"Ya Allah,
Sesunguhnya tiada Tuhan( yg dpt menolong)melainkan Engkau(Ya Allah)Maha Suci (drp melakukan aniaya,tolonglah aku)sesungguhnya aku adalah dari org-org yg menaniaya diri sendiri-AL-Anbiya:87.
Ketika orang lain sibuk mmperkatakan tentang azam baru sempena matahari terbit di ufuk awal 2011,aku sedang sibuk dgn majlis kenduri.pergi pagi ,balik petang.Malam tu ada saja aktiviti bersama keluarga.Sehingga papan kekunci dan monitor komputer ku turut 'aman'dari sentuhan jemariku.Namun semangat tahun baru sentiasa hangat di hatiku.Aku juga banyak menyimpan azam.Seperti selalu,seperti setiap tahun aku berazam begitu..
Matahari terbit memancarkan sinarnya yg gemilang..Gunung Raya berdiri teguh di depanku..saujana mata memandang!Semakin ku pandang ke Gunung Raya yg teguh dn megah di depanku,kian mmbara azamku.Aku ingin memperbaiki kekurangan diri sendri,mmbahagiakan seluruh isi rumahku.mencipta kejayaan peribadiku dan yg paling penting...amat penting sekali bagiku ialah MUHASABAH.Selama ini pun kita selalu bermuhasabah diri...mencari-cari kesalahan diri sendiri.Iktikad diri moga diri ini mampu menerima cabaran abad ke 21..
Tahun Baru...usiaku kian meningkat..rezeki yg Allah berikan ingin di manafaatkan sebaik mungkin.Waktu terus berjalan...aku menerima kedatangan 2011 dgn sejuta impian indah tapi bukan mengejar impian dunia semata!Aku ingin mndapat cinta Allah..Aku ingin memiliki cinta suamiku ..aku ingin menakluki cinta hati semua anak-anakku!
Bukankah semua itu hasrat yg indah sekali?Salam kedatangan 2011 kuterima dgn penuh pengharapan.Moga tirai 2010 di tutup dgn penuh jaya.Suka duka hanya permainan takdir.Cabaran dn dugaan mematangkan diri..Kerana aku hanya ingin berkongsi kebahagiaanku bersama org yg kusayangi.Aku tak ingin mmbawa kedukaan yg berlarutan dlm jiwa.Sesekali aku tidak mahu org yg kusayang turut merasi dukaku.Dan beribu patah perkataan yg kuulang-ulang hanya utk kebahagiaan rumahtanggaku.Mungkin tiap patah perkataanku mmbawa kebosanan mereka.namun sedkit nasihat akan mengubah pesepsi negatif org lain trhadap kita.Aku juga menganggap kepercayaan org lain terhadap kita bagaikan tali benang yang panjang..Bila ia terputus,sukar utk di sambungkan semula..sperti satu kepercayaan yg telah hilang dari hati ini..hasratku semua tali silatulrahim mesti di kekalkan!Satukan dua hujung tali dan simpulkan mnjadi satu..ikatkan dgn penuh keyakinan.Kerana kepercayaan mmbuat kita bangga dgn org lain.1Muharram 1432 yg lalu menyalakan lagi azamku.Dan puisi ini berlagu lama di sanubariku.akan kukongsi bersama di sini:Ya
Ya Rabb
Pesonanya malam yg indah
Memberikan Nur yang bercahaya
Menghulurkan Rahman dn RahimNya
Nyalakan api cintaku untukMu agar aku berlama denganMu
Waktu yang terus berjalan
Membawa bersamanya detik penuh kenangan
Segalanya tak mampu kutahan
Hidup ini tidak semudah kusangka
Berlawan keseorangan memerangi kelamahan
Panahan matahari yg membakar kulit mulusku
Mengajar aku makna kesusahan
Seketika perjuangan perlu di teruskan
Biarpun jauhnya kenyataan
Kucari jejakMu
Berpijak di bumi penuh barakah
Nikmat yang kuterima tetap di syukuri
Berkongsi rezeki sesama manusiawi
Duniawi hanya persinggahanku
Di sini,perasaan yang sekian lama tersimpan
Kenangan yg mnjadi pengisi kekosongan waktu
Di ruang hatiku
JejakMu tetap berpijak di situ...
Kedatangan 2011ku sambut dengan tangan terbuka.Kudepang kedua tanganku menyanbut 2011.Moga Allah merahmati dn melindungi kehidupan kami sekeluarga.Labuhkan tirai 2010.Tutuplah semua memori lama.Dekad ini,tahun ini. hari ini ..kita mengharapkan lebih kejayaan memihak kepada kita,usaha itu tangga kejayaan.Marilah kita daki bersama kelangit bitu..menuju destinasi langit ketu.juh.Hulurkan tanganmu wahai suamiku..aku ingin selalu bersamamu...marilah kita ke sana...mncipta kebahagiaan dunia dn akhirat.Bawalah anak-anak kita ke jalan Allah.AMIN.
No comments:
Post a Comment