Buruk baik tingkahlaku aku simpan di hati.Kerna org itu akrab di jiwaku.Separuh rahsianya terbuku dan membeku di dlm albumku.Aku pernah di sakiti,di fitnah dan di lakukan sesuka hati.Pun begiu demi rasa kasihku ,aku mmbuka warkah itu.Aku mengerti luahan hati seorang isteri yg si khianati cintanya.Aku memahami kisahnya yg di benci mertua dan keluarga suami.Malah tdk keterlaluan jika aku katakan semua itu berpunca dari diri sendiri...diri yg lemah dlm pergaulan,kurang ilmu kehidupan dan sering gagal mmbina keyakinan org lain trhadap kemampuan kita..
Aku terus mmbaca warkah duka itu..penuh luka,dendam dan harapan yg tdk pernah kesampaian!Apa yg mampu aku lakukan utk menggembirakan hati org yg kukasihi?Apa yg boleh aku buat utk mmulihkan keyakinan nya bila suami yg si percayai akn bernikah dgn org yg ia cintai suatu waktu dulu?Aku simpati..hidup ini penuh variasi!!
Tanpa berlengah segera kubalas nota penuh luka itu.Aku berada sgt jauh dr org yg sgt kukasihi itu.Naluriku bercanda lagu pilu.Aku harus menenangkannya kerana akulah org yg paling dekat dgnnya.Kami pernah tidor sebantal,makan sepinggan dan saling berharap suatu masa bila satu susah,satu yg lain memahami dan mengerti.Aku sgt memahami kelukaan itu kerana aku seorg isteri ,ibu dan wanita!
Justeru dlm surat ku kirim lewat kejauhan aku mmberi kata-kata semangatku:
bersabar saat duka mendatangimu
berserah andai usaha mu utk berbakti kpd seluruh keluargamu telah di tunaikan
berfikirlah sejenak mungkin aku insan terpilih menerima ujian sehebat ini
berterimakasih andai ini jalan terbaik untuk kami
berilah peluang utk satu kesilapan,mana tahu kebenarannya ada pada hikmah yg tersembunyi
Akhirnya aku turut mendoakan seikhlas jiwa:YaAllah,ampunilah kesalahannya,berilah kekuatan iman dan jiwanya.Aku berharap kesedihannya akan di ganti dgn sejuta nikmat kebahagiaan yg tiada tolok bandingnya.Aku tahu kesakitan ini hanya secebis anugerahMu..tunduk,rukuk dan sujudlah di saf yg sama dgn mukmin yg sama teraniaya.Mohonlah petunjuk Allah kerana itulah jalan terbaik bagi kita.Jgn sesekali menyerah sebelum berjuang...
Terimakasih Tuhan..setelah belasan tahun aku masih berkesempatan melihat matahariMu bersinar lagi..meskipun terbenam bintang setia menemani.Bulan turut menghadiahkan cahayanya..bergantian hari,minggu.bulan,tahun dan musim beribu kali bertukar iklim..cuaca yg pelbagai..nikmat kebahagiaan itu akhirnya berganda tiba di laman rumahnya!!!!!!!!
Masya'allah,Allah Maha Adil .Allah Maha Mendengar...kenikmatan itu terserlah dan menyerlah.Aku tersenyum gembira bila org yg sgt akrab di hatiku selama ini mndapat ganjaran yg sgt besar dr Allah S.W.T.
Subhana'llah,aku kagum dgn rezekinya yg melimpah ruah..akhirnya dia mndapat sesuatu yg melebihi dr kepahitan yg pernah di tanggungnya.Wang,harta,kemewahan dan anak menantu yg cukup sempurna.Malah syukurku tdk terhingga melihat apa yg Allah berikan untuknya.Hatiku berbisik:
Itulah nikmat Tuhan bagi org yg bersabar dgn ujianNya
Itulah rahmat Tuhan bila kita redha dgn kekurangan yg di timpa kan utk kita
Itulah janji Tuhan bila kebaikan manusia di beri anugerah setimpal dgn perbuatan kita di dunia ini.Melihat semua keajaiban ini aku terus menitis airmta..terkenang perjalanan hidupnya dulu.tragis,trauma dan drastik sekali!Apa pun aku berharap kebahagiaan itu akan berkekalan selamanya.Milik itu jgn kau hilangkan lagi......
Airmataku menitis lagi.Kisah ini benar-benar terjadi di depanku.Bersyukurlah dgn sesungguh hati.Pesanku:jgn riak dan takbur.Jgn khianati dn mmbuat fitnah yg boleh merosakkan kepercayaan org lain terhadap kita.Sebaik mmberi usahlah yg lain mengetahui.Aku bimbang dan takut andainya Allah menarik balik semua nikmat yg selama ini di beri...doaku berbahagialh sepanjang waktu.Aku tetap ingat sampai bila-bila apa yg telah terjadi antara kita..kita saudara yg berkongsi rahim yg sama.Bezanya kau dn aku mmpunyai kehidupan yg berbeza!!!
Matahari,sebelum terbelum aku rasa belum terlewat utk mengundang bintang bersamaku..wahai kaum keluargaku:bersatulah demi kesejahteraan hidup kita.Badan tnpa jiwa,jiwa tanpa badan akan jadi tidak sempurna.!!!!!!!!!!!!!Tanpa keluarga,aku sepi....keluargaku marilah kita bersatu untuk melangkah...
No comments:
Post a Comment