Monday, December 13, 2010

SALAM SAKARATUL MAUT .

Malam itu jam hampir 12.oomlm.aku sedang tidur nyenyak..barangkali aku baru di buai mimpi.tapi deringan telefun di ruang tamu berbunyi jelas.Dinihari yang sunyi sepi...ramai makhluk Allah telah pun"mati"dlm tidur yang teramat.Bunyi telefun di tengahmalam yg hening begini tentu mengundang berita yg kurang menyenangkan.Siapakah yg sanggup menelefun jam 12.o5 minit ?mindaku berserabut tapi fizikalku pntas mncapai gagang..aku mnjawab salam dgn suara perlahan.
suara seorang perempuan...beremosi tertahan."Kak,boleh mai rumah sekarang?""Ada apa?"spontan ayat suspenku."abang tengah sakit,nampak nazak".aku mengejutkan suamiku dn mengajak ke rumah jiranku yg hanya bersebalahan kubur.hanya 5 minit aku dan suami pun tiba,aku tinggalkan anak kecilku kpd anak keduaku.
"Ada apa mak ,malam-malam buta ni nk melintas kubur?"tanya nya dgn mata tertutup rapat.maklum tengah asyik tidur."Jaga adik-adik,mak nk tgk jiran kita sakit tenat"tanpa mmbntah dia mengangguk.Aku dn suami cepat melangkah dn bila tiba di rumah N hanya ada mentua dn anaknya yg masih kecil."Kak,masuklah.saya dah tak tau nk buat apa ni.."Kupegang tangannya dn cuba menenangkn hatinya."Sabar dan tenang".aku tahu dia mungkin ketakutan dn merasa sedih melihat tubuh suaminya terbaring kaku..hanya sesekali nafas suaminya berbunyi lemah.Seluruh tubuh tidak berdaya lagi..sesekali aku melihat wajahnya menangis.Aku tahu dia sudah dpt mengagak apa yg bakal terjd..
Aku menghulur surah Yaasin utk suamiku.Suamiku duduk di kepala dan aku duduk di hujung kaki suami N.Aku dn suami mula mmbaca surah Yaasin.Jam hampir 12.30mlm..sunyi sepi.Hanya kami bertujuh yg ada...aku dan suami yg mmbaca doa..mereka hanya memandang!
Ketika mmbaca surah Yaasin itu,suaminya menggerakkan kaki,meronta di depanku.terkena tanganku.Berlapik tudung aku perlahan memegang tangannya,suamiku turut menenangkan suami N..airmata nya menitis.mulutnya tdk mampu menuturkan sepatah kata.Sebenarnya aku telah memegang pergelangan nadi tangannya suami N.tanda-tanda Tuhan tlah menarik semua anggota tubuh dpt kurasakan.Salam sakaratul maut kian mndekati..suami N pesakit HIV kerana mngambil dadah sejak usia remajanya.Adiknya mati kerana HIV..kini abangnya turut menjejaki arwah adiknya..N,tabahkan hati..qullunafsinzaiqatulmaut..tiap-tiap yg berjiwa pastikan mati..terimalah takdir ini walau hati di rundung duka!
Beberapa bulan kemudian ketika aku ke kedai,kakak iparku bertanya"adik tak singgah rumah pak Lang ke?"Kenapa?"S sakit..kak dah ziarah,nampak uzur"selesai mmbayar harga barang aku bergegas ke rumah pak lang yg jaraknya hanya berapa meter saja dr kedai.yakni dekat dgn rumah N yg kuceritakan tadi.
Pintu rumah terbuka luas."Assalamualaikum"aku mmberi salam dn mak lang menjemput masuk.kulihat ada saudara terdekat tiga orang.org kuat masjid kami.kubahasakan'ayah dn mak"lantas bersalaman.Cepat "ayah dn mak"bertanyakan aku"dah ada wuduk?".aku mengambil wuduk dn duduk di hujung kepala S.Anak dan isterinya mmandang hiba ke arahku.Aku bersimpuh depan S yg terbujur kaku,hanya kedengaran nafas turun naik tanpa dpt lagi berbicara.Kumulakan selawat ke atas junjunngan Nabi terakhir zaman,mulakan bismillah dn bacakan Al-Fatihah.lansung mmbaca Yaasin dgn paras hormonku kian meningkat laju...aku tahu malaikat maut sedang menghampiri S...saat aku menyebut "KUN PAYAKUN"-nafasnya terhenti betul-betul di depanku.'ayah dan mak,saudara terdekat lari meluru ke arahku..ayah memangku kepala dn mmberi isyarat kpdku.Kami sama-sama mengucapkan.Asyhadu allaa ilaaha illallh,waasyhaduanamuhammadarasullah.Matanya kamitutup rapat...S juga pesakit AIDS..mengambil dadah dr awal usia remajanya...memang sudah di takdirkan begiu akhirnya kehidupan kita ..
Firman Allah:"Tiap-tiap sesuatu akan binasa dn yg kekal ituialah Zat Allah yang mmpunyai kebesaran dn kemuliaan"AR-Rahman:26
Sesaat pun masa tidak akan berganjak bila salam sakaratul telah mendekati kita.Di mana pun jua kita berada,bagaimana situasi keberangkatan menuju alam barzakh adalah dalam rahsia Allah.Kita hanya mmpu berdoa:moga-moga di hujng hayat terakhir nafas di halkum,kita dapat menuturkan kalimah syahadat dgn lancar.Alam abadi alam kekal.Pengalaman ketika bersama arwah nenek.emak dn org yg terdekat ketika berdepan dgn maut sungguh menginsafkan aku.Syukur alhamdullillah kerana aku sudah banyak berhadapan dgn saat menginsafkan itu.aku merasa betapa sengsaranya jiwa ketika berdepan dgn maut.sehingga kini aku masih terbayang semua peristiwa yg terjadi di depanku.Dan adikku mengatakan"mulutku masin"kerna bila menziarah org sakit tenat atau uzur aku sering berpesan"jgn tinggalkan dia keseorangan,temanilan dgn ayat-ayat suci Al-Quran.Bacalah surah Al-waqiaah,Ayatul Kursi dn bisiklah selalu ke telinga pesakit:Tiada Tuhan yg kusembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Bisiklah berulangkali tanpa jemu..sehingga Allah mendengar rayuan kita.
Di sedekahkan Al-Fatihah utk semua mukminin dn mukminat.Semoga semua yg telah pergi menemui Tuhan akan di tempatkan di kubur yg ada taman-taman surga.Moga selamat meniti titian silatulrahim.Moga Allah melimpahkan Rahman dn RahimNya utk kita.Taubatku,ibadahku,hidupku berserta matiku hanya kerana Allah S.W.T.
Jiwa Bahagia.......cebisan pengalaman yg sungguh bermakna sehingga aku menyedari betapa kerdilnya diriku di depan Tuhan.Ampunkan aku Ya RABB!!!!!!!!!!!

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA