Tuesday, February 22, 2011

LAYAR KEGEMBIRAAN YG BERKEMBANG.

Makhlok mana yg mampu menolak  apa yg telah di takdirkan  untuknya?
Wajarkah kita menafikan nikmat yg selama ini kita terima?
Mestikah kita menggadaikan  kebahagiaan masa kini hanya di gamit  sejarah pahit masa lampau?
Atau kita mmbalas dendam  di atas setiap  kesilapan yg pernah terpalit dlm memori  hidup kita?
Putus cinta memang menyedihkan-Tapi putus bukan bermakna  hilang seri kehidupan..Perpisahan di tentukn oleh jarak dan masa.Sekalipun mersa sedih dgn setiap perpisahan,kenyataannya hujan jika turun selebat mana pun akan berhenti juga.Hanya sekadar mmberi bah sebagai musibah.Naluri manusia akan tetap mahu berubah..
Pepatah Demark mengatakan:
"Lelaki itu prosa alam
Perempuan itu sajaknya
Cinta itu lagunya dan perkawinan itu adalah orkestranya"
Puitis sekali..ulang berulang tetap bererti di hati.Jadi cinta yg telah terputus adalah adat..takdir meletakkan begitu..cinta tdk perlu berdendam.Cinta tiada benci .Cinta tdk pernah mnjanjikan apa-apa-hanya manusia sanggup mengabdikan diri demi sebuah cinta.
"No  body else but you could be special in a way you are special to me"
"You can forgive but you can't forget"
Cinta yg ujud dlm sebuah tindakan agung ialah "memaafkan".Walau perjalanan kita sama,destinasi kita berbeza.Biarpun sehelai kertas namun nilainya begitu besar.Nafsu manusia sgt besar sehingga kdg-kdg terdetik "dunia pun di belinya"-
The future is very important.Power thinking.more professional.Relevankah jika cinta masa lalu,kini dan akan datang di sertai dgn kemewahan harta?Kisah cinta dua darjat memisahkan kasih yg terjalin?Ia akan mnjadi satu bebanan yg berat dn berisiko bila cinta dan kasih itu mmpunyai halangan spt itu.nawaitu yg mmbara akan terpadam dgn hati yg kejam.
"Perkahwinan  umpama sebuah  buku yg bab pertamanya di tulis dlm bentuk puisi yg mmberitahu bab berikutnya  dlm bentuk prosa"-Beverly Nichols.
Terimalah hakikat bahawa sesuatu  yg kita sayang  bukannya hak kita yg hakiki.Segugus kenangan  manis utk mengiringi pertemuan adalah memisahkan percintaan dua jiwa.Perpisahan memang sakit..tapi hargailah  apa pun yg telah kita lalui bersama.Dua benua akan dapat di hubungi dgn jambatan ukhwah yg ikhlas terjalin.Jambatan itu akan mnjadi lebih kukuh jika kita saling mmperbaiki kata-kata..Cinta sejati  adalah ketikkka dia mncintai org lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata:"aku turut bahagia  melihat kebahagiaanmu"Aku terpesona dgn kata-kata penyair sufi Jalaludin Rumi..kuulangi lagi katanya kerana aku peminat nya.ia inspirasi jiwaku berkarya."...ketika aku mndengar cerita cerita cintaku yg pertama,aku mula mncari-cari engkau..tdk tahu betapa butanya aku.Pasangan yg bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya ....mereka sebenarnya sudah bertemu sejak azali lagi.."
Begitulah cerita cintaku..aku bertemu suamiku dgn cinta pertama.walau di hujani seribu halangan..berpisah...bertemu...berperang...akhirnya  jodoh yg telah di ikat sejak Loh mahfuz mnjadi kenyataan.Cinta itu suci.Cinta itu pengorbanan.Aku bercinta dgn meletakkan harapan yg subur di jiwa.Aku sering menangis dlm dakapannya..aku sering melakukan kesilapan..aku sering menyakitinya..namun aku tak mampu berjauhan darinya!
Rumahku di hatinya-
Surgaku di jiwanya
Taman ku di kamar yg slalu wangi...Iktikafku -eulogiku-telah kulayarkan ketika layar kebahagiaan  kami berkembang!

GERHANA MALAM.

Sekarang aku berada dlm zon tidak selesa.Aku sibuk menguruskan   hal-hal berkaitan perkawinan anak sulungku yang akan mnyambut ulangtahun kelahirannya pd 25.05 nnti.Kebetulan majlis perkawinan nya  pd 16 .03.Mujur ,anak sulungku telah mmbeli kesemua barang di sana.Di bawa pulang dn sudah  siap tersedia di depan mta.Hantaran,cincin,baju pengantin semuanya di uruskan sndiri.Malah rumah sewanya rm 300 sebulan sudah lengkap dgn perabut...
Kami ke pejabat agama..semuanya brjalan lancar.Alhamdulillah,semuanya dgn doa yg sering kuamalkan:wahasbunallahuwani'akwakil,walahaulawalaquwatataillabillahila'liyyil'azim..Aku mula penuhkan handbegku dgn kad jemputan kawin,telefunku sntiasa berdering..mmbuat dn menerima panggilan.Semuanya mengucapkan "tahniah"-Alhamdulillah.aku menghubungi kawan-kawan lamaku...dn sms kuterima dr seseorang!
JEndela waktu telah terbuka
Gerabak sejarah lalu  tersingkap jelas di mata
Pengalaman  di zaman silam Nostalgia yg bergelora indah di jiwa


Seperti cinta pertama
Pertemuan  mmbawa resah di jiwa
Menjalar dn meresap ke hati
Membekas parut mnjadi  racun berbisa

Angin Barat berbisik
Bertemu hanya dlm mimpi
Selangit hujan yg kan turun
Melimpahkan Tsunami
Mengalirkan sungai airmata


Kuterima sms tajam penuh sinis..mgungkit kisah 30 tahun lalu.Ingin kudiamkan tapi hatiku tdk rela.Aku perlukan waktu.Akhirnya aku mmbalas sms  yg sgt bermakna itu.Ingin kuceritakan segalanya..tapi ini bukan masanya!
Ingin kutuliskan kisahku..aku bimbang akan menganggu emosiku..ingin ku menulis cerita kasihku tapi jiwaku menolak.Kupandang  peti e-melku..berulangkali...jiwaku mengalah.sms yg di kirimkan mengusik hatiku.Bila ruang ku kosong,laman sembangku kian menyepi aku mgambil keputusan.Kubalas sms yg berulangkali.Ayatnya   ..aku bukan bidadari..maka aku berharap dgn penjelasanku kau akan mengerti.

Pintu masa lalu telah tertutup
Pintu masa depan belum terbuka
Hari ini aku berusaha mndapatkn yg terbaik dari pemilik cinta yg abadi..
Dalam sejuta kisah
Ada cerita hakiki
Tentang hati ini...
Aku tdk akan menangis dgn fitnah ..kerana manusia yg mmbuat fitnah sanggup mmbunuh..aku terima untung nasibku setelah aku menyedari betapa hebatnya pmbalasan Allah terhadap jiwa yg berhutang dgnNya!Smsmu  juga  menyimpan seribh hasrat.Tapi biarlah kukatakan bahawa  telah kupatahkan segala hasrat saat aku mnjadi kepunyaan org lain.Aku tdk mahu terbang keseorangan di awan..kerna aku ada  serang suami yg sanggup berkongsi susah senang ku.Justeru,ingin kuceritakan bahawa jika manusia di dunia ini  mengagungkan sebuah cinta dlm perkawinannya..dia rela berkorban segalanya..maka kehidupan rumahtangganya penuh sakinah,mawaddah dn rahmah Allah.Itu sudah memadai bagiku...

Dan kuterima lagi sms dari sesorang..mengapa aku bernikah dgn org lain?
Aku senang sekali mmbari jawapan:kerana cinta  tdk akn berjalan  beriringan  bersama kata bersyarat..tiada yg mampu mmadamkan  api yg menyala  di dalam hati ku..kerana aku sebenarnya mncari keredhaan Allah s.w,t.Jgn menyoal aku dgn soalan bukan-bukan..aku akan mnjawabnya walau secara diam.Fahamilah bahawa  aku ingin menutup lembaran silam dgn hati yg rela..
Aku tdk akan bersedih dgn fitnah itu..Bukalah helaian memoriku..sesungguhnya takdir telah menyebelahi hidupku.
Gerhana malam yg memalitkan kisah penuh nostalgia itu adalah igauan dn harapan yg tak pernah kesampaian..Terzahir rahsiaku satu persatu,sakit masa lalu telah sembuh di ubat waktu.Sebelum dn sesudah itu aku mncari kunci bahagia..sehingga dinihari telah menyimpan semua memoriku
Jiwa yg berdendam
Adalah penuh kekotoran
Dosa tersangkut di dada waktu
Bagaikan debu-debu di gurun
Tersisa rasa curigamu
Mengoyak mimpi indah semalam
Desir-desir angin berbisik
jgn menangis andai masih sayang
jgn  merindui  hak kepunyaan orang
Cinta bukan satu dosa
Dosa nya hanya mencintai hak org lain
Mengkhianati org yg kita sayang


Akhirnya kubebeskan burung di ikatan
Kubiarkan ia terbang bebas
Kerana aku tahukekuranganku
Mnjadi perbezaan terbesar dlm hubungan kita
Bertemu hanya dlm mimpi
Biarlah waktu sendiri menceritakan apa yg telah terjadi..........
Dlm tangis bulan yg mnrindukan sinar bintang,aku mndoakan kebahagiaan keluargaku.Jika hidup ini ibarat satu lagu,akan kunyanyikan dgn melodi indah mndayu biar meresap ke jiwamu.Andai  hidup ini satu misteri,aku rela menyingkapnya dgn tanganku sendiri..biar terbuka segala hijab..Andai hidup ini satu gurauan ,akulah akn mnjdi penghiburmu..Andai engkau menangis,akan kukirimkan senyuman tulusku biar kau senang dan ketawa..Andai malam ini  bisa berbicara,biarlah aku berterus-terang:telah kulupakan kisah dulu.Aku hanyalah sebutir pasir di gurun sahara..berdebu..kurang bercahaya!
Ternyata di hatiku masih ada  emas perhata.Aku punyai segalanya yg kusyukuri nikmatnya setiap waktu.Bertahun mmbina kepercayaan aku tak akan menghilangkannya dlm satu saat.Aku memiliki waktu yg terbaik mmbina rumahtanggaku.Aku memaagkan kesemua kesalahan org lain terhadapku..Aku memahami bukan semua  peluang akan jatuh ke riba..waktu saling cemburu keberadaanku..perpisahan dgn org yg kita sayang meengajar aku memahami bahawa hidup ini bukannnya mudah seperti mmbaca abjad!
Bulan yg mengambang penuh di langit akan belayar dan ia akan meratap hiba seteklah  menyaksikan sekian banyak   penderitaan yg mnimpa umat manusia sehingga mereka melara jiwa..alam pun berbisik mungkin bumi juga kan menderita..Renunglah ke langit,beribu persoalan akan muat penuh di gedung akal fikir kita.Kata pendeta jika jiwa dn hati kita resah,segala yg indah nmpak pudar..
Akhirnya kulupakan sms itu,zon selesa ku turut berubah.Aku mesti siapkan persiapan perkawinan anakku."YaAllah,pohonku kurniakanlah kpd aku seorang putera yg mmbahagiakan  hatiku  di masa tuaku.serta jadikanlah  ia pewaris dn penggantiku"-doa Nabi Zakaria.
Ia adalah rahsia utk satu kebenaran.Rahsia cinta yg telah di takdirkan untuku.Deria batinku mengatakan  ikatan emosi kami bersatu.ketika dahi menyentuh sejadah CINTA..berjumpalah di surga!Airmataku tumpah  saat berhadapan  dgn mujahadah cinta.Dimensi tauhidku pun bergerak  laju mncari pemilik cinta sebenar..yg memegang kunci syurga!!!!!!!!!!!!
Ya Allah,Tuhan yg  memiliki jiwa-jiwa  dan alam ini:
Pinjamkan aku kedamaianMu-Innallahama'as sobirin(Allah  beserta dgn org yg sabar).


Kita tdk bisa  mengubah apapun  yg telah terjadi  di zaman silam tapi hari ini dn esok kita berjanji akan merencanakan  yg terbaik demi kehidupan di masa depan.INSYA'ALLAH....................
Always look at what  you have left
Never look what you have lost
(lihatlah selalu pd semua  yg anda wariskan)
(Jgn  melihat pd semua yg telah hilang dari kamu)-Robert H.Schuller.

 !

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL.

Setiap hamba memiliki Tuhan yg pasti akan ia jumpai,dn rumah yg kelak akan di diami.Maka hendaklah  ia mnjadikan TuhanNya redha kepadanya  sebelum ia mnjumpaiNya.Dn menghias rumahnya  dgn baik sebelum ia pindah ke sana dan menempatinya(menhuninya)-Ahli hikmah.
Rahsia usia berada dlm genggaman takdir.Kelahiran bermula.Kematian mengakhiri puncak segala kenikmatan.Abad demi abad,berkurun lamanya kita  menerima nur Islam.Nabi terakhir zaman telah meninggalkan kita pusakanya:sunnahku dan Al-Quran.
Sejarah tidak pernah berakhir tentang kebangkitan Islam.Bagaimana Rasulillah berjuang utk memastikan umatnya mndapat petunjuk Allah.Muhammad-seorang yg terpuji.Malaikat menyeru:bahawa laknat Allah  tertimpa ke atas org yg berbuat zalim.-44(AlA'raaf).
Tidak mustahil perkara yg buruk juga terjadi di kalangan org baik,Kerana itu kita berlawan utk kehidupan kita.Setitia airmata yg bertaubat akan mndapat nilaian Tuhan.Setitis tinta yg menitis akan menceritakan segalanya...sebatang pena akan melahirkan jutaan ayat..dapat menulis falsafah..kadang-kadang dgn sebatang pena  kerajaan yg kuat  boleh rebah!
Sejarah  Nabi Muhammad S.A.W.mmbuktikan keagungan Islam.Perjuangan,peribadi Baginda sejak kecil menyerlah sehingga perjalanan nya di lindungi malaikat dgn awan -gemawan..Dlm laman sejarah tercipta betapa hebatnya  pemimpin agung kita  memilik keperibadian yg tiada tolok banding.Sehingga nafas terakhir baginda masih mahu jaminan dr Allah bahawa setiap umatnya akan masuk syurga..kasih sayang  dan cintanya mendorong ummah bersatu.Berselawatlah sebanyak mampu kerana ia akan membantu kita dlm mndapat syafaat  ketika meniti titian silatul rahim nanti...
Setitis airmata taubat mampu memadamkan api  yg menyala di neraka.Usunglah iman ke mana saja..Tuhan telah memilih Muhammad sebagai pemimpin dunia yg menyuntik cahaya keimanan dlm jiwa setiap anak Adam.Jiwa seorang mukmin akan lembut dn berkasihsayang dgn hidayahNya.Moga Allah akan terus  mmberikan  nikmat utk kita semua....Sabda Rasullullah:Dlm diri manusia  tersimpan segumpal darah.Bila darah itu baik maka baiklah jasadnya  dn kelakuan manusia.Bila darah itu buruk maka buruklah semuanya.Ingatlah itu adalah hatimu.
Hayatilah lima perkara ini:
1.Sihat sebelum sakit
2.Lapang sebelum sempit
3.Muda sebelum tua
4.Kaya sebelum miskin.
5.Hidup sebelum mati.
MAN LA YARHAM,LA YARHAM.
HB Tabrani -Sabda Nabi S.A.W.:"Ujian yg paling berat di timpakan kpd Nabi-Nabi kemudian para aulia,ambiya' di ikuti kemudiannya  menurut keimanan masing-masing.
SALAM MAULIDUR RASUL UTK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.SEGALANYA TERJADI DGN IZIN ALLAH S.W.T.

Thursday, February 10, 2011

MENUNGGU MATAHARI MAC.

Matahari bersinar terang di pagi Jumaat yg barakah ini.Penghulu segala hari datang seperti selalu.Merakam pelbagai memori.Terkadang jiwa sarat dgn emosi.Namun pagi Jumaat yg gemilang ini bertambah serinya saat ku mndengar cerita sirah Nabi terulung dn terakhir-kisah Rasulillah.12Rabiul awal 1432 Hijrah-kelahiran  seorang Nabi penyelamat dunia dn umatnya!
Tidak ada erti jika kita kaya
tetapi mmpunyai jiwa yg miskin
Rumah yg lapang tetapi mmpunyai hati yg sempit
Berpengetahuan tinggi tetapi mmpunyai budi yg rendah
Berpangkat tinggi namun selalu di benci orang
Rumah yg indah seperti istana tetapi hati sentiasa susah
Harta yg banyak tetapi badan selalu sakit-sakit

Bagiku  semua kekayaan dunia hanya  perkara biasa.Mensyukuri nikmat Allah dgn hati yg  ikhlas dn menerima takdir yg di tetepkanNya dgn penuh keredhaan.Itu sudah memadai..Sangkar tetap sangkar meskipun di perbuat dari emas!

Kadang-kadang istana yg berdiri kukuh dn nampak indah menawan itu menyimpan cerita lara.Penuh duka!kebiasaanya kita meletakkan sesuatu pd kedudkan yg tinggi drp sepatutnya.sering tersalah sasaran dlm mmbuat andaian..jauh dr landasan yg betul.cabaran yg menanti di depan amat besar..seperti gelombang di lautan luas.Bergelora.....walau seribu mata memandang ketika kaki melangkah,jgn merasa longlai.Hanya satu niat di hati moga langkahan itu mndapat berkat dr Allah!
Di manakah kita meletakkan hati nurani kita saat menatap satu penderitaan?
Akan simpatikah kita bila orang yg di depan kita sedang menangis menatap untung nasibnya ?
Adakah ihsan di hati setiap kita bila  melihat org lain mengemis mengharap sedikit huluran  kita?
Ikhlaskah kita utk memberi kala ada jiwa yg lebih menderita ?
Di manakah kita meletakkan hati nurani kita  bila menghadapi semua saat kesulitan dlm hidup ini ?
"Ketahuilah sesungguhnya hidup di dunia hanya permainan ,hiburan,perhiasan, dn saling bermegah antara kamu dn  pengumpulan  harta dn anak-anak sama sperti air hujan  yg mengejutkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya ,kemudian ia mnjadi kering lalu ia melihat ia mnjadi kuning ,kemudian ia hancur.Dan di akhir seksa yg kuat  bagi org kafir  dn ampun dn keredhaan drp Allah(bagi org mukmin).Hidup di dunia tdk lain hnya  kesukaan tipuan"-Al-Hadid:20.

Apa yg ada di tangan kita belum tentu lagi akan mnjadi milik kita.segala kemungkinan boleh mengubah apa yg kita ada.Bersediakah kita menghadapi semua kenmungkinan itu?kta-kata berguna dr seorang yg menyayangi kita  satu keyakinan.kta-kata musuh  menuju kemusnahan.Musuh tdk pernah berhenti utk menjatuhkan kita..berhati-hatilah..cemburu melihat kejayaan org lain boleh di ubati dgn berusaha  tetapi jika org itu berdendam ,jiwanya penuh kekotoran.Telah bersarang di mindanya  api..ibarat dlm sekam-sekalipun tdk berupaya mmbakar org lain tentunya diri sndiri yg terbakar.Mestikah kita menyimpan dendam?

Bijak pandai berhujah:memikul batu  yg besar tdklah  seberat mmpunyai akhlak yg buruk.
Yg memnita tdklah semestinya papa
Yg mmberi tentunya tdklah kaya
Yg indah hanya sementara
Nikmat dunia tdklah  kekal selamanya..
Pengubat hati yg sebenar adalah jiwa yg tenang,jiwa yg suci bersih..
Kejayan yg kukuh  ialah akal
kemiskinan  yg paling besar ialah kebodohan
keburukan  yg paling  mengjengkelkn ialah terpesona  diri sendiri
Semulia-mulia kemegahan ialah akhlak yg baik...
Genggamlah bara biar jadi api..cintailah kehidupan dgn muhasabah diri selalu.kalau sekadar kita kehilangan pekerjaan atau kekasih ,dunia belumlah kiamat lagi!
Selagi berdaya dan bernyawa,ubahlah nasib kita dgn berusaha.Di mana ada gula pastinya ada semut mengerumuni.kenyataannya hari ini kita sedang berusaha utk mmbina kehidupan baru..Masa lalu adalah perisai  atau senjata utk kita berlawan mmerangi kemiskinan.Cacat hidup di masa silam hnya satu kenangan.Bumi  akn selalu di timpa hujan..lautan dalam jua sering bergelora.jgn biarkan kudis itu merebak sehingga m di jankiti kuman..fokuslah dlm mmbina kehidupan..masa lalu hanyalah sebahagian dr catitan kehidupan kita.Jika kehidupan masa lalu byk mmberi manafaat,jadikan ia satu inspirasi utk terus maju.Andai masa lalu hanya  mmbuatkan kita lalai,lupakanlah...biar waktu yg menhukum kesipan dulu..ia satu pengajaran utk kita ..ia satu sejarah...semata-mata  mengajar kita erti hidup!!

Menunggu matahari Mac.

Masa sering  berputar  pantas meninggalkan aku 
Berlalu pergi sehingga aku tdk menyedari
Dingin dan beku sebuah memori
Terpahat kukuh di sanubari..
Menunggu matahari Mac
Setitis harap mengalir sejuta bahagia
Untuk wanita terpilih 
Segelas madu kuhulur buat pengubat hati
Kasihku seumpama melur kembang pagi
Harum dan wangi sehingga  dinihari


Perang-perang si bulan bersinar
Menyapa awan-gemawan menghulur salam
Lembut jari-jemari bertaut
Bunga cinta telahpun berkembang
Rerama telah pun terbang tinggi ke langit
Kucari mu dengan bahasa rindu
Kuundangmu dengan  kerelaan di jiwa


Kudaki tangga malam
Kulepaskan ikatan burung 
Suasana indah bulan mengambang
Dapat kurasakan hangatnya cintamu
Kakiku terus melangkah 
Mencari di mana diriMu


Suram-suram sinar bintang 
Namun masih bersinar lagi 
Menyapa jiwa ,membisik kalimah sendu
Di manakah kekasih yg kupuja
Inginku sampaikan bicara
Menunggu mtahari Mac
Adalah satu janji setia seorang pemuja
Mengikat hatiku untuk selalu dekat denganMu....


Andai kita sanggup korbankan harta,kedudukan ,pangkat dan nama dlm mengekalkan cinta dn kasihsayang sesama kita,itu bukan satu jaminan bahwa segalanya mmpu kita miliki..
Kehidupan ini umpama bunga
Madu itu lambang cintanya
Cinta itu adalah madunya-HAMKA.
"Wanita tidak di ciptakan utk di kagumi  oleh semua lelaki tetapi sebagai sumber  kebahgiaan seorang suami."
Kebiasaan manusia jika jauh mncari suku ,jika dekat mncari kerinduan.Tanya menanyakan asal-usul  sehingga dapat  di ketahui pertemuan darah,baik dekat mahu pun jauh.
Sudah mnjadi kebiasaan org Arab menanyakan dr kabilah mana .Adnakah atau Qathan lalu di sebut kn Quraisy,di sebutkn susur galurnya Bani Umaiyyah atau Bani Hashim.Dgn demikian dapatb  dpt di tentukan pertalian Arham(keluarga)-HAMKA.
Jika awan melindungi mtahari jgn meratap kerana nanti akan menjelma  pelangi dn kalau langit  bagaikan runtuh jgn  menangis kerana itu hnya sebuah mimpi.
Jika kita menyayangi seseorg  biarkan ia pergi.kalau ia menyayangi kita ,ia pasti akan kembali lagi.........
ORIGINAL MILIK CHE AZIAH DAUD.SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA