Thursday, September 8, 2011

KHILAF


KHILAF.
Firman Allah Ta`ala:
Harta benda dan anak-anak itu menjadi perhiasan di dunia.Ayat 46-Al-Kahf.
Berulangkali kata-kata Ustaz Firdaus terngiang-ngiang di telingaku.Katanya harta kekayaan ,kemewahan dan anak-anak adalah satu cubaan bagi umat manusia di mukabumi ini.Kita bekerja keras untuk mengumpul kesenangan harta benda.Kita berusaha tanpa jemu dalam mengejar impian hidup.Kita tenggelam dalam arus dunia.semua nikmat kita terima sepanjang masa.Tetapi berapa banyak di antara kita yang bersyukur di atas kurniaan Allah ini?
Aku terus berfikir lagi bila aku terbaca kata-kata hikmat pemimpin yang ulung ini.Katanya dunia ini  sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia tetapi tidak akan pernah cukup untuk memuaskan ketamakan hati hanya seorang anak Adam.Demikian pendapat  yang kukira sangat membuat aku insaf dan bersujud lama di atas sejadah.!
Kalau selama ini aku tiada masa kerana terlalu sibok dengan urusan dunia  namun semuanya berubah bila aku kehilangan anak  bongsu ku .Anak lelaki tunggalku yang berusia 2o tahun.Peristiwa inilah yang mengajar aku kembali mengenal tikar sembahyang.Aku bukan bapa yang baik atau sempurna.Aku lalai dalam mengejar kemewahan dunia.Aku bekerja keras untuk memastikan keluargaku hidup bahagia seperti orang lain.Masaku banyak dengan mencari wang malah saat perniagaanku semakin mantap aku jadi amat sibok.Jika 24jam sehari di isi dengan  masa bersama keluarga,beribadah dan masa untuk berjemaah tapi berbeza dengan gaya hidupku.
Aku bekerja  siang dan malam.Ada tikanya aku berurusan di luar negara dengan mencari keuntungan berlipat ganda dari pelaburan asing.Aku berpegang teguh dengan pepatah lama iaitu yang bulat itu tidak akan datang bergolek dan yang pipih tak kan datang melayang.Alang-alang menyelok pekasam  biar sampai ke pangkal lengan.Bila aku mengenggam bara api ,akan kugenggam sehingga menjadi abu!
Ayuni  isteriku sangat berbangga dengan pencapaianku.Telah 30 tahun kami hidup sebagai suami isteri.Dua orang anak  sudah memadai kerana Ayuni  serik dengan alahan dan pembedahan setiap kali melahirkan anak.Alasannya lagi bentuk badannya akan berubah.Dia juga tidak mahu aktivitinya terganggu dengan beranak ramai walaupun kami ada orang gaji.Ayuni berkeras untuk tidak menyusukan sendiri dengan susu badan kerana tidak mahu bentuk badannya tidak cantik seperti anak dara.Aku sangat sayangkan Ayuni sehingga  aku tidak pernah membantah segala hasratnya.
Pernah satu waktu dulu emak menegur aku  tentang Ayuni dan cara aku mendidik Alia dan Norman.Emak dan ayah sudah tidak tahan melihat cara kehidupan keluargaku.Seminggu emak dan ayah tinggal di rumahku sudah cukup untuk emak merasa sedih dengan cara aku mengajar mereka.
“Mak bukan nya nak masuk campur hal rumah tangga engkau tapi kau sangat  lemah.Isteri kau tu umur dah meningkat hidup bersosial sana-sini.Sekejap ada parti ,sekejap ada dinner dan entah apa-apa lagi.Tenguk cara berpakaian mendedahkan aurat.Kepala tak bertudung,baju terdedah.Mak tak pernah tengok kamu semua sembahyang.Anak-anak kau pun sama,keluar siang malam baru pulang.Apa yang mereka buat?”mak seperti tidak puashati dengan keluargaku.
“Ala mak,mereka dah besar,tahulah jaga diri.Ayuni tu bukannya apa,dia banyak teman .Jadi apasalah sesekali keluar  makan kat luar.lagipun dia banyak masuk persatuan dia kena aktif mak”aku cuba untuk membela isteriku.
“Tapi ayah nampak hidup kau kucar-kacir.Kau sendiri tak ada masa nak bersama mereka.Ada kau tanya ke mana  Alia keluar dengan budak lelaki tu?Ada kau selidik dengan siapa Norman berkawan?Ayah menambah .
“Mak tak pernah tengok engkau sekeluarga berjemaah.Entah-entah sembahyang pun tidak”luah mak.
“Mak,Lan tak ada masa.Pandailah diaorang uruskan hidup.Lan dah beri pelalajaran ,beri duit.Hidup senang lenang ni pun Lan nak pastikan diaorang sempurna macam orang lain.”balasku tidak mahu mengalah dengan leteran mak dan ayah.
“Lan,sebagai  suami dan ayah tugas kau bukan setakat memberi nafkah,menyediakan makan minum atau tempat tinggal yang semewah ini.Tapi kau bertanggungjawab memastikan semua ahli keluarga kau menunaikan kewajipan terhadap Allah.Memberi perlindungan dan kasih sayang.Kau kena tahu apa yang anak isteri kau buat.Kau kena tanya adakah mereka sudah mensyukuri nikmat Allah selama ini.Bukan sekadar memberi kemewahan material tanpa mempertimbangkan nilai  rohani mereka.”wahh,bukan main mak berceramah.Ayah mengangguk dari belakang tanda setuju dengan pendapat mak.
Aku terkedu,tak mampu untuk melawan cakap mak lagi.Semua yang mak cakap benar belaka.Aku tidak sanggup di gelar anak derhaka.Aku tahu betapa sedari kecil dulu kedua mereka membesarkan aku dengan deraian airmata.Semasa aku kecil kehidupan sekeluarga amat susah.Mak di pinggirkan oleh abang-abang nya kerana harta.Bukan salah emak.Panjang cerita ini tapi aku simpan kemas di lubuk hati peristiwa yang berlaku dulu.
Emak anak tunggal nenek.Seramai empat 0rang lagi semua lelaki .Semasa nenek sakit emak dan ayah menjaga nenek sehinggalah nenek  meninggal dunia.Nenek berwasiat harta  nenek di serahkan kepada emak.Tanah  di hujung kampung seberang menjadi milik emak.Bapa-bapa saudaraku tidak berpuashati dan mereka menuduh emak  yang memujuk nenek untuk memiliki tanah itu.Pada hal emak pun tidak tahu yang nenek akan meninggalkan wasiat begitu.
Mereka tidak senang hati dengan pembahagian itu.Kononnya tanah di seberang mempunyai nilai yang tinggi berbanding tanah sawah yang mereka dapat.Pak Long dan isteri nya beria-ia menuduh mak dan ayah  memujuk nenek dalam hal ini.Mak dan ayah sangat malu dengan tohmahan Pak Ngah,Pak Lang sehingga semua orang kampung tahu bahawa kerana hartalah yang menjadi punca perbalahan dalam keluarga nenek.Sejak itu mak dan ayah tidak peduli lagi kerana harta mereka sekeluarra bertelingkah,bermasam muka.Ipar duai tidak bertegur sapa!
Bila emak dan ayah mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,masing –masing  bawa hal sendiri.Aku sudah di sekolah menengah ketika itu.Ayah mendapat tender sebagai pengusaha kantin sekolah .Ketika itulah rezeki kami bertambah.Aku kagum dengan semangat ayah.Aku bangga kerana walaupun emak di sisihkan oleh keluarga sendiri emak tetap bertahan .Emak tetap setia dengan ayah.Berkongsi suka dan duka.Emak tetap tersenyum setiap kali memandang wajah anak-anak.Emak tidak pernah bersungut pada kami bagaimana sukarnya membesarkan kami.Ayah dan emak memberikan kami pendidikan agama.Ayah akan merotan kami jika kami tinggalkan sembahyang.Kak Ngah juga pernah di marahi ayah kerana cuba untuk keluar malam.Ayah menyatakan sebagai anak perempuan  Kak Ngah wajib menutup aurat.Tidak se helai rambut pun  diizinkan  nampak ayah jika Kak Ngah akan keluar rumah.Ayah dan emak sangat tegas dalam didikan agama.
Bila aku teringat kembali sejarah lama,aku jadi takut untuk melawan cakap emak dan ayah .Apa yang emak luah kan itu semuanya betul.Aku mengabaikan keluargaku sendiri.Namun aku malas nak bertegang leher dengan Ayuni.Ayuni sangat  sosial dan moden.Keluarga Ayuni orang bandar.Pernah dulu aku cuba menasihatinya agar kurangkan aktiviti sosial namun nak tahu apa jawapannya?
“Ala,dah hampir 30 tahun kita kahwin ada abang pergi berjemaah di masjid?Sekarang  baru abang nampak keburukan Ayuni?Selama ini pernah abang ada masa untuk Alia dan Norman?Pernah abang tanya mereka adakah mereka bersolat? Jadi Ayuni  rasa biarlah kita macam dulu juga.”balas Ayuni angkuh.
“Abang akui abang telah mengabaikan Ayuni dan anak-anak.Sekarang abang ingin perbetulkan apa yang silap tu. Abang harap Ayuni sedia berubah.Masa depan anak-anak yang penting.Mereka kurang didikan agama dan kita masih belum terlambat untuk membaiki kekurangan kita...”ungkapku penuh makna.Moga Ayuni mengert i apa yang ingin kusampaikan.
“Sejak bila abang jadi macam ni.Mungkin sejak emak dan ayah datang tempohari?Ayuni baru perasaan mak dan ayah lain macam saja bila pandang Ayuni.Malah mak turut marah pada Alia dan Norman.Patutlah Alia dan Norman mengadu  yang mereka tak suka di tegor oleh mak dan ayah abang hari tu”jelas Ayuni lagi.
“Ayuni,diaorang tu cucu mak dan ayah.Memang patut pun mak tegor.Mereka biadab dan keterlaluan.Tok dan Tok Wan pun tak tahu nak di hormati.Selama abang sibok  berkerja,apa Ayuni tak tegor ke perbuatan mereka?tanyaku lembut.
“Abang ingat saya ada masa untuk semua tu?Kan saya pun macam abang sibok.Jadi abang nak salahkan Ayuni dalam hal ni? Tanggungjawab abang lah ,jangan semuanya abang nak letakkan di bahu Ayuni”rungutnya.
Aku tahu bercakap macamanapun Ayuni tak akan mengalah.Malah suaranya semakin meninggi mengundang banyak masaalah lagi jika berterusan bertekak.Aku faham sangat dengan Ayuni.Kadang-kadang aku fikir seperti telah tersilap memilih!Belum sempat aku melangkah menaiki anak tangga ke kamar tiba-tiba telefon berdering kuat.Ayuni tidak mengangkat.Mungkin menunjukkan rasa marah di atas teguran aku tadi.Mungkin memprotes tindakan aku sehingga membiarkan telefon  berbunyi nyaring tanpa di angkat.Aku bergerak menuju ke ruang tamu.Tentunya ada hal penting kalau tidak masakan begini  lama telefon berbunyi.
“Hello,boleh saya bercakap dengan Encik Azlan.Ini penting!’
“Ya saya Azlan,ada apa hal sehingga lewat malam menghubungi saya?’balasku.
“Encik di kehendaki datang segera ke hospital.Anak lelaki Encik terlibat dalam satu kemalangan dan sekarang ada di hospital’.sayup bunyi suara di hujung talian tapi aku faham dengan maklumat yang di berikan.
Ayuni bergegas mendapatkan aku tanpa banyak soal lagi.Dalam perjalanan ke hospital hanya berdiam diri banyak berisfighfar semoga tiada yang buruk terjadi.Ku berpaling ke wajah Ayuni.Sugul dan masih terkejut.Aku cuba bertenang sebaik saja melangkah kaki ke unit kecemasan.Setibanya aku di katil  doktor memberitahu kecederaan Norman sangat parah.
“Maafkan kami,anak Encik tidak dapat di selamatkan.Dia baru saja menghembuskan nafas terakhir  walau pun kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya.Semua nya di tangan Allah.Bersabarlah dengan dugaan hebat ini”terang doktor muda penuh hemah.
Apa yang sangat menyedihkan aku ialah Norman memandu dalam keadaan mabuk.paras alkohol di dalam badannya melebihi tahap yang membimbangkan sebab itu dia gagal mengawal stering lalu merempuh kereta lain.Kemalangan ini sangat ngeri.Ayuni terkulai tanpa dapat di tahan.
Sejak itulah aku mula menghayun langkah ke masjid.Bertemu dengan Ustaz Firdaus.Mendengar semula ceramah agama seperti aku di bangku sekolah dulu.Padahal semua itu telah aku pelajari dulu.Malah ayah dan ibu telah menerapkan semua nilai-nilai murni itu sejak tahu kenal abjad A,B hingga Z.Malah hingga aku bertemu Ayuni yang cantik manis ini.Ayuni yang menjadi pujaan ramai jejaka.aku yang tidak pernah jemu memikat sehingga Ayuni yang bebas lepas  menjadi isteriku.Walaupun banyak perbuatan  dan kata-katanya banyak menyakitkan hatiku,aku tetap sayangkannya.
Mak dan ayah yang tidak berkenan dengan tingkah laku isteriku pun terpaksa tunduk dengan keputusanku.Kata Ustaz Firdaus masih ada harapan untuk aku membimbing Ayuni dan Alia.Kehilangan Norman memberi keinsafan padaku.Ustaz Firdaus membaca satu terjemahan Al Fudhail bin Iyaadh yang membawa maksud:Siapa yang benar-benar takut kepada Allah maka ketakutan itu memimpinnya  ke jalan yang baik.Ditambahnya lagi  hadis Nabi yang mengatakan permulaan amalan bermula dengan niat.
Hatiku menjadi tenang dan aman bila sujud memohon keredhaan Allah.Aku berazam untuk mengubah gaya hidupku.Benarlah bijak pandai berfalsafah:money is not everything  but everything is money.Money makes world go around!
Selama ini aku telah hidup mewah.Punya isteri cantik menawan.Anak-anak sepasang.Semuanya aku ada.tapi aku kufur dengan nikmat Tuhan.Aku gagal memberikan didikan spiritual dalam keluargaku.Aku tidak berjaya untuk  membina jiwa Islam dalam keluargaku.Walaupun aku berjaya dalam perniagaan sahamku berlipat kali ganda di pasarn saham tapi jiwa keluargaku muflis.Miskin tanpa iman.Ayuni masih sibok berparti walaupun baru kehilangan anak lelaki yang paling di sayangi,aku pula hilang pewaris kepada semua harta-hartaku.
Aku berniat akan mewakafkan separuh kekayaanku untuk baitulmal.Moga-moga berkat kehidupanku selepas ini,biarlah semua musibah yang terjadi menjadi satu pengajaran.Walau apapun nanti pendapat negatif dari Ayuni dan Alia aku tetap akan terima.Mak dan ayah sangat setuju dengan ideaku.Cuma aku  menunggu  masa yang sesuai untuk menyampaikan hasrat yang satu ini.
Malam Jumaat yang mulia  usai solat maghrib aku cuba mendekati Ayuni.Aku melihat Ayuni siap berdandan cantik dan berpakaian agak seksi.Aku menggeleng kepala seraya hatiku berbisik bila lagi Ayuni  akan berubah.
“Ayuni,abang ada hal nak bincang dengan  Ayuni.Dah lama abang pendamkan.Abang rasa malam ni sesuai  lah.”lembut nadaku seakan memujuk.
“Hal apa cakaplah cepat.Ayuni tak ada masa ni”
“Ayuni nak ke mana,malam ni malam Jumaat.Anak kita baru saja meninggal.Kan elok duduk kat rumah dan kita sama-sama bacakan Surah Yassin mendoakan kesejahteraan roh anak kita.Moga Allah menempatkan nya bersama golongan yang beriman.Ini pakai cantik-cantik nak ke mana?”
“Abang jangan nak buang masa Ayuni.Malam ni Datin Mimi buat parti sambut kepulangan anak si Kamal yang baru balik dari over sea tu.Abang nak cakap apa pulak,cepatlah.Nanti Carmilia yang datang jemput saya tertunggu-tunggu pulak.”rungutnya keras.
Aku jadi  kurang senang dengan tindak tanduk Ayuni.Semakin menjadi-jadi walaupun umur sudah menjangkau  50an.Sampai bilakah dia akan insaf.Adakah aku seorang suami yang dayus kerana membiarkan isteri berseronok seperti orang muda?Bukankah  nusyuz seorang isteri bila membelakang suami  dan sering meninggikan suara tanpa ada rasa hormat lansung kepada suami yang selama ini setia bersabar dengan kerenahnya  sepanjang masa?Nauzubillahiminzalik!Jangan sampai Ayuni menjadi isteri yang  nusyuz.Bisik hatiku.
“Ayuni,abang rasa abang dah buat keputusan untuk menderma separuh dari harta abang kepada  badan kebajikan yang sangat memerlukan wang.Abang juga telah berjanji dengan Ustaz Firdaus untuk turut sama menderma  bagi tujuan mendirikan sebuah masjid baru di sini.Abang Cuma nak tanya pendapat Ayuni...........belum habis aku berbicara tiba-tiba ada suara yang mencelah”Alia tak setuju,nanti kita jatuh miskin .Alia tak sanggup hidup susah.Tentu semua Alia tak nak berkawan dengan Alia lagi”
“Masya allah,jangan buruk sangka seperti itu Alia.Kita masih ada  simpanan yang menjamin kehidupan kita,ayah Cuma ingin berbakti dengan tujuan mengeluarkan zakat .Ayah juga berhajat untuk  menyalurkan apa yang kita mampu ke jalan Allah.Moga hidup kita lebih berkat”terangku satu persatu.
“Ayuni pun sama macam Alia.Tak setuju.Nanti perbelanjaan kena catu.Tak biasalah Ayuni hidup susah”bantah isteriku.
“Abang cuma nak minta pendapat bukannya  suruh buat keputusan!”
Tidak ada guna aku memujuk.Ayuni dan Alia terus ke majlis yang di adakan di rumah Datin  Mimi.Aku mencapai Al-Quran dan terus membacanya sehingga aku tidak perasan bila waktu mereka pulang.Allah memberikan aku dugaan sebagai ketua keluarga.Aku bertanggungjawab mengembalikan  akidah mereka yang kian tersasar.
“Ustaz,saya sudah berusaha namun Ayuni dan Alia tetap macam tu juga.Kadang-kadang saya rasa putus asa dan malu dengan orang lain.Cuba Ustaz berikan jalan lain pulak”
“Jangan sesekali merasa jemu atau putus asa.Banyakkan bersabar dan berdoa.Bertawakallah kepada Allah.Allah tempat kita mengadu.Isteri abang memang ada ciri-ciri seorang isteri yang nusyuz .Namun Allah mempunyai  Rahman dan Rahim.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.Ayuni juga terlalu mengikut perasaan,mungkin dia tertekan dengan kematian Norman.Walau bagaimanapun kita mesti bertindak secara lemah lembut,berhemah agar dia akan secara perlahan dapat melakukan perubahan.Semuanya dengan izin Allah.”
Aku memujuk hatiku dengan meminta pandangan ustaz Firdaus.Terasa aman dan tenang.Malam harinya aku menunaikan solat hajat dan tahajud.Meminta Allah membuka pintu hati Ayuni dan Alia agar  bertaubat .Aku mesti bersikap waras kerana aku percaya itulah satu-satunya jalan terbaik.Secara rasional dan logik aku dulu yang berubah,beramal ibadat dan  meninggalkan perbuatan lama.Perubahanku dapat di hidu oleh kawan-kawanku.Pelbagai reaksi yang ku terima.Apa pun anggapan mereka aku terima dengan senyuman.Mak dan ayah turut gembira melihat aku sudah kembali seperti dulu.Mensyukuri semua nikmat Allah dengan hati yang penuh tawaduk.
Pagi itu aku sungguh terkejut bila aku bangun Alia sudah tiada di sisiku.Aku ke bilik air tiada.Bila aku melangkah ke kamar sebelah aku menjadi sungguh terkedu.Alia sedang  sujud di tikar sembahyang lebih awal dariku.Ku perhatikan dari jauh,begitu kuasa Allah Ta`ala.Di turunkan musibah sebagai peringatan untuk kami sekeluarga.Bukan sebagai menzalimi tetapi untuk di uji sebagaimana FirmanNya yang bermaksud:Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Benar-benar Kami akan  tunjukkan jalan Kami kepada mereka.(surah an-Kabut ;69.
“Sesungguhnya Allah tidak akan  mengubah  nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri  mengubah keadaan jiwanya.......”Kurasa doa ku amat mustajab sehingga di pagi yang hening kulihat airmata seorang isteri yang amat kusayangi jatuh jua membasahi pipi.Belum sempat aku berpaling  Ayuni datang memelokku dengan penuh insaf.
“Maafkan Ayuni bang jika selama ini Ayuni mengabaikan abang,Ayuni terlalu menurut kata hati.Bisikan syaitan telah memperdayakan Ayuni.Ayuni  juga sedar  telah engkar perkataan abang dan yang paling terok sekali Ayuni hampir menjadi seorang isteri yang  nusyuz.Subhanallah,Maha Suci Allah AzzaWajalla telah membuka pintu hati Saya  pada hari ini,ampunkanlah dosa  Ayuni bang............”
“Syukurlah,abang sentiasa memaafkan setiap kesilapan Ayuni.Abang dapat rasakan Ayuni benar-benar telah insaf.Lupakan apa yang terjadi dan  kita bina hidup yang lebih berkualiti pada masa depan”bisikku ke telinganya.
Rupa-rupanya ada sebab lain juga yang menyebabkan Ayuni mahu berubah.Ayuni bermimpi Arwah Norman datang kepadanya dan merayu-rayu agar mamanya berubah.Norman mengajak nya ke satu tempat yang belum pernah di jejakinya lagi .Dalam mimpi itu Ayuni melihat Norman melambai tangan ke arahnya.Bila Norman semakin jauh dan hilang dari pandangan mata,Ayuni dapati  ada segaris cahaya menerangi jalan itu.Saat Ayuni memanggil dan melangkah untuk mengejar Norman  dia tersadung batu dan jatuh ke jurang yang dalam.Dalam  ketakutan itulah tiba-tiba Ayuni terjaga dari tidor dan baru mengerti dia telah bermimpi sesuatu yang belum pernah di alaminya selama ini.
Ayuni cepat-cepat sedar mungkin ada tersimpan makna di sebalik mimpi itu,Airmatanya mengalir laju dan Ayuni bertekad untuk mengubah perjalana hidupnya.Sejuta tembok yang menghalang ,sejuta terusan yang mesti di lalui Ayuni bertekad untuk berhijrah ke dunia  kebaikan.Ingin jadi isteri solehah.Tanpa ragu Ayuni  bertaubat!
Bumi mana yang tidak di timpa hujan ,manusia tetap pernah melakukan kekhilafan.Kehidupan berubah tanpa kita jangka.Imanlah asas kekuatan kita umat manusia.Sehingga orang yang baik-baik itu di janjikan surga.Surga dimana tempat berhimpunnya para penegak agama!Maka berpegang tegohlah dengan sunnah dan kitab suci Al-Quran.Bersedialah untuk  menghadapi apa jua kemungkinan  kerana  umur dunia kian menuju ke penghujungnya tanpa kita menyedari atau sengaja kita engkari ketentuan Tuhan.Wallahualam bissawab..........
Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD
LANGKAWI GEOPARK.290707.

OBSES


Pujangga ada mengatakan bahawa cinta pandang pertama membawa bahagia.Sangat indah dan asyik.Ia pesona jiwa.Malah tidak keterlaluan jika kukatakan  cinta pertama penuh dengan sejuta warna.Sukar untuk di ungkapkan  melalui kata-kata tetapi membuai perasaan.Terkadang mengundang seribu persoalan.Mungkinkah  cinta pertama membawa bahagia?
Bahagia...............sungguh abstrak bagiku kerana aku sendiri pernah merasakan  cinta.Pernah jatuh cinta di awal remaja.Asyik.Malam kurasakan lambat bertukar menjadi siang dan siang seperti  keberatan untuk  menggemilaukan sinar mentari di ufuk menjadi senja.Kadang-kadang aku rasa terperangkap ke dalam satu jurang yang dalam.Tidak mampu mencari penawarnya!Cinta yang bersemi didalam hatiku istimewa untuk Hakimi.Kurasakan hanya Hakimi yang bertahta di jiwaku.Tiada orang lain yang serupa dengannya berupaya mengubah pendirianku.Aku hanya cinta pada Hakimi.Ingin selalu di sampingnya.
Ketika aku dan Hakimi sedang hebat di landa api cinta yang hangat membakar ini,aku tidak peduli lagi orang lain.Aku sedang bahagia meniti hari –hariku.Duniaku seperti di sinari cahaya bintang.Berseri dan gemilang.Hatiku menyanyikan  lagu-lagu kebahagiaan.Janji Hakimi bahawa hanya aku yang  teristimewa dalam hidupnya.Agung sungguh cinta yang kumiliki ini.Akukah gadis bertuah yang berjaya memikat jejaka tampan penuh karisma,optimis dan berkerjaya hebat  ini?
“Aku nampak kau terlalu  bahagia sekarang,senyum 24jam.Bertuahlah badan kerana bukan senang nak dapat kekasih sehebat Hakimi.Kalau aku jadi macam kau dah lama aku suruh dia masuk meminang”usik Hana sambil senyum meleret ke arahku.
“Engkau apa kurangnya,setiap hari minggu asyik berkepit dengan  boyfriend  baru.Jangan terlebih sudu dari kuah.Tapi,aku harap kau akan bahagia kali ni”balasku segera.Kulihat Hana hanya menjuihkan mulut,mungkin tidak puashati dengan kata-kataku.
“Azah,sebagai kawan baik sejak kecil lagi aku rasa senang tenguk engkau senyum .Engkau bernasib baik kerana cinta pandang pertama kau bawa bahagia.Aku ni dah  tiga kali asyik putus cinta.Kadang-kadang aku terfikir apakah kesalahan aku”
“Jangan ingat lagi peristiwa lama.Aku tak mahu kau kembali terkenang kisah dulu.Anggaplah semua itu hanya dugaan.Hidup ni kalau tak ada ujian atau cabaran ,bukan hidup namanya.Sebab itu Tuhan berikan kita hati dan perasaan.Untuk saling merasai pahit manis kehidupan.Aku harap engkau dapat buang yang keruh,ambil yang jernih”panjang celotehku namun aku harap ia akan membangkitkan kembali semangat Hana.
“Lelaki ni sukar sangat kita nak faham perangai mereka.Egois.Hipokrit.Buaya darat pun ada.Aku tak kata semuanya tetapi pengalaman aku dulu banyak mengajar aku supaya berhati-hati.Mereka sangat kompleks.”getus Hana sedikit emosional.
“O.k.lah,sekarang jom pergi makan.Perut aku ni dah keroncong.Lupakan fasal tadi tu.Apa yang penting kita isi perut yang kosong.Baru minda cergas”ujarku penuh bersemangat.
Hari ini aku lebih bahagia lagi kerana sekejap lagi rombongan Hakimi akan sampai untuk meminangku.Hakimi  ingin kami di satukan  sebelum ibu dan ayahnya berlepas ke  Tanah Suci Mekah .Ibubapa Hakimi berhasrat untuk melansungkan majlis perkahwinan kami  dengan meriah.Maklumlah Hakimi adalah anak tunggal dalam keluarganya.Malah Opah juga berharap aku dapat menjaga diriku dengan baik.Maklumlah sejak zaman  kian maju ini banyak sangat perkara tidak elok berlaku.
Hidup ini menjadi semakin manis bila  orang yang kita kasihi sangat menyayangi kita.Aku tahu ada orang lain yang terluka bila aku memilih Hakimi.Wan,lelaki sebelah utara yang selama ini banyak menaruh harapan untuk bersamaku merasa kecewa.Maafkan aku Wan ,sebenarnya aku sudah lama jatuh cinta pada Hakimi.Tak mampu kutolak hasratku yang satu ini.Aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi kerana Hakimi adalah lelaki pertama bagiku.Telah tujuh tahun aku dan Hakimi bersama.Cinta kami mekar  di saat sehingga kini dan cincin ini menjadi petanda bahawa aku telah bertunang.Wan,hari ini engkau mungkin tewas dalam impianmu tetapi hari esok aku  doakan kau menemui perempuan yang lebih baik dariku.
“Wan,adakah menjadi satu dosa bila aku menolak kasihmu?Aku faham perasaanmu.Kecewa,sakit dan marah bila hasratmu terhalang.Cinta tidak boleh di paksa.Cinta sesuatu yang sangat indah.Jangan hanya kerana aku akan menjadi hak orang lain engkau menyiksa dirimu.Keputusan yang kau ambil untuk bertukar tempat kerja  di tempat kelahiranmu kurang tepat.Di sini peluang mu untuk kerjaya sepertimu terbuka cerah.Tapi aku tidak berniat memaksamu.”luahku pada Wan sebelum dia berangkat ke tempat baru.
“Tak apalah Azah,mungkin bintangku tidak bersinar di sini namun aku tetap mendoakan kebahagiaan untukmu.Dunia ni pun kecil saja.Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa lagi.Tapi aku tetap berharap kau akan bahagia di samping Hakimi”
Sejak itu aku tidak lagi mendengar khabar Wan.Hana sering mengingatkan aku agar menjaga hubungan aku dan tunangku.Kami menjadi semakin sibuk kerana Hana akan  mendirikan rumah tangga minggu depan.Sudah seminggu  aku mengambil cuti demi memastikan  majlis perkahwinan Hana berjalan lancar.Aku tumpang gembira kerana walaupun telah tiga kali Hana putus cinta dan melalui pengalaman sakit di permainkan lelaki akhirnya Tuhan menemukan jodoh dengan lelaki  sebaik Ikram.Anak imam tempat kampung halamannya sendiri.Aku tahu ini pilihan keluarga Hana.Hana patut merasa bangga kerana Ikram  setia memimpin tangannya menuju jalan yang di redhai.
“Syukur Hana,Cinta ini satu anugerah Tuhan untukmu.Pengalaman semalam adalah untuk kejayaan hari ini.Tuhan tidak akan menghukum hambaNya yang bersabar .Hari ini mungkin kita kecewa,esok mungkin kita bahagia,ini percaturan hidup.Aku dan Azah pun berharap agar  kami akan mengikut jejakmu tidak lama lagi”ungkapan Hakimi pada Hana membuatkan aku semakin gembira.
“Hakimi,aku sebenarnya sangat sayangkan Azah.Aku harap kau jaga dia baik-baik.Aku tahu engkau berdua sangat sepadan.Sebab itu aku tidak mahu  ada apa-apa perkara tidak baik menimpanya”Hana melahirkan harapan agar aku dan Hakimi  gembira.
Jangan kau ragu keikhlasan aku padanya.Aku benar-benar ingin kami hidup bersama sebab itu telah tujuh tahun kita masih setia dan saling memahami.Aku tumpahkan segala –galanya untuk Azah.Aku lah buktikan selama tujuh tahun ini aku hanya korbankan semuanya adanya.Kau sendiri nampakkan kasihsayang aku pada Azah.Hari ini hari bahagiamu Hana.Aku dan Azah mendoakan kebahagiaanmu.Aku berjanji akan setia dan selamanya menyayangi Azah”luah Hakimi seraya mengenggam erat tanganku.
“Hana,kami harap kau bina hidup baru dan lupakan kepahitan hidup semalam.Pengalaman semalam adalah satu pengajaran untuk kita menyusun langkah mengejar kejayaan pada hari ini.Kau patut berbangga sekarang.Kebahagiaan berada sangat dekat di hatimu”bisikku .Aku mahu Hana faham bahawa hidup ini masih panjang.Banyak lagi onak dan duri akan kita tempuh.
“Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi milik kita.Hakikat kita hanya manusia biasa.Namun kita mesti kuat dan tabah.Dalam kehidupan banyak fasa yang harus kita hadapi.Sebelum meneruskan langkah jangan sesekali kita mengaku kalah.Berjuang untukmencari kehidupan sendiri lebih baik dari berdiam diri tanpa membuat sebarang perubahan dalam mengejar impian kita”aku terus berfalsafah.Hakimi mengangguk setuju dengan pendapatku.Dia sentiasa positif dengan ideaku.Mungkin   ini sebabnya kami serasi dan selalu  sependapat dalam banyak hal.Kami seiring sejalan.
Kringggg...........Kringgggg.Deringan telefon yang kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan  yang panjang.Rupa-rupanya aku sedang mengelamun terkenangkan kisah silam.Kisah yang membuatkan diriku hanyut dan terlontar ke daerah terasing ini.Kubuka jendela  pejabatku yang mengadap ke arah laut.Luas terbentang panorama indah di depanku.Air laut yang biru,ombak yang setia memukul pantai tanpa jemu seperti mengerti penderitaanku kini.
Di ruang kamar yang di hias bunga indah tersimpan sejuta memoriku.Akulah bunga mawar yang luka.Putaran kipas yang ligat berpusing  tidak sedikitpun  menghilangkan resahku .Lantas ku capai gagang telefon yang telah lama berdering.
“Hallo,Siapa tu?Saya Azah.Ada apa yang dapat saya bantu?”aku  belum pernah mendengar suara ini.
“Saya Fadillah ,wartawan dari majalah  Sinar Kerjaya.Saya  ingin mendapatkan  berita kejayaan Cik Azah sebagai  berita utama  majalah kami.Saya harap Cik Azah sudi bekerjasama dengan pihak kami”
“Saya sebenarnya gadis biasa saja.Saya rasa banyak lagi orang lain yang sesuai untuk di temuramah”aku merendah diri kerana itu sikap ku sejak dulu.
“Tapi Cik Azah ,anda seorang gadis hebat.Penuh motivasi dan semangat.Kecemerlangan,kejayaan hidup Cik Azah adalah satu tarikan untuk kami mengetengahkan nya di media.Saya amat berharap Cik Azah bersedia untuk  kami”bijak sungguh dia memujukku.
“Macam ni lah,biar saya fikirkan dulu .Awak boleh hubung saya dalam masa seminggu lagi sebab sekarang saya sudah terikat dengan banyak perkara penting.”terangku lembut.
“O.K.lah,saya  berterimakasih kerana Cik Azah sedia memahami.Semoga Cik Azah akan terus berjaya”
RUTIN HIDUP.
Sejak aku pulang ke tanahair tiga bulan lalu begitulah rutin hidupku.Sentiasa  sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti.Aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan ini,namun ada perkara lain yang membuatkan aku  sampai ke tahap ini.Kulihat cermin di depanku.Jika dulunya semasa aku bertunang dengan Hakimi aku tidak bertudung tetapi kini wajahku bertudung litup.Tidak sehelaipun rambutku yang nampak.Aku tidak lagi bermake –up tebal seperti dulu lagi.Aku kini Azah yang lain. Berbeza karektor dan penampilan.Aku menjadi senang dengan penampilan seorang muslimah sejati.Jihadku satu ingin  menebus semua kekhilafan masa laluku!
Aku masih ingat  bagaimana  peristiwa buruk itu berlaku.Satu persatu jelas bermain di mataku.Sepulangnya aku dan Hakimi dari  majlis perkahwinan  Hana  kami singgah ke  cafe di perhentian lebuhraya untuk merehatkan badan ,Maklomlah Hakimi memandu seorang.Keesokan harinya kami mula bekerja setelah seminggu bercuti.
Aku sempat menasihatkan Hakimi jika penat atau letih biar aku pula yang memandu tetapi tidak di izinkan.Entah mungkin suratan menentukan kereta  yang di pandu Hakimi terbabas dan kami kemalangan.Aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu kerana bila ku buka mata jururawat menahan aku dari bergerak.Kondisi tubuhku yang cedera parah tidak membenarkan aku untuk bangun.Aku menyebut-nyebut nama Hakimi tapi Mama dan Papa menyuruh aku bersabar.bimbang komplikasi buruk berlaku .Aku cuba bangun untuk mendapatkan Hakimi namun aku tak berdaya.Lemah dan  aku masih di tambah darah kerana pendarahan banyak terjadi.Seminggu aku di wad aku tidak nampak wajah Hakimi.Puas jiwaku menjerit,meronta namun tiada suara.
Hakimi,dimanakah dirimu?Bukankan tadi kita berdua  bergurau senda.Saling berjanji sehidup semati.Bukankan tadi kita bersama mendongakke langit mencari wajah pelangi?Tanganku masih terasa hangat  saat engkau memegang erat menyuruh aku berjanji agar akan selalu setia menemanimu sepanjang detik jarum jam berputar.
Hebat sungguh dugaaan yang mesti kuterima.Apakah kesalahanku sehingga hukuman ini mesti ku terima.Apakah dosaku sehingga aku tidak layak bersamamu sehingga akhir hayatku?
“Sudahlah Azah,jangan di turutkan sangat perasaan.Kalau Azah bersedih kerana kehilangan Hakimi,Mak Cik lagi sedih kerana Hakimilah satu-satunya anak kami.Kita mesti kuat terima hakikat ini.Kita sama-sama doakan agar roh Hakimi bersemadi dengan aman.Hanya itu yang mampu kita doakan untuknya.Moga-moga rohnya bersama orang-orang mati syahid”kulihat Mak Hakimi  begitu sabar.Tapi aku  jatuh pengsan di atas riba mak.
Akhirnya kau pergi jua.Aku keseorangan lagi.Tanpamu kurasa hidup tiada erti.Aku putus  asa.Hilang arah dan tujuan.Bagaikan layang-layang terputus talinya.Sakit.Perit.Gelap dunia kupandang.Cincin yang tersarung  di jari manisku masih bersinar gemilang.Dalam kamarku tersimpan barang-barang hantaranmu tersusun rapi di dalam almari.Aku hanya menghitung hari perkahwinan kita...........
Kau pergi bawa bersama impian indahku.Memori  kasih kita  terhenti di sini.Bunga mawar yang sering kau hadiahkan untuk tiada lagi.Aku bagaikan seorang perindu yang telah hilang pertimbangan.Aku mencari diriku semula.Aku seperti burung kepatahan sayap.Tiada upaya untuk terbang,aku memaksa diriku untuk melupakan dirimu.Namun cinta paling agung  telah meresap ke dalam jiwaku.Aku terus membina kekuatan diriku.Biarlah aku bangkit dari rasa sakit ini dengan satu semangat baru.
Kematian telah memisahkan kita berdua.Aku menangisi duka tanpamu di sisi Airmataku gugur tanpa dapat di seka.Ada sesuatu yang membuatkan aku begitu menyayangimu.Hakimi,engkau satu dalam sejuta.Engkau memberikan aku kebahagiaan.Wajahmu sarat dengan ketenangan.Memori ini sangat indah tak mampu kupadam dari ingatan.
Aku telah membuat keputusan  untuk  melanjutkan pengajian di Mesir.Mentarbiyyahkan diri semula.Subhanallah,menjadi orang yang tawadduk bukanlah perkara mudah.Di sini aku  insaf dan sedar betapa kerdilnya diriku seumpama seekor hama.Tiada daya upayaku melainkan kekuasaan Allah  zat Maha Kaya .Kuingat kata-kata pensyarahku dulu bahawa di manapun kita berada,apapun situasi kita  dan berapapun tinggi pangkat ,darjat namun dugaan itu tetap akan datang tanpa  kita duga.Subhana`llah,dengan kalimah “Jadilah engkau”!maka izin Zat Yang Addin semuanya mampu terjadi.Perjalanan Israk dan Mikraj yang di lalui Junjungan Suci Nabi Muhammad S.A.W. sendiri membuktikan segala-galanya.
Tiada pengorbanan,tiada kejayaan.Kejayaan pula di susuli  oleh usaha yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat.Luka dan sakit kehilangan orang yang kita sayangi hanya satu  dugaan kecil.Jika kita sanggup mentarbiyyah diri dengan apa yang telah kita lalui itu sekadar mimpi awal malam padahal perjalanan malam masih panjang dan kelam!
“Setiap orang sentiasa berharap pada kebahagiaan yang berterusan.Kalau kita kaji dalam-dalam hidup ini seperti sebuah drama. Berterusan dengan pelbagai cerita,plot yang berbeza.Juga seperti sebuah buku mempunyai bab-bab tersendiri.Bab pertama mungkin sukar dan pahit.Bab kedua agak santai .Mungkin bab seterusnya di anugerahkan seribu kemanisan.Ini proses kehidupan.Ia realiti.Kita manusia biasa.Apabila kita mengalami peristiwa sedih maka bersabarlah.Noktahkan pengalaman pedih dengan  bermunajat kepada Allah.Insya`allah kita akan di tunjuk ke jalan yang benar”demikian teman karibku di bumi asing berfalsafah memujuk hatiku.
“Namun cabaran ini sangat mencabar aku,kadang-kadang melemahkan aku.Aku tidak boleh menipu diriku dengan mengatakan aku telah dapat melupakan apa yang terjadi padaku.Aku perlukan masa,sokongan dan petunjuk.Aku benar-benar berharap dapat merealisasikan cita-citaku”protesku lagi.
“Sebab tu aku kata hanya engkau yang dapat  mengubah dirimu.Jangan sampai orang yang kau sayangi tiada lagi di sisimu,dunia bagaikan telah kiamat.Di sini aku hidup dalam kancah peperangan.Negaraku tidak pernah aman,sentiasa bergolak.Peluru bagaikan  perkara biasa.Dentuman bom,darah dan penderitaan menjadi sebati dalam diriku.Malah kedua ibubapaku syahid dalam peperangan,adik lelakiku cacat terkena serpihan peluru dan ramai saudara-maraku terkorban.Hidup kami tidak sempurna .Sentiasa dalam ketakutan.Tapi aku bangkit dari semua kepahitan itu.Aku berazam dengan  melanjutkan pelajaranku di sini masa depanku akan berubah.Aku sentiasa  berpegang dengan Firman Allah Ta`ala :
Allah tidak akan mengubah nasib hidup sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya.Kau faham makna ini?”pertanyaan dan rahsia dirimu terbongkar juga Fatma.Engkau lebih menderita dari rupanya.
Fatma rakan sekuliahku  di bumi Mesir ini.Fatma  jugalah yang mengajakku untuk menunaikan umrah dan haji semasa  aku menetap di  Mesir.Dia membimbing aku untuk menjadi wanita setabah Sumaiyyah tidak gentar dek siksaan dunia.Beriman dengan kalimah Allah.Fatma mengajar aku untuk menjadi wanita solehah semulia peribadi Saidatina Khadijah  yang mampu menyuntik semangat Rasulullah saat pertama gementar menerima wahyu Allah.Fatma juga mengatakan bahawa semua wanita berhak menjadi sehebat Rabiatul Adawiyah yang dalam segenap darah  mengalir di tubuhnya penuh  keimanan terhadap Tuhan Yang Maha Esa.Kata Fatma lagi arwah ibu dan bapanya  berpesan sentiasalah ikut sunnah   dan  berpandulah pada ayat Al-Quran nul –karim.Nescaya hidup dalam peliharaan Allah Subhanallah.
Sejak aku bertemu Fatma barulah mempercayai indah mempunyai seorang sahabat sejati.Sahabat yang beriman seperti mentari pagi yang bersinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati  menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Sungguh percakapan mu jujur.Kuanggap nilai persahabatan kita lebih berharga dari emas permata.Aku berjanji padamu Fatma,jasamu semasa aku di  Mesir adalah saat-saat aku berupaya mengubah diriku yang obses dengan kehilangan bakal suamiku.
Kejayaanku di tanahair  kukirimkan sebagai tanda menghargai kebaikanmu Fatma.Semasa sebuah stesen TV menuramahku secara lansung aku tidak lupa menyelitkan bagaimana kejayaanku bermula.Di sini aku masih aktif berpesatuan dan melibatkan diri dengan  aktiviti amal.Aku juga memberi ceramah motivasi di universiti.Aku mahu  merealisasikan hasrat Hakimi yang selalu berpesan agar waris generasi muda di berikan perhatiandan sokongan demi untuk memajukan ummah.Dalam imaginasiku yang panjang ini tiba-tiba setiausahaku mengetuk pintu.
“Maaf Cik Azah saya nampak dari tadi mengelamun panjang,tapi saya perlu ingatkan Cik Azah  ada   meeting jam 2.00petang nanti.Saya harap Cik Azah dah bersedia”tutur nya lembut.
“O.K.lah,saya ingat semua tu Cuma sekejap tadi  teringat kisah lama.Tapi tak ada kena mengena dengan meeting nanti”ujarku seraya melemparkan senyuman ikhlasku untuk Nadia.
“Ohh ya.....sebelum saya terlupa ada ada satu lagi hal.Semasa Cik Azah keluar rehat tadi ada orang datang nak jumpa.Katanya kawan lama Cik Azah semasa di Universiti dulu.”
“Siapa pulak tu,lelaki ke perempuan?Saya ni banyak teman tapi semuanya dah berkeluarga.Orangnya macam mana?Ada ke dia tinggalkan nombor telefon?”banyak betul soalanku hingga Nadia tersenyum simpul menampakkan lesung pipit.Manis dan ayu!
“Lelakilah,handsome pulak tu.Katanya dia nak jumpa sendiri dengan Cik Azah sebab tu dia tak  nak beri nombor telefon.Dia datang K.L.ni semata-mata nak jumpa Cik Azah”
“Tak apalah kalau macam tu,terimakasih Nadia.Ambil proposal ni  kerana nanti  Encik Eric akan datang.”
Dalam hati aku berkira-kira siapakah lelaki itu,apakah tujuan sebenarnya?Bagaimanakah rupanya.Namun aku tiada masa untuk memikirkan masalah ini bila kulihat jam di tangan menunjukkan angka menghampiri  masa aku kena meeting.Aku cepat-cepat mencapai tas tangan dan bergegas ke tingkat atas.
“Masa dan keadaan menemukan kita semula Azah.Sudah lama aku mencarimu bila aku dapat tahu Hakimi sudah tiada.Aku berusaha mencarimu sehinggalah aku terpandang wajahmu di kaca TV hari tu.Tahniah Azah,kau membuatkan semua wanita berbangga dengan pencapaianmu”Wan menuturkan dengan jelas ayat itu di depanku.Kucubit pipiku seperti tidak percaya bahawa Wan sedang berbicara di depanku penuh sopan.
“Azah,aku ni.Jangan tak percaya atau bermimpi di siang hari.Rasanya  telah berakhir pencarianku bila engkau benar-benar berdiri di depanku.Engkau masih cantik seperti dulu malah penampilanmu buat aku kagum.Azah,apakhabar?”usik Wan lagi.
“Wan,kau rupanya yang datang ke pejabatku tadi.Aku asyik terfikir siapakah lelaki yang di maksudkan oleh Nadia tadi.Aku baik Wan.Cuma sejak ketiadaan Hakimi aku melangkah jauh.Fatma rakan sekuliahku dari negara Timur Tengah telah memberikan aku semangat untuk berjuang meneruskan kehidupanku.Panjang ceritanya Wan macam Kau membaca Novel semasa kita di kampus dulu”Terangku panjang lebar.
“Sekarang apa pula perubahanmu?Ceritalah Wan,aku tak sabar nak dengar.Masih  merajuk lagi ke?Atau dah ada anak dan isteri?bertubi-bertubi soalanku untuk Wan.Maklomlah dah lima tahun tak jumpa banyaklah perkara nak tahu.
Wan,senyummu masih seperti dulu.Dirimu tetap tenang,sebab itu Hana kata  Wan tetap Wan yang dulu!Hanya aku yang berubah secara drastik sampai Hana dan suaminya tidak mengecam aku ketika merjemput kepulangan di airport dulu.
“Azah,aku tetap aku.Sendiri dan masih sendiri.Aku tidak pernah melupakanmu.Aku selalu berharap agar dapat berjumpa denganmu semula.Hari ini aku bersyukur kerana kau ada di depanku”
Ahh...............malunya aku saat bertembung mata dengan Wan setelah lima tahun berpisah.Wan  begitu  tenang bila ku ajukan pelbagai persoalan.Nampaknya Wan bukanlah lelaki pendendam biarpun aku pernah berkali menolak cintanya.Saat ini tiada lagi alasan bagiku untuk menolak hasratmu.
“Dulu pernah aku katakan bahawa jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan.Kita hanya mampu merancang sedangkan Tuhan menaturkan segala dengan kalimah Kun payakun maka jadilah seperti di harapkan.Ingatlah janganlah berasa mampu mengatur dirimu sebab orang yang pandai mengaturpun boleh binasa.Terimalah Kami jika Kami memutuskan sebab Kami lebih berhak ke atas dirimu”Firman Allah Maha Berkuasa.”bukankah ini telah kita  pelajari dulu Wan?tukasku.
“Ya,tapi kau kena renungkan kembali orang yang bersedih sukar untuk mencapai  apa yang di cita-citakan .Kalau kau sudah berjaya dalam kerjayamu kau kena fikir tentang hati dan perasaanmu.Kita bukan robot.Kita perlukan teman untuk saling menemani.Aku perlukan kau sebagai permaisuri di sepanjang langkahku.Setia  berkongsi susah senangku malah aku berbangga dengan peribadimu yang utuh berpegang dengan tali Allah.Kau mesti percaya aku bukan mengharapkan kejayaan materialmu tapi cara hidup yang berlandaskan hukum.”engkau masih bijak berhujah  seperti dulu.Maka aku tidak hairan jika kerjayamu sebagai peguam di mahkamah syariah mampu berlaku adil dalam setiap keputusanmu tanpa ragu.
“Wan.aku lihat ada kesungguhan di hatimu.Sungguh lautan ini dalam namun cintamu terhadapku tidak berubah.Pandang ke langit biru di atas sana dan apa yang kau nampak?”
“Aku nampak ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,Tuhan membuka satu pintu yang lain untuk ku.Namun aku tidak mahu alpa atau lalai kerana aku takut jika aku terlalu lama terpaku leka pintu yang lain turut tertutup di atas kelekaan diriku.Aku mengandaikan dirimu adalahpintu kedua untukku.Adakah kau sudi membuka pintu kebahagiaan itu untukku lagi?”romantis sungguh kata-katamu sehingga aku mengangkat kening dan menjawab soalan cepumas itu.
“Wan,hari ini aku sudah mengalah dalam cintaku untukmu.Akan kubuka pintu yang kau tunggu itu dengan harapan di dalamnya ada sejuta Rahmat Allah menanti kita berdua.Sesungguhnya siang dan malamku  menjadi mimpi indah.Mimpi kita yang serupa”
Kulihat wajah langit semakin cerah.Saat kuberpaling menatap wajah Wan kuternampak sinar cahaya yang sangat gemilang.Wan,apakah aku bermimpi lagi????

Sekian,terimakasih.
KARYA:
AZIAH DAUD.
P.LANGKAWI.280707.
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA