Friday, November 25, 2011

PELANGI CINTA.

Ketika hujan renyai ,angin dingin menyentuh pipiku.Hujan yang masih turun di sekitar rumahku kian reda.Aku beranjak keluar rumah.Ketika itu pandanganku tertumpu ke Gunung Raya.Berdekatan sawah yang luas,saujana alam ku pandang tanpa jemu.Mataku melirik ke situ..di depanku sejalur pelangi .Indah ,cantik dan berwarna-warni.Aku terpaku .Dlm hati aku berbisik .Keindahan alam dan kebesaran Tuhan.
"Segala puji bagi Allah yang dgn nikmatnya sempurnalah segala amalan baik".
Seperti biasa aku masuk mengambil kamera yang baru ku beli dua minggu yang lepas.Kamera adalah benda yg utama dlm beg tanganku.Kameraku hilang bulan lepas.Hilang dlm rumahku sendiri.Biasa lah,rumahku selalu saja ada tetamu..aku merakam keindahan itu.Bukankah pelangi ini cantik?Warnanya mampu menyejukkan hatiku..sekali gus membangkitkan ilusi silamku.
Suatu waktu ketika suamiku masih lagi bergelar 'tentera'aku di kejutkan dgn satu penyakit.Tonsil.Kedua anak tekakku bengkak dan berbintik kemerahan.Menyukarkan pernafasan.Doktor yg merawatku mengatakan ini hanya masalah kecil.Makan ubat dan bertahan.Namun aku meminta doktor muda yg kacak itu mmbuat satu surat.Membenarkan aku utk ke hospital Alor Star.Semasa bersama 11RAMd di kem Kuala Lipis suamiku berpangkat sarjan.Sarjan termuda dlm kem.Oleh krana suamiku bertugas hanya dlm kem dan tidak beroperasi dlm hutan,maka susah payah jiran di tinggalkan suami byk meminta tolong dgn kami.Tiada masalah kerana kita ikhlas dan bantu sekadar yg termampu.
Bila aku mndapat rawatan di hospital alor star,aku mahu lakukan pembedahan utk mmbuang tonsil itu.Doktor 11RAMD mengatakan ia tak serious tapi aku rasa seblm berterusan mnjadi lbh terok aku ingin buang saja penyakit tu..ketika dulu 'sarjan'sgt bererti.Layanan sgt utama.Malah kita di berikan keutamaan.Sehari sebelum masuk ke hospital suamiku menegahku dari melakukan operation .Sehingga dalam tidur dia bermimpikan sesuatu..jam hampir 2 pagi suamiku bangun dan memelokku kuat.Aku jadi terkejut dan bingung.Mengapa?
Suamiku mahu aku batalkan pembedahan itu.Kenapa?soalku bertubi-tubi.
"Abang mimpi sesuatu yg buruk.Tak payah masuk hospital dan tak payah buat pembedahan tu.Kita cuba cara lain".
Malangnya aku berkeras.Kataku hidup mati di tangan Tuhan.Mimpi buruk itu kerana dia terlalu memikirkan hal yg bukan -bukan.Dia masih memujukku dan memelok erat.Seperti orang yg tdk mahu kehilangan.
"Penolongku hanya Allah.Tiada Tuhan melainkan dia.KepadaNya jualah aku berserah dan Dialah yg memelihara Arasy yg besar"-aku berdoa dan berserah diri.
Ketika aku di tolak masuk ke bilik pembedahan matanya merenungku dan tdk mahu melepaskan tanganku.Aku berkata bahawa aku telah berusaha dan kini aku berserah diri kpd Allah dan aku tdk pernah berhenti berdoa.Bukankah doa itu satu pengharapan?
Aku masuk bilik pembedahan jam 8pagi.Namun ketika jarum jam menunjuk ke angka 2petang mentua mula gelisah.Suami ke hulu dan ke hilir.Dlm kegelisahan teramat mentuaku pun menyuruhnya pergi bertanyakan salah seorang jururawat yg baru keluar dr bilik pembedahanku.Jururawat itu mnjelaskan bahawa doktor melakukan pembedahan sebelah kanan kemudian sebelah kiri.Maknanya perlukan masa yg panjang.Jam 4petang baru aku di sorong keluar dan dlm sedar atau dlm masih dgn ubat bius aku mnjadi tdk peduli.Mataku terasa berat..berlalulah hari itu..namun bila saudara mara berkunjung dan aku sudah beransur baik mentuaku menceritakan perihal suamiku..semua ketawa..tapi pak cik suamiku muram.Kenapa?
Pak cik sedang sakit tapi takut utk mmbuat pembedahan sepertiku.Dia renung mataku dan bertanya kpdku bagaimana rasanya..aku berkata ketika berserah diri dan bertawakal,hanya Allah tempat sandaran kita.Dia teruja..katanya aku bijak dlm mmbuat keputusan.Tidak lama kemudian pak cik mmberitahu dia juga akn mengambil tindakan sepertiku drp terus menahan sakit.
Ketika aku pulang ke pahang,lebih kurang tiga bulan suamiku mengadu dlm hidungnya ada ketolan jernih.Sgt menganggu nafas ketika berkawad ..bukankah suami selalu kena mewakili 11RAMD dlm acara kawad.Berulang alik ke Raub,Kuantan,Mentakab dan Kuala Lumpur setiap minggu.Bila mmbuat pemeriksaan kami ambil keputusan untuk lakukan pembedahan di Kinrara,Kuala Lumpur.Keluarga kami berkumpul dan pembedahan di lakukan tepat pada harilahirnya..ketika jururawat menerima panggilan dariku utk mngucapkan selamat hari lahir utk suamiku mereka gembira..ingatan tulus ikhlas penuh kasih sayang dariku..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji trtentu bagi Allah,Tuhan yang mentadbir seluruh alam.Rahmat dn kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Rasul dan juga ke atas keluarganya dn sahabatnya sekelian.
Ya Allah Tuhan kami,Engkau Tuhan tiada Tuhan (yg berhak di sembah) melainkan Engkau.Kpd Engkaulan kami bertawakal dn Engkaulah Tuhan Arasy yg Maha Besar.
Sesuatu yg di kehendaki Allah pasti berlaku dn sesuatu yg tdk di kehendaki Allah pasti tdk akan berlaku.Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yg dpt menjayakan dn menggagalkan sesuatu selain dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.Kami mengetahui sesungguhnya Allah (atas tiap-tiap sesuatu)amat berkuasa.Dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pd tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah.Tuhan kami sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau drp kejahatan ,keburukn pd diri kami,tiap-tiap mahkluk yg melata(jin,syaitan ,binatang dn manusia)Engkaulah yg menguasai ubun-ubun nya(segala gerak gerinya)Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yg benar.
Dan cucurilah rahmat kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW.keluarganya serta sahabatnya sekelian.Segala puji tertentu bg Allah,Tuhan pentadbir seluruh alam"-
Amalkan selepas Subuh dn maghrib.Sebagai perlindungan diri ,harta dan keluarga.

Ujian dan dugaan itu semakin menyemarakkan lagi rasa cinta kami.Semasa menyertai UNTAC di Kemboja setiap hari suamiku menelefun.Emak ,jiranku dan saudaraku yg lain hairan kerna walau pun anak kami sedang tidur,dia mahu aku kejutkan mereka.Setiap hari...semua kad dan duit d masukkan ke akaunku.Ketika emak memarahiku kerana mmbayar bil telefon yg begitu tinggi suamiku senyum.Katanya wang ringgit boleh di cari..anak isteri yg penting.Justeru ka mana aku melangkah kami setia bersama..tdk sukar utkku mnjaga anak kerana suamiku yg sabar melayan mereka.Berbuka puasa dn bersahur di dahulukan untukku..malah dgn semua layanan nya aku sering bertanya :sekiranya aku tiada,bagaimana dirinya?
Kekuatan cinta ini seperti keindahan pelangi..tapi aku tdk mahu keindahan sementara!
Sebenarnya aku tdk mahu meminta lebih dari apa yg telah ku miliki...tidak mahu meraih sesuatu yg bukan mnjadi hakku.
Aku memilih utk mnjadi isteri yg di dambakan suami sepanjang masa.Kerna itu suami ku tdk suka mnjamah makanan di luar sekiranya kami tdk bersamanya.Alasannya mudah.Tak dapat nak telan makanan yg ada di depan mata..resmiku memastikan rumah sntiasa bersih,makanan selalu brvariasi selalu dgn sntiasa mncuba resepi pilihan..aku sedia cerewet walau ketika menyusun pakaian di almari..berasingan warna..tersusun segalanya tanpa debu dn perabut rumahku sentiasa berubah.Malah suamiku selalu berkata kalau boleh rumah pun mahu di ubah selalu..aku sentiasa pastikan halamanku bersih.Sehelai daun yg jatuh pun aku sanggup kutip satu persatu..masakanku selalu mnjadi kesukaan anak-anak.Walau kurasakan tdk berapa sedap mereka tetap memujiku.Tapi aku tahu aku masak biasa saja.Tak ada yg istimewa lansung!
Aku tdk pernah mmbayangkan bulan bintang mnjadi milikku..aku hanya berangan-angan utk jadi isteri ,ibu dan muslimah yang baik.Itu hasrat hatiku..
Aku juga tdk minta pelangi itu singgah di rumahku.Aku hanya mahu pelangi itu selalu hadir selepas hujan..keindahan juraian warna-warni pelangi itu sndiri bisa mmberikan aku semangat baru.
Aku memiliki tangan dan kaki dan mahu berdiri,menghulur tangan utk suamiku ketika di perlukan..tanganku utk memohon kebahgiaan sejati dlm rumahtanggaku!
Mahu jadi apa lagi ya...?
Jika Tuhan mmberikan aku pilihan aku mahu semua manusia di dunia mencapai apa yg di impikan..hidup dlm kebahagiaan..dlm sakinah,mawaddah dan rahmah Allah SWT.Bukankah itu sudah memadai?
Aku tak mahu sperti matahari..muncul di siang hari hilang di kegelapan malam.Aku tak mahu jadi seperti bulan,hanya mahu muncul di malam hari..
Aku hanya mahu mnjadi wanita pilihan suamiku yang bisa menyinari dunianya,hatinya dengan deria rasa cintaku..bersama segalanya di susuri bersama..
Cinta seperti satu peperangan dalam kehidupan kita..berperang emosi ,berjuang segalanya semata kerana cinta..biarlah cinta yang hak...cinta seindah pelangi..lawanlah hawa nafsu..kerana cinta bisa menghilangkan kewarasan diri!
Pandanglah pelangi..singkaplah keindahannya..sebenarnya dunia ini sudah cukup indah bila dua hati telah bersatu dan bertaut mesra dengan izin Allah SWT.Jangan sesekali lupa sabda Nabi kita:"Allah SWT telah menciptakan 100rahmat,satu rahmat di bahagikan kpd seluruh isi dunia ini sedangkan 99 bhgn lagi di bhagikan kpd akhirat(iaitu dlm surga)-Riwayat Muslim.


"Aku tdk mahu mentaatinya ketika ia masih hidup lantas menentangnya ketika ia wafat'
Jawab Fatimah kepada Amirul Mukminin ketika telah menghibahkan segala hartanya ke Baitul Mal.Begitulah cerita sirah junjungan kita,puterinya Fatimah Az-Zahra.Walau pun berabad-abad kisah ini ,namun limpahan dan ketinggian darjat seseorang Rasul tetap melekat di hati umat islam.Sempena MAAL HijRAH 1433 marilah kita berselawat kpd junjungan mulia kita.Sejarah gemilang yg tersemat di jiwa tidak pernah hilang di minda..
Bersama kita berhijrah,moga-moga penghijrahan kali ini lebih bermakna..salam ukhwah ,salam islamiyah utk semua....





Thursday, November 24, 2011

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN.

"Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam.
Allah menurunkan rahmat dan kesejehteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW,keatas keluarganya dan sahabat handainya sekelian.
Ya Allah,Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan.Atas kurniaanMu yang besar,kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru,baru shj muncul.Kami memohon kpdMu supaya memelihara kami drp syaitan,penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya,serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kpd kejahatan.
Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan utk mendekatkan diri aku kpdMu wahai Tuhan yg mmpunyai kebesaran dan kemuliaan.Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW,keluarganya dn sahabat kesemuanya.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.AMIN."

Baca doa awal tahun ini selepas solat maghrib-1Muharram.
Baca doa akhir tahun ini pada 30 hb.Zulhijjah.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam,Rahmat Allah ke atas Pnghulu kami Nabi muhammad SAW,Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini drp perkara yg Engkau tegah,aku tdk bertaubat drpnya dan Engkau tdk meredainya,dan Engkau tdk melupainya ,dan Engkau tdk memarahi daku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa menyeksa aku,dan Engkau memerintahkan aku utk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu ,maka aku memohon keampunan kpdMu,ampunilah aku drp apa yg aku lakukan padanya.Drp perkara yang Engkau reda dn Engkau menjanjikan pahala .Oleh itu aku pohon kpdMu.
Ya Allah,wahai Tuhan yg mmpunyai kebesaran dn kemuliaan ,Engkau terimalah diriku,janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu,wahai Tuhan Yamg Maha Mulia.Allah telah menurunkan rahmat dn ksejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammmad SAW,ke atas keluarganya dn sahabat handainya.AMIN."

Wednesday, November 23, 2011

CINTA LUKA

Untuk gadis yang bermata cantik,
Saat ku pandang matamu yang cantik dan melirik indah,aku seperti tergoda dengan lirikan itu.Dunia jadi sangat indah.Aku terpana dengan sejuta pesonamu.Kau memandang dunia seperti apa?Apakah dunia ini sudah memahami akan dirimu?Sudah kah kau cuba untuk memahami segala isi dunia ini?
Dunia ini sebenarnya sungguh sarat dengan berita musibah.Kerana matamu sering memandang remeh terhadap kepentingan hidup orang lain.Matamu yang sangat cantik telah menggoda keimanan seseorang.Matamu yang melirik indah telah menipu kepercayaan orang lain.Matamu lah yang gagal menilai bahawa segala keindahan,kebahagiaan dan kegelisahan berpunca dari renungan matamu itu.Malah matamu telah buta menilai kasihsayang seorang suami kepada isterinya yang hak.
Untuk gadis yang memilik bibir yang paling menawan,
Aku tertarik saat senyuman kau hadiahkan untukku.Senyumanmu itulah yang membuatkan aku terkenangkan dirimu sehingga hari ini.Dengan bibirmu yang menawan dan senyuman yang sangat asyik,hatiku terpaut dengan kata-katamu.Kata orang dari mata turun ke hati .Dari senyuman menawarkan kerinduan.aku jadi rindu dengan senyumanmu.Namun bila bertanya kepada dunia apakah bibirmu pernah mensyukuri semua nikmat yang di terima?Dunia yang sarat dengan berita buruk pun berbisik:bibirmu yang indah,senyumanmu hanya semata menggoda.Inginku lontarkan satu soalan.Apakah bibirmu yang menjadi kerinduanku pernah mengucapkan zikir dan bertasbih memuji kebesaranNya?Sayangnya jiwaku berkata:kau hanya memiliki senyuman menggoda dan bibir yang menawan tapi kau tak bisa mengucapkan perkataan kesal dan taubat bila merampas kebahagiaan orang lain.Senyuman itu hanya menambah luka.Kenapa?Kerana kau pergunakan bibir mungilmu semata untuk meraih kasihsayang kepada bukan yang hakmu!
Untuk gadis yang mempunyai tangan secantikmu,
Tangan mu yang cantik..tanganmu bisa mengukir seribu kebahagiaan.Tanganmu bisa menulis sejuta ayat.Tanganmu menggapai bintang dan bulan.Tanganmu juga telah menghulurkan sebuah cinta yang penuh keindahan.Tangan berpaut semua resah..melenyapkan semua gelisah.Sayangnya tangan tersilap menghulurkan madu,akhirnya racun yang melekat di jari jemarimu.Siapakah dirimu?Tanganmu bisa mendepang ke depan,meraut kebagiaan.Namun sampai hatimu dengan sejuta keajaiban yang ada di tanganmu,kau telah menghancurkan semua inpirasi dan angan-angan orang lain.Sedarkah bahawa tanganmu telah merosakkan impian orang lain untuk mengecap makna sebenar kebahagiaan.Tanganmu dengan kejamnya telah menghumbankan diri orang lain ke lembah duka.Tanganmu telah memberikan kesakitan orang lain saat menerima huluran bermakna dari tanganmu!
Untuk gadis yang memiliki sepasang kaki yang menawan,
Kau bertuah kerana dengan kakimu yang kuat dan gagah,kau bisa melangkah.Mengelilingi dunia dengan seribu hasrat,segalanya mampu kau capai.Berjalanlah dengan penuh harapan.Dunia sedang memerhatikan perjalananmu.Lihatlah musibah yang melanda..jika kakimu masih kuat maka berlarilah keliling dunia.Di situ kau akan temui beribu kemungkinan.Beribu persoalan yang perlu kan jawapanmu.Dan kakimu telah melangkah ke satu destinasi yang ada taman..ada bunga ..ada dedaunan..tapi awas ya..ada pawana yang sedang bertiup ke arahmu.Mana tahu jika kakimu kian lemah kau hanya mampu berdiri..tanpa dapat melakukan sesuatu.Semestinya solat lima waktu!
Apakah kakimu masih lagi kuat dan berdaya?Pergilah ke depan,jika berjumpa dengan lelaki yang kau cintai tetapi lelaki itu hak kepunyaan orang lain,bebaskan dirimu dari perangkap durjana itu.Aku mahu kau dari dosa,kau lari dari neraka!
Untuk gadis yang memiliki sebuah hati ,
Sucikan hatimu dari segala kekotoran kerna kebahagiaan akan lahir dari kebersihan hati kita sendiri.Hadiahkan lah hatimu kepada yang benar-benar mencintaimu kerana Allah..keredhaan Allah ada pada jiwa yang suci dan ikhlas.Tinggalkan di hatimu satu kenyataan bahawa dalam tubuh badan kita,hanya seketol daging yang di namakan HATI yang akan memimpin menuju ke jalan syurga.Hati yang mahu memaafkan kesalahan orang lain.Hati yang subur dengan iman.Hati yang mencintai kekasihnya semata ingin meraih keredhaan Allah SWT.Tapi kau hidup dalam dunia dengan hati yang kotor,kau sanggup menduakan hatiku dalam cinta..kau perjudikan masa depanmu dengan menjual hatimu kepada orang yang sudah berpunya.Cinta bukan satu dosa..tapi mencintai hak kepunyaan orang lain adalah satu dosa.Satu pengkhianatan yang nyata.Bagaimana hatimu menafsir semua ini?Matamu yang indah,sepasang tanganmu yang ajaib,sepasang kakimu yang cantik dan sebuah hatimu yang penuh dengan cinta...semuanya milikmu di dunia..tidak ada yang abadi selamanya..mustahil untuk jadi kekal sepanjang masa..bukankah dunia ini penuh dengan musibah?musibah bila mata bibirmu ,tangan mu ,kakimu dan sebuah hatimu yang sedang berdusta..nikmat Allah yang sengaja kau abaikan!
Siapakah dirimu sebenarnya?Kau memiliki segalanya sehingga gadis lain mencemburuimu? Aku ingin memberi sedikit perhatian:Rahmat,berkat,nikmat,kejayaan bila tiba waktunya pasti akan menjadi milik kita juga pada saat yang di tetapkan..sayangnya ia juga bisa hilang bila tiba detik waktu yang telah di tentukan Tuhan.Rukun iman jelas.Percaya kepada Qada' dan Qadar Allah.Semuanya telah tertulis sejak di Lauh Mahfuz lagi.Masihkah kau meraguinya?
Ya Allah,izinkan lah aku merasai cinta terindahMu!Lafazkanlah dengan bibir yang penuh senyuman.
Ya Allah berikanlah aku tali cintaMu untukku teguhkan pendirianku terhadap akidah dan tauhidku.Angkat sepasang tangan bertuahmu .Berdoalah kepada Yang Addin.
Ya Allah,izinkan kakiku melangkah ke syurga dengan aku hidup bersandarkan hukum serta sunnah Rasulillah Nabi Teragung akhir zaman.
Ya Allah,berikan aku sekeping Hati yang bisa menafsirkan semua nikmat dan hikmah ..sepasang mataku yang melihat KeEsaanMu..
"JIKA DIA MENGINGINKAN KEBAIKAN DARIMU,MAKA TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KURNIAMU"-QS YUNUs 107.
Berhentilah dari selalu memberi alasan..sebenarnya kebenaran itu sangat jelas dan nyata..meskipun tersembunyi atau di sembunyikan.
"WA MAA TAF'ALU MIN KHOIRIN YA 'LAMHULLAH.
(Barang siapa mengerjakan suatu kebaikan Allah mengetahuiNya)-Al-Maaidah(5)56.
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin,yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.Dengan senyuman ke mana pun kita pergi ,bersinarlah cahaya kebahagiaan di sana.Dengan senyuman tiada urusan yang berat di dunia ini ,semuanya dapat di atasi-HAMKA.

Tergelincir kakiku lebih baik dari tergelincirnya ucapanku..kerana segalanya akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti.Mataku,bibirku tanganku,kakiku dan sekeping hatiku..semuanya akan menemui kesulitan saat menemui satu kepastian..tapi ku berserah diri dan berdoa untuk semua Allah berikan kepadaku!
Untuk gadis yang mempunyai semua keistimewaan yang kunyatakan di atas,
Cinta ikut sunnah Rasulillah dan Al-Quran adalah satu cinta menuju puncak tertinggi ,mencari keagungan Ilahi dan menuju makam terpuji.Rindulah hidayah Allah SWT...barulah apa yang kita miliki menjadi anugerah Allah yang paling bernilai di dunia..berharga di akhirat nanti..semuanya akan di perhitungkan walau hanya sebesar zarah!
Allahualam bissawab..ampunkan aku Ya Allah...
Khamis yang ceria,ku sedang nantikan terbitnya matahari 1 Muharram...kuharap malaikat Raqib a.s akan menghulurkan buku kebajikan untukku,malaikat 'Atid akan mengurangkan tulisan keburukan dengan perubahan tingkah laku,taubatku dengan izin Allah SWT.

Monday, November 7, 2011

RETORIK CINTA.

Bawalah daku bersamamu.Aku ingin selalu di sisimu.Menghirup manisnya madu.Bila bunga mula menguntumkan semua kelopaknya,rerama berterbangan hinggap mengecap manisnya madu yang menganugerahkan kekuatan buat melansungkan sebuah kelansungan hidup.Aku bagaikan rerama itu.Bebas menikmati wangian cintamu.Sungguh harum.Emosiku bersatu dengan kebahagiaan.Bawalah daku ke syurga.Agar kita selalu berdua.Bercanda di ruang katarsis.Mencipta rona-rona indah,biar kasih kita abadi selamanya...
Aku bukannya bermimpi atau berilusi.Kau memang menjadi milikku yang hak.Ijab dan qabul memeteraikan ikatan kita menjadi sah dan rasmi.Aku menyayangi dirimu melebihi diriku sendiri sehingga ramai orang kesayanganku mengatakan aku buta dek cinta.Buta untuk mentafsirkan siapakah sebenarnya lelaki yang patut aku jadikan suami.Aku hilang fokus..
Aku tidak pernah peduli dengan kata-kata mak yang tidak setuju dengan pilihan hatiku.Sebagai ibu,mak lebih arif menilai.Tapi naluriku berkeras ..mempertahankan dirimu di hadapan keluargaku.Aku bantah cakap ayah kononnya kau hanya ingin menikmati apa yang aku miliki.Aku tidak akan percaya semua cakap-cakap mereka di sekelilingku mengenai dirimu.
Aku mengenalimu semasa seminar di sebuah hotel.Kita sama-sama mengikuti kursus selama tiga hari.Di sinilah semuanya bermula sehingga akhirnya kita mengambil keputusan untuk berkahwin.Tanpa mengambil masa yang panjang untuk saling mengetahui latar belakang masing-masing.Hanya lapan bulan...kukira kita akan saling saling mengenali selepas melaui alam perkahwinan.
" Kau terlalu terburu-buru Azlia. Baru berapa bulan kenal dengan Shamsul,kau dah percaya habis. Sebagai kawan baik kau,aku harap kau fikir dulu. Kau kena selidik dulu latar belakangnya.Manusia zaman siber nie,bukan boleh percaya sangat" rungut Shakirah padaku.
" Aku rasa kau cemburukan kebahagiaanku.Bukan senang nak dapat lelaki sebaik shamsul.Aku rasa aku sudah jumpa jejaka idaman aku.Serasi dengan aku.Buat apa aku nak tunggu lama-lama kalau jodoh dah sampai depan mata."
" Tapi aku rasa kurang setuju dengan pendapat kau.Aku tengok Shamsul tu lain macam je.Aku tak mahu perkara buruk menimpa kau nanti.Menyesal seumur hidup pun tak guna" balas Shakira semakin menyakitkan hatiku.
"Kau tu bukannya apa,kau terlalu obses dengan Zairi.Kawan sejak sekolah rendah sampai ke Universiti,bertunang tak sampai tuhuj bulan dah putus tunang.So,kalau kau marahkan nyamuk buat apa nak bakar kelambu?"
"Suka hatilah kau nak anggap apa pada perpisahan aku dan Zairi.Itu hal lain.Ini soal masa depan kau.Aku ikhlas menasihati kau.Lagipun mak dan ayah kau suruh aku nasihatkan kau.Kata mereka sebelum nasi menjadi bubur".
Ahhh...nampaknya semua tidak setuju dengan pilihanku.Shamsul tetap manja memujuk rayuku.Janji akan setia sehidup semati denganku.Walaupun tanpa rela,emak dan ayah terpaksa akur dengan pujukanku.Perkahwinan kami tetap berlangsung dengan meriah.Bulan madu menghangatkan malam-malam kami.Aku akui aku memang seratus peratus menyayangi Shamsul.Kini tanpa ragu aku meniti hari-hari bahagia.
"Sham memang sayangkan Azlia.Walau apa pun yang terjadi kita akan tetap bersama menghadapinya.Sham mau Azlia terima cinta ini dengan setulus hati,tanpa ragu ".Bisikannya mengoda sukmaku.
"Sham,bila Azlia sudah setuju menerima Sham maknanya seluruh jiwa ini akan menjadi kepunyaanmu". Kucupan mesra tetap hinggap di pipiku.
Kita berlari dengan masa.Aku memegang janji-janji keramatmu sebagai azimat untuk terus menghitung detik indah .Jika dulunya warna kanvasnya hanya putih,sekarang rona-rona pelangi melatari kanvasku.Bulan madu di awan biru..ada cintamu dalam setiap nafas yang ku hela.
Hampir enam bulan aku melayari istana kasih ini,aku mula merasakan perubahan pada diriku.Sham mengajakku berjumpa doktor bila aku menjadi semakin kurang bermaya.Aku sering muntah-muntah dan tekakku mula mual.Apa yang ku telan semuanya keluar semula,malah rasa loyaku semakin menjadi-jadi.Alangkah bahagianya hatiku bila doktor mengatakan inilah tanda-tanda awal wanita hamil sebelum perubahan ketara pada bentuk fizikalku.
Namun bila aku terlalu gembira dengan berita ini Sham ku lihat tidak menampakkan wajah ceria.Mengapa? Persoalan itu berlegar di mindaku sehinggalah akhirnya Sham mula bersuara "gugurkan kandungan itu".
Bagaikan halilintar melintas ke dalam rongga telingaku.Betulkah perkataan itu keluar dari mulut suamiku?
"Abang kata gugurkan saja kandungan itu?" ulangnya sedikit keras.
"Tapi mengapa bang,ini anak kita.Benih ini akan membesar di rahim ibunya.Azlia tidak akan mengugurkannya.Ia satu dosa.Anak anugerah Allah.Ia suci tanpa dosa." rayuku.
"kalau Azlia sayangkan abang,ikut sja kehendak abang.Jangan banyak soal".
"Demi Allah,Azlia tidak akan melakukan dosa itu". Air mataku semakin laju membasahi hidupku.
"Abang belum bersedia lagi untuk menrima kelahiran anak kita,bukannya bermaksud abang nak sakitkan hati Azlia."
"Abang,setiap pasangan yang berkahwin ingin zuriat sendiri,mengapa abang beri alasan yang tdiak munasabah'.
Sejak malam itu suamiku Sham mula menunjukkan taringnya.Baru ku kenal siapa dirinya yang sebenar.Sham mula keluar malam.Katanya mengurangkan stress dan berjumpa kawan lama. Kadang-kala lewat pagi terhuyung-hayang di depan pintu ,keadaan diri yang tidak terurus.Pelbagai alasan mula diberikan.Seminar sana-sini dan entah apa lagi dilakukan padaku.
ku rasakan Sham menyerangku dalam diam.Aku pura-pura tidak peduli.Aku menahan kesabaranku demi janin yang ku kandung.Sham mengabaikan nafkah zahir dan batin.Memang benar tekaan Shakirah.Sham lelaki tidak bertanggungjawab.Nasi sudah menjadi bubur..
Aku pasrah.Sham sudah seminggu tidak pulang ke rumah.Puas aku menghubungi telefon bimbitnya,namun tetap tidak berjawab.Bila aku ke pejabatnya,majikan mengatakan sudah seminggu Sham bercuti.Ku rasakan naluri perempuan kian tercalar.Hina sangatkah aku di matanya?
"Ayah cadangkan kita ke mahkamah saja.Biar undang-undang menentukan.Kalau tahu beristeri tahulah bertanggungjawab.Bukan lari macam ni".
"Maafkan Azlia mak,semuanya salah Azlia.Buta dalam cinta.Percaya sangat dengan pujuk rayu Abang Sham."
"Azlia,semua orang pernah melakukan kesilapan.Kita manusia biasa.Masih belum terlambat untuk kita bertaubat,berubah jadi manusia berguna" pujuk mak.
Janinku semakin membesar.Dapat ku rasakan tendangan di dalam rahimku.Aku mula berinteraksi dengan bayi dalam kandunganku.Sayang mama,mama tidak sabar lagi untuk melihatmu.Mama ingin menyentuh dan mendakapmu.Mama sayangkanmu..
Aku tidak sangka bila suami yang ku sayang sanggup mengkhianati kepercayaanku.Sham sudah pulang setelah seminggu menghilangkan diri.Pulang dengan ksuut masai.Pulang dengan seribu pujuk rayu penuh janji manis tidak akan mensia-siakan aku lagi.Kau mempersiakan peluang yang ku berikan padamu.Mudah sungguh kau melihat kelemahanku dan mempergunakan ketidakupayaanku.Cintamu membuat aku merana.Cintamu membuat aku terseksa.Semuanya bohong dan dusta.
Sham aku tak sangka kau sanggup mengkhianati ku.Kau mengambil kesempatan di atas kepercayaanku selama ini.Tergamak kau menduakan aku.Membohongiku entah ke berapa kali.Aku hanya boneka permainanmu.Retoriknya cintamu!Masa demi masa mengheret aku ke lembah duka tanpamu.Walau pun kita berada dekat namun aku berasa kita semakin jauh.Kau dengan dunia kau.Aku dengan janin yang kukandung.Kami bukan bukan saja berkonsi penderitaan emosi malah merana dek neraka ciptaanmu.Dalam diam kita berperang tanpa senjata...
Lukaku bertambah dalam bila aku bersendirian mengharungi saat -saat kelahiran buah cinta kita.Kau tiada di sisiku.Rabiatul Adawiyah akhirnya kusambut dengan deraian airmata.Baru kusedar tajamnya duri-duri cintamu.Sakitnya perkahwinan yang tidak di restui!
PERPISAHAN.
Sham,kau telah mengabaikan aku dan Rabiatul Adawiyah selama tiga bulan.Kau tinggalkan kami tanpa sebarang nafkah.Kau lari dari tanggungjawab sebenar seorang suami.Kau tinggalkan semua kepahitan di bahuku seorang!
Kau memang tidak berperasaan dan tidak berhati perut.Memang wajar aku menilai semula erti semua penderitaan yang kau palitkan dalam hidupku.Kau lelaki kejam.Suami yang tiada ihsan dalam kasihsayang.Kau permainkan dua jiwa.Apakah dosaku?Apakah kehadiran Rabiatul Adawiyah tidak mampu membawa sinar kebahagiaan untukmu?Jika begitu aku sudah pun membulatkan tekadku untuk menoktahkan saja perhubungan kita.Perhubungan yang sudah tidak bernilai di matamu..Cukup hanya setakat ini,jangan kau tambah lagi derita batinku..
Kukirimkan mesej penting ini untukmu.Sungguh aku mengharap selepas ini aku dan anakku akan bebas dari gangguanmu.Rupa-rupanya mesej penting dariku berbalas dengan ugutan.Kau akan berusaha untuk mengambil Rabiatul Adawiyah dari tanganku.Aaahhh,betapa kejamnya dirimu dengan semua tindakan tidak berasas ini.Hilangkah sifat kemanusiaan yang ada pada diri setiap anak Adam yang bergelar suami sepertimu?
Ketika itulah aku hilang punca.Buntu,keliru.Barulah aku merasa penat.Tidak mampu lagi aku berlari denganmu.Kau lebih kuat dan akalmu lebih tajam.Aku bukanlah pesaing yang layak untuk menang dalam pertandingan ini.Kau sanggup melemparkan aku ek dalam neraka dunia ciptaanmu sendiri.Kejam dan hinanya dirimu.Kau tahu binatang pun sayangkan anaknya,inikan pula aku yang mengandungkan zuriatku selama sembilan bulan sepuluh hari ini..
"Berhentilah berlari Azlia.Pelarianmu hanya memenatkanmu..kau tidak layak pun untuk bergandingan dengan pelari seperti itu.Lelaki yang menggunakan taktik kotor.Bukan lelaki sejati namanya."suara yang pernah kudengar satu waktu dulu tiba-tiba bergema di ruang talian telefun bimbitku.
"Bagaimana kau dapat nombor talianku?Ke manakah kau menghilang selama ini.Apa kah sebabnya kau menghubungiku semula?Di saat begini ?"soalku bertali arus.
"Itu tak penting.Cuma aku mahu kau tahu bahawa aku bersedia untuk berlari bersamamu.Hulurlah tanganmu.Aku mahu kita menang dalam peperangan tanpa senjata ini.Biar aku berkongsi semua kesukaran yang sedang melandamu .Aku ikhlas ingin membantumu.Aku ingin bersama dengan mu..Aku harap kau sudi menghulur tangan dan menyambut huluran tanganku.Aku ingin kau menerimaku semula"Harris Iskandar akhirnya meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam dadanya.Bandar Tasik Selatan yang menjadi saksi pertemuan ini.Harris Iskandar berjanji akan menolongku menyelesaikan semua masalahku.Harris jua bersedia berdepan dengan tekanan dari suamiku.Baginya ugutan itu tidak berasas sama sekali.
Apa pun tuduhan dan ugutan Sham aku biarkan bagaikan desir angin yang berlalu.Datang dan pergi sesuka hati.Aku sudah muak dengan perbuatan kejimu.Lelaki hipokrit.Aku jijik dengan lelaki sepertimu.Kau tidak sesuai untuk menjadi seorang ayah.Kau tidak pernah berubah.Kaki perempuan,kaki judi dan kaki minum.Kau berfoya siang dan malam,melayan nafsu buasmu.Kehidupanmu sudah jauh tersesat.Kau sudah hilang pegangan.Kau sudah hilang arah.Malah kompas kehidupanmu sudah rosak.Kehidupanmu hanya bersandarkan kepada nikmat duniawi semata.Nafsu menolak akalmu ke jurang yang meloyakan...Mujur aku cepat tersedar..
Harris Iskandar,saat sayapku patah kau datang membawa semangat baru untukku.Kau bangunkan kami dengan satu kenyataan.Kehidupan mesti di teruskan..Debunga cintaku yang gugur satu persatu telah kau cantumkan semula.Kau kutip semula dedaunan keyakinanku yang telah jatuh.Cintamu lebih berharga dari emas permata yang sering Sham kalungkan untukku dulu.Walau pun berkali-kali aku menolak cintamu,kau tidak pernah berhenti menyalakan api cintamu ..sehingga di hatimu penuh cahaya cinta untukku.Kau tidak pernahkan padamkan rindu yang bermukim di hatimu.Sungguh mahal nilai cintamu sehingga aku tidak mampu menolak keagungan pengorbanan tulusmu!
Kau ingin menyambung semula jambatan yang telah terputus.Ingin menyatukan dua benua yang telah terpisah.Dua jiwa yang kian menjauh.Kau mahu menerima semula dirimu dengan alasan anak kita perlukan seorang ayah.Kau mahu aku menerimamu semula.Kau merayu aku setelah kau menghumban aku ke lembah luka yang penuh derita ini.Kau mahu aku melupakan apa yang telah terjadi antara kita.Mudahnya kau mahu aku kembali ke pangkuanmu.Sham,cukuplah..aku bukan robot..aku ada perasaan.Aku bukan berada di bawah kawalan mu.Aku masih waras..
Aku nekad.Aku tidak akan berlari denganmu lagi.Aku tahu aku tak mampu untuk membina semula istana kasih kita.Inilah keputusanku.Biarpun engkau sujud di kakiku!
Segalanya telah berakhir.Aku ingin menangis dalam pelukanmu Harris.Saat sang rembulan bersinar terang aku membiarkan Harris Iskandar hadir dalam jiwaku.Aku telah berjanji akan membina kehidupan baru.Memberikan kebahagiaan untuk zuriatku.Maka Rabiatul Adawiyah boleh tersenyum..mempunyai masa depan bila kusambut tanganmu Harris..Iringan doa kaum kerabat kita adalah restu yang kudambakan .Sejuta kebahagiaan turut menemani kita bila kulihat bulan telah mengambang penuh di langit.Duniaku tiada derita lagi....

Di siarkan oleh majalah PEREMPUAN DiSEMBER 2008.

Sunday, November 6, 2011

MUJAHADAH CINTA.

Bismillahirrahmannirrahim-Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Aku mulakan kalimah suci berselawat ke atas junjungan Nabi akhir zaman
Aku terjemahkan:”Wahai Tuhan kami,limpahkan lah rahmat dan nikmat yang sempurna dan kesejahteraan yang meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan ,ikatan dan akan terhapus segala kesusahan serta tertunailah segala hajat ,juga akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik(mati dlm keadaan aman),dan limpahan air hujan rahmat dgn berkat peribadinya yang mulia.Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas,maka semoga Engkau limpahkan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”
Selawat Tafrijiyah atau di sebut juga selawat Kamilah.Mustajabsegala doa,meluaskan rezeki,di jauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita.Amalkan selepas solat sebanyak yang mampu.Insya’allah…
Sekarang kita berada di bulan zul hijjah.Bulan yang membuatkan ramai umat berlumba-lumba untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah.Di dalam setiap hati insane Islam tersimpan hasrat yang jitu untuk menunaikan rukun kelima itu.Aku sekeluarga juga amat berharap satu hari nanti yang di izinkan Allah,kami akan dapat juga mnjadi tetamu Allah.Bulan pengorbanan seorang hamba kepada tuhanNya.Maka usah ragu-ragu lagi berkorbanlah jika mampu dan keadaan mengizinkan..
Firman Allah Ta’ala:”Dan maklumkan kpd manusia supaya mengerjakan haji,nescaya mereka akan datang kpd Engkau dgn berjalan kaki dan mengenderai unta yg kurus mereka datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yg jauh(seluruh dunia)”-Surah Al –Hajj:27.
Aku selalu mengambil kesempatan untuk menghantar saudara mara,jiran ketika mereka hendak berangkat menunaikan haji atau umrah.Ketika berada di airport pelbagai ragam jemaah.Tua atau muda..ketika para jemaah akan masuk ke bilik menunggu,kami saling bersalaman dan memaafkan semua kesalahan yang sedar atau tidak yang berlaku sesame kita.Kami sering berpelukan,Ketika itulah airmataku mengalir tanpa dapat kutahan…aku berhajat untuk turut serta mnjadi tetamu Allah..kerana telah ramai saudara kandungku yang seramai sembilan orang ini telah pun mnjejakkan kaki ke Tanah Suci Al-mukarammah.Abang sulung ku yg telah pun menunaikan haji bersama isterinya dan berulangkali pula mengerjakan umrah,setiap kali itu aku kan setia berada di sisinya…aku akan sering memeloknya dan mndoakan kesejahteraannya semasa berada di Mekah.Kemudian abang ketiga bersama isteri turut ke sana.-sekali lagi selepas menunaikan haji ..tahun berikutnya mereka pergi umrah.Tahun berikutnya kakakku di Penang dan suami turut mnjadi tetamu Allah..impian mereka tertunai sudah dan perjalanan mereka mnjadi mudah…kerna di hati tertanam perjanjian suci dgn pmilik cinta teragung.
Aku teringat ketika arwah mak pulang dari mengerjakan fardhu haji pada tahun 1988(ketika itu aku berada di Sabah).peristiwa terowong runtuh di Muassim.Arwah mak dan ayah tiriku sudah berada jauh ketika peristiwa itu terjadi.arwah mak pun berpesan kpd kami seramai 9 adik beradik supaya mengerjakan haji secepat mungkin..jgn bertangguh andai wang sudah mncukupi..aku ingat pesanan arwah mak sampai sekarang.
Apakah buah tangan yg perlu kita bawa utk mnjadi tetamu Allah?
Bawalah hati yg fakir ,jiwa yang penuh kerinduan terhadap pemilik diri ini..kerinduan ,kasihsayang untuk bertemu Nya.Bukankah Allah sangat dekat dengan kita?Sehingga sgt dekat dgn urat leher kita..jangan terlalu banyak meminta tetapi sentiasalah dekat,bersujud ,bertasbih memujiNya.Bukankah Allah itu Maha Hebat dan Luas PengetahuanNya?
Rukun haji yg terdiri dari niat dan perlakuan yg berupa perbuatan .Jadi lakukan seikhlas hati..dan bersungguhlah dalam menunaikan setiap perkara yg mnjadi rukun wajib.Begitulah hatiku berkata-kata,ingin mnjadi tetamu Allah SWT..
Dan aku sering berharap dapat menjejakkan kaki dan bersujud di depan Kaabah.moga Raudhah Jannah dapat ku jejaki..impian para tetamu Allah untuk mengucup Hajarul Aswad..biar wangi Raudhah Jannah seharum kasturi menemani perjalanan rohaniku..dalam zikrullah dan tasbihku aku tenggelam dalam ilusi yang amat dalam..dalam zauq yang amat dalam itulah juga aku bermimpi berada di sana..

Lebih dari kata-kata..serupa juga aku menganyam harap.Berupaya aku akan melaksana rukun kelima ini..bias aku dgn keagunganMu..walau tak bias ku sentuh namun aku merasakan Tuhan selalu ada di sisiku.Aku juga seperti merindukan dakapan iman sesejuk air telaga Kawthar.ziarah ke makam Rasulillah SAW dan para mujahid yang syahid kerana Allah..ingin berdoa di makam yang terpuji,mereka memperjuangkan akidah dan syahid..namun di janjikan syurga untuk para syuhada yang berkorban semata kerana’lillahi Ta’ala’
Aku gembira dan berlapang dada bila saudaraku yang lain telahpun mndaftar nama dan sedang menunggu giliran untuk ke sana.Aku dan suami akan menjadikan impian ini satu kenyataan satu hari yg Allah izinkan.Insya’allah..impian yg tak padam di hatiku.Aku memujiMu Ya Rabb..
Saat tibanya musim korban..aku memulakan korban untuk diriku,kemudian untuk anak sulungku,anak perempuan keduaku.Tahun berikutnya aku melakukan ibadah korban untuk anak lelakiku yg ketiga dan terakhirnya tahun 2010 aku lakukan untuk anak perempuan terakhirku.Kalau dulu semuanya aku lakukan di masjid tetapi utk tahun 2010 ..aku tunaikan hasrat abang sulungku..dia mahu kami korbankan kerbau itu di rumahku!Alhamdulillah bila aku mengumpulkan wang yg kuambil dari setiap saudra kandungku setiap seorangrm400.00.Termasuk adik suamiku satu tompok.Aku dan suami berusaha ke hulu dank e hilir.mencari kerbau dan menjemput saudara maraku untuk ke rumah kami.Aku bersyukur kerana korban dan majlis kenduri selamat dan lancer.Alhamdulillah tertunai sudah hajatku dan abang sulungku!
Bukan tiada halangan dlm urusan utk ibadah ini..atau ujian yg mnduga kesabaranku.Namun aku beriktikad kpd Allah.Ini pengorbanan ikhlas dariku.Aku mengeluarkan segala wang dari tabungnku sendiri.Malah semua korban untuk anak-anakku adalah hasil simpananku sendiri.Selama ini aku berhasrat semoga Allah mmberi kan aku kebaikan dan menanam benih utk hasil yg baik itk keluargaku..Justeru aku tdk peduli tentang penat atau lelah,yang penting aku mahu pengorbanan ini ikhlas dan Allah menerima ibadah korbanku..
“Ya Allah,curahkanlah limpahan rahmatMu dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad yang ummi,yang mnjadi kekasihMu yg agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan ,dank pd keluarga dan sahabat Baginda sekalian”-selawat yg memudahkan kita mndapat syafaat Nabi di hari kiamat nanti.Insya’allah.amalkan sebanyak mungkin…
Salahkah kita memilih harta?
Tidak salah jika kita hidup mewah dan berharta…andai kemewahan itu mengingatkan kita kpd kesusahan org lain..Berinfaq di jalan Allah .Keluarkan zakat dan bersedekah jariah..bukankah itu satu kebaikan?
Zuhud kpd nikmat Allah SWT..mengekang jiwa dari kesenangan dunia yg berlebihan..berusaha mmbuang keburukan yg melekat dlm jiwa kita.
Tahun ini aku tidak melakukan ibadah korban..hatiku terusik juga kerana ia ibadah suci..namun aku berharap jika di izinkan Allah tahun-tahun mndatang aku dapat melakukannya lagi,Insya ‘allah..
Firman Allah SWT:”Kamu sesekali tdk akan mencapai kebaikan (yang sempurna)sehingga kamu dermakan sebahagian drp apa yg kamu sayangi.Dan sesuatu apa jua yg kamu dermakan sesungguhnya Allah mengetahuinya”-surah Ali’imran;92.
Mengapa aku selalu menyimpan wang di lain dompet?
Kadang-kadang tanpa kita sedari atau jangka rumah kita di kunjungi oleh org yg ingin mminta derma..pelbagai kesusahan jiran tetangga..sekarang rm 20 utk wakaf satu nama satu kaki tanah.Utk dirikan masjid,rumah anak yatim.,sekolah agama dan macam-macam kegunaan.Untuk mnziarahi org sakit,majlis kenduri kahwin dan utk yg mengerjakan haji..maka kita berusahalan berinfaq…walau sedikit asalkan kita ikhlas.Itu sudah memadai bagi jiwa yg suka mengubat hatinya…maksudku bersedekahlah ,memberilah dan membantulah kpd yg memerlukan.Mana tahu satu hari nanti kita juga jatuh di tempat yg sama..di tempat mereka yg sgt memerlukan .Bukankah hidup ini ibarat roda?
Aku bersimpati kpd insane yg menderita sakit atau susah..kerana itu aku sentiasa bersyukur dgn kehidupan aku dan keluargaku.Aku gembira dan berlapang dada melihat kesenangan insane di sekelilingku.Untuk saudara kandungku sekalian,jangan lupa kpd nikmat yg Allah berikan kpd kita.Berkorbanlah jika mampu,bersedekah jika ada dan saling Bantu mmbantu sesame kita.Marilah kita ingat pesanan ibubapa kita dulu…bersatu kita teguh,bercerai kita roboh…jgn runtuhkan keimanan kita.Mari kita bina kekuatan iman utk tembuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita…bacalah selawat Al-Quran untuk kedua ibu bapa kita.Marilah kita berdoa:”CukuplaH Allah mnjadi wakil(pelindung)kami yang sebaik-baiknya .Tiada daya upaya melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Maha Besar”.
Yang baik adalah dari Allah,yang buruk tetap berpunca dariku..ampunkan aku dan berikanlah cahaya cintaMU…selagi aku hidup dan bermukim di bumi Allah yang aman dan damai ini selagi itulah aku berharap satu hari nanti aku akan dapat juga ke Tanah Haram bumi para anbiyaa bersatu….
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA