Thursday, August 11, 2011

KIBLAT


“Engkau sudah mati,di sini tempatmu yang kekal.Kau tidak akan mampu ke mana-mana lagi.”satu suara bengis ,garau dan suara ini belum pernah aku dengar seumur hayatku .Seraya itu tali cemeti yang panjang dan tebal  melilit di pinggangku.Kukunya lebih kurang sejengkal dan tajam  menghala seolah akan mencucuk retinaku yang kian kabur .
“Aduhhhh….sakitnya!Mengapa aku di siksa begini?Apakah salahku?”Belum sempat aku menghabiskan kalimah itu satu tamparan kuat singgah di pipiku.Darah terpercik di sekelilingku.Hilaian ketawa mengejekku .Sangat menjengkelkan ruang rongga telingaku.
“Inilah balasan untuk manusia munafik sepertimu.Lihat dikananmu”suara itu memerintahku tanpa belas kesian.Aku memalingkan wajahku yang cedera akibat tamparan kuat tadi kea rah kananku.
“Weukkk…air liur ku menjadi pekat.Nafasku turut tersekat oleh aroma yang membusuk seperti  bangkai yang telah reput.
“Mengapa?Engkau jijik?”
Kulihat  ribuan ulat dan cacing sedang bergerak ke arahku.Bau busuk menerjah ke rongga kerongkongku.Retinaku bergerak mencari-cari sesuatu.Di manakah aku sekarang?
“Sekarang kau lihat ke sebelah kirimu?”suara kejam itu terus memberi arahan.Aku tidak mampu untuk melawan kerana seluruh tubuhku mengigil kesejukan dan sakit  oleh  lilitan cemeti yang  kuat tadi.
Perlahan aku menoleh kea rah kiriku.Masya allah,kala jengking ,ular berbisa merayap  ke sisiku.Aku terpempan dan cuba untuk bangun.Panggg..satu lagi tamparan kuat singgah di pipiku .Aku rebah.
“Ke mana engkau akan lari?Tiada jalan keluar,tiada ruang untuk manusia seperti kau  melepaskan diri dariku.Selamanya kau akan menetap di-sini”suara bengis itu masih ingin menyiksaku.
Aku tidak sanggup lagi tinggal di tempat begini.Retinaku bergerak pantas  mencari-cari jalan atau peluang untuk melepaskan diri dari siksaan kejam ini.Bau busuk  meloyakan tekakku.Kala jengking  itu semakin dekat  menghampiri kakiku.Aku ingin bangkit dan berlari keluar dari sini.Sekuat hati aku menjerit “tolong..tolong…”
Puas aku menjerit tiada sesiapa yang peduli.Kupandang ke atas,gelap gelita.Aku tak dapat bergerak sesuka hati kerana tempat ini sungguh sempit.Muat untuk tubuhku yang satu .Nafasku sesak,tiada udara yang dapat membantu ku.Ahh..mengapakah aku berada di sini?Bagaimana  kah aku boleh terperangkap dalam situasi kejam ini?
“Inilah balasan untuk orang-orang yang leka sepertimu.Kau mensia-siakan waktu mudamu.Kau mengabaikan solat lima waktumu.Kau tidak pernah merasa lapar dan dahaga orang yang berpuasa di
Bulan Ramadhan.Kau terlalu cintakan dunia sehingga kau lupa akhiratmu..pernahkah kau menghitung amal ibadatmu selama kau hidup di dunia?”soal suara kejam itu kembali.Sekali hentakan kuat  menolak aku ke bahu kiriku.Sakitnya tidak dapat ku gambarkan.
“Aduhh..lepaskan lah aku.Aku merayu kepadamu”suaraku semakin lemah.
“Di sini tiada sesiapa dapat menolong kau.Hanya perbuatanmu di dunia yang dapat menyelamatkan dirimu.Masih ingatkah segala perbuatan lampaumu?”
Aku menjadi sangat takut  .Suara ini membawa padah.
“Tunjukkanlah wajah sebenarmu,aku ingin melihat wajah kejam yang menyiksaku tanpa ihsan.Bagaimana kah wajah mu?Dari nada suaramu aku membayangkan  kau bukanlah mahkluk sepertiku”aku mula mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.
“Aku juga mahkluk Tuhan sepertimu.Aku di tugaskan untuk memberi pengajaran kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah sujud kepada Allah.Pernahkah kau mendengar bahawa Saidina Ali Kamallahuwajhah berkata:
“Manusia  di pandang dari segi tubuh hanya sama.Ayahnya Adam dan Ibunya Hawa.Kalau mereka itu  terlalu membanggakan  keturunan,keturunannya sama;dari tanah dan air.Kecuali pada peribadi yang mulia”
“Pernahkah kau beriktikaf di masjid?Masa mudamu amat berharga tapi kau sia-siakan begitu saja”
“Aku bukan ingin mendengar kutbahmu tapi aku ingin menatap rupa kejammu”jeritku  tanpa mempedulikan kesakitan yang sedang ku tanggung.
“Bukan hari ini aku akan tunjukkan wajahku,tapi pada hari yang telah di janjikan Allah”Panggg…cemeti itu di libas kuat betul-betul  mengena belakang pinggangku.
“Adduhh..aku tidak dapat  lagi menahan siksaan ini,aku menjerit..menjerit sekuat upayaku.
‘Hai Zam,bangun.Mengapa sampai terjatuh katil ni?Kau bermimpi ke?”Hidayat menepuk bahuku.Sepantas kilat aku membuka mata,aku terjelepok di atas lantai.
“Itulah ,semalam lagi dah cakap.Sebelum tidur,ambil wuduk dulu.Baca ayat tiga Qull,Insya`allah kita akan di lindungi selalu.Ini tidak,kau asyik nak bersms dengan awek baru.Sampai tidur pun asyik mengigau”Hidayat mula berkutbah di depanku.
‘Ohhh..kau kata aku mengigau?Kau tahu aku  bermimpi amat dahsyat .Selama ini aku tidak pernah bermimpi sedemikian rupa”terketar-ketar aku bersuara cuba menerangkan agar  Hidayat mengerti ketakutanku.
“Aku bukan main-main.Aku serious ni.Kalau kau di tempatku.apa yang akan kau lakukan?
“Aku nasihatkan kau,kau ubahlah cara hidup kau.Aku Nampak kau terlalu social sangat.”Hidayat memang telah lama berkongsi kamar denganku,Mungkin dia sudah masak dengan kehidupanku.
Kulihat jam sudah 2.45 pagi.Tapi aku tidak dapat melelapkan mata lagi,masih di buai mimpi ngeri tadi.Hidayat terus tidur tanpa mempedulikan aku Aku tahu dia mungkin letih kerana  sepanjang minggu ini pelayaran kami di  hempas badai kuat.Ombak bergulung-gulung.Tugas kami sebagai kelasi kapal memang memenatkan jika berhadapan dengan cuaca yang begini.
Aku mula terkenangkan  suara bengis dalam mimpiku.Aku mensia-siakan waktu?Aku manusia munafik?Benar semua yang di zahirkan itu,aku tidak dapat menafikannya lagi.Usia mudaku banyak kuhabiskan dengan kerja yang tidak berfaedah.aku mensia-siakan nikmat Tuhan.
Sebelum aku menjadi kelasi kapal,aku bekerja di kilang.Ketika berulang-alik dari tempat kerja ke rumah sewaku aku bertemu dengan Alissa.Gadis yang Berjaya membuat aku jatuh cinta dan cintaku berputik.Alissa menyambut cintaku dengan rela.
Aku memang naïf ketika itu.Maklumlah aku datang dari kampong manakala Alissa gadis kota yang moden.Serba-serbi cangih.Namun aku bangga bila Alissa mengatakan dia tidak memilih  bila berkawan asalkan lelaki itu ikhlas.Aku ikhlas bersamamu Alissa.Sejak itu aku berusaha sehingga aku Berjaya di naikkan pangkat.Alissa masih bahagia bersamaku.Alissa gadis pertama mengajarku erti cinta.Aku amat sayangkan Alissa.Kami berjanji akan saling setia dan jujur mempertahankan cinta kami yang suci itu.
“Abang,mahukah abang berjanji kepada Alissa bahawa abang tidak akan mempersiakan Alissa ?”
“Mengapa Alissa mempersoalkan  kesetiaan abang terhadap Alissa selama ini?Tidak cukupkah dengan apa yang abang lakukan sekarang ?Alissa sendiri tahukan betapa abang sayangkan Alissa.Keluarga abang pun sudah tahu  hubungan kita.Abang sedang mengumpul wang untuk melamar Alissa’terangku sambil memujuk.
“Bukan Alissa meragui cinta abang tapi…”ayat itu terhenti di situ.Alissa cepat-cepat memaut bahuku dan mengajak aku ke warung.Perutnya sudah minta di isi.Aku faham Alissa memang suka makan di warung Pak Mail.Katanya mee rebus Pak Mail tiada tandingannya.Lagipun warung Pak Mail berhadapan dengan laut.Ombak laut menyaksikan kehebatan cinta kami..
Setelah dua tahun berkasih aku ingin melamar Alissa.Sayang seribu kali sayang bila keluarga Alissa menolak pinangan dengan alas an kami tidak setaraf.Alissa merayu aku memujuk keluargaku untuk datang  semula berbincang dengan ayahnya,Keluargaku berkeras tidak akan menjilat semula ludah keluarga Alissa.
Alasan mereka mudah.Alissa anak tunggal.Taraf kami amat jauh berbeza.Aku tidak layak bersama keluarga Alissa.Tercalar sudah maruah keluargaku.Alissa menangis dan merayu kepadaku.Mengajak aku  lari ke sempadan dan berkahwin di sana.
“Alissa,walaupun aku lelaki kekurangan di depan mata keluargamu tapi aku lelaki bermaruah,aku ada harga diri.Aku tidak mahu keluarga kita bermusuhan.Aku tidak mahu memalit arang ke muka  keluargaku.Pulanglah ke pangkuan keluargamu.Mereka lebih berhak ke atasmu.Mereka tahu kebahagiaanmu di mana,bukan di sisi abang”pujukku lagi.
Alissa berkeras ingin bermalam di rumah ku di malam itu,aku masih waras.Aku tidak mahu mengeruhkan lagi suasana yang telah keruh ini.Alissa ku hantar pulang malam itu juga.Belum sempat pintu kereta ku buka satu pukulan singgah di badanku.
“Lelaki tak guna,tak sedar diri.Berapa kali aku nak beritahu kau.Kau tidak layak bergandingan dengan anakku”ayah Alissa  melontarkan pandangan tajam beserta kemarahan yang ketara.
“Ayah,sampai hati ayah buat kami begini.Apa salah Zam?”rayu Alissa meminta simpati.
Ayah Alissa mengheretnya masuk ke dalam.Selepas itu hubungan kami terputus.Tiga bulan aku mendapat berita perkahwinan Alissa berlansung dengan meriah.Dari kejauhan aku mendoakan kebahagiaannya.Aku mengambil keputusan untuk menjadi kelasi kapal.Bermulalah pelayaranku.Singgah sebentar dari pelabuhan ke pelabuhan.Dermaga bisu menjadi  saksi kekecewaanku!

Lautan biru tiada sempadan
Menghanyutkan diriku  ke dalam ilusi yang panjang
Pelabuhan demi pelabuhan
Adalah destinasi persinggahan
Di sini
Aku ingin berlari memelokmu
Di sini
Aku berjanji ingin melupakanmu
Biar dalam setiap tarikan nafasku
Hanya namamu yang ku puja….
Kutulis puisi indah ini untukmu Alissa.Hanya bertemu dalam mimpi.Setiap pelabuhan yang kusinggah,perempuan manis selalu ada dalam  hidupku.Mereka  tanpa segan silu menemani ruang sepi di hatiku.Dari kelab malam  kami merangkak ke hotel mewah.Aku ingin melupakan desir kenangan cinta pertamaku yang telah musnah.Alissa,aku ingin  membuang semua memori indah bersamamu.Aku tidak mahu menjadi seperti parasit.
Aku mula mengusung wanita-wanita cantik dan seksi.Akulah jagoan rakus meratah tubuh-tubuh manja yang menyerah ke pangkuanku.Aku sering kehausan air anggur merah yang terhidang di depan.Pesona wanita menjadi penyeri malamku.Neon kota dari benua ke benua,rantau ke rantau banyak menjahanamkan aku.Puas Hidayat menasihati  aku,aku tidak peduli.Perempuan murahan bagiku  seperti sekeping kad Touch n Go-ada di mana-mana.Saat pintu kiblat telah hilang,aku hilang agamaku!
28 julai  2002.
Kapal kami berlabuh di Rotterdam,Eropah.Dari Asia aku ke benua Eropah.Semakin ligat aku  berpoya-poya.Di sini tiada sesiapa yang berani melarangku.Hidayat mungkin sudah muak dengan gaya hidupku.Walau ke mana aku mengusung  perempuan ,Hidayat sudah malas untuk menegurku.Hidayat asyik dengan  laman sembang di internet.Sesekali aku ternampak Hidayat tersenyum sendirian.Mungkin sedang melepaskan rindu pada tunangnya di tanahair.Bertuah kau Hidayat,tunangmu seorang pendidik.Mendidik anak-anak mengenali arus globalisasi ini bukannya mudah.Penuh cabaran.Tapi aku tumpang gembira bila Hidayat mengatakan cintanya walau pun terpisah benua,poskad dan chatting  setiap masa.Bulan sentiasa mengambang penuh di langit  saat  bunga-bunga cinta mula bersemi.Aku pernah merasakan semua momen indah itu bersama  Alissa.Sesiapa pun sanggup musnah untuk membuktikan kesungguhan dalam cinta!
8 August 2002.
Aku berada di Cape Town,Afrika Selatan.Aku merasa kurang sihat.Hidayat berulang kali menanya aku mengapa aku hanya berdiam di dalam bilik.Selalu nya seminggu singgah di daratan ,aku hilang dari kapal.Kelab malam,perempuan dan hotel mewah adalah tempat aku melampiaskan  lelahku.Kali ini aku benar-benar kurang sihat.
“Hai,terperap aje dalam bilik.Dah  puas ke jadi jagoan?Di sini,ramai perempuan cantik tau”usik Kamal menguji ku.
“Ahh..malaslah.Kau pergilah sorang,aku nak berehat “
“Aikk..dah insaf ke?Jangan-jangan  kau berpura-pura baik  macam Hidayat.Hidayat tu tak apalah tak lama lagi berkahwin.Kita ni masih bujang terlajak apasalahnya sesekali keluar enjoy,biar tenang minda yang berserabut ni”pujuk Kamal lagi.
“Sorrylah,aku rasa kurang  sihat sikit hari ni.Kau pergilah”.
“Rugilah,ini Cape Townlah,kau akan menyesal kalau tak enjoy kat sini’Kamal masih ingin memancingku.
Bila Kamal tiada,aku mencapai diariku.Terpampang gambar aku dan Alissa semasa kami sama-sama sedang memetik buah strawberry di Cameron Highland dulu.Alissa sukakan fresh strawberry sebab dia sengaja minta aku ambil gambar dari jarak dekat.Kau  cantik dan menawan Alissa.
Tiba-tiba layar kenanganku bersamamu tertayang  jelas di depan mataku.Retinaku  basah saat semua nostalgia itu muncul.Musim-musim cinta kita sungguh indah.Desir angin membisikkan rinduku padamu tidak pernah padam untukmu.Walau beribu batu,walau bermusim  tahun berlalu,kau satu di hatiku.!
Jika surga  itu ada di bumi ini,tentunya ia ada dalam hati kita kerana  kau dan aku  saling bersama seperti bulan yang mengirimkan dingin untuk menyelimuti tubuh saat  malam kian panjang.Andai matahari tidak menyimpan panasnya ,kita masih berlari mengejar pelangi jingga.Pastinya kita akan hilang dalam  mimpi yang sama walau destinasi kita berbeza…



Walau habis dakwat tintaku
Mencatat kenangan  demi kenangan bersamamu
Jiwaku basah  di goda rindu
Kau nyalakan api cintamu
Sehangat panas mentari
Mengusik  ruang emosiku yang kosong
Walau penat aku berlari mengejar bayangmu
Sejarah tetap terukir di dalam diriku
Senyummu memberiku seribu erti
Putaran waktu tidak akan pernah memadamkan
Api cinta yang telah kau nyalakan
Membakar impian ku untuk bersamamu!
Aku menutup dairi  biruku.Tubuhku semakin panas dan mengigil.Kurasakan tahap  kepanasan ini melebihi 44.C.Hidayat memujukku untuk berjumpa doctor kerana bintik-bintik merah  kian banyak muncul di tubuhku.Selsemaku sudah hamper sebulan.Hidayat takut aku di serang demam campak.Aku setuju nmenemui  doctor.
Usai semua pemeriksaan Hidayat berwajah sugul di hadapanku.Nampak macam orang  terkena  sampuk.Pucat dan tidak keruan.Aku mula mengesyaki sesuatu.
“Zam,aku harap kau kuat dan tabah.Dalam hidup ni banyak kemungkinan  bakal kita hadapi.Kau mesti kuat….”kulihat airmata lelaki Hidayat tumpah walau dia cuba berpaling dariku.
“Apa hal,kau putus tunang  ke?Atau mak kau meninggal?”soalku semula.
“Bukan soal aku,tapi ini soal masa depan kau”Hidayat  bersuara lemah.
“Tak payah kau nak  cakap berbelit-belit,straight the point kan mudah  aku faham”
“Zam.,ada virus HIV dalam diri kau.Ujian darah tadi telah mengesahkan kau positif HIV.Bukan demam campak seperti yang kita sangkakan”Hidayat menghulurkan cermin untukku.Aku menjelirkan lidahku.Ternampak bintik-bintik merah-merah  yang telah bernanah.
“Ohh..sebab itu kau   duduk lama dalam bilik doctor.”
“Ya,sekejap lagi kita masuk semula berjumpa doctor”.

11Januari 2003.
Aku berada di kampong halaman yang  telah lama ku tinggalkan .Arus pembangun sungguh pesat sekali.Jika dulu tanah –tanah hanya terbiar,sekarang projek mega tersergam megah.15 tahun aku mengembara sebagai kelasi kapal,membawa dukalara yang tidak pernah sembuh ini.Ku dapati ramai generasi seangkatan denganku telah menyahut cabaran globalisasi.Membuka minda membuat perubahan.Anjakan paradigma mereka menjulang kemajuan.
Aku semakin lemah.Kematian semakin  mendekatiku.Aku bukan lagi bermimpi makhluk atau suara bengis itu.Kematian sedang berada di ambang pintu..virus AIDS tiada penawar lagi.Pembalasan untuk semua dosa-dosaku di masa lampau.Hanya kerana kecewa cinta aku merosakkan diriku,harapan keluargaku dan masa depanku!
Alissa,Seandainya kita  di cipta untuk menjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Namun seandainya  kita di cipta untuk  tidak bersatu ,walau dekat selalu,kau tidak akan menjadi kepunyaanku.Kini bulan purnama tidak lagi mengambang penuh seperti yang kuharapkan .Kisah-kisah cinta,musim-musim rindu telah lama berlalu.Tiada lagi wangian yang menemani hariku.Dalam setiap nafas yang kuhela  hanya ada kekesalan,penderitaan dan kesakitan.
Tuhanku,terimalah taubat nasuhaku!Sesungguhnya ajalku kian dekat sehingga aku tidak mampu lagi menghitung  semua nikmatmu.Kembalikanlah  CINTAKU bersama KiBLATKU yang satu.Ini permintaan terakhirku sebelum nafasku  tenggelam …..
FIRMAN ALLAH:Apakah kamu berpuas hati  dengan kehidupan  di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup  di dunia ini  di bandingkan dengan kehidupan di akhirat hanya sedikit.
Surah Taubah ayat 58.
Sekian ,terimakasih.

KARYA:CHE AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.27 JUN 20008.

Wednesday, August 10, 2011

#2 GIVEAWAY SIMPLE : SAYA NAK KEYCHAIN COMEY TU"

Giveaway Just Macaron

join INI

syarat2:



1. TINGGAL/BERADA DI MALAYSIA..
yes..

2. WAJIB FOLLOW BLOG JUST MACARON DAN SABAH COLLECTIONS..

done...follower ke 189 and 161


3. TINGGALKAN LINK ANDA DI RUANGAN KOMEN..

done






Tuesday, August 9, 2011

LADY DIANA



Sesuatu yang  bernilai dan berharga  memang layak untuk di milikinya.Tidak kira berapa harganya,tiada penawarannya.Cinta yang hakiki tiada ternilai  harganya..tiada kenal erti penat dan lelah..tiada titik noktahnya.Namun seandainya cintakasih sesuci  ini di tolak dan di beri tawaran nilainya,hilanglah harga sebuah pengorbanan.Di saat menenun cinta di kaki langit,bulan dan bintang menghulur segaris cahaya..jika ia bertukar warna  ,bermusim bersama..sanggup mengalas segalanya!Tetapi  jika segunung harapan menjadi lara yang berkecaian ibarat debu berterbangan di udara,maka pisahkan jiwamu dari jiwaku.Tiada guna menggalas seribu gunung  jika baranya menykitkan hidup ini.Sehingga aku merasa tak mampu terbang beriringan,duduk bersimpuh di riba...bukankah cinta seorang bidadari ada di singgahsana hati puteranya?Jadilah wanita yang pertama,teratas mndapat keredhaan Allah kerana ketaatan  yang  tidak pernah berbelah terhadap suaminya ..meskipun di uji kesetiaan ..keyakinan itu tidak pernah luntur...bahkan dengan izin Tuhan segalanya menjadi luarbiasa.!!

RINDU TIADA PENGHUJUNG


RINDU TIADA PENGHUJUNGNYA.
Tasbih itu masih bergerak-gerak di tangan emak.Entah berapa ribu zikrullah bermain-main di bibirnya.Aku hanya memerhatikan dari jauh.Nyata emak sangat leka  berzikir sejak solat Maghrib tadi.Kurasakan sebentar saja lagi azan Isya` akan berkumandang menandakan waktu untuk solat Isya` telah masuk.Emak masih lagi belum bangun dari tikar sejadah yang di belinya ketika menunaikan  ibadah haji bersama arwah abah di kota Mekah itu.
Emak  bangun dan terus menunaikan solat sunat masuk waktu isya`.Kulihat wajah emak sangat tenang sekali.Walaupun kerut wajah  emak semakin menampakkan  kedut namun senyuman emak tetap manis seperti dulu.Penuh keibuan,ketenangan dan aku merasa senang sekali berada dalam pelukan emak.Namun aku tahu sejak arwah abah meninggal emak seperti cuba untuk menepis kesunyian atau kepayahan dengan caranya yang tersendiri.Emak tidak pernah  mengeluh atau bermuram di depanku.
Malam Jumaat begini emak akan meneruskan bacaan ayat suci Al-Quranul Karim.Emak sudah terbiasa sejak kecil lagi di didik oleh nenek dan tok wan.Sebab itu aku selalu ingat arwah abah pernah berkata bahawa di zaman moden sekarang memang sukar untuk dapat isteri seperti mak.Zaman muda emak banyak di habiskan di rumah.Pagi-pagi bangun tidur terus buat kerja rumah.Sebelah malam emak dan Tok Wan mengajar anak-anak jiran mengaji Al-Quran.Begitulah rutin emak.
Bila emak berkahwin emak menjadi isteri sepenuh masa.Abang Amin  dan aku juga  tidak pernah di susukan dengan susu tin.Arwah abah pernah berkata emak ingin menyusu sendiri agar aku dan abang Amin akan berkelakuan seperti  seorang insan mukmin.Mulalah abah bercerita  bagaimana anak-anak yang menyusu susu lembu  berperangai macam lembu.Aku hanya tersenyum bila terkenang semula apa yang sering sangat arwah abah sebut.
Dalam leka aku berangan-angan suara lembut emak menegur agar aku segera wuduk.Katanya berdosa melengahkan waktu.Aku akur.Hujan di luar sangat lebat sehingga memaksa aku untuk  mencari baju tebal.Aku bergegas  ke ruang tamu  untuk menonton segmen yang gemari.Emak kulihat sudah pun menanggalkan telekung.Aku percaya saat hujan lebat begini tak ada apa yang nak emak buat.Jadi aku mengajak emak bersamaku.
Sebenar aku tahu emak sedih dengan  tingkahlaku Abang Amin.Sejak arwah abah meninggal Abang Amin jarang pulang ke kampung.Dulu masa Abang Amin ingin berkahwin dengan perempuan mat salih yang di bawanya pulang dari  Kota London arwah memang menentang keras tujuan Abang Amin.Emak tidak henti-henti mengalir airmata kerana Abang Amin.Pergi belajar di luar negara,di bawanya pulang perempuan berambut perang!
Setelah puas Abang Amin memujuk emak dan arwah abah dengan pelbagai alasan akhirnya emak mengalah.Lagipun orang kuat masjid pula menambah daripada berlaku maksiat lebih baik kahwinkan saja mereka.
“Mana mak nak letak muka ,orang kampung pun asyik menjuihkan mulut bila terjumpa mak di jalan ke,sampai mak nak ke masjid pun ada mata menjeling tajam .Engkau tak fikir perasaan kami”soal mak pada Abang Amin dengan linangan airmata.
“Mak,saya dah berjanji akan berkahwin dengan Jessica.Saya Cuma nak minta restu mak dan abah.Saya harap keluarga kita dapat menerima Jessica dengan baik.Itu saja harapan saya pada mak dan abah”pujuk Abang masih ingin mempertahankan gadis bermata biru itu.
“Tapi macamana dengan Solehah tunang kau tu.Abah  tak ada tempat lagi nak sorok muka.Hantar belajar ke luar negeri,ini yang kami dapat.Susu yang di beri kau balas dengan tuba?Kau ingat kami ni tak ada maruah?tengking abah yang semakin berang.
“Mak malu pada keluarga Solehah,tapi apa boleh buat kau sanggup conteng arang ke muka keluarga kita.Emak tak sangka anak lelaki mak yang  baik dulu jadi macam ni sekali”mata mak tetap berkaca.Aku hanya mendiamkan diri sambil memelok emak .
Akhirnya semua kaum kerabat kami berbincang dan mengizinkan mereka bernikah.Jessica nama  gadis Kota London bertukar menjadi Qistina Abdullah.Kakak Solehah bekas tunang Abang Amin turut hadir di majlis pernikahan Abang Amin.Aku tahu dia sangat menyintai Abang Amin tapi dia pasrah .Katanya ini soal jodoh.Dia redha.Tapi aku merasa kesal sebab gadis sebaik kakak Solehah telah di persiakan oleh Abang Amin.Namun kami semua tetap mendoakan agar kakak Solehah akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik lagi.Arang sudah terconteng di muka,maruah sudah terpalit dengan kejahilan Abang Amin.
Qistina,sudah bersediakah untuk sujud  di tikar sejadah?Kalimah syahadah mewajibkan setiap yang  orang yang beragama Islam menunaikan solat 5 waktu sehari.Menunaikan puasa sebulan di bulan Ramadhan.Berzakat dan menunaikan haji di Tanah Haram Mekah jika berkemampuan.Apakah seorang Qistina sanggup dan rela meninggalkan agamanya semata-mata atas dasar cinta seorang Juliet kepada Romeonya?
Abang Amin,bertanggungjawab memastikan dua kalimah syahadah yang di ucapkan oleh isterimu di sertai oleh amalan bukan hanya ucapan semata-mata.Pernah kah Abang Amin menjadi imamnya yang memimpin ke arah muslimin sejati?
Demikian aku beintonasi seorang diri.Hatiku gusar .Abah dan emak tawadduk orangnya.Sebab Abang mengatakan Qistina atau Jessica tidak betah untuk berlama di pondok buruk kami lalu mereka memutuskan untuk kembali ke Kota London.Bukankah di sana semuanya ada?Kota kosmopolitan yang siang dan malamnya tidak pernah tidur.Semua orangnya berlumba-lumba untuk mengejar keseronokan dunia.Abang Amin tidak dapat lagi merasakan sedapnya sambal belacan mak atau gulai ikan keli  rempah giling yang mak masak bersama belimbing buluh .Lidah Abang Amin sudah loya.Dia lebih senang dengan  burger atau mengunyah salad mentah!


Semuanya telah berubah sejak Abang Amin pergi.Abah telah meninggal dunia.Aku sudah dewasa dan menunaikan hajat emak agar menjadi seorang peguam.Sebanyak itu juga aku sudah berkongsi beban emak.Menantu yang di harapkan dapat memberikan cucu telah jauh dari pandangan.Aku tidak tahu sejauh mana Abang Amin tersinggung dengan peristiwa itu.Arwah abah sempat berpesan pada emak bahawa dia sangat ingin memelok abang seperti  dulu.Bila malaikat maut telah datang menjemput abah menemui penciptaNya abang tiada di sisi keluarga.Tega sungguh hati abang.Keras seperti batu.Qistina berjaya memalingkan hati abang dari kami.
Sudah lapan tahun abang tidak pulang ke kampung.Pada hal kami semua telah redha dengan keputusan abang.Ketika abang menghubungiku dulu aku pernah berkata pada abang bahawa darah kami sama.
“Baliklah bang,mak sering menyebut-nyebut nama abang dan kakak Qistina.Buang yang keruh ambil yang jernih.Abah dah tiada.Kesian pada mak.Lagi pun abang mesti ingat surga itu di bawah tapak kaki ibu”pujukku lagi.
“Abang bukan tak mau balik tapi...............”kata-=kata abang terhenti tanpa noktah.
“Ana tahu abang masih marahkan mak.Mak dah ampunkan kesalahan abang.Baliklah ,mak sekarang bukannya sihat macam dulu lagi.Mak rindukan abang”
“Tenguklah nanti macamana,kalau abang ada masa abang pulang juga satu hari nanti”ayat ini sudah jemu aku dengar.
Perlahan –lahan aku menyusup masuk ke bilik emak.Emak terbaring lesu tapi masih  senyum bila nampak aku masuk.Hatiku merasa tidak tenang kerana sejak akhir-akhir emak asyik termenung.Bila aku tanya emak menggelengkan kepala mengatakan emak biasa saja.
“Ana,bila lagi nak kahwin?Mak teringin nak timang cucu.Tak kan dah kerja pun masih nak bagi alasan pada mak,dulu kata nak kerja .Sekarang  dah kerja apa pulak nak dalih”
“Tunggu lah tak kan lari gunung yang di kejar.Insya`allah Ana akan akan kahwin juga satu hari nanti”Aku tidak sanggup menghampakan harapan mak Cuma masa  dan jodoh tu belum sampai.
“Ana tenguk kakak Solehah tu,dapat suami baik.Ustaz pulak tu.Anak pun dah nak masuk empat.Mak bangga sebab kakak Solehah tu tetap anggap kita seperti dulu.Masih ambil berat hal kita.Sebab tu arwah abah berkenan sangat dan sayangkan dia macam anak sendiri.Apa nak buat kan dah tak ada rezeki kita”
“Mak jangan ungkit kisah lama.Lupakan saja.Mak kena jaga kesihatan mak.Itu yang penting.”dadaku seperti tertusuk duri bila semua peristiwa  di ingat kembali.
Aku juga terbias dengan perbuatan abang.Walau aku sering di ejek kerana kakak iparku yang berpakaian seksi dan tidak tahu bersalam dengan tetamu aku masih bertahan.Aku anggap semua yang berlaku  di luar kemampuan kita.Tapi aku kesal dengan sikap Abang Amin yang membiarkan apa saja  kakak iparku lakukan tanpa memberi kata nasihat.Budaya kita berbeza.Warna kulit juga nyata berlainan.Aku merasa janggal dengan melihat kakar iparku menyalakan api untuk menghisap rokok di depanku.Nyata aku bias  dengan kesongsangan budaya.Tapi mengapa abang berdiam diri?
Qistina telah berjaya mengubah paradigma abang.Tidak salah arwah abah berdendam sehingga nafas terakhirnya barulah abah memaafkan kekhilafan abang.Hajat abah tidak sampai untuk memelok abang seperti dulu.
Dalam ilusiku yang panjang  ini aku  berdoa agar tauhid abang tidak berubah.Jika hanya paradigma itu  berpaling aku berharap  dia mampu menjana mawaddah di mindanya.Itu doaku setiap kali aku sujud kepada Mu Ya Allah.
Aku cepat-cepat merapati emak bila emak mula batuk-batuk.Aku sudah maklum tahap kesihatan mak semakin menurun sejak akhir-akhir ini.Emak terlalu banyak menanggung derita.Beban yang di galas sudah berat.Aku juga ingat pesan doktor agar mak kena rehat.Tapi mak masih tidak lupa pada zikrullah yang sebati  dengannya.Ayat-ayat Quran sudah di hafalnya sejak remaja.Lidah mak sudah basah dengan doa.Tapi Abang Amin tetap tidak muncul sehingga emak sudah nazak begini.
Pak Long dan Mak Long sudah putus harap untuk  memujuk abang,aku semakin sakit hati bila mengenangkan perbuatan abang.Emak semakin lemah.Aku bergilir-gilir membaca surah Yassin dengan kakak Solehah.Mak Long dan Pak Long sudah lima hari tidur di sisi mak .Sering ku membisikkan kalimah syahadah itu ke telinga mak.Abang,datanglah segera!
Salamilah tangan emak.Jangan sampai anak derhaka masuk neraka .Surga itu di bawah telapak kaki ibu.Kuulang-ulang lagi ayat itu.Mak,ampunkan segala dosa-dosa Ana pada mak.Setitis susu yang ku sedut masuk ke keronkong ini halalkan lah mak.Aku mengenggam erat tangan mak.Mak hanya mampu menggerakkan jari-jarinya,mata mak   merenung sayu ke arahku.
Sinar mata mak memberikan sejuta cahaya untuk ku.Pelokan emak menyejukkan sukmaku.Genggaman  tangan emak memberikan aku satu kekuatan untuk aku melangkah melihat wajah dunia.Aku menjadi bersemangat saat emak menguntum senyum.Wajah lesu emak mengharukan aku.Terkumat- kamit emak membuka mulut membisikkan sesuatu.
Pak Long dan Mak Long mengangkat tubuh emak yang tidak berdaya  mengadap kiblat.Masanya sudah tiba.Tulang –temulang  menjadi kian renggang.Nadi yang berdenyut perlahan.Aku tidak pernah berhenti walau sesaat pun membisikkan kedua kalimah syahadah itu ke telinga emak.Allahummaajirnipi musibatiwakhlufnikhairan.Doa Rasulullah ini  untuk  UmmuSalamah dan ku baca  demi untuk sempurnakan pemergian bintang timurku!
Di atas ribaku emak menghembuskan nafas terakhirnya.Sesungguhnya aku telah bersedia dan redha dengan  kehilangan abadi ini.Qulllu nafsindzzaiqatulmaut.Innalillahwainailihraji`un.Aku memujuk diriku dengan tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.Mati itu pasti.Kulihat wajah mak tersenyum manis.Manis sekali!

Itulah senyuman terakhir bintang timur yang selama ini bermukim di hati.Ia pasti bersinar sesuci air susu nurun jannah yang memberikan aku nafas  kehidupan di dunia yang berliku  ini.Abang Amin yang  di kasihi dengarlah luahan hatiku yang ikhlas ini.Haruskah kita menunggu berabad lamanya untuk  memohon ampun di atas kekhilafan lalu?Mestikah kita terbawa-bawa oleh perasaan sehingga kita lupa arah  kiblat kita?Pujangga pernah berkata:kita tidak akan mampu untuk menggembalikan air ke hulu andai mudiknya ke depan.Matahari akan terbit dan jatuh pada orbitnya.Sudah menjadi resmi angin  yang bertiup akan membawa hujan.Dan mendung akan berlalu bila awan sudi berarak pergi!
Emak ,damailah di sana kerana  Tuhan menjanjikan surga untuk wanita yang  sehebat emak.Emak wanita istimewa.Wanita yang taat suaminya,ikan-ikan di laut,burung-burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selagi dia taat kepada suaminya.Sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan  suaminya,maka masuklah dari pintu surga yang dia kehendaki.Ini janji Allah terhadap hambaNya yang memelihara tauhid dan akidah .Berjihad ke jalan Allah.
Bukankah arwah abah selalu berkata padaku dulu.Contohilah akhlak Rasulullah.Emak telah terbiasa sejak kecil sehingga nafas terakhir kalimah suci dan zikrullah menjadi teman.Nyata emak mampu mengikuti sunnah sehingga aku merasa kagum dengan peribadi mak.Aku berperang dalam jiwaku sendiri kerana Qistina.Mereka sanggup menabur duri di setiap langkah mak.Anak derhaka seperti Abang Amin mesti  menerima balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.Perasaan mak terluka tapi darahnya tidak nampak.Hanya aku yang memahaminya!
“Ana ,Abang pulang”kudengar suara itu berulangkali.Adakah aku bermimpi lagi?
Kudongakkan kepala dan tiba-tiba Abang Amin memelokku.Tapi mengapa hanya seorang?Bisikan itu bermonolog dalam nuraniku tanpa jawapan.Lantas dengan cepatnya aku  membawa Abang Amin  ke ruang kamar.
“Abang,wajah mak tersenyum melihat kepulangan anak lelaki yang di tunggui selama ini.Rindunya tiada berpenghujung,penamatnya hanyalah kematian.Jangan abang tumpahkan airmata abang .Ia akan menjadi sia-sia.Namun emak telah memaafkan kesemua kesalahan abang”ungkapan ini mungkin dapat menyejukkan hati abang.
“Ana,abang tahu abang telah banyak berdosa pada keluarga kita.Abang sedar kini semuanya telah terlambat,tiada maknanya kata-kata abang ini.Abang dah tinggalkan Kota London dan Qistina.Abang mahu mulakan hidup baru di tanahair sendiri”pengakuan ini sudah lama kutunggu.
Pak Long dan Mak Long turut mengangguk tanda setuju.Ustaz Firdaus tersenyum .Selagi lautan dan bintang sudi menghiasi  angkasa,selagi belum terpisah langit dan bumi biarlah kebahagiaan yang baru datang menjenguk menjadi milik kami.Abang ,lupakan peristiwa berdarah di Kota London menjadi sejarah.Lupakan saja semua kepahitan itu.Jessica tidak mampu menjadi  Qistina bt Abdullah  andainya hanya lidah yang mengungkapkan kalimah syahadah pada hal hati nya tidak pernah mencuba untuk menerima nur Islam.Dia hidup dalam tamadun Barat.Memang sukar untuk  di budayakan ke arah Timur.Roh dan jasad kita berbeza.Budaya dan teknologi pun berlainan.Jiwa yang subur dengan keimanan membentuk jasad yang jauhar.Mestikah kita berkorban segala-galanya hanya kerana cinta dunia?
Cinta yang belum tumbuh dan bersemi tentunya perlukan kekuatan jiwa.Cinta itu sangat abadi.Murni dan suci.Cinta manusia kadang –kadang lebih banyak derita dari bahagia.Cinta manusia juga banyak membawa kemusnahan.Namun kepada Pencipta Yang Addin adalah cinta yang mengalir tanpa henti.Mengembangkan kasih yang wangi.Cinta itu juga memerdekakan jiwa setiap insan.Ini kerana cinta kepada Tuhan adalah cinta teragung seorang khalid!
Abang,bertaubat nasuhalah selagi ada peluang.Jangan sia-siakan harapan kedua ibubapa kita.Kerana merekalah kita dapat melihat wajah dunia.Kita lihatlah ke langit biru.Nun dalam ribuan bintang-bintang yang bersinar gemilang ada sebutir bintang bercahaya terang.Bintang itu memberikan kita harapan,menghulurkan salam keyakinan  dan menitipkan suara kerinduan.Semoga bintang timur itu tetap bersinar terang membawa kebaagiaan yang berkekalan selamanya.Sesungguhnya aku dan Abang Amin tidak pernah berhenti berdoa untuk  emak dan abah agar damai  di  nurul jannah.Destinasi kekal abadi...................................
Sekian ,terimakasih.
KARYA:AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.

Saturday, July 2, 2011

MEMORI YANG KAU TINGGALKAN


MEMORI  YANG KAU TINGGALKAN.

Awan hitam pekat  berarak perlahan.Pawana berhembus menyentuhi pipiku.Sebentar lagi hujan mungkin turun membasahi bumi .Namun aku tidak takut pada hujan yang akan  turun.Malah angin yang bertiup kencang  ini tidak lansung  terkesan di hatiku.Pagi ini,pagi Jumaat.Penghulu segala hari.hari yang sangat di muliakan.Aku seperti biasa masih di sini..seperti Jumaat setiap minggu..bersama sebuah naskhah yang mengandungi seribu doa dan Surah suci.
Semakin kencang angin bertiup,semakin memberat awan di langit.Aku meneruskan bacaan  Surah Yassin dengan  intonasi yang berbaur.Di kelilingiku hanya ada  batu nisan yang kaku.Sesekali tercium wangi melor yang kutanam dulu.Ahhh…betapa  sukar dan berat untuk kuceritakan di sini.Ini kisah yang sangat bererti dalam hidupku.
Bila selesai  aku membaca  Surah Yassin aku terus menadah tangan.Tuhan,hanya Kau tempat aku mengadu.Belum sempat  aku  menghabiskan doaku,hujan turun dengan lebatnya .Aku berlari mencari tempat perlindungan.Mujur nasibku baik kerana  hari ini tidak ramai  yang datang menziarahi  tanah perkuburan yang hanya bersebelahan rumahku.Hanya aku dan seorang wanita muda.
Aku mengalih pandangan kea rah wanita di sisiku.Aku menghulur tangan dan  bersalam.
“Assalamualaikum,adik dari mana?Sebelum ni kakak tak pernah nampak adik kat sini?”soalku sambil membetulkan tudungku yang telah basah di simbah hujan tadi.
“Waalaikumusalam,saya Nurul Ain.Bukan pemastautin di sini.Saya baru pertama  kali datang ke sini”jawabnya sopan.
“Ohhh…gitu..kakak selalu ke sini..sebab tu kakak perasaan ini pertama kali nampak wajah adik kat  perkuburan ni.Adik  melawat kubur siapa?”tanyaku lembut sambil mataku galak merenung wajahnya yang ayu itu.
“Nurul melawat kubur  tunang.err..maksud saya bekas bakal suami”wajahnya di paling kea rah kanan.
“Ohhh..maafkan kakak jika soalan kakak menyebabkan adik bersedih.Kakak tidak bermaksud  untuk membuatkan adik  sedih”nyata aku merasa kesal menyebabkan Nurul Ain terpaksa  menyembunyikan emosi sebenarnya.
“Tak apa Nurul faham.Kakak pulak melawat kubur siapa?Sejak awal Nurul datang kakak sudah lama berteleku di situ?”
“Emm..kubur suami kakak”ringkas sungguh jawabanku namun aku harap Nurul Ain mengerti perasaanku.
“Nampaknya hujan semakin lebat ni..”Nurul  menukar topic perbualan kami.
“Begitulah agaknya..Nurul berasal dari mana?”spontan soalan itu keluar dari mulutku.
“Kelantan”
“Dah kerja?”
“Masih belajar..kebetulan cuti semester .Nurul ambil peluang ke sini.Tak sangka pula cuaca  macam ni.Tapi niat Nurul untuk datang sendiri ke sini termakbul juga”Nurul melemparkan pandangan kea rah  batu nisan yang berwarna biru kehitaman.Batu nisan yang di perbuat  daripada batu mar-mar.Sama seperti batu nisan arwah suamiku..
Hujan  tetap turun dengan lebatnya.Sesekali tempias membasahi bajuku.Aku  dan Nurul saling berbual mesra.Sementara menanti hujan reda kami saling bertanya  dan berkongsi cerita.
Rupa-rupanya  cerita Nurul amat pahit dan aku kagum melihat ketabahannya.Walau pun masih belajar dan masih”hijau”di pentas kehidupan  yang serba mencabar ini,Nurul tetap kuat.Nurul kehilangan tunangnya  sehari sebelum majlis perkahwinan mereka berlansung!
Malah Nurul pengsan semasa  di beritahu hal kejadian tersebut.Tunangnya maut dalam perjalanan untuk  ke masjid tempat mereka akan di ijabkabulkan.Peristiwa itu menyebabkan Nurul  kehilangan semangat untuk hidup.Kaum keluarga berusaha keras  menemui doctor dan membawa Nurul berjumpa pakat rawatan tradisonal.Malah keluarga tunangnya juga turut sama memulihkan keyakinan Nurul.
“Kak,perpisahan nyawa..sangat berat.Nurul hilang arah..malah Nurul hamper menjadi gila..”kulihat airmatanya  lebat membasahi pipi.Selebat hujan yang sedang turun sekarang.
Hujan ini memerangkap kami berdua.Kami tidak dapat kemana-mana.Aku tertinggal payung dalam keretaku.Sangkaanku cuaca awal pagi  tadi sungguh ceria bertukar sebaliknya.Tanpa kuduga  hamper sejam aku dan Nurul masih  di pondok kecil di tanah perkuburan.Sejam jika dalam hujan yang lebat sesekali di susuli guruh berdentum kuat tentunya  membuatkan situasi harmoni  menjadi gusar.Alhamdulillah gadis manis yang bertudung litup dan berjubah putih ini setia di sisiku.Kami sama-sama terperangkap di sini..tiada siapa-siapa yang ada selain kami berdua.Di tanah perkuburan yang jauh dan sunyi.Ahhh..mengapa hujan masih tidak mahu berhenti?
“Nurul,kakak mengerti perasaan seperti itu”kudakap  Nurul yang kubahasakan”adik”sejak tadi.
“Nurul masih muda.Perjalanan masih jauh.Nurul mesti memikirkan masa depan.Kehilangan itu abadi.Hilang yang tiada gantinya lagi.Sekalipun yang patah itu akan tumbuh namun ia tidak sama yg telah pergi.Kita pasrah.Kita redha pemergian itu”pujukku.Jauh di sudut hatiku yang tersangat dalam aku juga manusia biasa.
“Semua kisah Nurul telah kakak telusuri,tapi bagaimana  dengan jalan hidup kakak sehingga memaksa kakak  setiap minggu berada di sini?”tiba-tiba Nurul Ain menanyakan soalan yang ingin kubuang jauh.
“Terlalu berat dan sukar untuk kakak ceritakan”aku cuba mengelak untuk mengenang semula memori yang telah terpalit dalam diariku.
“Bukankah tadi kakak ada cakap bahawa setiap ujian ada hikmahNya?”Nurul cuba mengetahui rahsiaku.
“Lebih baik kakak simpan saja kisah pahit tu di sini”kulekapkan kedua tapak tanganku ke dada.Aku harap Nurul faham.
“Kakak,boleh Nurul tanya satu soalan?”
“Boleh,jika  tak keberatan kakak cuba jawab”kuhadiahkan senyuman manis kala  hujan lebat seakan tidak mahu berhenti lagi tika ini.
“Sudah berapa lama suami kakak meninggal?”soalan yang sungguh  pendek tapi perlukan penjelasan terperinci dariku.Tentunya Nurul seorang yang bijak.Fikirku berulangkali.
Aku terdiam sejenak.Merenung semula ke matanya.Gadis cantik di depanku adalah bakal seorang peguam.Hanya setahun saja lagi akan menamatkan sesi pembelajaran  yang sungguh komplikated serta tajam akalnya.
Aku tahu dia sedang membuat tesis penting dalam pengajiannya kini.Mengenai keruntuhan rumahtangga di zaman millinium ini.Nurul sedang berusaha mencari asas logic.Fakta sebenarnya mengapa keruntuhan rumahtangga kian menjadi-jadi di abad ini.Menguatkan bukti dan mencari hujah untuk pembentangan kertas kerjanya di universiti nanti.Setelah aku bermain helah,akhirnya aku mengalah pada gadis berusia 21tahun  ini.Bakal menyambut ulangtahun kelahirannya pada 10.10.2011 nanti.Gadis bermata jeli tetapi hijabnya labuh sekali!
“Nurul,sudah hamper 25tahun suami kakakmeninggal tapi kakak rasakan seperti baru semalam “dia’pergi meninggalkan kakak”akhirnya aku tidak mampu  menyembunyikan lagi rahsia hatiku.
Hujan lebat ini telah memaksa aku membuka kisah hidupku.Diari yang sekian lama kututup,akhirnya kubuka perlahan.Satu demi satu rahsia hidupku tersingkap.Apa yang jelas kisahku hanya satu kesedihan.Jika selama ini aku mampu merahsiakan segalanya namun gadis bermata jeli ini seperti berjaya memukau mindaku.
“Rupanya kakak hanya sempat berbulan madu dan hamil.Melahirkan anak  sendirian.Suami kakak tidak sempat melihat buah cinta kakak bersamanya?”
“Begitulah Nurul.Masa dan takdir menentukannya .Segalanya terjadi begitu pantas.Bercinta lapan tahun berkasih  dalam ijab Kabul hanya lapan bulan”
Nurul memegang tanganku erat.Mata kami bertentangan dan berpaling kea rah batu nisan yang kaku.Batu nisan  tegak membisu.Curahan hujan masih seperti tadi.Tiada tanda-tanda mahu berhenti Sudah sejam setengah kami bergelut dengan kisah silam
“Anak kakak tinggal dengan kakak ke?Lelaki atau perempuan?Siapa namanya?”Wahhh,soalan yang bertubi-tubi.Gaya seorang peguam.Bijak mengatur bahasa.Merancang ayat..siapa tidak terpedaya?
“Teruja sungguh Nurul bertanya..masih belum berpuashati dengan cerita kakak?”
“Hujan lebat kak,kita kesejokan di sini.Kakak tenguk di sekeliling kita..tak ada siapa kan?Lebih baik Nurul hangatkan kakak dengan soalan.Mana tahu pengalaman lampau kakak akan membantu Nurul dalam menyiapkan tesis terakhir Nurul nanti.”di betulkannya jubah putih yang  terkena  tempias hujan.

Hakikat yang terserlah.
Sebelum aku meneruskan cerita silamku ,aku sempat menanyakan asal-usul Nurul Ain.Nurul ain berhijab labuh sejak kecil lagi.Ayahnya seorang tok guru agama yang mengajar ilmu tassauf di  Kelantan.Ramai anak murid Ustaz Sofi  belajar agama dengan ayah Nurul sehingga berjaya membuka maktab persendirian.Malah bakal suami Nurul adalah murid kesayangan ayahnya.Di gelar Tahfiz Hakimi  Hussain.Justeru aku merasa kagum dengan kemuliaan hati yang di miliki  oleh Nurul Ain.Nurul Ain masih belajar di Mesir .Kepulangannya semata-mata untuk ke sini.Kerana rumahnya,hatinya telah di bawa pergi oleh Hakimi Hussain..
Hatiku tersentuh dengan kehidupan Nurul Ain.Tetapi bagaimanakah dengan Nurul.Apakah  sedikitpun naluri keperempuanannya tidak tersentuh sedikit pun dengan bisikan perasaanku?
“Wahai Rabb Yang Maha Hidup
Wahai Rabb Yang Berdiri  Sendiri
(tidak perlu segala sesuatu) dengan rahmatMu  aku meminta pertolongan ,perbaikilah  segala urusanku  dan janganlah  di serahkan kepadaku  sekalipun  sekejap mata(tanpa mendapat  pertolongan dariMu”-inilah  pesanan yang di wariskan untuk umat Muhammad S.A.W.dan amalkan setiap pagi dan petang.Insya’Allah,Tuhan kan mendengar setiap permintaan nurani kita.Amar  selalu mengingatkan aku tentang keberhasilan  zikir ini kepadaku setiap kali kami bersolat berdua.
Aku tidak pernah lupa tentang zikir dan doa yang selalu kami hafal bersama.Amar selalu menenangkan aku tatkala airmataku tumpah mengenang nasib diriku yang yatim piatu sejak kecil.Malah Amar  berusaha keras berjuang  untuk cinta kami.Cinta yang mendapat halangan dari kedua ibubapanya!
Datuk Izlan dan Datin Musliha tidak mahu menerima aku sebagai menantu mereka.Kononnya darjat kami berbeza.Sejauh bulan dan bumi.Keterlaluan sungguh penghinaan mereka sehingga Amar di anggap derhaka semata-mata ingin memperisterikan aku.Mereka  membezakan asal-usulku.Umpama  bintang kejora  bercahaya di langit dan aku adalah rumput yang sering mati di pijak…
Amar tidak peduli semua perbezaan itu.Hidup berhukumkan  sunnah dan Al-Quran.Berpeganglah dengan janji Allah bahawa  semua manusia itu sama  di pandangan mata Allah KECUALI  iman dan takwa.
Amar merayu dan merayu..namun sumpah seranah Datuk Izlan dan Datin Musliha lebih bermakna.Amar akhirnya redha dengan untung nasibnya yang telah di tentukan.Amar bukannya anak derhaka.Amar mohon restu dari kedua ibubapanya.Setulus hati berharap dan memohon Tuhan mengembalikan cahaya hidayahNya untuk kedua ibubapanya.Gagal dan hampa.Akhirnya bapa saudara dan kaum keluarga Amar yang memberi restu dan  menerima kehadiranku dengan rela.
Amar,justeru pengorbanan mu yang sarat dengan kasihsayang ini telah membenih kan zuriat sebaik saja kami   berkawin.
Amar tidak pernah merasakan perbezaan status kami satu halangan besar dalam hubungan.Malah aku bersyukur dan berterimakasih kepada Tuhan dengan setiap kurniaannya.Mempunyai suami yang bertanggungjawab,melayanku seperti seorang bidadari.Aku  sanggup berkorban apa saja demi Amar.
Kemuncak kehamilanku aku  di uji dengan ujian yang sangat berat.Amar merahsiakan penyakitnya dariku.Ketika aku tahu Amar sedang menanggung  penderitaan dari penyakit,doctor mengesahkan  bahawa Amar sudah pun berada di tahap yang sangat kritikal.
Sebelum Amar koma,kami sempat   pergi merayu kedua ibubapanya.Malangnya hati mereka keras seperti batu.Hati mereka tetap hitam dan enggan menerima sebarang penjelasanku.Konon aku mereka cerita  bahawa Amar sedang sakit.Aku di tuduh cuba meraih simpati.Hinakah aku sehingga aku di anggap pembawa “sial” dalam keluarga mewah ini?Bukankah darah kita sama?Darah merah yang berdenyut  hingga seluruh jantung berdegup kuat.Kalau aku tidak mempunyai maruah  dan harga diri mengapa aku sanggup berlutut merayu  Datin Musliha?
Amar menderita barah tulang.Sebelum kahwin Amar nampak sihat.Amar tidak pernah menunjukkan tanda-tanda  dia menderita penyakit barah tulang .Aku sendiri tidak pernah mengetahui  tentang penyakitnya walau sudah bercinta lapan tahun..memadu kasih sekian lama..sehingga  di satu malam yang hening aku terdengar Amar memanggil –manggil namaku.Jam 2.oopagi saat aku  memangku Amar.Amar rebah di atas tikar sejadah biru hadiah ulangtahun hari kelahirannya.Di atas sejadah pemberianku Amar sedang bermunajat menunaikan solat sunat hajat.
Amar berhajat  menamakan zuriat kami yang bakal lahir dengan nama Mohd  Taufik Hidayat.Amar meminta aku membiarkan dia solat sunat sendirian.Cinta di atas tikar sejadah berwarna biru itu akhir menoktahkan harapanku.Seribu harapan agar  zuriat yang bakal lahir dapat di azankan dan sejuta impian  mengharap zuriat ini mampu memulihkan hubungan yang telah retak.Mengharap kaca yang pecah akan bercantum semula.Bagaikan mengimpikan warna pelangi kekal bersinar di hati…
Segala terjadi begitu pantas.Amar telah pergi untuk selamanya.Pergi yang tidak akan kembali lagi.
Sekujur jasmani  dalam perjalanan abadi menuju rumah yang telah tersedia sejak azali lagi.Kita hanya ibarat pelancung,datang melawat dan menziarahi.Dalam  mengembara tentunya kita menyimpan pengalaman atau ilmu sebagai bekal.Akhirat lah tempat sebenar kita bermastautin.Sekujur tubuh di depanku adalah suamiku yang belum dapat melihat zuriat kami.Kerana Amar aku merasakan hidup ini seperti memiliki segalanya…………
Di mata keluarganya yang kayaraya dan berpengaruh itu aku seperti sampah.Membiak menjadi kuman.Menular virus.Mungkinkah kata-kata hina itu akan melemahkan cintaku pada Amar?Semua tohmahan dan fitnah yang di lemparkan oleh  adik bongsu Amar  terhadapku nyata satu tamparan hebat untukku.Kerana itu Amar sanggup membawa aku pindah dari kediaman mewah mereka.Bukan aku tidak pernah untuk mengabil hati mereka.Semuanya hampa.Bagi keluarga yang berkedudukan seperti mereka  aku tidak membawa apa-apa makna.
“Abang harap  Aisyah  puashati dengan kehidupan kita sekarang”ucap Amar tatkala kami menyewa sebuah rumah  di sebuah desa.Pemandangan menghijau.Laman rumah kami luas.Aku gembira dengan kehidupan baru dan sederhana.
“Aisyah bersyukur asal cintakasih abang masih seperti dulu.Selamanya kita berkongsi suka duka Itu sudah memadai.Di sini kita bahagia.Penting sekali rumah ini surga kita berdua dan untuk bayi yang bakal lahir “Amar mencium pipiku berkali-kali sambil mengusap perutku.
“Terimakasih Aisyah…sebab memberi abang peluang untuk mengecapi nikmat cinta sesuci ini”Amar memang prihatin dengan setiap  masalah kami .Amar bertanggungjawab melaksanakan tugasnya .Memberi nafkah zahir dan batin sesempurna mungkin.
“Aisyah yang patut berterimakasih kepada abang kerana  berjaya membuktikan kejujuran,keikhlasan dan kesungguhan abang melestarikan hasrat kita.Tanpa pengorbanan  sehebat itu siapalah Aisyah ni?”ungkapku seraya menghela nafas   penuh syukur.
“Aisyah,abang harap Aisyah sedia memaafkan ketelanjuran ibubapa abang terhadap Aisyah.Jangan berdendam dengan mereka.Terutamanya Amira.Amira masih mentah.Sikap dan penerimaannya  tidak rasional.Mungkin semua kata-kata mereka tidak di teliti sepenuhnya.Walau apa pun tindakan mereka abang harap Aisyah maafkan.Jangan simpan dendam Aisyah pada mereka”rayu Amar.
“Aisyah faham.Aisyah maafkan  semua perbuatan mereka.Malah Aisyah amat berharap dengan kehadiran buah cinta kita  nanti ,hubungan yang terputus akan terjalin semula.Aisyah sedikit pun tidak menaruh dendam dengan penghinaan keluarga abang.Aisyah masih berpegang”tiap-tiap kesukaran pasti di susuli dengan kesenangan.Hari ini mereka mungkin membenci Aisyah.Satu hari mungkin mereka menerima Aisyah.Itu doa Aisyah setiap kali usai solat bang”jelasku  penuh bernada harap.
Sikap dan tingkah laku Amar tidak lansung  menunjukkan dia sedang menahan kesakitan.Amar tidak pernah merungut.Amar sering menasihati dengan kata-kata berhemah.Amar mahu aku selalu tabah.Amar mahu aku kuat.Amar mahu aku  sabar dan menerima segala yang berlaku adalah satu takdir yang menyimpan hikmah tersendiri.Amar tidak sesekali mengabaikan solat lima waktu.Amar adalah denyut nadiku yang kedua.Amar penyelamat maruahku.Kerana cinta seagung itu aku rela  bersama Amar.Amar tidak sesekali menyakitiku.Kesempurnaan peribadinya membuat aku patuh.Cinta nya luhur.Di serahkan hatinya untukku.Amar tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dia sakit.Aku tidak tahu Amar memang menderita  kerana penyakit yang di rahsiakan itu dariku.
Cahaya lara.
Hanya beberapa minggu lagi aku akan melahirkan permata hati kami.Amar beria-ia mahu aku menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jantina anak kami.Aku mengerti keterujaan suamiku.Dia benar-benar bahagia bila skrin di depan kami menunjukkan gambaran jelas.Bayi lelaki.Amar mencium dan memelokku sepuasnya bila dmengucapkan tahniah dan berharap kami bersabar menanti kelahiran permata sulung kami.
Dalam menghitung hari itu,kami bersiap sedia .Aku keliru bila Amar beria-ia mahu kami ke kota.Menemui ibubapanya.Katanya untuk memberitahu  kami bakal menerima  cahaya mata lelaki.Dalam perjalanan menuju ke rumah mertuaku,Amar asyik menyebut  nama bakal putera sulung kami.
“Sekurang-kurang Amira akan dapat menerima kita.Moga  Mama dan Papa akan gembira dengan pewaris mereka”aku tahu Amar terlalu berharap pertemuan ini akan mengembalikan kemesraan keluarga nya.
“Mak Long dan Pak Long pernah kata Mama dan Papa tidak pernah berubah”ucapku penuh sangsi.
“Moga doa kita berdua akan mencairkan hati mereka”senyum Amar sambil mengenggam erat tanganku.
“Insya’allah”jawabku berbaur sayu.
“Jangan lupa tau,beritahu Mama dan Papa.Cucu yang bakal lahir ni lelaki tau”berulangkali Amar  berbisik perkara yang sama.
“Abanglah yang beritahu  ,mana tahu hati mereka lembut dengan kata-kata abang.Aisyah ni hanya  sampah saja di mata mereka.”balasku perlahan.
“Sayang,kan  abang dah cakap dulu.Aisyah jangan bersangka buruk dengan mereka.Mana tahu nanti  hati mereka dah sejuk”pujuk Amar sambil memandang sisi  kanannya.
“Ohhh,Aisyah hamper terlupa”
“Apa hal?”
“Mak Long ada berikan madu lebah,airgamat dan entah apa lagi dalam bungkusan plastic biru tu.Katanya untuk persiapan dalam berpantang nanti”ku mencapai plastic di belakang tempat duduk kereta.
“Ehhh,banyak betul barangnya.Mak Long dan Pak Long ni ingat Aisyah berpantang setahun ke?”usikku pada Amar.
“Ala..Mak Long memang macam tu.Sayang dan manjakan Aisyah.Pak Long tu sebut saja apa makanan yang Aisyah mahu .Semuanya akan di cari..mengalahkan  puteri raja isteri abang ni”Amar memang rapar dengan mereka sejak kecil.
“Buat apa abang nak cemburu,kita kan sayangkan mereka macam keluarga sendiri”tokokku  dengan gembira.
“Ya lah,sebab tu Mak Long dah janji nak jaga Aisyah selepas bersalin nanti”
Setibanya kami di perkarangan rumaaah mentuaku,banyak kereta tersusun di laman.Aku rasa tentulah ada majlis tertentu.Mama dan Papa memang selalu mengadakan majlis social.Kadang-kadang Amar pernah menceritakan  beliau tidak selesa berada di rumah.Maklumlah parti lewat malam.Ramai teman-teman Mama  berpakaian tidak sopan.Kawan Papa usah ceritakan.Terhuyung-hayang mabuk.Amar tidak mahu mencetuskan keributan dalam banglo mewah mereka.Amar selalu ke rumah Pak Long.Pak Long saudara kandung Papa tetapi mempunyai perwatakan yang sangat berbeza sekali.
Amar memimpin tanganku .Perlahan kami menapak masuk.Mencari Papa dan Mama.Kulihat Amira berpelukan dengan lelaki berambut perang.Aku terkedu.Cepat aku mengalihkan mata kea rah lain.Di ruang tamu yang tersergam indah,di penuhi perabut serba mewah kami mendekati Mama.
“Assalamualaikum  semua”lafazku penuh sopan dan cepat menghulur tangan untuk menyalami Mama.
“Ohhh.perempuan hina ni yang kau bawa pulang.Amar,bukankah Papa dah cakap Papa tak mahu tenguk kelibat perempuan ni dalam istana kita?”tajam  kata-kata nista.Berbisa sekali.Tersa seluruh darah berhimpun di daerah jantungku.Sarafku menjadi tegang.Hormon dingin ku bertukar menjadi panas.Seperti api.
“Mama,tujuan kami datang ke sini untk memberitahu Mama tentang..”belum habis ayat  itu keluar dari mulut Amar Datin Musliha sudah menyinga.
“Abang,jom balik.Lainkali saja kita berbicara hal ini”aku menarik tangan Amar.
“Walau apa anggapan Mama,ini isteri yang sah.Kami saling menyayangi.Mama.lihatlah Aisyah”pujuk suamiku penuh pengertian.
“Oooo..jadi kau orang datang ni nak minta  kami mengaku dan kehadiran isteri kamulah”Papa mencelah garang.
Semua mata memandang kea rah kami.Kurasakan percikan peluh dingin semakin mengalir laju.Tuhan,aku sedang mengandung.Aku tidak mahu anak yang kukandung ini  merasai penderitaanku.Aku bersabar demi menunaikan janji ku pad a suamiku.Jika aku memegang bara api,tentunya kubiarkan menjadi arang.Jika aku sudah begini lama dalam hujan,tubuhku kaku kesejukan.Jika sekian lama aku berdoa dan berharap tentunya Tuhan akan makbulkan jua permintaan hatiku.
“Datuk Izlan dan Datin Musliha,ingatlah kata-kata ini:rezeki,kemuliaan,kekuasaan,kemewahan harta benda,ilmu adalah milik Allah.Malah nyawa kita kepunyaan Allah.Tiada yang kekal dan sempurna.Janganlah hanya cintakan dunia semata.Takutlah mati kerana malaikat maut sedang menunggu kita”ucapku   penuh emosi.
Biar seluruh penghuni banglo mewah yang sedang memandang ku faham.Sesungguhnya aku dan amar datang bukan untuk menagih simpati.Tidak berharap pula sebarang pemberian material Aku dan Amar datang dengan rela.Kami datang untuk memohon restu dan keampunan.Buang yang keruh ,ambil yang jernih.Namun kata-kata PakLong tepat sekali.Mereka telah buta.Mereka telah tuli.Mereka mencipta neraka dunia di rumah mereka sendiri.
Malam itu Amar mahu sendirian menunaikan solat.Doanya amat panjang.Zikirnya menyentuh sanubari.Amar terus mencapai Al-Quran .Membaca seperti selalu.Lewat dinihari Amar menunaikan solat hajat.Aku tahu Amar sedang memikirkan tindakan Papa dan Mama  siang tadi.Aku tahu hatinya hancur.Aku jga dapat mengerti perasaannya.Mana ada anak sebaik Amar.Amar Aku larut dalam kesedihan ini.Sambil mengusap perut aku terus merebahkan badan.Sekurangnya aku dapat  berehat dari perjalanan yang jauh tadi.Kandunganku  telah sarat.Fizikal dan mentalku perlukan rehat yang cukup.Aku mahu bebas dari sebarang tekanan.Aktiviti harianku turut dibantu Amar.Amar tidak mahu aku runsing dan terbeban dengan masalah.Aku akur.Demi anak yang bakal kulahirkan!
Belum sempat mataku terlelap,aku terdengar Amar memanggil namaku.Berulangkali.Kurang jelas tapi  penuh nada mengharap.Aku bingkas menuju ketempat solat.Alangkah terperanjatnya melihat Amar kian lemah memaut bahuku.Amar jatuh atas ribaku.Aku  berulangkali membisikkan kalimah syahadah.Tiada sesiapapun tahu di mana kita akan mati.Bagaimana pengakhiran nafas kita.Di atas tikar sejadah yang membenihkan cinta kepada Pencipta Yang Addin,aku pasrah.Dia pergi dalam senyuman.Dia pergi dengan ucapan:Lailahaillallah.Perlahan kututup matanya….
Telah pergi satu jasad menemui TuhanNya!
Allah berfirman:”Sesungguhnya orang  yang beriman  hanyalah  orang-orang yang  beriman kepada Allah dan RasulNya.Kemudian mereka tidak ragu-ragu  dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka  pada jalan Allah,mereka itulah  orang-orang yang benar”-Al-Hujara’at(49):15.
Dentuman guruh yang kuat dan kilat yang sabung –menyabung di langit menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.

”Kakak, kenapa kakak menangis?Kakak mengelamun ya..sampai tak sedar  kita dah basah ni”Nurul Ain menggoyang-goyangkan tubuhku kuat.
“Ohh….kakak dah tenggelam dengan emosi kakak.Semuanya yang kakak ceritakan itu  adalah kisah silam kakak”airmata hangat mula turun membasahi pipiku.
“Kakak,Nurul tak berniat pun untuk menyakiti kakak dengan nostalgia pahit tu.Sekarang Nurul yakin kakak sudah dapat menerima ketentuan ini kan.Sama macam Nurul.Kita kehilangan orang yang paling kita sayang.Di saat kita sangat memerlukan mereka .Tuhan ambil mereka.Adil ke  dunia ini?”soal Nurul kembali.
“Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya,kecuali  menguji iman kita”balasku.
“Mana anak kakak?”
“Sejak di lahirkan,keluarga  Amar mengambilnya.Kakak hanya sempat memberi nama yang arwah suami kakak ingin”
“Mohd Taufik Hidayat”serentak perkataan itu keluar dari mulut kami berdua.
“Kakak pernah mencarinya?”
“Sudah puas Nurul.Mak Long cakap mereka berhijrah ke luar Negara.Mereka mahu melarikan  dari kakak.puas kami berusaha.Mereka tidak mahu kakak menjaga zuriat kakak .Pelbagai alas an dan halangan .Mereka anggap kematian Amar berpunca dari kakak.Mereka sangka kakak gila meroyan kerana  kematian suami.Tuduhan dan fitnah yang berasas sama sekali..Mereka sungguh kejam.Lebih hina dari seekor haiwan”
“Kakak tetap berusaha mencari jejak mereka.Sampai mati pun kakak akan mencari anak kakak yang mereka sembunyikan”
“Tuhan beserta orang yang benar dan sabar.Nurul berjanji akan cuba membantu kakak.Nurul akan berusaha mencari anak kakak.Sama-samalah kita berdoa”Nurul memelokku .
Hujan telah reda.Kami saling bertukar alamat dan nombor telefon.Nurul gadis yang baik.Datang dari keluarga yang patuh  kepada pegangan agama.Walau pun Nurul memiliki kekayaan,kecantikan budi dan pekerti di sertai rupaparas  yang ayu,dia gadis terhormat.Keluarga nya terkenal dengan  keindahan perilaku.Bertuah sungguh lelaki yang memperisterikanmu..
Nilai kemanusiaan sejati.
Enam bulan selepas pertemuan itu aku menerima e-mel panjang dari Nurul Ain.
“Kakak Aisyah yang di hormati,Nurul sudah pun menyiapkan tesis terakhir Nurul.Ramai kawan-kawan Nurul tidak percaya bahawa Nurul mampu menyiapkan tesis sebaik ini.Malah pensyarah Nurul menganggap hasil tulisan  itu seperti sebuah novel.Kakak,Nurul sekarang  berminat dengan  dunia sastera.Minat itu timbul bila mendengar kisah silam kakak.Mujur pengajian ini akan tamat dalam beberapa minggu lagi.Nurul ingin menjemput kakak untuk ke majlis konvokesyen Nurul nanti.
Nurul harap kakak tidak akan menghampakan  hasrat suci ini.Nurul telah  hamper mengenggam segulung ijazah dalam bidang undang-undang.Nurul percaya kakak juga salah satu inspirasi  yang menyalakan api dalam hati Nurul.Keluarga Nurul  tetap mahu menemui kakak.Jadi kakak mestilah setuju untuk hadir ke majlis bersejarah itu.
Bukankah kakak pernah berjanji untuk bertemu semula dengan Nurul Ain?
Apakah kakak sudah lupa bahawa Nurul  pernah  berkata  untuk membantu kakak.Percayalah kakak,Nurul sudah mula mencari jejak anak kakak yang sangat kakak rindui itu.Ramai teman-teman akrab Nurul saling  membantu untuk menamatkan pencarian kakak.Insya’Allah,kami telah mendapat petunjuk dengan kerjasama  pihak tertentu dalam menolong kakak.
Kakak,bumi mana yang tidak di timpa hujan?
Laut mana yang tidak bergelora andai ombak sederas tsunami?
Bumi mana yang tidak musnah jika gempa bumi sering terjadi?
Kakak,semua manusia di dunia ini tidak sempurna.Kita leka.Kita alpa.Kita kira Tuhan menurunkan bala untuk memusnahkan alam semesta.Kita  berprasangka buruk dengan ujian Tuhan.Kakak.kisah silam kakak sungguh meruntun jiwa.Nurul ingin menulis kisah cinta,pengorbanan,kehilangan dan ketabahan hati seorang wanita yang di tinggalkan orang yang di cintai ,di saat-saat sedang memadu kasih..penderaan emosi  yang di lakukan terhadap kakak.Bukankah sepatutnya mereka menjaga amanat yang di tnggalkan itu?
Jihad batin kakak tentunya mendapat perhatian Allah S.W.T.Janji Allah sebesar zarah setiap kebaikan atau kejahatan akan di balasNya.Cuma masa yang  menentukan.Kesabaran dan ketabahan hati kakak sekuat hati srikandi islam..Dalam tafakur yang panjang Nurul  mengaku kakak mempunyai hati yang suci.Walau pun lahir sebagai yatim piatu namun hati kakak mulia.Membahagia suami kakak dan hingga sekarang kakak masih tidak jemu menzahirkan rasa kecintaan itu.
Akhirnya Tuhan akan makbulkan permintaan kakak.Anak kakak memiliki keperibadian arwah suami kakak.Kami telah berjumpa dengannya dan keluarga bekas suami kakak.Semuanya telah berubah.Dengan izin Allah,pencarian ini menjadi mudah.Kakak,di sini Nurul sediakan tiket penerbangan untuk kakak ke sin i.
Sampai kita bertemu kembali..salam sayang dari Nurul Ain.Assalamualaikum .
Kubaca beribu kali e-mel kiriman Nurul Ain.Masih ada seorang gadi sepertimu di abad canggih ini.Gadis berhijab labuh dan berjubah putih itu telah memukau mindaku.Pesonanya  semulajadi.Auranya tersendiri.Bermimpikah aku tentang gadis berjubah putih ini?Kutemui ia di pusara arwah suamiku.Gadis senasib dengan takdir yang telah terlukis dalam kanvas kosongku..!
Tapi bagaimanakah pula jalan hidup keluarga Datuk Izlan dan Datin Musliha?Terngiang-ngiang di telingaku ayat terakhir suamiku berbisik”menyerahlah diri kepada TuhanMu,akuilah kehebatanNya.Kerana asalnya kita tiada,di adakan seperti ada.
Saujana alam yang kupandang dari cakrawala sungguh menawan.Awan gemawan memutih seperti memintal kasihku untuk Mohd Taufik Hidayat.Segera ingin ku temuinya biar pun aku harus menerjah langit biru..bersama muqarabah mencari titik kesempurnaan iman,kuberlari membawa cinta arwah suamiku  …..sekujur tubuhsuamiku yang telah lama pulang ke daerah yang hakiki….
Bersandarkan Firman Allah:
“Belum tahukah kamu  bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi;dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang terlihat mahu pun yang tidak kelihatan”-Luqman:20.

KARYA:CHE AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI.KEDAH.4.05.2011.

Thursday, June 16, 2011

KEHILANGAN ABADI.

Saat sana-sini berbicara  tentang  bapa,khususnya sempena menyambut Hari Bapa-19 Jun nanti aku merasa  tak ada apa yang nak di ucapkan.Aku kehilangan bapa ketika berusia 10 tahun.Aku sedang menghabiskan nota,tiba-tiba guru kelas memanggilku ke hadapan.Kukira khabar malang itu sangat menyakitkan ...aku kembali ke rumah.Tetapi  bapaku yang cedera parah telah di bawa ke hospital Alor Star.
Kami bergegas ke sana.Dalam bot yg memakan masa 4jam utk tiba di jety usang Kuala Perlis abangku sempat bercerita.Pagi itu  pnduduk kampung akan mmbina surau baru.Surau lama terlalu uzur.Semua orang bergotong royong dlm menunaikan tanggungjawab mulia ini.Bapaku  mnjalankan tugasnya menebang pokok kelapa.Pokok kelapa akn di tebang dn batangnya akan di gunakan utk mndidrikan surau yg jaraknya hanya 2buah rumah dgn rumah kami.
Ketika pokok kelapa hendak tumbang,bapaku tdk sempat lari..mereka yg berdekatan sempat menyelamatkn diri.Malang tdk berbau..atau sememangnya takdir begitu..masing -masing berteriak utk selamatkn diri..malangnya pokok kelapa betul-betul jatuh atas bapa.Dahi bapa  cedera..bapa di angkat dn di balut dgn kain pelekat..darah mengalir keluar dari dahi bapa..darah yg menyala..!
Kerja-kerja utk mmbina surau segera di hentikan...bapa di bawa ke hospital..keadaan yg kritikal memaksa bapa di usung ke Alor Star.Masa tu  tak ada sebarang kemudahan..malah bot tongkang nk ke jety Kuala Perlis memakan masa 4 atau 5 jam.Tenguk keadaan angin atau musim..dalam perjalanan menuju ke hospital bapaku menghembuskan nafas terakhir..qullu nafsin dzaaiqatumaut-aku berusia 1otahun ketika itu..sekarang 46 tahun...terlalu lama dn zaman yg sgt jauh berbeza..melangkau  batas daya ingatan..sehingga aku tak ingat apa-apa...bila di tanya sekalipun memori silam itu tak dapat di ingat secepat mungkin.Bermakna sudah 36tahun aku kehilangan seorang bapa!
Masa tu tk ada sebarang sambutan  Hari Bapa,Hari Ibu atau apa-apa hari yg nk di sambut melainkan pusa Ramadhan,Hari Raya Puasa dn Hari Raya Haji..seingatku itulah hari yg pernah kami sambut dn mnjadi hari paling meriah.Bila  usiaku meningkat..perubahan berlaku mengikut putaran alam.Fantastik,drastik dn sungguh mengujakn saat abad baru k 21 sedang berada dlm usiaku..tentunya semua perubahan satu transformasi yg mengujakan!
Lau bila corong-corong radio acapkali menyebut sambutan Hari Bapa.hadiah dn upacaranya..media massa dn media elektronik rancak membicarakan tentang sambutan utk menyambut Hari Bapa aku merasa tdk ada apa-apa yg perlu aku banggakan sgt dgn hari itu...bukankah 36 tahun masa yg terlalu lama...masa yg telah melenyapkan mimpi-mimpiku  utk merasai hangatnya ciuman seorang bapa..bukankah sudah terlalu asing bagiku  utk menyalami tangan bapa utk mminta ampun dn maaf semua ketelanjuranku..sebenarnya akulah anak yg selalu bapa bawa mengeliling kampung dgn vespa terbarunya!
Itu cerita lama.Kisah mendakap kasih yg telah hilang.Kisah yg terhenti episodnya.Kisah di mana saat aku ingin merebahkan badan di atas ribaan seorang bapa-menyandarkan bahu kpd bapa yg kusayanginya...kini aku faham maknanya sesuatu yang FANA..setelah aku berada dlm gelanggang kehidupan yg berepisod panjang...cerita yg tiada kesudahan..bukankah generasi baru mengambil alih tempat org lama?Yang baharu mnggantikan yg lama...yg patah pun bertukar  mnjadi kuat.Di ambang batas usia remajaku,jodoh yg di tentukan TUHAN pun tiba..
Makanya saat aku bersuami,suami ku yg akan mnjadi seorang bapa kpd anak-anakku.Lalu aku berdoa;Berikanlah seorang suami yg berhak memimpin tanganku ,kakiku dan seluruh jiwa ragaku ke arah cinta Allah dan RasulNya
Berikanlah aku zuriat-zuriat yg soleh dan solehah
Jangan  di berikan aku racun yg berbisa ,racun yg bisa membunuh
Ya Rabb Yang Maha Hidup
Sekiranya mujahadah  itu pahit,kukira syurga itu manis
Santapan rohani utk rumahtanggaku dgn NUR yg gemilang
Tuhan yg memilik seluruh alam dan jiwa-jiwa ini,kuasailah diri kami sekeluarga dgn Hidayahmu ...izinkan aku dn seluruh umat Muhammad S.A.W. merasai kelazatan iman  bersama  kesejahteraan zahir dn batin.Limpash dn kurniakan kami kehidupan yg penuh sakinah,mawadah dan RahmahMu.Rantailah jiwa kami dgn ikatan suci.Sesungguhnya hidupku,matiku dan ibadahku hanya untukMu  Ya Qadhi Rabbul Jalil...AMIN!
Bila suamiku bergelar bapa..maka besarlah impianku.Aku inginkan seorang pemimpin yg berjaya memimpin org yg di pimpin secara berhemah..jadilah bapa yg terbaik di dunia dan di akhirat.Pemimpin yg baik tentunya mnzahirkan contoh-contoh yg baik dalam mmbentuk pimpinannya...kami  semua perlukan daya  pimpinan yg islamik!
Kerana itu aku mengharap rumahtangga kita akan mnjadi sebuah syurga..terhias indah kejora dan bintang...bunga-bunga berkembang wangi...matahari bersinar yang serinya abadi...semuanya begitu indah sehingggakan aku merasa tidak mustahil kah utk semua permintaanku ini ??
Suami  dan bapa kpd anak-anakku:-25.04.1962
Mohd Firdaus Shakirin-25.05.1987
Nurul Amizatul Azwa-10.10.1989
Mohd Luqman Hakim-29.09.1997
Nurul Ummira Syahirah-20.08.1999
Aku bersyukur jika  salah seorang dari kami sakit,suamiku berusaha mncari ubat utk menyembuhkan kesakitan itu,bersyukur kerana jika kami kesejukan di selimutkan kami dgn selimut kasih sayang..segala yg tiada diadakan dgn semampu mungkin...
Aku tdk minta bulan dn bintang jatuh ke riba..kerana aku tahu bulan dn bintang yg bersinar indah pun  satu fenomena.
Aku tidak mahu istana  mewah tersergam indah di laman rumahku ..kerana aku tahu jika asas pembinaannya tdk kukuh,istana itu bisa runtuh...
Aku tdk mahu harta kekayaan ...kerna bagiku kemewahan itu melalaikan jika jiwaku terbuai dgn   materialnya
Aku hanya mahu ketulusanmu yg ikhlas,pengorbananmu yg tdk minta di balas dan cinta kasihmu terhadap Allah dan Rasul akan bertambah detik demi detik.Musyahadah ini adalah perhubungan seorang hamba dgn pemilik jiwa nya.Maka aku berharap  mndapat keberkatan Allah seumur hidup utk semua ahli keluargaku.
Jika semua permintaanku ini satu perkara mustahil dn bukan beban bagimu suamiku aku dn anak-anak tetap sntiasa berterimakasih kpdmu.Mnjadi seorang bapa bukanlah semudah kita mengatakan'itu bapaku..ini  ayahku...dia  pembelaku!
Mnjadi seorang bapa bila berusaha mnjadi  isteri ,anak-anak mndapat hak mereka.Hak itu spt mmberi perlindungan dunia dn akhirat,kasihsayang tiada berbelah bagi,sama rata dlm menunaikan kewajipan,didikan yg senpurna duniawi dn ukhrawi...terlalu banyakkah aku meminta kpdmu suami sebagai seorang bapa??????????
Bagi akal logikku,itiu bukanlah satu paksaan yg membebankan hidupmu.Itu satu tanggungjawab ...yang berhak kau berikan sebagai seorang bapa.Kami semua mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA.."kami tetap seperti selalu menadah tangan,berdoa dan berharap tanpa jemu  dan bertawakkal kpd Allah S.W.T.
Dalam kefanaan yg merasa ada ini,aku melupakan semua kesalahanmu.Aku  akan berjuang utk kehidupan yg lebih baik menuju perjalanan abadi,Walau pun kita pernah terbangun ketika org lain sedang nyenyak tidor,hanya  kerana ingin  memastikan zuriat kita tidor tenang..itulah pengorbanan sepasang suami isteri dalam memastikan zuriatnya mndapat hak mereka.Itulah hakikatnya hidup berumahtangga ,kita kongsi bantal berdua,minum dan makan  dlm pinggan yg sama..itulah peliknya saat kita bermasam muka...masih sempat tersenyum  bila anak-anak  berlari memelok kita..Bukankah kita telah di ciptakan bersama merasai semuanya sehingga kita kenal apa itu dunia dan isinya!!!!!!!!!!!!!!!



.

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA