Monday, August 23, 2010

NOSTALGIA MUSIM INDAHKU

Cinta membangkitkan semangatku
Berdiri di sampingmu seperti selalu
Cinta satu ransangan dalam hidupku
Menguatkan semua kelemahanmu
Cinta satu perasaan yang selalu bergetaran
Bila pandangan kita saling bersatu

Cinta ini seperti sekuntum bunga
MEwangi harum setiap masa
Cinta ini seperti taman
Menyuburkan tumbuh-tumbuhan
Cinta ini seluas lautan
Luas untuk menyeberangi ke daratan
Cinta ini setinggi gunung
Mendakinya penuh kelelahan

Cinta sungguh subjektif
Sehingga sukar untukku tafsirkan
Cinta membawa cahaya
Menerangi jiwa yang kegelapan
Cinta mengharungi alam semesta
Bila hati dan perasaan membenarkan......

KARYA:AZIAH DAUD(JIWA BAHAGIA)
P.LANGKAWI,KEDAH.
24OGOS 2010..

masa yg hilang

Imaginasi yang tiada batas sempadan
Menghanyutkan emosi tiada haluan
Belayar terumbang -ambing
Lelah di pukul badai
Akulah imaginasi yang hanyut
Menuju destinasi kabur
Tenggelam di lautan yang tiada terduga
Terpedaya dengan prosa alam
Berpuisi dalam pelarian
Masa yang telah hilang
Membakar semua mimpi-mimpi
Berterbangan ilusi ke awan
Gersang memoriku
Halaman-halaman hariku tidak lagi sehebat dulu
Kuterima
Akulah imaginasi yang hanyut
Menuju destinasi kabur
Tenggelam di lautan yang tiada terduga
Terpedaya dengan prosa alam
Berpuisi dalam pelarian
Masa yang telah hilang
Membakar semua mimpi-mimpi
Berterbangan ilusi ke awan
Gersang memoriku
Halaman-halaman hariku tidak lagi sehebat dulu
Kuterima
Akulah imaginasi yang hanyut
Menuju destinasi kabur
Tenggelam di lautan yang tiada terduga
Terpedaya dengan prosa alam
Berpuisi dalam pelarian
Masa yang telah hilang
Membakar semua mimpi-mimpi
Berterbangan ilusi ke awan
Gersang memoriku
Halaman-halaman hariku tidak lagi sehebat dulu
Kuterima simbosis ini
Yang manis itu sangat indah
Yang pahit ini sungguh sakit
Yang membadai jiwa dan hatiku amat ganas
Yang merelakan sebuah kehidupan bertunas
Hanya Tuhan:
Walau tak mampu ku jauhi
Walau tak mampu kutangisi
Walau tak mampu ku miliki
Masa yang telah hilang
Memadamkan semua detik indah yang pernah menggoda sukmaku!!!!!

Saturday, August 21, 2010

Seandainya masa mampu berpusing balik melintasi ozon remajaku,aku ingin menjadi bidadari.Mempunyai taman sufi yang tersimpan di dalamnya sejuta bunga...bunga bahagia!dan seandainya masih ada cetakan kedua hidup ini,aku ingin mencipta sebuah buku..aku akan menulis sehingga kering tintanya..biar halaman buku itu mampu mnjadi satu memori dalam hidupku!
Seandainya masa silam mampu kuputar kembali,aku ingin menakluk dunia dengan kisahku.Aku merasa setiap kesilapan adalah satu kebetulan.Aku mahu memperbaikinya dan melakukan sesuatu yang terbaik dalam hidupku.Jika tidak,seumur hidup aku akan menyesali kebodohanku!
Segugus kenangan telah menemani perjalanan hidupku.Aku terima hakikat bahawa hari yang berlalu mmbawa kisah duka,hari akan datang mmberi cabaran.Walau sesakit mana aku pernah merasa tersiksa tangan ku masih kuat untuk menadah:
YA RABB,
keranaMu aku menangis
KeranaMU aku mengenali dunia
KeranaMu aku merasa terhutang budi
KeranaMuku mula menyedari
Walau sesukar manapun aku pernah merasai kasihsayangMu.
Aku terus berlari menuju ke langit biru.aku ingin memintal awan buat penguat semangatku...Salam-salam penuh kerinduan kukirimkan untuk arwah kedua ibu bapaku.aku tenggelam dalam zauq yang paling dalam..tanpa kusedari airmata yang kutitiskan telah terhenti saat ku mndengar bisikan keramat itu.:berdendang hamba tuan brtepuk tuan
senyum di bibir hati berduka
kasih di beri orang di jeling orang
terasa hiba tidak terkira....
Sungguh sakit hati ini...fitnah dalam cinta ..penghinaan manusia...satu dlm sejuta...semoga tuhan akan mmberikan kegembiraan yg berkekalan untuk rumahtanggaku.Aku tidak mahu layar kehidupanku patah di tengah jalan.Aku sedang menuju destinasi yang luas dn terbentang di depanku lautan yg sgt bergelora.Mari kita bersama melangkah,pegang kuat-kuat tanganku ini.Lihat di atas langit mmbiru,di situ masih ada bintang yg dulunya kita pegang!!!!!!!!!!

UNTAIAN KASIH.

Sedetik sengsara
Mengajarku mengenali makna kehidupan
Garis luka merampas warna kebahagiaan
Hilang semua pesona yang selama ini
Menyentuh kalbu seorang wanita sepertiku

Dalam mataku
Bergenang airmata yang selama ini kutahan
Mengalir perlahan tanpaku sedari
Luka ini amat dalam
Sekalipun kau taburi
Ribuan mawar berbunga madu
Janji semanis awal berkasih
Aku masih merasa sakit
Luka yang amat dalam

Untaian kasihmu
Kian terlerai dari jemariku
Untaian kasihmu
Bukan lagi perisai untukku
Sengsara yang kau hadiahkan ini
Sudah cukup mengajarku
Mengenali siapa sebenarnya dirimu..

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
P.LANGKAWI,KEDAH.
21 OGOS 2010.

Monday, July 26, 2010

MENGASIHI YANG DI KASIHI.

Leburkan dendam yang ada di hati
Kerana ia bisa membawa petaka
Leburkan kata-kata amarah
Kerana ia bisa melahirkan dendam

Kebencian yang terjadi
Adalah putik-putik yang bernanah di jiwa
Menambah siksa yang menyala
Pada yang merasa

Dalam kehidupan seharian
Kita manusia selalu melakukan kesilapan
Terperangkap dengan kelemahan nafsu durjana

Jalinlah ukwah sesama insan
Berkasihsayang dan saling bersatu
Hati yang putih
Akan selalu di warnai rasa bahagia
Andai kebencian kita leburkan
Hati yang putih
Akan mendyukuri semua nikmat
Andai segala dendam bertukar menjadi kerinduan
Saling mengasihi dan di kasihi
Demi keharmonian silatul-rahim terikat kukuh
Menyuburkan cinta ummah..

KARYA;ZIE(JIWA BAHAGIA)
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
27.07.2010.

MUHASABAH.

Hati yang sejahtera
Menyemai benih-benih cinta yang suci
Mendinginkan musim kemarau
Menyembuhkan jiwa yang sakit

Hati yang sakit
Menyimpan api di dalamnya sekian lama
Membara walau dalam kedinginan
Menyakitkan walau ada penawarnya

Hati yang mati
Terkunci semua pintu cahaya
Buta dalam menilai
Makrifat anugerah Tuhan

Bersihkan hati
Carilah inayah dan dakaplah petunjuk
Yang kaya tidak akan fakir
Yang susah akan menjadi mudah
Yang hitam akan bertukar putih
Yang suci bertambah seri
Andai muhasabah diri sejujur-jujur memberi

Itulah hati-hati manusia
Memiliki yang tiada hakiki
Jangan di biarkan hati jadi mati
Jangan di biarkan diri terkunci..!!!!

KARYA:
AZIAH BT DAUD.
BUKIT TEMIN,P.LANGKAWI,KEDAH.
27.07.2010.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA