Sunday, April 21, 2013

PERJALANAN SUCI-

Setelah bertahun-tahun menyemai benih harapan,impianku untuk perjalanan  suci kian dekat.Selesai majlis  bacaan Yassin dan sedikit kenduri arwah  samada yang mati baru atau lama.Aku berhajat perjalanan suciku mendapat redha Allah SWT.Berusaha,berdoa dan bertawakal.Alhamdulillah kudratku berupaya  untuk menyimpan wang  tanpa satu sen pun daripada orang lain.Duit yang di sedekah kan untukku  telah ku sedekahkan kembali sepanjang berada di Tanah Suci.Subhanallah,bermula dari  proses menyiapkan pasport antarabangsa,menyuntik vaksin  untuk  tempuh tiga tahun dan melangsaikan tiket kapal terbang sehinggalah   kaki  berada di KLIA. Sebelum berlepas ke Jeddah ,anak perempuanku  yang sedang belajar di UIAM,Gombak sempat menyerahkan satu sampul berwarna biru.Warna kegemaranku.Dia membisikkan  pemberian dari anak lelaki sulungku.
Sebenarnya aku telah bersedia  sedaya upaya dengan keringatku.Mentalku,emosiku dan  doa-doa mustajab di samping sentiasa bermuhasabah diri.Ini perjalanan umrah pertamaku yang mana umrah pertama adalah perkara wajib untukku melaksanakannya sebaik mungkin.Doaku tidak pernah putus agar permudahkan setiap urusan dunia dan akhiratku!
Walau pun impian ini telah lama kusimpan,aku berdikit menyimpan wang .Sudah menjadi kebiasaanku untuk mendapat sesuatu,tangan dan hatiku sendiri yang berusaha keras untuk mencapai apa saja yang ku ingini.Sudah terbiasa bagiku  aku mesti  dapatkan dengan sen atau rm sendiri.Justeru aku   melakukan kerja dengan sesungguh hati.Aku tidak penat atau lelah,ganjarannya halal dan sen itu  aku simpan sendiri.Malah simpanan atau perhiasan.keperluan naluriku  bermula dengan kudratku.Hanya  ku pinta dari suami keizinannya untuk aku  melaksanakan impian murni ini.
Alhamdulillah bila sampul biru itu kubuka,nilai RM 1,000rial sudah ada dalam tanganku .Ya Allah,janganlah  jadikan aku manusia  terpegang hatinya dengan wang ringgit semata.Hatiku sedih bila memegang wang itu.Apa maknanya  rm 1,000 rial ini padaku di saat ini????????????
Ya RAbb,
Aku melangkah masuk untuk menuju ke destinasi impian.Penolongku hanya  Allah SWT.NASAIR adalah penerbangan yang membawa semua  impianku.Dengan lafaz BISMILLAH aku membaca doa  penuh syukur ke hadrat  Penciptaku Yang Satu.Selama 7 jam perjalanan aku beristighfar,membaca  surah Yassin.Al-Mulk ,Al-Sajadah dan Al-Waqiaah.Ku susuli juga dengan ayatul Kursi dan beberapa surah penting.Sedikit pun mataku tidak terlelap  dan aku bertasbih memujiMu Tuhan.
Refleksi  memutar setiap imginasiku.Aku bermula dengan  mimpi kosong.Izin Allah SWT yang memahami apa yang tersirat sekian lama dari nuraniku..aku minta Tuhan perbetulkan niatku,perbaiki akidahku dan perteguhkan imanku.Subhanallah aku sedang berada dalam perlindungan Allah SWT.
Alhamdulillah jam 100 pagi NASAIR mendarat di JEDDAH.Hatiku gembira bercampur duka.Gembira kerana hajatku kian ku genggam,duka kerana aku keseorangan dalam perjalanan suci ini.Tiada suami di sisi,tiada anak-anak yang menemani namun aku gembira saudara kandung ku,warisku yang hak  ada bersama.Kami sama-sama mahu mengerjakan umrah...
Selama 7 jam  dengan bas menuju  Madinah..sesekali  mataku memandang ke luar tingkap.Sesekali juga airmataku menitis...siapa sangka dengan  hanya status surirumah aku mampu menjejakkan kaki ke sini?Tapi aku tahu kerja kerasku mengisi minyak gamat di setiap hari,melabel dan suamiku tolong menyiapkan proses terakhir iaitu  membungkus minyak gamat sekemas mungkin...hanya melakukannya di rumah sambil menjalankan rutinku seharian.Aku ibu kepada empat orang anak.Isteri  yang hanya ikut  telunjuk suami...tak kira  apakatanya..sekali pun  pernah di sakiti tapi hatiku  tetap mudah memaafkan.Anak-anak yang mesti kubesarkan dengan nilai positif..nilai agama..namun tetap hidup ini di uji sedemikian rupa!
Ketika solat Subuh kami tiba di hotel Al- TAiba.Berhampiran masjid Nabawi-
Aku sedang berada di bumi para anbiya yang  mengorbankan darah demi memperjuangkan agama Allah.Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah.Maka aku berselawat dan berzikir..dalam masjid Nabawi  masjid terindah yang ku pijak aku beriktikaf.Aku berharap para malaikat samada di langit,di bumi ,di kiri dan di kananku..atau yang berada di sekelilingku akan sudi berdoa untuk kesejahteraan zahir dan batinku.AMIN.
Kami  di temani oleh mutawif Ustaz Adam.Nasihat,tunjuk ajar,doa dan kata-kata nya sangat bermotivasi.Kalam yang penuh  iman.Kalam yang menenangkan jiwa.Subhanallah,perjalanan kami ke kilang  Quran,ke ladang kurma,keladang unta..perjalanan yang mendekatkan diri dengan sirah kehidupan Rasulillah dan para pejuang agama..perjalanan yang sangat bermakna kerana sirah kehidupan mereka bermula dan berakhir  dengan kesukaran.Namun titisan darah mereka dalam menegakkan agama Allah di janjikan syurga .Di jamin perjuangan bermandikan darah itu mendapat tempat maqam yang tertinggi di sisi Allah SWT.Insya'allah.
Setelah tiga hari berada di bumi Madinah  perjalanan suci di teruskan  ke Mekah.Ya,perjalanan suci,kembara  iman mencari  keredhaanMu.Kami tinggal di hotel Al-Sahba.Sepanjang  di sini  aku tidak henti -henti bersyukur kepada Allah SWT atas setiap nikmat kurniaanNya untukku sekeluarga.Niat umrah pertamaku di Bir Ali.10 malam kami mulakan tawaf pertama-30 minit-bersae-45 minit -bertahlul.Alhamdulillah,hajat dan impianku telah tercapai!
"Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.Ya Allah  Ya Tuhan,inilah hujung rambutku di tanganMu,maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambutku itu  cahaya bagiku di hari kiamat nanti dan ampunkanlah dosaku,wahai Tuhan yang Amat Luas pengetahuan,AMIN.Segala pujian tertentu bagi Allah yang telah  menyempurnakan ibadah-ibadahku ,kurniakanlah satu kebajikan  dengan tiap-tiap halai rambutku.Hapuskanlah dengannya satu kejahatan,angkatkanlah aku dengan darjat,ampunilah aku serta orang yang bercukur,bergunting dan sekelian orang-orang Islam.Ya Allah ya Tuhanku,tambahkan imanku ,yakin,berilah taufik dan pertolongan kepadaku ,ampunilah kami serta anak-anak kami ,selawat dan salam  ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad,keluarganya dan sahabat-sahabatna sekelian,Amin.

YA RABB,
Aku sedang berada dalam lindungan Ka'abah.Aku bukan lagi berangan atau bermimpi kosong,sesungguhnya aku sedang berdoa di depan Multazam.Syukur Alhamdulillah.Segala pujian ini untukMU.TUHANKU,terimalah taubatku..............
"Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang  telah merupakan dan menciptakannya,dan menciptakan pendengaran,penglihatan dengan kekuatanNya.Maha memberkati  Allah,sebaik-baik Pencipta"
Selesailah umrah pertamaku.Umrah kedua bermiqat di Hudaibiyah dan umrah ketigaku  untuk arwah bapaku bermiqat di ja'ranah.Di sini aku kenal makna hakikat dan di sini aku belajar erti makrifat...andaikan keinginanku pernah tertahan atau pernah tertangguh,aku yakin dan percaya satu hari nanti Allah akan menjemputku sebagai tetamuNya.Apa pun dugaan yang singgah di bahuku,ringan atau berat aku tetap senyum kerana senyuman itu mampu meringankan sedikit bebanan yang sedang ku tanggung!
Sepanjang berada di bumi Mekah,aku dapat rasakan betapa bertuahnya diriku.Mahu tahu  kenapa????????

Firman Allah Ta'ala:
"Barang siapa yang di beri petunjuk oleh Allah maka dialah yang mendapat  petunjuk dan sesiapa yang di sesatkan Nya maka kamu tidak akan mendapat  seorang pemimpin  pun yang dapat memberi petunjuk  kepadanya"-Al-Kahfi;17.
Aktiviti di sini memang padat.Kami di bawa  ke perkuburan  Baqi.Ini doa kami.
"SALAM SEJAHTERA KE ATAS PARA PENGHUNI KEDIAMAN YANG BERIMAN.TELAH DATANG KEPADAMU APA YANG DI JANJIKAN UNTUK KAMU.KAMI INSYA'ALLAH AKAN MENGEKORIMU.YA ALLAH,KURNIAKANLAN KEAMPUNAN UNTUK PARA PENGHUNI PERKUBURAN BAQI' INI"-hr Imam Muslim.
Kami melawat muzium,Jabal Rahmah di Arafah,Mina,Bukit Uhud,Gua hiraa' dan tempat bersejarah.Jadi aku berkira-kira apa cendera hatiku untuk keluarga,teman ,jiran dan mereka yang berdoa untukku?Ada...seadanya ianya pemberian paling ikhlas dariku.Terimalah walau pun cenderahati biasa tapi ia luarbiasa dariku!
Bersyukurlah-tiga hal yang ku pegang kuat di hatiku.
1)Meraih apa yang kita harapkan
2)Mensyukuri apa yang kita dapatkan
3.)Berbagi apa yang kita miliki.
Aku tidak pernah menjual nilai integriti yang ada padaku walau di tawar pada harga sejuta.!Aku berasa syukur dengan apa yang ku ada.
Sesuatu yang selalu terbayang di mata,zikrullah yang selalu kudengar dengan suara penuh keinsafan dan apa yang  bermain-main di minda,akhirnya jadi kenyataan.Sungguh aku jadi teruja dan menganggap semua yang Allah berikan padaku satu anugerah...
"telah kuberikan maaf yang sesungguhnya untuk mereka yang pernah meluluhkan hatiku.Hanya kerana itu jiwaku sebenarnya merasa amat bahagia menjalani kehidupan ini.Seikhlas hati aku memberi,setulusnya aku menerima takdirMu.telah kulupakan apa kesalahanmu terhadapku,kunyatakan bahawa kepercayaanku adalah kerana kasihsayangNya.Bila makna cinta itu luas pengertiannya,mengapa kita harus  menjadi rawan dan miskin untuk saling berkasihsayang sesama kita?"
Firman Allah SWT:
"Oleh itu bertakwalah kepada   Allah sedaya  upaya kamu dan dengarkan pengajaran serta taatlah perintahNya dan belanjakanlah   harta kamu serta  berbuatlah kebajikan  untuk diri kamu ,Dan ingatlah  sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya  drp di pengaruhi tabiat  bakhil,merekalah  orang yang berjaya"-Surah Al-=Taghabun.
"Tidak berlalu hari-hari  seorang manusia di awal pagi melainkan  turun dua malaikat dan satu drpnya berdoa:"Ya Allah,gantikanlah kepada orang yang membelanjakan iaitu yang  menderma atau bersedekah hartanya"
Kemudian malakait kedua menjawab:"Ya Allah,binasakanlah  harta orang yang bakhil"-HR Bukhari.
Derasnya arus mengejar kita.begitulah derasnya arus  gelombang melambung.Ketika bersimpuh di depan Ka'abah,hati tidak mampu bertahan.Airmata sendu menitis di pipi.Mengenangkan dosa-dosa yang selalu kita lakukan...Klamullah,istighfar dan doa..pengubat hati..kalimat suci yang melayarkan semua mimpi kosong menjadi sebuah kenyataan.Di depan Ka,abah ini ,transit rohani mengkaji kebenaran.Hitam putih warna hati,lukisan abstrak yang sukar di fahami tetapi di sini perjalanan ukhrawi kian mantap.Wajah-wajah keinsafan menebak diriku..kembara iman ini mencari kesempurnaan diri....hakikatnya kita tidak pernah sempurna!
Di depan Tuhanjiwa ini bertaubat,bersyukur seadanya.Menerima ketentuanMu yang jelas.

"Ya Allah,Sesungguhnya Engkau tahu,aku lebih suka fakir drp kaya,aku lebih suka sederhana drp mewah dan aku lebih suka mati drp hidup'doa terakhirhudzaifah Ibnu yaman.(JIWANYA UMPAMA CAHAYA DI WAKTU SUBUH).
Moga sedekahku dan wakafku di Madinah dan di Mekah akan  mendapat  keredhaanMU.Untuk Mohd Firdaus Shakirin-terimakasih atas segalanya. yang di berikan ..yang di lakukan ...yang di hadiakan  untuk kami sebuah  makna kehidupan.Kami kena terima hakikat itu.Untuk Nurul Amizatul Azwa-moga Allah  tunaikan segala hajat,berjaya dalam membina empayar kehidupan.Untuk Mohd Luqman Hakim-jadilah anak yang baik dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan lelaki budiman yang mampu mencipta sebuah dunia bahagia.Untuk Nurul Ummira Shahirah-jadilah muslimah solehah yang setabah puteri Rasulillah Fatimah Az- zahrra.Untuk suamiku -jadilah pemimpin yang bertanggungjawab akan setiap orang yang di bawah pimpinanmu.Imam kepada kami.Kelak di akhirat nanti haq itu akan di tanya dan berhak di pertanggungjawabkan  sepenuhnya..Doa sepanjang perjalanan suci,kembara dalam memantapkan imanku  untuk keluarga yang ku cintai .Untukku ???????
Aku tidak mahu berbohong.Aku berada di bawah lindungan Ka'abah.Doaku  mudah saja.Ya RABB,Kau peganglah diriku,hatiku dan seluruh kehidupanku dalam lindunganMu,jika terhukum aku oleh dosa-dosa silamku,ampunkanlah aku.YA RABB,perbaikilah semua kekuranganku,perteguhkanlah imanku  dan seumur hidupku aku  merasa terhutang denganMU.Maka  permudahkanlah setiap urusan dunia akhiratku...sucikan lah diriku dan terimalah taubat ikhlas dariku.SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR!
CATATAN DIARI SEORANG MUSAFIR YANG AIRMATANYA TUMPAH DI MADINAH DAN DI TANAH SUCI KOTA MEKAH.

Saturday, March 9, 2013

DEMI CINTA INI.

Bismillahirrahmanirrahim,
Subhanallah,dengan izin Allah hari ini  aku dpt menulis lagi.Semalam hari Jumaat,aku melansungkan majlis bacaan Yassin dn tahlil..utk keberangkatan ku ke tanah Suci.Setelah lama berimpian,lama juga  menyimpan harapan..alhamdulillah akhirnya aku berjaya mndapat visa utk perjalanan suci...
Bermunajat,berdoa dan aku berusaha dengan kudrat tulang empat kerat,rezeki pemberian dari Allah SWT.Aku pergunakan kesempatan hasil titik peluhku sendiri...setiap sen yg ku simpan adalah hasil tangan sendiri.Berkat usaha,doa keluarga dan nawaitu dari hati yg paling tulus..wang yg berdikit di simpan,dpt juga melaksanakan sedekah jariah,wakaf dn apa-apa sj kebaikan asalkan halal..Subhanallah,Allah  telah mndengar rayuanku di sepertiga malam,munajatku seawal 2.00pagi..zikirku,solat taubatku..aku bersujud di kala  sepi pagi....tatkala airmata taubatku menitis di saat sesepi itu.Allah SWT ada di sisiku.Menemaniku ,bersamaku dan mendengar rayuan hatiku.
Ya RABB,
Tatkala hatiku di sakiti dgn kata-kata atau perbuatan yg menyakitkan aku pasrah.Kata-kata atau tingkahlaku yg keterlaluan bisa melukakan hati..tetapi kata-kataku di sepertiga malam adalah rayuan penuh airmata!Aku takut dgn kata-kata Allah SWT,kerana itu aku patuh.Kata-kata Allah SWT sungguh menyenangkan aku..sehingga aku rindu utk bangun seawal pagi.
YA RABB,
Waktu yg menemaniku datang bersama takdir hidupku.Namun cahayaMu adalah penerang dlm kegelapan malamku.Jika siang itu terang,manusia masih  lagi tersesat,inikan pula malam yg gelap gelita.Aku  insan yg lemah,tiada daya upaya.Melainkan kekuasaanMu yg memberi petunjuk dn jalan untukku.Limpahan rahmatMu menenangkan hatiku,memudahkan segala urusanku.Aku ingin selalu  dekat denganmu!

8Mac 2013.
Kaum kerabat dan teman akrab memelokku dgn kasihsayang.Merka mndoakan agar perjalanan ku ke Tanah Suci akan di permudahkan.Nasihat dan pesanan mereka ku semat kukuh di hati.Semuanya bernawaitu positif.Aku sudah mndengar ceramah umrah..sehingga 1pagi bersama ustazah.Banyak persoalan kulontarkan.Selagi ada keraguan naluriku tidak penat mengalah.Belajar,menerima nasihat dan mengikut apa yg baik..mereka tdk berhenti memberikan aku pesanan..Subhanallah,aku memahami  makna ukhwah..silatul rahim yg memanjangkan usia.Doa yg mustajab..
YA RABB,
Aku tidak bisa merengkuh apa-apa yg di luar keupayaanku.Aku juga tidak bisa merengkuh sesuatu yg luarbiasa..mahu pun berkata yg paling  luarbiasa.Hanya hatiku yg berserah,berdoa dan berusaha.Tawakaldgn kehendakNya.Kerana itu aku tidak jemu-jemu berharap..
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku ingin menghadiahkan kepada orang yg kusayang sebuah kebahagiaan yg sebenar-benarnya.
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku ingin memberikan sebuah kehidupan yg paling bermakna untuk insan yang menyayangiku,hidup yang benar-benar  bermanafaat..
Di luar jendela ketika aku merenung di sana..aku mahu orang yang kusayang mendapat sebuah dunia baru,dunia yang segar,dunia yang ada harapan.dunia yang penuh  dengan rahmat Allah SWT.
Di luar jendela ketika aku merenung di sana,wajah malam sangat kelam namun ku hela nafas panjang.Kutadah tangan penuh doa agar setiap orang yang pernah menyayangiku akan mendapat keredhaan hidup dari Allah SWT.
Adakah semua mimpiku seperti hujan yang turun membasahi bumi?
YA RABB,
Walau pun kita terpisah jauh,dekatkanlah hatiku,diriku kepadaMu.Sehingga mataku terlelap dalam hujan lebat,KAU tetap ada dlm jiwaku.Sungguh aku telah jatuh dalam cintaMU...aku tidak mahu menjadi seperti rumah usang yg mahu dirobohkan..kerana itu aku mahu bina istana kristal yang indah..meskipun  hanya dalam ilusi.Aku mahu bina istana kristal yg berkaca,yg cahayanya seindah pelangi.........kerana apa?
YA RABB,
Hatiku menjawab:DEMI CINTA INI.
Aku cinta kepada penciptaku...Allah SWT.Aku mahu menilai semula  semua nikmat pemberianMu.Musibah dan ujianMu...Bahagia dan tangisku..Sabar dan  rungutanku...ini saat aku menilai  neraca kehidupanku.Aku ikhlas membezakan  mahalnya  duniawi  dan ukhrawiku.Bagaimana jujurnya hati seorang anak Adam,bagaimana ikhlasnya seorang umat Nabi Muhammad SAW menerima  takdirnya.Aku mahu  menjadi insan yg mempunyai hati yang bersih..suci dan redha!
YA RABB,
Berkali-kali aku memanggil namaMu
Berkali-kali aku menguak  pintuMu
Berkali-kali tanganku  menadah ke langit tinggiMu
Sehingga  nuraniku membisik perlahan:
Kuburkanlah rasa mazmumahku
Buangkanlah rasa amarahku
Ampunkanlah semua kekhilafanku
Aku hanya manusia biasa....kalaulah aku bisa terbang ke langit biruMu,akan ku letakkan  sepenuh jiwa ragaku di sana..nafas dan impian hidupku menjadi satu jihad..
Zikir rindu penuh mahabbah
Zikir cinta penuh  di mawaddah
Zikir sendu  penuh sakinah,biarlah 99 Asma'ul Husna kupastikan berbunga  dengan ratib Rabbiah....harum semerbak sewangi kasturi...RAUDHAH JANNAH..hajatku dapat berdoa  di atas cahayaMU.
DEMI CINTA INI.
Biar hujan  airmata  yang mengalir  di pipiku hilang bersama panasnya matahari.Biar sengsara  yang pernah hinggap di hatiku  belayar bersama bulan dan bintang  malam.Setiap airmata dan luka ini kulayarkan  bersama waktu.......sebenarnya aku adalah hamba yang mencari redhaMu.Seumur hidupku aku merasa berhutang denganMu.
Aku percaya sabarku  ada hikmahNya.Aku yakin sabarku  jihad yang mahal ..tentunya akan di beli juga satu hari nanti..Surga itu idamanku...
YA RABB,
Adili lah aku selayaknya...Berilah aku cintaMu  yang penuh barakah  dan rahmahMu.
Perjalanan umrahku bermula 15 Mac 2013.Permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku.Insya'allah...

HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU.YA ALLAH.
HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU,YA ALLAH.
YANG TIADA SEKUTU BAGIMU.
HAMBAMU DATANG MENYAHUT PANGGILANMU,SESUNGGUHNUA SEGALA PUJIAN ,NIKMAT DAN PEMERINTAHANMU ADALAH  KEPUNYAANMU,TIADA SEKUTU BAGIMU.


ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR.
"Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan  yang mulia,Rasul yang agung,pemurah lagi penyayang,moga-moga di rahmati  dan di berkati  ke atasnya,sesungguhnya selamat sejahtera wahai Nabi Allah,selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah,selamat sejahteralah wahai habibullah,aku bersaksi bahawa tidak ada TUHAN yang di sembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya dan bersaksi bahawa  engkau telah menyampaikan risalah ,menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat  kepada umat dan engkau telah  berjihad kerana  meninggikan agama ALLAH,maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga hari kiamat.Ya ALLAH YA TUHANku,kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat  yang tinggi serta anugerahkanlah kepadanya tempat yang terpuji  yang telah ENGKAU janjikan, sesungguhnya ENGKAU tidak memungkiri janji sekali-kali.

Thursday, November 8, 2012


SALAM CINTA

Salam Cinta.
Salam cinta untuk semua  yang pernah merasai  alam percintaan.Tentunya masih  terbayang akan semua memori indah saat  di landa perasaan aneh itu.Lalu  sering  berserulah nama kekasih dalam  beberapa waktu.sehingga deru  angin yang berdesing,mendengar suara rindu yg tersimpan di dalam hati.Suara Kekasih-demikian  perindu sepi sering berdiri seorang diri menunggu sang kekasih datang..
Ke kanan dan kekiri.Berpusing  ke atas dan ke bawah.Mencari kekasih  yang berjaya membawa hatinya pergi.Anehnya diri menjadi  keliru bila nama yang indah,perasaan yang  sukar di tafsirkan..seperti irama gundah bermain di jiwa.Kekasih,seolah sedang mengharapkan sesuatu..datanglah segera kepadaku.Kekasih.Kekasih,telah berkali kuseru namamu..
Nadaku menjadi berlainan bila seruan rindu itu tiada berjawab.Bagaikan di telan angin atau mungkin   aku hanya menyeru namamu  dalam diam?Perlahan aku melihat jarum jam,hari sudah lewat.Malam kian dingin namun namamu masih ku seru.Tanpa henti aku tetap menyebut namamu.Kenapa aku jadi begini?
Apakah aku  tidak mendidik jiwaku untuk menjadi seorang yang penyabar?
Untuk apakah sebenarnya kau menyambut  cintaku tanpa mempedulikan rasa rinduku?
Kau  tahu betapa sengsaranya hati dan cinta ini di permainkan?
Kenapakah semua ini terjadi bila kata janji telah di ikat?
Sungguh aku tidak mahu meminta lebih  banyak darimu,kekasih?
Kerana itu,aku belajar memahami cinta..cinta sangat indah bila berbalas dengan kasihsayang sejati.
Aku belajar menjadi seorang yang penyabar bia rindu gelisah ingin bertemu denganmu.
Aku  menanggung sendiri  cinta dan kasihsayangku,bila kau membalasnya  dengan  sejuta pengorbanan ikhlasmu..aku terharu.Nampaknya  cinta ini sungguh bernilai di matamu.Lalu kutulis sebuah puisi cinta untukmu.
Kekasih
Menyayangimu  dan mengasihimu
Adalah  gapaian indah  dari naluri suciku
Pinta dan harap
Takdir menemukan kita dalam sebuah syurga bahagia
Biar pun musim silih berganti
Namamu dan janjimu
Paduan dua jiwa yang  akrab
Desir angin yang menderu
Membawa bersama dakapan rindu
Yang hangat  adalah api cintamu
Yang dingin adalah curahan rinduku
Yang menitis adalah titisan harapan
Yang membeku  hanya perasaanku untukmu
Yang gelisah ,nafasku telah kuserah
Jiwa dan hati ini milikMU..
Cintaku tidak pernah mati...cintaku tidak pernah hilang...cintaku adalah hembusan nafas yang kuhela...cintaku kerana  mencintaiMU!
"Yang di ciptakan untuk aku  cintai dari duniamu,ialah wangian ,wanita dan permata hatiku adalah  solat"-
Ekspresi cinta dan kasihsayangku..nostalgia yang lama kusimpan.Walau kita melihat matahari yang sama,bernaung di langit yang serupa tetapi kita berbeza cita rasa,berlainan pendapat.
"Aku menjadi serigala liar
Yang meredah salji
Mencari wajahmu sekuntum tulip
Yang membenam sejuta matahari
Cintaku tiba-tiba terbakar
Oleh hasrat  yang paling menyala
Sehinggakan Rom menjadi  secebis daging dari rahangku!"-

"Engkau sekuntum tulip
Yang membuat matahari menggeletar
Dan mabuk di dalam pialamu
Aku seekor serigala
Yang mencari matahari yang bersinar 
Dan mencairkan salji  di dalam hatiku"-Penyair Eropah.

Begitulah ungkapan- ungkapan manis dalam cinta.Ku ekspresikan nya dalam tulisanku.Meniti waktu,mengintaimu di hujung musim.Sehingga  kenangan itu larut dalam ilusi..aku  mengirimkan  puisi cinta untukmu.Setelah berbelas tahun,berdekad  waktu berkongsi  cinta,perasaanku mengatakan cinta ini perlukan pengorbanan,keikhlasan,kepercayaan dan saling memberi dan menerima.Ku lalui pelbagai musim.Musim panas yang pernah membakar perasaanku,badanku jadi lemah dan longlai.Diriku pernah tercalar.Musim dingin yang memberikan erti kebahagiaan..mimpi berpanjangan dengan selimut kasih sayang.Diriku jadi kuat untuk menempuhi setiap cabaran hidup.Bersamamu..segalanya kita kongsi.Musim luruh yang meluruhkan daun-daun  sepi..berguguran airmata bila diri di sakiti.Deraian  airmata adalah titisan pengalaman yang mengajar aku erti  kedewasaan.Musim bunga yang wangi.Kelopaknya harum bak setanggi..kasturi di nurul Jannah ingin kujejaki..sakit yang ku lalui yang pernah mengusik mimpiku..ingin ku datang ke Raudhah agar kebahagiaan kami sekeluarga terjalin utuh.
Kekasih,
"Cinta  ialah iradah Tuhan
Di kirimnya ke dunia supaya ia tumbuh
Kalau terletak di atas tanah yang gersang dan tandus
Tumbuhnya akan menyeksa jiwa orang lain
Kalau ia datang pada hati yang  keruh dan budi  yang rendah
Ia akan membawa kerosakan
Tetapi jika ia   hinggap di hati yang suci  ini,ia  akan mewariskan 
Kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada Tuhan"-Penyair  terkenal.(HAMKA).
Kekasih,seandainya kita mampu  menggembirakan hidup orang lain  dengan sedikit  keistimewaan(kelebihan ) yang ada pada kita ,kebahagiaan itu akan berganda maknanya.Jadikan air yang mengalir.menjernihkan hati kita dengan kasih sayang.Bagiku seberapa banyak pintu yang mesti kubuka  demi mendapat kasihsayang dan cinta nan tulus suci darimu,aku tetap akan membuka pintu itu.Aku tahu di dalamnya ada cinta yang sangat bernilai melebihi emas permata yang kupakai..cinta lelaki yang mengasihiku ..sanggup berkorban untukku.
"Jika pintu kebaikan itu  di buka untukku,aku akan segera berlari ke sana,kerana aku tidak tahu kapan pintu itu akan di tutup semula".-Khalid binMa'dan.
Ya Rabbul  Qadhi Jalil ,
Bukalah untukku  pintu segala rahmatMu
Limpahkanlah bagiku limpahan kurniaanMu
Lembutkan lah lidahku   dengan zikir-zikir memujaMu
Selimutkanlah  aku dengan istibraq  daripada syurgaMU.................
Dunia ini sungguh luas..lautan dalam jga amat bergelora.Jika angin dan taufan melanda,sempatkah kita berdoa?Ya Rabb,hijab akan terbuka luas  seluas langit dan bumi bila orang yang teraniaya dan di zalimi  bersegera berdoa.Jadi banyakkan beristighfar..maka berdoalah:"Apa juga kebaikan(nikmat kesenangan) yang engkau dapati adalah daripada Allah.Dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah daripada kesalahanmu.Maka kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia  sebagai seorang Rasul(yang membawa rahmat).Dan cukuplah  Allah menjadi saksi (yang membuktikan  kebenaran hakikat itu)".
Mataku dan matamu bertemu lagi.Kekasih,kita mempunyai langkah yang sama dalam mencari keredhaan hidup ini.KEBAHAGIAAN.Semoga dakapan kasih sayang penuh cinta ini  sesejuk air di telaga Kauthar.Semoga  salam cintaku  ini  kau terima setulus hatimu,kekasih.!

Tuesday, October 30, 2012

KORBAN SANG PENCINTA

Assalamualaikum wrth
Penghujung  october atau bulan  sedang mengambang  dalam kalendar  ZulHijjah.Ketika para tetamu Allah membawa diri dan hati yang hina..ketika jutaan manusia membanjiri Ka'abah.Semuanya sama,berselimut putih ..membawa  diri mencari redhaMu.Syukur alhamdulillah,hajat yang kesampaian setelah bermusim menanti.Memohon di sucikan diri yang  selalu berdosa kepadaMu ya Haqqul Mubin..
Jangan biarkan syaitan ketawa dengan kejahilan kita.Bisiklah selalu kepada diri,bahawa  kita ingin jadi manusia zuhud terhadap Allah,biar cinta Allah memenuhi tiap penjuru yang ada di dalam hati.Zuhudlah  kepada harta benda,biar  hati ingat selalu kepada kemanisan iman.Yang Indah,Yang Manis.Bukannya madu semata tetapi  keindahan,kemanisan iman!
Bergemuruh segala sendi bila dosa selalu ada,syaitan pun ketawa..Bisikkan selalu kepada diri ,jangan mati selagi belum di matikan.Segeralah bangun dengan nawaitu ingin kejar kebaikan.Dalam takbir dan tahmid ,doa tak pernah padam.Selagi  roh yang tiada berupa masih ada hayat ,hayat mahu ringan kan beban.Apa harus kita lakukan?
Perbanyakkan sedekah dan beramal jariah.Tubuh seakan menyimpan rahsia bahawa sedekah itu perbaiki kekurangan diri.Menghirup makna hidup yang penuh misteri,alam menjadi tanda-tanya.Beri memberi,cinta mencintai..maka aku memilih keduanya sebagai inti dalam kehidupanku.Aku  ingin  menjadi kan setiap pemberian atau sedekah sebagai korban sang pencinta..
Positifkan minda,di akhir zaman ini semuanya berkemungkinan terjadi sesuatu yang pernah kita anggap mustahil.Ya Allah,jadikanlah kami orang yang beruntung di dunia dan di akhirat nanti.Dengan izinMu..
"Keikhlasan  adalah rahsia antara Allah dan hamba yang tidak di ketahui  oleh malaikat(sekali pun)hingga tidak ia di catat,juga tidak  di ketahui oleh syaitan hingga ia tidak rosak"-Imam Al-Junaid.
Zul Hijjah kali ini sungguh bermakna .Makna bila orang yang kita sayang semakin jauh dari kita.Sehingga airmataku menitis di sejadah peninggalan arwah mak.Sejadah di mana tempat dahi ibu menyentuh dan mengharap penuh doa.Sejadah yang menyaksikan beribu kali hati ini berdoa...sejadah pusaka tinggalan bonda..malam ini sekali lagi airmataku jatuh menitis hiba..hatiku sedih..hatiku pilu.Allahu Rabbi,La us riku bihi syai'a,la ilahailla antasubhanaka inni kunthu minazdhalimin.
Selagi sendi ini masih lagi bergerak ,selagi denyut ini kuat berdetak dan selagi tawakalku tetap kepadaMu,apa salahnya aku merayu!
Zul Hijjah ini membawa satu sejarah baru.Apabila orang yang pernah kita sayang datang kepada kita..dari jauh  datang untuk berjabat tangan..kita hidup  memang pernah menyakiti hati orang lain.Tingkah laku atau kata-kata kita bisa melukakan perasaan insan lain.Sedarkah kita?
Apa dosa orang yang teraniaya dengan kata nista kita?
Jika kanak-kanak mereka tidak pandai berdusta atau bermain kata,tapi orang dewasa seperti kita yang sengaja menjadi sebab keluarga berpecah belah.Apa  maknanya semua itu?
Dunia yang ceria,hati gembira menjadi gundah hanya dengan sebaris ayat,bagaimana pula dengan kiriman surat yang berjela?
Tentunya ada sebab musabab mengapa  sengaja mahu mereka cerita?
Apa pun alasannya jangan lah sampai menjatuh maruah atau hilang harga diri kita.Pada hal saudara serahim kita adalah  nasab terdekat yang menambah pahala dalam akaun akhirat kita..
Naluri dan emosi  akan tercalar bila orang yang kita sayang melukakan hati kita.Mujur aku bukanlah seorang pendendam..sehingga pintu rumahku sentiasa terbuka menerima  tanpa membantah..sedang orang lain menutup mata,memekak kan telinga dan memadamkan rasa cinta mereka terhadap perlakuan tidak bermanafaat itu.
Sesiapa yang tidak pernah merasa,tentulah tidak pernah memahaminya.Ada yang hilang?Ada yang terkesan?Salam dan kemaafan dari ku untuk sesiapa yang pernah merasa sakit hati atau tersentuh jiwanya kerana perlakuanku.Ikhlas aku meminta ampun..
Janganlah menjadi api yang hangatnya membakar diri.Api yang menyemarakkan kemarahan dan dendam .Jadilah air yang jernih mengalir.Membasuh sisa kotoran dan menghanyutkan sampah.Diri yang diam ketika di fitnah.Siapa yang berupaya menahan diri bila tebing kebenaran kian runtuh?Diri yang bijaksana menjadi api  itu arang yang bertukar debu.Mampukah kita sebijak sana itu menahan amarah?Diam umpama air yang sejuk memadamkan persengketaan.Meski banyak hati yang termakan duri,sabar itu bertahan lama sehingga diri menjadi bijak dan budiman!
Dua perkara yang jika di amalkan  mendapat kebaikan dunia dan akhirat.Pesan untuk diriku:
1.Menerima sesuatu  yang kita sukai jika sesuatu itu di sukai Allah SWT.
2.Membenci sesuatu yang kita sukai,dan sesuatu itu di benci Allah SWT.
Jadi ketika kesedihan sedang melanda kita,rebahkan lah diri dengan kalimat Allah.Allah sentiasa dengan kita.Sabda Rasulullah:"Bahawa Allah adalah AGUNG dan DiA mencintai  keagungan.Kesombongan  merupakan penghinaan akan kebenaran,dan menjijikkan orang".
"Sombong  adalah menolak kebenaran dan menghina manusia".Nauzubillahiminzalik..
Bila menyingkap pengorbanan ,kesetiaan Ibrahim dan Ismail,pengabdianku semakin kuat memujiMu.Zul Hij jah ini bulan pengorbanan.sesiapa yang berkorban kerana Allah,pengorbanan itu di kira..hisab yang  mudah.Di persada atma rahmat Allah mewangi..pesanlah selalu kepada hati dan diri,ingin jadi manusia beriman dan beramal dengan kebaikan.
Zul Hijjah kali ini,ku pintal tali-temali cinta dengan tenunan benang sutera berwarna putih.Ingin kuhiasi langit  tafakur dengan  deru insafku.Makna hidup ini pengabdian seorang hamba yang membawa diri dan hati mencari redha Mu.Mujahadah ini janganlah kalah meski pun di hambat gelisah.Sang pencinta tetap ingin berkorban biar pun hanya satu bahagian!
Akhirnya biar pun bulan mengambang di hujung October,Zul Hijjah tetap membawa barakah untukku.Ar-Razak,samada sedikit atau banyak terimalah hasratku.Walau pun bumi mengambil masa setahun untuk menyempurnakan  satu pusingan mengelilingi matahari,aku rela berdoa untuk setia kepadaMu.Separuh bumi menjadi siang,separuh bumi menjadi malam..waktu tetap berputar.
"Dan Kami jadikan  malam dan siang  sebagai dua tanda,lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang ,agar kamu mencari kurnia drp TuhanMu..."Surah Al-Israa':12.
Matahari berputar dan mengapung  di ruang angkasa pada anggaran kelajuan 30km sesaat ke arah sebutir bintang yang di kenali sebagai"Hercules"Jadi aku membayangkan jiwaku yang pernah di lukai akan sembuh juga dalam waktu terdekat.Bukankah bumi juga  berputar sambil  mengelilingi matahari yang sedang bergerak?Begitulah aku memahami bahawa dugaan dan ujian Allah SWT kepadaku akan membawa makna insafku ,tawakalku tetap satu.
Biarlah aku berkorban perasaan.Dalam munajatku aku harap tiap titisan airmataku akan bernilai juga satu hari nanti.Anak-anakku,pengorbanan ini  sumber cahaya....lihat di luar sana...12.50 minit malam hampir ke pagi..aku masih menulis...kerana apa?Allah memberiku ilham...jadi kutitipkan sebagai pedoman.Ingatlah ketika kita sedang meraih cinta dan kasih sayang,kita semestinya sanggup berkorban.Aku telah berkorban apa yang menjadi milikku untuk berkongsi dengan orang lain.Subhanallah...aku terpesona dengan warna di langit.Bulan sedang mengambang penuh................
Dalam ilusi yang teramat,ku teringat sebuah puisiku yang di siarkan oleh majalah WANITA OCTOBER 2012.
Di SEBALIK BAYANG MALAM.

Di sebalik bayang malam

Mimpi-mimpi indahku berkecai
Waktu-waktu hitam telah memadamkan
Semua impian telah terlerai satu persatu..
Kenangan silam yang panjang
Menyimpan detik-detik bererti bagiku
Menjadi sejarah

Di sebalik bayang malam

Silih berganti peristiwa dan tragedi
Sukar untukku melupakan segalanya
Meski pun  bertahun masa telah berlalu

Rabbul Izzati,

Pimpinlah tanganku
Bukalah mataku dan peganglah hatiku
Dalam degup hayat nafasku
Aku ingin selalu dalam dakapan inayahMu
Aku ingin membuka pintu rumahMU

Dunia yang fana

Kisah cinta seribu pesona
Tragedi yang terjadi 
Bahagia yang pernah kurasai
Semua yang telah di takdirkan untukku
Semuanya adalah penawar masa depanku
(Ubahlah hatiku untuk selalu taat kepadaMU,YaRabb)
JIWA BAHAGIA:ZIE.

Begitulah bila mataku enggan terlelap.Ilhamku datang menjenguk sukma kalbu.Musim cinta penuh rindu,musim bunga  penuh wangi.Aku luruh dalam dinginnya bayu..sang pencinta alam,diskusi yang panjang merungkai banyak persoalan.Seribu rahsia tentang cinta.pengorbanan yang tiada had atau batasan.Tanda cinta kepadaMu.

Hari yang  mewarnakan kehidupan ada palitan darah dan airmata.Pilihlah jalan yang terbuka kerana di situ ada peluang untuk kita.Moga terjumpa kitab kesabaran yang mengajar kita erti ketabahan.Menembusi langit atau awan adalah kenangan indah yang tak dapat di lupakan.Menjelmalah di ingatan lagu-lagu   yang terkandung lirik indah yang ku puja.Alleycats sedang  mendendangkan suara merdu penuh syahdu...Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi..dan bila  lagu "HAMPA" dendangan Tokki ke udara,jiwaku mengapung jauh..
Itulah cinta penuh misteri..pengorbanan  sang pencinta..Walau hidup penuh ketemu dengan memori berduri,biarkanlah.Bukankah musim ini akan silih berganti?
Terimakasih Tuhan kerana mengindahkan lagi jiwaku dengan  keutuhan cinta walau di musim luruh.Segera ku tanamkan bibit-bibit sayang agar tiada asid kebencian yang akan membunuh rasa bahagiaku.Neutralkan rasa  benci..dalam makmal ada pelbagai ujian.Jangan bohongi kenyataan melihat bulan purnama penuh yang mengambang di langit di samakan dengan melihat matahari mengeringkan embun-embun di pagi hari.
Zul Hijjah ini yang mengundang jutaan tetamu  dengan salam Baitullah membuatkan aku  ingin berada di Jannah.Mimpi  berziarah di makam Rasulillah SAW..Di Ka'abah tempat mujarab segala doa.Mahu tahu apa doaku bila berkesempatan di sana????
Sayang sekali mataku telah memberat.Di lain bicara akan ku ceritakan  tentang doa itu.Aku harus berehat kerana 7 .11 nanti aku akan masak nasi tomato untuk jamuan  perpisahan  budak sekolah.10.11 pula aku akan ke majlis penganugerahan PJN di Grand Continental.Suamiku turut mendapat anugerah atas jasa dan pengorbanan  sebagai PBTM.Dulu selama 4 bulan berada di Kemboja  mengikut PBB dan UNTAC,misi dalam 11RAMD.Sekarang  sebagai bekas angkatan tentera dan AJK  bertanggungjawab dalam persatuan.Semalam 31.10 kami sekeluarga menyambut PM Malaysia Datuk Najib.Penjenamaan semula Pulau Lagenda-Permata Kedah di jelmakan dengan nama "Langkawi Serba Asli"-seputih darah Mahsuri yang mengalir ke tanah.Sumpahan tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur telah berakhir.Di Pulau Tuba-dana 45 juta untuk melangsaikan projek  kabel sepanjang 4km di dasar laut.Bukankah ini satu dana yang menguntungkan?
Bersalaman dengan PM dan  mengikuti perkembangan semasa.Kami  menyokong segala usaha untuk menaik taraf Pulau Langkawi.Apa pun ideologi kita,bersatulah demi kedamaian sejagat."MY Master"feri baru di rasmikan dan kami bersama PM Malaysia menuju ke Pulau Tuba.Feri ini boleh memuatkan 661 penumpang.Megah dan mahsyurlah Pulau Mahsuri bila di nobatkan antara 10 pulau pelancongan terhebat di dunia.Syukur..
17.11 nanti majlis walimatul urus pak cik di Sg Petani.Nampaknya tahun ni  aku masih berteka-teki mahu makan angin di mana ya..?
Cerpen "SELIMUT PUTIH" sudah ku kirimkan  ke majalah  kegemaranku.Moga kan di siarkan.So,jumpa lagi di lain bicara...salam sayang penuh cinta untuk semua tetamu Allahb SWT yang bertuah Zul Hijjah ini...

Sunday, October 14, 2012

BUNGA_BUNGA IMAN.

Assalamualaikum wbth..
14 October 2012..Alhamdulillah,limpah kurniaMu mengizinkan aku untuk  berbicara di kertas kosong yang  tiada warna.Hanya putih..seputih hatiku ketika berserah diri di hadapanMu.Ya Rabb,aku mendakap erat  kasih sayangMu,aku tidak mahu terlepas dari dakapanMu.Dalam tidurku,aku hanya mahu  zikirku menemani nafasku.Kumulakan bismillahirrahmanirrahim dalam setiap permulaan langkahku.
Betapa lama aku  berhenti menulis blog..silih berganti kesakitan dan kebahagiaan.Perasaanku berbagai dengan peristiwa yang kulalui kini.Malam seakan menangis melihat  bulan bersinar pudar,awan tetap menangis  biar hujan turun lebat!Rama-rama yang sedang berterbangan di depanku  cantik lagi menarik.Sayangnya perhatianku tidaklah kepada rerama yang terbang bebas di sekelilingku..tidak juga kepada bunga melur yang mewangi putih di lamanku..juga mawar merahku yang  indah berkembang..tapi sekian lama aku terlena,kini aku terjaga..
Mimpi duniawi sungguh indah sekali.Pesona duniawi tidak kurang hebatnya.Bukankah perkara inilah yang membuta kita alpa?Sedar juga bahawa sesungguh setiap mimpi ada kesudahannya,setiap hari ada matahari..fajar yang menyinsing ada berita baru.Hidup ini pun kadang-kadang mesti beralah jua.Kadang-kadang tewas  jua..bukanlah bermakna masa itu pendek atau panjang.Awan yang menangis di belakang matahari tentunya ada menyimpan rahsia tersendiri.Kerana apa?
Mungkin  hujan yang turun itu telah menkhianati cinta  sang awan?Begitulah besarnya cinta ini  kepadaMu sehingga aku tidak mahu kehilangan RahimMu.Sehingga  Tuhan menjadikan alam ini penuh variasi..alam dengan seribu rayuan,alam dengan sejuta panahan  syaitan..masih mahukah bersenda dengan angin?Masih tegakah bergurau dengan ombak?Masih setiakah menyimpan kisah dulu?Bukankah cinta dan kata-kata juga pernah berbohong?
Cinta Adam berjanji mahu membawa Hawa ke syurga firdausi..Cinta Hawa mahu jadi permaisuri yang membawa kedamaian jiwa.Cinta yang mahu menjaga emosi masing-masing.Cinta Adam dan Hawa  umpama kasih sejati  yang tiada  pengakhirannya..tapi aku faham cinta Allah SWT  akan datang dalam tawa dan musibah!
"Ya Allah,Engkau kurniakan  kami rasa sakit  hati kerana perbuatannya ,kami mensyukuri cubaan ini.Semoga ini membuat  kami  menjadi  orang yang lebih kuat dan  sabar.Semoga ini menjadi jalan  untuk Engkau ampuni  dosa kami  dan semoga orang yang  telah di zalimi  kami Engkau  sedarkan,Engkau  perbaiki dan  Engkau  berkati hidupnya"-berdoalah selalu.
Aku selalu dengar wanita di umpamakan  angin yang menghembuskan racun yang berbisa..aku selalu   dengar wanita juga di ibaratkan permata berharga..hakimilah wanita selayak peribadinya..jangan hukum seseorang semata  memandangnya sehari dua...seburuk mana pun masa lalu seseorang  tidak ada salahnya jika dia mahu berubah.Mahu belajar dan mahu bertaubat!
"bersikap  diam dalam menghadapi orang jahil  atau pun orang gila adalah kebajikan pada jiwa.Dalam sikap diam jua terdapat penjagaan  bagi penghormatan .Harimau di hutan itu lebih di takuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu di lempar dengan batu"-Imam As-Syafie.
Ya Rabb,sebenarnya aku menangis dalam diam.Musibah yang kulalui ..yang telah KAU berikan  sepanjang  hidupku satu anugerah yang mengajar aku menghargaiMu.Aku sedar kebahagiaan yang hakiki berada dalam syurga akhiratMu.Aku bermuhasabah diri..memujuk hatiku selalu..dalam bersendiri aku cuba memahami  berjalan di atas jalan redhaMU,jalan menuju kebahagiaan amatlah sukar TETAPI hakikatnya tidak dapat di bandingkan kesukaran meniti titian Mu.Jasad dan nyawa bukanlah milik kita yang kekal abadi.Ia anugerah Allah kepada kita.Kita hanya berhak semasa di dunia tapi hak itu akan di soal di setiap anggota..Lalu pun teringat satu kisah  Muaz bin Jabal sebagaimana cerita dalam sirah.Di saat  kematian ,saat ajal  tiba Muaz di khabarkan berkata:"
Selamat datang wahai kematian!Selamat datang tetamu  yang tak kunjung  tiba dan selamat datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama di rindukan."Kemudian Muaz mendongak kelangit seraya berkata:"Wahai Tuhanku,
Sesungguhnya Engkau mengetahui yang aku sukakan dunia apatah lagi untuk berada  di dunia ini selama-lamanya,menanam pokok dan mengairi sungai.Tetapi segala-galanya  itu adalah sekadar untuk  menghilangkan kehausan  di kawasan yang kekeringan serta  mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis  zikir.Oleh itu terimalah aku wahai Tuhan ku dengan kebaikan sebagaimana kamu  menerima seseorang yang beriman".
Ucapan terakhir  Muaz.sahabat Nabi.Aku pun  menangis bila membaca kisah ini.
"Haadzaa min fadhli Rabbii,liyabluwani a asyukuru amafkuru'"QS AN Nam 1:27.
"Ini termasuk  kurniaan Tuhanku,untuk mngujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmatNya".
Sungguh pun langit cerah membiru,angin kian deras menderu
Pelangi menyerakkan tujuh warna gemilang
Nubariku menahan luka 
Seksa jika anak menderhaka
Cinta  yang rapuh
Jatuh berderai seperti kaca yang berkecai di lantai..
Menatap wajah langitlah seindah dulu
Melihat warna pelangi tidaklah sebahagia itu
Biarpun bulan dan bintang  menguntum senyum ke arahku
Hatiku telah relai
Hidupku juga   berderai kelopaknya
Anakku,
Lihatlah airmataku yang menitis tanpa henti
Lihatlah wajahku yang kurang berseri lagi
Lihatlah malamku yang kian kelam
Tahukah semuanya ini 
Perkara biasa bagimu?
Demi ASMAMU
KAU memberiku peluang
Mengelap airmata kesedihanku
Kasihsayang akan membuatku sengsara
RABB,semua yang kau berikan kepadaku
Asal kejadianku,asal cintaku,semuanya milikMu.....
Demikian monolog hati seorang ibu..tapi mestikah  kegelisahan ini berterusan?Jiwa yang merana hampa berputus asa?
Jawapannya tidak..hatiku menjawab pantas kerana aku percaya dan yakin dengan  rukun  iman.Percaya kepada qada dan Qadar.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286:"Allah tidak akan membebankan  seseorang  melainkan  sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang di usahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang di kerjakannnya".
Walau pun dialogku penuh beremosi,aku  masih mempunyai harapan dengan doaku setiap waktu.Tiada hijab bila kita ikhlas dan yakin berharap.Berzikir,bermunajat dan berdoa.Ku serahkan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung.Aku beralah bukan bererti aku telah kalah.Sebenarnya penolongku hanya Allah...
Kutuliskan puisi,ketuliskan cerpenku...BUNGA-BUNGA IMAN..
Seandainya seseorang itu tahu bagaimana pengakhiran hidupnya nanti...seandainya seorang anak itu tahu  antara perkara yang menjadi kebencian kedua ibubapa...sekiranya mereka faham ..redha Allah datang bersama redha kedua ibubapanya..Subhana'llah..
Bagaimana saatnya menemui Tuhan?
Bagaimana sakitnya nyawa terpisah dari badan?
Milikilah hati yang baik..jauhkan pesona  yang melalaikan kerana itu sumber  sengsara ...Andai berkesempatan  melakukan kebajikan,sembunyikanlah kebaikan itu..akhirnya aku tahu Allah sayangkan aku!
Allahu Rabbi,Islam cahaya penyegar bumi..janji hatiku kepadaMu..aku ingin jadi mujahidah cinta yang lahir dari rahim KasihsayangMu.Maka temukan aku  denganMu di setiap penjuru masa.Aku ingin iktikaf di dalam redha Mu.
Sekaya mana pun manusia mempunyai harta,ia tetap mahu menatap bulan di langit..
Se banyak mana manusia  mengumpulkan kemewahan ia tetap tidak mampu membeli kedamaian jiwanya sendiri..
Naluri dan nafsu kita saling membisikkan mahu sesuatu...sesuatu yang melebihi orang lain.Kadang mahu di sanjung-sanjung..tak kurang jua  mahu memiliki bukan hak kita..pada hal Allah telah pun memberikan semuanya untuk kita..
Gantikan airmata kesedihan ini dengan tangisan bahagia..dengan  anugerah Mu aku berimakasih..sekalipun madu itu bersalut racun,tentu ada hikmahnya.Ya Rabb,tutupilah pintu kegelisahanku.Aku tidak mahu berpura-pura menangis..aku tetap menangis menagih limpahan rahmatMu.Atau berpura-pura merasa bahagia sedangkan di depanku ada dosa.Aku bukannya hipokrit..aku ada jiwa yang halus,yang mudah tersentuh..jika menangis dapat meredakan kemarahan ku,aku akan tetap menangis.Biar satu hari  aku tahu airmataku juga bernilai ada harganya.
Ketika senja menurunkan tirainya,tersingkap jelas wajah malam.Rahsia sebuah kehidupan..rindu itu tidak bermusim..setanggi nya masih harum di jiwa..jiwaku yang pernah hampir mati,perlahan-lahan aku bangun seorang diri.Wuduk,solat dan zikirku  hanya kepadaMu.baru tahu  Tuhan  tetap sayangkan aku sekeluarga.Cuma musibah ini sebahagian drp perjalanan seorang hamba,mengembara  di dunia...carilah kompas buat panduan hidup.Begitulah aku menghargai semua pemberian Tuhan kepadaku.
Ketikaku  sering merayuMu,perasaanku berdarah merah.Ketika aku bersujud dan bertasbih memujiMu,Kau jahit semula  lukaku yang dalam itu.Meski pun nampak parutnya,namun aku lihat pintu-pintu cahayaMu untukku.Cintaku bukannya seperti sekeping kertas yang ringan,mudah terbang dan hilang di bawa angin..tetapi cintaku  tunduk dan bersyukur dengan  nikmatMu.Hasbiyallah...para pendosa  terbang ke neraka  dek perbuatan mungkarnya.Para syuhada berusaha kuat mencari pintu gerbang kebahagiaanya.Aku bertawakal  dengan jiwaku yang sabar.Aku  ingin lari dari fitnah dunia..aku mahu sabarku menuju kesabaran orang beriman.Tuhan,peliharalah imanku,kuingin mendayung perahu kehidupan  dengan kudratku.Aku terima hakikat yang telah di takdirkan di Loh Mahfuz.Sayap-sayap tauhid ku perteguhkan dengan tali Allah,semuanya kukembalikan kepadaMu.Ya Rabbul Izzati,aku tidak mahu menyakiti hati orang kusayang..ampunkan aku,aku berserah diri sepenuh hati.
Hijab insaf ini terbuka..cinta dan mencintaimu..adalah anugerah agung..berilah kebaikan untuk semua yang melakukan kebaikan.Jika bebanan itu berat,aku rela berdoa.Ringankanlah bebanan itu....dengan izinMu semuanya terjadi ...Alhamdulillah.Peganglah hatiku.....untuk selalu bersamaMU!

Wednesday, April 25, 2012

Memori bahagia mendakap mimpi: KEMBARA CINTA

Memori bahagia mendakap mimpi: KEMBARA CINTA: 25   April..sempena  menyambut ulangtahun kelahiran suami yang ke 50 tahun ,solat Subuh kusudahi dengan bacaan Surah Yassin.Aku bermunajat ...

KEMBARA CINTA

25   April..sempena  menyambut ulangtahun kelahiran suami yang ke 50 tahun ,solat Subuh kusudahi dengan bacaan Surah Yassin.Aku bermunajat setelah usai berselawat ke atas junjungan  Nabi terakhir zaman.Penolongku hanya Allah.Permudahkanlah semua urusan duniaku dan ringankanlah segala bebanan di hari akhiratku..
Bismillahirahmanirrahim.
"Orang yang paling sabar  di antara kamu  ialah orang yang mahu memaafkan kesalahan orang lain pada hal ia berkuasa membalasnya"-HR Baihaqi.
2 April yang lalu aku menerima satu panggilan dari Kuala Lumpur.Oleh kerana ada gangguan dlm  perbualan itu aku ringkaskan perbualan itu.Hampir tujuh kali panggilan itu bertali arus.Apa yg jelas aku mndapat tempat ketiga dlm peraduan yg di anjurkan dlm majalah WANITA.Baucar Guardian sebanyak RM 150.00 dan barangan Fair Lovely.
Dlm majalah JELITA bulan April 2012 juga cerpenku "KEMBARA CINTA" di siarkan.Alhamdulillah..aku merasa syukur teramat sangat kerana  dapat mewakafkan Al-Quran semasa abang sulungku membawa para jemaah mengerjakan umrah bulan lepas.Ketika sekolah agama mengadakan wakaf tanah untuk mendirikan sekolah baru ,aku juga berkesempatan untuk berinfaq.Hari ini juga aku turut mmberikan sedikit infaq untuk keluargaku yang akan mengadakan kenduri kawin anak lelaki pada 28 April nanti.
Subhanallah,aku bersyukur dengan perjalanan hidupku.Aku berdoa selalu agar di berinya kesejahteraan zahir batin untuk seluruh keluargaku dan untuk semua umat seagama denganku.Marilah kita berdoa dan berharap agar perjalanan kita tidak akan menjadi sia-sia selama berada di dunia yang fana ini...
Mengapa dunia ini fana?
Kerana hayat dunia tidak selamanya kekal abadi.Kiamat akan tiba jua pada hari yang telah Allah SWT janjikan.
Mengapa yang kaya  akan jadi miskin?
Kerana harta kekayaan tidak di bahagikan sesama insan yang memerlukan.Ketamakan mmbuat insan kaya jadi muflis.
Mengapa yang hina jadi mulia?
Kerana  insan itu sentiasa bermuhasabah diri,mahu berubah dan bertaubat.Jalan istiqamah ke arah jalan yang di redhai Allah SWT.
Oleh itu tidak perlu kita menunggu untuk di hargai tetapi selalu lah menghargai orang lain..Sekali pun kita tidak tergolong dlm  golongan hartawan tetapi jadilah insan dermawan.Kita mampu melakukan asalkan nawaitu kita ikhlas..
Jangan hanya kita tersenyum  bila merasa bahagia tetapi senyumlah sekalipun hati sedang menangis.Senyuman itu umpama ubat ,sangat mujarab ..sekali pun sedang menanggung derita.Cubalah senyum sekurangnya tiada siapa pun akan tahu penderitaan kita.Bukankah sabar itu  separuh dari iman?
Ketika aku sibuk melangsaikan tugasku di pagi 18 April yang lalu jiran berulang kali menjenguhku.Dia mengajakku utk menziarahi mak jiranku yang mengidap kencing manis.Pada pagi Ahad terkena serngan strok.Malam itu mereka adakan bacaan suarh Yassin.Usai tugasku jam 4.00ptg aku pun mmbonceng motosikal .Kami berdua  sampai di rumah  kakak jiranku  yang sunyi sepi.Selesai mmberi salam kami pun masuk dan menuju ke tempat pembaringan  mak jiranku.Keadaannya  nazak.Aku dlm keuzuran.Aku memegang pergelangan tangannya sambil mengurut perlahan.Ketika itulah aku nampak nafasnya kian perlahan.Hanya kami berempat...aku menyuruh kakak jiranku yang masih muda itu ke sebelah kanan maknya.Cepat-cepat kusuruh dia mengucapkan kalimah suci"Lailahailallah.."berulangkali.Akhirnya jam dalam keadaan tenang nafasnya terhenti.Kami semua terpaku.Aku  sudah banyak berhadapan dgn peristiwa ini memandang jarum jam yang terletak di atas dinding.Jam 5.05 ptg.Bila aku menyuruh mereka memanggil orang yg lebih berpengalaman mereka mengesahkan  kematian itu.Tiap-tiap musibah yang terjadi  kudahulukan dengan kalimah "Innalillahiwainnailaihirajiun".
Kusampaikan  berita sedih ini kepada suamiku yang baru pulang kerja.Bila maghrib tiba,kami cepat solat.Ketika sedang solat itulah telefun suamiku berdering berulangkali.Aku  jadi  terganggu.Suamiku tidak suka  telefun berbunyi  ketika waktu solat.Jika anak-anakku ada hal penting sekali pun,mereka di larang menelefun ketika azan atau waktu solat.Selesai memberi salam ,suamiku datang menghampiri.Saudara dua pupunya meninggal dunia...sebab itu telefun  berbunyi  berulang kali.Sebelum menziarahi jenazah kedua  hari itu (18 April 2012) suamiku sempat menghubungi saudara mara utk memaklum perkara itu.Kami ke supermarket untuk menempah hamper sebagai hadiah cabutan bertuah   bagi mesyuarat agung  2012 di TwinPeak  pada  20hb..utk persatuan bekas tentera di Langkawi.Selaku AJK suami ku bertanggung jawab utk sumbangan cabutan bertuah.Alhamdulillah,semua rakan perniagaan dan sahabat karib mmberi sumbangan duit.Kami hargai dan berterimakasih.Mudah-mudahan perkara baik di berkati Allah SWT.
10 mlm kami pun mnziarahi  saudara suamiku yang meninggal tadi.Subhanallah,dia meninggal seorang diri dlm d rumah yang berkunci.Darah sudah kering dari mulutnya dan menitis ke lantai..esoknya Khamis dua jenazah di kebumikan di kubur yang bersebelahan dengan rumahku.Suamiku turut memandikan jenazah.Kebiasaannya bila suamiku bercuti  baru berpeluang  utk memandikan jenazah.
Berbagai peristiwa dan kisah..namun utk mendapat keredhaanNya,maka dekatilah Allah SWT. 
Bukankah kita manusia juga fana?
Khilaf dalam menilai..yang hidup pasti akan mati!
Manusia tidak jemu mengejar nikmat..meski pun dunia ini fana..Di langit yang sama,di bumi yang serupa takdir  kita tetap berbeza.Jadilah seorang yang bermanafat kpd orang lain.Seperti Jutawan Yang Menangis Kemewahan.(Abd Rahman Auf)
"tiada  sesuatu makanan yang baik  melebihi  apa yang di hasilkan  dari usahanya sendiri.Nabi Allah Daud makan hasil usahanya sendiri"-R Bukhari.
"Kekayaan bukanlah di ukur pada  banyaknya harta.Kekayaan yang hakiki adalah hati yang sentiasa mahu merasa cukup"-R.Bukhari.
Jadi tanamkan lah rasa berdosa di hati saat mahu menzalimi orang lain.
Jangan biarkan fitrah nurani  yang suci menjadi kotor dengan niat buruk kita.
Orang mati tidak akan hidup semula.
Sedangkan orang yang takut mati  telah mati sebelum di matikan....berbuatlah baik terhadap orang lain.Ihsan kita,doa kita mungkin bernilai pada orang lain. Musuh kita yang nyata adalah syaitan.Perangilah nafsu buruk..
Ingatlah,di dalam rahim ibu tempat kita menumpang berkongsi suka duka,ibu itu telah mendoakan syurga untuk kita.Mustahilkah kita  untuk menjadi insan yang berihsan?
Dengan limpahan rahmat kasih sayangMu Tuhan,aku berlindung dari kejahatan mata jahat yang memandangku.
Dengan izinMu aku berteduh dalam limpahan ketenangan sehingga aku jadi rindu untuk bertemu denganMu.
Ya Allah,
Semoga aku juga dapat ke rumahMu
Semoga amalku,ibadahku dan matiku dalam beriman kepadaMu.
Ya Allah,
Peganglah hatiku  semata kerana agama Islamku.
Selagi ada ruang dan waktu ,aku tetap ingin berteduh di bawah cahaya kasihMu.
Seperti pokok yang berakar di tanah,bumi  menerima  akar menjadi satu hubungan yang kuat dan kukuh.Aku mahu hablum minallah  dan hablum minanas yang baik.
Apa makna kita berwujud,jika tingkah laku kita  tidak mencerminkan kita bersujud!
Biarlah denyut jantungku berhenti dengan kalimah Allah,zikir yang menemani jiwa..Hasbiyallahu limaa ahammanii.(Cukuplah Allah  bagiku atas apa saja yg mmbuatku sedih).
"Tidak ada kesedihan  yang abadi,juga kebahagiaan yang kekal selamanya.Jika engkau memiliki hati  yang qanaah (menerima dan berlapang dada)maka engkau bagaikan pemilik duniaraya ini"-Imam Syafie.
YA RABB,
Hapuskan lah segala dosa yang tertanggung di bahuku..cairkan mimpi -mimpiku yang membeku,sementara aku bersujud,sinarilah hatiku dengan  taufikMu...
Salam bahagia untuk semua saudara  maraku (16 orang dari Langkawi) yang akan berlepas ke tanah Suci Al -Mukaramah  bagi menunaikan umrah pada 28 April 2012.Di doakan ziarah itu mmbawa makna  bahagia...


ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA