Wednesday, September 1, 2010

KEBERUNTUNGAN.

Keberuntungan tdk akan selalu mendatangi kita..kdg-kdg sekadar menyapa ,singgah dn pergi...beruntungkah kita bila memilik semua yg di impikan tanpa bersusah payah?Beruntungkah kita bila kebahagiaan yg selalu di dambakan terus melekat di dlm diri kita?
Janganlah kita berasa beruntung di atas kerugian org lain,mungkin satu hari keruntungan itu akan brtukar mnjadi satu kehilangan yg tiada lagi gantinya...uruskan jiwa kita dgn bingkai-bingkai kebenaran..jika jiwa kita kering gersang dn tandus,suburkanlah dgn benih-benih kebaikan.Sementari matahari belum terbenam,berfikirlah untuk menyemai tunas yg berguna utk diri dn masa depan!
"Benih azam yg menyusur diri adalah warna ketinggian nurani,renda kemenangan adalah cambahan kesabaran yg tdk pernah pudar.Ayuh...bangun merentangi tentangan demi mekarnya sebuah kejayaan"
"Tiada serupa sebelumnya
Tiada setara sesudahnya
Beliau adalah cahaya yg hanya terbit sekali
Terangnya tdk putus walau ia telah lama mati.Dialah HAMKA"-pujangga yg kuminatisepenuh jiwa!

KEMBANG YANG WANGI

Jika di hadiahkan aku sebidang tanah
Akan ku dirikan sebuah istana
Di dalamnya dihuni insan yang berbudi
Menyayangi dan menghargai setiap pemberian
Hati-hati penuh suci
Diri yang saling mengerti
Hakikat sebuah hubungan

Jika aku di beri sebuah taman
Akan ku tanam benih-benih kebaikan
Berkembang biak putik-putik harapan
Sewangi bunga-bunga yang berkembang anika warna
Melunakkan mata memandang
Menyejukkan jiwa yang berduka

Jika di kosongkan satu halaman kertas
Akan kutulis semua memoriku
Biar kering tintaku
Biar hilang ilhamku
Biar penuh lembaran-lembaran berisi kisah suka dukaku
Biar pengalamanku menjadi lautan
Tahan di lambung ombak ganas..

Haruskan aku di berikan semua itu
Jika tangan ini tidak mampu menahan ujian
Jika bahu ini tidak mampu menanggung bebanan
Haruskan aku di anugerahkan segala hasrat
Jika aku hanya mengutip daun-daun yang luruh?

Aku ingin membina istana dalam sebuah taman
Sekuntum bunga yang kembang wangi
Sebuah buku yang penuh emosi mengukir ilusi
Sebuah kehidupan memaut mimpi-mimpi penuh keindahan
Bukan sekadar tapak kosong yang di tinggalkan
Tiada erti,tiada makna dan tiada pengharapan.......

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD.
KG.BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
2 SEPTEMBER 2010.

Tuesday, August 24, 2010

JIWA MERDEKA

Untuk mmbentuk dunia pada aturannya,kita mesti mmbentuk bangsanya,untuk mmbentuk bangsa,kita mesti terlebih dulu mmbentuk keluarga,kita mesti mmbentuk diri sendiri supaya mmpunyai hati yang murni......KONFUSIUS.
Dgn runtuhnya nilai murni,manusia akan si hadapkn dgn persoalan bahwa segala-galanya mnjadi tidak brmakna dn berharga lagi...
Dlm kehidupan kita seringkali di dedahkn dgm wajah-wajah bentuk fizikal yg unggul dn realistik.Semuanya bagaikan sempurna...sbb individu berusaha menutup kelemahannya.Luaran yg tiada cacat cela tp hatinya tersimpan brbagai kekurangan.Wajah yg berkedut,mewakili masa-masa berharga yg di lalui..pahitmanis yg di tempuhi..
Masaalahnya semua org berangan-angan hendak mengubah dunia ttapi mampukah ia?Bila di kaji kembali,ubahlah diri sendiri..majulh ke depan,kita akan menemui jalannya.Padamkan episod luka..bina taman baru.Lukiskan wajah baru..Optimis dgn masa depan.kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..Sabda Nabi:"KUtinggalkan dlm kalangan kamu 2perkara:yg kamu sesekali tdk akan sesat selagi kamu berpegang tegoh kpd kedaunya iaitu Kitabullah(Al-Quran) dn Sunnahku"-Riwayat Imam Malik.

CERMIN HATI.

Prof.HAMKA berfalsafah:
Cinta ialah iradah Tuhan
Di kirimnya ke dunia supaya ia tumbuh
Kalau ia terletak di tanah yang lekang dan tandus
Tumbuhnya akan menyiksa orang lain
Kalau ia datang pada hati yng keruh dan budi yang rendahia akan membawa kerosakan
Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci ia akan mewariskan kemuliaan,keikhlasan serta taat kepada Tuhan....!!!!!!!
Kekuatan manusia sebenarnya terletak pada akalnya bukan emosi...berpegang teguhlah dengan Al-Quran san sunnah.Insya'allah..di lindungi Allah.Tak semuanya yng kta ingini akan dapat di milik,bukan semua benda akan kehilangan ...Seperti cinta dan maut,sesuatu yg tdk pernah kita undang.Lebarkanlah impian,moga ia akan mnjadi kenyataan!!

BISIKAN NURANI

WANITA:
Jika ingin melangkah mulakan dengan bismillah
Melangkahlah dengan penuh penghormatan
Jika ingin berlari ,larilah dengan azam dan cita-cita
Kerana itu lebih membanggakan
Jika ingin senyum dan ketawa
itulah luahan hati yang penuh kebahagiaan
WANITA:
Jangan menangis saat ujian melandamu
Usah gentar jika peluru datang dari setiap penjuru
Ukirkan senyuman manismu tatkala fitnah cinta menganggumu
Kuatkan jiwa,gandakan imanmu
Jangan biar tunas harapan yang berputik menjadi layu
WANITA:
Fitrahmu suci sesuci Siti Khadijah
Peribadimu semulia Fatimah Az-Zahra puteri kesayangan Rasulillah
Ketabahanmu sehebat Sumaiyyah sri kandi Islam sejati
Kasih sayang dan belaian cintamu sehangat Zulaikha yang memilik Yusuf
Kekayaanmu seluhur budi Balqis yang menyerahkan cinta kepada Sulaiman
WANITA:
Bijaksanalah dalam membuat keputusan
Bermunajatlah dengan zikir dan kalimullah Tuhan
Bertaqqarublah dengan semua nikmat duniawi yang di kecapi
Bersyukurlah kerana dirimu seorang WANITA
Bisa memahami permainan dunia
Bisa menghitung waktu dan ketentuan
Bahagialah dirimu di anggap anugerah isimewa dari Tuhan
Menjadi sanjungan bak permata yang berkilauan
Mahal dan bernilai di mata yang pandai menafsirkan
Tanpamu alam menjadi tidak keruan.....

KARYA:AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI,KEDAH.
25OGOS 2010.(sempena hari wanita).

AKHIRNYA LURUH DAUN CINTAKU>.

"Lelaki itu prosa alam
Perepuan itu sajaknya
Cinta itu lagu dan perkahwinan itu orkestranya"-pepatah Demark.
CINTA YANG WUJUD DLM SEBUAH TINDAKAN AGUNG:MEMAAFKAN....
Memang mudah utk melahirkan kata-kata,tapi sukar jua untuk melupakan setiap perkara yg si lakukan terhadap kita..maaf..maaf seandainya kedamaian jiwa terusik.Fitrah manusia tdk mahu menerima hakikat dirinya tidak sempurna.Hakikat tetap hakikat!
Tak perlu utk meminta,apalagi utk mengemis kasihsayang ..Tangan sendiri yg mendulang,nyiru sendiri yang menyaring emas.Kalau tdk di pecahkan ruyung mana kan ada sagunya...Jika hutang harta si bayar harta,hutang budi di junjung sampai mati..dan akulah yg terhutang dn terjunjung oleh budimu.Seumur hidup aku merasa tidak mampu utk mmbayar semua hutangku terhadap semua pengorbananmu.!
ILUSI TANPA SUARA..
Cinta ini boleh mengubah pasir mnjadi permata.
Debu bertukar emas
Keruh mnjadi bening
Sakit akan terus sembuh
Penjara mjadi telaga
Derita mnjadi nikmat
Kemarahan menjadi rahmat.....
Aku terusik dgn ribuan kata-kata puitis..musim dan iklim yang sentiasa berubah tidak mampu mengubah sedikit pun pendirianku.Aku mahu berbiduk cinta hingga warna alam semesta bertukar wajah.Aku juga percaya bahawa:"Hai anak Adam,sesungguhnya engkau adalah kumpulan dr hari-hari mu.Setiap kali hari itu brlalu maka berlalulah sebahagian mu".
Aku terbawa-bawa dgn kata-kata pujangga yg amat dekat meresap nurani(HAMKA):Di dalam menempuh jalan hidup janganlah mencuba utk menjarakkan diri dari Tuhanmu sebab kendali yg sebenarnya terpegang di tanganNya.Betapa pun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yg d cita-cita ,namun yg menentukan arah angin ialah DIA.."
Benarlah semua firasatku..tirai yang berlabuh membuka dan menutup rahsia seribu rahsia..tersembunyi kukuh di jiwa.Bertemankan sejuta keyainan aku akhirnya menyerahkan ..menyerahkan seluruh jiwa dan nuraniku krdMu dgn lafaz keramat:Maafkan segala kekhilafan terdahulu,kini atau akan datang.Aku hanya wanita biasa..hari semalam telah kujadikan batas historiagrafi...batas yg mematangkan aku!!!!!!!!!!1

Monday, August 23, 2010

KEPERCAYAANKU..

Persahabatan yg telah trbina ibarat dua buah jambatan yg mnghubungkan antara dua benua..jambatan ini akn brtambah kukuh jika kita sntiasa bersama mmperbaiki,menjaga dan memupuk hubungan itu.Walau apa pun kelemahan diri sahabat kita.terimalah sebagai sbagai satu perkara biasa..manusia smemangnya tidak pernah sempurna.Besi pun akan berkarat jika selalu d biarkn.Emas akan brsinar bila di jaga...
Kadang -kadang kita terlalu mengikut kesedihan yg menimpa...terbawa-bawa dgn krisis yg trjadi..cubalh bertenang..jgn menangis di hadapan org yg kita kasihi.Biar org tersenyum melihat wajah kita..senyumlah kpd bintang yg bercahaya di langit,jgn takut kpd kegelapan malam.Makhluk mna yg mampu menolak takdir yg telah di tentukn Tuhan?????????
Walau hati sedang berbisik:
Awakkah yg menangis semalam?
Awakkah yg menyesali pertemuan itu?
Awakkah yg selalu meratap hiba di kala kedukaan menerjah k dlm kamarmu?
Jawablah seikhlas mungkin:
Tiada sesiapa yg ingin terbakar dgn sendirinya...melainkn ada angin yg bertiup menyalakn api..
Tiada seorg jua yg rela mnjadi mangsa fitnah durjana mmpalit prasangka buruk d atas maruah kita
Siapakah yg sanggup menangis bersama bila kelukaan itu mnjadi lbh parah????????
Maka aku yg sudah trbiasa d besarkan oleh sejuta pengalaman bisa mmberimu sedikit pedoman:
Usah takut dgn ombak..ia akan surut jua bila pusingannya sudah tiba...
Usah ragu dgn pendirianmu,kelak mmbinasakan masa depanmu....
Usah gentar dgn musuh,ia hanya menduga akalmu..
Usah gelisah dgn perangkap masa,kerna ia jua FANA...sesuatu yg FANA tidak akn kekal!
Marilah kita bersama:
Bertaqqarub dengan Pencipta
Bertawadduk dengan KeEsaanNYA
Tuhan izinkan aku berdoa kepadamu:YA ALLAH.aku menguak rasa cintaku seluas lautan yg tiada bertepi untukMu.Telah kutitipkan rasa rinduku di dada Ramadhan ini ,simpankan imanku di negeriMu dan aku berharap Kau kirimkan NUR untukku....AMIN.
DOA PENUH PENGHARAPAN....
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA