Wednesday, January 12, 2011

.HATI SEORANG IBU.

Tengahari 12.oo khamis 2010.Ada perjumpaan waris utk tahun 6.UPSR sedang mengundang penuntut tahun 6.Syahirah anak bongsuku sedang berlari menuju destinasi UPSR.Azamnya utk mncapai 5A.Wahhh...azam yg sgt bagus..idea yg menarik.Penuh motivasi.100% aku menyokong.Semua anak-anak kita adalah spt stg pokok.Di semai benih,di sirami air utk kesuburan,di baja utk hasil yg berlipat ganda dn di sembur racun.Racun utk mmbunuh semua virus yg memusnahkan hasil itu.
Aku mndidik mereka dgn nilai murni.pelajaran adalah pelita yg sntiasa menyala..menyuluh jalan kebaikan.Kita tahu cahaya bergerak mengikut kelajuan 300,00kilometer sesaat.Sungguh menakjubkan.8minit bergerak dr matahari menuju ke bumi!Kerana itu aku memotivasikan ke semua minda anak-anak dgn  hemat bahawa kuasa ilmu lebih hebat berbanding  kuasa harta.
Kuasa graviti lebih besar dn kuat menetapkan kesemua planet dlm sistem suria pd kedudukan orbit masing-masing.Kajian saintifik juga mmbuktikn air tidak wujud di planet bulan..jadi aku meletakkan syarat kpd anak-anak bahawa ilmu agama sgt penting.Tanggungjawab aku sebagai ibu melahirkn zuriat yg baik akhlak dn mematuhi segala hukum syariat Allah.Insya'allah....
Penanda aras kejayaan anak-anak adalah mereka berjaya dlm mmbentuk diri dgn sahsiah murni,maju dlm bidang akademik dn pandai dlm kehidupan sosial.Adab dn budaya ,gaya hidup berlandaskn ugama Islam.Kebangkitan  yg lebih baik ,lbh positif  dlm mncapai cita-cita.Bermoral dn ada batas tertentu dlm pergaulan.Memuliakn org yg lbh tua dn tahu menghormati org lain.Kita juga mesti menerima pandangan positif dr org lain.Memilih sahabat yg boleh mmberikan kita tunjuk ajar berguna.."Dengan senyuman indah mu mmbangkitkan cinta dn mmberikan kasihsayang sesama insan.Dengan kata-kata yg baik mu akan mengikat tali persahabatan dn mnjauhkn sifat dengki dn permusuhan"
Pencapaian anaku sulung dn anak kedua dlm UPSR sama.4A 1B.Anak pertama 24 tahun seorang Juruteknik.Setiap ujian semester mndapat  anugerah dekan.Cemerlang juga...anak kedua di UIAM..moga brjaya dlm bidang undang-undang.Anak ketiga di tingkatan 2.kurang menyerlah dlm akademik namun cukup  bererti bagiku.Berjiwa penyayang dn mudah tersentuh..anak keempat Syahirah di tahun 6.Bijak dn suka mncuba sesuatu dn sekarang tengah demam"cupcake"semua resepi ambil di internet.Terpaksa mncari serata Jitra mncari bahan yg di perlukn.pusing-pusing kedai kek..dah beli,kena cuba.Hasil  muffinnya yg terbaru...masin...terpaksalh telan..itu muffin yg di hias dgn coklat putih..cantik dn menarik tetapi terlebih garam!
Semua nya mmpunyai keistimewaan masing-masing.Semuanya menyerlah di hatiku.Mereka sumber inspirasiku.Mereka nadi kekuatanku.Seperti jiwa yg bersatu...jadi semua Tuhan berikan padaku!
Terlalu banyakkah aku meminta?
Terlalu banyakkah aku memaksa?
Terlalu banyakkah aku berharap?
Sehingga kini aku tidak mampu mjawab semua persoalan itu.Namun jiwaku sempat menyatakan beribu hasrat :Anak-anakku
Jika kalian sekuntum bunga
Kembang mekarlah
Mewangi alam sarwa jagat
Biar ada hati yg tersenyum bahagia
Jika kalian adalah sebutir bintang 
Bersinarlah terang agar ternampak cahaya
Saat mencari jalan dlam kegelapan
Anak-anakku
Jika kalian adalah seorang insan
Berbaktilah tanpa jurang sempadan
Kerana kebaikan membawa makna kebahagiaan
Menyejukkan jiwa yg kesedihan 
Siapapun kalian 
Seorang ibu tetap tetap mengharapkan 
Kesempurnaan mnjadi pelengkap sebuah kehidupan..-di siarkn oleh majalah MIDI.
Hati seorang ibu mndoakn kejayaan hidup anak-anak di dunia hingga akhirat.Insyaallah..Kalau Tuhan mengizinkan semua harapan dn impianku terlaksana,syukur alhamdulillah.Dao ku moga-moga semua anak-anakku berusaha dn bercita-cita tinggi.Aku berharap agar kegigihan mereka dlm mengejar impian hidup akan terlaksana.Usaha.Usaha.Usaha...berdoa dn bertawakal kpd Allah Ta;'ala.Pesanku yg tiada pernah henti:-Kata Imam Ghazali:
Yang jauh itu masa
Yang dekat itu mati
Yang besar itu nafsu
Yang berat itu amanah 
Yang indah itu solat"
"Sungguh terpuji orang yg malu bila menerima pujian.Dan tetap diam bila tertimpa fitnah"
Jangan patahkan semangat sebelum langkah bermula.Jangan hilang kekuatan sebelum azam bermula.Kita layak mndapat yg terbaik dlm hidup ini  kerana itu hak kita.Kerana tiada yg mustahil utk kita capai jika kita berusaha..kemampuan dn keupayaan kita..cuma gandakan usaha itu.Kurasakan saat cemerlang itu akan tiba bila   tangan ini mampu mencapainya!Percayalah anak-anakku.Penemuan sains  yg paling canggih  di abad ke 21 ialah transformasi  dramatik bila minda kita  berjaya mengawal perlakuan kita..........
"Nabi adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah  pintu gerbangnya"-
"Apabila hambaku mendekatiKu sambil berjalan maka AKU  mendekati nya sambil berlari"
Ambil iktibar dari kata-kata di atas dan benarkan aku dgn frasa agung ini:"Tangan ibu yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia".

1 comment:

Anonymous said...

BEST!!! teruskan usaha....sheilahalim

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA