Wednesday, December 8, 2010

PERTEMUAN.


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir menjadi tumpuan manusia....
Kerna itu aku tidak pernah menyangka bahawa satu pertemuan bakal terjadi tanpa aku duga..barangkali pertemuan pertama sekadar menyapa.bertanya khabar dan bersalaman untuk mengucapkan perkataan'selamat tinggal'.Aku berlalu pergi kerana masa dan keadaan selalu tidak mengizinkan untuk berlama...
Selalu kesibukan membuatkan aku terus melupai perkara yang sangat biasa.Rutinku tidaklah sesibuk mana jika aku hanya di rumah.namun mindaku selalu penuh dgn idea..aku tetap suka menulis...aku suka memerhati...prihatin dgn persekitaran.Malah jiwaku sering berbisik'alam dan manusia...manusia dan sikapnya..manusia dgn pengalaman...manusia dgn kisahnya!
Aku teringat pertemuan dgn seseorang..walau tak pernah kenal namun sekali pandang hatiku selalu berbisik..aku hanya keseorangan dalam menyelesaikan masalah peribadiku.Aku sudah terbiasa belajar memahami bahasa sepi.aku juga terdidik dlm membiasakan diri mendekati saudara mara..aku prihatin dgn segala bentuk penderitaan..sebab aku selalu kehilangan sesuatu yang mnjadi kesayangnku.Aku pn memahami bahasa angin yg kadangkala mengirimkan ribut ,taufan di darat atau di lautan..aku belajar banyak perkara yg mmbuatkan aku matang dgn rencah kehidupan..sungguh aku sendiri menjalani erti pertemuan..Tapi jiwaku dekat dan kuat dgn Tuhan:
"Allah memegang jiwa ketika matinya dan memegang jiwa yang belum mati di waktu tidurnya lalu Allah menahan roh orang yang telah di tetapkan kematiannya dan melepasi roh orang yang dlm tidor sehinggawaktu yg di tentukan."-Az-Zumar42.
Allah memberikan aku nikmat,kelebihan dan keupayaan ..aku bersyukur~aku ingin mmbentuk peribadiku mnjadi manusia ash-shiddiqiin(org budiman).kerana aku selalu sgt bertemu dgn org berada tetapi kurang budiman.Keberadaan itu mmbuat mereka bangga dan lpa..aku ingin mmbina keluargaku dgn mnjauhkan fitnah dunia atau pandangan serung mata yg memandang.aku ingin menjadikan kehidupanku dgn 1.menahan marah terhadap org lain.
2.memaafkn semua kesalahan org terhadapku
3.berbuat baik sesama insan sekalipun musuh itu berada di depanku
4.senyum dan mesra yg kuhulurkn adalah ikhlas...
Begitulah azam dan impianku.Aku mahu jiwaku bahagia menerima dugaan Allah.Hubungan yg baik dgn keadaan sekeliling.Itulah peribadi semulajadiku!
"Mudah-mudahan Tuhan memimpinku ke jalan petunjuk yg lebih dekat dan lebih terang dari ini."-Al Kahfi:24.
Begitulah pertemuanku dengan Pencipta.PesonaNya mmbuat aku rindu.Tanpa ragu aku meneruskan langkah perjalananku .Aku ingin bertemu dgnMu.Seperti selalu...di tempat biasa...hamparan sejadah mengadap kiblat yang satu..aku ingin bertemu..PERTEMUAN...yang kudoakan mendapat kesudahan yg baik di dunia,mndapat kebahagiaan yg kekal di akhirat!
Kurebahkan diri,kunyalakan api kerinduan agar tidak akan terpadam selamanya dan kuharap cahaya di ufuk Timur membawa pesona yang bererti untukku.Sungguh PERTEMUAN ini membahagiakanku sekalipun aku hanya sendiri dlm perjalanan ini....

BARANGKALI.


Gelora musim tengkujuh telah datang
Mengirimkan salam yang sarat dengan rintangan
Hati para nelayan di buai kebimbangan berpanjangan
Barangkali gelora ini
Lebih hebat dari satu peperangan

Demi sesuap nasi
Demi impian anak-anak dan isteri
Seorang suami sepertimu nelayanku
Sanggup menggadai kudrat
Berpatah tulang memastikan segala hasrat
Terlaksana walau beban kian memberat

Barangkali
Lautan seluas bumi
Menyimpan segala kemahuan manusia
Berusaha menggandakan rezeki dengan bahu sedaya memikul
Sebetulnya doa tidak pernah berhenti:
Anak-anakku,isteriku
Mereka lebih menjadi keutamaanku
Gelora musim tengkujuh ini
Hanya permainan yang bisa direngkuh
Tanpa diri mengeluh...

Barangkali
Suria yang bersinar di ufuk Timur
Satu takdir yang membahagiakan untuk semua nelayan sepertimu..!

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD.
P.LANGKAWi,KEDAH.8.12.2010.

Monday, November 29, 2010

POTRET BERBINGKAI EMAS.

Dalam gerimis malam yang membasah
Terbias aku aura semangat yang resah
Sejenak potret berbingkai emas kutatap
Seraut wajah di depanku
wajah yang tak pernah kenal erti kalah
Menyimpan sejuta makna lara...

Sejarah hidup penuh luka hitam
Mengundang gerhana yang panjang
Hati mana yang tidak terusik
Bila sang mentari tidak lagi setia
Menemani alam rumahtangganya

Aura semangat yang kian lelah ini
Kulontarkan sejuta rahsia
Bersaksikan langit dan bumi
Bersama naluri yang murni
Inginku mendoakan kebahagiaanmu
Wanita yang kutatap potret berwajah hiba
Adalah isteri solehah
Yang bahagianya entah di mana

Temanku
Seraut wajahmu kutatap lagi..berulangkali..
Barangkali,putaran waktu bisa menjernihkan kembali
Membersihkan hati seorang lelaki yang bergelar suami
Menghargai kasih yang di beri
Memberikanmu surga bahagia
Semahal anugerah seistimewa wanita solehah
Selayaknya kau terima sejak bergelar"isteri"....

KARYA:JIWA BAHAGIA(ZIE).
KOTA MAHSURI.LANGKAWI,KEDAH.



NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY

SYARAT PENYERTAAN

saya dah baca blog nina..menarik! hati terus berbisik.."aku kena follow blog nina's collections dan loveninasyakina" hingga ke ayat terakhir. mungkin ada suatu perkara yang boleh membuatkan aku merasa sangat istimewa dengan cabaran ini.

langkah seterusnya..

sy kena
copy Banner yg kt atas tu.. then kena paste Banner dan Link entry ini di side bar dan entry di blog sy..
banner tu ada gmbar bunga mawar wrna merah menyala..dan berkembang indah..tentunya harum dan wangi..secantik pemiliknya...=)

bagi sy merah itu lambang keberanian..berani dlm mengejar impian hidup .Jika mawar merah itu berada di taman,ia pasti menjadi tumpuan kerana keharuman dan kecantikannya yang menyerlah...seandainya ia menjadi hiasan di rumah , ia pastinya menjadi penawar kepada penghuninya.TAPI AWAS!
mawar yang merah dan mengharum ini bisa bertukar menjadi racun yang berbisa...berhati-hatilah...

seterusnya...sy perlu ..

buat satu entry tentang NINA'S COLLECTIONS GIVEAWAY ini di blog sy,
buat entry pasal GA sahaja yekk... tak perlu susah2... huhu

ok ..siap!

pastu..sy perlu
tinggalkan comment, nama, email dan link entry sy pada comment giveaway ini

orait..siap!
finally :

Tag kepada 3 orang rakan Bloggers yang lain (perlu dinyatakan dalam entry)


mereka yg ditag :

atia qistina

mardihah ishak

lynda yusof


sy menyertai give away ini bukan kerana hadiah yg ditawarkan..namun...biarlah kata-kata di atas menjadi inspirasi yg berguna utk semua yg bergelar wanita..akhir kalam ku sudahi dgn sebuah puisi...

indahkan dirimu dgn kalimah suci
perelokkan peribadimu dgn iman
moga hatimu,dirimu dan duniamu
menjadi sempurna
di mata Pencipta.

Saturday, October 9, 2010

SAAT BERGETARAN....


Sekali pun di takdirkan aku tidak mempunyai segalanya di dunia ini,aku tetap merasa bereuntung dan bersyukur kerana Allah sentiasa bersamaku di setiap saat susah senangku..satu kekurangan yg mnjadi masaalah besar pabila kita takut mnjadi miskin..
Ramai manusia akn kehilangan nilai yg baik bila kemiskinan memaksa mereka..hidup yg terdesak..tetapi bersyukurlah kerana kita masih berupaya bernafas dgn percuma.Allah tidak mendesak atas nyawa yg di beri.Allah menguji hanya sedikit ujian..bagi para solehah ia hanya mainan waktu..mematangkan diri..
"Akar segala kebijaksanaan adalah rasa takut kpd Allah S.W.T.'
Air penawar di dalam kendi
Minum bergilir sebiji cawan
Gerak laku pancaran budi
Baik pekerti hati tertawan.
Berkunjunglah ke pintu yg ikhlas selalu terbuka,kerna aku juga perempuan yang punya cinta...tapi mungkin jua aku tidak bisa menandingi cinta setinggi saidina Khadijah...peribadi seutuh puteri Rasulillah S.W.T.Hati pun mnjdi teramat mndambakan ketulusan hati wanita solehah..tapi aku tak mampu melakukan sebanyak itu..
Tuhan,Kau peganglah hatiku supaya ia sntiasa dekat kpdMu.Wanita solehah di janjikan surga..
Ia mutiara terindah di dunia
Ibarat bunga mengharum sepanjang masa
Ada cahaya di wajahnya
Ada pesona di jiwanya
Bidadari bermata jelipun cemburu kpdnya
Kelak,ia mnjadi bidadari surga
Terindah dari yang ada..
Aku pun bermimpi seperti selalu
Mengharap raudhah jannah sudi menjemputku
Menjadi tetamu yg semulia para wanita solehah
Berhak mendapat sedikit cahaya keredhaanMu Ya Allah...

Sekalipun kekuranganku terlalu besar bagimu,aku tetap merayumu setiap waktu.Hidupku,matiku,ibadahku hanya untukMu.Jangan Kau hukum aku dgn api nerakaMu,aku takut..bukalah hijabMu untukku.Aku tetap tunduk dan sujud merayu kpdMu jika inilah jalan yg telah di tetapkan untukku.aku berpaksikan hukum yg telah tertulis itu.
Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di kitab Allah..
Berilah aku tanganMu,hukumlah aku sekadar terdaya bahuku memikul..jangan lepaskan aku k dalam ruang yang tak mampu aku huni!!!!!!!!!!!

Sunday, October 3, 2010

FITRAH CINTA.


Hatiku telah terikat dengan api cintaMu
Membuak rasa menyelimuti kalbu
Sehingga aku tenggelam dalam zauq yang paling dalam...

Frasa agung mengatakan:
Cinta itu suci seputih salji
Menyejukkan jiwa sehingga membekukan emosi
Lahir tanpa di duga
Datang tanpa di undang
Namun cukup untuk membahagiakan sekeping hati
Insan yang tidak punya merasa mempunyai segala...

Fitrah cinta
Hati terbahagi sua
Cinta Allah dan RasulNya
Cinta umat yang serba kekurangan
Atas nama cinta
Sanggup berjihad dan berkorban darah
Berjuang antara dosa dan pahala
Selagi hidup di dunia yang fana ini
Itulah janji seorang hamba kepada tuanNya

Fitrah cinta
Sepanjang hayat merasa terhutang kepadaMu
Sekujur tubuhku,sedegup nadiku,jiwaku
Adalah milikMu
Zahir dan Batin ini
Semuanya kepunyaanMu.....

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
KG.BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
4.10.2010.

DUNIA INI.


Dunia ini
Bagaikan rumah kosong yang menunggu tetamu
Datang dan pergi silih berganti
Pelbagai wajah,gaya dan peribadi yang amat berbeza
Yang sopan terdidik bubi pekerti
Yang biadap tersasar nilai murni

Dunia ini
Bagaikan padang perhimpunan
Ribuan jutaan manusia membanjiri serata lokasi
Mencari nafkah sesuap rezeki
Mencari harta kekayaan jamazi
Mencari untung nasib
Umpama membina imaginasi

Dunia ini
Bagaikan mimbar tempat berteduh
Ada yang memburu harumnya nikmat duniawi
Sehingga lupa saat keberangkatan ke negeri abadi

Dunia ini
Hanyalah sebuah persinggahan seorang penggembara
Mencari sang pencipta Yang Maha Berkuasa
Ya:ingatlah satu pesanan berhikmah ini
Belanjakan hartamu di jalan yang di redhai Allah
Bijaklah dirimu saat membuat keputusan
Kerana dunia ini hanyalah sebuah pentas
Manusia merakam dialog mereka episod

Dunia ini
Tetap satu persinggahan satu perjanjian
Sepakat bertekad mengeratkan cinta sesama ummah
Sepakat bertekad menuju rumah abadi di taman Firdausi
Sepakat bertekad mematuhi segala janji
Sebelum dunia ini menghantar kita ke rahmatullah
Bermuhasabah diri,beramallah sesuci jiwa....

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
KG.BUKIT TEMIN,LANGKAWI,KEDAH.
3.10.2010.

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA