Friday, January 28, 2011

SALAM SEJAHTERA.

Sudah tiga hari aku dn suami berulang alik ke hospital.Tentunya hospital adalah tempat terbaik utk merawat pesakit.Melangkah masuk ke hospital,aku mmbayangkn pelbagai situasi.Dulu semasa aku masih kanak-kanak,ubat dn hospital adalah "musuh utama".Sehingga  aku pernah terlantar,terbaring begitu lama di atas daun pisang.Ketika itu aku belum bersekolah.Mana ada hospital...berubat secara tradisional.Mengikut cerita silam,ketika ibubapa ku sudah hilang ikhtiar utk mengubati penyakitku,ada seorang lelaki tua yg menawarkn ihsannya utkku.Alhamdulillah aku sembuh dari derita penyakit itu.Sejak itu  ibu selalu menyuruh aku memanggil bapa kpd  orang tua tersebut.Malang nya  selepas itu  "bapa angkatku"telah kembali ke rahmatullah.Moga rohnya bersama org yg di janjikan syurga  oleh Allah Ta'ala.Kakak ku selalu menceritakn kisah ini bila kami bersama.Malangnya aku gagal menyimpan lama kenangan itu..aku  masih kecil ketika  peristiwa itu berlaku.Otakku tak mampu menyimpan memori yg sebegitu awal di minda..cuma sesekali guarauan mereka menyebut:umur  ku masih panjang.Mereka mnjangkakn aku  tdk akn sembuh lagi.Semuanya dgn izin Maha Pencipta.Zat yg Maha Kuasa!
Kemudian ketika  aku kenal abjad abc,aku dn saudara berlari nakal ke rumah arwah tok ndak..dlm kampung kami  tok ndak terkenal kerna siang mlm asyik kumpul harta..zaman itu anjing adalah binatang peliharaan utk melindung harta benda.Ketika aku leka berlari ke arah sebtg pokok asam yg sgt rendang,tiba-tiba  anjing mengejar kami.Bertempiaran kami lari..malangnya aku terjatuh,ibu anjing yg baru beranak menyangka kami akn mengambil anaknya,naik berang dn mengigit  lututku.Luka yg sgt dalam sehingga memaksa aku sengsara begitu lama..parutnya masih kekal sehingga hari ini .Dlm proses penyebuhan setiap hari tempat luka yg terkoyak dlm,di tuam dgn air suam.lap sehingga kering dn sapu ubat.Berbulan lamanya aku dirawat oleh mak..dn mak  menyatakan aku seorang yg tegar dlm menahan sakit.Aku tdk pernah lupa bila arwah emak mengatakn badan kecik tapi kuat  tahan sakit...dn aku rindukan tangan mak utk menyapu luka  jika fizikal berdarah.Sumpah..sehingga kini aku masih terkenangkn semua jasa mak...kerana arwah mak selalu melebihkan aku dlm segala hal!Aku  tak makan pisang..mak akan memasak makanan utk aku berasingan bila ada menu berunsurkn pisang...
Bila musim menuai kami sekeluarga bermalam di swah..aku teringat bagaimana sejuknya  ketika bermalam dlm pondok yg di perbuat dr jerami..telaga yg arwah bapa  gali mengairkn air yg sgt jernih.Siang akmi bergelut menuai padi...tiada teknologi canggih sperti kobuta atau jentera mesinpadi.yg ada hanya riuh rendah kami  adik beradik berebut sabit,guni, tong dan jerami.Balik sekolah terus ke pondok di sawah..tukar baju kami terus  bergelut dgn ikan keli,haruan ,sepat dn tuna.Gunung Raya mnjadi saksi kemuncak kedua ibu bapaku mncari rezeki sesuap nasi utk kami seramai sembilan beradik...Gunung Raya juga mnjadi pengubat hati ketika bulan sedang mengambang penuh di langit.Jerami di baka,arwah ibu dn bapa sibuk mmbanting tulang empat kerat  ...dan harta itu pusaka itu kini mnjadi milik  kami semua....aku teringat di malam yg di buai angin berpupuk sepoi ,kami menyalakan api..mmbuat bertih beras yg kami kerat ketika padi sedang elok menguning..dn kukatakan di abad  tercanggih,bertih itu di panggil"Pop corn"..anakku terlopong.ternganga dgn cerita kuno ini!
Dan sesungguh bukan  gurauan nostalgia ini...aku  berjalan mengikuti arwah ibu mengutip getah dlm kebun.terjatuh bila terpijak akar yg kuat di depanku.Ketika kanak-kanak lain sibuk bermain aku dn arwah ibu penat menyelusuri lorong demi lorong  mengutip getah.Tak pernah aku merungut pada arwah ibu melainkan aku mnghadiahkan senyum jika arwah ibu memandangku....dlm panas atau hujan aku akur mengikuti pesannaya.Masak makanan dn hantar ke sawah...byk jiran yg "berderau" dgn mak menanam padi sudah kelaparan..aku meniti batas demi  batas dgn mangkuk tingkat penuh dgn makanan...sehingga aku kenal erti kudrat.yg menyapa..tanah moyang yg di tinggalkn.Pusaka yg mesti di pertahankan!
Aku di bawa kesana-kemari oleh moyangku...ke ladang,ke swah dan ke kebun....dari situ aku tahu pusaka turun temurun  itu adalah hak milik keturunan kami....
Sehingga kini aku masih terkenang kn semua memori itu..kta arwah ibubapaku,zaman perang Jepun meninggalkan sejuta sengsara..mereka telah melaluinya...sebab itu kedua arwah ibubapaku butahuruf...namun arwah ibuku tdk buta dlm mmberikan kami ilmu didkan,kasihsayang dn tunjuk ajar...setiap malam sewaktu  zaman remajaku,aku mengajar arwah ibu mmbaca Al-Quran.Setiap malam aku  memulakan bismillah..aku mulakn dgn ayat huruf aliff,ba dan tha..suatu malam arwah ibu  menyuruh aku mengajarnya surah Yassin..zaman perang,zaman  dulu  mereka tiada  tempat dn peluang.Jadi dari bilik atas,bila arwah ibu usai solat Imsya" aku mula  bismillah...arwah mak mula menghafal surah Yaasin..aku mengajar penuh hemah..sedaya termampuku...semalam sebariis ayat...sehingga berbulan lamanya.Seperti aku belajar mengaji  di usia  setahun jagung dulu...aku tdk pernah penat bila arwah ibu bertanya:"DAh ngantuk ke?Aku tetap mengulang surah Yaasin sehingga akhirnya arwah mak lulus...dpt menghafal surah Yaasin sehingga habis.Alhamdulilah...masa tu aku belum kawin lagi...segala kemahuan arwah mak kuturut.Bagiku,arwah mak adalah NADI dn JANTUNG keduaku...aku tdk pernah lupa lambaian mak ketika aku dn suami akn berangkat ke Sabah ...aku mendukung anak lelaki pertamaku yg berusia lima bulan,menaiki trak dan perlahan airmataku jatuh ketika arwah mak memanggil namaku...trak berangkat pergi menuju pelabuhan P.Pinang.Kami 9RAMD   manaiki kapat"SERI MALAYSIA".Dlm perjalanan hampir tiga hari itu,hanya wajah mak yg ada di mataku....
Ketia rwah mak jatuh sakit dn tinggal dgnku..kerana kami sgt akrab..arwah mak mahu aku menyuapnya makan..semasa di hospital arwah mak tdk mahu makan kecuali aku yg mmbwa makanan yg aku masak sendiri di rumah!Aku juga  sedih bila makanan yg di bawa oleh saudaraku tdk mahu di makan malah menunggu aku datang...bila aku melangkah masuk ke wad,dia  menyebutdn tersenyum ke arahku.Konon sudah lapar...padahal  sudah byk tupperware di sampingnya!Emak,aku menyuap makanan dgn penuh kasihsayang..aku memegamg tangan mak dgn sejuta harapan:"Ya Allah,sembuhkan emak,jauhkan lah segala derita darinya dn aku melihat emak semyum utkku.Aku berdoa moga emak cepat sembuh agas kami dpt mengulangi semula kenangan yg selalu mmbuat aku leka saat bersama mak".
Jikka aku mampu aku mahu menanggung semua penderitaan mak.Aku mahu emak sentiasa senyum..kerana senyumannya satu kekuatan utk kami sekeluarga..akhirnya aku mengakui kami sekeluarga adalah menjunjung kebahagiaan mak di dunia  hingga di akhirat-
Ketika kami melangkah ke hospital,aku akn menziarah semua  yg kukenal...dlm hati aku berdoa :setiap penyakit ada ubatnya.setiap kesusahan ada kesenangan.setiap kelukaan ada kesembuhan melainkan MATI.Tiada janji yg mengatakan setiap dari kita akan kekal menghuni dunia ini.....
"Apabila akhirat dlm hati,maka akan datanglah  dunia menemaninya.Tapi apabila dunia ada di dalam hatimu mka akhirat tdklah akan menemaninya.Itu kerana akhirat mulia dn dermawan,sedangkan dunia adalah hina-"Abu Sulaiman Ad Dorani.
Makin byk kita mmberi,makin byk menerima dn berpunya.Kerana itu aku mersa selalu ingin mmberi sehingga arwah mak mengatakan aku tdk pernah akan senang.Makanya aku pantas mnjawab"asalkn hatiku senang dgn mmberi" arwah mak malas bertikam lidah dgnku.semulajadinya aku begitu...
Menatap matahari tdk pernah dingin 
Menatap bulan tdk pernah gelap cahayanya
Mandi di sungai  yg tdk pernah kering 
Berenang di lautan  tdk pernas lemas
Semuanya mmberi manafaat...
Kehidupan tdk pernah mati dgn mmberi
Bersedekah dgn seikhlas hati
Bukankah hidup dn pemberian ini adalah satu anugerah?
Kekayaan,kemewahan harta yg mnjadi milik kita
Akan bermakna saat tangan kanan mmberi
Tangan kiri tdk mengetahui
Berkorban dan memberi adalah satu kemuliaan yg hakiki
Jangan lah merasa untung dn rugi 
Kerana  musuh kehidupan yang paling nyata adalah sikap tamak yg bermukim di hati...........
Salam Sejahtera.rawatlah hati cegahlah  penyakit sebelumparah.JaNGAN  biarkan penyakit iut datang lagi.
Tidak ada kenginan yg lebih besardrp seorang mukmin kecuali mmpunyai hati yg suci dn bersih.Hati yg bersih akan meuntun kita ke arah kebaikan.IA penuh bercahaya,di sinarinya dgn kemuliaan.Sabda Rasulilah:"Itu adalah hati yg bertakwa.lagi bersih yg tdk ada di dlmnya penipuan,sikap melampaui batas,tipudaya,khianat dn dengki"-Ibnu Majah.
Hati yg cemerlang mampu melihat alam ghaib.kerana setiap hati yg bersih adalah anugerah Allah.
Banyak org berhias wajah dn tubuhnya..
Padahal wajah dn tubuh akan mnjadi fitnah makanan syaitan
Dan hanya org-org  yg mndapat hikmah  yg menghiasi hatinya dgn TAQWA.-kata-kata hikmah.
Sejahteralah hati kita...

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA