Tuesday, February 22, 2011

GERHANA MALAM.

Sekarang aku berada dlm zon tidak selesa.Aku sibuk menguruskan   hal-hal berkaitan perkawinan anak sulungku yang akan mnyambut ulangtahun kelahirannya pd 25.05 nnti.Kebetulan majlis perkawinan nya  pd 16 .03.Mujur ,anak sulungku telah mmbeli kesemua barang di sana.Di bawa pulang dn sudah  siap tersedia di depan mta.Hantaran,cincin,baju pengantin semuanya di uruskan sndiri.Malah rumah sewanya rm 300 sebulan sudah lengkap dgn perabut...
Kami ke pejabat agama..semuanya brjalan lancar.Alhamdulillah,semuanya dgn doa yg sering kuamalkan:wahasbunallahuwani'akwakil,walahaulawalaquwatataillabillahila'liyyil'azim..Aku mula penuhkan handbegku dgn kad jemputan kawin,telefunku sntiasa berdering..mmbuat dn menerima panggilan.Semuanya mengucapkan "tahniah"-Alhamdulillah.aku menghubungi kawan-kawan lamaku...dn sms kuterima dr seseorang!
JEndela waktu telah terbuka
Gerabak sejarah lalu  tersingkap jelas di mata
Pengalaman  di zaman silam Nostalgia yg bergelora indah di jiwa


Seperti cinta pertama
Pertemuan  mmbawa resah di jiwa
Menjalar dn meresap ke hati
Membekas parut mnjadi  racun berbisa

Angin Barat berbisik
Bertemu hanya dlm mimpi
Selangit hujan yg kan turun
Melimpahkan Tsunami
Mengalirkan sungai airmata


Kuterima sms tajam penuh sinis..mgungkit kisah 30 tahun lalu.Ingin kudiamkan tapi hatiku tdk rela.Aku perlukan waktu.Akhirnya aku mmbalas sms  yg sgt bermakna itu.Ingin kuceritakan segalanya..tapi ini bukan masanya!
Ingin kutuliskan kisahku..aku bimbang akan menganggu emosiku..ingin ku menulis cerita kasihku tapi jiwaku menolak.Kupandang  peti e-melku..berulangkali...jiwaku mengalah.sms yg di kirimkan mengusik hatiku.Bila ruang ku kosong,laman sembangku kian menyepi aku mgambil keputusan.Kubalas sms yg berulangkali.Ayatnya   ..aku bukan bidadari..maka aku berharap dgn penjelasanku kau akan mengerti.

Pintu masa lalu telah tertutup
Pintu masa depan belum terbuka
Hari ini aku berusaha mndapatkn yg terbaik dari pemilik cinta yg abadi..
Dalam sejuta kisah
Ada cerita hakiki
Tentang hati ini...
Aku tdk akan menangis dgn fitnah ..kerana manusia yg mmbuat fitnah sanggup mmbunuh..aku terima untung nasibku setelah aku menyedari betapa hebatnya pmbalasan Allah terhadap jiwa yg berhutang dgnNya!Smsmu  juga  menyimpan seribh hasrat.Tapi biarlah kukatakan bahawa  telah kupatahkan segala hasrat saat aku mnjadi kepunyaan org lain.Aku tdk mahu terbang keseorangan di awan..kerna aku ada  serang suami yg sanggup berkongsi susah senang ku.Justeru,ingin kuceritakan bahawa jika manusia di dunia ini  mengagungkan sebuah cinta dlm perkawinannya..dia rela berkorban segalanya..maka kehidupan rumahtangganya penuh sakinah,mawaddah dn rahmah Allah.Itu sudah memadai bagiku...

Dan kuterima lagi sms dari sesorang..mengapa aku bernikah dgn org lain?
Aku senang sekali mmbari jawapan:kerana cinta  tdk akn berjalan  beriringan  bersama kata bersyarat..tiada yg mampu mmadamkan  api yg menyala  di dalam hati ku..kerana aku sebenarnya mncari keredhaan Allah s.w,t.Jgn menyoal aku dgn soalan bukan-bukan..aku akan mnjawabnya walau secara diam.Fahamilah bahawa  aku ingin menutup lembaran silam dgn hati yg rela..
Aku tdk akan bersedih dgn fitnah itu..Bukalah helaian memoriku..sesungguhnya takdir telah menyebelahi hidupku.
Gerhana malam yg memalitkan kisah penuh nostalgia itu adalah igauan dn harapan yg tak pernah kesampaian..Terzahir rahsiaku satu persatu,sakit masa lalu telah sembuh di ubat waktu.Sebelum dn sesudah itu aku mncari kunci bahagia..sehingga dinihari telah menyimpan semua memoriku
Jiwa yg berdendam
Adalah penuh kekotoran
Dosa tersangkut di dada waktu
Bagaikan debu-debu di gurun
Tersisa rasa curigamu
Mengoyak mimpi indah semalam
Desir-desir angin berbisik
jgn menangis andai masih sayang
jgn  merindui  hak kepunyaan orang
Cinta bukan satu dosa
Dosa nya hanya mencintai hak org lain
Mengkhianati org yg kita sayang


Akhirnya kubebeskan burung di ikatan
Kubiarkan ia terbang bebas
Kerana aku tahukekuranganku
Mnjadi perbezaan terbesar dlm hubungan kita
Bertemu hanya dlm mimpi
Biarlah waktu sendiri menceritakan apa yg telah terjadi..........
Dlm tangis bulan yg mnrindukan sinar bintang,aku mndoakan kebahagiaan keluargaku.Jika hidup ini ibarat satu lagu,akan kunyanyikan dgn melodi indah mndayu biar meresap ke jiwamu.Andai  hidup ini satu misteri,aku rela menyingkapnya dgn tanganku sendiri..biar terbuka segala hijab..Andai hidup ini satu gurauan ,akulah akn mnjdi penghiburmu..Andai engkau menangis,akan kukirimkan senyuman tulusku biar kau senang dan ketawa..Andai malam ini  bisa berbicara,biarlah aku berterus-terang:telah kulupakan kisah dulu.Aku hanyalah sebutir pasir di gurun sahara..berdebu..kurang bercahaya!
Ternyata di hatiku masih ada  emas perhata.Aku punyai segalanya yg kusyukuri nikmatnya setiap waktu.Bertahun mmbina kepercayaan aku tak akan menghilangkannya dlm satu saat.Aku memiliki waktu yg terbaik mmbina rumahtanggaku.Aku memaagkan kesemua kesalahan org lain terhadapku..Aku memahami bukan semua  peluang akan jatuh ke riba..waktu saling cemburu keberadaanku..perpisahan dgn org yg kita sayang meengajar aku memahami bahawa hidup ini bukannnya mudah seperti mmbaca abjad!
Bulan yg mengambang penuh di langit akan belayar dan ia akan meratap hiba seteklah  menyaksikan sekian banyak   penderitaan yg mnimpa umat manusia sehingga mereka melara jiwa..alam pun berbisik mungkin bumi juga kan menderita..Renunglah ke langit,beribu persoalan akan muat penuh di gedung akal fikir kita.Kata pendeta jika jiwa dn hati kita resah,segala yg indah nmpak pudar..
Akhirnya kulupakan sms itu,zon selesa ku turut berubah.Aku mesti siapkan persiapan perkawinan anakku."YaAllah,pohonku kurniakanlah kpd aku seorang putera yg mmbahagiakan  hatiku  di masa tuaku.serta jadikanlah  ia pewaris dn penggantiku"-doa Nabi Zakaria.
Ia adalah rahsia utk satu kebenaran.Rahsia cinta yg telah di takdirkan untuku.Deria batinku mengatakan  ikatan emosi kami bersatu.ketika dahi menyentuh sejadah CINTA..berjumpalah di surga!Airmataku tumpah  saat berhadapan  dgn mujahadah cinta.Dimensi tauhidku pun bergerak  laju mncari pemilik cinta sebenar..yg memegang kunci syurga!!!!!!!!!!!!
Ya Allah,Tuhan yg  memiliki jiwa-jiwa  dan alam ini:
Pinjamkan aku kedamaianMu-Innallahama'as sobirin(Allah  beserta dgn org yg sabar).


Kita tdk bisa  mengubah apapun  yg telah terjadi  di zaman silam tapi hari ini dn esok kita berjanji akan merencanakan  yg terbaik demi kehidupan di masa depan.INSYA'ALLAH....................
Always look at what  you have left
Never look what you have lost
(lihatlah selalu pd semua  yg anda wariskan)
(Jgn  melihat pd semua yg telah hilang dari kamu)-Robert H.Schuller.

 !

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL.

Setiap hamba memiliki Tuhan yg pasti akan ia jumpai,dn rumah yg kelak akan di diami.Maka hendaklah  ia mnjadikan TuhanNya redha kepadanya  sebelum ia mnjumpaiNya.Dn menghias rumahnya  dgn baik sebelum ia pindah ke sana dan menempatinya(menhuninya)-Ahli hikmah.
Rahsia usia berada dlm genggaman takdir.Kelahiran bermula.Kematian mengakhiri puncak segala kenikmatan.Abad demi abad,berkurun lamanya kita  menerima nur Islam.Nabi terakhir zaman telah meninggalkan kita pusakanya:sunnahku dan Al-Quran.
Sejarah tidak pernah berakhir tentang kebangkitan Islam.Bagaimana Rasulillah berjuang utk memastikan umatnya mndapat petunjuk Allah.Muhammad-seorang yg terpuji.Malaikat menyeru:bahawa laknat Allah  tertimpa ke atas org yg berbuat zalim.-44(AlA'raaf).
Tidak mustahil perkara yg buruk juga terjadi di kalangan org baik,Kerana itu kita berlawan utk kehidupan kita.Setitia airmata yg bertaubat akan mndapat nilaian Tuhan.Setitis tinta yg menitis akan menceritakan segalanya...sebatang pena akan melahirkan jutaan ayat..dapat menulis falsafah..kadang-kadang dgn sebatang pena  kerajaan yg kuat  boleh rebah!
Sejarah  Nabi Muhammad S.A.W.mmbuktikan keagungan Islam.Perjuangan,peribadi Baginda sejak kecil menyerlah sehingga perjalanan nya di lindungi malaikat dgn awan -gemawan..Dlm laman sejarah tercipta betapa hebatnya  pemimpin agung kita  memilik keperibadian yg tiada tolok banding.Sehingga nafas terakhir baginda masih mahu jaminan dr Allah bahawa setiap umatnya akan masuk syurga..kasih sayang  dan cintanya mendorong ummah bersatu.Berselawatlah sebanyak mampu kerana ia akan membantu kita dlm mndapat syafaat  ketika meniti titian silatul rahim nanti...
Setitis airmata taubat mampu memadamkan api  yg menyala di neraka.Usunglah iman ke mana saja..Tuhan telah memilih Muhammad sebagai pemimpin dunia yg menyuntik cahaya keimanan dlm jiwa setiap anak Adam.Jiwa seorang mukmin akan lembut dn berkasihsayang dgn hidayahNya.Moga Allah akan terus  mmberikan  nikmat utk kita semua....Sabda Rasullullah:Dlm diri manusia  tersimpan segumpal darah.Bila darah itu baik maka baiklah jasadnya  dn kelakuan manusia.Bila darah itu buruk maka buruklah semuanya.Ingatlah itu adalah hatimu.
Hayatilah lima perkara ini:
1.Sihat sebelum sakit
2.Lapang sebelum sempit
3.Muda sebelum tua
4.Kaya sebelum miskin.
5.Hidup sebelum mati.
MAN LA YARHAM,LA YARHAM.
HB Tabrani -Sabda Nabi S.A.W.:"Ujian yg paling berat di timpakan kpd Nabi-Nabi kemudian para aulia,ambiya' di ikuti kemudiannya  menurut keimanan masing-masing.
SALAM MAULIDUR RASUL UTK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.SEGALANYA TERJADI DGN IZIN ALLAH S.W.T.

Thursday, February 10, 2011

MENUNGGU MATAHARI MAC.

Matahari bersinar terang di pagi Jumaat yg barakah ini.Penghulu segala hari datang seperti selalu.Merakam pelbagai memori.Terkadang jiwa sarat dgn emosi.Namun pagi Jumaat yg gemilang ini bertambah serinya saat ku mndengar cerita sirah Nabi terulung dn terakhir-kisah Rasulillah.12Rabiul awal 1432 Hijrah-kelahiran  seorang Nabi penyelamat dunia dn umatnya!
Tidak ada erti jika kita kaya
tetapi mmpunyai jiwa yg miskin
Rumah yg lapang tetapi mmpunyai hati yg sempit
Berpengetahuan tinggi tetapi mmpunyai budi yg rendah
Berpangkat tinggi namun selalu di benci orang
Rumah yg indah seperti istana tetapi hati sentiasa susah
Harta yg banyak tetapi badan selalu sakit-sakit

Bagiku  semua kekayaan dunia hanya  perkara biasa.Mensyukuri nikmat Allah dgn hati yg  ikhlas dn menerima takdir yg di tetepkanNya dgn penuh keredhaan.Itu sudah memadai..Sangkar tetap sangkar meskipun di perbuat dari emas!

Kadang-kadang istana yg berdiri kukuh dn nampak indah menawan itu menyimpan cerita lara.Penuh duka!kebiasaanya kita meletakkan sesuatu pd kedudkan yg tinggi drp sepatutnya.sering tersalah sasaran dlm mmbuat andaian..jauh dr landasan yg betul.cabaran yg menanti di depan amat besar..seperti gelombang di lautan luas.Bergelora.....walau seribu mata memandang ketika kaki melangkah,jgn merasa longlai.Hanya satu niat di hati moga langkahan itu mndapat berkat dr Allah!
Di manakah kita meletakkan hati nurani kita saat menatap satu penderitaan?
Akan simpatikah kita bila orang yg di depan kita sedang menangis menatap untung nasibnya ?
Adakah ihsan di hati setiap kita bila  melihat org lain mengemis mengharap sedikit huluran  kita?
Ikhlaskah kita utk memberi kala ada jiwa yg lebih menderita ?
Di manakah kita meletakkan hati nurani kita  bila menghadapi semua saat kesulitan dlm hidup ini ?
"Ketahuilah sesungguhnya hidup di dunia hanya permainan ,hiburan,perhiasan, dn saling bermegah antara kamu dn  pengumpulan  harta dn anak-anak sama sperti air hujan  yg mengejutkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya ,kemudian ia mnjadi kering lalu ia melihat ia mnjadi kuning ,kemudian ia hancur.Dan di akhir seksa yg kuat  bagi org kafir  dn ampun dn keredhaan drp Allah(bagi org mukmin).Hidup di dunia tdk lain hnya  kesukaan tipuan"-Al-Hadid:20.

Apa yg ada di tangan kita belum tentu lagi akan mnjadi milik kita.segala kemungkinan boleh mengubah apa yg kita ada.Bersediakah kita menghadapi semua kenmungkinan itu?kta-kata berguna dr seorang yg menyayangi kita  satu keyakinan.kta-kata musuh  menuju kemusnahan.Musuh tdk pernah berhenti utk menjatuhkan kita..berhati-hatilah..cemburu melihat kejayaan org lain boleh di ubati dgn berusaha  tetapi jika org itu berdendam ,jiwanya penuh kekotoran.Telah bersarang di mindanya  api..ibarat dlm sekam-sekalipun tdk berupaya mmbakar org lain tentunya diri sndiri yg terbakar.Mestikah kita menyimpan dendam?

Bijak pandai berhujah:memikul batu  yg besar tdklah  seberat mmpunyai akhlak yg buruk.
Yg memnita tdklah semestinya papa
Yg mmberi tentunya tdklah kaya
Yg indah hanya sementara
Nikmat dunia tdklah  kekal selamanya..
Pengubat hati yg sebenar adalah jiwa yg tenang,jiwa yg suci bersih..
Kejayan yg kukuh  ialah akal
kemiskinan  yg paling besar ialah kebodohan
keburukan  yg paling  mengjengkelkn ialah terpesona  diri sendiri
Semulia-mulia kemegahan ialah akhlak yg baik...
Genggamlah bara biar jadi api..cintailah kehidupan dgn muhasabah diri selalu.kalau sekadar kita kehilangan pekerjaan atau kekasih ,dunia belumlah kiamat lagi!
Selagi berdaya dan bernyawa,ubahlah nasib kita dgn berusaha.Di mana ada gula pastinya ada semut mengerumuni.kenyataannya hari ini kita sedang berusaha utk mmbina kehidupan baru..Masa lalu adalah perisai  atau senjata utk kita berlawan mmerangi kemiskinan.Cacat hidup di masa silam hnya satu kenangan.Bumi  akn selalu di timpa hujan..lautan dalam jua sering bergelora.jgn biarkan kudis itu merebak sehingga m di jankiti kuman..fokuslah dlm mmbina kehidupan..masa lalu hanyalah sebahagian dr catitan kehidupan kita.Jika kehidupan masa lalu byk mmberi manafaat,jadikan ia satu inspirasi utk terus maju.Andai masa lalu hanya  mmbuatkan kita lalai,lupakanlah...biar waktu yg menhukum kesipan dulu..ia satu pengajaran utk kita ..ia satu sejarah...semata-mata  mengajar kita erti hidup!!

Menunggu matahari Mac.

Masa sering  berputar  pantas meninggalkan aku 
Berlalu pergi sehingga aku tdk menyedari
Dingin dan beku sebuah memori
Terpahat kukuh di sanubari..
Menunggu matahari Mac
Setitis harap mengalir sejuta bahagia
Untuk wanita terpilih 
Segelas madu kuhulur buat pengubat hati
Kasihku seumpama melur kembang pagi
Harum dan wangi sehingga  dinihari


Perang-perang si bulan bersinar
Menyapa awan-gemawan menghulur salam
Lembut jari-jemari bertaut
Bunga cinta telahpun berkembang
Rerama telah pun terbang tinggi ke langit
Kucari mu dengan bahasa rindu
Kuundangmu dengan  kerelaan di jiwa


Kudaki tangga malam
Kulepaskan ikatan burung 
Suasana indah bulan mengambang
Dapat kurasakan hangatnya cintamu
Kakiku terus melangkah 
Mencari di mana diriMu


Suram-suram sinar bintang 
Namun masih bersinar lagi 
Menyapa jiwa ,membisik kalimah sendu
Di manakah kekasih yg kupuja
Inginku sampaikan bicara
Menunggu mtahari Mac
Adalah satu janji setia seorang pemuja
Mengikat hatiku untuk selalu dekat denganMu....


Andai kita sanggup korbankan harta,kedudukan ,pangkat dan nama dlm mengekalkan cinta dn kasihsayang sesama kita,itu bukan satu jaminan bahwa segalanya mmpu kita miliki..
Kehidupan ini umpama bunga
Madu itu lambang cintanya
Cinta itu adalah madunya-HAMKA.
"Wanita tidak di ciptakan utk di kagumi  oleh semua lelaki tetapi sebagai sumber  kebahgiaan seorang suami."
Kebiasaan manusia jika jauh mncari suku ,jika dekat mncari kerinduan.Tanya menanyakan asal-usul  sehingga dapat  di ketahui pertemuan darah,baik dekat mahu pun jauh.
Sudah mnjadi kebiasaan org Arab menanyakan dr kabilah mana .Adnakah atau Qathan lalu di sebut kn Quraisy,di sebutkn susur galurnya Bani Umaiyyah atau Bani Hashim.Dgn demikian dapatb  dpt di tentukan pertalian Arham(keluarga)-HAMKA.
Jika awan melindungi mtahari jgn meratap kerana nanti akan menjelma  pelangi dn kalau langit  bagaikan runtuh jgn  menangis kerana itu hnya sebuah mimpi.
Jika kita menyayangi seseorg  biarkan ia pergi.kalau ia menyayangi kita ,ia pasti akan kembali lagi.........

Friday, January 28, 2011

SALAM SEJAHTERA.

Sudah tiga hari aku dn suami berulang alik ke hospital.Tentunya hospital adalah tempat terbaik utk merawat pesakit.Melangkah masuk ke hospital,aku mmbayangkn pelbagai situasi.Dulu semasa aku masih kanak-kanak,ubat dn hospital adalah "musuh utama".Sehingga  aku pernah terlantar,terbaring begitu lama di atas daun pisang.Ketika itu aku belum bersekolah.Mana ada hospital...berubat secara tradisional.Mengikut cerita silam,ketika ibubapa ku sudah hilang ikhtiar utk mengubati penyakitku,ada seorang lelaki tua yg menawarkn ihsannya utkku.Alhamdulillah aku sembuh dari derita penyakit itu.Sejak itu  ibu selalu menyuruh aku memanggil bapa kpd  orang tua tersebut.Malang nya  selepas itu  "bapa angkatku"telah kembali ke rahmatullah.Moga rohnya bersama org yg di janjikan syurga  oleh Allah Ta'ala.Kakak ku selalu menceritakn kisah ini bila kami bersama.Malangnya aku gagal menyimpan lama kenangan itu..aku  masih kecil ketika  peristiwa itu berlaku.Otakku tak mampu menyimpan memori yg sebegitu awal di minda..cuma sesekali guarauan mereka menyebut:umur  ku masih panjang.Mereka mnjangkakn aku  tdk akn sembuh lagi.Semuanya dgn izin Maha Pencipta.Zat yg Maha Kuasa!
Kemudian ketika  aku kenal abjad abc,aku dn saudara berlari nakal ke rumah arwah tok ndak..dlm kampung kami  tok ndak terkenal kerna siang mlm asyik kumpul harta..zaman itu anjing adalah binatang peliharaan utk melindung harta benda.Ketika aku leka berlari ke arah sebtg pokok asam yg sgt rendang,tiba-tiba  anjing mengejar kami.Bertempiaran kami lari..malangnya aku terjatuh,ibu anjing yg baru beranak menyangka kami akn mengambil anaknya,naik berang dn mengigit  lututku.Luka yg sgt dalam sehingga memaksa aku sengsara begitu lama..parutnya masih kekal sehingga hari ini .Dlm proses penyebuhan setiap hari tempat luka yg terkoyak dlm,di tuam dgn air suam.lap sehingga kering dn sapu ubat.Berbulan lamanya aku dirawat oleh mak..dn mak  menyatakan aku seorang yg tegar dlm menahan sakit.Aku tdk pernah lupa bila arwah emak mengatakn badan kecik tapi kuat  tahan sakit...dn aku rindukan tangan mak utk menyapu luka  jika fizikal berdarah.Sumpah..sehingga kini aku masih terkenangkn semua jasa mak...kerana arwah mak selalu melebihkan aku dlm segala hal!Aku  tak makan pisang..mak akan memasak makanan utk aku berasingan bila ada menu berunsurkn pisang...
Bila musim menuai kami sekeluarga bermalam di swah..aku teringat bagaimana sejuknya  ketika bermalam dlm pondok yg di perbuat dr jerami..telaga yg arwah bapa  gali mengairkn air yg sgt jernih.Siang akmi bergelut menuai padi...tiada teknologi canggih sperti kobuta atau jentera mesinpadi.yg ada hanya riuh rendah kami  adik beradik berebut sabit,guni, tong dan jerami.Balik sekolah terus ke pondok di sawah..tukar baju kami terus  bergelut dgn ikan keli,haruan ,sepat dn tuna.Gunung Raya mnjadi saksi kemuncak kedua ibu bapaku mncari rezeki sesuap nasi utk kami seramai sembilan beradik...Gunung Raya juga mnjadi pengubat hati ketika bulan sedang mengambang penuh di langit.Jerami di baka,arwah ibu dn bapa sibuk mmbanting tulang empat kerat  ...dan harta itu pusaka itu kini mnjadi milik  kami semua....aku teringat di malam yg di buai angin berpupuk sepoi ,kami menyalakan api..mmbuat bertih beras yg kami kerat ketika padi sedang elok menguning..dn kukatakan di abad  tercanggih,bertih itu di panggil"Pop corn"..anakku terlopong.ternganga dgn cerita kuno ini!
Dan sesungguh bukan  gurauan nostalgia ini...aku  berjalan mengikuti arwah ibu mengutip getah dlm kebun.terjatuh bila terpijak akar yg kuat di depanku.Ketika kanak-kanak lain sibuk bermain aku dn arwah ibu penat menyelusuri lorong demi lorong  mengutip getah.Tak pernah aku merungut pada arwah ibu melainkan aku mnghadiahkan senyum jika arwah ibu memandangku....dlm panas atau hujan aku akur mengikuti pesannaya.Masak makanan dn hantar ke sawah...byk jiran yg "berderau" dgn mak menanam padi sudah kelaparan..aku meniti batas demi  batas dgn mangkuk tingkat penuh dgn makanan...sehingga aku kenal erti kudrat.yg menyapa..tanah moyang yg di tinggalkn.Pusaka yg mesti di pertahankan!
Aku di bawa kesana-kemari oleh moyangku...ke ladang,ke swah dan ke kebun....dari situ aku tahu pusaka turun temurun  itu adalah hak milik keturunan kami....
Sehingga kini aku masih terkenang kn semua memori itu..kta arwah ibubapaku,zaman perang Jepun meninggalkan sejuta sengsara..mereka telah melaluinya...sebab itu kedua arwah ibubapaku butahuruf...namun arwah ibuku tdk buta dlm mmberikan kami ilmu didkan,kasihsayang dn tunjuk ajar...setiap malam sewaktu  zaman remajaku,aku mengajar arwah ibu mmbaca Al-Quran.Setiap malam aku  memulakan bismillah..aku mulakn dgn ayat huruf aliff,ba dan tha..suatu malam arwah ibu  menyuruh aku mengajarnya surah Yassin..zaman perang,zaman  dulu  mereka tiada  tempat dn peluang.Jadi dari bilik atas,bila arwah ibu usai solat Imsya" aku mula  bismillah...arwah mak mula menghafal surah Yaasin..aku mengajar penuh hemah..sedaya termampuku...semalam sebariis ayat...sehingga berbulan lamanya.Seperti aku belajar mengaji  di usia  setahun jagung dulu...aku tdk pernah penat bila arwah ibu bertanya:"DAh ngantuk ke?Aku tetap mengulang surah Yaasin sehingga akhirnya arwah mak lulus...dpt menghafal surah Yaasin sehingga habis.Alhamdulilah...masa tu aku belum kawin lagi...segala kemahuan arwah mak kuturut.Bagiku,arwah mak adalah NADI dn JANTUNG keduaku...aku tdk pernah lupa lambaian mak ketika aku dn suami akn berangkat ke Sabah ...aku mendukung anak lelaki pertamaku yg berusia lima bulan,menaiki trak dan perlahan airmataku jatuh ketika arwah mak memanggil namaku...trak berangkat pergi menuju pelabuhan P.Pinang.Kami 9RAMD   manaiki kapat"SERI MALAYSIA".Dlm perjalanan hampir tiga hari itu,hanya wajah mak yg ada di mataku....
Ketia rwah mak jatuh sakit dn tinggal dgnku..kerana kami sgt akrab..arwah mak mahu aku menyuapnya makan..semasa di hospital arwah mak tdk mahu makan kecuali aku yg mmbwa makanan yg aku masak sendiri di rumah!Aku juga  sedih bila makanan yg di bawa oleh saudaraku tdk mahu di makan malah menunggu aku datang...bila aku melangkah masuk ke wad,dia  menyebutdn tersenyum ke arahku.Konon sudah lapar...padahal  sudah byk tupperware di sampingnya!Emak,aku menyuap makanan dgn penuh kasihsayang..aku memegamg tangan mak dgn sejuta harapan:"Ya Allah,sembuhkan emak,jauhkan lah segala derita darinya dn aku melihat emak semyum utkku.Aku berdoa moga emak cepat sembuh agas kami dpt mengulangi semula kenangan yg selalu mmbuat aku leka saat bersama mak".
Jikka aku mampu aku mahu menanggung semua penderitaan mak.Aku mahu emak sentiasa senyum..kerana senyumannya satu kekuatan utk kami sekeluarga..akhirnya aku mengakui kami sekeluarga adalah menjunjung kebahagiaan mak di dunia  hingga di akhirat-
Ketika kami melangkah ke hospital,aku akn menziarah semua  yg kukenal...dlm hati aku berdoa :setiap penyakit ada ubatnya.setiap kesusahan ada kesenangan.setiap kelukaan ada kesembuhan melainkan MATI.Tiada janji yg mengatakan setiap dari kita akan kekal menghuni dunia ini.....
"Apabila akhirat dlm hati,maka akan datanglah  dunia menemaninya.Tapi apabila dunia ada di dalam hatimu mka akhirat tdklah akan menemaninya.Itu kerana akhirat mulia dn dermawan,sedangkan dunia adalah hina-"Abu Sulaiman Ad Dorani.
Makin byk kita mmberi,makin byk menerima dn berpunya.Kerana itu aku mersa selalu ingin mmberi sehingga arwah mak mengatakan aku tdk pernah akan senang.Makanya aku pantas mnjawab"asalkn hatiku senang dgn mmberi" arwah mak malas bertikam lidah dgnku.semulajadinya aku begitu...
Menatap matahari tdk pernah dingin 
Menatap bulan tdk pernah gelap cahayanya
Mandi di sungai  yg tdk pernah kering 
Berenang di lautan  tdk pernas lemas
Semuanya mmberi manafaat...
Kehidupan tdk pernah mati dgn mmberi
Bersedekah dgn seikhlas hati
Bukankah hidup dn pemberian ini adalah satu anugerah?
Kekayaan,kemewahan harta yg mnjadi milik kita
Akan bermakna saat tangan kanan mmberi
Tangan kiri tdk mengetahui
Berkorban dan memberi adalah satu kemuliaan yg hakiki
Jangan lah merasa untung dn rugi 
Kerana  musuh kehidupan yang paling nyata adalah sikap tamak yg bermukim di hati...........
Salam Sejahtera.rawatlah hati cegahlah  penyakit sebelumparah.JaNGAN  biarkan penyakit iut datang lagi.
Tidak ada kenginan yg lebih besardrp seorang mukmin kecuali mmpunyai hati yg suci dn bersih.Hati yg bersih akan meuntun kita ke arah kebaikan.IA penuh bercahaya,di sinarinya dgn kemuliaan.Sabda Rasulilah:"Itu adalah hati yg bertakwa.lagi bersih yg tdk ada di dlmnya penipuan,sikap melampaui batas,tipudaya,khianat dn dengki"-Ibnu Majah.
Hati yg cemerlang mampu melihat alam ghaib.kerana setiap hati yg bersih adalah anugerah Allah.
Banyak org berhias wajah dn tubuhnya..
Padahal wajah dn tubuh akan mnjadi fitnah makanan syaitan
Dan hanya org-org  yg mndapat hikmah  yg menghiasi hatinya dgn TAQWA.-kata-kata hikmah.
Sejahteralah hati kita...

Monday, January 24, 2011

SUARA JIWA.

Semalam aku bermimpi.Berada dlm satu taman yg sungguh indah dn cantik sekali.Aku terpaku dgn mimpi yg begitu indah..aku terleka..bila aku tersedar solat subuh kian di penghujungnya.Astaghfirullahala'zim.Tuhan:Lahaula walaa quwwata illa billaahil'aliyyil 'adhiim.
Mimpi yg indah,asyik dan aku tenggelam dlm pesona ilusi..dulu ketika arwah ibu baru meninggal(lebih kurang seminggu )aku  bermimipi sepserti itu juga.Berada dlm taman yg luas,saujana mata memandang.Sehingga kini aku tdk dpt mmbayangkn keindahan itu secara nyata..taman  yg sgt menarik sehingga tercium wangi bunga yg mewangi mengenmbang  di ruang kamar ku.Mimpi apakah ini?
Mimpi  yg penuh kebenaran ialah mimpi seorang Nabi.Mimpi Nabi Ibrahim A.S.adalah mimpi  yg penuh barakah.Nabi yg sentiasa bertasbih dn berzikir sepanjang waktu.Dlm usia setua itu blm di kurniakn seorng pewaris.Zuriat yg bakal menggantikan keagungan seorang aulia..sarah yg mandul dn tersangat tua.Siti hajar yg telah memberikan persembahan dari Tuhan utk Nabi Ibrahim A.S..Berita yg di bawa oleh malaikat  cukup menggoncangkan jiwanya...jiwa yg telah lama mengharapkan tangisan seorang bayi..bayi yg sgt luarbiasa...mmpunyai keberuntungan dn sejarah yg terpahat sehingga kini!
Itu mimpi seorang Nabi...penuh kebenaran!
Bagaimana dgn mimpi ngeri?
Aku pernah bermimpi tentang Tsunami...tentang perang yg memusnahkn harta dn jiwa manusia.Sehingga bangunan yg gagah sperti pencakar langit runtuh menyembah bumi.Rebah dan musnah padahal ia di bina dgn struktur fizikal yg sgt kukuh.Asas yg sungguh megah.Kuasa Allah Ta'ala  hanya dgn KUN PAYA KUN-tiada yg seupaya  menandingi kehebatanMu.
Begitu lah mimpi-mimpi mewarna malam  kita.Seeblum tidur,ambil wuduk .Amalkn mmbaca surah 3 Qul.Di sertai juga dgn Ayatul Kursi.Mimpi Ka'ab yg di ganggu jin Ifrit-berakhir godaan dahsyat itu sgt Ka'ab mengulangi ayat akhir  yg berbunyi"Walaa yaudluhifluhumaa wa huwal 'aliyyul'aziim"
bacalah berulangkali saat di ganggu dgn mimpi menakutkan seperti itu.
Jin Ifrit telah hangus terbakar dgn Firman Allah yg tertulis di ayatul Kursi.Terpelihara  dirinya dan keluarganya,anak-anak,,hartanya,rumahnya  dari kecurian,kebakaran  dan kekaraman.Keselamatan dn kesihatan jasmani akn terpelihara  dgn izin Tuhan yg Hidup dn Berdiri sendiri(Maha Kaya).Baca ayat Kursi sebanyak 18 kali,insya'allah kita akan hidup dlm jiwa tauhid,di bukakn segala pintu rezeki,di naikkan mertabatnya,di berikan pengaruh  sehingga org  menghormati kita..Allah akn memelihara kita dn mmberi perlindungan  utk kita.
Betapa hebat surah Kursi ini.Tuhan jadikn Kursi meliputi tujuh lapis langit dn bumi,seupama serumpun pohon di tengah padang pasir yg luas.Kiri dn kanan  Kursi  yg megah itu di  jadikan pula beribu-ribu  Kursi kecil utk menambah keindahan dn kemegahannya.Duduk di atas Kursi itu penuh dgn kehebatan para malaikat  yg membaca surah Kursi .Malaikat menulis pahala bagi kita yg turut mengamalkan mmbaca surah Kursi ini.
Wahhh...byk sungguh info hari ini.Tapi aku mencari-cari makna mimpiku itu.Apakah sekadar mimpi biasa?Atau mungkin emosiku terganggu dan mainan itdur semata-mata?


Bunga resahku kian ranum
Mungkin akan terlerai di taman kosong
Andai mimpi ini  tidak dapat kutafsirkan 
Akan kulontarkan ia ke ruang mimpi
Gerimis yg turun membasah dingin malam ku
Hanya mmbawa mimpi-mmpi yg penuh ilusi............
Begitulah dgn kehidupan.Bermulanya satu mimpi,akhirnya jadi satu realiti!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 23, 2011

PANGGILAN HATI.

"Berhati-hati dgn pemikiran kamu  kerana ia akan melahirkan perkataan,berhati-hatilah kamu  dgn perkataan kamu kerana ia akn melahirkn perbuatan,berhati-hatilah kpd perbuatan kamu kerana  ia melahirkn perangai dn sikap kerana ia akn mmbentuk peribadi  kamu,berhati-hatilah dgn peribadi kamu krana ia akn menentukn matlamat kamu,kegembiraan atau kecelakaan"-Sabda Rasulullah S.A.W.
Khalil Gibran:"Orang tua adalah busur yg merentangkn dn mmbuat anak panah meluncur deras di landasan fitrahnya".
Aku berdoa kpd Tuhan agar selalu mengirimkan NUR.untukku.Di langit biru megah  bulan dn bintang berbicara.Di atas sana,mereka nampak bumi sangat kecil.Akan tetapi bagiku bumi ini sungguh luas sehingga aku tak mampu mengelilinginya ..Teknologi yg canggih boleh mmbawa manusia ke angkasa.
di sini,bulan dn bintang mnjadi kajian.Baik dn bruk kesan teknologi berada di tangan manusia!Mungkinkah dgn kecanggihan teknogi yg sangat mengujakan ini mmbuat manusia semakin malas?Semuanya mnjadi mudah..tak payah mendaki tangga utk ke tingkat 100,naiklah lif...mudah bukan?Aktiviti fizikal tdk memenatkn lansung.Tekan butang,semuanya o.k.....Badan kaku,fokus hanya pd mata..minda pantas..byk sungguh manafaatnya hidup di alaf baru..teknologi nk di salahkn bila berlakunya keganasan sosial?Media punya maklumat,internet  blh di gunakn utk semua info.internet bagaikn perpustakaan di mana-mana dpt perkongsian ilmu.Jika salah guna kebaikan teknologi ini,dunia turut huru-hara!Pilhlah   kecanggihan teknologi hari ini utk memajukn diri,keluarga ,negara.Manafaatkn utk kesejahteraan fizikal dn mental..baru aura abad tercanggih ini akn menyerlah........
Asas tamadun  moden  ialah kebebasan  individu dlm menentukan cara hidupnya sendiri.Tamadun dpt mengubah manusia.Peraturan dn tradisi dlm masyarakat asas pmbentukan diri yg berkualiti.Spt mengembara  ke Sidrah Al-Muntaha-semua manusia asalnya tiada.MATI.Tiada jasad,tiada fizikal.Ketika roh bersatu dgn jasad,fizikal terbentuk kuat.Tiada fizikal tetapi roh telah ada.Dlm alam ini roh dn jasad bersatu....rahsia ini ada dlm Lauh Mahfuz.Firman Allah:"Sesungguhnya berjayalah orang yg beriman itu,jika ia khusyuk dlm solatnya.Juga mereka yg mnjauhkn  diri dari lagha"-Al-Mukminin 1-3.
"Ibarat rumah apabila tiang sudah rosak,maka dinding dn atap hanya menunggu  masa utk runtuh bersama-sama dgn tiangnya"
Tuhan,kirimkn aku cahayaMu.Tanpa jemu aku merayu..........jangan padamkn cahayaMu untukku dn keluargaku.kirimkan selalu agar aku dpt  mmbayangkan keagunganMu.Aku tidak mnjadi sperti seorang pengembara yg haus di Padang Sahara.Aku jua tdk mahu  tanah paling gersang itu mmbakar cedera tubuhku.Aku sedar sedenyut  nyawaku adalah ihsanMu.Anugerah Mu.Di beri percuma..Aku tahu sejuta penziarah  syahid di hadapan medan perang ..mati sebagai para syuhada kerna jihad kpdMu.
"Tuhanku,aku tdk layak utk ke surgaMu tapi aku tak tahan dgn seksa nerakaMu,dari itu ALLAH kurniakanlah aku taubat,Ampunkanlah dosa-dosaku .Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar"-
"Setiap dosa  itu akan di tunda balasannya  oleh Allah sampai hari kiamat,kecuali dosa derhaka kpd kedua  orang tua.Allah akan mmpercepatkan balasannya dlm kehidupan di dunia sbelum kehidupan di akhirat"
Aku tunduk kpd takdirMu.Bukankah harum  sekuntum mawar akan hilang saat layunya?
Bukankah kata-kata indah lahir dr hati kita yg ikhlas akn menjadi penyejuk jiwa yg sedang berduka ?
Bukankah doktor juga hanya manusia biasa ,jika tak mampu mengubati pesakitnya  ia juga berserah kpd Yang Maha Kuasa ?
Akhirnya aku sedar frasa kehidupan ini sering berubah.Retoriknya transformasi  datang dari dlm jiwa liata.Hati ku memanggil namaMu.Pratagonisnya hidup seorang anak yatim piatu sepertiku sering merindui  kedua ibubapanya..merindukan suara yg penuh manja,belaian yg mengubati lara jiwa..Walau pun segalanya sukar tanpa tangan kedua ibubapaku,aku berdoa setiap saat moga roh mereka di cucuri RahmatMu.Aku memhami secara logiknya bahawa kehilangan mereka adalah pembuka jalan utkku mendepani  cabaran hidup dgn rasional.Dan aku berterimakasih kpd suamiku mnjadi raja dlm istana kasihku.Aku bersyukur dgn semua permata hatiku yg mmbuat aku bahagia di dunia ini.Aku mengandaikan pesanan hikmat ini sebagai satu inspirasi dlm hatiku."Ayuh kita merayu kpd Allah  mmbantu mengawal diri,org yg kurang kawalan diri adalah org yg tak menerima  belas drp Allah.Org yg tdk mampu mengawal dirinya bukan shj menzalimi  diri sndiri tetapi sedang mmbakar seluruh dunia dgn api"=Maulana Jalaluddin Rumi.
Pelang senja sedang menghampiri kutub..sebentar lagi matahari akan terbenam.Aku tahu azan maghrib akan berkumandang.Hatiku memanggil-manggil..aku bersujud lama kerana aku sedang beristighfar :"Ya Allah,tiada Tuhan yg sebenar melainkan Engkau.Engkaulah yg mnjadikan aku,aku adalah hambaMu dn aku berjanji akan mentaatiMu semampuku,aku berlindung kpdMu drp kejahatan kelakuanku.Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yg kau berikan  dn aku kembali kpdMu dgn dosa yg di lakukan.Ampunilah aku kerana tiada siapa yg dpt mengampuni ku selain dariMu"-penghulu istighfar.
Aku tunduk di kiblatMu dgn satu keyakinan bahawa NUR Mu akan selalu ada di sisiku...Syukur alhamdullilah!!!!!!!!!!!!!!!!









ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA