Friday, May 6, 2011

DOA DUA JIWA.


DOA DUA JIWA.

Kulihat  jarum jam  di tanganku berulangkali.Tepat 3.15 petang.Aku masih dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Padang Matsirat.Aku akan menaiki pesawat  ke KLIA.Minggu lepas aku berkursus di Singapura selama 4 hari.Esok  aku akan berkursus di Putrajaya.Nampaknya sebulan dua ini aku begitu sibuk dengan kursus.Malah untuk memenuhi jemputan makan malam bersama  rakan niagaku pun tidak sempat di tunaikan.Kukira waktu seakan mencemburui  kehidupanku.Namun aku bersyukur kerana walau apa pun situasiku,aku tetap bersikap positif….
Dalam keadaan tergesa-gesa aku  berjalan secepat mungkin.Tertera jadual penerbangan di hadapanku.Aku sempat menjeling ke skrin yang besar di sisi kananku.Tertayang jelas berita  seorang lelaki  sedang menunjukkan satu bungkusan  plastic hitamdi dalam tempat pembuangan sampah.Alangkah terkejutnya aku bila  berita jam 4 itu menayangkan objek yang ada dalam plastik hitam itu.Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya .Malangnya bayi yang putih bersih itu sudah  kaku.Tidak bergerak.Sudah  mati!
“Cik,sila berikan kad pengenalan”permintaan itu membuatkan pandangan ku terarah ke muka gadis manis berlesung pipit di depanku.
“Maaf,saya terleka tadi”ucapku sambil menghulurkan kad pengenalan.Kuhadiahkan jua sebuah senyuman kepadanya meskipun hati berbalut  resah.Resah dengan berita serta gambar yang tertayang di depanku sebentar tadi.
Selesai semua pemeriksaan aku melangkah ke bilik  menunggu.Penerbangan di jadualkan setengah jam lagi.Aku duduk di kerusi paling hujung.Sekurang-kurangnya aku ingin fikiranku tenang.Aku membuka majalah kesayanganku.Satu persatu kuselak.Namun fikiranku buntu.Aku kehilangan keinginan untuk membaca.Aku masih di buai emosi dengan  kisah tadi.
“Mengapa  bayi yang tidak berdosa itu di buang dengan begitu kejam?Bukankah ini satu pembunuhan?Kita hidup di zaman yang sudah maju.Semua kemudahan tersedia di depan mata.Bayi yang tiada berdosa itu berhak untuk hidup dan di beri kasihsayang,pendidkan  dan perlindungan.Mengapa ada tangan yang sanggup membunuh nyawa yang  tidak pernah berdosa itu dengan begitu kejam???”
Aku beremosi seorang diri.Dalam kekalutan aku berfikir isu ini tiba-tiba sepasang remaja menghampiri kerusi di sebelahku.Tanpa  segan silu mereka  berpelukan  sambil menyanyi kecil di depanku.Aku dapat lihat betapa seksinya gadis muda ini.Berseluar jeans koyak  di lutut,berbaju nipis sehingga menampakkan tubuh nya yang menggiurkan .Banyak mata memandang kea rah mereka.Si lelaki  tanpa segan silu memaut bahu gadis muda ini.Aku  memalingkan wajah kea rah lain.Aku malu melihat gadis semuda itu berasmara  didepan khalayak ramai…gadis seagama denganku!
“Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.Walau sehebat mana pun kita,kita mesti ingat siapa diri kita.Asal-usul kita,adat budaya  dan yang paling penting sekali  pegangan agama kita.Maruah dan harga diri kita adalah  satu kehormatan yang mesti di pertahankan sehingga akhir hayat”aku tetap ingat pesanan  arwah Ustaz Rashidin .Sampai bila-bila tersemat kukuh di jiwaku.
Tapi bagaimanakah gadis semuda,secantik  bidadari ini   boleh menolak adat dan budaya melayu ?Sanggup berpakaian menjolok mata dan berpelokan dengan lelaki bangsa asing ?Pertuturannya jelas.Orang melayu  beragama Islam.Sesekali aku menolak prasangka buruk namun kelakuan sumbang gadis ini amat menjijikkan aku.
Aku tiba di KLIA jam 5.oopetang.Syahirah sudah menungguku.Perjalanan sejam itu tidaklah memenatkan sangat.Cuma aku terbawa-bawa dengan peristiwa yang mengelirukan.Syahirah mengusung bagasiku ke kereta .Aku hanya membawa  beg computer ribaku.
“Kita  terus ke KLCC dulu.Nanti baru ke hotel.Dapatkan barang yang kau nak .Nanti bila habis kursus,kau tak perlu tergesa-gesa lagi”saranan Syahirah memang aku setuju.
“Pukul berapa mula kursus esok?”
“10.00pagi sampai 4 petang.Aku sibuk la sekarang.Tenguk ,nak ke spa pun tak sempat”aku menunjukkan wajahku yang kian   berjerawat  kepada sepupuku.
“Ala,bakal jutawan macam tu lah..jom aku temankan kau ke spa malam ni.Kalau kau nak jadi jutawan kosmetik ,wajah kau mesti berseri.Bebas jerawat..cun melecun macam si Ifa Raziah tau.Baru pelanggan yakin dengan produk kau.”Syahirah mula meleteriku.
“Aku dah mula projek baru tau..minyak gamat…produk berasaskan gamat.Sambutan cukup memuaskan.”
“Alhamdulillah,nampaknya kalau aku habis belajar nanti aku  nak balik duduk kat Langkawi..Jadi setiausaha kau”seloroh Syahirah sambil mencubit lenganku.
“Habis bila masa  kau nak jadi  peguam ?”
“Kau tunggulah…kau doakan kejayaanku.ini semester terakhir aku.Aku dah  hampir dengan cita-citaku”
“Tapi aku sedih la sekarang ni..”balasku.
“Sedih sebab  kau putus tunang ke?”
“Tak adalah.Perkara yang dah  lepas,biarkan saja berlalu.”
“Habis tu apa yang kau  risaukan lagi?”
“Tentang isu yang sedang  melanda Negara kita,isu pembuangan bayi,penderaan orang gaji,keruntuhan akhlak di kalangan remaja kita dan lain-lain lagi..Semuanya berpunca dari kita.”
“Wahhh,kalau macam ni kau boleh  jadi peguamlah.Biar aku jadi usahawan kosmetik pulak.Kau dah kaya-raya ,cukup material semua.Sekarang masuk politik lah pulak.Sekurangnya kau ada   unsure-unsur kepimpinan”
“Seriouslah sikit,aku baru saja  tenguk berita pembuangan bayi tadi sebelum naik kapalterbang.Sedih  tau..bayi yang cukup sifat di bunuh tanpa belas kasihan.Tiada  perikemanusiaan.Naluri seorang ibu..haiwan pun sayangkan anaknya.Berusaha melindungi darah dagingnya dari di aniaya,ini seorang ibu membunuh bayinya sendiri”
“O.K.kau cakap isu ni,aku sebenarnya baru habis tugas.Pihak Universiti menugaskan kami menemubual mangsa  penceraian dan kesannya terhadap masyarakat..Bagi mangsa ia satu tragedy ngeri.Mimpi buruk.Kehilangan orang yang di sayangi,pengkhianatan,kecurangan,kasihsayang yang telah hilang dari genggaman.Istana bahagia runtuh oleh campurtangan orang ketiga.Anak-anak jadi mangsa.Jika tiada pegangan yang kukuh,hidup jadi terumbang-ambing.Hilang kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.”
“Kesimpulannya kita mesti kembali kepada agama.Setiap orang mesti patuh dan taat kepada agama.”
Sesuatu  yang kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan.Bukan semua perkara berada dalam tangan kita.Sesuatu yang telah tertulis sejak azali adalah  takdir seseorang.Begitulah dengan nasib aku Syahirah.Walau pun  luarannya aku nampak bahagia dengan apa yang aku ada,hakikatnya aku hanya manusia biasa.
Syahirah,aku anak yatim piatu sejak di lahirkan.Aku menumpang kasihmu,kasih ayahmu selaku pewaris  di sebelah arwah abahku.Kedua ibu bapaku  meninggal dunia dalam kemalangan semasa umurku setahun.Bila aku dewasa,aku menetap di Langkawi.Tanah kelahiranku.Segala harta pusaka yang di bawah amanah  ayahmu di kembalikan  kepadaku ketika usiaku menginjak ke angka 21 tahun.Ayahmu  memgembalikan hakku sebagaimana dia menerima amanah  itu 20 tahun yang lalu.Terimakasihku tidak pernah terhenti  hingga akhir hayatku.Bimbingan,kasihsayang dan perhatian mak dan ayah saudaraku adalah  kekuatanku untuk meneruskan kehidupan ini.
Syahirah,kau memahami jiwaku.Kau darah dagingku.Aku menjadi sedih untuk meninggalkanmu dulu.Namun aku ada tanggungjawab yang lebih besar.Di tanah tumpah darahku,aku memulakan kehidupan .Mengusahakan tanah pusaka arwah abah.Hanya aku yang mewarisi harta peninggalan ini.Satu surat penting  yang arwah ibu tinggalkan untukku.Namun hingga kini aku tidak pernah membuka sampul berona coklat itu.

FRAGMEN 1.
Usia remaja mendewasakan perjalanan langkahku untuk hari seterusnya.Aku perlu bangun untuk kelansungan hidup yang lebih membanggakan keluarga kita.Wajah kita juga seiras.Cuma usiaku kian meningkat…aku bagaikan seorang pengembara di tanah gersang,mencari setitis air buat penghilang dahaga.Setitik air sudah memadai  buat di jadikan penawar.Sayangnya air itu beracun.Penuh bisa…
Begitulah dengan kisah cintaku.Seawalnya aku mengenalinya Muzamir.Hidupku berisikan madu.Penuh kemanisan.Kebahagiaan.Ada cinta di jiwaku.Puisi –puisi rindu berlagu dalam tidurku.Ironinya aku di buai  api asmara yang memukau.Pesonanya melekat di jiwa.
        Pulau Tinggi Terendak  Cina
        Nampak dari Pasir Sibu
        Abang pergi janganlah lama
        Adik tidak sanggup menunggu lama.
Dunia berputar mengikut logiknya.Cinta beredar melalui paksinya.Aku  rasa saranan  Mak Lang dan Pak Lang ada baiknya.Dari berkasih lama,biarlah bertunang.Mengikut hukum dan adat. .Aku pula bukan bukanlah gadis yang pandai bersosial.Sedari kecil di asuh beragama,bersekolah agama .Aku tidak membantah bila Muzamir ingin mempercepatkan  hari pernikahan kami.Syahirah masih kecil ketika itu.Belum mengerti  apa itu cinta.Pratagonisnya hidup seorang wanita ,dalam masa yang sama menguasai  kehidupan ini penuh jaya akan sentiasa  di cemburui ramai.Aku perlukan perlindungan dari seseorang yang boleh bersusah senang denganku.
Walaupun segalanya sukar bagiku,Pak Lang tetap berusaha membantu urusanku.Terkadang aku kesian melihat Pak Lang terkejar ke sana ke sini membantuku.Memikirkan cabaran dan tekanan,aku menerima  lamaran Muzamir.Sekali pun aku mewah dengan limpahan  harta peninggalan arwah mak dan abah,hakikatnya aku kesepian.
Hari yang di janjikan hampir tiba.Persiapan rapi tetap berjalan lancar.Berulangkali aku membelek baju pengantin.Indah berseri.Bertaburan labuci sana-sini.Gemilang majlis di sinari cahaya bulan yang mengambang penuh di langit.Seperti hatiku di  taburi cahaya.Gelora jiwa menanti saat bahagia.Jika ini  satu mimpi ,aku harap ia tidak akan berakhir.Kerana mimpi ini sungguh indah sekali!!
Dalam penantian penuh debaran ini  tiba-tiba Mak Lang membisikkan sesuatu di telingaku.Ada seorang perempuan muda ingin barjumpa denganku.”PENTING” kata Mak Lang sebelum bergegas ke ruang tamu .Aku angguk setuju.Benar,seorang perempuan muda bertudung labuh ke  paras pusat sedang menuju ke arahku.Wajah mulus menenangkanku.Aku menjemputnya ke bilik pengantin.Sebentar lagi bilik yang terhias indah ini akan mencipta sejarah penting dalam kehidupan.Tapi biarlah aku mendengar hasrat wanita muda ini.Mak Lang mengatakan ia berhajat penting untuk bertemu empat mata denganku.Bukankah  menunaikan hajat seseorang itu satu sifat yang terpuji?
“Silakan kak,ada  hajat besarkah  kakak ingin berjumpa saya dalam saat penting ni?tanyaku lembut.

“Ya,tapi sebelum terlanjur jauh kakak ingin memohon maaf sekiranya kakak menganggu majlis penting adik.Kakak ….”airmatanya tumpah di pipi.Menambah keliru jiwaku.
“Mengapa kak,saya tidak faham maksud kedatangan kakak”kataku perlahan.Aku merenung budak kecil yang di kendongnya.Sedang tidor lena di bahunya.
“Kakak merayu jangan kahwin dengan Muzamir.Dia suami kakak. Kami sudah bersama 10 tahun dan ini anak kami yang paling kecil..Kalau adik tidak percaya ini surat nikah kami yang sah”.

FRAGMEN 11.
Jika ini satu mimpi,hentikanlah di sini ,biar berakhir di sini.Cukup,aku bukan bahan eksperimen mu.Aku bukan bahan kajian untuk kes poligami mu.Aku  jiwa yang bernyawa.Ada naluri  yang membezakan perasaan sedih,marah,di khianati dan rasa terhina oleh perbuatan lelaki sehinamu.Kau mempermainkan perasaanku.Memperjudikan masa depanku di tanganmu.Aku bukan  pasaran untuk mempertaruhkan  nasib untung dan rugi dalam perniagaanmu!
           Cindai merayu di atas bukit
           Rawan nanar di Tanjung Pinang
           Cinta membuatku merana bukan sedikit
            Racun  penawar  hanya di tangan mu seorang..
Tuhan,walau aku yatim piatu,aku yakin pintu Mu sentiasa terbuka untukku.Aku bermohon  kesakitan ini bukanlah satu virus yang boleh merebak  kanser dalam diriku.Aku tidak mahu kesakitan di permainkan oleh Muzamir  menjadi barah di badanku.Dalam kegelapan aku bangkit bermunajat kepada Tuhan.Ya Rabb,aku bagaikan seorang muhaqiqqin  yang merindu PenciptaNya,mencari Khaliq yang  memacu taufik di seluaruh jiwa yang berserakkan  dosa.Aku tidak mahu jatuh jatuh dalam neraka jahananMu..
“Kakak,keringkanlah airmata suci itu,tolong maafkan saya.Saya tidak tahu Muzamir telah beristeri.Saya telah terpedaya dengan muslihatnya.Kak,percayalah,saya juga seorang wanita.Ada perasaan.Saya tidak akan mempertahankan cinta ini andai ia membuatkan saya berdosa kepada orang lain.Saya akan kembalikan suami kakak.Bertenanglah…”aku memujuk seorang perempuan yang lebih memerlukan Muzamir.
Muzamir,hargailah wanita.Wanita adalah  cahaya dari Allah.Wanita bukan sekadar untuk di kasihi  tetapi ciptaan Allah yang amat istimewa.Anugerah yang luarbiasa…wanita juga  amat bersabar mendepani cabaran.Hargailah wanita,jangan jadikan wanita  sebagai  tempat melampiaskan nafsu semata-mata.Bayangkan ibu,isteri,anak-anak perempuanmu…
8Mac 2010.
Hari pertama aku berkursus di PutraJaya.Antara kesimpulan yang dapat  aku jadikan pedoman ialah menilai seseorang  secara zahir memang sukarkIni kerana dunia  bergerak pantas dan kita mesti mengikut arusnya.Tatkala aku bangkit dengan pembentangan kertas kerjaku yang bertajuk”:Kecemerlangan Wanita Kini”.Aku mendapat terukan gemuruh .
Wanita masa kini berjaya mengimbangi keperluan masa kini berbekalkan keazaman yang kuat.Berani bersaing  dan bekerja keras.Keputusan yang di buat tepat dan rasional.Malah wanita berjaya  dengan usaha gigih tanpa mengenetepikan didikan agama.Memegang prinsip bahawa  wajah cantik  mesti berilmu .Menyerahkan semuanya kepada Tuhan.Bersyukur dan redha dengan takdir Allah.Menghormati hak orang lain,belajar menerima kekurangan dan bersedia memperbaiki kelemahan yang ada.
“Kalau begitu sampai bila kau nak berdendam dengan lelaki?Kalau dah ada jodoh ,kau kahwinlah”nasihat kawan akrabku semasa kami bersantai di KLCC.
“Jodoh belum ada”jawabku pendek.
“Atau kau masih terkenang peristiwa lama?’usik Balqis Arafiah.
“Sesungguhnya kemarahan adalah  bara yang  marak menyala di dalam hati anak Adam”Riwayat Ahmad Tarmizi.
“Orang-orang yang  berbuat baik di waktu lapang atau sempit,dan orang-orang yang  menahan amarah dan memaafkan  kesalahan orang lain .Dan Allah  mencintai  orang yang berbuat kebaikan”Al -Imran 134.
“Balqis,apa ertinya hidup jika cinta dan pengorbanan kita  tidak di nilai?”
“Benar,tapi bila hak  itu di rampas,mungkin satu hari nanti hak itu akan di kembalikan kepada kau dengan nilaian yang berganda.Aku akan sentiasa doakan jodoh dan kebahagiaan kau berpanjangan selepas ini”Balqis masih mahu menenangkan aku.
“Aku cemburukan kebahagiaan kau.Punya suami yang baik,anak yang comel.”
“Tapi aku melalui kehidupan yang lebih sengsara dari kau.Siapa sangka selepas lumpuh lima tahun aku berjalan  semula.Semuanya kerana usaha dari suamiku.Jadi buang prejudis kau tentang lelaki .Bukan semua lelaki kejam “sanggah Balqis .
“Tuah kau Balqis.Walau kau hidup sederhana tapi suami kau lelaki yang hebat.Mampu menjadikan dunia kau sebuah surga.Tapi aku,luka ni tidak dapat di lihat oleh orang lain.Walau sakitnya sungguh perit,sudah lima tahun aku laluinya.Bukan aku berdendam,tapi jodoh tu masih jauh”

Itulah pertemuan terakhir aku dengan Balqis Arafiah.Aku berlepas ke Langkawi  dengan memori yang sarat.Enam bulan kemudian Syahirah mengirimkan berita menyayat hati kepadaku.Balqis Arafiah telah meninggal dunia di hospital akibat barah pangkal rahim.Aku tidak sangka Balqis Arafiah menyembunyikan penyakitnya dariku.Dalam laman Fscebooknya aku menyorot kembali fragmen indah semasa kami bersama dulu.Dan mengejutkan aku bila jelas semua gambar-gambar semasa  kami memancing di Sungai Jelai,Kuala Lipis.Aliran lesu Sungai Jelai ketika  kami memancing  itu memudarkan harapan kami untuk menikmati  hidangan  tengahari Jumaat.Namun syukur alhamdulillah bila aliran Sungai Jalai yang lesu itu menaikkan semangat  kami bila akhirnya kail kami mengena.Ikan patin,kelah   menjadi  sasaran kami.Rezeki memihak kepadaku bila aku mendapat ikan patin yang banyak.
Aku masih terbayang betapa enaknya makan tengahari Jumaat itu..Ikan patin masak tempoyak,bercicahkan asam limau.Ibu Balqis menjadikan petai,jering sebagai ulaman kami semua…Al-Fatihah untuk Balqis  Arafiah.Semoga rohnya di tempatkan bersama orang  yang beriman.
Aku masih mengejar waktu …Takdir dan segalanya adalah di bawah kuasa Allah.Mengenang kembali semua kisah-kisah silam membuat jiwaku sebak.Seorang wanita seperti yang berada di alaf baru,abad ke 21.Hidup sendiri.Tiada tangan atau belaian ibubapa.Hanya menumpang kasih  bapa saudara.Namun  Balqis Arafiah selalu  berpesan kepadaku.Jangan sesekali mengalah kepada takdir.Redha dan terimalah seadanya Qada dan Qadar  yang di tetapkan.Kerana ia tentunya mampu di tanggung.Bukan semuanya  pahit…bukan semuanya  sakit..bukan semuanya   satu bebanan!!!1Kembali aku merenung diri..bermuhasabah  kepada Yang Haq.
Aku juga terkenang saat kami bersama ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan  akrab kami di Padang Rengas,Kuala Kangsar.Aku dan Balqis bermalam di Rumah Rehat Kuala Kangsar.Di depan Rumah Rehat ini ada sebuah tasik.Menjelang terbenam nya matahari pemandangan di sini sungguh mengasyikkan.Neon berwarni,membiaskan sinar ke dalam tasik.Aku dan Balqis berebut  kamera untuk merakam detik-detik indah di situ..Semua gambar yang kami rakam kusimpan rapi  sebagai album terindah kami.Aku tahu ketika itu Balqis  sungguh teruja dengan perkahwinan  Nur Salini..Dia adik angkat  Balqis ketika tinggal di asrama dulu.
“Aku anggap rama-rama ini  akan membawa berita gembira untuk kita bila berpisah nanti”ucap Balqis Arafiah sambil berlari mencuba mendapatkan rama-rama yang terbang hinggap di sepohon bunga di depan kami.
“Dan aku harap kelip-kelip yang berterbangan  penuh sinar ini akan membawa cahaya bahagia untuk pengantin baru kita Nur Salini.Aku mahu adik angkat kau bahagia dengan pasangannya.”ucapku penuh makna.
“Ya,aku harap semuanya kita akan bahagia”Balqis menarik tanganku.
Kami menuruni jalan menuju ke tasik yang luas terbentang.Airnya tenang.Seperti tiada kotoran yang mencemari tasik ini.Aku  dan Balqis bersama menyanyikan lagu kegemaran kami “DEALOVA”..
Majlis persandingan Nur Salini sungguh meriah.Pasangan Ikmal kacak  dan berkarisma.Kami merasa terharu dengan layanan keluarga Nur Salini.Kami juga sempat melawat tempat membuat labu sayung.Kedai itu milik keluarga NurSalini.Aku membeli labu sayung  sebagai kenangan bersama Balqis semasa berada di Kuala Kangsar.Itulah percutian terakhir aku bersama Balqis.Balqia akhir menurut jejak langkah Nur Salini.Bertemu jodoh awal dan meneruskan pengajian di United KingDom.Tinggallah aku  berhijrah ke tempat asalku.Tanah  Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.!
Itu semua tinggal kenangan.Yang pasti tiap yang bernyawa pasti akan mati.Janji Allah benar.Tiap –tiap yang berjiwa adalah fana..yang fana bukanlah sesuatu yang kekal.
Aku dan sejarah…aku meneruskan kelansungan hidupku.Aku mula sibukkan diri dengan pelan yang telah aku rancang.Tanah pusaka tinggalan arwah kedua ibubapaku mesti di  lakukan perubahan
Bukankah sekarang Negara kita sedang giat melaksanakan bidang pertanian?Pertanian satu perniagaan.Kita  memperolehi  maklumat dan  teknologi untuk membangunkan tanah –tanah yang terbiar.Aku mula merangka strategi.Pertanian menguntungkan di zaman ini.Aku mendapat kerjasama dengan banyak pihak.Aku mengusahakan tanah seluas 20 ekar ini dengan tanaman bunga melur,pokok  serai wangi, tanaman herba lain untuk di komersialkan sebagai  bahan utama dalam proses membuat minyak wangi.Cubaan pertamaku amat berjaya.Aku mendapat  kerjasama dari pihak kerajaan dalam memasarkan hasil pertanianku.Kayu gaharu yang hanya 500 pokok kugandakan menjadi 5,000pokok.Alhamdulillah,hasilku berbaloi kerana mengeksport ke luar Negara.Itulah hasil kerja kerasku.
Lumrah alam..luka fizikal nyata jelas di pandangan.Hakikat emosiku yang di bohongi lelaki seperti Muzamir kekal di jiwa.Sesibuk mana aku cuba melakukan kerja,sesekali  kenangan itu dating menerpa dalam diriku.Aku tak mampu melupakan janji manisnya..tapi jauh di sudut hati aku tidak mahu menggalas bebanan   dosa.Merampas hak orang lain.Kepunyaan wanita sepertiku.Wanita yang teraniaya.Wanita yang lebih berhak ke atasnya.Namun beribu soalanku menerjah di mindaku.Mengapa aku yang di jadikan kesinambungan kasihmu?
Walau pun fikiranku sedikit terganggu  aku terus memandu menuju ladang herbaku.Di bawah kaki Gunung Raya  inilah aku menguruskan ladang ini.Aku mahu penduduk tempatan turut mendapat kerja.Aku banyak mendapat kerjasama dari Azli.Seorang anak muda yang sepertiku.Yatim piatu.Tapi lulusan Universiti dalam bidang pertanian.Mempunyai kemahiran asas sejak kecil kerana sudah terbiasa dengan rutin itu.Kerjaku menjadi mudah dengan sokongannya.
“Sebenarnya kita baru saja mendapat bekalan  dari Negara jiran.Saya mahu Cik  Azie periksa dulu.Mana tahu kalau ada apa-apa yang perlu kita  tambah?”aku selalu berpuashati dengan kerja Azli.
“O.K.lah saya serahkan untuk awak kerja tu,saya  ada banyak urusan lain selepas ni.Apa kata jom ikut saya..”
“Ke mana?”jawabnya cepat.
“Jangan risau,saya nak ajak awak  makan kat warung tu”
“tapi saya dah makan Cik Azie..”
“Tak apalah kalau awak tak sudi”ujarku pendek.
“Bukan tak sudi,banyak mata memandang..”
“Kita tak buat  perkara buruk,hanya makan kat sini saja.Lagi pun  Kak Timah,Abang Mat pun ada.Mereka dah masuk ke kereta pun..”

FRAGMEN 111..
Sesudah mengenali Azli ,aku rasa kami  amat serasi.Orangnya amat sederhana..Ada satu cita-citanya yng belum terlaksana.Aku  cuba menafsir sendiri  bila Azli menyatakan  bahawa itu amanat keluarga.Dia mesti menunaikan amanah itu.Aku cuba mencari makna di sebalik kata-katanya penuh misteri itu.Kedua orangtua mahu dia “membina taman  iman’.
Aku rasa Azli amat misteri.Dia tidak percaya pada cinta lelaki dan perempuan.Kononnya cinta sesama manusia  hanya cinta palsu.Cinta yang merosakkan hati.Cinta yang membinasakan harapan.Aku hanya mampu mendengar.Persoalan di hatiku apakah dia pernah bercinta?Menganggap cinta  satu bebanan yang menganggu kehidupan.Mudahnya aku membuat kesimpulan tentang Azli:dia lelaki tiada perasaan!
Sesekali aku pelik dengan peribadi Azli.Dia  berbeza dari lelaki yang pernah kutemui.Aku merasa teruja untuk mengetahui  latar belakang.Aku mula menyiasat.Kak Timah menceritakan  Azli adalah anak guru agama di sini.Walidnya orang alim.Umminya wanita solehah.Mereka membuka madrasah bersebelahan rumah mereka.Di situlah walidnya mengajar ilmu agama.Ramai  pengikut yang setia mendampingi  walidnya.Abang Mat pula memberitahu  kedua ibubapa Azli   meninggal di Kota Suci Mekah.Sebelum meninggal,ada sedikit pertengkaran keluarga.
Kononnya tanah tempat madrasah yang di dirikan walid Azli,tanah pusaka.Bapa saudara Azli mahu merobohkan madrasah itu..Sudah ada pembeli yang menawarkan harga yang amat tinggi  untuk tanah itu.Puas walid Azli berusaha untuk mengekalkan madrasah tersebut.Namun wang adalah ganjaran nilai untuk bapa saudaranya.Sebelum berangkat ke Tanah Haram,wasiat itulah yang di amanahkan untuk Azli.
Ketiadaan walidnya memudahkan kerja  bapa saudaranya.Wang dan kuasa.Itulah nilai material yang di kejar manusia.Sesungguhnya “madrasah”inilah tempat Azli membesar.Di sinilah sahsiah dirinya terbina.Azli mahu membesarkan “madrasah’ini dan mewakafkan ke jalan Allah.
Barulah aku faham makna’laman  iman’.Azli selalu menyebut ingin membina impian walid dan ummi.Azli mahu ia menjadi sebuah taman.Di dalamnya ada suara zikir,alunan merdu ayat-ayat suci Al-Quran.Marilah menuju kejayaan.Maafkan aku Azli sekiranya aku beranggapan buruk padamu selama ini.Murni sungguh impian mu.
“Cinta abadi hanya pada KhaliqNya”ucap Azli tegas.Menyucuk tangkai hatiku.
“Kita manusia perlukan cinta.Untuk lahirkan zuriat.Sunnah yang Nabi tinggalkan.
Bukan bermaksud tinggalkan dunia,ikut akhirat.Ikut akhirat tinggalkan semuanya.Itu tidak adil bagi kita”ujarku ketika berhujah dengan Azli.
Kita hidup mengabdikan diri kepada Yang Menciptakan kita.Zuhud kepada Allah.Kerana itu aku mahu membina taman iman di sini.Wasiat terakhir walid untukku.aku mesti tunaikan segera.Walau apa pun halangannya.Meski pun akan berhadapan  dengan Pak Long secara keras”ayatnya mengancam keamanan mindaku.
“Wasiat itu penting untuk di laksanakan.Caranya mesti berhemah.Berbincang..cari jalan penyelesaiannya secara berunding”ujarku seakan memberi pandangan ikhlas.
“Tapi Pak Long bukan orangnya yang boleh di bawa berbincang”getusnya selamba.
“Gunakan orang tengah”aku kira aku  hanya sekadar memberi jalan.
“Azie,ini soal keluargaku.Aku tidak mahu membebankanmu dengan masalahmu”akhirnya Azli melontarkan pandangan kosong ke arahku.
“Percayalah ,aku ikhlas ingin menolongmu”
“Aku tidak mahu terhutang budi denganmu”
“Satu hari kau akan berjaya membina laman iman itu.Aku berharap dan berdoa untuk kejayaanmu”
“Untuk apa kau berharap sebegitu tinggi dengan wasiat ini?’tukasnya merenung tajam ke arahku.

Hakikatnya kau tidak mengerti perasaanku.Barangkali kau hanya membuat andaian buruk terhadapku.Seperti aku pernah berburuk sangka saat pertama kali berbicara denganmu dulu.
Aku seorang wanita.Spertimu.Yatim piatu.Bezanya antara kita aku mempunyai segala kemewahan harta,wang ringgit.Cuma aku kekurangan kasihsayang ibubapaku sejak kecil.Aku kekurangan itu.Aku tidak betah melihat perkembangan dunia hari ini.Dunia yang begitu kejam.Ada ibu yang sanggup membuang zuriat sendiri.penderitaan mangsa peperangan,penderaan fizikal dan mental terhadap kaum wanita.Aku mahu abad ke 21 ini terisi dengan khabar gembira.Aku rasa  semua manusia kena kembali kepada asas kehidupan yang hakiki.Fitrah  yang suci.Akidah yang mantap,iman yang kukuh.Nilai yang baik dalam diri.Spritual yang kuat untuk meneris semua  cabaran  zaman  siber ini.Pendek kata aku mahu kembali kepada jalan yang benar.Jalan ada cahaya.Membawa kita kea rah kebaikan.Aku mahu surga itu ada di dunia!!!!!!!!!!
Azli,Taman yang ingin kau bina seperti taman inderaloka.Di sini kita bermunajat.Menyerah diri kepada  Yang Esa.Di sini bunga-bunga nya berbau harum.Wangi yang tiada pernah hilang.Di sini ada pemujaNya.Taman ini membuat para penghuninya merasa aman.Damai.Bahagia.Sakinah,mawaddah dan rahmahNya ada di sekeliling kita.
Azli,taman ini di penuhi oleh para muhaqqiqin yang mencari  Al-Haq.Cinta kepada dunia dan akhiratnya.Mereka bermukim dengan rela.Menghuni dan menafsir hokum-hakam dunia.Lantas mereka jatuh cinta di taman iman ini.Jiwa-jiwa luhur melontarkan dosa,memohon ampun dari Allah SWT.Menyembah taubat..taubat Nasuha!!
Azli,ini bukan mustahil untukmu.Akan kubina demi  menunaikan wasiat walidmu.Cinta dan kasihsayang Ummi dan walidmu adalah  cinta abadi.Mereka menurunkan amanah untukmu kerana mereka percaya lelaki sebaikmu mampu melakukannya.Aku mahu membuka  surat ibubapaku bila impian mu ingin ku laksanakan.
Setelah sekian lama surat berona coklat iti kusimpan.inilah terjemahan yang aku dapat
Azie,
Hidup dan kehidupan menyimpan banyak makna.Suka duka ,pahit manis hanyalah ujian semata.Kami harap  anak kami akan faham takdir seseorang telah pun di tentukan oleh Allah.Jangan sesekali menyesali atau menangis jika takdir itu sungguh menyakitlkan.Andainya takdir itu amat bahagia ingatlah kepada nasib orang lain yang berdukacita.
Harta dan wang ringgit bukanlah lambang kekayaan kita yang sebenarnya.Kaya jiwa adalah tanganmu yang selalu bersedekah.Melakukan kebajikan dan berbaktilah ke jalan Allah.Carilah reda Allah.Membuat kebajikan sama seperti menanam saham untuk keuntungan di akhirat.
Pesanan terakhir kami.carilah suami yang beragama.Menjaga kehormatanmu dan memimpin mu ke jalan yang di redhai.Pilihlah  yang beragama-……DOA DUA JIWA.

Kututup sampul berona coklat itu.Bermonolog aku sendirian.Aku  patut mensyukuri semua nikmat Tuhan.. Aku ingin beri khabar gembira untukmu.Dekad baru akan kuisikan dengan berita gembira.Berita kejayaan.Ambil pengajaran dari kegagalan cinta..ambil iktibar dari setiap pengalaman.Beribu   persoalan muncul di fikiran.Acapkali aku mendengar dalan kuliyyah agama persoalan-persoalan itu.Apakah  perbuatan kita semasa di dunia?Amal kebaikan untuk membela nasib di akhirat nanti.Sudahkah kita bersedia untuk menenangkan diri dari resah gelisah saat Malaikat penghitung dosa pahala menyoal kita?Insafkah kita setiap perbuatan ada balasannya?Sedarkah kita setiap permulaan ada pengakhirannya?Bukankah asalnya kita tiada,namun akhirnya kita ada?
“Pak Long,Azie ingin membangunkan madrasah untuk muslimin dan muslimat  belajar  agama.Mendalami dan mengambil guru agama  seperti Nabi kita berguru dengan Jibrail.Islam,tauhid dan iman serta berihsan sesama kita.”kujelaskan satu persatu hasratku.Akan kuwakafkan sebahagian daripada hartaku untuk memenuhi impian ini .
“Pak Long terharu dengan pengorbananmu.Contohilah Ummu Sulaim binti Mulhan.,isteri Abu Talhah.Wanita solehah yang dermawan. Kemuliaan dan  kejujurannya mendapat keutamaan dari Rasulullah.Tuhan menjanjikan syurga untuknya”
Azli,akhirnya terbinalah “LAMAN IMAN”.Aku ikhlas dan rela dalam jihad ini.Aku harap kedua roh ibubapaku di alam barzakh mendapat kenikmatan di sana.Doa dan pengharapanku moga-moga taman-taman syurga  ini menerima kunjungan ratusan juta  para penziarah yang syahid dalam peperangan.Para syuhada yang  yang mati sebelum  sempat berjuang..untuk anak-anak yang mati sebelum sempat merasai belaian kasih sayang seorang ibu.Jua besar harapanku agar semua wanita,isteri ,ibu yang solehan dapat mendiami syurga Firdaus.Jannatul-Naim  untuk lelaki ,suami atau pemimpin yang adil,jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang di serahkan kepada mereka.
“Alhamdulillah,pujian bagi Allah.Hari ini marilah kita sama  bermuzakarah  di Laman Iman.Mencari keredhaan Allah.Memuji zat Allah.Agungkan Allah Yang Maha Hebat.Kita hambaNya sentiasa dekat denganNya.Kita sentiasa berada dalam dakapanNya”
Aku sentiasa ingat :sekalipun di limpahi kemewahan hidup (syurga dunia)ada dalam kehidupan setiap dari kita usah lupa  syukuri nikmat Allah.Maulana Jalaluddin Rumi dalam kitabnya Mathnawai-nya:””Ayuh kita merayu kepada Allah membantu mengawal diri,orang yang kurang kawalan diri adalah orang yang tidak menerima belas daripada Allah.Orang yang tidak mampu mengawal dirinya  bukan sahaja menzalimi diri sendiri tetapi membakar seluruh dunia dengan api’(.MS 115).
Alhamdulillah,akhirnya aku terima lamaran dari Azli.Setiap percintaan mempunyai pengorbanan  yang tiada ternilai.Jodohku telah termaktub begitu.Terpesona aku dengan janji Azli bahawa:”Aku mencintai dirimu  seikhlas  hatiku..Untuk selamanya kau berada di dalam hatiku”.
Dan aku berterimakasih untuk suamiku kerana sudi membimbing aku ke jalan yang benar.Aku mengenggam kuat  tangannya sehingga orang-orang di sekelilingku tersenyum.Dengan senyuman yang paling manis aku menjawab:Marilah menuju ke syurga………..INSYA’ALLAH..

Sekian,terimakasih.

CHE AZIAH BT DAUD.
NO.28A,KAMPONG BUKIT TEMIN,
MUKIM ULU MELAKA,07000
P.LANGKAWI.
JUMAAT-30 JAMADIL AWAL 1431.


MASA YANG HILANG


MASA YANG HILANG.
Aku menjadi seperti seorang pengembara di bumi sendiri.Aku mencari siapa diriku yang sebenar.Aku  telah lama tenggelam di kota besar ini.Aku lupa makna dosa.Aku  lupa jua apa yang di katakan surga.Sejak aku berpijak di kota besar ini,aku lupa asal usulku.Ini kerana sejak mula melangkah meninggalkan kampong halaman yang  menyaksikan kedewasaanku,aku bertekad untuk memulakan kehidupan baru.
Aku tidak kenal siapa-siapa ketika mengatur langkah kakiku ke sini.Aku hanya menurut ke mana saja kaki ini melangkah.Apa yang ada di mindaku hanya satu ingin membuktikan kepada orang kampung bahawa aku bukanlah seperti yang mereka sangkakan selama ini.Puas ibu memujuk agar aku bersabar dengan apa  yang terjadi kepadaku namun pujukan ibu tidak sedikitpun berbekas di hatiku.
Aku malu pada semua mata yang memandangku.Aku anak miskin yang tidak mempunyai apa-apa.Namun aku bangga bila anak Haji Seman  yang terkenal  cantik dan sopan itu menyatakan bahawa dia menyayangiku bukan kerana paras rupa,harta benda atau  pujukanku tetapi dia menerima cintaku seikhlas cinta seorang  gadis kepada lelaki yang yang di kasihinya tanpa ragu.
Aku tidak pernah peduli pada cemuhan orang kampung yang memandang hina pada kekuranganku.Aku hanya peduli bila  Zulaikha mengirimkan ungkapan sayangnya yang tiada berbelah bagi untukku.Bagiku Zulaikha benar.Cinta tidak pernah memilih paras rupa.Sayangnya padaku tiada ragu.Aku percaya Zulaikha mempunyai alasan tersendiri sehingga sering menyakinkan aku tentang rindunya yang satu itu.Aku sangat sayangkan Zulaikha sehingga aku lupa siapa diriku sebenarnya.
“Man,mak bukannya tak suka dengan anak Haji Seman tu.Tapi mak bimbang kalau-kalau  sayangnya pada kau hanya sekadar sayang seorang kawan sepermainan sajaLagi pun siapalah kita jika  nak di bandingkan dengan mereka?Semua orang kampung tahu mereka keluarga orang berpengaruh.Mak takut cinta kau hanya  di tengah jalan saja”mak meluahkan perasaan nya padaku ketika ayah  telah ke sawah.
“Mak,Man dah lama berkawan dengan Zulaikha.Mak jangan bimbang.Zulaikha sendiri  sudah setuju menyuruh Man melamarnya.Man yakin tentu keluarganya dah  sepakat kalau tidak masakan dia suruh Man masuk meminang”pujukku untuk meleraikan kerisauan hati mak.
Aku menyangka cinta seputih cinta seorang Zulaikha yang sangat bersopan itu akan membuahkan kebahagiaan untukku.Aku memujuk mak untuk menghantar wakil meminang walaupun ayah kurang setuju,Ayah juga nampaknya seperti mak.Menganggap cinta kami berlainan darjat!
Alangkah malunya aku sekeluarga bila rombonngan peminangan dariku di tolak mentah-mentah dengan alasan Zulaikha sudah ada pilihan keluarga.Aku tahu betapa hancurnya harapan kami.Zulaikha menangis di bahuku sambil mengharap agar aku  mencuba lagi untuk memujuk  Haji Seman.Zulaikha,sesungguh penghinaan ayahmu terhadap keluargaku membuatkan aku membuat keputusan ini.Aku sangat mengasihimu namun aku tidak mahu menjatuhkan maruah keluargamu.Orang kaya lagi berharta manakan sesuai bersatu.Darjat kita jauh berbeza.
Haji Seman mungkin terlupa  semua manusia itu sama .Rasa ketakwaan dan keimanan yang membezakan sesama insan lain di dunia ini.Dunia juga hanya tempat persinggahan sementara.Dunia ini fana.Tapi siapa aku jika nak di bandingkan dengan pengaruh Haji Seman.
Cemuhan dan hinaan orang kampung konon hanya aku yang tergila-gilakan anak orang berpengaruh dalam kampung tanpa sedar siapa diriku,keluargaku.Aku menjadi kesian pada mak dan ayah.Maruah mereka tercalar kerana aku.Aku tidak mahu melukakan hati mereka.Aku nekad untuk meninggalkan kampung halamanku.Bukan aku malu atau marah tapi aku bertekad ingin memulakan hidup baru.Zulaikha cuba menghalang aku ,tapi aku tetap akan meninggalkan kampung.
Aku melangkah ke bandar besar ini dengan  berteman satu keyakinan.Aku  mencuba pelbagai kerja dan akhirnya aku bekerja di sebuah kilang.Walaupun kenyataannya aku sangat menderita sebatang kara di sini aku mesti bertahan.Zulaikha,bayangmu sentiasa mengekori langkahku.Seminggu,sebulan ,setahun dan sedekad lamanya aku di sini aku berjaya membina masa depanku  .Aku berjaya memburu impianku.Namun jauh di sudut hatiku aku tertanya-tanya bagaimanakah keadaanmu di kampung?
Mak dan ayah telah lama meninggal bila aku tinggal di kota.Aku tidak ada siapa-siapa.Aku ibarat seperti kelasi kapal yang belayar dan belayar,singgah di pelabuhan sebentar Cuma dan belayar lagi.Pengembaraan ini sangat panjang .Di sini aku belajar mencari makna kehidupan.Aku bertarung dengan kesakitan.Aku melupakan cintaku padamu demi mengubat sendiri luka di hati.
Tukk..tuukk..Pintu kamar yang di ketuk kuat mengejutkan aku dari mengelamun.Aku cepat-cepat  membetulkan kerusi dan mengemaskan meja pejabatku.Hayati melangkah masuk sambil tersenyum manis.Setiausahaku yang baru ini sudah pun mempunyai anak dua tapi jika di pandang raut wajahnya sedikitpun tidak menampakkan seperti orang yang sudah berkahwin.Maklomlah perempuan alaf baru ,sentiasa ke depan  bila berkaitan soal kecantikan.Anggun dan menawan,tambahan pula orangnya agak trendy.Namun aku bangga kerana  Hayati mampu menjalankan tugas dengan baik.
“Encik Azman,ada staf baru nak jumpa.Katanya ada hal penting.Petang nanti klien kita  yang kat Johor Bharu akan datang,saya sudah tetapkan masanya”satu lagi temu janji  yang mesti ku tunaikan.
“Nah ambil fail ni dan awak tolong siapkan secepat mungkin,sebelum meeting esok”aku menghulurkan fail berwarna biru.Hayati menyambut lembut dan masih sempat melontarkan senyuman semanis bunga yang baru kembang.Ahhh....perempuan,kalau dah cantik tu  senyum sikit pun sudah mampu membuatkan hati lelaki cair.Saat Hayati melangkah keluar  tiba-tiba telefun bimbitku berdering.Nampaknya panggilan dari rakan  serumahku.Wan,kononnya kena outstation lagi.Nampaknya malam ini hanya aku seoranglah kat rumah.Walaupun usiaku sudah mencecah  40an namun aku masih hidup membujang.Aku sudah serik bercinta.Bila aku mula tiba di bandar baru saja bekerja aku berkenalan dengan gadis kota.Aku tidak sangka  Nora hanya berkasih denganku hanya untuk melupakan kekecewaannya dengan lelaki lain.Aku ingat Nora benar-benar mengambil berat tentang aku padahal sebaik saja mempermainkan perasaan dia pergi.Bijak sungguh  Nora menyusun rancangannya.Dia buat aku percaya bahawa dia seorang perempuan baik.Habis duit gajiku setiap bulan kerana mengikutnya berpoya-poya di kelab malam.Berhibur dan berseronok sehingga aku lupa siapa diriku.
Aku rasa Nora dapat menggantikan tempat Zulaikha.Aku hanyut dengannya.Kerdipan lampu neon  membuatkan aku terpedaya dengan pujukannya.Aku  menganggap Nora sukakan aku seperti aku sukakannya.Aku silap rupanya.Malam hitam itu menyedarkan aku siapa Nora sebenarnya.Aku  terperangkap dengan janji-janji manis Nora.Namun malam jahanam itu telah  banyak mengajar aku erti hidup di kota.Aku masih ingat bagaimana aku terperangkap dengan  jeratnya.Setelah berjam-jam  kami berseronok di  kelab malam  Nora mengajak aku bermalam di kondonya.Semasa berduaan tiba-tiba pintu bilik kami di ketuk.Bila pintu di buka tiba-tiba aku di tumbuk sehingga tidak sempat melawan.Nora hanya terpaku tanpa  berusaha untuk membelaku!
Rupa-rupanya itu adalah teman lelaki Nora,aku hanya tempat Nora melepaskan geramnya.Pisau cukur..perempuan murahan...dan entah apa lagi sumpah seranahku.Habis lebam mukaku kena penumbuk.Nora hanya tersenyum sinis dan menghalau aku keluar seperti seekor binatang.Nora boleh senyum sekarang kerana berjaya membalas dendamnya pada kaum sejenisku.Kononnya lelaki hanya buaya.Akhirnya aku dapat tahu Nora telah  tertangkap dalam satu serbuan di kelab malam .Kini di tempatkan di pusat pemulihan akhlak.
Sejak malam jahanam itu aku menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Aku bertemu dengan Wan.Wan banyak memberikan aku nasihat dan menolong aku .Hasil kerja keras itulah aku dapat membuka perniagaan ini.Aku  bertekad untuk berhijrah .Aku menyesal kerana mengecewakan  mak dan ayah.Aku tetap  ingat  pesanan mak dulu.Namun nasi sudah menjadi bubur.
“Man,sampai bila nak membujang.Bukan Zulaikha seoarang saja perempuan dalam dunia ni.Saerah tu baru habis sekolah.Anak yatim pulak.Mak suka budak tu.”mak cuba memancing perasaanku untuk menerima cadangan mak nak menyunting Saerah..
“Ayah pun setuju pendapat mak kau.Kau dah ada kerja tetap kat bandar.Mampu  berkahwin.Lupakan Zulaikh.Tak ada jodoh antara kau berdua.Apa lagi yang di harapkan.Ayah tak dengar lagi umpatan orang kampung.Ayah malu,Man”tokok ayah lagi.Nada suara ayah penuh harapan berbaur pilu.
“Biarlah apa orang nak kata,Man tak peduli.Man duduk kat bandar tu pun dah berdikari.Tapi hati Man tak teringin nak berumahtangga.Biarlah masa menentukan,lagipun Man tak nak terburu-buru”kulihat mata mak bergenang.
Aku tahu mak terluka dengan kata-kataku.Mak sangat sukakan Saerah.Anak  arwah Pak Mail yang baru habis sekolah agama.Aku masih mencintai Zulaikha.Sama seperti Zulaikha yang sering mengutus rindu nya secara diam  padaku.Namun sejak aku menetap di bandar aku tidak lagi berhubung dengannya.Khabar terakhir yang kudengar Zulaikha sudah bertunang dengan seorang diplomat.Anak kawan lama Haji Seman.Masih terbayang saat aku dan Zulaikha merentasi sawah  ketika mengejar layang-layang yang terputus talinya.Ke sana kesini tanpa arah .Kukejar di batas kanan manakala  Zulaikha mengejar di  sebelah.Nasib memang menyebelahi Zulaikha kerana layang-layang terputus talinya  itu jatuh di sisi Zulaikha,ketika kami sama-sama berebut talinya  itulah Zulakha jatuh dalam pelukanku.Merah menyala wajahnya menahan malu namun  kulihat senyuman amat manis.Tanpa ku sedari pelukanku kian erat.
Manis   sungguh kenangan di musim remajaku.Zulaikha pernah mengatakan biarpun beribu kumbang yang datang cinta dan kasihnya hanya untukku.Sebab itulah kukatakan pada mak yang kasihku pada Zulaikha bukan olok-olok.Zulaikha tidak pernah memandang kekuranganku!Hanya Haji Seman yang merasakan keluargaku tidak setaraf keluarganya.Perkahwinan tidak sekufu.Aneh sungguh orang alim seperti Haji Seman sanggup  memandang hina pada kemiskinan keluargaku.
“Itu cerita lama Man,jangan kau biarkan dendam menghantui perasaan kau.Sampai i ibu bapa kau mati pun tidak tertunai hajat mereka untuk menerima menantu”nasihat Wan  padaku.
“Engkau tidak tahu perasaanku Wan.Kau masih muda.Belum banyak cabaran kau terima .Aku ni dah lali dengan ujian,kadang-kadang aku rasa mengapa aku jadi lemah kerana perempuan.Nora yang ku sangka dapat mengembalikan semula keyakinan terhadap perempuan pun hanya mempermainkan perasaanku “
Wan hanya memandang kosong wajahku.Aku yang terpana dengan peristiwa yang berlaku padaku.Namun aku bangga bila Wan jujur menolongku sehingga aku berjaya membina empayarku sendiri dalam perniagaan ini.Bila ayah dan mak telah kembali ke rahmatullah aku cepat-cepat sedar bahawa aku memang anak yang banyak menghampakan mereka.Mereka kempunan nak menimang cucu.Itulah hasrat yang tidak dapat aku tunaikan .Kesalku tiada penghujungnya.Mak dan ayah sempat memujiku kerana hidup sebatang kara di bandar akhirnya berjaya juga mengubah corak kehidupan sekeluarga  di kampung.
Sejak aku mengambil keputusan untuk menetap  terus di bandar aku sudah tidak ambil endah hal di kampung.Cuma sesakali aku ke makam ayah dan mak untuk melepaskan rinduku  aku pulang sekejap.Pernah aku terserempak dengan Saerah yang sudah berkahwin dan punyai anak.Dia menegurku ikhlas.Masih seperti dulu.Lemah lembut,sopan santun.Hatiku berbisik patutlah emak dan ayah beria-ia benar memujukku.Aku turut gembira melihat Saerah bahagia di samping suaminya.Walaupun hidup serba sederhana kebahagiaan itulah yang di dambakan manusia.Apa guna tinggal di istana mewah jika hidup tidak bahagia!
Ku teruskan langkah kakiku ke makam mak dan ayah.Aku  merasakan kehilangan mak dan ayah membuatkan aku menjadi seperti ini.Aku ingin menjadi anak mak yang dulu.Setelah selesai aku membaca ayat suci Quran dan menghadiahkan doa agar roh mereka di tempatkan di kalangan orang beriman tiba-tiba bahuku di tepuk.Alangkahnya terkejutnya aku bila aku menoleh ke belakang.Terpaku aku seketika.Terpana aku di buat.Haji Seman sedang berhadapan denganku dan sedang menghulurkan tangan ingin bersalam dengan ku.Aku keliru. Aku terkedu.Namun aku cuba menyembunyikan perasaan resahku lantas ku sambut tangan  Haji Seman yang telah terhulur itu.Dia mendekatiku seraya memelokku.Aku terus kaget.Mampu ku tahan perasaanku ini agar getar jiwaku yang resah ini tidak dapat di kesannya.
“Apakhabar Man,Lama betul tak jumpa.Shahrul cakap dia terserempak engkau  semasa di simpang tadi jadi  aku cepat-cepat datang sini.Aku  dah jangka tentu engkau ke sini .Man,boleh ke rumah sebentar?Banyak perkara nak aku cakapkan”suaranya seloah tersangkut di kerongkong.Aku faham dengan usianya yang begitu.
“Alhamdulilllah saya sihat,Cuma rasa rindu sangat pada kampung halaman ,sebab tu saya singgah sekejap.Sekurang-kurangnya dengan menziarahi kubur mak dan ayah terlerai rindu yang lama tersimpan di dada.Pak Haji nampak masih macam dulu juga”tuturku lembut.
Kuterima pelawaan Haji Seman untuk singgah di rumahnya .Itu permintaannya.Aku akur.Aku bukanlah manusia pendendam.Aku mahu membuang segala yang keruh dan berharap suasana kembali jernih.Biarpun hampir sedekat peristiwa itu menghantui jiwaku namun aku mencuba untuk mencari ketenangan.Ku rasakan sudah cukup lama aku membiarkan diri di mamah memori silam.Aku rela menjadi seorang pelarian andai itu mampu membuat orang lain merasa senang.Aku rela berlari dengan masa andai keputusan ku mampu menjadikan orang lain tersenyum bahagia.Aku rela menjadi pengembara yang meniti waktu tanpa jemu itu membawa tawa mereka berpanjangan.Cuma mungkin aku saja yang terbawa-bawa dengan perasaanku yang begitu berharap sedangkan orang lain  ketawa melihat perlakuan bodohku!
“Man,maafkan aku kalau aku banyak menyakiti kau dan keluarga kau dulu.Sekarang aku insaf .Aku ingin menebus kembali kesilapan aku pada kau Man”Haji Seman memulakan bicara sebaik saja aku melabuhkan punggung ke sofa empuk itu.
“Tak apalah pak cik,saya telah melupa apa yang terjadi,lagipun mak dan ayah dah tak ada.Saya  harap pak cik usah  ingat perkara lama.Saya sekarang  dah hidup berdikari.Saya rasa perkara yang lepas tu usahlah kita ungkit lagi .Lagi pun tak ada maknanya kita sebut perkara yang dah terjadi.Kita hanya mampu merancang Allah  Taala yang berkuasa menentukan semuanya”ujarku lembut.
“Tapi aku merasa berdosa pada keluarga kau.Berat hinaan aku hingga menjatuhkan maruah keluarga kau.Aku juga malu bila sekarang Tuhan menurunkan balanya kepada keluarga aku.Aku kesal.Mungkin inilah balasan Tuhan terhadap perbuatan bongkak aku pada kau”aku menjadi semakin tidak faham apa maksud sebenar yang Haji Seman ingin sampaikan pada aku setelah berpuluh tahun peristiwa itu berlalu.
“Pak cik,terus –teranglah apa  sebenarnya yang berlaku sehingga pakcik jadi begini.Saya tak faham”akhirnya aku bersuara agar jelas apa maksud Haji Seman  beria-ia benar mengajak aku ke rumahnya.
Tanpa membuang masa dia menarik tanganku masuk ke dalam bilik.Bagaikan terhenti nafasku saat ku terpandang sekujur tubuh terbaring lesu di atas katil.Zulaikha,mengapa  begini Tuhan menghukummu.Engkau tidak bersalah padaku.Aku tahu isihatimu padaku.Wajahmu tidak bermaya dan mulutmu asyik memanggil namaku.Kalaulah dapat kutukarkan diriku merasai penderitaanmu aku rela.Bukankah dulu kita selalu berjanji  susah senang akan sentiasa bersama?Bukankah kita juga pernah berkata akan sehidup semati berdua?
Barulah aku mengerti mengapa Haji Seman berhajat ingin berjumpa denganku .Selepas aku berangkat ke kota Zulaikha bertunang dengan Farid yang bertugas di luar negara.Enam bulan selepas itu mereka berkahwin  walaupuan Zulaikha  tidak setuju tapi Haji Seman mengaturkan segalanya.Bila Zulaikha mengikut suaminya menetap di Dublin bermulalah episod duka dalam hidupnya.Farid mahu isterinya hidup sepertinya.Sosial,bergaya dan mengikut status kehidupan sosial kota metropolitan.Zulaikha tidak mahu mengubah pendiriannya.Farid kecewa dan marah.Sejak itulah tubuh Zulaikha menjadi tempat Farid melepaskan geram .Rumahtangga yang di bina tidak bahagia.Apa yang Zulaikha dapat hanyalah penderaan fizikal dan mental.
Haji Seman mendapat tahu keadaan hidup Zulaikha.Farid menceraikan Zulaikha ketika inai masih merah di jari.Haji  Seman terlopong dengan apa yang berlaku.Namun kata pujangga membenarkan kita berfikir sejenak.Kita tidak akan mampu mengembalikan air sungai ke hulu,memulangkan matahari ke tempat terbitnya  semula dan airmata yang jatuh tidak akan mampu  masuk ke kelopak mata seperti dulu lagi!Seperti resmi angin  tidak akan bertiup ke belakang,resmi air yang mudiknya ke depan!
Siapakah yang dapat menolak hukum Tuhan?Satu ketentuan adalah perjalanan hidup kita yang ada destinasi.Ku pandang wajah Zulaikha tanpa jemu,wajah inilah yang membuatkan kasihku tumpah.Wajah redup inilah membuat aku lupa malam ku yang resah.Saat ku renung sinar matamu yang lesu,kenangan indah itu tertayang semula.Nyata Zulaikha meskipun aku tidak dapat menyentuhi tubuhmu namun batinmu menjadi milikku.Zulaikha,biar kubisik padamu bahawa  aku masih seperti dulu.Biar pun aku tewas dalam percintaan ini namun kini aku menang!
Perlahan aku memegang tanganmu.Semoga ada seribu sinar yang akan  menerangi jiwaku semula.Aku juga berjanji pada Haji Seman akan merawatmu biarpun memakan  masa.Haji Seman menguntum senyum bila saat ku genggan tangan Zulaikha matanya terbuka luas.Zulaikha memandangku.Sekarang engkau mungkin menangis menanggung derita tetapi percayalah aku sedang  mencuba untuk membawa cinta kita ke alam nyata...............
Zulaikha,pertemuan kali ini adalah dengan izin Allah.Kebahagiaan ini hadir di saat aku sedang mencari-cari cinta yang abadi.Kepulangan ini juga membuahkan kemanisan untukmu.Percayalah,layang-layang kita kejar dulu masih ku simpan.Bila kau senyum aku akan selalu ada di sisimu.Kau tahu kan aku tidak pernah merasa jemu untuk menyebut namamu.Kau mengheret aku jatuh dalam pelukanmu.Aku tidak pernah melupai saat itu,Zulaikha.....................
Sekian ,terimakasih.
.

KARYA:
AZIAH DAUD.
PULAU LANGKAWI,KEDAH..
E-MEL:aziah_daud88@yahoo.com.my

KEBAHAGIAAN INI.


Suara  azan sedang nyaring berkumandang di udara.Kedua adik-adikku masih ralit menonton gambar kartun kegemaran mereka.Emak dan abah telah lama  bergegas ke masjid yang tidak jauh dari rumah kami.Sebelum pergi abah sempat berpesan kepadaku agar memastikan Luqman dan Syahirah  turut bersolat denganku.Aku hanya mengangguk.Sudah menjadi kebiasaan abah sebelum ke masjid abah mahu aku jaga adik-adik agar tidak abaikan solat.
Aku mula  ke ruang tamu bila melihat Luqman dan Syahirah masih terpaku di depan TV.Sesekali aku dengar mereka ketawa.Ada waktunya aku dengar mereka bergaduh.Tak  syak lagi,berebut  siaranlah tu.Fikirku dalam hati.Aku tahu Luqman dan Syahirah peminat nombor satu rancangan Tom-Tom Bak.Tetapi sekarang sudah masuk waktu solat  maghrib.Mereka masih asyik di depan skrin TV.Aku mengambil sebatang rotan dan menuju kea rah mereka.
“Luqman,Syahirah bangun cepat.Dah masuk waktu maghrib ni.Pergi ambil wuduk cepat”aku pura-pura menunjukkan  rotan sambil menghala kea rah mereka berdua.
“Ala,gambar tengah seronok ni,Mawi pulak nak nyanyi lepas ni”ucap Luqman selamba tapi tidak berganjak dari sofa.
‘Kak Ummi pun marilah tenguk.Mawi  ni,handsomelah kak.Rugilah kalau kita tak tenguk”sampuk Syahirah yang berusia lapan tahun.
“Mawi ke,Aznil ke  atau PM pun kak tak peduli.Bangun cepat.Ambil wuduk.Kita solat berjemaah.Cepattt…”getusku dengan nada marah.
“Tunggu sekejap lagi,sepuluh minit lagi rancangan ni dah nak habis.Lagi pun abah bukannya ada”tokok Luqman merayu.
“Kak bilang sampai tiga,kalau tak bangun juga  kak rotan.Abah dan emak sudah pesan jangan melengahkan waktu solat.Lagipun waktu solat maghrib tidak panjang macam solat lain”nada suaraku kian perlahan.Aku memujuk.
“O,k.lah,kak dah ambil air sembahyang ke?serentak Luqman dan Syahirah bertanyakan soalan yang sama padaku.
“Dah.Cuma tunggu adik saja”jawabku pendek.
Aku menyarungkan telekung  sambil aku geli hati mengingatkan keletah adik-adikku.Sebagai anak sulung banyak perkara abah dan mak serahkan padaku.Aku sedar aku mesti menjadi contoh yang baik untuk mereka.Kalau tidak abah dan mak  mesti kecewa denganku.


Usai solat maghrib ,aku mengarahkan mereka agar mengambil Al-Quran.Aku kena mengajar mereka mengaji.Aku dulu pun emak ajar mengaji Al-Quran sehingga khatam.Kemudian bila aku di hantar ke sekolah agama ,sudah menjadi rutin kami  menghafaz surah setiap pagi Jumaat.Bila aku tamat pengajian  aku mendapat tawaran ke university Al-Azhar.Aku bersyukur kerana kedua ibu bapaku memberikan aku kebebasan untuk membuat pilihan dalam menentukan masa depanku.Walau pun kedua mereka tidak berpelajaran tinggi tapi aku bangga kerana emak sentiasa berfikiran terbuka .Emak selalu memberi pendapat positif bila aku meminta pandangannya.
Sekarang aku sudah berada di tanahair sendiri.Aku sudah sebulan balik ke kampung.Aku mahu adik-adikku menjadi seperti aku.Berjaya dalam pelajaran.Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab dan memahami perasaanku.
Dalam anganku yang panjang tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam.Syahirah berlari membuka pintu.aku menjawab salam seraya membuka telekung.aku menuju ke pintu.Terjengul wajah jiranku .Pak Su Lah termengah-mengah kepenatan.
“Ada apa Pak Su,Nampak penat sangat ni?”ujarku  sopan.
“Abah kau mana,ada hal penting ni”
“Abah dan mak  ke masjid.Selalunya waktu ni mereka dah balik.Mungkin sekejap lagi kot.Pak Su masuklah dulu”pelawaku.
“Tak apalah Pak Su nak cepat ni,Ummi beritahu abah   Pak Su datang.Ada hal .”
“Pak Su tak nak tunggu mereka balik.?”ulangku sekali lagi.
“Lambat pulak kali ni ,selalu kalau Pak Su ke masjid pukul 9.45malam kami dah bersurai.Ohhh..baru Pak Su ingat.Sekarang ada Imam muda.Ada ceramah panjanglah agaknya.Tapi Ummi jangan lupa beritahu  abah.Ada hal penting Pak su nak cakap”Pak Su pun melangkah pergi.
“Hal apa yang penting sangat sampai Pak Su tak nak tunggu abah dan emak balik?”soal Luqman yang berusia 10 tahun kepadaku.
“Entah,kakak pun tak tahu.Mungkin ada hal orang tua.”terangku semula.
Abah dan emak memang pulang lewat.Luqman dan Syahirah pun  dah mengantuk.aku temankan mereka tidur dengan membaca kisah sirah nabi.Bila aku penat bercerita keduanya sudah tertidur.Aku masih membaca  kisah sirah nabi yang terdahulu sehingga bila aku tersedar azan Subuh telah berkumandang .
Bila aku menyampaikan kepada emak dan abah mengenai pesanan Pak Su  semalam,abah hanya tersenyum.Emak menyatakan mereka terserempak dengan Pak Su di persimpangan jalan.Mereka pun sudah faham maksud Pak Su.

“Ada apa kat masjid semalam mak?Lewat benar  mak balik?”
“Imam baru datang tempat kita.Orang muda sungguh Sampai mak tak percaya bila dia perkenalkan dirinya.Teka berapa umurnya?”mak bertanyakan kepadaku sambil senyuman manis terukir di wajahnya.
“Mana lah Ummi tahu.Lagipun buat apa Ummi nak tahu”balasku sambil meletakkan teko air yang masih panas berasap tu.
“Kot-kot boleh buat menantu”tambah abah yang sejak tadi hanya mendengar emak dan aku berbual.
“Ehhh ,abah ni ke situ pulak.’aku  menokok.
“Kalau tenguk cara dia bercakap,berkhutbah tak ubah macam imam berpengalaman lama.Bila dia memberitahu  umurnya baru  27 tahun semua melopong.Abah pun macam tak percaya”
“Patutlah bila saya ke rumah  kenduri di hujung kampung tempohari banyak mereka berceritakan kisah Imam muda.Baru semalam dapat melihat orangnya.Memang sesuai jadi imam pun ,ilmu agama yang di milkinya amat dalam”mak masih memuji.
Aku  sibuk mengemas rumah.Sebentar lagi aku nak ke Bandar.Baru dua minggu balik ke kampung,aku   sedang mencari kerja yang sesuai dengan kelulusanku.Memang aku bercita-cita untuk menjadi peguam sejak  kecil lagi.Aku belajar di university Al-azhar dalam bidang  undang-undang syariah.Aku ingin membela nasib kaum sejenisku.!Mereka sering teraniaya kerana tidak mempunyai ilmu  untuk mempertahankan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.!
“Nak jadi peguam,aku takut kau terperuk kat dapur saja selepas keluar keputusan peperiksaan kita nanti’ejek Suhaimi padaku bila mengetahui cita-citaku.
“Kau jangan pandang rendah pada aku,aku akan buktikan pada kau satu hari nanti.Insya`allah kita tenguklah nanti”aku masih mempertahankan pendirianku.
“ala…orang perempuan,lepas dapat keputusan  tunggu SPMlah jawabnya”Suhaimi masih mengejekku.
“Apa SPM tu,aku  tahu maksud kau.Mi kau jangan  kritik aku sangat.Nanti kau terkejut beruk tau”balasku sambil mencubit bahunya.Kulihat Taufik hanya tersenyum.
“Kau tenguk Taufik ni,tak kisah pun aku nak jadi apa.Kau siang malam asyik nak kutuk aku.Kawan apa macam ni”
“Taufik ni  nak jadi Ustaz sebab tu dia tak subahat dengan kita dalam bab kutuk mengutuk ni.Tapi aku bangga la kalau Ummi nak jadi peguam.Sekurang-kurangnya aku ada kawan yang boleh membela aku bila aku ada masalah nanti.Tak gitu ke Ummi?”Tanya Nuraini bila aku dan Suhaimi asyik bergaduh fasal cita-cita.


“Banyak angan-angan pun tak guna ,yang penting kita mesti berusaha dan buktikan apa yang kita nak.Itu yang penting.Bukan macam kau orang.Pantang jumpa mulalah bergaduh macam kucing”akhirnya ayat keramat itu terlontar sinis dari mulut Taufik.
Kami semua terdiam.Terpaku.Taufik memang tegas orangnya.Tidak banyak bercakap tapi mudah tersenyum dan pandai berhujah.Tidak hairanlah setiap tahun dia memang dalam pertandingan pidato yang dia wakili di peringkat daerah.Kami semua kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaannya ketika berdebat.Kami juga satu kumpulan dalam setiap perbincangan di sekolah.Bila kami berempat mewakili setiap pertandingan yang di adakan  di sekolah guru-guru akan memilih kami sebagai asset penting bila ada satu-satu pertandingan akan di adakan.Nuraini bercita-cita menjadi doctor.Manakala Suhaimi ingin menjadi seorang jurutera dan aku sendiri ingin menjadi seorang peguam.Taufik yang bijak berhujah di pentas,depan ribuan mata memandang  masih berahsia dengan kami.
“Cita-citaku terpendam dalam diriku,sampai masanya akan ku buktikan”itu ayat power yang sering di gunakan bila kami ingin mengorek rahsia tentang cita-citanya.Suhaimi yang terkenal dengan mulut lasernya akan terus menyanyikan lagu “Biarlah Rahsia” untuk menyenang hati kami semua.kulihat Taufik mengerling tajam ke arahku!
Aku pura-pura buat tidak tahu,aku menganggap taufik memang sangat perahsia.Bila keputusan SPM di umumkan kami semua mendapat kejayaan cemerlang.Aku sendiri mendapat 12A 1.Aku  terus ke university Al-Azhar di Mesir dengan harapan yang jitu.Saat pendaftaran bermula tiba-tiba kulihat Taufik tersenyum ke arahku.Ahhh….perahsia betul orangnya!Bisik hatiku.
Aku seperti ingin segera menghubungi Suhaimi dan Nuraini.Untuk kejutan yang entah ke berapa kali  di lakukan oleh Taufik.Namun aku kena selesaikan hal lain dulu.Bergegas ke marhalah perempuan.Balik semula ke dewan dan mendengar taklimat.Kembali ke marhalah aku pun sempat bersms dengan Nuraini dan Suhaimi.
Aku  tahu Suhaimi sedang mengikuti kursus bahasa Korea di K.Lumpur selama sembilan bulan.Selepas itu bakal berangkat ke Korea untuk mengikuti pengajiannya dalan bidang kejuruteraan.Nuraini pula sedang bertungkus lumus  untuk mengejar impiannya sebagai seorang doctor.Aku hanya berkesempatan mengirimkan SMS saja pada waktu ini.Waktu terluang nanti aku akan menelefun dari kejauhan ini untuk mendengar sendiri suara Suhaimi yang selalu mengusikku dulu.Nuraini yang sering takutkan aku di malam hari tatkala melintas bawah pokok besar dekat surau asrama kami itu.
Aku  rasa tugasku semakin berat.Peperiksaan kian hampir.Taufik meninggalkan satu nota di dalam buku agamaku.Ku belek dan ku baca.Ringkas tapi penting.Di kuliah kami jarang dapat berjumpa.Bila aku masuk  ke perpustakaan saja dapat bertemu.Itu pun sekadar Taufik mengingatkan aku supaya jangan leka.Tapi mengapa hari ini setelah sebulan di sini dia meninggalkan aku sekeping nota.Nota berbunyi:



Ummi Sofea,
Masa sangat cemburukan kita.Walau pun kita dekat kurasakan amat jauh.Cita-citamu ku sanjung tinggi.Cita-citaku lebih bererti.Aku sentiasa doakan kejayaan menjadi milik kita.
Teman mu:Taufik Hidayat.
Kusimpan nota ringkas itu di dalam diari.Aku berilusi sendirian.Mengapa Taufik Hidayat meninggalkan nota ringkas ini di dalam buku aku?Bukankah dia mampu katakan padaku lewat pertemuan  habis kuliah?Sibuk sangatkah dia?Atau dia memang  egois dengan ku?
Aku teringat pada Suhaimi lalu segera mendail nombornya.Aku masih memikirkan tentang Taufik tapi secepat itu juga aku mendengar suara Suhaimi.Ceria seperti selalu.Aku gembira bila suaranya  mengisi waktu sepiku..Kami teman seperjuangan.Sehati sejiwa.Tapi kami saling menghormati prinsip hidup masing-masing.
“Ummi,walau pun sedang sibuk ni tapi bila aku dengar saja suara emas kau tu,aku rasa lapang dada.Kau macamana kat sana?Aku harap o.k. saja.Tapi aku lebih berharap kau selalu bahagia dan sukses .Apa macam dengan exam semester ni?”amboi mak banyaknya soalan,mana satu aku nak jawab.
“Aku  sihat,itu pun berkat doa kau juga.Aku baru lepas exam ni.Nuraini cakap  kau akan bercuti semester.Jadi kau balik kampunglah ya.Sebelum aku terlupa ,aku nak beritahu kau bahawa aku memang tak dapat balik cuti nanti.Kau tahu ,Taufik tu kalau bertembong dengan aku kat sini  bukan main sombong tau”luahku pada Suhaimi.
“Kau silap anggap macam tu.Baru semalam Taufik hubungi  aku.Katanya dia bangga  kau mendapat markah tertinggi dalam kelas.Malah dia kata kau sedang berlari dekat garisan pertama untuk menuju titik penamat perjuangan kita”balas Suhaimi lagi.
“Ohh…kau orang asyik mengumpat akulah ya.Kau tahulah perangai Taufik tu,perahsia tak bertempat.Ini siap tinggal nota ringkas kat aku.Dia perli aku ke?”aku cuba dapatkan reaksi Suhaimi.
“Itulah aku cakap dari awal dulu,dia suka kat engkau.Tapi kau tu yang degil.Kononnya aku saja nak lagakan kau.Aku rasa dia memang ikhlas sayangkan kau.Kau terima sajalah.Bukankah kita telah lama kenal dan berkawan?Aku tak nampak pun kekurangan yang ada pada Taufik,jangan tolak tuah Ummi”pujuk Suhaimi.
“Aku kan dah cakap dulu,selagi aku tak bergelar peguam aku tidak akan bercinta monyet.Buang masa”
“Tapi kau juga sayangkan Taufik kan ,Cuma kau tak nak mengaku saja”Suhaimi seperti menduga perasaanku.
“O.K.lah aku ada kuliah selepas ni.Kalau ada apa-apa aku hubungi kau semula”aku menamatkan panggilan sebaik saja Yanti temanku yang berasal dari Indonesia itu mencuit bahu.
“Telefon boyfriend ke sampai tak perasaan aku ada kat belakang?Ooo..rupa-rupanya kekasih hati pun ada kat sini.Siapa orangnya?Aku teringin nak tenguk .Sesuai tak bergandingan dengan orang secantik puteri ni?”usik Yanti sambil tersengeh.
“Mana ada,orang macam kita siapalah yang nak.Opps..sorry ya,sekarang masa untuk aku buktikan kemampuanku .Aku ingin berbakti untuk keluargaku.Ijazah yang bakal ku  genggam nanti adalah hadiah istimewa untuk kedua orang tuaku.Malah aku ingin menjadi contoh kepada adik-adikku.Biar mereka berbangga dengan kejayaanku.So,cinta-cinta ni tak mainlah..”
Tiba-tiba bunyi hon kereta di sebelahku mengejutkan aku.Aku beristighfar berulang kali.Aku mengelamun panjang rupanya.Nyaris melanggar budak yang mahu melintas jalan.Bila ku pandang sebelah kiri-kanan banyak mata memandangku.Mujur bunyi hon kereta yang kuat itu menyedarkan aku.Kulihat jam di tangan,11.30 pagi.Ku pandang semua resume di atas kusyen  kereta,sedikit berselerak.Cepat-cepat aku mengemas kembali.Susunan mesti betul.Baru kerja berjalan lancar.
Bila aku tiba di rumah,aku nampak seperti ada tetamu yang datang.Aku nampak sedulang air beserta pinggan kuih.Aku bergegas ke dapur sambil mengangkat dulang minuman tadi.
“Siapa yang datang mak?”
“Imam muda.”jawab mak dengan senyuman penuh bermakna.
“Imam muda,siapa?”
Ulangku semula.
“Imam yang baru bertugas di daerah kita.Kan malam tu semasa memperkenalkan diri abah ada cakap dia tertarik dengan perwatakan pemuda  tersebut.”
“Ya,abah tertarik kerana walaupun  baru setahun jagung usianya,tapi orangnya sangat matang.Penuh wawasan,merendah diri,berwibawa dan nampak sempurna sangat.Dia juga berpandangan jauh.Katanya dia baru  lagi  di tempat kita.Jadi kita mesti memberikan kerjasama yang padu agar setiap majlis agama dan muzakarah yang akan di lakukan di kariah kita akan berjaya.Kita patut berbangga bila pemuda zaman ini begitu Islamik pemikirannya.Sekurang-kuranngnya idea dan tenaga orang muda sepertinya mampu mengajak generasi muda sedar dan insaf.”panjang sekali penerangan abah sehingga  turut tersenyum lebar.
‘”Mak,abah.Ummi ada berita gembira untuk semua”
“Apa berita gembira tu,mak tak sabar nak dengar”
“Minggu  depan Ummi akan mula bertugas sebagai peguam di Kuala Lumpur”


“Syukur Alhamdulillah,moga Allah menberkati kehidupan Ummi.Memang itu cita-cita Ummi sejak kecil.Tercapai juga akhirnya”abah menadah tangan sambil melirik senyum  kepada mak yang kunampak ceria.Aku amat bahagia kerana itulah permulaan untuk aku membuktikan bahawa aku benar-benar berusaha dalam kehidupanku.
Aku menerima kenyataan  setiap manusia  ada hasrat tersendiri.Semua teman perjuangan kami berjaya  mengenggam harapan masing-masing.Suhaimi memaklumkan kepadaku bahawa sudah tiba masanya kami berdikari.Membalas jasa keluarga.Cuma Taufik Hidayat yang masih belum kami tahu ke manakah destinasinya.
Setelah setahun aku  berjuang di bandar besar ini,abah dan emak mula mendesakku untuk mendirikan rumah tangga.Baru tiga bulan yang lepas aku menhadiri majlis perkahwinan Nuraini.Sekarang Nuraini sudah hamil.Suhaimi sudah pun ada tunang.Aku?Masih sendirian menongkah arus.namun aku  rasa selesa begini.Desakan mak membuatkan aku berfikir.Bukankah aku masih mencari  Taufik Hidayat?Sengaja dia menguji diriku.Mungkinkah dia tidak mahu percaya aku juga sepertinya!
Kejayaan sudah berada di depan mata,mengapa dia masih merahsiakan destinasinya?Sejak pulang dari belajar,dia menjauhkan khabar beritanya.Kami semua tertanya-tanya  ke manakah dia menghilang.Nuraini dan Suhaimi menuduh aku sengaja menyakiti  Taufik .Mereka menyalahkan aku kerana aku menolak mentah-mentah cinta Taufik.
Aku benci pada sikap perahsianya.Egois.Memandang rendah pada keupayaanku.Malah menganggap cita-citaku untuk menjadi seorang peguam hanya mimpi di siang hari.Berat hinaan itu.Kukira dia cemburu kejayaanku!Sebab itu bila aku tidak  membalas nota  yang di kirimkannya lewat musim kampus dulu,dia mula menjauhkan diri dariku.Aku wanita yang tidak suka di hina.Aku mahu setiap kaum wanita  yang menjadi benih  keturunan manusia sejagat di hargai,di nilai dan di angkat mertabat semulia Siti Khadijah.Sekuat jiwa Rabiatul Adawiyah saat di uji musuh,sesuci Fatimah puteri kesayangan Rasulullah.Aku mahu taraf kemuliaan seorang wanita 1oo%di banggakan oleh semua kaum Adam.
Kringgg….kring…. bunyi nyaring telefun ini membuatkan aku cepat terhenti dari lamunan.Seperti selalu,emak memaksa aku memikirkan tentang jodoh.Kali ini emak berharap aku akan menerima lamaran  dari seseorang yang emak dan abah kenal.Tapi siapakah orangnya?
“Emak rasa  Ummi akan setuju kalau  emak cakap siapa orangnya”emak masih memujuk.
“Ummi belum bersedia lagi,Ummi rasa biarlah jodoh itu datang sendiri.Cinta bukannya boleh di paksa-paksa”aku berusaha memujuk emak.
“Tapi sampai bila  Ummi nak hidup sendiri?Kalau dah bersuami sakit-pening,susah senang ada orang temankan.Lagi pun tak guna wang ringgit banyak kalau diri kita tak ada teman hidup.Emak risaukan Ummi”terharu jua aku dengan kalimah akhir emak.
“Nantilah Ummi fikirkan,Ummi perlukan masa…”akhirnya aku cuba untuk membuatkan emak tenang.
“Ummi tahu kan ,pilihan emak dan abah ni tak akan silap .Dah tigakali  keluarganya datang merisik.Mereka Cuma tunggu jawapan Ummi saja.”kukuh juga alas an emak .
“Tenguklah nanti kalau ada masa Ummi balik.Tapi hati Ummi belum terbuka untuk berkahwin lagi”
“Jangan macam tu Ummi,hidup kita ni ibarat air laut.Ada pasang surutnya.Usia kau pun memang layak untuk berkahwin.Jangan sampai  jadi umpatan orang pulak”
Aku tidak peduli  dengan umpatan orang.Zaman sekarang wanita sudah berkerjaya.Berpandangan jauh.Melangkah maju seiring kaum Adam.Kehidupan satu evolusi yang selalu berubah.Kita berubah menuju kejayaan.Proses yang  aku tempuhi semasa aku belajar merupakan satu evolusi yang menuntut banyak pengorbanan.Aku mengorbankan  masa dan tenaga.Aku melupakan cinta demi sebuah cita-cita.Apa yang penting aku mahu buktikan kepada seorang lelaki bernama Taufik Hidayat aku sememangnya bercita-cita tinggi.
Aku akan menebus kembali penderitaan kaum Hawa yang sering di tindas.Di aniaya suami .Di dera tanpa kasih sayang.Aku mahu kaum wanita mempunyai minda kelas pertama di dunia global ini.Aku sudah berjaya dalam perjalananku,walau aku tewas mencarimu Taufik Hidayat.Jika aku bertemu empat mata denganmu aku akan katakan inilah tikanya cinta dan kasihku untukmu akan bersemi.Sengaja aku menduga kesetiaanmu!
Aku masih menyimpan nota ini:
Seandainya kita di ciptakan untuk menjadi satu,pasti satu ketika  kita akan bersatu.Namun seandainya kita di cipta untuk tidak bersatu ,walau dekat selalu ,kau takkan jadi kepunyaanku!Kata pujangga cinta letaknya di hati,meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali.Ia mampu  mempengaruhi fikiran sekali gus mengendalikan tindakan kita sehingga kadang-kala kita melakukan hal bodoh tanpa kita sedari.!
Wajarkah kebahagiaan yang pernah kita lalui bersama dulu kita lupakan begitu saja?Sedangkan jutaaan memori  indah bermukim di nubariku.Wajarkah kita gadaikan  kasih kita bila kita terlalu egois mempertahankan prinsip hidup kita?Wajarkah kita sama-sama menderita begini ?Atau mungkin kau berpura-pura menghilangkan diri semata-mata ingin menguji  kesabaranku?Hikporitkah dirimu?
Apa pun alasanmu aku tidak ingin membalas dendam.Taufik Hidayat…Jangan kau ulang kesilapan dulu.Semua kelukaan yang terpalit di hatiku sudah ku lontarkan jauh-jauh ke dasar yang tidak mungkin  engkau temui.Aku benar-benar  menghormati keputusanmu.Ingin merahsiakan  semuanya dariku.!
Aku memandu laju  kereta di lebuh raya ini untuk pulang ke kampung.Lagu-lagu puitis menemani perjalananku.Aku tahu  emak dan abah menungguku dengan penuh harapan.Sarat dengan impian.Mereka mahu aku menerima pinangan dari orang yang sangat mereka kenali.Walau pun aku sudah puas memberi beribu alas an desakan mereka membuatkan aku akur.Pilihan keluarga.Jauh di sudut hatiku,aku berdoa moga-moga Taufik Hidayat mendapat kebahagiaan.
Malam ini rumahku sungguh berbeza .Sanak saudara tidak henti –henti mengusikku.Akhirnya aku setuju juga menerima lamaran istimewa yang teramat rahsia kerana aku sendiri tidak  tahu siapakah lelaki yang emak dan abah pilih untukku.Kononnya amat secucuk denganku!
Aku sudah letih untuk memberi  alas an.Aku sudah penat berlari dengan  masa  mengejar bayangmu Taufik.Kali ini biarlah aku tewas dan kalah pada takdir.Aku menganggap jodohku sudah tiba.Cinta akan datang sendiri bila tiba saatnya.Kupadamkan memori  indah  bersamamu bila sebentar lagi aku akan menjadi tunangan orang.
Aku sungguh berdebar  bila rombongan pihak lelaki sudah tiba.Semuanya  berjalan lancar.Bila  Syahirah berbisik bakal abang iparnya sedang menuju ke bilik untuk menyarungkan cincin pertunangan aku rasa jantungku bergetar kencang.Aku terpaku saat memandang ke pintu .Taufik Hidayat tersenyum megah   sambil menyarungkan sebentuk cincin  berbentuk hati di jari manisku.
“Engkau permata indah yang selama ini bersinar  di hatiku.Hari ini aku ingin membuktikan aku lelaki sejati menyuntingmu buat menemani kehidupanku.Engkau  permaisuri cinta pertama dan terakhirku,Ummi Sofea”ayat keramat itu menamatkan  semua persoalanku selama ini,menoktahkan kerinduan yang tidak pernah hilang dari ingatan.Cinta kasihku tidak pernah surut untuk mu.Memori indah kekal di jiwa.Kalimah  sakti  berbisik tak mampu bersuara lagi.
Taufik  Hidayat,engkaulah Imam muda yang menjadi sebutan.Patutlah emak dan abah memaksa aku menerima lamaran   kali ketiga ini.Cinta yang ujud dalam sebuah  kehidupan sangat agung.”Maafkan aku Ummi Sofea.Aku tidak bermaksud menyakiti atau menghinamu dulu.Aku ingin kita sama-sama berjaya dan bahagia”
Aku memaafkanmu,cintaku mengalir dalam dirimu.Aku tersenyum malu walau  mula menyedari betapa setianya dirimu terhadapku.Cintamu berupaya mengubah diriku,duniaku dan aku menerimamu seadanya kerana kita di  takdirkan bersatu jua akhirnya………………..

Sekian,terimakasih.
Karya:Aziah daud.
P.Langkawi,Kedah.8April 08.



ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA