Sunday, October 3, 2010

DUNIA INI.


Dunia ini
Bagaikan rumah kosong yang menunggu tetamu
Datang dan pergi silih berganti
Pelbagai wajah,gaya dan peribadi yang amat berbeza
Yang sopan terdidik bubi pekerti
Yang biadap tersasar nilai murni

Dunia ini
Bagaikan padang perhimpunan
Ribuan jutaan manusia membanjiri serata lokasi
Mencari nafkah sesuap rezeki
Mencari harta kekayaan jamazi
Mencari untung nasib
Umpama membina imaginasi

Dunia ini
Bagaikan mimbar tempat berteduh
Ada yang memburu harumnya nikmat duniawi
Sehingga lupa saat keberangkatan ke negeri abadi

Dunia ini
Hanyalah sebuah persinggahan seorang penggembara
Mencari sang pencipta Yang Maha Berkuasa
Ya:ingatlah satu pesanan berhikmah ini
Belanjakan hartamu di jalan yang di redhai Allah
Bijaklah dirimu saat membuat keputusan
Kerana dunia ini hanyalah sebuah pentas
Manusia merakam dialog mereka episod

Dunia ini
Tetap satu persinggahan satu perjanjian
Sepakat bertekad mengeratkan cinta sesama ummah
Sepakat bertekad menuju rumah abadi di taman Firdausi
Sepakat bertekad mematuhi segala janji
Sebelum dunia ini menghantar kita ke rahmatullah
Bermuhasabah diri,beramallah sesuci jiwa....

KARYA:ZIE(JIWA BAHAGIA)
KG.BUKIT TEMIN,LANGKAWI,KEDAH.
3.10.2010.

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA