Wednesday, January 12, 2011

.HATI SEORANG IBU.

Tengahari 12.oo khamis 2010.Ada perjumpaan waris utk tahun 6.UPSR sedang mengundang penuntut tahun 6.Syahirah anak bongsuku sedang berlari menuju destinasi UPSR.Azamnya utk mncapai 5A.Wahhh...azam yg sgt bagus..idea yg menarik.Penuh motivasi.100% aku menyokong.Semua anak-anak kita adalah spt stg pokok.Di semai benih,di sirami air utk kesuburan,di baja utk hasil yg berlipat ganda dn di sembur racun.Racun utk mmbunuh semua virus yg memusnahkan hasil itu.
Aku mndidik mereka dgn nilai murni.pelajaran adalah pelita yg sntiasa menyala..menyuluh jalan kebaikan.Kita tahu cahaya bergerak mengikut kelajuan 300,00kilometer sesaat.Sungguh menakjubkan.8minit bergerak dr matahari menuju ke bumi!Kerana itu aku memotivasikan ke semua minda anak-anak dgn  hemat bahawa kuasa ilmu lebih hebat berbanding  kuasa harta.
Kuasa graviti lebih besar dn kuat menetapkan kesemua planet dlm sistem suria pd kedudukan orbit masing-masing.Kajian saintifik juga mmbuktikn air tidak wujud di planet bulan..jadi aku meletakkan syarat kpd anak-anak bahawa ilmu agama sgt penting.Tanggungjawab aku sebagai ibu melahirkn zuriat yg baik akhlak dn mematuhi segala hukum syariat Allah.Insya'allah....
Penanda aras kejayaan anak-anak adalah mereka berjaya dlm mmbentuk diri dgn sahsiah murni,maju dlm bidang akademik dn pandai dlm kehidupan sosial.Adab dn budaya ,gaya hidup berlandaskn ugama Islam.Kebangkitan  yg lebih baik ,lbh positif  dlm mncapai cita-cita.Bermoral dn ada batas tertentu dlm pergaulan.Memuliakn org yg lbh tua dn tahu menghormati org lain.Kita juga mesti menerima pandangan positif dr org lain.Memilih sahabat yg boleh mmberikan kita tunjuk ajar berguna.."Dengan senyuman indah mu mmbangkitkan cinta dn mmberikan kasihsayang sesama insan.Dengan kata-kata yg baik mu akan mengikat tali persahabatan dn mnjauhkn sifat dengki dn permusuhan"
Pencapaian anaku sulung dn anak kedua dlm UPSR sama.4A 1B.Anak pertama 24 tahun seorang Juruteknik.Setiap ujian semester mndapat  anugerah dekan.Cemerlang juga...anak kedua di UIAM..moga brjaya dlm bidang undang-undang.Anak ketiga di tingkatan 2.kurang menyerlah dlm akademik namun cukup  bererti bagiku.Berjiwa penyayang dn mudah tersentuh..anak keempat Syahirah di tahun 6.Bijak dn suka mncuba sesuatu dn sekarang tengah demam"cupcake"semua resepi ambil di internet.Terpaksa mncari serata Jitra mncari bahan yg di perlukn.pusing-pusing kedai kek..dah beli,kena cuba.Hasil  muffinnya yg terbaru...masin...terpaksalh telan..itu muffin yg di hias dgn coklat putih..cantik dn menarik tetapi terlebih garam!
Semua nya mmpunyai keistimewaan masing-masing.Semuanya menyerlah di hatiku.Mereka sumber inspirasiku.Mereka nadi kekuatanku.Seperti jiwa yg bersatu...jadi semua Tuhan berikan padaku!
Terlalu banyakkah aku meminta?
Terlalu banyakkah aku memaksa?
Terlalu banyakkah aku berharap?
Sehingga kini aku tidak mampu mjawab semua persoalan itu.Namun jiwaku sempat menyatakan beribu hasrat :Anak-anakku
Jika kalian sekuntum bunga
Kembang mekarlah
Mewangi alam sarwa jagat
Biar ada hati yg tersenyum bahagia
Jika kalian adalah sebutir bintang 
Bersinarlah terang agar ternampak cahaya
Saat mencari jalan dlam kegelapan
Anak-anakku
Jika kalian adalah seorang insan
Berbaktilah tanpa jurang sempadan
Kerana kebaikan membawa makna kebahagiaan
Menyejukkan jiwa yg kesedihan 
Siapapun kalian 
Seorang ibu tetap tetap mengharapkan 
Kesempurnaan mnjadi pelengkap sebuah kehidupan..-di siarkn oleh majalah MIDI.
Hati seorang ibu mndoakn kejayaan hidup anak-anak di dunia hingga akhirat.Insyaallah..Kalau Tuhan mengizinkan semua harapan dn impianku terlaksana,syukur alhamdulillah.Dao ku moga-moga semua anak-anakku berusaha dn bercita-cita tinggi.Aku berharap agar kegigihan mereka dlm mengejar impian hidup akan terlaksana.Usaha.Usaha.Usaha...berdoa dn bertawakal kpd Allah Ta;'ala.Pesanku yg tiada pernah henti:-Kata Imam Ghazali:
Yang jauh itu masa
Yang dekat itu mati
Yang besar itu nafsu
Yang berat itu amanah 
Yang indah itu solat"
"Sungguh terpuji orang yg malu bila menerima pujian.Dan tetap diam bila tertimpa fitnah"
Jangan patahkan semangat sebelum langkah bermula.Jangan hilang kekuatan sebelum azam bermula.Kita layak mndapat yg terbaik dlm hidup ini  kerana itu hak kita.Kerana tiada yg mustahil utk kita capai jika kita berusaha..kemampuan dn keupayaan kita..cuma gandakan usaha itu.Kurasakan saat cemerlang itu akan tiba bila   tangan ini mampu mencapainya!Percayalah anak-anakku.Penemuan sains  yg paling canggih  di abad ke 21 ialah transformasi  dramatik bila minda kita  berjaya mengawal perlakuan kita..........
"Nabi adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah  pintu gerbangnya"-
"Apabila hambaku mendekatiKu sambil berjalan maka AKU  mendekati nya sambil berlari"
Ambil iktibar dari kata-kata di atas dan benarkan aku dgn frasa agung ini:"Tangan ibu yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia".

Monday, January 10, 2011

JIWA INI.

Sewaktu jiwa sedang meratib hiba,pawana lembut mengusap pipi.Aku menulis kerana desakan jiwa.Emosi yg mmbawa aku terbang mengembang kala bulan mengambang penuh di langit.Saat ku mendongak ke langit biru,mungkin ilusi sudah pun menggapai langit ketujuh....
seluruh emosiku bersatu dlm keindahan bulan mengambang.Hatiku berbisik syahdu:
Andai kupunya sayap,sudah lama kuterbang
Andai ku punya layar,tentunya  kian belayar jauh
Andai kupunya kekuatan,aku bisa menerjah ke awan
Andai aku tidak punyai apa-apa,jiwaku tetap  menganyam sejuta harapan..
Biar seluruh isidunia tahu erti kehidupan.Setulus kita berlari penuh tujuan.Sendu dn tangisan hanya luahan perasaan.Sayangnya aku pada memori silam bagaikan  satu kenangan yg  menghantar aku  ke ruang yg sgt dalam...tiada bertepi dan berpenghujung.Dunia bagaikan sudah kehilangan kedamaian!
Aku berilusi sendirian.Tika ini hanya aku sendirian.Aku mengandaikan jika dunia ini saling berperang,banyak penderitaan melanda jiwa.Jika dunia ini banyak mmbawa kesakitan bererti byk pula jiwa yg merana.Jika begitu intipadi  firasatku,mengapa kita tdk bertindak secara waras?
Mengandaikan dunia ini mnjadi milik kita..tentunya aku mampu melihat sesuatu di luar dugaan.Semua yg sedang terjadi adalah pengajaran terhebat dlm kehidupanku.Aku menerima realiti perubahan dgn kadar hormon yg meningkat.Aku realistik....
Berada di langit ketujuh,semua nampak jelas dn nyata.Ada cahaya yg menyinari keserata alam.tiada apa-apa kekurangan lagi Allah telah mengabulkan semua permintaan kita.Malaikat Jibrail  di katakn mmpunyai enam ratus sayap,luasnya  dn lebarnya  menjangkau dari kedudukan masyrik sehingga ke Maghrib(Barat ke Timur).Busana putihnya  laksana  mutiara yg di larutkan dlm rupa yg elok menawan.Kekutan malaikat Jibrail sgt luarbiasa dn dahsyat.Penuh mengagumkan.Penuh dgn MUKJIZAT!Bukan kah para malaikat di ciptakan dr NUR...
Tergambar di mindaku kehebatan Allah.Di langit ketujuh ini,mindaku bercelaru.Dosa akan tinggal dlm hati yg berdosa.Tak akan ada hukuman yg lebih berat menunggu jika kita enggan bertaubat nasuha.Aku tidak mahu mengingkari  kemahuan Tuhan.360%mindaku berubah bila aku terpana dgn kehebatan yg tercipta di depanku.Tentunya seluruh ummah bersetuju dgn pendapatku...
Dari langit ketujuh ,ilusiku menurun ke bumi.Aku bukannya bidadari yg mampu bertahan lama di situ.Fikir akal logikku tiap sesuatu ada had dn batas sempadannya.Luarbiasa sekali Allah menganurahkan aku pancaindera yg sempurna begini,mampu berbicara,berpuisi dn menulis...
Aku sedang berpijak di bumi yg nyata.Ilusiku terhenti di sini,di bumi ini aku realistik...terpisahkah  memori andai gelisah ini hilang di bawa pawana?Aku tdk mahu kekaburan  dlm penglihatah bertukar dlm kebenaran.Kenyataannya:Apa yg kamu lihat dr mata manusia bukan semuanya benar.Lihat dr rohmu.Segalanya telah tertulis dlm takdirmu.Percayalah kpd Tuhan.Yakinilah setiap kejadian.Allah itu ada.Allah itu berkuasa.Keyakinan itu akan mengebalikan kepercayaan kita yg telah hilang.Dia tunjukkan jalan yg lurus.Cahaya kebenaran menyuluh dlm jiwa yg mahu tunduk sujud dn rukuk bersamma saf org yg beriman.Perasaanku pun bertukar..
Terkadang jiwa tergerak kerana satu dorongan tertentu.Sedangkan ia  mmpunyai kunci utk mmbuka belenggu yg mengikatnya.
Sebenarnya kebahagiaan  itu ada dlm hati kta.maka janganlah mencari di tempat lain kecuali  di dalam diri kita sendiri..FIRMAN ALLAH:"Orang-orang yg bertindak baik di waktu  lapang mau pun sempit,dn org-org yg menahan amarahnya dn memaafkan kesalahan org lain.Dan Allah mencintai orang yg berbuat kebaikan"-Al-Imran:134.
Betapa beretinya  emosiku mengembang dn mengembara sehingga ke langit ketujuh................

Friday, January 7, 2011

Lucky Giveaway by Cik Dya



Syarat-syarat WAJIB : 
~ Mempunyai blog dan beralamat di Malaysia~
1) Be my FOLLOWER if you like.
2) Sila tekan LIKE untuk fan page Cik Dya.
3) Buat satu ENTRY tentang giveaway ini dengan tajuk "Lucky Giveaway by Cik Dya"
4) Sila letak BANNER GIVEAWAY di atas di dalam entry anda dan sidebar blog dan mesti link kepada blog cik dya.
5) Sila TAG 3 ORANG kawan dan pastikan mereka tahu tentang GA ini.
6)Akhir sekali sertakan permenant link entry lucky giveaway ini di ruangan komen di bawah.
7) Tarikh tutup Lucky Giveaway ini ialah pada 25 January 2011. 


nak tag : 

           siti zareha
          dyha
          leeza

GiveAway EdY : Awak Busuk!

g




Korang hanya perlu :
1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Awak Busuk!"...
(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini)
siap!

2. Jadi follower blog ini...
dah! follower ke 1955..

3. WAJIB TAG sekurang-kurangnya seorg blogger LELAKI dan seorg blogger PEREMPUANdan make sure dieorg tahu...
leeza
putrarocker


4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni...
 siap!


Itu sahaja..mudah kan??mmg mudah tapi jangan ambil mudah...

Apa tunggu lagi..
sesiapa pun boleh join...
tak kira anda dah menang sebelum ni, anda masih berpeluang untuk menang lagi...


Tarikh Tutup : 11.59AM pada 12/1/2011

MY ESHOP LAUNCHING GIVEAWAY





Syarat2nya sangatle simple

1. Wajib jadi follower kedua-dua blog ini http://luvyuall.blogspot.com nwww.beautiliciouswardrobe.com

2. buat entry dengan tajuk ini MY ESHOP LAUNCHING GIVEAWAY

3.add lam bloglist korang kedua-dua blog ini.

4. copy banner letak lam entry n sidebar dan link kan.

5.tag 2 rakan n pastikan diaorg tahu

6. Jangan lupa letakkan link entry anda kat ruangan comment ye.. itu aje

CLOSING DATE: 7 FEB 2011

HADIAH
Hadiah yang sangat menarik menanti 3 pemenang

Thursday, January 6, 2011

SAAT KUTATAP WAJAHMU.

Tahun baru bukanlh sekadar mngubah  diri tetapi mmbawa satu episod  baru dlm tamaddun manusia yg bakal di warisi  oleh generasi akn datang.Ummah alaf baru kian di ancam dn di asak oleh globalisasi..merentasi batas dn sempadan.Evolusi ini mnjadi kian mncabar..kita perlu korbankan sesuatu yg remeh.anggap  bulan juga mampu kita gapai dn bersentuhan .. hari semalam yg penuh kenangan silam mnjadi batas historiografi!
Jika kembara panjang di musim lalu.byk mengundang musibah,biarlah kembara kali ini mnjadi taruhan .Memilik semua yg di ingini.Mmpunyai sesuatu yg tdk di punyai selama ini.Tentu sepanjang pengembaraan akan ada halangan yg mmberat di bahu..Qasidahkn untaian doa berzikirkan asmaul Husna..Lidah yg sntiasa basah dgn zikrullah akan selalu di penuhi hajatnya.Biarkan jua tirai yg berlabuh..kerana hidup ini bergantian musim..
Tahun baru ini Tuhan telah mempertemukn aku dgn seseorg.Saat kutatap matanya yg redup.dpt kubayangkn mata itu mnyimpan sejuta rahsia.Namun tak ingin kuberbicara soal rahsia .Cukuplah jika aku katakan  Tuhan sedang mengujiku..kita di lahirkan sama.cuma nasib saja yg berbeza.Dn mata yg redup penuh rahsia di depanku adalah bakal menantuku!
Putaran hidup berjalan tanpa mengira waktu.Tak kusangka di usia ini Tuhan sedang menganugerahkan aku satu hadiah.Ketika anak sulungku mnyatakan hasrat utk melamar puteri idamannya,byk yg di perkatakan kpdku.Tentang usia,perbezaan dn segala kelebihan dn kekuranganku.Aku seorg ibu yg telah 45 tahun menghuni alam dunia  sgt terharu dgn  kata-kata itu.Anak bujang ku baru mnjankau 24thn pd 25.5.2011 nnti.tapi siapa utk mengalih ketentuan Tuhan?
Aku percaya semua ini ada hikmahnya.Apa pun yg di perkatakn org tntang perbezaan  wanita pilihannya aku tdk pernah sangsi.Kalau harta dn kemewahan  mnjadi matlamat perkhawinan ,mungkin satu hari cinta itu akn kecundang jua.Bagiku harta milik paling  berharga  bagi seorang pemuda  di dunia ini  adalah hati seorang wanita yg mengasihinya tanpa ragu.Ini pesanan ikhlas utk anakku yg bakal menamatkan zaman bujangnya pd 16.3 2011 nnti.(Insya'allah).
Segala tohmahan dn kata-kata kurang senang dr saudara serahimku kuanggap hanya 'ujian' utkku.Aku dah lali dn penat melayan ragamnya.Apa pun yg di perkatakan bukan mudah utk di telan tetapi aku redha  dgn takdir Allah.Jika ini jodoh anakku,kami sekeluarga menerima dgn hati yg terbuka.Sebenarnya jalan hidup kita berbeza..tidak pernah sama walau destinasi serupa.
Anakku,sehari selembar benang,lama-lama mnjadi kain.Kalau tdk di pecahkan ruyung,manakan dpt sagunya!Tak perlu meminta,jauh sekali dari mengemis.Tangan sndiri yg mendulang,nyiru sndiri yg lah yg menadah emas!Sekali pun kita tidak semewah mereka kita masih ada segala yg kita mahu..itu sudah memadai.
Saudaraku,hutang harta  boleh di bayar..hutang budi  di junjung smpai mati..dan akulah  terhutang  dn terjunjung oleh budimu!Aku tdk akan menyalahkanmu  di atas setiap kata-kata itu.Aku faham kedudukanku.Kami hanya manusia biasa.Kita bukan bersaing  kemewahan atau kedudukan.Kami sekeluarga berkongsi  semua kekurangan kami.Jadi aku tdk termakan  dgn kata-kata berbisa itu.Dlm hidup ini aku  tetap menerima  segala yg di tetapkan sejak di Loh Mahfuz lagi.
Hakikatnya hidup ini tdk ada cetakan kedua atau seterusnya..dlm cinta semuanya bisa terjadi.Kebahagiaan bkn terletak kpd apa yg kita mahu tetapi apa yg kita telah miliki.Aku telah milik semua yg kuhajati sehingga aku malu utk meminta lagi..Tuhan telah mmberi aku sebuah kehidupan yg sempuna(di matahatiku).sebab itu tdk pernah peduli dgn semua tohmahan dn fitnah buruk itu.Cinta dunia ,cintai harta  cinta zahir semata!
Bukankah hidup ini terbina  antara suka dn duka?Andai hati selalu suka satu hari jd bosan ,jika terlalu berduka hati jd rawan..suburkan hati dgn himpunan kasihsayang..cinta..andaikan kita kehilangan sahabat ,lihatlah sekeliling.munkin ada sahabat yg dpt mnghiburkan..akan tetapi jika hati kita sebagai manusia telah kehilangan  kedamaiannya,di manakah kita akan menemukan  kabahagiaan itu?Bagaimanakah kita boleh mmperolehi semula yg telah kita hialng itu?
Dalam hati Bani Adam  tertanam rasa ingin semuanya sehinggakan dunia ini mahu di beli?Alam simbiosis  ini seperti taman  sufi yg penuh dgn wangian cinta kasihNya jika kita sedai muhasabah diri dn redha..itulah kecukupan bagiku sehingga aku rela menerima kehadiran  renungan bercahaya dari mata yg sedang kutatap di depanku ini(5.6-i.2011).Sabda Nabi:"Dunia ialah perhiasan.Dan perhiasan  yg paling cantik ialah wanita solehah."
Firman Allah:"Dan Kami  telah cipta manusia .Dan Kami tahu apa bisikan  hatinya.Kami lebih dekap kepadanya  dr urat lehernya.Apabila kedua malaikat  pencatat mmbuat  catatan,satu duduk di kanan satu di kiri.Setiap  kata yg ia ucapkan tentulah di sampingnya  ada penjaga yg mencatat"-surah Qaf:16-18.


"Seandainya  kita di cipta  untuk mnjadi satu,pasti suatu ketika kita akan bertemu.Namun seandainya kita di cipta utk tdk bersatu ,walau dekat selalu,kau tak akan jadi kepunyaanku"
"Jika tiada cinta di dunia ini,dunia ini akan menjadi beku"-BERHARAPLAH UNTUK CINTA YANG ADA KEBAHAGIAAN DUNIA HINGGA AKHIRAT.AMIN.

Saturday, January 1, 2011

CAHAYA DI UFUK 2011.

"Ya Allah,
Sesunguhnya tiada Tuhan( yg dpt menolong)melainkan Engkau(Ya Allah)Maha Suci (drp melakukan aniaya,tolonglah aku)sesungguhnya aku adalah dari org-org yg menaniaya diri sendiri-AL-Anbiya:87.
Ketika orang lain sibuk mmperkatakan tentang azam baru sempena matahari terbit di ufuk awal 2011,aku sedang sibuk dgn majlis kenduri.pergi pagi ,balik petang.Malam tu ada saja aktiviti bersama keluarga.Sehingga papan kekunci dan monitor komputer ku turut 'aman'dari sentuhan jemariku.Namun semangat tahun baru sentiasa hangat di hatiku.Aku juga banyak menyimpan azam.Seperti selalu,seperti setiap tahun aku berazam begitu..
Matahari terbit memancarkan sinarnya yg gemilang..Gunung Raya berdiri teguh di depanku..saujana mata memandang!Semakin ku pandang ke Gunung Raya yg teguh dn megah di depanku,kian mmbara azamku.Aku ingin memperbaiki kekurangan diri sendri,mmbahagiakan seluruh isi rumahku.mencipta kejayaan peribadiku dan yg paling penting...amat penting sekali bagiku ialah MUHASABAH.Selama ini pun kita selalu bermuhasabah diri...mencari-cari kesalahan diri sendiri.Iktikad diri moga diri ini mampu menerima cabaran abad ke 21..
Tahun Baru...usiaku kian meningkat..rezeki yg Allah berikan ingin di manafaatkan sebaik mungkin.Waktu terus berjalan...aku menerima kedatangan 2011 dgn sejuta impian indah tapi bukan mengejar impian dunia semata!Aku ingin mndapat cinta Allah..Aku ingin memiliki cinta suamiku ..aku ingin menakluki cinta hati semua anak-anakku!
Bukankah semua itu hasrat yg indah sekali?Salam kedatangan 2011 kuterima dgn penuh pengharapan.Moga tirai 2010 di tutup dgn penuh jaya.Suka duka hanya permainan takdir.Cabaran dn dugaan mematangkan diri..Kerana aku hanya ingin berkongsi kebahagiaanku  bersama org yg kusayangi.Aku tak ingin mmbawa kedukaan yg berlarutan dlm jiwa.Sesekali aku tidak mahu org yg kusayang turut  merasi dukaku.Dan beribu patah perkataan yg kuulang-ulang hanya utk kebahagiaan rumahtanggaku.Mungkin tiap patah perkataanku mmbawa kebosanan mereka.namun sedkit nasihat  akan mengubah pesepsi negatif org lain trhadap kita.Aku juga menganggap kepercayaan org lain terhadap kita bagaikan tali benang yang panjang..Bila ia terputus,sukar utk di sambungkan semula..sperti satu kepercayaan yg telah hilang dari hati ini..hasratku semua tali silatulrahim mesti di kekalkan!Satukan  dua hujung tali  dan simpulkan mnjadi satu..ikatkan dgn penuh keyakinan.Kerana kepercayaan mmbuat kita  bangga dgn org lain.1Muharram 1432 yg lalu  menyalakan lagi azamku.Dan puisi ini berlagu lama di sanubariku.akan kukongsi bersama di sini:Ya
Ya Rabb
Pesonanya malam yg indah
Memberikan Nur yang bercahaya
Menghulurkan  Rahman dn RahimNya
Nyalakan api cintaku untukMu agar aku berlama denganMu
Waktu yang terus berjalan
Membawa bersamanya detik penuh kenangan
Segalanya tak mampu kutahan

 Hidup ini tidak semudah kusangka
Berlawan keseorangan memerangi  kelamahan
Panahan matahari yg membakar kulit mulusku
Mengajar aku makna kesusahan
Seketika perjuangan perlu di teruskan 
Biarpun jauhnya kenyataan


Kucari jejakMu
Berpijak di bumi penuh barakah
Nikmat yang kuterima tetap di syukuri
Berkongsi rezeki sesama manusiawi
Duniawi hanya persinggahanku


Di sini,perasaan yang sekian lama tersimpan
Kenangan yg mnjadi pengisi kekosongan waktu
Di ruang hatiku
JejakMu tetap berpijak di situ...


Kedatangan 2011ku sambut dengan tangan terbuka.Kudepang kedua tanganku menyanbut 2011.Moga Allah merahmati dn melindungi kehidupan kami sekeluarga.Labuhkan tirai 2010.Tutuplah semua memori lama.Dekad ini,tahun ini. hari ini ..kita mengharapkan lebih kejayaan memihak kepada kita,usaha itu tangga kejayaan.Marilah kita daki bersama  kelangit bitu..menuju  destinasi langit ketu.juh.Hulurkan tanganmu wahai suamiku..aku ingin selalu bersamamu...marilah kita ke sana...mncipta kebahagiaan dunia dn akhirat.Bawalah  anak-anak kita  ke jalan Allah.AMIN.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA