Tuesday, August 24, 2010

AKHIRNYA LURUH DAUN CINTAKU>.

"Lelaki itu prosa alam
Perepuan itu sajaknya
Cinta itu lagu dan perkahwinan itu orkestranya"-pepatah Demark.
CINTA YANG WUJUD DLM SEBUAH TINDAKAN AGUNG:MEMAAFKAN....
Memang mudah utk melahirkan kata-kata,tapi sukar jua untuk melupakan setiap perkara yg si lakukan terhadap kita..maaf..maaf seandainya kedamaian jiwa terusik.Fitrah manusia tdk mahu menerima hakikat dirinya tidak sempurna.Hakikat tetap hakikat!
Tak perlu utk meminta,apalagi utk mengemis kasihsayang ..Tangan sendiri yg mendulang,nyiru sendiri yang menyaring emas.Kalau tdk di pecahkan ruyung mana kan ada sagunya...Jika hutang harta si bayar harta,hutang budi di junjung sampai mati..dan akulah yg terhutang dn terjunjung oleh budimu.Seumur hidup aku merasa tidak mampu utk mmbayar semua hutangku terhadap semua pengorbananmu.!
ILUSI TANPA SUARA..
Cinta ini boleh mengubah pasir mnjadi permata.
Debu bertukar emas
Keruh mnjadi bening
Sakit akan terus sembuh
Penjara mjadi telaga
Derita mnjadi nikmat
Kemarahan menjadi rahmat.....
Aku terusik dgn ribuan kata-kata puitis..musim dan iklim yang sentiasa berubah tidak mampu mengubah sedikit pun pendirianku.Aku mahu berbiduk cinta hingga warna alam semesta bertukar wajah.Aku juga percaya bahawa:"Hai anak Adam,sesungguhnya engkau adalah kumpulan dr hari-hari mu.Setiap kali hari itu brlalu maka berlalulah sebahagian mu".
Aku terbawa-bawa dgn kata-kata pujangga yg amat dekat meresap nurani(HAMKA):Di dalam menempuh jalan hidup janganlah mencuba utk menjarakkan diri dari Tuhanmu sebab kendali yg sebenarnya terpegang di tanganNya.Betapa pun kita memegang kemudi bahtera menuju pelabuhan yg d cita-cita ,namun yg menentukan arah angin ialah DIA.."
Benarlah semua firasatku..tirai yang berlabuh membuka dan menutup rahsia seribu rahsia..tersembunyi kukuh di jiwa.Bertemankan sejuta keyainan aku akhirnya menyerahkan ..menyerahkan seluruh jiwa dan nuraniku krdMu dgn lafaz keramat:Maafkan segala kekhilafan terdahulu,kini atau akan datang.Aku hanya wanita biasa..hari semalam telah kujadikan batas historiagrafi...batas yg mematangkan aku!!!!!!!!!!1

No comments:

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA