Tuesday, February 22, 2011

LAYAR KEGEMBIRAAN YG BERKEMBANG.

Makhlok mana yg mampu menolak  apa yg telah di takdirkan  untuknya?
Wajarkah kita menafikan nikmat yg selama ini kita terima?
Mestikah kita menggadaikan  kebahagiaan masa kini hanya di gamit  sejarah pahit masa lampau?
Atau kita mmbalas dendam  di atas setiap  kesilapan yg pernah terpalit dlm memori  hidup kita?
Putus cinta memang menyedihkan-Tapi putus bukan bermakna  hilang seri kehidupan..Perpisahan di tentukn oleh jarak dan masa.Sekalipun mersa sedih dgn setiap perpisahan,kenyataannya hujan jika turun selebat mana pun akan berhenti juga.Hanya sekadar mmberi bah sebagai musibah.Naluri manusia akan tetap mahu berubah..
Pepatah Demark mengatakan:
"Lelaki itu prosa alam
Perempuan itu sajaknya
Cinta itu lagunya dan perkawinan itu adalah orkestranya"
Puitis sekali..ulang berulang tetap bererti di hati.Jadi cinta yg telah terputus adalah adat..takdir meletakkan begitu..cinta tdk perlu berdendam.Cinta tiada benci .Cinta tdk pernah mnjanjikan apa-apa-hanya manusia sanggup mengabdikan diri demi sebuah cinta.
"No  body else but you could be special in a way you are special to me"
"You can forgive but you can't forget"
Cinta yg ujud dlm sebuah tindakan agung ialah "memaafkan".Walau perjalanan kita sama,destinasi kita berbeza.Biarpun sehelai kertas namun nilainya begitu besar.Nafsu manusia sgt besar sehingga kdg-kdg terdetik "dunia pun di belinya"-
The future is very important.Power thinking.more professional.Relevankah jika cinta masa lalu,kini dan akan datang di sertai dgn kemewahan harta?Kisah cinta dua darjat memisahkan kasih yg terjalin?Ia akan mnjadi satu bebanan yg berat dn berisiko bila cinta dan kasih itu mmpunyai halangan spt itu.nawaitu yg mmbara akan terpadam dgn hati yg kejam.
"Perkahwinan  umpama sebuah  buku yg bab pertamanya di tulis dlm bentuk puisi yg mmberitahu bab berikutnya  dlm bentuk prosa"-Beverly Nichols.
Terimalah hakikat bahawa sesuatu  yg kita sayang  bukannya hak kita yg hakiki.Segugus kenangan  manis utk mengiringi pertemuan adalah memisahkan percintaan dua jiwa.Perpisahan memang sakit..tapi hargailah  apa pun yg telah kita lalui bersama.Dua benua akan dapat di hubungi dgn jambatan ukhwah yg ikhlas terjalin.Jambatan itu akan mnjadi lebih kukuh jika kita saling mmperbaiki kata-kata..Cinta sejati  adalah ketikkka dia mncintai org lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata:"aku turut bahagia  melihat kebahagiaanmu"Aku terpesona dgn kata-kata penyair sufi Jalaludin Rumi..kuulangi lagi katanya kerana aku peminat nya.ia inspirasi jiwaku berkarya."...ketika aku mndengar cerita cerita cintaku yg pertama,aku mula mncari-cari engkau..tdk tahu betapa butanya aku.Pasangan yg bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya ....mereka sebenarnya sudah bertemu sejak azali lagi.."
Begitulah cerita cintaku..aku bertemu suamiku dgn cinta pertama.walau di hujani seribu halangan..berpisah...bertemu...berperang...akhirnya  jodoh yg telah di ikat sejak Loh mahfuz mnjadi kenyataan.Cinta itu suci.Cinta itu pengorbanan.Aku bercinta dgn meletakkan harapan yg subur di jiwa.Aku sering menangis dlm dakapannya..aku sering melakukan kesilapan..aku sering menyakitinya..namun aku tak mampu berjauhan darinya!
Rumahku di hatinya-
Surgaku di jiwanya
Taman ku di kamar yg slalu wangi...Iktikafku -eulogiku-telah kulayarkan ketika layar kebahagiaan  kami berkembang!

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA