci  cinta Shah Jehan kepada Mumtaznya.Seagung kasih Romea  terhadap Juliet yang sanggup mati kerana cinta.Walau puas aku  cuba menyembunyikan  penderitaanku,aku tahu satu hari nanti  getaran itu akan datang bergetar di jiwa lelakimu!Bukankah Adam sanggup   melanggar janji dan syarat demi mencari Hawa?Cinta memungkinkan segalanya terjadi...begitulah jua dengan diriku....
Perpisahan ini memang satu kepastian.Itu janji Tuhan.Namun sebelum nafas terakhirku,sekali lagi aku berkata cintaku padamu satu keabadian yang sangat dalam.Perasaan itu sangat tulus...
Aku tidak alri darimu.Biar pun berabad lamanya aku tetap ingin hidup bersamamu.Takdir telah meletakkan aku di sini.Sedarlah ,cinta tidak pernah menjanjikan apa-apa..tetapi aku yang  pernah berjanji kepadamu..Aku rela menjadi  sebutir bintang yang jatuh ke dalam jiwamu..Indah sekali  melodi yang kuciptakan untukmu.Namun keindahan ini menjadi sangat perit bila aku dapat tahu tentang penyakitku.Andai kau tahu,akulah perempuan yang sanggup  mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan  lelaki yang sangat kucinta.Kaulah lelaki itu...
Maafkan Alia,mungkin Alia pernah  menyakitimu.Mungkin kesilapan itu satu keterlaluan bagimu.Hidup in tiada cetakan kedua lagi.Hadapilah kenyataan ini.Realiti yang  munasabah.Hadapilah perpisahan yang di janjikan Allah terhadap hambaNya.Sesungguhnya  cinta dan kasih Alia  tertanam di dadamu.Telah bersatu dalam nuranimu..Simpanlah segugus kenangan cinta kita   sebagai sebuah memori  yang tidak terpadam dalam ingatanmu.
Cinta yang kubawa berlari bersama hingga ke surga.Aku menunggumu di pintu surga...Salam sayang yang tiada pernah pudar dari Alia Sofea .Gadis yang pernah mencintaimu..!!!!!!!!!!!
Kekasihmu :ALIA SOFEA.
Aku memandang  sekujur jasmani di depanku kian lemah .Alia Sofea ,hatiku luka.Sangat dalam.Tidak nampak darah yang mengalir.Namun luka ini sungguh sakit sekali..sehingga nota terakhir  yang kugenggam erat hancur.Sehancur hatiku memandang wajahmu..Tidak kusangka begini akhirnya perpisahan telah merampas semua mimpi kita..Mimpi yang selama ini kita  nikmati bersama.Bintangku kian hilang sinarnya.Aku sedar aku telah hilang cintamu,hilang segalanya saat kau  sedang pergi menemui  Pemilk Jiwamu Yang Sebenar..............

Wednesday, May 4, 2011

BILA SAKURA BERKEMBANG..



Bila Sakura Berkembang

Istimewa untuk tunangku Nisa,
Abang harap Nisa sekeluarga sentiasa di dalam peliharaan Allah Subhanallah.Abang di sini memanjatkan rasa syukur kerana walaupun sibuk dengan kuliah ,abang masih kuat untuk menempuh hidup di negeri orang.Beberapa minggu kebelakangan ini abang sangat sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi.
 Apakhabar sayangku  Nisa?
Abang doakan agar kita akan mendapat apa yang kita harapkan.Abang sangat merinduimu.walaupun jarak waktu amat jauh memisahkan kita namun ingatan abang tidak perah  padam padamu.sungguh abang amat rindu sekali pada Nisa.Ketika abang susuri jalan untuk ke kampus bunga sakura berkembangan indah.musim bunga  sudah bermula.sakura pun berkembang lagi.nampak segar dan berseri.Mengingatkan kembali  semua nostalgia semasa kita  sama-sama mengharungi suka duka menimba ilmu di negara matahari terbit ini.
Abang masih ingat ketika kita memetik sakura yang berguguran jatuh ke bumi.abang selitkan ke rambutmu  kerana abang masih  tercium wanginya bau bunga melur di laman rumah abang.Emak menjaganya  setiap hari.Emak sangat sayang pokok bunga melur sehingga abang di larang mendekati pokok itu.emah bimbang abang akan merosakkan nya.di sini negara matahari terbit ini bunga sakura menjadi bunga  kesayangan rakyat Jepun.sakura terus memutih dan menjadi satu pemandangan indah.
Abang berharap kasih kita seputih sakura dan sesuci sakura.masihkah Nisa ingat kata-kata puitis ini;
Sakura,sakura di gunung,di kampung sejauh mana mata memandangnya.
Ia kelihatan seperti kabus atau awan
Ia adalah wangian di matahari sianghari
Sakura,sakura kembang mekar.
Abang berasa bahagia sekali kerana kita bakal bersatu nanti,abang juga tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke tanahair tercinta.abang rindukan renungan matamu yang manja,abang rindukan semuanya yang telah lama abang tinggalkan.abang berjanji bila kita bersama nanti abang akan membahagiakan Nisa.Abang harap semua harapan ini akan menjadi kenyataan.sebelum Nisa memejamkan mata biarlah abang bisikkan lagi di telingamu bahawa abang sangat menyayangimu.sungguh!
Akhir sekali abang doakan kesejahteraan keluarga kita.jaga diri baik-baik.Sampaikan salam sayang untuk semua .Jumpa lagi,sayangku Nisa.
Tunangmu.Zahid.

Berulangkali aku membaca surat Zahid.Walaupun tunangku jauh  di negara matahari terbit namun aku rasa seolah-olah Zahid ada di sisiku.Melihat apa yang kulakukan.Dulu aku sama-sama belajar dengan nya di Jepun.Zahid meneruskan pengajiannya .Aku sudah bekerja sebagai jurutera  di sebuah syarikat petroleum.Zahid sangat bangga denganku kerana baginya walaupun fizikalku nampak kecil tapi aku telah membuktikan keupayaanku sebagai seorang jurutera aku memang lasak dan mesti mempunyai  semangat yang tinggi dan mencabar seperti ini  adalah satu amanah berat yang mesti aku laksanakan sebaik mungkin.
Zahid,engkau tahu betapa aku  tidak sabar untuk bersamamu.kadang-kadang aku bermimpi sakura yang kita genggam dulu masih wangi putih dan berkembang kelopaknya.Adakalanya aku ingin terbang ke sisimu.Walaupun  enam bulan saja lagi kita akan di ijabkabulkan aku rasa enam bulan itu seperti enam tahun.Betapa aku menyusun harapan agar kasih ini cepat-cepat di meteraikan.Bersaksikan sanak saudara,teman-teman seperjuangan..kubayangkan alangkah indah pelamin yang akan kita duduk.Ditabur bunga rampai ,di renjis-renjis air mawar.seluruh sanak keluarga tersenyum megah meraikan kebahagiaan kita.
Aku masih mengenggam erat suratmu.Nostalgia lama mula mengusik diriku.Saat pertamakali kita bertemu.Aku sangat pemalu bila engkau menatap wajahku.Minggu suai kenal di universiti. Sejak aku jatuh cinta pandang pertama padamu aku tidak menoleh ke belakang lagi.setiaku hanya untukmu.Aku masih ingat bila pengajianku tamat di kampus UIAM.Ibuku beria-ia benar ingin menerima lamaran sepupuku yang baru saja pulang dari Rusia.Sangkanya aku masih keseorangan.Sepupuku  menamatkan pengajian di bidang kedoktoran dan mula bertugas di bandar,Mak ngah ingin menjodohkan aku dengan Abang Amir.
“Mak ,Abang Amir tu Nisa anggap macam abang sendiri.Tak pernahpun terlintas di hati Nisa untuk menjadi teman hidup.Mak mesti faham Abang Amir pun dari kecil lagi sama-sama membesar dengan Nisa.”aku berkeras tanpa menjelaskan bahawa sebenarnya aku sudah ada pilihan hati.
“Mak bukannya apa.Mak bimbang dengan Nisa.Dah setahun bekerja masih sorang   lagi.Abang Amir  tu pun masih mencari calon isteri,Mak ngah kau berhajat sangat nak jodohkan kau dan Amir.Nisa pun dah kenal hatibudi abang Amir tu,mak rasa tak ada masaalah nanti bila hidup bersama”luah mak penuh harapan.
Aku tahu sejak bapa meninggal dunia lima tahun dulu,Mak ngah dan Pak ngah banyak membantu kami.Semasa aku nak melangkah kaki ke Jepun dulu ,Abang Amirlah yang ke hulu ke hilir menguruskan semua urusan.Aku tidak pernah lupa jasa-jasa  Abang Amir padaku.Malah Abang Amir meniupkan semangat untuk aku terus berusaha sehingga aku berjaya ke tahap ini.Abang Amir juga tidak pernah lupa menghubungiku semasa aku sedang menghabiskan pengajianku.
“Mak,biarlah Nisa berterus –terang.Nisa dah ada teman .Abang Amir pun pernah tenguk gambar Zahid.Kami berkawan sejak Nisa awal  masuk U dulu.”pengakuan ini membuatkan mak dan Mak ngah tersenyum memahami kehendak hatiku.Aku  menaruh harapan yang sangat tinggi  pada Zahid.
Sebelum aku berangkat ke Jepun aku dan Zahid bertunang .Meriah.Restu keluarga kedua belah pihak yang penting.Aku dan Zahid telah berjanji akan saling setia.Tali pertunangan ini mengukuhkan lagi hubungan kami.Tatkala ibu Zahid menyarungkan cincin pertunangan yang bertahta sebutir berlian  ibu Zahid sempat berpesan agar aku dapat menjaga kesucian cinta kami.Aku hanya mengangguk malu.Emak,Mak Ngah,Pak Ngah dan Abang Amir turut  tersenyum tumpang gembira di atas pertunanganku.Malah Abang Amir sempat mengusikku dengan mengatakan wajahku semakin cantik dan berseri-seri di hari pertunangan itu.Terimakasih emak kerana memahami diriku.Bila aku menjeling ke arah abang Amir  kunampak dia  cuba melarikan pandangan nya.
Alangkah indah wajah dunia bila cinta bersemi.Kulihat awan gemawan bergumpalan di dada langit.Dunia terus berputar  tanpa henti.Aku meniti waktu dengan pantas.Kini hanya tinggal sebulan saja lagi tarikh perkahwinanku dengan Zahid.Aku merancang untuk memastikan segala perkahwinan  berjalan lancar tapi aku hairan mengapa Zahid tidak  semesra dulu lagi menghubungiku.Sibuk sangatkah?Bukankah peperiksaan akhir sudah tamat seminggu yang lalu.Kalau aku tidak silap dalam perbualan  telefon minggu lepas Zahid ada memberitahu tentang pengajiannya.Walaupun aku merasa hampa dan terkilan kerana  Zahid tidak sedikitpun menyebut tentang persiapan perkahwinan kami tapi  aku pura-pura tenang.Aku membuat andaian mungkin  Zahid sibok kerana berkemas untuk pulang ke tanahair,mungkin juga  Zahid  sedang  merancang untuk memberi aku kejutan.Walau berapa banyakpun persoalan yang timbul di benakku aku tetap menaruh harapan.Biarlah apa yang kuimpikan akan menjadi kennyataan.
Ketika aku sedang melayan perasaan tiba-tiba telefun bimbitku berdering.Aku terus mencapainya kerana dari nada deringan aku faham itu panggilan dari Abang Amir.Mungkin ada hal penting kalau tidak masakan Abang Amir menghubungiku ketika ini.
“Assalamualaikum,Abang harap tak ganggu Nisa”lembut suara Abang Amir.Memang sejak dulu lagi Abang Amir sangat bersikap seperti seorang lelaki yang menjadi kebanggaan ramai wanita.
“Waalaikumsalam,ada apa Abang call Nisa ni?Nak belanja makan ke atau nak ajak Nisa shopping?Laju pertanyaanku.
“Abang nak ajak Nisa keluar,boleh ke?”
“Pukul berapa ?Abang mesti jemput Nisa sebab  mak tak ada.Mak ke majlis kahwin.Nisa malaslah nak  pandu kereta.Lagipun Abang yang nak Nisa keluar.jadi  Abanglah kena datang jemput”gurauku manja.Aku tahu selama ini Abang Amir hanya akan ikut saja rentakku tanpa banyak soal.Sebab tu lah Mak Ngah selalu cakap Abang Amir banyak manjakan aku dari sepupu ku yang lain.
“Abang  datang setengah jam lagi,tapi Nisa  mesti  siap sebelum  Abang  sampai.Nisa jangan buat macam dulu lagi.Abang malas nak tunggu Nisa bersolek lama-lama.Tak cantikpun  berdandan  tebal-tebal tau”usikan  Abang amir membuatkan aku  tersengih  sendirian.
“Abang nak bawa Nisa ke mana ni?
“Ikut sajalah,Nisa jangan bimbang.Sekejap lagi kita akan sampai.”
“Abang,Nisa nak tanya Abang satu soalan ,tapi Abang mesti jawab secara ikhlas dan jujur”aku ingin benar mengetahui siapakah gadis bertuah yang akan menjadi teman istimewa di hati Abang Amir.
“Berapa banyak soalan Abang kena jawab.Nisa saja kenakan Abang ni.O.K.lah  Abang dengar ni,tapi jangan tanya lagi lepas ni.Abang rasa Nisa nak perangkap Abang “
“Siapakah sebenarnya perempuan yang menjadi teman istimewa Abang.Dah lama Mak Ngah dan Pak Ngah asyik risik dengan Nisa.Tapi Nisa sendiri tiada jawaban.Mak Ngah teringin sangat nak tenguk Abang kahwin.Abang banyak simpan rahsia tapi sampai bila?”
“Ohh...rupanya soalan cepu emaslah ni.Abang tak nak jawab.Satu hari Nisa akan tahu 
 juga.Ehh...macamana dengan Zahid?Lama tak  kirim berita ,SMSpun tak?”akhirnya Abang Amir menukar topik perbualan.
“Abang ni lain Nisa tanya,lain pulak jawab.Asyik-asyik Nisa yang kena.Tak adillah macam ni”
Sejak dulu lagi Abang Amir akan mengelak bila aku atau Mak Ngah cuba untuk mengetahui siapakah gadis idamannya.Mustahil selama empat tahun berada di luar negara Abang Amir tidak pernah jatuh cinta.Usia Abang Amir pun sudah menjangkau 3o tahun.Tidak mungkin lelaki sebaik abang Amir  tidak mempunyai kekasih.Abang Amir mempunyai segala-galanya mampu membuatkan gadis teruja untuk berdampingan dengannya.Wajah tampan,berbudi bahasa,kerjaya sebagai seorang doktor dan sangat menghormati orang lain.Aku sendiri kagum kerana Mak Ngah dan Pak Ngah sangat mementingkan didikan agama sejak dari kecil lagi.Abang Amir juga patuh dan taat pada hukum agama.Walaupun empat tahun Abang Amir belajar di luar negara namun Abang Amir tetap masih seperti dulu.
Aku merasa hairan mengapa Abang Amir sentiasa  mengelak bila Mak Ngah bertanyakan hal jodoh.Dulu semasa adik bongsu Abang Amir iaitu Qurratun Ain berkahwin dengan jejaka pilihan sendiri Abang Amir sedaya upaya mengelak dari di tanya bila lagi nak kahwin.Semasa majlis pertunanganku dengan Zahid aku nampak Abang Amir banyak bersendirian.Aku dapat meneka Abang Amir sangat perahsia orangnya.Tiada sesiapapun antara kami yang mengetahui apakah yang sedang bergolak di jiwanya.Apa yang tahu sejak kecil lagi Abang Amir sangat rapat dengan aku.Kadang-kadang aku rasa sangat rindu pada senyum tawanya bila saat aku berjauhan darinya.Pertalian darah antara kami membuatkan kami begitu serasi dan sependapat dalam banyak perkara.
Mak Ngah dan Pak Ngah pun saling berharap agar aku dan Abang Amir akan memanjangkan tali persaudaraan kami dengan ijab kabul yang sah mengikut syariat agama.Sayang aku pada Abang Amir adalah kasih sepanjat hayat.Kasih adik dan abang.Abang Amir sendiri tahu aku dan Zahid saling mencintai.Cinta dua insan umpama Laila dan Majnun.Seperti Adam dan Hawa.Kasih sepasang insan.Bersemi dan berkembang tanpa halangan.Aku merasa sangat bahagia saat Zahid meluahkan lafaz cintanya padaku dulu.Sakurapun berkembang lagi.Dingin salji negara matahari terbit itu membuatkan Zahid menggengam erat tanganku.Janji-janji manis kami berpadu dan kulihat langit membiru.Bulan seakan tersenyum malu-malu menandakan cinta kami  bersatu.
Begitulah jua di dalam jiwaku sering berharap agar Abang Amir tahu betapa manisnya saat kita di lamun cinta.Penuh fantasi.Penuh ilusi.Asyik.Indahnya dunia yang kita miliki.Aku  merasai suka duka bila berjauhan dari tunangku.Namun aku sudah berjanji akan harungi apa jua rintangan demi kasihku yang suci.Aku ingin melangkah ke alam pekahwinan kami dengan rasa bahagia di jiwa.Banyak sungguh impianku sehingga aku sering bermimpi aku dan Zahid  hidup berdua tanpa duka.Tapi kenapa Abang Amir masih mahu hidup bersendirian?Tidak teringinkah mempunyai zuriat?
Sebulan lagi aku akan bergelar seorang isteri.Aku pun sudah sibuk membuat serba sedikit persiapan untuk memastikan majlis perkahwinanku nanti berjalan lancar.Aku mula mencari semua alamat teman baikku semasa di kampus dulu.Aku mahu mereka merasai kebahagiaanku.Banyak juga teman baikku telah berkahwin dan mempunyai anak.Aku dan Zahid lambat sedikit kerana kami meneruskan pengajian ke luar negara.Walaupun begitu aku bangga kerana dari cinta kampus tidak lama akan menjadi kenyataan.Emak sibuk menghubungi teman lamanya.Ada juga yang berhajat untuk membuat gubahan hantaran dan bunga telur untuk majlis perkahwinanku nanti.Aku faham emak memang ramai kenalan dan semuanya berhajat untuk membantu emak.Kukira emak sanggup bersengkang mata asalkan majlis perkahwinan berjalan lancarAku pun merasa penat bila memikirkan betapa sukarnya untuk memastikan segala persiapan beres.
Kemuncak persandingan aku dan Zahid sungguh meriah.Semua kaum kerabat hadir.Tapi aku sedih kerana hasrat Pak Ngah  dan Mak Ngah untuk melihat Abang Amir berkahwin dulu sebelum aku  tidak menjadi kenyataan.Abang Amir kulihat seperti  cuba menyembunyikan sesuatu dariku bila aku mengusiknya dengan hal kahwin.
“Selamat Pengantin Baru.Moga bahagia sehingga akhir hayat”Itulah ucapan yang bertalu-talu dari semua  yang datang.Suamiku Zahid tersenyum sambil bersalaman mesra.Aku menyimpul sejuta angan-angan.
“Nisa,abang harap hidup akan selalu bahagia.Abang doakan Nisa akan menjaga keharmonian rumahtangga dan jadilah isteri yang baik.”demikian lirih ucapan dari  Abang Amir pada aku.Nada pesanannya amat berbeza seperti ada yang menganggu fikirannya,selalunya dia sangat suka menyakat aku.Tapi hari ini sungguh asing kurasakan.
“Terimakasih,Abang bila lagi?”Aku cuba membuat dia senyum kerana aku tahu selama ini  gurau sendaku banyak membuatkan dia ketawa.Hari ini nampak berbeza sungguh.





KISAH SILAM

Itu kisah 20tahun dulu.Hari ini aku bukan siapa-siapa lagi pada Zahid.Aku dihalau keluar dari banglo mewah kami tanpa simpati lagi.Anak kami yang paling kecil berusia  setahun asyik menangis.Airmataku tumpah kerana telah 20 tahun aku dan Zahid berkongsi hidup tiba-tiba suamiku yang paling aku sayang sanggup menduakan kasihku.Zahid curang dan lupa janji-janji manisnya dulu.Anakku yang sulung nampak bagaimana mesranya Zahid dengan gadis muda itu.Hakimi sudah berusia 19 tahun dan menuntut di Universiti.Hakimi sudah banyak kali memberitahu aku tentang perangai ayahnya.Mulanya aku cuba merahsiakan dari anak-anakku namun mereka sudah dewasa.Mereka sudah faham situasiku.
Berat bagiku untuk menceritakan kisah pahit ini.Sakit untukku menyimpan semua kenangan manis yang pernah kami lalui dulu.Masih kuingat bulan madu kami di kota Paris dulu.Kota cinta yang mahsyur.Tempat bulan madu yang di gemari ramai.Kononnya kota Paris tempat orang berkasih sayang dan melafazkan kata cinta.Romantis dan asyik.Aku dan Zahid tidak terkecuali menikmati momen indah di sini,mengukir seribu mimpi.Ingin hidup bersama hingga saat akhir nanti.Biar kota Paris ini menjadi saksi bahawa aku dan Zahid memang pernah berjanji suka duka akan kami kongsi  hingga ke hujung nyawa.Aku berikrar sepenuh hati,seputih sakura yang engkau beri ketika kita menuntut di Jepun dulu.
Setelah bersama 15 tahun berkongsi bantal aku mula merasa perubahanmu.Sikapmu kian berubah.Zahid,apakah salahku padamu sehingga engkau sanggup melukai hatiku.Anak kita sudah tiga orang ketika itu.Aku masih ingat peristiwa malam Ramadhan  itu.
“Abang,sampai bila abang nak hidup macam ni.Solatpun jarang-jarang sekali abang buat.Puasapun abang lakukan sesuka hati,duit syarikat abang gunakan tanpa  hemah.Nisa pun risau tenguk gaya hidup abang.Banyak sangat berubah”belum habis aku bercakap satu penampar singgah di pipiku.
“Engkau jangan cuba nak mengajar aku,Apa yang aku buat itu hal peribadiku.Apa selama    ini segala yang ada tak cukup lagi ke?keras sekali ucapan Zahid.
“Nisa bukan apa,dah banyak  duit syarikat abang keluarkan tanpa tujuan perniagaan.Abang ingat senang ke nak dapat duit sebanyak abang   gunakan tu.Kawan-kawan abang tu hanya nak pergunakan abang saja tau”bentakku keras.
“Engkau jangan nak masuk campur tentang siapa aku berkawan.Itu urusanku”
“Tapi saya kesal sebab abang habiskan duit tanpa faedah. Saya bertungkus lumus memastikan perniagaan kita  kekal maju ,abang pula senang-senang  buang duit dengan kawan –kawan yang tak tentu arah.”luahanku itu rupa-rupanya menyebabkan puncak kemarahannya  membuatkan malam itu juga  Zahid menceraikan aku dengan talak satu.Bergegar tiang Arash yang dimuliakan.Bagi orang seperti Zahid semua itu tidak berbekas lansung.Selama inipun hanya aku dan anak-anak yang tidak pernah lupa suruhan agama sedangkan Zahid telah lama hanyut.
Zahid lebih senang membuang masa bersama kawan-kawan yang serupa dengannya,lupa tanggungjawab seorang suami dan gagal menjadi seorang ayah yang baik.Puas aku memberi nasihat tapi apa yang aku dapat hanya penampar.Aku tetap bersabar dengan anak-anak sedang meningkat remaja.Aku tidak mahu anak-anak terganggu dengan masaalah rumahtanggaku
Perpisahan pertama ini memberi aku peluang untuk aku menggandakan usahaku dalam perniagaan kami.Oleh kerana anak dan permintaan keluarga akhinya aku kembali rujuk dengan Zahid tidak lama selepas itu.Aku menyangka mungkin perceraian kami akan membuatkan dia insaf dan bertaubat,rayuannya aku terima untuk  bersama kembali.Aku berharap dia akan berubah menjadi suami dan ayah yang jauh lebih baik dari dulu.Aku buka pintu hatiku untuk kali kedua kerana mentua aku berharap sangat agar aku dapat memaafkan semua kesilapan suamiku dulu.
“Maafkan abang Nisa.Abang harap Nisa dapat terima abang kembali.Abang janji  abang akan ubah sikap abang yang buruk dulu.Anak-anak kita perlukan kasi h sayang kita”akhirnya ku berikan kemaafan dan peluang dengan doa dan harapan moga-moga sujudku di sepertiga malam akan membuahkan hasil.Aku memohon Allah menggantikan sesuatu yang terbaik bagiku dan kehidupan seisi rumah.Tambahan pula aku terkenang betapa baiknya mentuaku walaupun aku hanya seorang menantu tapi selalu dilayan seperti anak  sendiri.Aku sangat bertuah kerana mentuaku sanggup bersusah payah bersamaku.Mereka tidak pernah menyebelahi Zahid.Mereka tetap membela nasibku.Aku merasa terhutang budi kepada mentuaku sebab itu menerima semula Zahid untuk kali kedua ini.Walaupun perasaanku masih keliru namun demi anak-anak aku cuba membina semula keyakinanku.
Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan kami.Banyak kerugian yang di tanggung kerana Zahid  menggunakan wang dengan berpoya-poya .Kawan-kawan yang selama ini menghimpit dirinya telah hilang satu persatu.Aku juga mendapat bantuan dan sokongan dari mentuaku.Mereka sangat memahami masaalahku.Tapi sayang seribu kali sayang peluang yang kuberikan ini hanya bertahan sekejap saja.Ketika aku sedang sarat mengandung anak ke empatku ini aku menerima satu berita yang tidak pernah kuduga.
“Saya Puan Sakinah isteri baru  Encik Zahid.Saya harap Puan tidak terkejut dengan berita ini.Saya sudah fikir masak-masak jadi saya harap pengakuan ini akan melegakan perasaan saya”demikian panggilan  yang kuterima pada petang itu.
Aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat membalas ungkapan Sakinah.Mungkin aku sedang menanggung penderitaan yang hebat.Tak terjangkau oleh akalku  bahawa Zahid sanggup mengulangi semula perbuatan lamanya.
“Emak,saya dah buat keputusan.Saya tak sanggup hidup bermadu.Saya berusaha keras untuk kebahagiaan kami ,tak sangka Abang Zahid tega melakukan begini”
“Kami tak dapat nak paksa Nisa.Jika itulah jalan yang Nisa pilih mak dan ayah terima.Zahid memang tidak berhati perut.”ujar mertuaku bila ku beritahu Zahid telah menceraikan aku dengan talak tiga.
Putuslah hubungan kami sebagai suami isteri.Talak tiga sekali gus dilafazkan menanadakan aku dan dia tidak mungkin bersama kembali.Aku tidak lagi merasa merana sebaliknya aku rasakan beban berat yang kutanggung terlepas dari bahuku.Hanya lima tahun kami hidup bersama selepas penpisahan itu,kini kembali menjadi ibu tunggal.
Emak,Mak Ngah dan Pak Ngahlah yang banyak menyokong keputusanku.Anak-anakku seramai empat orang turut menyedarkan aku betapa  aku masih ada harapan untuk bangkit semula.Sia-sia saja aku membina harapan mudah sungguh Zahid meruntuhkan.Aku tidak selamanya bersedih sebaliknya aku redha dengan suratan takdir.
Banglo tersergam indah di hadapanku adalah hasil usaha kami.Di dalamnya tersimpan seribu memori.Suka dan duka.Kutinggalkan banglo mewah ini pada anakku yang sulung.Tidak lama lagi anakku akan tamat pengajiannya.Aku tidak ingin tinggal di banglo ISTANA KASIH.Bagiku di sini kasih telah musnah.Hatiku hancur di tangan Zahid.Aku melangkah dengan  beg pakaian dan dokumen penting saja.Semuanya kutinggalkan .Tiada lagi  aku berharap untuk kebahagiaan dalam banglo ini.Kadang-kadang aku berfikir betapa sukar untuk aku membina rumah itu tetapi aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Sakit aku diperlakukan sekejam ini.
“Mak rasa  minggu ni kita lapang kan,jadi Mak Ngah dan Pak Ngah berhajat untuk mengadakan kenduri arwah nenek.Nisa beritahu anak-anak yang kita akan balik ke kampung.Kesian dekat Mak Ngah nanti semua nak uruskan sendiri.”mak takut aku lupa pesanan Mak Ngah.
“Abang Amir tu bila nak balik ke Malaysia mak?Sejak Nisa kahwin hingga sekarang tak ada lansung nak berhubung dengan Nisa.Entah-entah dah ada anak sepuluh”
“Sejak Nisa kahwin Amir terus berlepas semula ke Rusia.Doktor bedah,mana ada masa nak fikirkan masaalah kecil macam  kita.Nisa bukannya tak tahu Amir sangat sibuk sehingga Mak Ngah dah putus asa dah nak timang cucu”luah mak
Semasa aku sedang sibok mengemaskan bilik tiba-tiba  dairi di atas almari terjatuh di atas pangkuanku.Secara tidak sengaja aku ternampak tulisan berdakwat merah tertera sebuah nota.Aku menjadi sangat  teruja untuk menyelak  helaian dairi bila kuternampak namaku terukir di sisi lembaran.Aku merasa sungguh terkejut kerana Abang Amir meluahkan rasa kasihnya padaku dalam sebuah dairi.Baru aku teringat rupanya dairi itu adalah hadiah dariku untuk Abang Amir sempena ulangtahun harilahirnya yang kedua puluh lima tahun dulu.Masih kemas dan rapi.Tapi sayang kerana nota itu mengabdikan harapan dan cintanya  untukku.Dalam diam Abang Amir sebenarnya mengharap aku sudi menjadi miliknya.Namun bila aku sering menyebut nama Zahid di depannya dan mengakui pula aku sangat sayang pada zahid maka Abang Amir hanya berdiam diri.Ku hayati bait-bait puisi indah itu berulang kali.



Bulan bersinar terang
Bunga berkembang mekar
Seperti diriku
Menyimpan seribu hasrat di laman nurani
Biar kuntum kasihku
Bersemi memagar jiwamu Nisa
Sekuntum mawar yang sering kuhadiahkan untukmu
Adalah wangian  yang tidak pernah hilang
Menemani saat kerinduan datang
Menggoda sukma

Engkau bidadari ku
Bunga berkembang mekar
Harum sepanjang musim-musimku
Selaluku bermimpikanmu di malam hening
Sayang,akan kusimpan kasih ini
Hingga ke hujung nyawa..............!

Aku bukan lagi bermimpi.Kuulang semula menghayati bait-bait puitis ini.Nostalgia yang kutinggalkan 20 tahun menerpa ke dalam diriku.Patutlah selama ini Abang Zahid selalu benar berahsia dariku.Patutlah dari awal aku bertunang lagi Abang Amir cuba mengelak dari bermesra denganku.Otakku berpusing ligat teringat semua yang kami lalui dulu.Bersama  turun ke sawah sehingga Mak Ngah memarahi Abang Amir kerana membiarkan aku menjerit,menangis bila Abang Amir pura-pura tidak mahu  membuang lintah yang melekat di betisku.Semua tertayang jelas di mindaku  kini.Rupanya  dia menyayangku lebih dari  seorang sepupu.Bila Mak Ngah meluahkan hasrat untuk melamarku Abang Amir pura-pura membisu.
Aku  menganggap semua ini  hanya kebetulan belaka.Pujangga ada mengatakan bahawa cinta lebih berharga dari emas dan permata.Cinta sangat bernilai sehingga ia mampu mengubah pendirian seseorang malah cinta boleh membuatkan yang celik matanya menjadi buta kerana terlalu taksub pada cinta.Tapi bagiku cinta membawa kekuatan dan kebahagiaan bila kasih sayang itu sering dibaja dengan tulus dan ikhlas.Cinta mengalir dalam jiwaku tanpa noktah!Cinta maha agung kupersembahkan sesuci  cinta seorang hamba kepada pencipta Nya.Namun sukar untukku tafsirkan cinta yang Abang Amir sembunyikan dariku sejak kami kecil lagi.
Aku menjadi sangat obses bila berulangkali kuhayati puisi  rahsia ini.Patutlah selama ini Abang Amir hanya pandai berkias bila soalan cinta terjerat padanya.Aku mengelamun sendirian.Suaraku tersekat dari berkata-kata bila mendengar dari kejauahan Mak Ngah memanggil-manggil namaku.
“Abang Amir kau sudah sampai Nisa,Cepatlah turun ke bawah"laungan Mak Ngah membuatkan aku terkesima.Aku keliru,baru sekejap tadi aku mengetahui rahsia Abang Amir tiba-tiba Abang Amir sudah berada di sini.
“Nisa belum  habis lagi berkemas ,nanti Nisa turun”jawabku ringkas.
“Nisa biarkan dulu hal tu.Sekarang turun dulu.”pujuk Mak Ngah.Tak mampu lagi aku mencari helah.
Walaupun aku rasa keliru ,otakku berputar ligat cuba untuk tenang dan pura-pura buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.Akulah orang terakhir yang menyalami tangan Abang Amir namun aku orang yang menjadi paling pemalu bila Abang Amir sempat membisikkan aya t keramat itu.
“Abang pulang untuk mengembalikan kebahagiaan untukmu,Nisa.Senyumlah seperti dulu kerana itulah Nisa yang Abang kenal  sejak kecil hingga cintakasih Abang  tertumpah luruh di jiwamu”ucapan itu menamatkan harapan semua kaum kerabat kami yang berada di rumah Mak Ngah.
Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah sesuatu yang tidak kita rancang.Ikan di laut asam di darat akhirnya bertemu di dalam kuali.Aku dan Abang Amir telah di jodohkah Tuhan sejak azali lagi.Saat ku pandang di luar jendela.langit terbentang luas di temani bintang seribu.Mungkinkah bintangku bersinar terang selepas ini?
“Nisa,siang telah berjanji akan menemani malam.Bulan dan bintang berkongsi cahaya menerangi alam.Abang berjanji sehidup semati bersama Nisa bersama izin Allah”
Kalam suci kusambut dengan doa dan harapan moga  aku dan Abang Amir tidak berpisah lagi,Nur kasihmu menerangi jiwaku yang sekian lama merana.................
Sekian,terimakasih.

KARYA:AZIAH DAUD
P.LANGKAWI.8886.
E-MEL:aziah_daud88@yahoo.om.my

KURINDUKAN SUARAMU


KURINDUKAN SUARAMU.

Sudah puas aku merenung bintang di langit.Purnama tidak juga tidak muncul-muncul.Kurasakan  penantian ini akan menjai sia-sia.Namun hatiku tetap berkeras mahu menanti..fikir hatiku mungkin sebentar lagi purnama akan muncul menemani  bintang yang kesepian itu.Akhirnya penantianku menjadi sia-sia jua.Bintang yang kurenung semakin hilang di telan kabus tebal…
Malam pun semakin pekat.Aku membiarkan diriku di mamah  kegelapan.Aku berdiri di balkoni  sambil sesekali menghela nafas panjang.Udara yang segar menerjah diriku..menghembus nyaman  di pipi.Walau berulang aku  mendengar lagu kesukaan ku  di sini,fikiranku tetap melayang jauh.
“Aku sayang dirimu sepenuh hatiku”bisik Zikri ke telingaku.
“Aku  sayangkan   kau seperti kau sayangkan aku”balasku semula sambil memegang jari-jemari Zikri.Erat dan kuat genggamanku.Aku tidak mahu melepaskan  Zikri.Malah tidak sekali mahu berjauhan darinya.
“Moga kasih ini berpanjangan”tuturnya seraya merenung manja ke dalam mataku.
“Moga sampai ke destinasi yang kita impikan”kataku penuh bermakna.
Malam itu kurasakan sungguh cepat berlalu.Masa terlalu cemburukan kami.Makan malam bersama di Restoran Scholarat-Solaris  Mont Kiara.Aku suka suasana di sini.Zikri suka  salmon panggang dan aku tidak jemu menghirup  jus cranberry kegemaran.Zikri selalu memuji kecantikan kulitku.Kononnya berpunca dari jus cranberry yang selalu kuteguk..Kami selalu ke sini bila ada waktu terluang..Sesekali bersantai di tingkat bawah dengan alunan muzik .Bukan apa  ,melapangkan fikiran setelah penat bekerja..Kami bukan datang berdua..ramai kawan baikku datang terutamanya Zaifarina,Farhan,Yasmin dan buahati pujaannya si Amar.
Mereka teman sejak aku di  kampus.Kami Cuma berlainan   tempat kerja.Zaifarina seorang wartawan.Farhan seorang pramugari.Aku pula seorang pereka fesyen.Kekasihku Zikri seorang  jurutera.Kesibukan kerja membuat kami jarang dapat bersama.Farhanlah yang sukar untuk selalu bersama kami kerana sering terbang jauh ..
Aku rasa bahagia bila Yasmin dan Amar sedng beria-ia menyuruh aku menyiapkan baju pengantin mereka.Disember akan datang akan melakar sejarah dalam kehidupan mereka berdua.Malah aku rasa cemburu juga bila  Yasmin sudah memilih destinasi  berbulan madu nanti.Kota Paris..Kota cinta…itulah tempat yang selalu Yasmin bisikkan ke telinga si Amar.
Kebahagiaan  mereka sangat menyerlah..jadi aku tutut berkongsi kegembiaraan itu.Busana pengantin mereka  kucipta khas untuk menyerlahkan lagi keayuan Yasmin.Maklumlah bakal menantu Datin Suraya..mesti kena sesuai dengan acara majlis.Bertuahlah kau  Yasmin..bisikku sendirian.
“Nur,malam dah larut,apa yang kau menungkan di luar tu?Tak baik seorang gadis  bermenung di lewat malam begini.”Zaifarina mengejutkan aku dari lamunan.
“Aku rasa tenang bila melihat  pemandangan di bawah..cantik bila neon bergemerlapan..”jawabku perlahan.
“Kalau ya pun ,dah lewat bersendirian macam tu..dingin malam boleh buat kau selsema nanti”
“Sekejap lagi aku masuk,kau tidurlah dulu”jawabku perlahan.
Zaifarina  amat baik denganku.susah senang kami berkongsi bersama.Zaifarina banyak membantu aku dalam mengembangkan perniagaanku..Butikku yang terletak di KLCC  berkat pertolongan Zaifarina.Tugasnya sebagai wartawan banyak mempromosikan pernigaanku.”NUR COLLECTION BUTIK” adalah tempat aku mencurahkan hasil kerjaku.Aku memang minat dengan bidang peragaan.Aku belajar di UITM pun dalam bidang senireka.Aku suka berfesyen.Malah aku sentiasa  kreatif dalam mencipta busana terkini.Aku mesti arif dengan  rentak  gaya masa kini.
Zaifarina mungkin tidak dapat memahami apa yang tersirat di jiwaku  ..sebab aku merahsiakan hal ini darinya.Aku jadi buntu dan keliru.Setelah bertahun aku dan Zikri bercinta,inilah saatnya aku jai serba-salah.Jiwaku kosong memikirkan apa yang aku dengar dari mulut Zikri.Pertemuan di  siang hari tadi mengusik emosiku.
“Zikri harap Nur tidak terkejut  dengan berita ini”luahnya penuh berhati-hati.
“Keputusan apa?”soalku  menangkis ragu yang belum terungkai.
“Zikri dah fikir masak-masak.Berulangkali…Zikri harap Nur boleh terima”
“Apa masalahnya,jangan buat minda  Nur berserabut.”kuteguk jus cranberry perlahan.
“Zikri dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar Negara.Bidang ini juga tapi di peringkat tertinggi.Pendedahan yang meluas..yang pentingnya peluang untuk mendalami bidang kejuruteraan”ujarnya ceria.
Aku hanya mampu membisu.Tak mampu bersuara.Aku keliru.Aku bungkam.Aku sangka hubungan kami selama lima tahun akan berakhir dengan pertunangan ,seterusnya perkahwinan.Namun Zikri mempunyai iltizam yang tinggi.Untuk merealisasikan impiannya.Peluang yang di katakan menjamin masa depan.Meninggikan  prospek kerjaya.Membina  masa depan yang lebih berjaya.Aku akui.Bagaimana pula dengan aku?Cinta kita?Perasaanku dan perasaanmu?
“Nur tidak berhak untuk menghalang  keputusanmu.Siapalah Nur untuk memberi  kata putus”akhirnya aku bersuara lemah.
“Nur,walau di mana pun kita berada cinta itu tetap utuh di jiwa.Cinta kita hanya berpisah  benua .Bukan nya kejauhan ini memisahkan  hubungan kita.Walau jauh ,Nur akan tetap di hati “
“Tapi Nur takut jauh di mata,jauh jua di hati”
“Itu hanya perasaan Nur,orang yang berkahwin pun bercerai padahal tinggal sebumbung.Ingat,jodoh dan ajal maut di tangan Allah”pujuk Zikri.
“Kita hanya merancang,Allah yang menentukanNya”aku cuba membela diri.Kalau-kalau kata-kata ini mampu mengubah keputusannya.
“Dunia sudah maju dan canggih Nur.Kita boleh berhubung setiap masa.Hanya di hujung  jari..bukan tu saja.Nur boleh lihat di mana saja Zikri berada”
“Buangkan segala  anggapan buruk Nur,Tenangkan jiwa..jangan biar minda berserabut.Percayalah cinta dan janji Zikri hanya untuk Nur seorang.Lima tahun kita bersama,Nur tak percaya ke ?”pujuknya lagi.
“Nur bukannya apa,sukar nak bayangkan apa akan jadi Zikri tak ada si sini,dekat Nur seperti selalu….”aku mengalah dengan perasaanku.Aku sedar antara kami tiada apa-apa ikatan.Tak guna aku memanjangkan rayuanku.
Aku mahu Zikri berjaya.Itu impiannya.Minggu depan  Zikri akan berangkat ke Jerman.Sebelum pergi aku sempat membelikan hadiah.Sweater berwarna biru dan scarf sepadan untuk Negara berhawa empat musim.Aku harap musim salji di sana nanti tidak akan menyejukkanmu.Aku harap pemberian sweater biru ini akan mengingatkan aku setiap kali kau memakainya…agar kau akan selalu dekat di hatiku..Aku turut menghantar di KLIA.Aku tidak malu bila semua mata memandang ke arah kita.Aku mahu selalu di sampingmu.Aku mahu kau tahu aku bersungguh hati dengan janji kita.
Aku buang semua keraguanku bila Zikri turut menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan batu biru.Cincin yang akan mengikat rasa kasihku hanya untuk Zikri.Bukankah sudah lima tahun kami berkasih?Walau dalam hati aku bersedih dengan perpisahan sementara ini,namun Zikri gembira memujuk ku.
“Tiga tahun bukannya lama..pejam celik pejam celik masa dah berlalu..lagi pun jika ada cuti Zikri akan balik.Sayang,jaga diri.Tenang diri selalu…”kalimah itu bagaikan ucapan terakhir bila penumpang di panggil masuk ke bilik menunggu.Aku melepaskan tangan Zikri dan cuba tersenyum di depannya.Tanda gembira dengan  pemergian demi masa depan yang lebih gemilang…
CINTA DAN RINDU.
Bermulalah laman chatting dan Facebook menjadi tempat kami meluahkan rasa rindu.Mulanya awal bulan pertama kami seperti baru bercinta.Malangnya  lapan bulan selepas laman sesawangku sudah kosong.Tiada lagi mesej atau e-mail dari Zikri.Dalam hati aku mengandaikan Zikri sibuk dengan tugas dan mungkin  sedang focus dengan belenggu rutin harian.Aku pujuk diri sendiri..
Aku sibukkan diri..sesekali melawati  laman sembang di internet.Tiada berita dari Zikri.Malah e-mail ku juga tidak berbalas.Sibukkah  dia?Sakitkah dia?Bagaimana pun aku mengharapkan dia akan berjaya dalam mengejar impian  setinggi bintang itu.Aku doakan kejayaan berada dekat dengannya..meski hatiku kian di buai ragu..
“Tak baik kau menuduh bukan-bukan pada Zikri.Mungkin rutinnya padat.”Zaifarani memujuk perasaanku bila aku cuba meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Tak kan zaman siber ni,nak tekan  papan kekunci sekaejap pun tak ada masa?Atau phone saja..apa pun alasannya aku masih ingat akan janjinya”aku sebak.
“Sabarlah Nur,nanti aku cuba hubungi Zikri.Mana tahu nasib baik,aku berpeluang mencari kepastian antara kau orang”seperti selalu Zaifarina akan tetap cuba menyelesaikan masalah ku.
Sebetulnya aku resah.Gelisah dengan mimpi semalam.aku bermimpi Zikri.Zikri sedang melambai tangan ke arahku.Di sisinya ada seorang perempuan cantik.Berambut paras bahu dan berpakaian ala model Barat.Seksi dan elegan.Nampak menawan.Zikri memakai sweater biru dan skaf sedondon berona biru.Ya,hadiah dariku.Untuk menahan dingin di Negara empat musim.Aku tidak mahu Zikri kesejukan di mamah  salji yang memutih itu.
“Kau terlalu ikut perasaan.Rindu kau  yang keterlaluan membuatkan kau  bermimpi bukan-bukan.Lain kali sebelum tidur eloklah berwuduk dulu”Farhan menegurku bila kerisauan menghantuiku.
“Kau cakap mudah..kau tak ada teman lelaki mana kau tahu apa yang kualami”tukasku sambil menunjukkan baju pengantin Yasmin dan Amar.
“Kau dah siapkan awal dari tarikhnya..dua minggu lagi majlis diaorang”Farhan cuba menukar topic perbualan kami.Aku tahu cinta pertama putus di tengah jalan.Farhan nekad.Tidak mahu bercinta lagi.Menyerahkan jodoh  kepada kedua orangtua dalam memilih.Hatinya telah tawar untuk lelaki,mungkin Farhan berdendam.
“Biar siap awal tak apa,ini majlis penting.Aku mahu semuanya berjalan lancar.Lagi pun empat helai yang di tempahnya.Untuk majlis di hotel lagi.Aku tak mahu tergesa-gesa”
“Hai bertuahlah si Yasmin tu ..keluarga Amar tu keluarga ternama.”usik Farhan.
“Tuah seseorang kita tak tahu.Untung nasib kita hanya Tuhan saja yang tahu.Tapi bagi aku kemewahan material bukannya ukurannya.Penting sekali kasihsayang,kejujuran kesetiaan.Sejauh mana pasangan dapat menerima diri kita seadanya”ucapku sambil membetulkan rambut yang terjurai di dahiku.
“Ehh..minggu depan aku akan terbang ke Jermanlah.Mana tahu untung sabut akan timbul Zikri di depanku,nasib batu  malang tenggelam..”ujar Farhan girang.
“Habis tu kenapa kau Tanya aku..siap dengan pepatah lagi ?
“Kalau-kalau terjumpa si Zikri…”usiknya mencetuskan kerisauan di hatiku bertambah dalam.
“Ehh..aku dah malaslah nak fikir soal Zikri”aku pura-pura  buat tak kisah.
“Kau ni..besi pun akan berubah  jadi magnet bila berdekatan..selebihnya yang aku tahu besi akan jadi emas  kerana kekuatan cinta”sambung Farhan.
“Habis tu ,kau  yang tak percaya dengan cinta.Kau yang benci lelaki.Sebab tu kau anggap semua lelaki tak boleh di percayai…macamana sekarang  kau nak kata  cinta dan pengorbanan aku untuk Zikri akan menjadi emas.Cinta tu ,besi tu akhirnya berkarat..”
“Aku membuangnya jauh ke dalam laut…tapi kau dan Zikri lain.Dah lima tahun berkasih,takkan hanya bertukar tempat cinta pun bertukar arah”balasnya bertambah hujah..
“Jomlah kita bertemu Yasmin,nanti dia dan Amar tunggu kita pula”aku menarik tangan  Farhan .Aku harap perbualan tentang Zikri berhenti di situ saja.Aku perlu ke Putra Jaya  untuk menyertai projek baru di sana.Aku akan membuka spa baru di sana.Aku mahu Farhan,Amar dan Yasmin melihat lokasi yang kupilih.Aku mahu mereka memberi idea baru untuk aku memantapkan lagi perniagaanku.Aku mahu berjaya dalam hidupku.Walau tanpa Zikri..
Salam Perpisahan..
Dalam aku sibuk menguruskan  perniagaan baru aku masih sempat melayari internet.Bila kubuka laman  e-mailku terpampang jelas nota yang Zikri kirimkan  12.30 malam tadi.Ringkas tulisan itu namun membawa sejuta makna bagi diriku yang telah lama di pinggirkan.
Nur yang di hormati.
Kejauhan ini memaksa aku melupakanmu.Aku terlalu asing dan sendiri di bumi empat musim ini.Aku bertemu seorang wanita yang serasi denganku.Aku rasakan jodohku dengannya telah di tentukan Tuhan.Aku memohon ampun dan maaf  kerana lama tidak menghubungimu.Aku harap kau faham situasiku.Andai ini melukai perasaanmu sekali lagi aku memohon maaf.Mungkin ini semua mempunyai  hikmah tersendiri untuk kita Aku mendoakan kebahagiaanmu.Aku terpaksa mengambil keputusan ini kerana  aku rasakan  sudah tiba masanya aku mempunyai teman yang dekat dan selalu di sisiku.Aku harap lupakan semua yang kita lalui bersama dulu.Binalah hidup baru.-salam dariku yang jauh.ZIKRI.
Terpaku aku dalam tangisan yang tanpa kusedari.Airmata yang kutahan selama ini tumpah berderai.Seperti aku  sedang memegang kaca yang pecah.Tanganku luka.Jariku cedera..emosi terbelah..aku sudah kalah…apa yang kuharapkan sudah berkecai…pandanganku kabur.Sekabur impianku.!!!!!!!!1
Andai kau ada dekat di sisiku
Akan kulukis kembali janji-janji manismu dulu
Andai bisa kau mendengari suara tangisanku
Akan kunyanyikan irama kepahitan ini
Andai aku di beri peluang
Akan ku cetak sebuah buku cintamu
Andai kau bisa mengerti
Akulah bidadari yang setia menanti
Kasih seorang kekasih
Melayari istana yang pernah kita bina….
Namunsemua itu tidak mungkin terjadi lagi.Foto perkahwinanmu nampak cantik.Tapi mencarik luka jiwaku.Mungkin kau tidak mengerti bahawa cinta kasihku adalah cinta abadi.Cinta yang tiada kekurangan.Barulah aku faham mengapa kau menyepi dariku.Kini aku mengerti bahawa cintamu jua bermusim .Adakalanya  bertukr menjadi salji.Mengirim rindu yang dingin untukku di sini.Saat berubah iklim musim luruh,luruhlah rindu itu di  taman lain.Empat musim berubah,hatimu turut berubah.Kau bukanlah lelaki sejati..mengkhianati perasaanku.Membunuh kepercayaanku…menghancurkan seluruh harapanku.Adilkah bagiku untuk memaafkan  perbuatanmu?Kau sengaja  melakukan kesilapan.Kau sengaja menykiti hatiku..wajarkah aku membiarkan kau berlalu begitu saja?Menconteng arang di wajahku?
“hidup kita hanya satu lapisan  reality  yang tidak mungkin berulang.Tapi semua kenangan  berhak kau simpan di hatimu.Tanda kau pernah melalui ujian segetir itu dalam hidupmu”
“Aku mengandaikan perpisahan itu  mungkin sengaja Zikri rancang”ujarku pada Farhan.
“Zikri manusia biasa,tentunya melakukan kesilapan.Maafkanlah dia..”
“Aku maafkan dia tapi aku tak bisa melupakan apa yang terjadi ini”mataku berkaca lagi.
“Kau lupakan dia.Aku sepertimu.Tapi aku anggap mungkin akan ada cetakan kedua atau ketiga yang mengisi bahagia menunggu di depan kita”Farhan memang tabah
Sejak itu aku tidak peduli lagi soal cinta dan perasaan.Hanya mainan lelaki .Hipokrit.Dendam.Penipuan.Aku benci….aku hanya melangkah untuk masa depanku.Lima tahun bukanlah masa yang singkat.Aku menanggung semua kepahitan.Aku merelakan semua   pengorbanan.Akhirnya aku di tinggalkan jua..

“Terimalah hakikat bahawa sesuatu yang kita sayang bukannya hak kita yang hakiki.Segugus kenangan manis yang kita lalui rupanya mengiringi pertemuan dan perpisahan kita.Aku menghargainya  walau agak sukar.Terimakasih untukmu Zikri kerana menghadiahkan aku pengalaman paling berharga ini.Aku bersyukur kerana  kita pernah  bersama,berkasih dan berharap.Kita pernah berbiduk  cinta mengharungi alam semesta.Jalan kita sama namun destinasi berbeza.Aku tidak akan menghukumi kerana aku menyedari kekuranganku di matamu.Jika aku banyak melakukan kesilapan  dalam cintaku kepadamu,lupakanlah kesilapanku.Walau aku teringin untuk menangis dalam dakapanmu saat ini ,aku tahu itu tidak mungkin terjadi.Bagaimana akan aku hokum diriku  dengan perpisahan ini?
Aku berjanji kepada diriku akan melupakanmu.Aku tidak akan menyeksamu dengan cintaku.Aku anggap cinta kita telah hilang si sebalik salji yang memutih itu.Sampai kapan pun aku tidak akan menanti kepulanganmu lagi.Moga bahagia menunggumu dalam  istana kristalmu.Bulan telah pun mengambang di dalam hatiku.Aku  tidak mahu mengulangi mimpi yang sama lagi meski pun aku tahu aku terlalu rindukan suaramu seperti dulu….Demikianlah kubalas e-mailmu 33 tahun yang lalu.Sehingga kini aku sendiri..masih sendiri…..

Terimakasih.
KARYA:CHE AZIAH DAUD.
No 28A,KG.BUKIT TEMIN,
MKM ULU MELAKA.07000
P.LANGKAWI,KEDAH.
20 MEI 2010.




Monday, May 2, 2011

JIHAD BATIN.

Mengebu-gebu kalbuku saat menatap wajah -wajah para penerima hidayah Allah ketika saat keberangkatan utk menunaikan ibadah umrah pada 2Mei 2011.Sementara menunggu ketibaan kapalterbang yg bakal mmbawa mereka ke destinasi semua umat islam meningkatkan kualiti diri di hadapan Maha Pencipta,jiwaku turut bersatu dgn perasaan mereka.Mungkin ada yg pertama kali menunaikan umrah,dua kali atau mungkin sudah mnjadi makanan jiwanya orang bermujahadah mncari cintanya di sisi Allah..namun nawaitu nya sama.Mereka mmpunyai  naluri yang sama..Tanah Haram sedang menjemput dan memanggil mereka.Setiap hati mnguntum senyum..seperti aku jua yg telah lama menanam hasrat yang serupa!Moga Allah mndengar permintaanku:Lillahita'ala,sungguh aku berharap dapat menjejak kaki di masjidil Haram satu hari nanti...dapat merawat hatiku...mmbasuh semua kekotoran yg melekat di jiwaku sekaligus menyerah diri kpd Allah Yang Satu!!!!!!!!.
Janji yg hakiki,terpahat sejak azali...janjiku satu kebenaran.Insya"Allah,jika Allah mendengar permintaan batinku yg tulus ini akan ku sahut jua panggilan Ka"abah satu hari nanti.Semakin hampir waktu berlalu,ketibaan yg di tunggu tiba..kaum  kerabat,teman akrab saling berpelukan.airmata yg berguguran tanda perpisahan ini mngharapkan pertemuan yg lebih bererti lagi di hari yg akan datang.Semua hati berdoa.Semua yg ada berharap mereka yang pergi akan pulang dgn wajah baru...wajah yg Tuhan palitkan sejuta cahaya..wajah yg Allah muliakan..
Ketika jam 9.15 pagi ini di airport pdg matsirat kami turut meraikan keberangkatan abang iparku yg jua telah Allah berikan secebis hidayahNya.Ketika bersalaman aku setulus hati memohon semua kekhilafanku secara sengaja atau tidah ,di harap dapat di maafkan.Besar juga pengharapanku kpd Maha Pencipta moga abg iparku dn semua jemaah mndapat ksejahteraan zahir dn batin,di lindungi setiap masa dan di mudahkan setiap urusan semasa mengerjakan rukun umrah.Semoga di teguhkan hati dlm mngerjakan ibadah umrah  itu...bila aku berpaling di sebelah abg iparku,salah seorang teman seperjuangan  tahun 80an turut memandangku.Rupanya Sobri juga terpanggil dlm jemputan semulia itu.Syukur,alhamdulillah semua nya terjadi dgn izinMu.Dan aku berjumpa  teman seasramaku.Masih seperti dulu..dia mengenalkan aku dgn ibunya ygturut dlm rombongan  bersama abg iparku.Pakej yg sama..aku mnghulurkn salam..saat semua nama di panggil masuk aku sempat  sekali lagi  menghulurkan tangan.Hatiku bergetar hiba bila "seorang ibu telah tua"bangun utk masuk ke ruang menunggu..anak yg ada hanya sekadar memandang.Seakan melepaskan pemergian tanpa perasaan hiba(atau mungkin  perasaan itu di sembunyikan).Aku cepat bangun ,berdiri dan memelok kejap "ibu tua"sambil berbisik"selamat pergi dn kembali,moga Allah tunaikan niat ibu.
Waktu itulah tanpa kusedari,pipiku telah basah...hangat dgn titisan airmata.Bukan aku bersedih tapi hatiku bergetar:jika janji itu telah di tetapkan akan terjadi ,ia pasti terjadi.Dan bukti jelas di depanku.Realiti  sebuah kehidupan..ANAK ADALAH LADANG JIHAD UNTUK ORANGTUANYA.Kalaulah aku masih mmpunyai kedua ibubapaku di saat ini,percayalah..akulah orangnya yg akan memelok mereka saat permintaan hati terlaksana.!
Tak mampu aku menilai mmbalas semua jasa mereka.Di dasar hatiku yg paling dalam aku bahagia melihat insan di depanku.Saling berpelukan,erat  bergenggaman tangan dn mungkin saling berat utk melepaskan org kesayangan pergi jauh dari dakapan kita..bukankah purnama yg mengambang akn menambah aroma wangi sekuntum mawar yg sedang merah menyala?Bukankah payung  yg terbuka akan menepis gerimis dari mmbasahi diri?
Bila semua  para ummah bergegas masuk,aku dan suami juga ada tugasan lain.Kami terus  perjalanan..dlm perjalanan mindaku berputar laju.dingin penghawa dingin dlm Exora KCR3270 tidak mndinginkan aku.Mengapa?
Musim ini,menghulurkan rahsia yg penuh tersembunyi
Musim ini,menguak jendela waktu yg menyimpan anganan cintaku
Musim ini,bunga sakura yg memutih telah hilang pemiliknya
Musim ini seperti musim-musim yg telah berlalu..horizon tenangku berkocak lagi..
Di ufuk realiti,aku mengerti,semua musim  yg akan datang dan pergi seperti selalu.Akulah  yg di bawa musim-musim itu!
Barakallah Fikum
Kitalah pemukim akhirat yg kekal,di dunia hanya ibarat pengembara...yg menemui pelbagai species.kehidupan jika sebagai pengembara tentunya menemui jambatan usang,bagaimana harus bersegera pulang  ke tempat bermastautin andai bekal belum ada?Masih terbatas kah waktu yg di beri?Atau mungkin masih mencari-cari identiti diri?Waktu yg tersisa dalam perjalananku hari ini di asak penuh persoalan..
"Sedekat-dekat seorang hamba kpd Allah adalah ketika ia bersujud.Oleh itu perbanyakkanlah  doa ketika itu"-Riwayat Muslim.
Kurenung langit yg bercahaya lara..awan mendung kian tebal menghitamkan pemandanganku.Namun dlm  dingin keretaku,sisi cermin menunjuk jalan terang.Kulihat suamiku,teringat kata-katanya semalam.Rezeki kita kian bertambah bila  gajinya meningkat"special gred".Aku senyum sendirian..hatkuberkata-kata:Bunuh masa silammu kerana dlm diam ia bisa menganggumu!
Jika sudah lama bara di pegang sudah tentu akan mnjadi arang
Jika sudah mandi tentunya seluruh badan akan basah
Jika sudah berdoa tentunya akan  di makbulkan jua...
Bila kurenung semula langit tinggi,benarlah wahyu Allah telah turun,jatuh ke bumi ,bermukim di sini...dan para pemuja yg sedang bermujahadah mencari cinta sebenar akan nampak sebutir bintang dari surga telah jatuh menerangi bumi...aku jua melihat seekor burung cantik telah terbang jauh ke awan..jangan bawa hatiku ke sana...aku takut kehilangan inspirasiku utk menulis lagi!!!!!!!!!!!!.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA