Thursday, June 16, 2011

KEHILANGAN ABADI.

Saat sana-sini berbicara  tentang  bapa,khususnya sempena menyambut Hari Bapa-19 Jun nanti aku merasa  tak ada apa yang nak di ucapkan.Aku kehilangan bapa ketika berusia 10 tahun.Aku sedang menghabiskan nota,tiba-tiba guru kelas memanggilku ke hadapan.Kukira khabar malang itu sangat menyakitkan ...aku kembali ke rumah.Tetapi  bapaku yang cedera parah telah di bawa ke hospital Alor Star.
Kami bergegas ke sana.Dalam bot yg memakan masa 4jam utk tiba di jety usang Kuala Perlis abangku sempat bercerita.Pagi itu  pnduduk kampung akan mmbina surau baru.Surau lama terlalu uzur.Semua orang bergotong royong dlm menunaikan tanggungjawab mulia ini.Bapaku  mnjalankan tugasnya menebang pokok kelapa.Pokok kelapa akn di tebang dn batangnya akan di gunakan utk mndidrikan surau yg jaraknya hanya 2buah rumah dgn rumah kami.
Ketika pokok kelapa hendak tumbang,bapaku tdk sempat lari..mereka yg berdekatan sempat menyelamatkn diri.Malang tdk berbau..atau sememangnya takdir begitu..masing -masing berteriak utk selamatkn diri..malangnya pokok kelapa betul-betul jatuh atas bapa.Dahi bapa  cedera..bapa di angkat dn di balut dgn kain pelekat..darah mengalir keluar dari dahi bapa..darah yg menyala..!
Kerja-kerja utk mmbina surau segera di hentikan...bapa di bawa ke hospital..keadaan yg kritikal memaksa bapa di usung ke Alor Star.Masa tu  tak ada sebarang kemudahan..malah bot tongkang nk ke jety Kuala Perlis memakan masa 4 atau 5 jam.Tenguk keadaan angin atau musim..dalam perjalanan menuju ke hospital bapaku menghembuskan nafas terakhir..qullu nafsin dzaaiqatumaut-aku berusia 1otahun ketika itu..sekarang 46 tahun...terlalu lama dn zaman yg sgt jauh berbeza..melangkau  batas daya ingatan..sehingga aku tak ingat apa-apa...bila di tanya sekalipun memori silam itu tak dapat di ingat secepat mungkin.Bermakna sudah 36tahun aku kehilangan seorang bapa!
Masa tu tk ada sebarang sambutan  Hari Bapa,Hari Ibu atau apa-apa hari yg nk di sambut melainkan pusa Ramadhan,Hari Raya Puasa dn Hari Raya Haji..seingatku itulah hari yg pernah kami sambut dn mnjadi hari paling meriah.Bila  usiaku meningkat..perubahan berlaku mengikut putaran alam.Fantastik,drastik dn sungguh mengujakn saat abad baru k 21 sedang berada dlm usiaku..tentunya semua perubahan satu transformasi yg mengujakan!
Lau bila corong-corong radio acapkali menyebut sambutan Hari Bapa.hadiah dn upacaranya..media massa dn media elektronik rancak membicarakan tentang sambutan utk menyambut Hari Bapa aku merasa tdk ada apa-apa yg perlu aku banggakan sgt dgn hari itu...bukankah 36 tahun masa yg terlalu lama...masa yg telah melenyapkan mimpi-mimpiku  utk merasai hangatnya ciuman seorang bapa..bukankah sudah terlalu asing bagiku  utk menyalami tangan bapa utk mminta ampun dn maaf semua ketelanjuranku..sebenarnya akulah anak yg selalu bapa bawa mengeliling kampung dgn vespa terbarunya!
Itu cerita lama.Kisah mendakap kasih yg telah hilang.Kisah yg terhenti episodnya.Kisah di mana saat aku ingin merebahkan badan di atas ribaan seorang bapa-menyandarkan bahu kpd bapa yg kusayanginya...kini aku faham maknanya sesuatu yang FANA..setelah aku berada dlm gelanggang kehidupan yg berepisod panjang...cerita yg tiada kesudahan..bukankah generasi baru mengambil alih tempat org lama?Yang baharu mnggantikan yg lama...yg patah pun bertukar  mnjadi kuat.Di ambang batas usia remajaku,jodoh yg di tentukan TUHAN pun tiba..
Makanya saat aku bersuami,suami ku yg akan mnjadi seorang bapa kpd anak-anakku.Lalu aku berdoa;Berikanlah seorang suami yg berhak memimpin tanganku ,kakiku dan seluruh jiwa ragaku ke arah cinta Allah dan RasulNya
Berikanlah aku zuriat-zuriat yg soleh dan solehah
Jangan  di berikan aku racun yg berbisa ,racun yg bisa membunuh
Ya Rabb Yang Maha Hidup
Sekiranya mujahadah  itu pahit,kukira syurga itu manis
Santapan rohani utk rumahtanggaku dgn NUR yg gemilang
Tuhan yg memilik seluruh alam dan jiwa-jiwa ini,kuasailah diri kami sekeluarga dgn Hidayahmu ...izinkan aku dn seluruh umat Muhammad S.A.W. merasai kelazatan iman  bersama  kesejahteraan zahir dn batin.Limpash dn kurniakan kami kehidupan yg penuh sakinah,mawadah dan RahmahMu.Rantailah jiwa kami dgn ikatan suci.Sesungguhnya hidupku,matiku dan ibadahku hanya untukMu  Ya Qadhi Rabbul Jalil...AMIN!
Bila suamiku bergelar bapa..maka besarlah impianku.Aku inginkan seorang pemimpin yg berjaya memimpin org yg di pimpin secara berhemah..jadilah bapa yg terbaik di dunia dan di akhirat.Pemimpin yg baik tentunya mnzahirkan contoh-contoh yg baik dalam mmbentuk pimpinannya...kami  semua perlukan daya  pimpinan yg islamik!
Kerana itu aku mengharap rumahtangga kita akan mnjadi sebuah syurga..terhias indah kejora dan bintang...bunga-bunga berkembang wangi...matahari bersinar yang serinya abadi...semuanya begitu indah sehingggakan aku merasa tidak mustahil kah utk semua permintaanku ini ??
Suami  dan bapa kpd anak-anakku:-25.04.1962
Mohd Firdaus Shakirin-25.05.1987
Nurul Amizatul Azwa-10.10.1989
Mohd Luqman Hakim-29.09.1997
Nurul Ummira Syahirah-20.08.1999
Aku bersyukur jika  salah seorang dari kami sakit,suamiku berusaha mncari ubat utk menyembuhkan kesakitan itu,bersyukur kerana jika kami kesejukan di selimutkan kami dgn selimut kasih sayang..segala yg tiada diadakan dgn semampu mungkin...
Aku tdk minta bulan dn bintang jatuh ke riba..kerana aku tahu bulan dn bintang yg bersinar indah pun  satu fenomena.
Aku tidak mahu istana  mewah tersergam indah di laman rumahku ..kerana aku tahu jika asas pembinaannya tdk kukuh,istana itu bisa runtuh...
Aku tdk mahu harta kekayaan ...kerna bagiku kemewahan itu melalaikan jika jiwaku terbuai dgn   materialnya
Aku hanya mahu ketulusanmu yg ikhlas,pengorbananmu yg tdk minta di balas dan cinta kasihmu terhadap Allah dan Rasul akan bertambah detik demi detik.Musyahadah ini adalah perhubungan seorang hamba dgn pemilik jiwa nya.Maka aku berharap  mndapat keberkatan Allah seumur hidup utk semua ahli keluargaku.
Jika semua permintaanku ini satu perkara mustahil dn bukan beban bagimu suamiku aku dn anak-anak tetap sntiasa berterimakasih kpdmu.Mnjadi seorang bapa bukanlah semudah kita mengatakan'itu bapaku..ini  ayahku...dia  pembelaku!
Mnjadi seorang bapa bila berusaha mnjadi  isteri ,anak-anak mndapat hak mereka.Hak itu spt mmberi perlindungan dunia dn akhirat,kasihsayang tiada berbelah bagi,sama rata dlm menunaikan kewajipan,didikan yg senpurna duniawi dn ukhrawi...terlalu banyakkah aku meminta kpdmu suami sebagai seorang bapa??????????
Bagi akal logikku,itiu bukanlah satu paksaan yg membebankan hidupmu.Itu satu tanggungjawab ...yang berhak kau berikan sebagai seorang bapa.Kami semua mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA.."kami tetap seperti selalu menadah tangan,berdoa dan berharap tanpa jemu  dan bertawakkal kpd Allah S.W.T.
Dalam kefanaan yg merasa ada ini,aku melupakan semua kesalahanmu.Aku  akan berjuang utk kehidupan yg lebih baik menuju perjalanan abadi,Walau pun kita pernah terbangun ketika org lain sedang nyenyak tidor,hanya  kerana ingin  memastikan zuriat kita tidor tenang..itulah pengorbanan sepasang suami isteri dalam memastikan zuriatnya mndapat hak mereka.Itulah hakikatnya hidup berumahtangga ,kita kongsi bantal berdua,minum dan makan  dlm pinggan yg sama..itulah peliknya saat kita bermasam muka...masih sempat tersenyum  bila anak-anak  berlari memelok kita..Bukankah kita telah di ciptakan bersama merasai semuanya sehingga kita kenal apa itu dunia dan isinya!!!!!!!!!!!!!!!



.

Tuesday, June 14, 2011

BILA HATI BERKATA-KATA

'Sesungguhnya kebajikan itu mmberi cahaya kpd hati,kemurahan rezeki,kekuatan jasad dn di sayangi oleh makhluk lain.Manakala kejahatan pila boleh menggelapkan rupa,hati,melemahkan tubuh,sempit rezeki dn makhluk lain akan mengutuknya"-Ibnu Abbas.
Setelah lama aku tidak menulis,perasaanku meronta untuk menulis.Lebih-lebih lagi bila cerpen yg amat panjang tersiar dlm majalah PEREMPUAN terbaru di pasaran.Kisah yg kutulis utk memenuhi masa lapangku.Walau ketika aku sedang menulis,aku hanya biasa saja...kurang ilham...namun aku kepingin juga utk menaip..sekurang-kurangnya   pena yg kupegang  berinteraksi dlm diariku...
Dgn lafaz Bismillah aku mula menulis..dgn pena aku bisa menguraikan perasaanku..sebrapa panjang yg kumahu..tapi mengapa aku mesti mengarang cerita jika idea yg kulontarkan tidak berbisa?
Naluriku kaku andai puisi dan intonasiku dlm berkarya tdk mninggalkan kesan yg membina selepas orang mmbaca hasil karyaku...
Aku mmbuka blogku sndriri..mmbaca semula puisi-puisi dan karyaku yg telah tersiar..Sungguh jiwaku rasa tenang .Aku bersyukur walau mindaku kosong saat menekan kekunci komputer namun setelah jiwaku  menerima ilham.tanganku tdk mahu berhenti lagi...menulis dn berkarya..dengan nama Allah,aku bersyukur walau karya itu tdk di bayar aku tetap sanggup menulis...
Mengapa????????
Kerana ilham itu datang dgn sendirinya...eulogi yg mengikatku utk berkarya.Getaran itu sungguh luarbiasa..kerna itu aku tdk pernah ada syarat bila aku mula menulis...tinta itu berwarna-warni..namun hatiku tetap memilih tinta biru...kerana aku telah terpana dgn kata-kata hikmah yg muncul di depanku!
"Sungguh,
SeAndainya aku berada di antara surga dn neraka,aku tidak tahu ke mana tempatku kembali,surga atau neraka.Dan seandainya aku di beri hak utk memilih,maka aku akan memilih utk mnjadi abu.sebelum aku  mwengetahui tempat tinggalku yg abadi"-
Ayat ini keluar ketika Utsman  bin 'Affan  berdiri di hadapan sebuah kubur.Beliau menangis dan berkata demikian.
Wahai zdat  yg menguasai seluruh jiwaku
Tidak ada kedamaian dalam dunia ini  jika manusia saling bermusuhan
Cinta,bahagia,derita dan cabaran adalah pengalaman utk kita.
"Memori Yang Kau Tinggalkan"-
Aku mahukan  sesuatu yang pernah aku sayangi di kembalikan semula.Sesuatu yang pernah hilang dariku.Namun Demi Allah,hilangnya sesuatu yg paling kusayang bukan bermakna aku telah hilang segalanya di dunia ini.Aku sedang mencariMU TUHAN ...kerna aku mahukan surgaMu
Masa sungguh tdk mengizinkan aku berpanjangan menulis..akan ku sambung semula tulisan ini..
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA