Saturday, March 9, 2013

DEMI CINTA INI.

Bismillahirrahmanirrahim,
Subhanallah,dengan izin Allah hari ini  aku dpt menulis lagi.Semalam hari Jumaat,aku melansungkan majlis bacaan Yassin dn tahlil..utk keberangkatan ku ke tanah Suci.Setelah lama berimpian,lama juga  menyimpan harapan..alhamdulillah akhirnya aku berjaya mndapat visa utk perjalanan suci...
Bermunajat,berdoa dan aku berusaha dengan kudrat tulang empat kerat,rezeki pemberian dari Allah SWT.Aku pergunakan kesempatan hasil titik peluhku sendiri...setiap sen yg ku simpan adalah hasil tangan sendiri.Berkat usaha,doa keluarga dan nawaitu dari hati yg paling tulus..wang yg berdikit di simpan,dpt juga melaksanakan sedekah jariah,wakaf dn apa-apa sj kebaikan asalkan halal..Subhanallah,Allah  telah mndengar rayuanku di sepertiga malam,munajatku seawal 2.00pagi..zikirku,solat taubatku..aku bersujud di kala  sepi pagi....tatkala airmata taubatku menitis di saat sesepi itu.Allah SWT ada di sisiku.Menemaniku ,bersamaku dan mendengar rayuan hatiku.
Ya RABB,
Tatkala hatiku di sakiti dgn kata-kata atau perbuatan yg menyakitkan aku pasrah.Kata-kata atau tingkahlaku yg keterlaluan bisa melukakan hati..tetapi kata-kataku di sepertiga malam adalah rayuan penuh airmata!Aku takut dgn kata-kata Allah SWT,kerana itu aku patuh.Kata-kata Allah SWT sungguh menyenangkan aku..sehingga aku rindu utk bangun seawal pagi.
YA RABB,
Waktu yg menemaniku datang bersama takdir hidupku.Namun cahayaMu adalah penerang dlm kegelapan malamku.Jika siang itu terang,manusia masih  lagi tersesat,inikan pula malam yg gelap gelita.Aku  insan yg lemah,tiada daya upaya.Melainkan kekuasaanMu yg memberi petunjuk dn jalan untukku.Limpahan rahmatMu menenangkan hatiku,memudahkan segala urusanku.Aku ingin selalu  dekat denganmu!

8Mac 2013.
Kaum kerabat dan teman akrab memelokku dgn kasihsayang.Merka mndoakan agar perjalanan ku ke Tanah Suci akan di permudahkan.Nasihat dan pesanan mereka ku semat kukuh di hati.Semuanya bernawaitu positif.Aku sudah mndengar ceramah umrah..sehingga 1pagi bersama ustazah.Banyak persoalan kulontarkan.Selagi ada keraguan naluriku tidak penat mengalah.Belajar,menerima nasihat dan mengikut apa yg baik..mereka tdk berhenti memberikan aku pesanan..Subhanallah,aku memahami  makna ukhwah..silatul rahim yg memanjangkan usia.Doa yg mustajab..
YA RABB,
Aku tidak bisa merengkuh apa-apa yg di luar keupayaanku.Aku juga tidak bisa merengkuh sesuatu yg luarbiasa..mahu pun berkata yg paling  luarbiasa.Hanya hatiku yg berserah,berdoa dan berusaha.Tawakaldgn kehendakNya.Kerana itu aku tidak jemu-jemu berharap..
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku ingin menghadiahkan kepada orang yg kusayang sebuah kebahagiaan yg sebenar-benarnya.
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku ingin memberikan sebuah kehidupan yg paling bermakna untuk insan yang menyayangiku,hidup yang benar-benar  bermanafaat..
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku mahu orang yang kusayang mendapat sebuah dunia baru,dunia yang segar,dunia yang ada harapan.dunia yang penuh  dengan rahmat Allah SWT.
Di luar jendela ketika aku merenung di sana,wajah malam sangat kelam namun ku hela nafas panjang.Kutadah tangan penuh doa agar setiap orang yang pernah menyayangiku akan mendapat keredhaan hidup dari Allah SWT.
Adakah semua mimpiku seperti hujan yang turun membasahi bumi?
YA RABB,
Walau pun kita terpisah jauh,dekatkanlah hatiku,diriku kepadaMu.Sehingga mataku terlelap dalam hujan lebat,KAU tetap ada dlm jiwaku.Sungguh aku telah jatuh dalam cintaMU...aku tidak mahu menjadi seperti rumah usang yg mahu dirobohkan..kerana itu aku mahu bina istana kristal yang indah..meskipun  hanya dalam ilusi.Aku mahu bina istana kristal yg berkaca,yg cahayanya seindah pelangi.........kerana apa?
YA RABB,
Hatiku menjawab:DEMI CINTA INI.
Aku cinta kepada penciptaku...Allah SWT.Aku mahu menilai semula  semua nikmat pemberianMu.Musibah dan ujianMu...Bahagia dan tangisku..Sabar dan  rungutanku...ini saat aku menilai  neraca kehidupanku.Aku ikhlas membezakan  mahalnya  duniawi  dan ukhrawiku.Bagaimana jujurnya hati seorang anak Adam,bagaimana ikhlasnya seorang umat Nabi Muhammad SAW menerima  takdirnya.Aku mahu  menjadi insan yg mempunyai hati yang bersih..suci dan redha!
YA RABB,
Berkali-kali aku memanggil namaMu
Berkali-kali aku menguak  pintuMu
Berkali-kali tanganku  menadah ke langit tinggiMu
Sehingga  nuraniku membisik perlahan:
Kuburkanlah rasa mazmumahku
Buangkanlah rasa amarahku
Ampunkanlah semua kekhilafanku
Aku hanya manusia biasa....kalaulah aku bisa terbang ke langit biruMu,akan ku letakkan  sepenuh jiwa ragaku di sana..nafas dan impian hidupku menjadi satu jihad..
Zikir rindu penuh mahabbah
Zikir cinta penuh  di mawaddah
Zikir sendu  penuh sakinah,biarlah 99 Asma'ul Husna kupastikan berbunga  dengan ratib Rabbiah....harum semerbak sewangi kasturi...RAUDHAH JANNAH..hajatku dapat berdoa  di atas cahayaMU.
DEMI CINTA INI.
Biar hujan  airmata  yang mengalir  di pipiku hilang bersama panasnya matahari.Biar sengsara  yang pernah hinggap di hatiku  belayar bersama bulan dan bintang  malam.Setiap airmata dan luka ini kulayarkan  bersama waktu.......sebenarnya aku adalah hamba yang mencari redhaMu.Seumur hidupku aku merasa berhutang denganMu.
Aku percaya sabarku  ada hikmahNya.Aku yakin sabarku  jihad yang mahal ..tentunya akan di beli juga satu hari nanti..Surga itu idamanku...
YA RABB,
Adili lah aku selayaknya...Berilah aku cintaMu  yang penuh barakah  dan rahmahMu.
Perjalanan umrahku bermula 15 Mac 2013.Permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku.Insya'allah...

HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU.YA ALLAH.
HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU,YA ALLAH.
YANG TIADA SEKUTU BAGIMU.
HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU,SESUNGGUHNUA SEGALA PUJIAN ,NIKMAT DAN PEMERINTAHANMU ADALAH  KEPUNYAANMU,TIADA SEKUTU BAGIMU.


ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR.
"Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan  yang mulia,Rasul yang agung,pemurah lagi penyayang,moga-moga di rahmati  dan di berkati  ke atasnya,sesungguhnya selamat sejahtera wahai Nabi Allah,selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah,selamat sejahteralah wahai habibullah,aku bersaksi bahawa tidak ada TUHAN yang di sembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya dan bersaksi bahawa  engkau telah menyampaikan risalah ,menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat  kepada umat dan engkau telah  berjihad kerana  meninggikan agama ALLAH,maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga hari kiamat.Ya ALLAH YA TUHANku,kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat  yang tinggi serta anugerahkanlah kepadanya tempat yang terpuji  yang telah ENGKAU janjikan, sesungguhnya ENGKAU tidak memungkiri janji sekali-kali.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA