Friday, April 15, 2011

TERIMA KASIH CIKGU.

Terima kasih cikgu
Keranamu duniaku yang kabur
Menjadi terang benderang
Seperti sinar mentari
Menyuluh kehidupan setiap insan naif sepertiku

Terima kasih cikgu
Kau ibarat lilin yang sentiasa menyala
Menyuburkan ingatan dengan setiap didikan
Dengan senyuman dan kata-kata lunak kalian
Memberikan aku motivasi
Mengajar kami erti perjuangan
Ilmu,kasihsayang ,keikhlasan dan tanggungjawab
Membuatkan aku mengenali erti peradaban manusia

Terima kasih  Cikgu
Melahirkan insan yang berguna
Menjunjung adat dan budaya
Budimu,kesungguhanmu dan sikap prihatin cik gu
Mencernakan bijaksana  di sanubari
Matahati kian memahami
Peribadi mulia cerminan sebenar manusia..

Terima kasih cikgu SKUM
Membentuk tunas harapan
Membina generasi  dengan nilai-nilai  kemuliaan
Dengan satu hakikat
Anak-anak  kita adalah pemangkin  setiap kejayaan!!!!!!!!11

Untuk semua guru-guru yang pernah  berjasa  kepadaku
"selamat menyambut Hari Guru"

KARYA:CHE AZIAH BT DAUD
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
16APRIL 2011.

TERIMA KASIH CINTA.

Terimakasih cinta
Kerana mu suamiku mengajar makna
Sebuah percintaan
Sukma menjadi wangi  sehingga tercium
Keseluruh alam...

Terimakasih cinta
Keranamu aku menyedari
Betapa tingginya pengorbanan
Bersatu sejuta keyakinan
Saat memiliki  dan di miliki
Jiwa saling mengerti...

Terimakasih cinta
Bersungguhan  suami mencari  rezeki
Bersungguhan  mendidik zuriat
Senada dalam melahirkan kesyukuran
Demi kelansungan hidup berlandaskan keimanan
Mengharap redha Allah ....

Terimakasih cinta
Malam yang pekat
Telah kami indahkan  dengan putihnya kepercayaan
Dua jiwa mencari  sinar cerlang
Mujahadah sebuah cinta
Mencari kebahagiaan yang hakiki
Rumahtangga seindah bahtera Adam dan Hawa...

Terimakasih cinta
Keranamu satu anugerah  agung
Menitis kisah  manis penuh nostalgia
(Begitulah  betapa aku menyedari bertuahnya diri dengan kurniaan Ilahi).

KARYA:AZIAH DAUD(JIWA BAHAGIA)
BUKIT TEMIN.P.LANGKAWI,KEDAH.
15 april 2011.

TERIMAKASIH CINTA.

Terimakasih cinta
Kerana mu suamiku mengajar makna
Sebuah percintaan
Sukma menjadi wangi  sehingga tercium
Keseluruh alam...

Terimakasih cinta
Keranamu aku menyedari
Betapa tingginya pengorbanan
Bersatu sejuta keyakinan
Saat memiliki  dan di miliki
Jiwa saling mengerti...

Terimakasih cinta
Bersungguhan  suami mencari  rezeki
Bersungguhan  mendidik zuriat
Senada dalam melahirkan kesyukuran
Demi kelansungan hidup berlandaskan keimanan
Mengharap redha Allah ....

Terimakasih cinta
Malam yang pekat
Telah kami indahkan  dengan putihnya kepercayaan
Dua jiwa mencari  sinar cerlang
Mujahadah sebuah cinta

Monday, April 4, 2011

CAHAYA LARA..

Semakin terang cahaya di langit
Saujana alam mata memandang
Masih ada musim yang berbaki
Untukku meniti daerah  di sini


Di saat semuanya  menjadi memoir
Kita masih punyai  deria merasa
Matamu,mataku yang saling  bercumbu
Menenun cinta  hingga ke hujung nyawa
Walau  biasa kusentuh tanganmu
Kutahu,inginku miliki kesempuraanmu


Seperti sekuntum sakura yang memutih
Seperti  segunung salju yang mendinginkan
Telah kau hadiahkan wangian seharum kasturi
Sehingga aku sanggup menggalas sejuta cahaya lara
Kutukarkan ia menjadi  biasan  cahaya keemasan
Memagari laman rumah kita................


KARYA:AZIAH DAUD.
KOTA MAHSURI,P.LANGKAWI,KEDAH.
4.04.2011.

Thursday, March 31, 2011

PURNAMA TELAH MENGAMBANG.

Alhamdulllah,syukur kpd Allah pemilik alam Maha Hebat!
Dengan izin dn limpah kurnianya segala yg kami sekeluarga rancang berjalan dgn sempurna..berkat kerjasama muhibbah orang-orang yg kusayang.Semuanya bagaikn telah berjalan sperti diatur.kereapi dgn relnya..kapalterbang dgn cuaca yg baik,teknikal yg bagus.Aku merasakan syukur yg tidak terhingga kerana majlis walimatul-urus ini sempurna...semua sahabat kari,jiran tetangga dn ahli keluarga sungguh prihatin..baik dr segi material dn sokongan moral.Zahir dn batinku  senyum tanda bahagia bila segalanya amat sempurna...
Sinar di hujung  Mac  kian berlalu ..namun sinar sepanjang zaman selalu tiba di hatiku saat aku tunduk sujud di depan pemilik jiwa ini..Tuhan,doa adalah laguhati dr jiwa yg sedang meratib hiba memohon harap..akulah hamba yg sentiasa  memohon redhaMu.Walau pun aku tiada ibu bapa di sisi namun KAU selalu ada.Menemani susah senangku..memahami gelodak jiwaku.Aku tdk akan berdendam dgn setiap  apa yg sering di lakukan terhadapku.Isya'allah aku sntiasa mngharapkan  pertolonganMu.
Kutitipkan rasa syukur  terhadapMu."Sesungguhnya Allah tdk pernah menzalimi hamba-hambaNya,akan tetapi hambaNya ytg selalu menzalimi diri mereka sendiri"-surah Yunus10:44.
Sinar purnama di hujung Mac
Mengakulah aku kpd Allah 
Bahawa sesungguhnya Allah Maha Hebat
Berkuasa di atas sesuatu
Akulah hamba yg selalu menyerah...
Apabila terhentinya jarum jam..minit dn saat bergantian
Takdir kita turut berubah
Lingkungan waktu  bagaikan satu nadi
Yang tidak pernah berhenti berdenyut
Manusia dgn sejarahnya
Alam dan fenomenanya
Begitulah hukum karma di tentukan
Tapi bagaimanakah  hubungan kita dgn Tuhan?
Musim demi musim telah lalui..denai demi denai telah kutiti..seperti selalu kujumpai  cabaran dn dugaan!Sehingga hatiku berbisik"Tidak ada sesuatu yg lebih sulit bagiku selain dari hawa nafsuku sendiri.Terkadang aku berhasil mengalahkannya,tapi di lain waktuia berhasil mengalahkanku"-Sufyan Ats-Tsauri.
Jangan kau renung aku begitu..jgn kau lagukan lagu yg penuh memori itu..kerana nuraniku  lemah.Sebelum sempat mataku merenung kembali matamu..aku pandang ke langit yang sedang membiru...di situ kulihat purnama sedang menggamitku.Aku berlari kuat.. belum sempat aku menyanyikan lagu puitis yg berilusi di  batinku..bintang kejora menghulur salam cinta untukku.Aku sempat  berkata-kata:payungilah diriku dari terkena basah hujan lebatMu..payungilah diri dari terkena terik matahariMu...payungilah aku dr terkena pawana ganasMu..sungguh banyak aku meminta sehingga dinihari memanggilku."marilah kita ke sana".
Aku hanya menurut,seperti rerama yg terbang..singgah sebentar di tepaian pantai..kerana itulah tempat ketenanganku...
Di sini ku terbayangkan sebuah fenomena alam yg maha dahsyat..pagi tadi semasa aku mmbaca surah yg mnceritakan  bumi yg berpecah belah,Al-Infitaar-apabila langit terblah...aku terus mmbaca surah Al-Insyiraah-"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran akan ada di sertai kemudahannya"-berulangkali aku membacanya!Alhamdulillah,laut yg bergelombang di depanku mnjadi tenang..bila ku terpandang bintang di atas ku hatiku  berbisik"At-Taariq"(Bintang yg Menembus Sinaran Cahayanya)-
Demikian Allah telah bersumpah dgn langit dn bintang  yg demikian sifatnya ,bahawa tiada sesuatu  diri juapun melainkan ada malaikat yg menjaga  keadaannya serta menyimpan  catitan mengenai  segala bawaannya.Masya'allah,di tanganku memang ada catitan..lembaran-lembaran suci yg selalu kuselak,kucatitkan satu persatu.Ciri-ciri  seorang insan.Seperti payung yg sedang memayuni diriku ..semua kata-kata motivasi mejelma di kepalaku..tiap-tiap kesukaran pasti di susuli dgn kelapangan!
Aku mengaku kpd Allah..pengembaraan ini memamg hebat..walau sekadar ilusiku yg mengembara namun aku mmpunyai nilaian yg positif dlm kembara singkat itu.tika purnama memggamitku..hidup ini penuh dgn teka-teki..ketika  bintang kejora menghulurkan salam penuh cinta itu..hatiku telah merimbun dgn bunga-bunga harap..ketika aku berhadapan dgn ombak..lautan  luas memanggil-manggil namaku...
Akhirnya aku menyimpulkan satu kenyataan..
Segenggam kebenaran yang kuhimpun
Adalah gudang yang menyimpan keikhlasan jiwaku
Segunung  impian dan hasrat yang kujunjung
Teguh bersatu dalam diri beserta keyakinan
Cerminan peribadi mulia
Telah kutanam sekian lama


Mengertikah kita semua
Belum terbongkar semua misteri 
Dunia dan alam
Mala petaka  yang luarbiasa
Peristiwa yang menyayat hati
Petanda zaman menuju penghujungnya...


'At the placewhere HIERON has his built.
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall
Upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan"-NOSTRADAMUS.
Begitulan percaturan dlm kehidupan..Sesuatu yg istimewa  yang mahal harganya..tentulah ia amat bernilai dn berharga..rezeki,kemuliaan,kekuasaan,ilmu.nyawa dan segalanya  adalah milik Allah.Cintakan dunia ?Takutkan mati?Cintakan kuasa?Cintakan kekayaan?Atau cintakan ilmu?Cinta kpd Allah akan datang  bersama iman dan taqwa.Allah akan dpt kenal kecintaan itu..
Allah berfirman :"Sesungguhnya orang-orang  yg beriman  hanyalah  org-org yg beriman kpd Allah dn RasulNya,kemudian  mereka tdk ragu-ragu dn mereka berjihad  dgn harta  dn jiwa  mereka pd jalan Allah,mereka itulah orgh-org yg benar"-Al-Hujaraat 49:15.
Satelitku telah berputar...sesuatu yg istimewa  tentunya mahal harganya..tentu pula utk memiliknya..aku mengaku kehebatanMu..Aku tetap menyerahkan jiwa ragaku  kpdMu..harta bukan di hatiku...sebenarnya telah kuletakkan di tangan kananku...ingin keberikan sebagai jihadku  kpdMu...astaghfirullaha'azim...jgn hukum aku dgn renungan itu!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 2, 2011

SUARA SIAPAKAH ITU?


Menitip rasa  yang sungguh menyentuh jiwa

Sayap-sayap kenangan bertebaran
Mewarnai lantai kehidupan masa kini
Rahsia dunia bukan lagi satu misteri
Seperti selalu di duga manusia


Sempunakah diri tanpa nilai murni
Terjalinkah hubungan harmoni  tanpa saling menghormati
Sempurnakah jiwa tauhid  tanpa benteng taqwa
Mencari jejak-jejak kebenaran
Seperti membina tapak-tapak keluhuran


Beracunnya kata-kata dusta
Membunuh impian yang di reka
Senyum yang penuh kepura-puraan
Adalah topeng segala pengkhianatan
Bila hati yang putih telah di hitamkan
Kenyataan benar di palsukan
Manusia sudah menjadi lupa


Dalam jutaan doa si pendosa
Ada satu suara berbisik
Menggema-gema bersama permintaan hati
Suara siapakah itu?
Meleraikan resah dengan satu jawaban:
Manusia mana yang tidak melakukan kekhilafan
Bumi mana yang tidak di timpa hujan
Suara siapakah itu???????


KARYA:CHE AZIAH DAUD.
BUKIT TEMIN,LANGKAWI,KEDAH.(3.3.2011)

SALAM CINTA.

Suara hati sering berbisik
Jangan patah harapan saat gelisah mengusik
Tempuhilah takdir yang datang
Sebagai menguak pintu  kerahmatan


Barangkali gerimis yang turun
Menumbuhkan benih-benih kesuburan
Menyemai  kasih di hati 
Bukan seperti meletakkan hiasan indah di wajah..


Letakkan  cintamu di hati nurani yang penuh suci
Tumbuhkan yang telah hilang
Gantikan yang telah patah
Di gelari kehidupan ini
Apa pun bisa terjadi dengan sendirinya


Lihatlah di sekeliling,wangi kasturi mengharum lagi
Ghairah mencipta bahagia
Lumrah bunga manis bermadu
Lumrah rerama terbang ke situ
Lumrah wanita perlukan lelaki
Lumrah alam matahari terbenam


Salam cinta
Sebagai menghargai  segala pemberianMu...........!!!!

KARYA:CHE AZIAH DAUD
P.LANGKAWI,KEDAH.(3.3.2011).
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA