25 April..sempena menyambut ulangtahun kelahiran suami yang ke 50 tahun ,solat Subuh kusudahi dengan bacaan Surah Yassin.Aku bermunajat setelah usai berselawat ke atas junjungan Nabi terakhir zaman.Penolongku hanya Allah.Permudahkanlah semua urusan duniaku dan ringankanlah segala bebanan di hari akhiratku..
Bismillahirahmanirrahim.
"Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang mahu memaafkan kesalahan orang lain pada hal ia berkuasa membalasnya"-HR Baihaqi.
2 April yang lalu aku menerima satu panggilan dari Kuala Lumpur.Oleh kerana ada gangguan dlm perbualan itu aku ringkaskan perbualan itu.Hampir tujuh kali panggilan itu bertali arus.Apa yg jelas aku mndapat tempat ketiga dlm peraduan yg di anjurkan dlm majalah WANITA.Baucar Guardian sebanyak RM 150.00 dan barangan Fair Lovely.
Dlm majalah JELITA bulan April 2012 juga cerpenku "KEMBARA CINTA" di siarkan.Alhamdulillah..aku merasa syukur teramat sangat kerana dapat mewakafkan Al-Quran semasa abang sulungku membawa para jemaah mengerjakan umrah bulan lepas.Ketika sekolah agama mengadakan wakaf tanah untuk mendirikan sekolah baru ,aku juga berkesempatan untuk berinfaq.Hari ini juga aku turut mmberikan sedikit infaq untuk keluargaku yang akan mengadakan kenduri kawin anak lelaki pada 28 April nanti.
Subhanallah,aku bersyukur dengan perjalanan hidupku.Aku berdoa selalu agar di berinya kesejahteraan zahir batin untuk seluruh keluargaku dan untuk semua umat seagama denganku.Marilah kita berdoa dan berharap agar perjalanan kita tidak akan menjadi sia-sia selama berada di dunia yang fana ini...
Mengapa dunia ini fana?
Kerana hayat dunia tidak selamanya kekal abadi.Kiamat akan tiba jua pada hari yang telah Allah SWT janjikan.
Mengapa yang kaya akan jadi miskin?
Kerana harta kekayaan tidak di bahagikan sesama insan yang memerlukan.Ketamakan mmbuat insan kaya jadi muflis.
Mengapa yang hina jadi mulia?
Kerana insan itu sentiasa bermuhasabah diri,mahu berubah dan bertaubat.Jalan istiqamah ke arah jalan yang di redhai Allah SWT.
Oleh itu tidak perlu kita menunggu untuk di hargai tetapi selalu lah menghargai orang lain..Sekali pun kita tidak tergolong dlm golongan hartawan tetapi jadilah insan dermawan.Kita mampu melakukan asalkan nawaitu kita ikhlas..
Jangan hanya kita tersenyum bila merasa bahagia tetapi senyumlah sekalipun hati sedang menangis.Senyuman itu umpama ubat ,sangat mujarab ..sekali pun sedang menanggung derita.Cubalah senyum sekurangnya tiada siapa pun akan tahu penderitaan kita.Bukankah sabar itu separuh dari iman?
Ketika aku sibuk melangsaikan tugasku di pagi 18 April yang lalu jiran berulang kali menjenguhku.Dia mengajakku utk menziarahi mak jiranku yang mengidap kencing manis.Pada pagi Ahad terkena serngan strok.Malam itu mereka adakan bacaan suarh Yassin.Usai tugasku jam 4.00ptg aku pun mmbonceng motosikal .Kami berdua sampai di rumah kakak jiranku yang sunyi sepi.Selesai mmberi salam kami pun masuk dan menuju ke tempat pembaringan mak jiranku.Keadaannya nazak.Aku dlm keuzuran.Aku memegang pergelangan tangannya sambil mengurut perlahan.Ketika itulah aku nampak nafasnya kian perlahan.Hanya kami berempat...aku menyuruh kakak jiranku yang masih muda itu ke sebelah kanan maknya.Cepat-cepat kusuruh dia mengucapkan kalimah suci"Lailahailallah.."berulangkali.Akhirnya jam dalam keadaan tenang nafasnya terhenti.Kami semua terpaku.Aku sudah banyak berhadapan dgn peristiwa ini memandang jarum jam yang terletak di atas dinding.Jam 5.05 ptg.Bila aku menyuruh mereka memanggil orang yg lebih berpengalaman mereka mengesahkan kematian itu.Tiap-tiap musibah yang terjadi kudahulukan dengan kalimah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Kusampaikan berita sedih ini kepada suamiku yang baru pulang kerja.Bila maghrib tiba,kami cepat solat.Ketika sedang solat itulah telefun suamiku berdering berulangkali.Aku jadi terganggu.Suamiku tidak suka telefun berbunyi ketika waktu solat.Jika anak-anakku ada hal penting sekali pun,mereka di larang menelefun ketika azan atau waktu solat.Selesai memberi salam ,suamiku datang menghampiri.Saudara dua pupunya meninggal dunia...sebab itu telefun berbunyi berulang kali.Sebelum menziarahi jenazah kedua hari itu (18 April 2012) suamiku sempat menghubungi saudara mara utk memaklum perkara itu.Kami ke supermarket untuk menempah hamper sebagai hadiah cabutan bertuah bagi mesyuarat agung 2012 di TwinPeak pada 20hb..utk persatuan bekas tentera di Langkawi.Selaku AJK suami ku bertanggung jawab utk sumbangan cabutan bertuah.Alhamdulillah,semua rakan perniagaan dan sahabat karib mmberi sumbangan duit.Kami hargai dan berterimakasih.Mudah-mudahan perkara baik di berkati Allah SWT.
10 mlm kami pun mnziarahi saudara suamiku yang meninggal tadi.Subhanallah,dia meninggal seorang diri dlm d rumah yang berkunci.Darah sudah kering dari mulutnya dan menitis ke lantai..esoknya Khamis dua jenazah di kebumikan di kubur yang bersebelahan dengan rumahku.Suamiku turut memandikan jenazah.Kebiasaannya bila suamiku bercuti baru berpeluang utk memandikan jenazah.
Berbagai peristiwa dan kisah..namun utk mendapat keredhaanNya,maka dekatilah Allah SWT.
Bukankah kita manusia juga fana?
Khilaf dalam menilai..yang hidup pasti akan mati!
Manusia tidak jemu mengejar nikmat..meski pun dunia ini fana..Di langit yang sama,di bumi yang serupa takdir kita tetap berbeza.Jadilah seorang yang bermanafat kpd orang lain.Seperti Jutawan Yang Menangis Kemewahan.(Abd Rahman Auf)
"tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang di hasilkan dari usahanya sendiri.Nabi Allah Daud makan hasil usahanya sendiri"-R Bukhari.
"Kekayaan bukanlah di ukur pada banyaknya harta.Kekayaan yang hakiki adalah hati yang sentiasa mahu merasa cukup"-R.Bukhari.
Jadi tanamkan lah rasa berdosa di hati saat mahu menzalimi orang lain.
Jangan biarkan fitrah nurani yang suci menjadi kotor dengan niat buruk kita.
Orang mati tidak akan hidup semula.
Sedangkan orang yang takut mati telah mati sebelum di matikan....berbuatlah baik terhadap orang lain.Ihsan kita,doa kita mungkin bernilai pada orang lain. Musuh kita yang nyata adalah syaitan.Perangilah nafsu buruk..
Ingatlah,di dalam rahim ibu tempat kita menumpang berkongsi suka duka,ibu itu telah mendoakan syurga untuk kita.Mustahilkah kita untuk menjadi insan yang berihsan?
Dengan limpahan rahmat kasih sayangMu Tuhan,aku berlindung dari kejahatan mata jahat yang memandangku.
Dengan izinMu aku berteduh dalam limpahan ketenangan sehingga aku jadi rindu untuk bertemu denganMu.
Ya Allah,
Semoga aku juga dapat ke rumahMu
Semoga amalku,ibadahku dan matiku dalam beriman kepadaMu.
Ya Allah,
Peganglah hatiku semata kerana agama Islamku.
Selagi ada ruang dan waktu ,aku tetap ingin berteduh di bawah cahaya kasihMu.
Seperti pokok yang berakar di tanah,bumi menerima akar menjadi satu hubungan yang kuat dan kukuh.Aku mahu hablum minallah dan hablum minanas yang baik.
Apa makna kita berwujud,jika tingkah laku kita tidak mencerminkan kita bersujud!
Biarlah denyut jantungku berhenti dengan kalimah Allah,zikir yang menemani jiwa..Hasbiyallahu limaa ahammanii.(Cukuplah Allah bagiku atas apa saja yg mmbuatku sedih).
"Tidak ada kesedihan yang abadi,juga kebahagiaan yang kekal selamanya.Jika engkau memiliki hati yang qanaah (menerima dan berlapang dada)maka engkau bagaikan pemilik duniaraya ini"-Imam Syafie.
YA RABB,
Hapuskan lah segala dosa yang tertanggung di bahuku..cairkan mimpi -mimpiku yang membeku,sementara aku bersujud,sinarilah hatiku dengan taufikMu...
Salam bahagia untuk semua saudara maraku (16 orang dari Langkawi) yang akan berlepas ke tanah Suci Al -Mukaramah bagi menunaikan umrah pada 28 April 2012.Di doakan ziarah itu mmbawa makna bahagia...
No comments:
Post a Comment