Sunday, April 21, 2013

PERJALANAN SUCI-

Setelah bertahun-tahun menyemai benih harapan,impianku untuk perjalanan  suci kian dekat.Selesai majlis  bacaan Yassin dan sedikit kenduri arwah  samada yang mati baru atau lama.Aku berhajat perjalanan suciku mendapat redha Allah SWT.Berusaha,berdoa dan bertawakal.Alhamdulillah kudratku berupaya  untuk menyimpan wang  tanpa satu sen pun daripada orang lain.Duit yang di sedekah kan untukku  telah ku sedekahkan kembali sepanjang berada di Tanah Suci.Subhanallah,bermula dari  proses menyiapkan pasport antarabangsa,menyuntik vaksin  untuk  tempuh tiga tahun dan melangsaikan tiket kapal terbang sehinggalah   kaki  berada di KLIA. Sebelum berlepas ke Jeddah ,anak perempuanku  yang sedang belajar di UIAM,Gombak sempat menyerahkan satu sampul berwarna biru.Warna kegemaranku.Dia membisikkan  pemberian dari anak lelaki sulungku.
Sebenarnya aku telah bersedia  sedaya upaya dengan keringatku.Mentalku,emosiku dan  doa-doa mustajab di samping sentiasa bermuhasabah diri.Ini perjalanan umrah pertamaku yang mana umrah pertama adalah perkara wajib untukku melaksanakannya sebaik mungkin.Doaku tidak pernah putus agar permudahkan setiap urusan dunia dan akhiratku!
Walau pun impian ini telah lama kusimpan,aku berdikit menyimpan wang .Sudah menjadi kebiasaanku untuk mendapat sesuatu,tangan dan hatiku sendiri yang berusaha keras untuk mencapai apa saja yang ku ingini.Sudah terbiasa bagiku  aku mesti  dapatkan dengan sen atau rm sendiri.Justeru aku   melakukan kerja dengan sesungguh hati.Aku tidak penat atau lelah,ganjarannya halal dan sen itu  aku simpan sendiri.Malah simpanan atau perhiasan.keperluan naluriku  bermula dengan kudratku.Hanya  ku pinta dari suami keizinannya untuk aku  melaksanakan impian murni ini.
Alhamdulillah bila sampul biru itu kubuka,nilai RM 1,000rial sudah ada dalam tanganku .Ya Allah,janganlah  jadikan aku manusia  terpegang hatinya dengan wang ringgit semata.Hatiku sedih bila memegang wang itu.Apa maknanya  rm 1,000 rial ini padaku di saat ini????????????
Ya RAbb,
Aku melangkah masuk untuk menuju ke destinasi impian.Penolongku hanya  Allah SWT.NASAIR adalah penerbangan yang membawa semua  impianku.Dengan lafaz BISMILLAH aku membaca doa  penuh syukur ke hadrat  Penciptaku Yang Satu.Selama 7 jam perjalanan aku beristighfar,membaca  surah Yassin.Al-Mulk ,Al-Sajadah dan Al-Waqiaah.Ku susuli juga dengan ayatul Kursi dan beberapa surah penting.Sedikit pun mataku tidak terlelap  dan aku bertasbih memujiMu Tuhan.
Refleksi  memutar setiap imginasiku.Aku bermula dengan  mimpi kosong.Izin Allah SWT yang memahami apa yang tersirat sekian lama dari nuraniku..aku minta Tuhan perbetulkan niatku,perbaiki akidahku dan perteguhkan imanku.Subhanallah aku sedang berada dalam perlindungan Allah SWT.
Alhamdulillah jam 100 pagi NASAIR mendarat di JEDDAH.Hatiku gembira bercampur duka.Gembira kerana hajatku kian ku genggam,duka kerana aku keseorangan dalam perjalanan suci ini.Tiada suami di sisi,tiada anak-anak yang menemani namun aku gembira saudara kandung ku,warisku yang hak  ada bersama.Kami sama-sama mahu mengerjakan umrah...
Selama 7 jam  dengan bas menuju  Madinah..sesekali  mataku memandang ke luar tingkap.Sesekali juga airmataku menitis...siapa sangka dengan  hanya status surirumah aku mampu menjejakkan kaki ke sini?Tapi aku tahu kerja kerasku mengisi minyak gamat di setiap hari,melabel dan suamiku tolong menyiapkan proses terakhir iaitu  membungkus minyak gamat sekemas mungkin...hanya melakukannya di rumah sambil menjalankan rutinku seharian.Aku ibu kepada empat orang anak.Isteri  yang hanya ikut  telunjuk suami...tak kira  apakatanya..sekali pun  pernah di sakiti tapi hatiku  tetap mudah memaafkan.Anak-anak yang mesti kubesarkan dengan nilai positif..nilai agama..namun tetap hidup ini di uji sedemikian rupa!
Ketika solat Subuh kami tiba di hotel Al- TAiba.Berhampiran masjid Nabawi-
Aku sedang berada di bumi para anbiya yang  mengorbankan darah demi memperjuangkan agama Allah.Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah.Maka aku berselawat dan berzikir..dalam masjid Nabawi  masjid terindah yang ku pijak aku beriktikaf.Aku berharap para malaikat samada di langit,di bumi ,di kiri dan di kananku..atau yang berada di sekelilingku akan sudi berdoa untuk kesejahteraan zahir dan batinku.AMIN.
Kami  di temani oleh mutawif Ustaz Adam.Nasihat,tunjuk ajar,doa dan kata-kata nya sangat bermotivasi.Kalam yang penuh  iman.Kalam yang menenangkan jiwa.Subhanallah,perjalanan kami ke kilang  Quran,ke ladang kurma,keladang unta..perjalanan yang mendekatkan diri dengan sirah kehidupan Rasulillah dan para pejuang agama..perjalanan yang sangat bermakna kerana sirah kehidupan mereka bermula dan berakhir  dengan kesukaran.Namun titisan darah mereka dalam menegakkan agama Allah di janjikan syurga .Di jamin perjuangan bermandikan darah itu mendapat tempat maqam yang tertinggi di sisi Allah SWT.Insya'allah.
Setelah tiga hari berada di bumi Madinah  perjalanan suci di teruskan  ke Mekah.Ya,perjalanan suci,kembara  iman mencari  keredhaanMu.Kami tinggal di hotel Al-Sahba.Sepanjang  di sini  aku tidak henti -henti bersyukur kepada Allah SWT atas setiap nikmat kurniaanNya untukku sekeluarga.Niat umrah pertamaku di Bir Ali.10 malam kami mulakan tawaf pertama-30 minit-bersae-45 minit -bertahlul.Alhamdulillah,hajat dan impianku telah tercapai!
"Allah Maha Besar,Allah Maha Besar,Allah Maha Besar.Ya Allah  Ya Tuhan,inilah hujung rambutku di tanganMu,maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambutku itu  cahaya bagiku di hari kiamat nanti dan ampunkanlah dosaku,wahai Tuhan yang Amat Luas pengetahuan,AMIN.Segala pujian tertentu bagi Allah yang telah  menyempurnakan ibadah-ibadahku ,kurniakanlah satu kebajikan  dengan tiap-tiap halai rambutku.Hapuskanlah dengannya satu kejahatan,angkatkanlah aku dengan darjat,ampunilah aku serta orang yang bercukur,bergunting dan sekelian orang-orang Islam.Ya Allah ya Tuhanku,tambahkan imanku ,yakin,berilah taufik dan pertolongan kepadaku ,ampunilah kami serta anak-anak kami ,selawat dan salam  ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad,keluarganya dan sahabat-sahabatna sekelian,Amin.

YA RABB,
Aku sedang berada dalam lindungan Ka'abah.Aku bukan lagi berangan atau bermimpi kosong,sesungguhnya aku sedang berdoa di depan Multazam.Syukur Alhamdulillah.Segala pujian ini untukMU.TUHANKU,terimalah taubatku..............
"Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang  telah merupakan dan menciptakannya,dan menciptakan pendengaran,penglihatan dengan kekuatanNya.Maha memberkati  Allah,sebaik-baik Pencipta"
Selesailah umrah pertamaku.Umrah kedua bermiqat di Hudaibiyah dan umrah ketigaku  untuk arwah bapaku bermiqat di ja'ranah.Di sini aku kenal makna hakikat dan di sini aku belajar erti makrifat...andaikan keinginanku pernah tertahan atau pernah tertangguh,aku yakin dan percaya satu hari nanti Allah akan menjemputku sebagai tetamuNya.Apa pun dugaan yang singgah di bahuku,ringan atau berat aku tetap senyum kerana senyuman itu mampu meringankan sedikit bebanan yang sedang ku tanggung!
Sepanjang berada di bumi Mekah,aku dapat rasakan betapa bertuahnya diriku.Mahu tahu  kenapa????????

Firman Allah Ta'ala:
"Barang siapa yang di beri petunjuk oleh Allah maka dialah yang mendapat  petunjuk dan sesiapa yang di sesatkan Nya maka kamu tidak akan mendapat  seorang pemimpin  pun yang dapat memberi petunjuk  kepadanya"-Al-Kahfi;17.
Aktiviti di sini memang padat.Kami di bawa  ke perkuburan  Baqi.Ini doa kami.
"SALAM SEJAHTERA KE ATAS PARA PENGHUNI KEDIAMAN YANG BERIMAN.TELAH DATANG KEPADAMU APA YANG DI JANJIKAN UNTUK KAMU.KAMI INSYA'ALLAH AKAN MENGEKORIMU.YA ALLAH,KURNIAKANLAN KEAMPUNAN UNTUK PARA PENGHUNI PERKUBURAN BAQI' INI"-hr Imam Muslim.
Kami melawat muzium,Jabal Rahmah di Arafah,Mina,Bukit Uhud,Gua hiraa' dan tempat bersejarah.Jadi aku berkira-kira apa cendera hatiku untuk keluarga,teman ,jiran dan mereka yang berdoa untukku?Ada...seadanya ianya pemberian paling ikhlas dariku.Terimalah walau pun cenderahati biasa tapi ia luarbiasa dariku!
Bersyukurlah-tiga hal yang ku pegang kuat di hatiku.
1)Meraih apa yang kita harapkan
2)Mensyukuri apa yang kita dapatkan
3.)Berbagi apa yang kita miliki.
Aku tidak pernah menjual nilai integriti yang ada padaku walau di tawar pada harga sejuta.!Aku berasa syukur dengan apa yang ku ada.
Sesuatu yang selalu terbayang di mata,zikrullah yang selalu kudengar dengan suara penuh keinsafan dan apa yang  bermain-main di minda,akhirnya jadi kenyataan.Sungguh aku jadi teruja dan menganggap semua yang Allah berikan padaku satu anugerah...
"telah kuberikan maaf yang sesungguhnya untuk mereka yang pernah meluluhkan hatiku.Hanya kerana itu jiwaku sebenarnya merasa amat bahagia menjalani kehidupan ini.Seikhlas hati aku memberi,setulusnya aku menerima takdirMu.telah kulupakan apa kesalahanmu terhadapku,kunyatakan bahawa kepercayaanku adalah kerana kasihsayangNya.Bila makna cinta itu luas pengertiannya,mengapa kita harus  menjadi rawan dan miskin untuk saling berkasihsayang sesama kita?"
Firman Allah SWT:
"Oleh itu bertakwalah kepada   Allah sedaya  upaya kamu dan dengarkan pengajaran serta taatlah perintahNya dan belanjakanlah   harta kamu serta  berbuatlah kebajikan  untuk diri kamu ,Dan ingatlah  sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya  drp di pengaruhi tabiat  bakhil,merekalah  orang yang berjaya"-Surah Al-=Taghabun.
"Tidak berlalu hari-hari  seorang manusia di awal pagi melainkan  turun dua malaikat dan satu drpnya berdoa:"Ya Allah,gantikanlah kepada orang yang membelanjakan iaitu yang  menderma atau bersedekah hartanya"
Kemudian malakait kedua menjawab:"Ya Allah,binasakanlah  harta orang yang bakhil"-HR Bukhari.
Derasnya arus mengejar kita.begitulah derasnya arus  gelombang melambung.Ketika bersimpuh di depan Ka'abah,hati tidak mampu bertahan.Airmata sendu menitis di pipi.Mengenangkan dosa-dosa yang selalu kita lakukan...Klamullah,istighfar dan doa..pengubat hati..kalimat suci yang melayarkan semua mimpi kosong menjadi sebuah kenyataan.Di depan Ka,abah ini ,transit rohani mengkaji kebenaran.Hitam putih warna hati,lukisan abstrak yang sukar di fahami tetapi di sini perjalanan ukhrawi kian mantap.Wajah-wajah keinsafan menebak diriku..kembara iman ini mencari kesempurnaan diri....hakikatnya kita tidak pernah sempurna!
Di depan Tuhanjiwa ini bertaubat,bersyukur seadanya.Menerima ketentuanMu yang jelas.

"Ya Allah,Sesungguhnya Engkau tahu,aku lebih suka fakir drp kaya,aku lebih suka sederhana drp mewah dan aku lebih suka mati drp hidup'doa terakhirhudzaifah Ibnu yaman.(JIWANYA UMPAMA CAHAYA DI WAKTU SUBUH).
Moga sedekahku dan wakafku di Madinah dan di Mekah akan  mendapat  keredhaanMU.Untuk Mohd Firdaus Shakirin-terimakasih atas segalanya. yang di berikan ..yang di lakukan ...yang di hadiakan  untuk kami sebuah  makna kehidupan.Kami kena terima hakikat itu.Untuk Nurul Amizatul Azwa-moga Allah  tunaikan segala hajat,berjaya dalam membina empayar kehidupan.Untuk Mohd Luqman Hakim-jadilah anak yang baik dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan lelaki budiman yang mampu mencipta sebuah dunia bahagia.Untuk Nurul Ummira Shahirah-jadilah muslimah solehah yang setabah puteri Rasulillah Fatimah Az- zahrra.Untuk suamiku -jadilah pemimpin yang bertanggungjawab akan setiap orang yang di bawah pimpinanmu.Imam kepada kami.Kelak di akhirat nanti haq itu akan di tanya dan berhak di pertanggungjawabkan  sepenuhnya..Doa sepanjang perjalanan suci,kembara dalam memantapkan imanku  untuk keluarga yang ku cintai .Untukku ???????
Aku tidak mahu berbohong.Aku berada di bawah lindungan Ka'abah.Doaku  mudah saja.Ya RABB,Kau peganglah diriku,hatiku dan seluruh kehidupanku dalam lindunganMu,jika terhukum aku oleh dosa-dosa silamku,ampunkanlah aku.YA RABB,perbaikilah semua kekuranganku,perteguhkanlah imanku  dan seumur hidupku aku  merasa terhutang denganMU.Maka  permudahkanlah setiap urusan dunia akhiratku...sucikan lah diriku dan terimalah taubat ikhlas dariku.SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR!
CATATAN DIARI SEORANG MUSAFIR YANG AIRMATANYA TUMPAH DI MADINAH DAN DI TANAH SUCI KOTA MEKAH.

ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA